Adsense

Isnin, 25 Oktober 2010

Sensasi

Sensasi


Video Webcam Lisa Surihani untuk semua peminat sempena kemenangan di FFM 23

Posted: 25 Oct 2010 05:16 PM PDT

Sensasi: Video nie baru je dibuat oleh Cik Lisa Surihani kesayangan ramai hari nie pukul 2 pagi tadi...

Maybe sebab penat kot,Lisa kelihatan kurang lancar dalam video nie..selain tersasul few words...

sepatutnya merah mak ngah kan, Lisa ckp merah Mak Nyah...aha.. tergelak sensasi kejap..

So Peminat Lisa yang sentiasa menyokong Lisa pe lagi,layankan Video nie you all.

Gelaran Datuk AC Mizal ditarik balik?

Posted: 25 Oct 2010 05:02 PM PDT







Desas desus bahawa gelaran Datuk yang dikurniakan kepada AC Mizal dikatakan ditarik balik berikutan pada ahad lepas AC Mizal tidak tersenarai dalam majlis pengurniaan pingat sempena ulang tahun ke-80 Sultan Pahang,Sultan Ahmad Shah yang berlangsung di Istana Abu Bakar ,Pekan,Pahang.


Seramai 1,211 individu menerima darjah kebesaran dan pingat negeri sempena majlis tersebut termasuklah pelakon Datuk Mustafa Maarof yang menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP), Datin Rosnani Jamil dan pengulas sukan, Hasbullah Awang yang menerima DIMP di mana kedua-dua anugerah itu membawa gelaran Datuk.

Bagaimanapun pengurus AC Mizal iaitu isterinya sendiri Emylia menafikan dakwaan btersebut kerana katanya telah menerima surat untuk Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Ramadan lalu.


"Dakwaan mengatakan darjah berkenaan ditarik balik itu tidak benar kerana pihak kami sudah menerima surat pengurniaan pingat oleh Istana Pahang pada bulan Ramadan lalu. Setahu saya dia (A.C Mizal) akan menerima surat lain dua minggu sebelum istiadat pengurniaan pingat di lakukan pada Disember nanti," katanya
Pelakon Emylia Rosnaida menafikan gelaran Datuk daripada Istana Pahang yang diberikan kepada suaminya, pengacara A.C Mizal ditarik balik sebaliknya memaklumkan darjah itu akan dikurniakan secara rasmi dalam satu istiadat yang akan diadakan pada bulan Disember nanti.

Diana Amir berlakon jadi Tomboy..Jambu!

Posted: 25 Oct 2010 04:50 PM PDT

Not bad..hensem jugak diana amir jadi tomboy..
dengan susuk tubuh yang tinggi dan ramping,Diana nampak jambu kat sini...
Diana memotong rambut pendek utk menghayati watak sebagai tomboy dalam Filem 321 Cinta.










Ayu Raudhah dan Zaquan Adha kahwin 20 Jan 2011

Posted: 25 Oct 2010 04:44 PM PDT


Akhirnya teka-teki tentang perkahwinan aktres Ayu Raudhah, 25, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, terjawab apabila pasangan ini memilih tarikh 20 Januari 2011 untuk diijabkabulkan.

Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setarm Kedah manakala majlis resepsi akan menyusul pada 21 Januari 2011 di lokasi yang sama.

Sementara majlis resepsi sebelah pengantin lelaki dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.

Pasangan ini dilaporkan telah rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya.

Menurut laporan sebuah akhbar, Ahad, pasangan itu bukan sengaja merahsiakan tentang majlis tersebut sebaliknya menghormati keputusan keluarga Zaquan ekoran kontroversi yang baru sahaja terjadi melibatkan aktres Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kembar Zaquan.

Ayu dan Zaquan telah menghadiri kursus perkahwinan pada awal Ramadan lalu.

Teka-teki tentang tarikh perkahwinan Ayu dan Zaquan mula tersebar sejak September lalu.

Gambar Artis di Red Carpet FFM ke-23 di SACC dan senarai pemenang

Posted: 25 Oct 2010 04:27 PM PDT

Poster Terbaik
Pemenang: Preston Zaidan Productions (Belukar)

Pereka Kostum/Busana Terbaik
Pemenang: Dee Hasnan (Magika)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pemenang: Fimie Don (Magika)

Pelakon Harapan Wanita
Pemenang: Daphne Iking (Belukar)

Pelakon Harapan Lelaki
Pemenang: Shashi Tharan (Estet)

Lagu Tema Asal Terbaik
Pemenang: Penyembuh Rindu (Edry – Magika)

Penataan Bunyi Terbaik
Pemenang: Brian Ng (V3 Samseng Jalanan)

Penataan Seni Terbaik
Pemenang: Johan Lucas & Anuar Paharudin (Magika)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pemenang: Yana Shamsudin (Adnan Semp-It)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pemenang: Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)

Pengarah Harapan
Pemenang: Edry (Magika)

Filem Komedi Terbaik
Pemenang: KRU Studios (My Spy)

Anugerah Lakon Layar Terbaik
Pemenang: Jumaatun Azmi – Filem Haq

Anugerah Cerita Asal Terbaik
Pemenang: Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan

Anugerah Sinematografi Terbaik
Pemenang: Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik

Anugerah Penyunting Terbaik
Pemenang: Hisyam Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2

Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik
Pemenang: Edry Abdul Halim – Magika

Anugerah Filem Animasi Terbaik
Pemenang: Buas

Anugerah Dokumentari Terbaik
Pemenang: Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment

Anugerah Filem Pendek Terbaik
Pemenang: Project

Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23
Pemenang: Seniman Tamam Idris

Filem Boxoffice FFM23
Pemenang: Filem Adnan Sempit

Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23
Pemenang: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23
Pemenang: Johari Ibrahim.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Pemenang: Bront Palarae – Filem Belukar

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Pemenang: Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan

Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Pemenang: Shamsul Yusof

Anugerah Filem Terbaik FFM23
Pemenang: Filem Magika