Sekalipun enggan bercerita kisah peribadi yang sering diprovokasi ramai pihak termasuk media dan blogger, aktres digelar primadona filem Melayu moden, Erra Fazira terus tabah meniti hari.
Malah, pada pertemuan bersama HIP, Erra tampil ceria. Masakan tidak, ditemani jantung hati, Engku Aleesya Engku Emran yang kini berusia empat tahun, Erra bagai lupa segala-galanya. Tumpuannya ketika itu hanyalah kepada puteri kesayangan yang ditatang bagai minyak yang penuh.
Mendekati Erra, HIP berpeluang mendasari hati aktres popular ini. Tak dapat mengelak, soalan akhirnya menjurus kepada mengapa laman sesawangnya yang sejak akhir-akhir ini bagai menggambarkan dirinya dirundung sedih, tertekan dan kecewa.
"Sebenarnya, kehidupan kita semua tidak lari daripada permainan emosi. Ada kalanya kita merasakan begitu bahagia sekali dan tidak terlepas juga rasa kecewa dan sedih yang ingin kita luahkan. Saya juga tidak ada menulis status yang boleh mengaitkan diri dengan seseorang... Itu saya jaga. Tiada lain, luahan itu hanya peribadi saya saja.
"Namun, saya agak kesal apabila sering diprovokasi dalam laman sesawang. Mereka menulis seolah-olah mahu memanaskan isu dan sengaja melaga-laga kehidupan kami sekeluarga. Perkara ini sentiasa saya tangani dan tidak akan melayan individu sebegini," katanya.
Erra ditemui HIP pada acara Back To School With Staedtler di Damansara Perdana, Petaling Jaya, kelmarin.
Terpaksa lupakan konsert JLo Masa senggang dimanfaatkan sebaiknya oleh Erra untuk bersama Aleesya.
Kelmarin, Erra sepatutnya menyaksikan konsert artis pujaannya Jennifer Lopez atau JLo di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, namun hasrat itu terpaksa dibatalkan demi Aleesya.
"Walaupun saya teringin menyaksikan konsert JLo yang kali pertama bertandang ke Malaysia, namun ia tidak sebesar nilainya dengan meluangkan masa bersama anak. Aleesya menjadi sumber kebahagiaan yang saya kecapi hingga hari ini dan tidak akan saya sia-siakan masa berharga itu.
"Saya sudah membeli lebih awal tiket konsert JLo tetapi disebabkan Aleesya, saya korbankan tiket itu dengan memberikannya kepada teman," katanya.
Bina potensi si kecil dalam kelab kreatif
Kehadiran Erra dalam acara Back To School With Staedtler cukup dirasakan peminat ciliknya. Ia menjadi aktiviti tahunan yang diatur kelabnya dengan diberi nama 'Erra Art Club'.
Kelab yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu disertai kanak-kanak berusia seawal lima tahun hingga belasan tahun. Aktiviti yang dianjurkan termasuk permainan merangsang minda seperti melukis, mewarna dan lawatan tempat menarik yang dilakukan setiap kali musim cuti sekolah.
"Saya tubuhkan kelab ini sejak kehadiran Aleesya dalam hidup saya. Sejak bergelar ibu, saya sering memikirkan bagaimana hendak mendidik anak dengan merangsangkan mindanya agar pemikirannya sentiasa cergas dan sihat.
"Selain daripada didikan akademik, aktiviti merangsang minda ini menjadikan kanak-kanak lebih kreatif pada masa akan datang. Saya bertuah kerana inisiatif ini mendapat perhatian Staedtler yang menaja segala aktiviti kelab ini sejak dua tahun lalu," katanya yang menganggarkan lebih 1,000 kanak-kanak sudah menjadi ahli dengan hanya mendaftar di laman sesawang kelab itu.
Tidak lama lagi, 2012 akan meninggalkan kita, lalu tirai baru 2013 bakal disingkap.
Bagi penyanyi Shila Amzah, tentu sekali tahun ini meninggalkan seribu kemanisan buat kerjaya seninya.
Dua belas tahun berhempas pulas menempatkan diri dalam arena seni tempatan, akhirnya doa gadis ini dimakbulkan. Shila juga tidak menyangka besarnya kurniaan yang diberi kepadanya.
Selepas berjaya mengharumkan nama negara pada pertandingan Asian Wave di Shanghai, China, September lalu, rezeki gadis berusia 22 tahun ini bertambah murah. Shila berjaya merangkul trofi pertama acara hiburan tempatan iaitu Anugerah Industri Muzik, Oktober lalu.
Ini diikuti trofi ketiga bagi kategori Anugerah Power Vocal pada Anugerah Shout! Mungkinkah berderet lagi anugerah menanti berikutan lagu ditulis dan didendangkannya, Patah Seribu berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 27, bulan depan. Selain itu, berdasarkan popularitinya, tidak mustahil Shila menjadi calon Top 5 pada Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPH 2012), April depan.
Akui anak sulung penyanyi ND Lala, tahun ini menjadi tahun paling aktif dalam kerjaya seninya. Namun ujar Shila, dia tidak pernah meletak harapan tinggi.
"Saya memeriahkan setiap majlis sekadar memberi sokongan kepada pihak yang banyak menyokong kerjaya seni saya. Bagi saya, apa yang kecapi kini adalah rezeki kurniaanNya selepas hampir 12 tahun saya sabar menanti.
"Selama ini, apa yang saya impikan tidak pernah tercapai dan baru sekarang impian saya dimakbulkan.
"Sebelum ini, saya akui cemburu melihat kejayaan teman-teman. Tidak sangka pula akhirnya saya berpeluang melalui apa yang pernah mereka rasa. Walaupun terpaksa menunggu lama, saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya Tuhan beri peluang untuk saya merasainya," kata Shila yang ditemui pada acara pra promosi AJL 27 di Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Berangkat ke China bulan depan
Sejak menempa nama dalam beberapa anugerah, jadual seni Shila berubah 360 darjah. Jadualnya terlalu padat sehingga dia terpaksa berkejar ke sana sini memenuhi undangan persembahan.
Namun, sebelum kemanisan ini dapat dicapai, Shila juga tidak ketinggalan berdepan dugaan yang boleh mematahkan semangatnya. Antaranya, apabila ada yang seolah-olah memperkotak-katikkan bakat seni yang dimiliki. Namun, gadis ini tidak cepat berputus asa.
"Sebelum ini, ada orang beritahu bakat nyanyian saya tidak seberapa, jadi saya tidak boleh ke mana-mana. Malah sebelum ini, lagu-lagu saya tidak diputarkan di radio kerana kononnya lagu Ada Saja terlalu urban.
"Apabila syarikat rakaman beri pilihan kepada stesen radio untuk pilih lagu yang mereka berkenaan, tiada satu pun lagu yang terpilih. Tetapi saya cabar diri untuk membuktikan kemampuan dan alhamdulillah, ia dimakbulkan," katanya yang bakal berangkat ke China, usai penyertaannya di AJL 27 kelak.
Peminat dekati finalis
Sementara itu, kemunculan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 27 di program mencorak arca logo AJL27 di tiga pusat beli-belah sekitar Lembah Klang, Sabtu lalu, menarik perhatian peminat.
Acara mencorak arca yang terbuka kepada orang ramai itu mendapat sambutan di pusat beli-belah Sogo dan Pasar Seni di Kuala Lumpur. Difahamkan, peminat berkerumun dan turut sama mewarnakan arca disediakan.
Peminat juga dapat mendekati finalis AJL 27 antaranya Adira, Amir Jahari dan Bedroom Sanctuary (Bo Amir) yang membuat kemunculan di Sogo.
Manakala One Nation Emcees & Jimmy Palikat serta Mojo pula menemui peminat mereka di Pasar Seni. Acara mencorak arca logo yang pertama kali diperkenalkan itu diketuai tiga pelukis tempatan iaitu An-Nyssa, Donal Abraham dan Orkibal.
Di zaman dahulu, walaupun jumlah kenderaan yang bergerak di atas jalan raya tidak banyak, namun kemalangan kereta tetap juga berlaku. Jom lihat gambar kemalangan jalanraya zaman dahulu.
Gambar Kemalangan Jalanraya Pada Zaman Dahulu (10 Foto) | Pada zaman sekarang manusia selalu mengejar masa, maka tidak hairanlah jika kita melihat dijalan raya kerap berlakunya kemalangan disebabkan kelajuan. Pada zaman dulu pula kenderaan masih lagi tidak moden seperti sekarang ini tetapi kemalanagn tetap berlaku. Ini kerana ia tidak semestinya menjurus kepada pemanduan yang laju, banyak faktor lain juga mengundang kemalangan jalan raya. Jom lihat gambar di bawah ini.
Melayukini.net - Walaupun mereka berada di zaman bukan alaf baru, namun jika dilihat dari gambar ia seperti sebuah kemalangan yang hampir sama dengan keadaan sekarang. Situasi seperti terlanggar tiang, lori terbalik dan sebagainya. Kemalangan itu tidak boleh berlaku di mana-mana sahaja. Jadi kita perlu sentiasa berhati-hati ketika memandu.
[unable to retrieve full-text content]Meriam Kecil Molek Ini Senjata Rahsia Di Paris. Apa yang pelik dan unik? Meriam ini hanya akan berfungsi apabila cahaya matahari fokus pada titik 12. Maksudnya ianya hanya boleh digunakan pada tengah hari sahaja.. Sumber
JODOH itu rahsia Allah SWT, begitu ungkapan yang keluar daripada mulut pasangan pengantin Ella atau Norzila Aminuddin dan Azhar Ghazali pada majlis resepsi mereka, di Kelab Darul Ehsan, Ampang, Selangor (KDE),
1 Disember lalu.
Ungkapan tersebut keluar daripada mulut mereka apabila membicarakan tentang pelayaran cinta yang ditempuh bertahun lamanya sehingga ia diakhiri dengan ikatan perkahwinan.
Seperti kata Azhar, dia sendiri tidak menyangka, perkenalan sembilan tahun lalu dengan penyanyi legenda rock tanah air tersebut akan menukar status dirinya daripada seorang peminat kepada suami buat Ella.
Ella sendiri sepanjang perjalanan hidupnya, bukan seorang dua lelaki yang pernah dikenali, namun akhirnya tanpa disedari hatinya terpaut kepada juruterbang penerbangan tambang murah, Firefly tersebut.
Sebab itu mereka sepakat mengatakan bahawa jodoh merupakan rahsia Allah SWT.
"Niat yang baik, sentiasa berakhir dengan positif," tambah Azhar lagi dengan tutur kata yang teratur dan sopan.
Kini, selepas melewati usia lima bulan menjadi pasangan suami isteri setelah bernikah pada 7 Julai lalu, Ella dan Azhar mengaku kehidupan mereka cukup bahagia.
"Alhamdulillah, kami sedang menikmati kehidupan yang bahagia. Sebenarnya, perjalanan rumah tangga kami sama sahaja dengan perjalanan rumah tangga pasangan lain, tiada apa yang berbeza," dedah Ella pula.
Azhar kemudian menyambung, biar mereka mempunyai jadual kerja yang selalu bertembung, namun sebolehnya dia akan mencuri masa untuk dihabiskan dengan isteri tercinta. Jika punya waktu emas untuk dihabiskan bersama, pasangan tersebut akan melakukan aktiviti luar seperti berkelah di air terjun dan bersenam bersama.
"Oh, baru-baru ini, Azhar juga ajar saya cara memandu kapal terbang," ujar Ella penuh teruja sebelum secara berseloroh, Azhar memberitahu: "Kalau saya sakit, dia boleh ganti memandu."
Kebahagiaan mereka juga terlihat jelas apabila Ella yang duduk di sebelah Azhar memegang erat tangan suaminya itu selain memberi peluang Azhar menjawab persoalan media.
Sering kali penyanyi tersebut bercanda dalam banyak bicara dengan media, termasuk saat dilontar persoalan, sudahkah dia mula memasak untuk suaminya itu.
"Macam mana nak masak, kalau setiap kali mahu memasak, dia akan peluk saya dari belakang," jawab Ella manja sambil diiringi tawa daripada semua tetamu yang mendengar jawapan jujur penyanyi kelahiran Klang, Selangor tersebut.
MELAYARI alam rumah tangga selama lima bulan, Ella dan Azhar memberitahu, mereka menjalani kehidupan suami isteri seperti pasangan yang lain.
Sementara itu, melontarkan persoalan kepada Azhar tentang perubahan hidupnya kini yang menjadi suami kepada penyanyi popular, akui lelaki berusia 32 tahun tersebut, dia mula dikenali banyak orang. Namun, hal tersebut langsung tidak mengganggu kehidupannya.
"Ya, sudah ramai orang yang semakin mengenali saya sebagai suami Ella, tetapi ia tidak mengubah corak hidup saya. Sepanjang tempoh lima bulan menikahi Ella dan semakin dikenali ramai, saya hanya menjadi diri sendiri yang sebenar dan membawa diri saya sebaik mungkin pada mata khalayak. Saya senang begini," ujar Azhar.
Tambahnya lagi, asuhan dan didikan daripada keluarga dan pergaulannya sehari-hari juga banyak membantu dia dalam berhadapan dengan situasi baharu apabila menerima tempias populariti isterinya yang menjadi pujaan ramai.
Ella kemudian menambah, dia cukup senang dengan perwatakan suaminya yang tidak berubah dan menjadi diri sendiri. Paling membahagiakannya apabila Azhar tidak cepat melenting dengan hal-hal remeh yang selalu menjadi permainan dunia hiburan.
Kata penyanyi berusia 47 tahun itu: "Suami saya seorang yang tenang dalam apa situasi pun, tidak cepat melatah dan seorang yang rasional terhadap apa sahaja perkara. Sebab itu saya sangat bersyukur kerana dinikahi oleh lelaki yang amat memahami diri dan karier saya."
Reda
Menjadi sesuatu perkara yang klise, sebaik berumah tangga, soalan wajib yang akan ditanya kepada pasangan pengantin baharu adalah tentang zuriat.
Mengambil tanggungjawab menjawab persoalan tersebut, Azhar memberitahu, mereka tidak mempunyai perancangan keluarga, sebaliknya menyerahkan soal rezeki tersebut kepada Allah SWT.
"Kami berusaha untuk memperoleh anak, tetapi segalanya bergantung kepada keizinan Dia. Jika diperkenan, Alhamdulillah, jika tidak, kami reda," ujar Azhar penuh sopan.
Malah Ella yang diajukan persoalan sama ada dia cemburu atau tidak kepada pelakon Diana Danielle yang baru sebulan dinikahi Farid Kamil sudah hamil, dia pantas menggelengkan kepala sambil menjawab tidak perlu berasa cemburu.
Katanya: "Saya tak cemburu, tapi mahu ucap tahniah buat mereka berdua. Insya-Allah, kalau ada rezeki buat kami timang cahaya mata, pasti ada nanti."
Umrah
Umpama satu tradisi bagi setiap pasangan pengantin baharu, agenda berbulan madu menjadi ritual wajib untuk mereka meraikan kemenangan cinta yang disimpul dengan ikatan sah.
ELLA memberitahu dia baru mengambil suntikan Rubella sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat bersama suaminya, Azhar. Dia bagaimanapun dinasihatkan doktor untuk mula merancang kehamilan selepas tiga bulan suntikan virus tersebut diambil.
