Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Sekitar Pelancaran Dockers Spring 2011 Collection Posted: 11 Nov 2010 06:15 PM PST Minggu-minggu kebelakangan ini mungkin Budiey boleh katakan adalah minggu fesyen. Jemputan event yang bergenre fashion tak putus-putus diterima. Selepas MIFA, jadual dipenuhi dengan jemputan ke Islamic Fashion Festival yang akan berakhir pada hari ini. Kemudian, diselangi pula dengan beberapa pelancaran oleh pengeluar produk pakaian tersohor seperti Uniqlo, Topshop Topman dan terbaru, semalam Budiey dijemput untuk hadir di Launch Party of Dockers Spring 2011 Collection. Happening betul party ni! Pelancaran ini yang diadakan di Bridge Bar, Level 28, Hotel G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ini turut menjemput penyanyi Zainal Abidin bagi menjadikankan party ini lebih cool dengan lagu-lagu popular beliau. Zainal Abidin hadir bersama isterinya yang juga merangkap pengurusnya. Pelancaran ini dikendalikan oleh hos Nazril Idrus, suami kepada Sazzy Falak. Beliau juga turut memakai koleksi terbaru dari Dockers. Good job Nazril Idrus. Turut memberikan kata-kata aluan ialah big boss Dockers. Video Sekitar Pelancaran Dockers Spring 2011 Collection Bobet A. Romualdo, Brand Director Dockers ASEAN Rasanya, ramai lelaki di luar sana yang kenal dengan jenama Dockers. Bagi Budiey, Dockers adalah satu jenama seluar Khakis yang begitu popular sejak lebih 20 tahun. Dockers mula diperkenalkan pada tahun 1986 dan sesuai dipakai oleh lelaki mahu pun wanita di seluruh dunia. Kualiti, versatile dan sangat stylo. Budiey juga ada beberapa seluar Dockers dalam almari sebagai koleksi. Memang selesa dipakai. Berkonsepkan Beverage Bites Testosterone, Fashion Slim Build Brand… party yang menampilkan beberapa orang supermodel lelaki kacak yang menggayakan semua koleksi Spring Dockers untuk tahun 2011 itu sangat mengujakan ramai hadirin. Dikatakan konsep rekaan koleksi musim bunga kali ini diinspirasikan dari warna, tekstur dan sejarah Marfa, Texas di mana tempat asalnya Fort D. A. Russell. Dikatakan bandar ini adalah menjadi ibu kepada pengeluar seluar khakis terkemuka di dunia. Yang penting, fashion khakis dan beberapa pakaian kemeja ini mementingkan keselesaan si pemakai. Gaya kekemasan sangat menarik. Budiey rasa pilihan fabrik itu penting yang akan menentukan si pemakai rasa selesa atau tidak. Pembuatan dan jahitannya sangat terperinci di mana mengambil kira ukuran sudut untuk poket, kedalaman lipatan dan perincian paling detail untuk rekaan seluar yang selesa untuk setiap masa. Kalau lihat pada tekstur warna yang digunakan oleh Dockers untuk koleksi musim bunga kali ini lebih kepada warna yang natural yang begitu asas diambil dari warna gurun di Texas dan persekitarannya – the powerful clarify of the crystal blue sky. Ini bermakna, Dockers seboleh-bolehnya mahu menampilkan versatility dan kepelbagaian dan dalam masa yang sama tidak lupa dengan kecantikan alam semulajadi. Yang penting, pakaian Dockers semuanya smart-smart belaka.
Untuk lebih menarik, koleksi kali ini bukan sahaja menampilkan seluar khakis tapi turut juga mengeluarkan The Vintage Will Shirt yang lebih kasual. Sesuai sangat kalau dipadankan dengan seluar khakis untuk bersantai dan jalan-jalan. Sila lihat gambar-gambar model yang Budiey sempat snap di pelancaran ini. Kalau event fesyen, tak sah kalau tak jumpa dengan fashion blogger terkenal ni, Hafiz dari CuteCarry.com Show Zainal Abidin memang best. Siap dibawa dan ZA bermain instrument perkusi dengan paduan suara dua orang penyanyi latar. Perfect! Tags: Events, FesyenClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Saka Jentayu Lakonan Zarina Zainordin, Ungku Ismail Aziz Posted: 11 Nov 2010 05:20 PM PST Datangnya Tidak Diundang Jin saka sangat popular di kalangan masyarakat Melayu. Pada zaman moden sekarang, masih ramai yang mempunyai saka samada secara sedar ataupun tidak sedar. Menyusuli "Durja Ningsun", TV3 mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri Seram, "Saka Jentayu", bakal bersiaran mulai 25 November 2010, setiap Khamis jam 9.30malam. Seram "Saka Jentayu" 13 episod terbitan Wayang Tinggi Production membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Zarina Zainordin, Ungku Ismail Aziz, Mubarak Majid, Liza Abdullah, Wan Hanafi Su, Hairi Safwan, Khairil Anwar, Fathil Dani dan Kuswadinata bersama pengarah Abdul Azizi Awang Ghazali serta penulis skrip Mohd Azmy Mohd Ariff. Sesi penggambaran yang dijalankan di sekitar kawasan kampung di Malaysia dan juga kawasan pedalaman di daerah Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia telah mewujudkan suasana yang seram bagi drama ini. Berbeza dengan drama seram hantu yang biasa ditonton, Saka Jentayu memaparkan kisah jin saka yang diilhamkan daripada sumber cerita masyarakat Melayu. Keunikan drama tersebut juga memaparkan seni tradisi Minangkabau seperti teater Randai, Saluang Jo Dendang dan Pencak Silat. Drama ini mengisahkan perjalanan cinta Jentayu (Zarina Zainordin) sering didatangi pelbagai halangan dan dugaan. Arwah suaminya meninggal ketika mereka berbulan madu. Selepas beberapa tahun, Jentayu bakal bertunang dengan Faris (Ungku Ismail Aziz). Malangnya, majlis pertunangan terpaksa dibatalkan kerana ibu Faris, Puan Sarimah diserang penyakit ganjil ketika mahu menyarungkan cincin ke jari Jentayu. Jentayu sering diganggu oleh jin saka iaitu saka Inyiak Utieh milik datuknya, Tok Jalit (Hairi Safwan). Saka Inyiak Utieh mahu mendampingi Jentayu dan ia telah menimbulkan masalah di kampung. Selepas kematian tragis Puan Sarimah, pelbagai cemuhan dilemparkan kepada ibu bapa Jentayu, Pak Suman (Mubarak Majid) dan Induk Awa (Liza Abdullah) sehingga memaksa mereka berpindah balik ke kampung Induk Awa. Jentayu dan Faris terpaksa berpisah. Faris memilih untuk mendalami ilmu agama dari Ustaz Hanafi (Fathil Dani). Kepulangan keluarga Jentayu ke kampung tidak disenangi oleh Pak Sadun (Khairil Anwar). Jentayu pula sering diganggu oleh jin saka tersebut. Pak Suman telah meninggal dunia akibat perbuatan langgar lari. Hidup Jentayu dan Induk Awa bertambah sempit. Mereka terpaksa berdepan dengan fitnah dan cemuhan yang disebarkan oleh Pak Sadun. Pelbagai cabaran yang mengganggu kehidupan Jentayu dan dia turut dikecewakan oleh Zamri. Akibat termakan hasut jin saka tersebut, Jentayu bersetuju untuk mewarisi jin saka nenek moyangnya. Semakin hari Jentayu semakin jauh dari ajaran agama. Apakah Faris dapat menyedarkan Jentayu ataupun Jentayu akan terus hanyut dalam dunia gelap? Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, "Populariti slot Seram terbukti dengan rating purata mencecah 2 juta penonton pada setiap minggu. Tidak dapat dinafikan bahawa citarasa penonton yang menggemari drama-drama berunsur seram terus memberikan ilham kepada pihak produksi dan TV3 untuk mempelbagaikan persembahan jalan cerita. Drama terbaru di slot Seram akan mengupas asal usul jin saka yang pernah diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu di Sumatera, Indonesia pasti memberikan pengajaran kepada para penonton supaya menjauhi kepercayaan tahyul dan mistik." Seram: Saka Jentayu akan menemui para penonton mulai 25 November 2010, setiap hari Khamis jam 9.30malam. Hanya di TV3! Zarina dan Ungku Ismail Aziz Tags: Drama, TV3Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |