Adsense

Khamis, 1 Julai 2010

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


Apa yang anda mahukan untuk telefon zaman sekarang?

Posted: 01 Jul 2010 01:11 AM PDT





Apa yang anda mahukan untuk telefon zaman sekarang? Terlalu banyak fungsi handphone sehingga orang membeli handphone bukan untuk menelefon!
10-15 tahun dulu, handphone besar gedabak buat alas tayar pun sudah menjadi kebanggaan pemakainya.
Photobucket

Kini handphone banyak fungsinya bukan sekadar telefon
mudah alih shj.
Photobucket
Selamat digunakan semasa memandu
Kecil dan simple
Photobucket
Opss senang digunakan semasa membuat kerja
Photobucket
Supaya dia tidur dengan lena sambil melayan lagu Kenny G
Photobucket
Senang digunakan semasa kemalangan
Photobucket
Boleh dijadikan perhiasan (rantai)
Photobucket
Boleh dijadikan perangkap tikus
Photobucket
Boleh dijadikan perhiasan
Photobucket
Boleh dibawa kemana shj
Photobucket
Tidak perlu memutar nombor
Photobucket
Mempunyai kamera

Photobucket
Perbualan tidak didengari org sekeliling..

Tapi tidak terlalu ringkas..
Photobucket

Kenapa Pelajar-pelajar Ini Tanggalkan Seluar Dalam?

Posted: 01 Jul 2010 01:08 AM PDT






Sebenarnya, bagus juga belajar di Jepun ni. Kita boleh tengok pelbagai kejadian disiplin sekolah yang tak masuk akal dibuat oleh pihak sekolah di Jepun. Seperti dalam gambar ni, kejadian ini berlaku di Jepun dan sebenarnya perkara ini sangat normal terjadi di sekolah-sekolah Jepun. Kenapa pelajar-pelajar perempuan ni tanggalkan seluar dalam mereka?

Daripada indikasi Japan News, ini merupakan satu spot check yang dilakukan oleh cikgu-cikgu sekolah untuk tengok samada pelajar-pelajar wanita ni pakai seluar dalam tak pergi ke sekolah? Yup… INI BUKAN BOHONG, INI BETUL-BETUL!!! Kalau nak tau, pelajar-pelajar wanita di Jepun perlu memakai skirt pendek pergi ke sekolah. Mungkin juga tak dibenarkan langsung pakai skirt labuh. So, macam-macam perkara boleh terjadi kepada student wanita ni.

Sains mengungkap kebenaran Al-Quran Bhg 2

Posted: 01 Jul 2010 01:07 AM PDT



BuatDuitInternet.com


Pembungkusan Tulang oleh Daging

Antara lagi informasi penting yang disebutkan dalam ayat-ayat Al Qur'an adalah tahap-tahap pembentukan manusia dalam rahim ibu. Disebutkan dalam ayat tersebut bahwa dalam rahim ibu, mula-mula tulang-tulang terbentuk, dan selanjutnya terbentuklah otot yang membungkus tulang-tulang ini.

"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.
Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik" (Al Qur'an, 23:14)
kebenaran Al-Quran @ isuhangat
Embriologi adalah cabang ilmu yang mempelajari perkembangan embrio dalam rahim ibu. Pada mulanya, para ahli embriologi beranggapan bahawa tulang dan daging dalam embrio terbentuk secara serentak. Kerananya, ramai orang yang menyatakan bahawa ayat ini bertentangan dengan ilmu pengetahuan. Namun, penelitian canggih dengan mikroskop yang dilakukan dengan menggunakan perkembangan teknologi baru telah mengungkap bahawa pernyataan Al Qur'an adalah benar satu demi satu!
kebenaran Al-Quran @ isuhangat
Penelitian di tingkat mikroskop ini menunjukkan bahawa perkembangan dalam rahim ibu terjadi dengan cara sama dengan yang digambarkan dalam ayat tersebut. Pertama, jaringan tulang rawan embrio mulai mengeras. Kemudian sel-sel daging yang terpilih dari jaringan di sekitar tulang-tulang bergabung dan membungkus tulang-tulang ini.
kebenaran Al-Quran @ isuhangat
Peristiwa ini digambarkan dalam sebuah terbitan ilmiah dengan kalimat berikut:
Dalam minggu ketujuh, rangka mulai tersebar ke seluruh tubuh dan tulang-tulang mencapai bentuknya yang kita kenal. Pada akhir minggu ketujuh dan selama minggu kelapan, daging meletakkan posisinya di sekeliling pembentukan tulang. (Moore, Developing Human, 6. edition,1998.)
Kesimpulannya, tahap-tahap pembentukan manusia sebagaimana digambarkan dalam Al Qur'an, benar-benar sesuai dengan penemuan embriologi moden. Subhanallah!

Lagi gambar bersama Abby Abadi, Zul Ariffin

Posted: 01 Jul 2010 01:03 AM PDT






Lepas ni nak salahkan siapa pula Abby Abadi. Gambar dulu dikatakan penyebab orang curi gambar mesranya dalam Facebook miliknya dan Abby telah berhati-hati dengan meletakkan gambar mesra berkenaan dalam Facebooknya yakni Abby 'delete' gambar yang disangkakan boleh memberi gossip terhadap dirinya. Tue kisah beberapa bulan yang lalu. Kini masa lapang diantara Abby dan Zul sudah diperlihatkan sekali lagi kepada umum, iaitu pergi ke Gim bersama-sama. Tengok sahaja gambar dah tahu, mereka saling mengambil gambar bertukar-tukar. :)

Fasha Sanda bergambar dengan siapa?

Posted: 01 Jul 2010 01:01 AM PDT





Aktor Winter Sonata Bunuh Diri

Posted: 01 Jul 2010 12:56 AM PDT






30 Jun

SEOUL: Pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan Park Yong-Ha, 33, ditemui tidak bernyawa dan dilaporkan membunuh diri pagi tadi.

Tubuhnya ditemui di kediamannya di Nonhyung-dong, Seoul oleh ibunya sendiri.

Laporan Yonhap News hari ini melaporkan sebelum membunuh diri, pelakon Winter Sonata itu sempat mengirimkan SMS kepada ayahnya yang sedang bertarung dengan sakit kanser perut.

SMS yang dihantar itu berbunyi: "I'm Sorry. I'm Sorry". Namun begitu dia tidak meninggalkan sebarang surat perpisahan.

Menurut pihak polis Metropolitan Seoul, Park membunuh diri dengan menggantungkan dirinya menggunakan kabel charger telefon bimbit.

Bagaimanapun, motif tindakannya membunuh diri itu masih tidak diketahui lagi. Pihak polis masih lagi melakukan penyelidikan lebih lanjut tentang tragedi
tersebut.

Park memulakan kerjaya seninya bermula pada tahun 1994. Namun, namanya mula melonjak di Korea dan Jepun setelah membintangi drama bersiri Winter Sonata pada 2002.

Selepas itu, Park turut membintangi tiga buah filem. Yang terakhir adalah The Scam yang telah ditayangkan pada 2009.

Tidak hanya setakat itu, Park juga popular sebagai penyanyi. Selain melancarkan beberapa album di Koria dan Jepun. Dia juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Japan Gold Disc Awards bagi kategori Artis Asian Terbaik, Lagu Sepanjang Tahun serta Anugerah Istimewa Japan-Korea Friendship Year 2005.

Disebabkan kematian mengejut itu, banyak pihak telah menyuarakan rasa khuatir mereka terhadap kes bunuh diri di Korea Selatan.

Negara tersebut telah mencatatkan kadar kes bunuh diri yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebekalakangan ini.

Pada 2 Oktober 2008, artis terkenal Choi Jin-Sil juga ditemui telah menggantungkan diri di bilik mandi rumahnya. Sebelum itu, pada 8 September 2008, suaminya, Ahn Jae-hwan yang merupakan pelawak terkenal ditemui mati di dalam keretanya.

Tubuh Choi Jin-Sil telah ditemui oleh adik lelakinya, Choi Jin-yeong. Dia yang turut melibatkan diri sebagai aktor dan penyanyi kemudian telah mengambil keputusan untuk membunuh diri pula pada 29 Mac lalu.

Kematian Choi Jin-yeong itu dipercayai berpunca akibat daripada rasa tekanan dan depresi setelah kematian kakak tersayangnya.

- MSTAR

Menjadi Isteri Solehah

Posted: 01 Jul 2010 12:55 AM PDT






Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga." Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah

Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.

ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.

iv) Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.

v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Website iTalk Whoa beri anda RM5 credit SMS percuma!

Posted: 01 Jul 2010 12:53 AM PDT





iTalkWhoa.com: Zaman sekarang teknologi sudah berubah dan semakin pesat membangun. Ramai syarikat-syarikat bersaing dengan hebat dan lincah disetiap sudut ruang untuk membuktikan mereka lebih hebat dengan teknologi yang ada. Zaman dahulu, cuma public phone sahaja yang diakui amat penting dan laku oleh orang ramai. Internet juga kurang menjadi perhatian ramai kerana kosnya yang mahal untuk dipasang apatah lagi hanya membuang masa untuk pergi ke cybercafe berdekatan hanya semata-mata melihat dunia luar.

Kini dengan kepandaian dan juga ilmu yang dipelajari, maka ramailah celik pandai, usahawan muda, dan juga yang sudah bergelar jutawan yang lahir hasil daripada mencipta sesuatu yang baru dalam dunia teknologi. Kemunculan pelbagai set telefon bimbit canggih dari skrin kecil ke skrin besar, komputer berjenama dari besar ke kecil saiznya, website biasa kepada website komersil besar-besaran dan pelbagai lagi perubahan yang dapat dilihat.

Di Malaysia tidak kurang hebatnya, syarikat telekomunikasi semakin lama semakin membiak, berlumba-lumba menambat hati pelanggan baru. Pelbagai teknik, strategy pemasaran dan juga proses 4P (Price, Place, Promotion, product) yang diguna pakai oleh pemasar professional membuktikan mereka bersungguh-sungguh merubah masa depan dalam dunia teknologi.

Ada yang sudah terlalu taksub dengan ajakan mereka (syarikat berkenaan), dengan sanggup membeli yang lebih mahal barangan mereka demi mengiktiraf diri dan pengorbanan terhadap syarikat berkenaan. Revolusi berlaku
juga dalam bentuk komunikasi seharian, dari duit syiling digunakan untuk menelefon sehinggalah menggunakan aplikasi 'topup' yang dibeli dengan kadar yang ditetapkan oleh syarikat berkenaan. Ini juga seiring dengan haluan terciptanya telefon bimbit.

Peratusan terhadap minat internet di Malaysia pada masa dahulu amatlah rendah dan boleh dianggap ditahap paling buruk diantara negara-negara pesat membangun. Dengan kemunculan produk bernama 'Streamyx' oleh Telekom Malaysia Berhad, kini orang ramai secara beransur-ansur memiliki produk berkenaan di rumah mahupun pejabat dan seumpamanya. Malah dengan proses ini mereka dapat membuka minda sebesar-besarnya untuk mecari ilmu, berita, melihat dan mendengar video, dan yang terbaru boleh memberi sebarang bentuk komen dalam dunia blog. Dengan ini Negara kita telah melahirkan ramai celik IT diluar bandar mahupun dalam bandar berkat daripada kewujudan sistem yang menjangkaui zaman dan masa ini.

Syarikat gergasi Telekom Malaysia kini tidak mahu ketinggalan dalam dunia internet, walhal semua sudah tahu yang Telekom Malaysia atau TM ini adalah syarikat telekomunikasi semata-mata. Dengan adanya iTalk, pengguna yang ingin dan sering membuat panggilan ke luar negara dapat berjimat dari segi wang atau kos panggilan. Dengan kadar 0.14 sen sahaja perminit, anda boleh membuat panggilan ke United Kingdom, USA dan juga Canada. Memang sungguh diluar jangkaan penjimatan yang digunakan apabila memiliki iTalk. Cakap lebih bayar kurang. Harga mengalahkan cas daripada syarikat telekomunikasi tempatan seperti M dan D. iTalk bukanlah menggunakan telefon rumah semata-mata, tapi boleh juga menggunakan telefon bimbit anda dimana-mana anda berada.

Yang terbaru pula, iTalk telah membina satu lagi aplikasi internet yang hebat dan canggih. Iaitu yang dinamakan TM iTalk WHOA!. Aplikasi internet ini adalah yang terbaru di Malaysia dan juga di antarabangsa amnya. Dalam aplikasi ini anda akan diberikan pelbagai aplikasi lain yang menarik, seperti Facebook, YouTube, Ymail, Gmail, Twitter, MySpace, Budiees, MSN dan yang paling best dapat kredit RM5 secara PERCUMA untuk sms sesiapa sahaja yang anda kehendaki. Selain itu cas-nya juga sama untuk sms kemana-mana destinasi nombor handphone yang anda mahu. Kadar rata sama. Memang menarik aplikasi terbaru ini untuk rakyat Malaysia dan negara-negara jiran lainnya.

Selain itu juga, jika anda inginkan kepuasan ditahap maksima selanjutnya atau pada bila-bila masa, anda juga boleh membeli amaun iTalk ini dilaman website berkenaan, kalau susah nak cari kat pekan atau kedai-kedai berdekatan, ini mungkin mampu menyelesaikan masalah anda dengan menggunakan internet sahaja. Dengan bantuan daripada aplikasi perbankan online seperti Maybank, Alliance Bank, Ambank, EON Bank, Bank RHB, Web Kas, Mobile Wang, CIMB Bank dan lain-lain yang disenaraikan di akaun bank kredit portal maka iTalk boleh dibeli dengan kadar rata diantara RM10, RM20, RM30 dan juga RM50 dengan pantas. Jadi jangan berlengah lagi, teruslah mendaftarkan diri anda dan merasai keseronokan tanpa had di iTalk WHOA! (guna Internet Explorer 8 untuk mendaftar)

Fahrin Ahmad bersama wanita misteri di Marathon Standard Chartered

Posted: 01 Jul 2010 12:47 AM PDT





Pada tarikh 27 Jun 2010 yang lalu, telah diadakan satu sukan Marathon Standard Chartered yang diadakan di Kuala Lumpur. Ramai juga peserta yang ikut dalam dan juga luar negara. Tapi dalam kebanyakkan peserta-peserta tu, ada juga terselit kelibat aktor kacak, Fahrin Ahmad dengan seorang wanita. Wanita itu kelihatan seperti orang Cina. Mungkin ramai yang mengatakan itu hanya rakan biasa Fahrin, memandangkan masa Marathon tu dia dan wanita berkenaan mungkin bersembang-sembang ketika berlari. Tapi kenapa mesti wanita berkenaan??

Pelakon, Juhara Ayob langgar orang Myanmar

Posted: 01 Jul 2010 12:46 AM PDT





Saya tidak tahu sama ada boleh bawa kereta lagi atau tidak ujar Juhara Ayob yang masih trauma akibat terbabit dalam satu kemalangan maut kira-kira pukul 12.15 tengah hari kelmarin (30/6) di Jalan Kuching dekat Pasar Borong Selayang. Juhara yang masih terkejut dengan tragedi itu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Selayang Baru ke Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) di ibu kota.


"Saya dalam perjalanan ke ASWARA kerana ada kelas pukul 1 petang, saya tak sedar bagaimana kehadiran mangsa kerana tiba-tiba sahaja saya sudah melanggarnya. Saya masih terkejut dan takut untuk memandu. Bukan sebab kereta saya hancur tetapi kerana mangsa tersebut meninggal dunia di tempat kejadian," jelasnya
Juhara telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar kira-kira pukul 6 petang hari berkenaan. Bagaimanapun, dia yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish berwarna kelabu tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa seorang wanita dipercayai warga Myanmar sedang berjalan kaki telah mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian. -mStar

Gambar Fasha Sandha bersama kucing peliharaannya

Posted: 01 Jul 2010 12:44 AM PDT





Tak sah kalau sesiapa tak pelihara kucing. Lebih-lebih lagi bila artis mempunyai haiwan peliharaannya sendiri. Termasuklah Fasha Sandha yang mempunyai kucing daripada baka yang sudah tentu mahal. Tengok sahaja daripada kucing tu pun dah boleh kita agak berapa harganya. Pelihara kucing ni umpama mereka itu sayangkan haiwan. Almaklumlah kucing ni kan spesis yang bijak dan tak ganas macam keturunan-keturunannya yang lain seperti Harimau dan Singa. Nabi Muhammad S.A.W. pun sayangkan kucing, jadi sesiapa bunuh kucing secara sengaja, tak lama, 'ketulahan' lah dia tu..