Kosmo Online - Hiburan |
Henry, Daphne temui jiwa sebenar Posted: Henry, Daphne temui jiwa sebenarSENANG dan lancar berbicara dengan dua figura ini. Tanpa perlu banyak disoal, tutur kata mereka laju berjalan ditambah dengan keselesaan yang mereka tebarkan. Itu pesona yang terpahat pada diri Daphne Iking dan Henry Golding, dua individu yang sudah sebati dengan kotak kaca televisyen. Kembara perjalanan mereka dalam melakari himpunan portfolio mereka bukan sehari dua. Bukan mudah untuk membina nama selesa seperti sekarang. Hasil segala usaha dan kerja keras yang jitu, nah hari ini mereka disenaraikan dalam kategori Personaliti TV Kegemaran dalam sebuah acara anugerah urban - Anugerah Shout! yang bakal berlangsung 20 November ini. Anugerah yang diilhamkan oleh 8TV yang memasuki musim kedua itu masih mengekalkan lokasi sama iaitu di Stadium Putra, Bukit Jalil dan bakal bersiaran secara langsung pada pukul 8.30 malam di 8TV. Santai berbicara tentang tugasan mereka sebagai pengendali program, kedua hos terkenal ini sempat berbicara perkembangan terkini dan evolusi diri yang sedang dilakar perlahan-lahan dalam diri mereka. Daphne kembara kerohanian Lucu kata Daphne Eleanor Iking apabila usai dirinya dianugerahkan Pelakon Wanita Harapan di FFM23 lalu, perspektif sesetengah orang terhadap dirinya sedikit berubah. "Ada yang sudah menyangka saya sudah menaikkan harga, walhal perkara itu tidak terbit langsung dalam pemikiran," ujarnya yang bakal muncul dengan sebuah filem etnik berlandaskan suku kaun Kadazan tahun hadapan.
Pelakon filem Belukar berusia 31 tahun ini kemudian membuka cerita, mahu membawa diri dan perasaan jauh ke negara India. Terinpirasi keras dengan buku tulisan Elizabeth Gilbert yang bertajuk Eat, Pray, Love, Daphne memanjangkan langkahnya ke India. "Satu kembara kerohanian di samping menziarahi teman saya yang bakal mengadakan resepsi perkahwinannya di sana,"ujarnya yang bakal bercuti pada 11 Disember kelak dan mahu menikmati indah dan spiritulism negara India. Sebelum sibuk dengan agenda kerohaniannya, ibu kepada Isobel Daniella, 3 tahun, ini terlebih dahulu akan terlibat dengan Anugerah Shout! dan membawa tugasan sebagai pembaca nominasi. Dia yang merupakan bunga di antara kumbang yang tercalon dalam kategori Personaliti TV Paling Digemari berasa berbesar hati dibariskan dengan Ally Iskandar, Aznil Haji Nawawi, Henry Golding dan Zizan Raja Lawak. "Mereka yang berada dalam kategori yang sama dengan saya merupakan raja segala raja bagi program televisyen. Itu yang membuatkan saya berbesar hati dan teruja," ujarnya yang dicalonkan melalui program The Breakfast Show. "Saya juruskan soalan kepada kriteria personaliti TV di mata Daphne yang sudah lama bergelumang dalam persekitaran itu. Dia menjawab lancar, seakan menonton dirinya di kaca TV. "Seorang personaliti TV itu perlu ada attitud yang betul. Tidak diva dan juga tidak sombong. Dia harus mencari program yang sesuai dengan karakter dirinya. Saya lihat, Aznil dan Ally serta diri saya, kami mempunyai pengetahuan dan latar belakang berasaskan jurnalism. Ini menyenangkan kerja kami sebagai hos program kerana sudah tahu banyak aspek seperti kamera, edit dan belakang tabir. "Seorang personaliti TV juga sepatutnya tidak terlalu lantang dengan vokal yang kuat. Mungkin kerana saya diajar dalam cara sedikit konservatif tetapi bagi saya, hos juga tidak sepatutnya mempunyai pergerakan tanda dagang yang kelak akan menghalangnya daripada mengambil program lain," ujar Daphne yang kagum dengan pesona yang melekat pada diri Henry, Aznil dan Ally.
Selesai dengan penggambaran bersama Mejar Dr. Faiz Khaled melalui program Idea: Malaysian Inventors' Challenge, Daphne tidak berhenti-henti mengucapkan rasa syukur kerana arus rezekinya masih bertali. Walau dihimpit pelbagai kontroversi, dia tenang dan tahu ada hikmah yang bakal menjengah diri. Tidak segan-segan juga dia mengaku sedang mengenali seseorang dan senyuman di wajahnya tidak menipu apatah lagi sinar matanya. "Saya melalui evolusi diri. Dulu saya terlalu mempedulikan pandangan dan hati ramai pihak. Tetapi saya sedar bahawa bukan semua hati boleh disenangkan. Dulu saya asyik membela diri saya dan di penghujung hari, orang masih menyalahkan saya dalam banyak hal. Kini saya lebih relaks. Saya percaya bermula dengan niat yang baik, kita bakal didatangi dengan perkara-perkara yang berunsur kebaikan juga akhirnya," ujar Daphne melemparkan aura positif di seluruh persekitarannya. Lima peratus Henry Golding "Sedap dan cantik," ujar Henry diselangi ketawa besar. Itu merupakan dua perkataan bahasa Melayu yang lancar di bibirnya. Jujurnya dia baru menguasai bahasa tersebut dalam lingkungan lima peratus dalam durasi masa dua tahun menetap di Malaysia. Bukan tidak mahu atau enggan mencuba tetapi mindanya agak lambat untuk mencerna patah perkataan bahasa itu. Tetapi untuk ditanyakan dalam bahasa kebangsaan tersebut, dia selesa. "Menjadi masalah juga sewaktu saya mengendalikan program 8TV iaitu Welcome To The Rail World. Saya perlu berkomunikasi dengan orang-orang di desa tetapi saya banyak dibantu oleh krew produksi dan saya mencuba serta belajar," ujarnya yang teruja dengan kecantikan semula jadi Malaysia terutamanya di sebelah utara. Dia juga menamakan kampungnya, Sarawak mempunyai tempat yang istimewa di hatinya. KATA Daphne, seseorang personaliti TV tidak boleh sombong atau bersikap diva. Menurut Henry pula, bertemu dengan tapak dan jurusan yang dekat dengan jiwa akan menyerlahkan lagi kredibiliti seorang pengacara. Jejaka berusia 23 tahun ini mengaku, dia kurang selesa membawakan sesuatu berbaur sukan. Bukan jiwa, kata Henry lalu pengalaman bersama program Football Crazy di saluran sukan antarabangsa ESPN tahun lalu disimpan sebagai salah satu portfolio berharga. Kini lelaki kacukan Inggeris (bapa) dan Iban (ibu) menjumpai jiwa dan semangat sebenar yang terletak di aliran penjelajahan. "Saya bertemu jurusan saya yang sebenar. Program berunsur pengembaraan (travel) adalah jiwa sebenar. Malah ia juga adalah tapak transformasi dalam diri saya. Saya rasa dekat dengan program-program tersebut dan yang penting selesa mengendalikannya," luah Henry yang bakal terlibat dengan sebuah lagi program pengembaraan Eropah di bawah payung Bernama. Bukan hanya dinominasikan dalam kategori Personaliti TV tetapi si jejaka yang dicalonkan melalui program The Quickie ini juga terpilih dalam senarai Anugerah Lelaki Panas (Hot). "Bunyinya sedikit kontroversi, bukan? Saya berasa sedikit malu kerana lain orang berbeza pandangan dan cita rasa. Mungkin daya tarikan saya mengatasi rupa paras saya, mungkin? Tetapi jujur saya katakan bahawa ia merupakan satu pujian besar untuk saya apabila disenaraikan. "Jujurnya saya lebih selesa di kategori yang satu lagi. Ia mempamerkan kerja keras kami sebagai hos TV selama ini dan dihargai. Semua yang disenaraikan merupakan nama-nama besar dalam lapangan masing-masing. Saya berbesar hati," senyum Henry pemegang status kerjaya model, pengacara dan jurucakap jenama Canon ini. | ||||
Posted: Edison Chen nafi kahwinEDISON menganggap perkahwinan hanyalah label. EDISON CHEN ternyata masih ramai peminat. Ketika menghadiri acara fesyen di Sanlitun, Beijing baru-baru ini, dia yang menghentikan kegiatan seninya di Hong Kong selepas terbabit dengan kontroversi skandal seks dan foto bogel bersama beberapa aktres terkenal Hong Kong sebelum ini telah dikejar gerombolan peminat fanatiknya yang menyebabkan keadaan di situ bertukar menjadi hiruk-pikuk. Pada acara itu dia telah ditemu bual oleh Sina Entertainment dan apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa dia telah berkahwin dengan teman wanitanya, Vincy Yeung, Edison dalam tawa menafikannya.
Katanya: "Kami belum bersedia nak kahwin. Jujur cakap, sehingga detik ini pun, kami tidak pernah terfikir untuk berkahwin." Edison menegaskan perkahwinan tidak lebih sekadar suatu label. "Bagi saya, perkahwinan hanyalah label. Berkeupayaan hidup bersama setiap hari di samping Vincy pun sudah cukup." |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |