Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Review Navutu Dreams Resort & Spa Posted: 03 Dec 2012 05:18 PM PST Navutu Dreams Resort & Spa : Sebuah Mimpi Indah di Siem Reap, Kemboja! Sejajar dengan statusnya sebagai sebuah kota pelancongan, terdapat ratusan tempat penginapan di kota bersejarah ini. Namun begitu, hanya beberapa sahaja yang menyerlah kerana keunikannya. Salah satu hotel yang dimaksudkan ini adalah Navutu Dreams Resort & Spa. Resort butik berbintang lima ini adalah idea tiga orang warga Itali yang juga memiliki sebuah resort butik di kepulauan Fiji, iaitu Navutu Stars Resort yang pernah diiktiraf dan memenangi pelbagai anugerah dari pihak Conde Nast (pernah juga diundi sebagai salah satu resort paling seksi di dunia!). Setiap bilik mempunyai ruang taman dan beranda tersendiri. Kesemuanya dilengkapi dengan kemudahan elektronik tercanggih untuk keselesaan tetamu.Navutu Dreams Resort & Spa pula terletak sekitar lima minit dari pusat bandar Siem Reap dan direka dengan penuh gaya tanpa menghilangkan unsur-unsur tradisional serta alam semula jadi persekitarannya. Dikelilingi sawah padi nan hijau yang menenangkan mata, kawasan ini seperti sebuah syurga tersembunyi yang mempunyai seribu satu rahsia. Kesemua tamu yang menginap di sini bakal dijemput oleh pemandu tuk-tuk peribadi yang disediakan oleh pihak hotel. Malah perkhidmatan tuk-tuk peribadi ini turut termasuk dalam bayaran hotel jadi sepanjang menginap di sini, para pangunjung tidak perlu risau soal tambang atau mencari pengangkutan awam kerana sudah ada pemandu tuk-tuk sendiri secara percuma! Ini merupakan salah satu perkhidmatan ekstra yang hanya disediakan oleh beberapa hotel mewah sahaja! Bercakap soal penginapan, setiap bilik di sini luas berilhamkan vila-vila Mediteranean dan mempunyai senibina serta senireka dalaman yang sangat unik.Sekali imbas, kadang-kadang kawasan resort ini mirip sedutan sebuah filem yang menampilkan kehidupan di sebuah dunia lain yang indah. Lebih menakjubkan lagi, terdapat dua buah kolam renang untuk penggunaan para tamu, di mana sebuah kolam renang adalah kolam air tawar dan satu lagi kolam renang air masin! Seperti kebanyakan hotel-hotel butik mewah di dunia, resort ini hanya mempunyai 18 buah bilik eksklusif sahaja. Setiap bilik mempunyai ruang taman dan beranda tersendiri. Kesemuanya dilengkapi dengan kemudahan elektronik tercanggih untuk keselesaan tetamu. Bilik mandinya juga besar dan berbeza dari apa yang sering dilihat di hotel-hotel gah lain. Terdapat sebuah tab mandi berdindingkan kaca di luar bilik air yang benar-benar bersebelahan katil. Kecanggihan bilik turut diselang-selikan dengan hiasan-hiasan berunsur Asia untuk disesuaikan dengan lantai kayu serta warna-warna yang digunakan. Di tengah-tengah hartanah pula terdapat sebuah Pavilion yang juga menempatkan restoran dan bar utama Gnambai untuk menjamu selera dan menikmati minuman. Ditemani kolam-kolam renang serta kawasan taman, tempat ini menyajikan pelbagai hidangan barat serta tempatan. Kesemua hidangan lazat ini juga adalah hasil ciptaan tukang masak Restoran Il Forno, sebuah restoran Itali asli kepunyaan pemilik hotel yang terletak di tengah-tengah kota Siem Reap di Pub Street. Semestinya, resort ini turut menampilkan sebuah spa bernama LaSpa untuk memanjakan diri dan juga pusat kesihatan untuk bersenam dan beriadah. Dari pintu masuk di lobi hotel sehinggalah ke bilik mandinya, Navutu Dreams Resort & Spa benar-benar merupakan satu kelainan dalam senarai hotel butik mewah di Siem Reap. Kalaupun tidak dapat bermalam di sini kala ke Siem Reap, sekurang-kurangnya singgahlah untuk minum petang atau mencuba spa sambil melawat persekitarannya kerana ia benar-benar unik, mewah dan paling penting seksi! Facebook Komen |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |