borak kosong |
- Kenapa Allah Menghilangkan Lidah Ikan?
- BODY IMAGE POSITIF
- Kepala Berbentuk Ganjil
- PERLU KITA TAHU 10
- Kisah Beruang (Mencari Sahabat Sejati)
- Jangan Salah Guna Facebook
- Jom Tengok Bola di Muzium Negara
- Derita Anak Yatim
- Tiga Gadis Sunti Mangsa Bapa Sendiri
Kenapa Allah Menghilangkan Lidah Ikan? Posted: 01 Jul 2010 01:50 AM PDT Rasulullah SAW bersabda : "Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua didunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.'' Sabda Rasulullah SAW lagi :"Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita."Pabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;''Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.'' Salah seorang sahabat pun bertanya,"kenapa ikan tidak mempunyai lidah?" Sabda Rasulullah SAW :" Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar kebumi. Apabila diturunkan kebumi ,iblis terus menuju kelaut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya " sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan." Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya." p/s marilah kita 'jaga' lidah kita supaya hanya berkata yang baik kerana kata-kata yang baik merupaknan satu sedekah. |
Posted: 01 Jul 2010 12:34 AM PDT Body Image merupakan konsep yang di miliki seseorang mengenai penampilan fizikalnya.Seseorang yang berasa puas dengan penampilan fizikalnya boleh dikatakan mempunyai body image yang positif.Orang yang memiliki body image positif bererti dapat menghargai dirinya seadanya. Berikut merupakan beberapa tips untuk orang tua mengajar body image positif kepada anaknya :
|
Posted: 30 Jun 2010 11:29 PM PDT Sekumpulan doktor di Britain terpaksa membuang separuh tengkorak seorang lelaki,Steve Gator selepas dia diserang oleh dua remaja lelaki.Dia yang bekerja sebagai pemandu kren telah diserang ketika pulang dari tempat kerjanya.Kejadian ini berlaku kerana remaja tersebut mengeluarkan kata-kata kesat kepada terhadap sepupunya.Gator cuba berhadapan dengan remaja tersebut malangnya dia telah di tumbuk dengan kuat menyebabkan kepalanya terhantuk pada simen di bahu jalan. Doktor terpaksa membuang bahagian hadapan tengkorak selepas otaknya membengkak.Pihak hospital mengatakan kepada ibunya yang peluang hidup tipis tetapi dia selamat selepas dua minggu koma.Kini cuma kulit kepala yang melindungi otaknya dan sedang menunggu plak tengkorak baru. Pendakwaan terhadap dua remaja itu telah digugurkan kerana kekurangan bukti dan ini membuatkan ibunya berasa kecewa-mail online |
Posted: 30 Jun 2010 09:59 PM PDT YANG PERLU KITA TAHU...
|
Kisah Beruang (Mencari Sahabat Sejati) Posted: 30 Jun 2010 09:13 PM PDT Dua orang sahabat memasuki sebuah hutan untuk berkhemah.Tanpa mereka sedari,tiba-tiba seekor beruang keluar daiprada belukar di hadapan mereka.Reaksi keduanya amat berbeza. Lantaran ketakutan seorang melarikan diri dengan segera memanjat pokok tanpa mempedulikan nasib sahabatnya yang seorang lagi.Yang seorang berasa ditinggalkan dan terpaksa menghadapi haiwan buas itu seorang diri tanpa senjata.Apa yang dilakukannya? Ia menjatuhkan dirinya diatas tanah dengan menahan nafas berpura-pura mati.Kononnya beruang tidak tertarik pada orang yang sudah mati.Setelah si beruang menghidu kepala ,telinga,hidung dan dadanya ,beruang itu terus pergi menyangka dia sudah mati. Ketika haiwan tersebut hilang dari pandangan sahabat yang bersembunyi di atas pokok turun dan mendekati rakannya yang masih tergolek di bawah.Dia bertanya apa yang dikatakan beruang kepadanya dan kenapa haiawan itu pergi? "Dari atas tadi aku lihat beruang itu membisikkan sesuatu ke telingamu cukup lama."tanya sahabatnya. "Oh itu tidak penting.Ia hanya membisikkan kepada ku agar berhati-hati memilih teman.Beruang itu mersa hairan kenapa aku mempunyai sahabat yang meninggalkan aku sendirian ketika mendapat kesusahan."jawabnya. p/s Anda termasuk dalam golongan yang mana?Sipura-pura mati atau si pemanjat pokok? |
Posted: 30 Jun 2010 07:37 PM PDT Laman sosial termasuk Facebook di katakan antara punca sebilangan kakitangan awam hilang tumpuan kerja.Dakwaan itu kini sedang di siasat oleh CUEPACS dan jika benar surat pekeliling larangan akan di keluarkan.Penjawat awam perlu berpada-pada menggunakan laman sosial ini jika mahu terus menggunakan kemudahn ini di pejabat.Bagimanapun belum ada laporan diterima mengenai penjawat awam yang menyalah gunakan laman sosial ini sehingga menjejaskan mutu kerja-kosmo |
Jom Tengok Bola di Muzium Negara Posted: 30 Jun 2010 07:03 PM PDT Tengok perlawanan Piala Dunia 2010 di Muzium Negara.Ini satu tarikan baru yang dilakukan oleh pihak Muzium Negara untuk menarik pengunjung melalui program 'Jom Tengok Bola @ Muzium Negara' di Dataran Muzium.Prigram yang bermula pada 27 Jun hingga 12 Julai .Untuk keterangan lanjut boleh layari http://www.jmm.gov.my/ p/s bagus daripada dok kedai mamak tengok bola baik gi muzium dapat tengok barangan bersejarah sebelum perlawanan bola |
Posted: 30 Jun 2010 06:16 PM PDT Tangannya diikat,mukanya ditampar,ditendang serta di cucuh dengan putung rokok yang masih menyala dan juga disebat menggunakan penyakut baju.Inilah penderaan yang dilakukan keatas anak yatim oleh seorang ibu angkat yang berusia 44tahun.Anak yatim ini dijadikan tempat untuk melepaskan kemarahan. Anak yatim ini dipelihara oleh ibu angkatnya sejak tahun lepas setelah kematian ibu bapanya.-harian metro p/s ingat firman Allah SWT dalam surah al-Dhuha ayat 1-11 "Demi waktu dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi , (bahawa) tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkan mu, dan ia tidak benci (kepadamu sebagaimana yang dituduh oleh orang kaum musyrik) dan sesungguhnya! tuhan mu akan memberi kepada mu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat ) sehingga engkau redha dan berpuas hati. bukankah ia mendapati engkau yatim piatu, lalu memberikan perlindungan ? Dan didapatinya engkau tercari-cari (jalan yang benar), lalu ia memberikan pertunjuk (dengan wahyu al-Quran), dan di dapati engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan ? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, adapun orang yang meminta ( bantuan pimpinan ) maka janganlah engkau tengking herdik, adapun nikmat tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran." |
Tiga Gadis Sunti Mangsa Bapa Sendiri Posted: 30 Jun 2010 05:39 PM PDT Haruan makan anak.Bukan satu tapi sekali tiga.Perbuatan yang amat menjijikkan.Seorang duda sanggup memperkosa anak daranya yang berumur 11,13 dan 14tahun seorang demi seorang dalam satu malam.Kejadian yang berlaku sejak enam bulan lalu dilakukan demi untuk memuaskan hawa nafsunya. Rahsia ini terbongkar apabial salah seorang daripada anaknya secara tidak sengaja menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya.Selama ini mereka takut untuk menceriakan kejadian ini kepada sesiapa dan ini menyebabkan bapanya berani melakukan perkara terkutuk itu.-harian mertro |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |