Adsense

Isnin, 25 Oktober 2010

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Virus Influenza B Dah Mula Menular Ke Malaysia... Oh!Tidak....!!!!

Posted: 25 Oct 2010 06:36 PM PDT

Salam Buat Semua,Berita Terkini Yang Baru Aku Dengar Dari Buletin Utama Tadi.. Selepas ancaman Influenza A H1N1, negara kini berdepan pula dengan serangan virus Influenza B.Perkara ini disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.Katanya, sebahagian besar sample darah yang diambil bagi tujuan ujian, dikesan mempunyai virus Influenza B.Menurut Datuk Seri Liow, mereka yang diserang virus Influenza B, mempunyai simptom sama dengan Influenza A H1N1.Read More...!!!



Antaranya mengalami demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan, serta cirit-birit, muntah dan berasa teringin makan pizza hut 6 cheese . Jadi, andainya korang mempunyai simotom-simptom seperti berikut.. jangan malu dan segan untuk bertemu dengan doktor berhampiran... Sebelum ini, penyakit seperti kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan serta kematian dilaporkan.Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dalam usaha mengekang penularan virus Iinfluenza B.

Mungkin Lagu Ini Dapat Membantu Anda Menangani Virus Influenza B Ini... Amat Berguna...






p.s:Marilah Kita Doakan Semoga Virus Ini Segera Berambus Dari Sini... Amin...!!!

p.p.s:Siapa Pernah Di Jangkiti Virus Inflenza A H1N1 Sila Angkat Tangan...!!! Apa Rasa Eh...?? En.Suffy Sila Jawap...!!!




Isu Semasa, Inflenza B ,penyakit Inflenza B ,simptom Inflenza B , pengubat Inflenza B , penyakit Inflenza B ,virus Inflenza B ,sifat visrus h1n1,penawar
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Bas Terbalik Lagi....!!!! 17 Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cedera

Posted: 25 Oct 2010 05:25 AM PDT

Salam Buat Semua, Lagi Kes Bas Terbalik.. Kali Ini Melibatkan 41 Orang Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Di Laporkan, Hanya 17 Daripada Cedera Dan Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku.. Alhamdulillah Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku.. Tak Sanggup Rasanya Nak Melihat Gambar Dan Video Mayat Bertaburan, Macam Kes Kemalangan Ngeri Bas Pada Tarikh Keramat 10.10.10 Baru-Baru Ini... Read More...!!!



Sumber Mengatakan Para Pelajar Ini Yang Dalam Perjalanan Pulang Dari Kota Baharu, Kelatan Ingin Pulang Ke Negeri Sembilan Setelah Selesai Menghadiri Satu Programe Yang Di Adakan Di Kota Baharu.. Untuk Keterangan Lebih Detail.. Korang Boleh Baca Petikan Berita Harian Di Bawah Ni.. "Klik Buka" Ye...

Spoiler:
ua Musang: Seramai 17 daripada 41 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera apabila bas dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat Kampung Lepan Jaya di sini, pagi semalam.

Semua pelajar yang cedera dalam kemalangan jam 1.45 pagi itu dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM).

Seorang saksi, Razali Yusoff, 54, berkata kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke Nilai, Negeri Sembilan selepas menghadiri program di Kota Bharu, Kelantan.

Razali dalam perjalanan pulang ke Rantau Panjang selepas mengikuti Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur melihat bas itu dalam keadaan tidak terkawal sebelum terbalik di tepi jalan.

"Saya bersama rakan membantu mangsa keluar dari dan menghubungi balai bomba berhampiran kerana ramai yang terperangkap dalam bas," katanya.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rosli Che Sulaiman, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.45 pagi.

"Kami mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa terbabit, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kejadian," katanya.


Gambar Semasa Kemalangan...






Kemalangan Berlaku Tanpa Di Duga... Berhati-Hati Di Jalan Raya <-- Macam Pantun La Pulak.. Hehehe...



P.s:Kemalangan Berlaku Di Kawasan Hutan Kelapa Sawit, Jadi.. Jangan Ada Yang Membuat Andaian Dan Mengatakan Bahawa Bas Ini Di Pandu Laju Okey... Maybe Faktor Jalan,Angin Atau Hantu Yang Menyebabkan Kemalangan Ini Berlaku..

P.p.s: Tahun Ni Dah Berapa Kali Kemalangan Yang Melibatkan Bas Berlaku Eh..?





LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Kencing Di Muka Isteri Kerana Masakan Kurang Memuaskan

Posted: 24 Oct 2010 10:09 PM PDT

Salam Buat Semua, Terharu Bercampur Geram Mambaca Petikan Harian Metro Hari Ini Berkenaan KeBODOHan Seorang Lelaki Yang Bernama Suami, Yang Sepatutnya Melindungi Si
Isteri Sanggup Bertintak Kejam Dan MEmbuat Perkara Yang Tak Masuk Akal Dengan Membelasah,Membotakan Kepala Si Isteri Dan Kencing Di Muka Isterinya Hanya Kerana Masakan Yang Kurang Memuasakan... Read More...!!!


Tak Cukup Dengan Melakukan Kezaliman Sedemikian, Sang Binatang Suami Ini Turut Sertakan Bersama Package 3 In 1.. Iaitu, Sambil Kencing, Sang Suami Ini Turut Melafaskan Talak Tiga Kepada Si Isteri... Manusia Kah Lelaki/Suami Shelaka Ini ?? Apapun Salah Si Isteri Sekalipun, Janganlah Di Perlakukan Sebegitu Zalim.. Bukan Kesalahan Besar Pon.. Pasal Masakan Je Kot...!!! Kalau Rasa Diri Tu Bagus Sangat, Masak La Lauk Tu Sendiri... Vodoh Punya Orang... Menjatuhkan Maruah Kami Sebagai Lelaki Je...

Untuk Lebih Detail, Korang Boleh La Baca Petikan Yang Aku Copy/Paste Dari Harian Metro Kat Bawah Ni... Sila Klik "Buka" Untuk Membuka...

Spoiler:

Kencing muka lafaz talak tiga

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.

Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.

Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil.

"Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya.

"Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf," katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya.

"Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya," katanya.

Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.


Zaman P.Ramlee Dulu Pon Dah Ade Kes Macam Ni.. Tapi Dalam Filem Je La...


Yang Ni Zaman Sekarang Punya Kes... Dalam Kereta Pon Boleh...


P.s:Apakah Hukuman Yang Wajar Di Kenakan Kepada Lelaki@Suami Yang Berperangai Macam Beruk Ni ??

LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.