Tidak terlepas bagi Ella dan Azhar. Mengaku sudah beberapa kali berbulan madu di dalam negeri dan pulau-pulau kegemaran mereka, namun ada sebuah destinasi yang menjadi misi mereka untuk dijejaki pada tahun hadapan.
Mereka mahu menikmati manis dan mencari berkat ikatan rumah tangga dengan berbulan madu ke Madinah dan Mekah dalam rangka menunaikan umrah bersama-sama.
"Sebelum mahu ke negara lain untuk berbulan madu, kami ingin melaksanakan impian untuk menziarah Madinah dan Mekah dulu. Kami mahu menunaikan umrah buat pertama kali sebagai pasangan suami isteri. Bagaimanapun kami belum mempunyai ketetapan waktu untuk menunaikan umrah," ujar Azhar.
DARI KIRI: Pengarah Urusan Lanjut Golden Beach Resort, Ghani Syam Rahim Jamal Abdillah,Jay Jay dan Ketua Pemasaran Korporat PNB, Junainah Abd. Jalil bergambar pada sidang akhbar Jamal Abdillah And Jay Jay Live Concert di Gloria Jeans, Wisma Nusantara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
BUAT julung-julung kalinya bagi peminat penyanyi legenda, Jamal Abdillah dan Jay Jay, mereka bakal menyaksikan gabungan dua penyanyi tersebut dalam satu pentas yang sama pada 24 Disember ini.
Diberi nama Jamal Abdillah And Jay Jay Live Concert, konsert yang bakal diadakan di Lanjut Golden Beach & Golf Resort tersebut memberikan sedikit kelainan. Ini kerana kedua-dua penyanyi itu akan menghiburkan para peminat sambil menikmati hidangan barbeku antarabangsa di tepi pantai yang dinamakan sebagai Lanjut Carnivale Fiesta BBQ Around The World di Kuala Rompin, Pahang.
Konsert tersebut juga akan membawa peminat dan pengunjung yang hadir melalui perjalanan nostalgia mereka dari dahulu hingga kini. Dalam konsert yang akan berlangsung selama dua setengah jam, Jamal akan menyampaikan sebanyak 22 lagu hit miliknya, manakala Jay Jay akan mendendangkan sebanyak tujuh buah lagu.
Bercakap mengenai konsert tersebut yang telah mempertemukan dirinya dengan Jamal di atas satu pentas, Jay Jay menyifatkan ia sebagai sebuah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan.
"Sepanjang berdekad saya berada di dalam industri, saya belum pernah diberi peluang sebegini. Justeru apabila ditawarkan, saya menjadi teruja dan terkejut kerana ini merupakan penghargaan yang sangat besar buat saya untuk bergandingan dengan Raja Pop kita iaitu Jamal. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur atas undangan ini," ujar Jay Jay ketika sesi sidang akhbar yang bertempat di Gloria Jeans, Wisma Nusantara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambahnya, pada konsert itu nanti, dia akan menyampaikan lagu-lagu hit dari kumpulan lamanya, Carefree dan beberapa lagu solonya.
Jika Jay Jay melahirkan rasa terharu kerana dapat berkongsi pentas dengan Jamal, penyanyi tersebut juga tidak menafikan bahawa dia amat teruja untuk mengadakan konsert bersama rakan seperjuangannya itu.
Selain itu, kata Jamal, dia gemarkan konsep konsert yang dipersembahkan kerana ia sangat berbeza daripadaa apa yang dilakukannya sebelum ini.
Ujarnya: "Selalunya saya melakukan konsert tertutup, tapi kali ini, konsepnya sedikit berbeza apabila ia dibuat di tepi kolam dan santai. Malah saya akan menyanyi di atas pentas terapung dan ia jarang dilakukan dalam persembahan sebelum ini. Saya amat berharap agar persembahan kami berdua akan dapat memuaskan pengunjung yang hadir.
Gabungan Jay Jay dan Jamal dalam persembahan tersebut merupakan kerjasama di antara pihak Lanjut Golden Beach Resort & Golf Resort dan PNB Commercial Sdn. Bhd.
Sementara itu, wakil penganjur resort, Ghani Syah Rahim, berkata perancangan untuk menggabungkan dua orang legenda seni tersebut adalah tepat kerana masing-masing mempunyai peminat yang tersendiri.
"Pihak kami amat yakin peminat akan gembira dengan konsert yang dianjurkan dan ia akan memberi kepuasan kepada mereka. Walaupun sudah lama bertapak dalam industri dan banyak bakat baharu muncul, harus diakui aura Jay Jay dan Jamal masih tebal. Mereka masih diminati ramai dan kekal hebat," kata Ghani.
Bagi peminat yang berminat untuk menonton persembahan mereka, tiket konsert boleh didapati dari harga bermula RM399 hingga RM699 (bersama barbeku) dan boleh ditempah melalui talian 09-414 5113.
Selain itu, diskaun bagi harga bilik penginapan turut diberikan bagi mereka yang ingin bermalam di resort tersebut.
MANISHA KORAILA belum memberi sebarang kenyataan mengenai penyakit yang dihidapinya.
AKTRES Manisha Koirala yang pengsan secara tiba-tiba baru-baru ini dan telah dikejarkan ke hospital dilaporkan telah dibenarkan keluar daripada hospital selepas ditahan beberapa hari untuk rawatan.
Bagaimanapun, punca aktres berusia 42 tahun tersebut tiba-tiba jatuh pengsan menjadi persoalan banyak pihak. Ini termasuklah spekulasi yang mengatakan Manisha menghidap penyakit barah ovari.
Kononnya, penyakit barah ovari tersebut disahkan oleh salah satu sumber terdekat Manisha yang cukup terkenal menerusi filem 1942: A Love Story dan Khamoshi.
Kata sumber tersebut: "Manisha didiagnosis menghidap barah ovari dan sedang menjalani rawatan di Hospital Jaslok. Semua ahli keluarganya ada bersama dia."
Namun, kenyataan tersebut telah disangkal oleh pegawai perhubungan awam hospital tersebut, Krishnakant Dasyam. Dia mendakwa kenyataan itu hanya satu spekulasi kerana pihak hospital masih belum mendapat laporan penuh tentang penyakit yang dialami aktres tersebut.
Malah, pihak Manisha sendiri tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung penyakit yang dihidapi aktres tersebut.
INSIDEN hampir tergelincir dan harus beraksi dalam rintik hujan, pastinya membuatkan Kuala Lumpur salah satu daripada ratusan destinasi persembahannya yang paling sukar dilupakan.
Hujan lebat yang melanda kotaraya Kuala Lumpur sejak petang (Ahad lalu), biarpun sedikit reda namun rintiknya tetap berterusan hingga saat mula penghibur antarabangsa ini beraksi sekitar jam 9.10 malam sehingga saat tirai persembahan berlabuh.
Tanpa mempedulikan risiko bakal menimpanya berpanggung dalam keadaan yang memungkinkannya tercedera, Jennifer Lopez atau JLo, barangkali memperoleh semangat untuk meneruskan persembahan apabila melihat ribuan peminat yang rata-rata hilang 'glamor' kerana terpaksa mengenakan baju hujan, begitu setia serta langsung tidak berganjak.
Penghibur berdarah Latin dilahirkan dengan nama Jennifer Lynn Lopez memulakan persembahan dengan lagu Get Right. Bagaimanapun sebelum muncul di pentas, enam penarinya yang kesemuanya kacak dan berbadan sasa terlebih dulu mempamerkan skil mereka.
"Kamu semua OK? Walaupun hujan dan keadaan pentas agak licin, saya di sini untuk menghiburkan anda dan membuat anda berasa gembira. Hujan bukan penghalang bukan? Mari kita sama-sama berhibur!" antara sebahagian kenyataan JLo seawal bermula persembahannya.
Ibu dua anak ini awalnya tampil dengan persalinan rona hitam penuh perincian labuci, sekali gus mematuhi garis panduan dan etika berpakaian yang ditetapkan untuk Konsert Dance Again World Tour 2012, di Stadium Merdeka, kelmarin.
Namun lama-kelamaan, imejnya menjadi semakin seksi dan menggiurkan. Lebih kurang enam persalinan kesemuanya diperagakan pada konsert berdurasi 105 minit itu termasuk ala rapper, gaun meleret rona biru muda, ala Charlie Chaplin dan baju renda potongan bikini dipadankan dengan ʻleggingʼ. Dia juga tampil persis diva menerusi persalinan rona emas sewaktu mengakhiri persembahan.
Sekitar 18 lagu diperdengarkan selain Get Right, JLo menyampaikan deretan lagu hitnya iaitu Love Don't Cost A Thing, I'm Into You, Waiting For Tonight dan Goinʼ In.
Terdapat satu segmen medley hip hop diperkenalkan menerusi konsert dibawakan oleh Galaxy Group itu, di mana JLo menyampaikan lagu I'm Real, All I Have , Ain't It Funny dan Jenny From The Block. Manakala untuk medley seterusnya, penghibur dilahirkan pada 24 Julai 1969 itu memperdengarkan pula I'm Glad, Brave, Secrectly.
Bagaimanapun JLo paling seksi dalam lagu Let's Get Loud yang berentak pop salsa. Ketika menari dia cuba merangsang penonton dengan gelekan pinggul yang kencang!
Pada usia 43 tahun, pasti ramai tertanya-tanya dari mana superstar Latin yang juga bekas isteri kepada penyanyi hebat, Marc Anthony itu memperoleh tenaga kerana hampir semua lagu disampaikan disulami tarian penuh 'energetik'.
Sesekali JLo mengundang rasa cemburu terutamanya penonton wanita menerusi babak tari secara solo bersama kekasihnya, Casper Smart yang bukan saja 18 tahun lebih muda daripadanya tetapi juga kacak.
Cukup luar biasa walaupun dari segi vokal, JLo tidaklah begitu 'wow' seperti mana Celine Dion atau Michael Jackson, yang pernah membuat konsert di negara ini.
Malah, menurut penyanyi Fazli Zainal, dari segi suara, Adam Levine iaitu vokalis Maroon 5, yang turut beraksi di Stadium Merdeka, baru-baru ini, jauh lebih baik.
"Bagaimanapun dari segi persembahan iaitu mengambil kira tarian dan caranya mengemudi pentas, JLo memang seorang diva. Ini antara konsert artis antarabangsa paling interaktif kerana JLo nampaknya suka berinteraksi dengan penonton dan membuatkan mereka berasa selesa apatah lagi dalam keadaan hujan yang kurang selesa," katanya.
Selain Fazli Zainal, antara selebriti tempatan yang hadir Amy Search bersama isteri dan anaknya, Nabila Huda, Ziana Zain, Anuar Zain, Jaclyn Victor, Dafi, Linda Onn, Nana Mahazan, Farah Fauzana termasuk pasangan kekasih, Neelofa dan Hans Isaac.
Turut berangkat menyaksikan konsert itu Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan anakanda baginda.
Sedikit informasi, kunjungan sulung JLo ke negara ini turut disertai anak kembarnya, Maxim dan Emme Anthony. Difahamkan hampir 100 orang bersamanya termasuk ahli keluarga, penari, penyanyi latar dan pemuzik.
Bintang The Wedding Planner itu, dilaporkan menetap di tingkat 35, Presidential Suite, Hotel Hilton Kuala Lumpur. Malam sebelum konsert, JLo sempat berhibur di kelab Zeta Bar.
Konsert Dance Again World Tour 2012 dilancarkan di Republik Panama dan meneruskan penjelajahan ke Amerika Latin dan Brazil.
Negara Asia pertama yang disinggahinya ialah Manila, Isnin lalu dan difahamkan lebih 13,000 penonton membanjiri konsertnya itu. Selepas Manila, JLo singgah ke Jakarta.
Sambutan hebat diberikan kedua-dua negara itu turut diulangi sejarahnya di negara ini apabila konsert yang berlangsung di Stadium Merdeka Ahad lalu, menyaksikan 8,000 penonton.
Selepas ini, JLo akan menjelajah lima lokasi lagi di Australia iaitu Brisbane, Adelaide, Sydney, Melbourne dan Perth, JLo juga akan mengembara ke seluruh Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada untuk konsert berkenaan.
Bekas juri program realiti American Idol dan kini menyertai program realiti Q'Viva! The Chosen itu mula meledak dalam industri hiburan pada 1999 dengan kemunculan album sulungnya, On The 6 yang memuatkan lagi If You Had My Love dan Waiting For Tonight.
Sehingga kini, beliau sudah memiliki lima album yang terjual sehingga AS$70 juta (RM210 juta) di seluruh dunia. Bagaimanapun pada 2011 jumlah berkenaan dikatakan meningkat kepada AS$150 juta (RM450 juta).
PASTINYA ramai tersentuh hati melihatkan keadaan pelakon Maimon Mutalib sekarang. Jika dulu, pelakon yang mesra dipanggil Kak Mon ini nampak sihat dan ceria setiap kali berjumpa di mana-mana, kini situasinya berubah sama sekali. Yang kedengaran kini hanyalah cerita duka mengenai masa depan serta anak-anak yang masih memerlukan perhatiannya.
Pelakon berusia 54 tahun yang berjaya membawakan pelbagai karakter ini hanya mampu berada di atas katil akibat kanser payudara yang mula dikesan sejak setahun lalu. Paling membimbangkan kanser ini merebak ke bahagian tukang belakang menyebabkan tulangnya mereput dan sukar bergerak serta turut menjangkiti paru-paru dan bahagian mata kiri sehinggakan kelopak matanya sukar dibuka.
Selepas dibenarkan pulang berehat di rumah sejak malam Khamis lalu, Maimon yang kali terbaru tampil menerusi filem Budak Pailang dibawa semula ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam untuk proses imbasan dan dibenarkan pulang. Berikutnya dia akan ke hospital semula pada Khamis ini untuk rawatan susulan proses memasukkan chemo-port bagi menyalurkan ubat.
Ditemui pada Jumaat lalu, Maimon yang kematian suami sejak 15 tahun lalu, melahirkan kebimbangan terhadap nasib anak-anaknya sekiranya berlaku apa-apa nanti. Menerusi hasil lakonan, dia bekerja keras membesarkan Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, dan kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.
Kamarul dan Surayatul Nadia sudah berkahwin. Bagaimanapun Surayatul Nadia mengidap sakit buah pinggang yang serius dan terpaksa menjalani dialisis selama empat jam setiap hari. Surayatul Natasya pula lulusan ijazah skrin dari Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dan pernah bekerja dengan beberapa produksi. Kini dia terpaksa berhenti kerja sementara bagi menjaga ibunya.
Memburukkan keadaan pasangan kembar yang kini menuntut di Sekolah Menengah Vokasional Klang pula mengidap semput dan turut memerlukan perhatian yang khusus.
"Doktor suruh beli beg sokongan yang berharga RM1,000 ke atas untuk menyokong tulang belakang. Chemo-port juga berharga lebih RM1,000. Doktor juga akan buat proses CT Scan untuk tengok sama ada urat saraf terganggu. Sebaik disahkan menghidap kanser payudara lebih setahun lalu, saya diselubungi rasa bimbang.
"Saya tak nak menghebohkannya kerana tak mahu mengganggu kerja. Begitu juga saya merahsiakannya daripada anak-anak kerana ada yang tak sihat dan masih bersekolah. Saya rasa takut, bimbang dan risau memikirkan selama mana hayat saya ada. Sedangkan ketika sihat pun pendapatan yang saya dapat pun tak seberapa.
"Mereka mengerti hidup kami. Saya berdikit-dikit berbelanja untuk makan. Tak lama lagi sekolah nak buka semula, bayangkan di mana saya nak cari belanja untuk persiapan dua kembar ini. Orang boleh cakap macam-macam tapi hanya saya yang tahu perkara sebenarnya. Sebab itulah selagi boleh bergerak saya akan cuba berlakon.
"Apabila sudah sakit macam ini, kalau nak meminjam dengan kawan-kawan nak bayar dengan apa? Ketika masuk wad, doktor bagi semangat pada saya dan minta saya bertenang. Saya tak sedih sangat kerana sudah melalui perkara ini begitu lama. Ketika di wad sebelum ini, saya tak boleh makan. Saya terasa sakit pun saya tak panggil anak kerana tak mahu mereka risau," katanya.
Maimon mengakui dia dimarahi oleh keluarga dan ramai pihak apabila berita mengenai penyakitnya tersebar. Bagaimanapun dia terpaksa melakukan perkara ini disebabkan alasan-alasan ini.
"Mereka marahkan saya kenapa simpan sendiri dan tak kongsi. Saya sebenarnya tak biasa nak mengadu dan tak mahukannya jadi bahan percakapan orang. Saya takut orang akan jadi mengumpat pula gara-gara sakit saya ini. Saya tahu ramai yang sayangkan saya. Sebenarnya saya jujur berkawan dengan semua orang tanpa ada kepentingan diri.
"Bila sakit, saya risau dengan nasib anak kembar saya. Mereka sangat mengerti kesusahan ibunya. Bayangkan mereka hanya berbelanja wang sebanyak RM50 seminggu dan bawa bekal ke sekolah. Apapun saya bersyukur kerana anak-anak saya menjadi dan berjaya dalam pelajaran. Saya tak nak orang pandang anak artis sebagai tiada pelajaran.
"Saya bukanlah jenis yang suka meminta. Bahkan ketika sihat, saya buat pinjaman dengan bank kerana nak bayar semula. Duit itu digunakan untuk baiki rumah termasuk bumbung yang bocor dan kahwinkan Surayatul Nadia," katanya.
Pada hari sama, Maimon turut menerima kunjungan Yayasan Artis 1Malaysia yang diwakili Pengerusinya, Datuk Irwan Shah atau DJ Dave yang ditemani Datuk M Nasir dan Nash Lefthanded menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,000. Maimon berterima kasih terhadap keprihatinan yang diberikan dan berharap nasib anak-anaknya akan terbela sekiranya berlaku apa-apa kepadanya selepas ini.
Siem Reap merupakan kota paling popular di Kemboja selain ibu negaranya Phnom Penh. Ini kerana, di situlah terletaknya Angkor Wat, salah satu kuil Hindu tertua di dunia yang kini menjadi tarikan pelancong dari setiap pelusuk Bumi.
Sejajar dengan statusnya sebagai sebuah kota pelancongan, terdapat ratusan tempat penginapan di kota bersejarah ini. Namun begitu, hanya beberapa sahaja yang menyerlah kerana keunikannya.
Salah satu hotel yang dimaksudkan ini adalah Navutu Dreams Resort & Spa. Resort butik berbintang lima ini adalah idea tiga orang warga Itali yang juga memiliki sebuah resort butik di kepulauan Fiji, iaitu Navutu Stars Resort yang pernah diiktiraf dan memenangi pelbagai anugerah dari pihak Conde Nast (pernah juga diundi sebagai salah satu resort paling seksi di dunia!).
Setiap bilik mempunyai ruang taman dan beranda tersendiri. Kesemuanya dilengkapi dengan kemudahan elektronik tercanggih untuk keselesaan tetamu.
Navutu Dreams Resort & Spa pula terletak sekitar lima minit dari pusat bandar Siem Reap dan direka dengan penuh gaya tanpa menghilangkan unsur-unsur tradisional serta alam semula jadi persekitarannya.
Dikelilingi sawah padi nan hijau yang menenangkan mata, kawasan ini seperti sebuah syurga tersembunyi yang mempunyai seribu satu rahsia. Kesemua tamu yang menginap di sini bakal dijemput oleh pemandu tuk-tuk peribadi yang disediakan oleh pihak hotel.
Malah perkhidmatan tuk-tuk peribadi ini turut termasuk dalam bayaran hotel jadi sepanjang menginap di sini, para pangunjung tidak perlu risau soal tambang atau mencari pengangkutan awam kerana sudah ada pemandu tuk-tuk sendiri secara percuma! Ini merupakan salah satu perkhidmatan ekstra yang hanya disediakan oleh beberapa hotel mewah sahaja!
Bercakap soal penginapan, setiap bilik di sini luas berilhamkan vila-vila Mediteranean dan mempunyai senibina serta senireka dalaman yang sangat unik.
Sekali imbas, kadang-kadang kawasan resort ini mirip sedutan sebuah filem yang menampilkan kehidupan di sebuah dunia lain yang indah. Lebih menakjubkan lagi, terdapat dua buah kolam renang untuk penggunaan para tamu, di mana sebuah kolam renang adalah kolam air tawar dan satu lagi kolam renang air masin! Seperti kebanyakan hotel-hotel butik mewah di dunia, resort ini hanya mempunyai 18 buah bilik eksklusif sahaja.
Setiap bilik mempunyai ruang taman dan beranda tersendiri. Kesemuanya dilengkapi dengan kemudahan elektronik tercanggih untuk keselesaan tetamu.
Bilik mandinya juga besar dan berbeza dari apa yang sering dilihat di hotel-hotel gah lain. Terdapat sebuah tab mandi berdindingkan kaca di luar bilik air yang benar-benar bersebelahan katil. Kecanggihan bilik turut diselang-selikan dengan hiasan-hiasan berunsur Asia untuk disesuaikan dengan lantai kayu serta warna-warna yang digunakan.
Di tengah-tengah hartanah pula terdapat sebuah Pavilion yang juga menempatkan restoran dan bar utama Gnambai untuk menjamu selera dan menikmati minuman. Ditemani kolam-kolam renang serta kawasan taman, tempat ini menyajikan pelbagai hidangan barat serta tempatan.
Kesemua hidangan lazat ini juga adalah hasil ciptaan tukang masak Restoran Il Forno, sebuah restoran Itali asli kepunyaan pemilik hotel yang terletak di tengah-tengah kota Siem Reap di Pub Street. Semestinya, resort ini turut menampilkan sebuah spa bernama LaSpa untuk memanjakan diri dan juga pusat kesihatan untuk bersenam dan beriadah.
Dari pintu masuk di lobi hotel sehinggalah ke bilik mandinya, Navutu Dreams Resort & Spa benar-benar merupakan satu kelainan dalam senarai hotel butik mewah di Siem Reap. Kalaupun tidak dapat bermalam di sini kala ke Siem Reap, sekurang-kurangnya singgahlah untuk minum petang atau mencuba spa sambil melawat persekitarannya kerana ia benar-benar unik, mewah dan paling penting seksi!
Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.
LAMA tak terdengar khabarnya, Shania Twain kembali hadir dengan tampilan yang sempurna. Setelah lapan tahun hengkang di dunia hiburan, tubuh seksi dan rampingnya pun dipamerkan ke publik.
Sempat hilang dari peredaran, pesona Shania Twain sepertinya tak berubah. Keseksian dan keindahan fisiknya tetap terjaga. Bahkan, meski usianya hampir kepala lima, penyanyi Still the One itu tetap terlihat energik. Menariknya, tubuh rampingnya pun terlihat sempurna saat dia tampil di The Colosseum, Caesars Palace, Las Vegas.
Shania terlihat membalut tubuhnya dengan catsuit dengan ornamen logam bermotif seperti cakar harimau di sekujur tubuhnya. Bahan busana yang transparan secara samar memerlihatkan keseksian tubuhnya. Tampilannya kian menawan dengan paduan sepatu boots sepanjang paha berwarna hitam.
"Terima kasih banyak! Kalian menerima saya dengan penuh kehangatan, sehingga bulu mata saya serasa akan jatuh," kata Shania kepada orang banyak, seperti yang dikutip dari The Canadian Press dan dilansir Dailymail.
"Ini benar-benar malam yang penuh dengan suka cita, beberapa tahun saya tidak kembali sejak penampilan terakhir saya. Dan saya merindukannya, terima kasih," sambungnya. (ind) (tty)
LONDON - Sebuah video yang diperoleh dari rekaman ultrasonografi, menunjukkan rakaman menakjubkan janin bayi kembar di dalam perut ibunya. Janin itu tampak tengah berebut tempat di dalam perut ibunya.
"Video ini memungkinkan kita melihat posisi dari hubungan keduanya. Boleh dilihat pula bagaimana ruang yang ditempati oleh bayi kembar ini," ujar Dr Maris Taylor-Clarke, seperti dikutip CBS News, Senin (3/12/2012).
"Kedua bayi itu tampak saling mendorong demi mendapat ruang yang lebih longgar," lanjutnya.
Laporan menyebutkan, doktor memperhatikan gerak dari bayi kembar ini, guna mempelajari sindrom twin-twin transfusion (TTTS). Sindrom ini dinilai berbahaya kerana seorang bayi kembar boleh mengambil darah bayi lainnya.
Terlepas dari semua itu, dari video itu boleh dilihat bagaimana bayi-bayi kembar ini berusaha mendapatkan ruang lebih. Tentunya amat menakjubkan pergerakan dari kedua janin bayi tersebut.(faj)
CHON BURI (Thailand): Seorang lelaki nyaris maut apabila dia dihumban dari jambatan dengan tali diikat di lehernya oleh sekumpulan samseng yang ingin membunuhnya semalam. Polis berkata, pihaknya menerima laporan bahawa seorang lelaki dihumban dari jambatan dekat jalan pintas Chon Buri-Rayong. Polis menemui tali nilon yang terputus diikat pada belebas jambatan. Saksi memberitahu polis, sekumpulan lelaki menghumban mangsa ke bawah jambatan dengan tali diikat di lehernya tetapi tali itu terputus dan mangsa terjatuh di atas jalan raya. Mangsa berjaya mengelak daripada dilenyek beberapa trak dan kereta yang melalui jalan raya itu. Dia kemudian merangkak ke kawasan hutan berhampiran. Mangsa keluar dari tempat persembunyian apabila dia menyedari kehadiran pasukan polis yang mencarinya.
Mangsa dikenal pasti sebagai Prasarth Sattabutr, 29, mengalami patah kaki dan beberapa kecederaan lain. Dia memberitahu polis, dia diculik Sabtu lalu ketika bekerja di tapak pembinaan di estet perindustrian Sahaphat. - BP sumber : mymetro
HOUCHIN berlari turun dari pentas selepas kepalanya terbakar.
BARAZARTE menyalakan api di kepala Houchin.
CALIFORNIA: Seorang ahli silap mata Amerika semalam menjalani rawatan di Republik Dominica selepas seorang hos televisyen membakar kepalanya.
Berasal dari Chico, California, Wayne Houchin berkata, dia dimasukkan ke hospital akibat terbakar. Bagaimanapun, doktor mengatakan ia tidak akan meninggalkan kesan parut. Kenyataan dalam Facebook miliknya mengatakan Houchin 'sedang berehat dan semakin pulih menjalani rawatan di negara Caribbean' itu, di mana dia membuat persembahan dengan sekumpulan ahli silap mata. Ketika membuat kemunculan pada 26 November lalu dalam rancangan televisyen Closer To The Star di Republik Dominica itu, hos jemputan, Franklin Barazarte tiba-tiba menyembur kepala ahli silap mata warga Amerika itu dengan ''Agua de Florida', minyak wangi mudah terbakar yang biasa digunakan dalam upacara Santeria. Dua hari selepas insiden itu, Houchin menulis di Facebook: "Saya tidak jangka dia akan melakukan demikian kepada saya. Ini bukan adegan lagak ngeri atau sebahagian adegan persembahan ini adalah serangan jenayah.
"Tindakan pantas anggota silap mata lain menyelamatkan nyawa saya.
"Api itu dipadamkan dan saya dikejarkan ke bilik kecemasan hospital. Saya mengalami melecur teruk di kepala, leher, muka dan tangan kanan," katanya.
Video mengenai insiden itu menunjukan kepala ahli silap mata itu terbakar ketika tangan Barazarte menyentuh rambut Houchin.
Tidak dapat dipastikan mengapa hos TV itu menyembur cecair itu ke kepala Houchin dan apa yang membuatnya terbakar. Rancangan itu tidak mengulas mengenai insiden itu. Video turut menunjukkan Houcgin, Barazarte dan ahli silap mata lain berusaha untuk memadamkan api itu dalam tempoh beberapa saat.
Insiden itu tidak disiarkan di televisyen negara itu, tetapi video mengenainya dimuat naik ke Internet.
Hocuhin berkata: "Republik Dominica adalah negara yang indah dan dipenuhi dengan penduduk yang cantik.
"Sambutan dan sokongan di sini sangat hebat.
"Sokongan, kasih sayang dan dukungan diberikan kepada saya melalui media sosial, blog dan forum daripada rakan dan peminat sangat mengujakan. Terima kasih," katanya.
Tidak diektahui sama Houchin sudah mengupah peguam di Republik Dominica. - DM
KUALA LUMPUR: Daripada 13 beradik, tujuh daripadanya pernah terbabit perniagaan burger dan kini, lima daripadanya masih kekal dengan bisnes ini yang ibarat sudah sebati dengan mereka. Dimulakan oleh abang keenam, Izanuddin Mappul, 33, kira-kira 15 tahun lalu, perniagaan itu kini diambil alih adiknya, Ahmad Saidi Mappul, 30, di lokasi sama di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. Pada masa sama, dua adik Ahmad Saidi iaitu Mohd Azrin, 24, dan Mohd Aznim, 20, membantunya di gerai berkenaan khususnya pada hari sibuk.
Selain gerai terbabit, dua lagi gerai dikendalikan anak kelapan keluarga berkenaan, Nor Aslinda, 28, di Puncak Alam, Selangor dan anak kedua, Zainal, 40-an. Menurut Mohd Azrin, secara purata gerainya mampu menjual 200 burger sehari berharga RM2 hingga RM5. Walaupun memiliki pekerjaan tetap dan menggunakan waktu malamnya di gerai, pendapatan hasil perniagaan itu lebih lumayan jika diusahakan secara konsisten.
"Ketika ini, saya cuma membantu abang (Ahmad Saidi) dan pekerjaan tetap masih diperlukan sebagai jaminan dan sumber pendapatan utama. "Namun jika mempunyai modal serta peluang, saya berminat menjalankan perniagaan ini secara serius apatah lagi keuntungannya satu kali ganda dari modal.
"Segelintir individu mungkin berpendapat melakukan dua kerja pada satu masa meletihkan dan kurang produktiviti, tetapi ia lebih baik daripada saya membuang masa melepak. Di gerai pun kami boleh melepak juga," katanya. Bagi Mohd Aznim, jika peluang terbuka untuknya mengikut jejak langkah abang dan kakak sebagai pengusaha gerai burger, dia bersedia pada bila-bila masa apatah lagi ketika ini fokusnya 100 peratus membantu Ahmad Saidi. sumber : mymetro
GOMBAK: Angkara cuai, seorang wanita berputih mata apabila kerugian hampir RM30,000 selepas beg tangannya yang diletakkan atas meja ketika makan di sebuah restoran di Kuang, dekat sini, dilarikan penjenayah. Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam kelmarin, ketika mangsa yang berusia 30-an asyik menjamu selera bersama ahli keluarganya. Menurut sumber, tiba-tiba seorang lelaki memakai topi keledar dan berusia lingkungan 20-an muncul dan dengan pantas mencapai beg tangan mangsa.
"Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu menjerit apabila beg tangannya yang mengandungi barang kemas termasuk beberapa bentuk cincin dan rantai emas bernilai hampir RM29,000 dan wang tunai sebanyak RM1,000 dilarikan lelaki itu," katanya.
Menurutnya, suspek melarikan diri bersama seorang rakannya yang bersedia di luar restoran dengan menunggang motosikal. sumber : mymetro
SELAMAT...anggota bomba mengeluarkan mangsa nahas.
BAGAN SERAI: "Saya merangkak keluar menerusi cermin hadapan trak yang pecah sambil memegang jari yang hampir putus," kata Koperal Ahmad Aping, 52, seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kenderaan pelbagai guna (MPV), di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi di Kilometer 197.2, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), arah utara berhampiran Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Gunung Semanggol itu, MPV dinaiki tiga penumpang hilang kawalan ketika cuba memotong deretan konvoi 10 trak PGA dari Batalion 3, Bidor, sebelum merempuh belakang sebuah trak berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan MPV jHonda Edix dan trak dinaiki tujuh anggota PGA Senoi Praq itu terbabas sebelum terhumban ke longkang di tepi lebuh raya. Kejadian menyebabkan seorang penumpang MPV dikenali Mohammad Saome, 30, yang juga pekerja asing warga Bangladesh maut.
SUBANG JAYA: Atas prinsip yang bersalah wajib dihukum, seorang wanita dengan berat hati membuat laporan polis ke atas bapanya selepas lelaki itu mencabul dua cucu kembarnya yang berusia 13 tahun. Wanita terbabit yang berusia 37 tahun hilang sabar apabila bapanya yang berusia 78 tahun beberapa kali melakukan perbuatan menjijikkan itu di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, sejak November lalu. Sumber polis berkata, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, jam 2 petang, kelmarin selepas kedua-dua mangsa yang juga anak saudaranya menceritakan perbuatan aib datuk mereka.
Menurutnya, dua beradik kembar perempuan itu tinggal bersama datuk dan nenek mereka yang berusia 78 tahun sejak kecil selepas ibu dan bapa mereka bercerai hampir 10 tahun lalu.
"Bapa kembar itu kini menjalani hukuman penjara manakala ibu mereka bekerja di utara tanah air. Mengikut laporan, mangsa memberitahu mula dicabul datuk mereka sejak awal November lalu. sumber : mymetro
KUANTAN: Kira-kira dua tahun lalu, empat daripada lima perompak yang memasuki rumah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat, di Jalan Teluk Sisek, di sini, ditembak mati polis, namun kali ini rumah berkenaan yang kini diduduki mentuanya, sekali lagi menjadi sasaran apabila dipecah masuk pencuri.
Selepas kejadian 5 Julai 2010, rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Lumpur itu yang kini didiami mentuanya, Datuk Ahmad Baharuddin Mohd Akil, 83, dan isterinya Datin Bahariah Abdullah, 76, sekali lagi dimasuki pencuri dipercayai hujung minggu lalu.
Difahamkan, kejadian berkenaan hanya disedari jam 7.30 malam kelmarin apabila Wan Adnan pulang dari Kuala Lumpur selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno.
Ketika kejadian, keluarga mentuanya difahamkan turut berada di Kuala Lumpur dan penjenayah terbabit mengambil kesempatan memasuki rumah berkenaan melalui siling sebuah bilik.
Wan Adnan ketika dihubungi memaklumkan dia mendapati keadaan dalam rumah berselerak selepas tiba dari Kuala Lumpur, petang kelmarin.
Katanya, melihatkan keadaan itu, dia mengesyaki rumah dimasuki pencuri sebelum membuat laporan berhubung kejadian berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, malam kelmarin.
"Saya tergamam apabila sampai di rumah ini, petang semalam (kelmarin) dan mendapati keadaan bilik berselerak. Selepas mendapati ada barangan yang disimpan dalam peti hilang, saya membuat laporan polis," katanya. Bapa mentuanya, Ahmad Baharuddin berkata, penyamun dipercayai mengetahui selok-belok keadaan di dalam rumah itu dan menyelongkar biliknya serta bilik Wan Adnan bagi mencari barangan berharga.
"Saya syak kejadian ini dilakukan lebih daripada dua orang pada malam minggu lalu dan mereka seperti sudah tahu apa yang mereka mahu ambil," katanya ketika ditemui, di rumahnya petang semalam.
Katanya, semua kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah itu dialihkan bagi mengelak wajah mereka dirakam.
"Pita rakaman CCTV turut dilarikan. Bilik saya dan menantu berselerak dan mereka melarikan beberapa jam tangan serta barangan kemas milik saya dan isteri yang disimpan dalam peti," katanya.
Menurutnya, penyamun terbabit meloloskan diri melalui tingkap biliknya dan tidak menggunakan pintu depan kerana berkemungkinan mereka mengetahui kediaman itu dilengkapi alat penggera keselamatan.
"Semua kunci kenderaan dan kunci pejabat juga dilarikan mereka," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Katanya, polis ke tempat kejadian selepas menerima laporan mendapati keadaan dalam rumah berselerak, manakala siling dipecahkan.
"Siasatan awal, polis percaya rumah mangsa dimasuki penjenayah melalui siling bilik tidur yang dipecahkan," katanya.
Mohd Jasmani berkata, sehingga kini jumlah kerugian sebenar masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut masih dilakukan.
Electrical Plugs/Konektor Elektrik ini sering kita jumpai di kehidupan sehari-hari. Ternyata jika dirangkai secara pas, boleh menjadi sebuah robot gundam. Sesuatu hal dari yang tidak terpakai menjadi sesuatu yang mengagumkan. Hanya sedikit cat warna untuk memberi kesan indah, akan menjadi sebuah karya seni yang menakjubkan.
Langkah-langkah pembuatannya dapat dilihat dari gambar secara berurutan ke bawah.
Mungkin kalian belum tahu, Taiwan mempunyai wanita-wanita cantik yang terkenal tersebar di penjuru dunia maya / internet. Dengan melakukan poling disalah satu situs, terpilihlah 10 awek Taiwan paling cantik menurut pengguna internet:
1. Niu-Niu
Diketahui, awek ini bekerja sebagai model fashion di Jepun. Dengan mata seperti anak anjingnya, awek ini menjadi sangat terkenal di kalangan pengguna internet Jepun dan berhasil menjadikannya model cover majalah beberapa waktu lalu. Di blognya dia menulis tentang fashion, make-up, dan review beberapa produk wanita. Salah satu wanita yang mempunyai fans laki-laki terbanyak dalam daftar ini. 2. Angel Hong
Mengawali karirnya di salah satu program tv di taiwan di usia sangat belia. Semakin dewasa dia menjadi wanita sophisticated yang sangat menjunjung tinggi gaya berpakaian dan fashion. Awek yang satu ini wajah yang memikat ketika dia memandang kERAna itu tak ayal dia berada dalam daftar 10 awek cantik Taiwan ini. 3. An Xiao-Quao
Mungkin di daftar ini, Quao menjadi awek paling seksi dan panas. Menjadi model cover majalah, dia selalu menampilkan bentuk tubuhnya yang indah dan berpakaian yang cukup menggoda iman para laki-laki. 4. Guai-Guai
Sejak menjadi model pakaian pengantin dan menyebar di internet belakangan ini, dia menjadi topik yang hangat dan sering dibicarakan. Mempunyai tinggi 168 cm dan berat hanya 47 kg saja, dia sangat sesuai dalam pekerjaannya dalam menjadi model.
5. Dou Hua Mei (Gadis Tahu / Tofu Pudding Girl)
Dou Hua Mei mendapat namanya dari makanan penutup China yang populer yang ia gunakan untuk melayani di pekerjaan paruh waktunya ketika ia ditemukan. Dari awal yang sederhana dia sekarang merayakan debut albumnya yang dirilis tahun ini. Semanis namanya, penggemar menemukan diri mereka sangat kecanduan dengan gadis penampilan dan kepribadian sangat baik ini. 6. Baozi
Meskipun Baozi pernah bekerja sebagai model profesional atau tempat lain di bisnis pertunjukan, ia tidak diragukan lagi layak mendapatkan tempat dalam 10 wanita paling cantik dari Taiwan. Ini dia situs koleksi foto-fotonya http://www.wretch.cc/album/brokenday
Blog sederhananya tentang liburan dan anjing peliharaan entah bagaimana telah menjadi sebuah fenomena yang telah merambah ke sudut-sudut tergelap internet di Taiwan, dan fotonya yang cantik telah membius ribuan fansnya
7. Wu Yu-Shu
Seorang penyiar tv yang jelas sangat cantik dari taiwan. 8. Wu-Yi-Jie
Seorang yang cantik dan mempunyai akademik yang sangat baik, inilah Yi Jie yang lulusan terbaik dari Taiwan University (Havardnya taiwan). 9. Wei-wei
Muncul sebagai artis dari pencari bakat, awek yang satu ini tidak boleh dikesampingkan jika mengingat ketenarannya di internet saat ini
10. JME
Kulit bersih, mata lebar, dan kulit halus adalah faktor yang banyak dicari oleh seorang wanita. Namun, JME tidak hanya memiliki hal-hal ini. Gadis ini memiliki semangat menyenangkan yang memiliki hati setiap orang yang meleleh.
Bangsa Jepun memang terkenal sebagai bangsa yang rajin dan sibuk. . Bagi mereka, waktu adalah wang.
Namun walaupun mereka cukup sopan dan santun ada beberapa hal yang sebaiknya jangan kita tiru seperti yang dapat kita lihat pada kereta api yang merupakan pengangkutan utama disana.
Apa yang dilakukan pasangan muda ini amat tidak sopan dan tidak menghormati orang tua
Ada tempat jemuran di kereta api?
Foto-foto diatas menggambarkan bahawa bangsa Jepun juga amat individualistis. Sifat seperti itulaah yang sejatinya jangan dicontoh.
Siapa sih yang tidak mengenal Britney Spears? Penyanyi dengan lagu "Baby One More Time" ini memang cantik dan terkenal sexy.
Namun semuanya berubah dan seakan musnah saat hubungan asmaranya dengan Justin Timberlake kandas. Putusnya hubungan cintanya dengan Justin Timberlake membuat dirinya depresi dan tidak lagi peduli akan dirinya sendiri. Dam semuanya bertambah pelik menyusul perceraiannya dengan Kevin Federline.
Baru baru ini, Britney terlihat berjalan sendirian dengan memakai gaun mini ketat berwarna putih di jalanan di kawasan Hollywood. Gaun yang dikenakannya mengekspose penyakit kulit (tepatnya kurap) pada paha bagian kanannya serta sedikit luka di kakinya.
mari kita zoom lebih dekat
Kurap pada kakinya terlihat jelas
Borok di kakinya pun telihat jelas
Sedangkan dalam satu acara lain yang dihadiri oleh Britney yaitu Premiere X-Factor di Los Angeles, amat jelas memperlihatkan ketidak beresan pada jari-jari tangannya, dimana jari tangannya terlihat terluka.
Jari di dekat kukunya terlihat terluka dan bengkak.
Menurut penuturan mantan suaminya, Kevin Federline, Britney dirumah amat jarang mandi. Wanita ini bisa sampai seminggu di rumah tanpa pernah mandi. Mungkin hal tersebut yang menyebabkan memudarnya kecantikan sang diva ini.
Paras wajah wanita asal Rusia memang khas dan unik. Mereka terkenal cantik dan begitu menggoda. Apalagi jika kecantikan yang dimaksud, adalah menyangkut mereka beberapa wanita terkenal Rusia yang berkecimpung dalam berbagai aktifitas dan pekerjaan. Berikut sosok yang dimaksud:
1. Irina Shayk
Irina Shayk terlahir sebagai Irina Shaykhlislamova dan merupakan model Rusia dikenal untuk tahun 2007 hingga tahun 2012 dia tampil di Sports Illustrated Swimsuit Issue. Dia adalah model sampul untuk edisi 2011. Di antara 20 model paling seksi dari seluruh dunia, ia berada di urutan ke 10.
2. Maria Sharapova
Maria Yuryevna Sharapova adalah seorang pemain tenis asal Rusia. Ia pernah menduduki peringkat 1 WTA dan sekarang tinggal di Amerika Syarikat, walaupun tetap menjadi warganegara Rusia. Sharapova telah menjuarai 3 gelar Grand Slam, termasuk Australia Terbuka (2008) dan AS Terbuka pada tahun 2006 dengan mengalahkan Justine Henin. Pada tahun 2004, ia mengalahkan Serena Williams di final Wimbledon. Pada tahun 2006 Sports Illustrated menyatakan dirinya sebagai atlet wanita paling indah. Dia bahkan menawarkan untuk menjadi model profesional tapi ia menolak.
3. Natasha Poly
Natasha membuat debut kariernya di catwalk pada tahun 2004. Sejak saat itu, dia telah banyak dikenali dan bekerjasama dengan para desainer terbaik dan paling terkenal dunia. Dan saat ini, dia tercatat adalah salah satu model yang paling sukses di dunia.
4. Natalia Vodianova
Natalia Vodianova Mikhailovna adalah model, aktris, Rusia dan dermawan yang saat ini tinggal di Paris. Pada tahun 2012, dia berada di urutan tiga di Forbes daftar model top-produktif, diperkirakan telah memperoleh $ 8,6 juta pada satu tahun.
5. Sasha Pivovarova
Sasha Pivovarova adalah model cantik terkenal asal Rusia. Dia mungkin paling dikenal kerana berturut-turut menjalankan 6-musimnya dengan Prada. Sasha memiliki penampilan yang cukup luar biasa. Dia sering disebut sebagai model "alien yang tampak".
Kedai makan sashimi katak ini diberi nama Asadachi. Kita boleh menemukan sebuah kedai makan yang menyediakan menu ini di dekat stesen kereta api Shinjuku, Jepun. Katakk yang digunakan sebagai hidangan ini bukan katak yang ditangkap dari sembarang tempat, melainkan katak yang memang sengaja dipelihara dan dibudidayakan sebagai bahan sashimi. Asadachi hanya memasak 5 ekor katak perhari, jadi persediaannya terbatas.
Katak yang disajikan sebagai sashimi hanya akan disembelih jika ada yang memesan, jadi boleh dipastikan daging katak yang disajikan masih segar. Selain sashimi, ada beberapa masakan lain yang juga terbuat dari daging katak. Hmmm di bawah ini ada beberapa foto dan video proses penyajian sashimi katak.
According to foreign reports, xuanfu always been despised and crowd, however, the Premiership defender Liam Ridgewell residual brain xuanfu of enraged people even their own fans, as he piles £ 20 denominations. backside.
West Bromwich Albion defender ridgeville squatting on the toilet, and the money as toilet paper to wipe. Also littered the ground around him with a lot of 20 pounds denominations, with a total value of about 1000 pounds. It is reported that this photo is sent to the Sun by an anonymous West Bromwich Albion fans.
Ridgeville responded that he was just joking with friends, disclosing did not expect such a big blunder. He also publicly apologize for their actions, "This picture was shot in my house eight months ago, when my friend and I was joking, I won a bet from him, so took this photo before I did not expect The photos will be published, and now I can imagine people what vision to see this photo, I apologize for the consequences. "