Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Jangan ungkit soal hamil awalBELUM PUN majlis bermula, lebih 500 tetamu yang terdiri daripada kenamaan, keluarga, teman rapat dan media beberapa kali bergelap. Bekalan elektrik yang terputus tambah mengharukan apabila berlaku sekali lagi ketika kedua-dua mempelai, Farid Kamil Zahari dan Diana Danielle Danny Beeson melabuhkan punggung di pelamin seraya bacaan doa pembuka majlis dimulakan. Sedikit terkilan dan terkejut dengan insiden tersebut, Farid, 31, memohon maaf atas kejadian yang tidak terduga itu. Dia juga berharap insiden yang sama tidak akan berulang untuk majlis resepsi sebelah lelaki pada 12 Disember ini di Jitra, Kedah. "Kami memohon maaf atas kekurangan majlis pada kali ini, termasuk bekalan elektrik yang beberapa kali terputus dan makanan yang tidak mencukupi. Kami telah mencuba sebaik mungkin, namun perkara sebegini berlaku di luar jangkaan kami," katanya yang ditemui usai majlis resepsi tersebut. Sambil ditemani Diana, Farid mengakui dia belum berasa lega selagi majlis di kampung halamannya di Kedah belum berlangsung. Kata Farid majlis itu akan bertemakan Kesultanan Kedah dengan memakai busana Melayu Tradisional, namun masih mengekalkan majlis perkahwinan dalam taman (garden wedding). Berkongsi sedikit cerita mengenai impian majlis perkahwinan dalam taman yang selama ini diidamkan Diana, kelainan konsep yang dipilih pada malam 1 Disember lalu di Taman Ekuestrian Putrajaya, Selangor diserikan dengan sedikit elemen formaliti. "Majlis ini masih mengekalkan konsep perkahwinan dalam taman. Saya sentiasa mahukan majlis yang ringkas dan tidak terlalu sarat dengan pelbagai acara. Cuma Farid yang menambah sedikit sebanyak kejutan supaya tidak terlalu hambar," ujar Diana.
Majlis pada malam itu dimulakan dengan perarakan Tean Paging 10 ekor kuda bersama sebuah kereta kuda berhias sekitar pukul 9 malam. Turut menyerikan majlis, persembahan berkuda daripada Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertontonkan kepada penonton. Tegas pasangan itu, majlis persandingan kali ini tidak melibatkan sebarang penajaan, sebaliknya perbelanjaan keseluruhan dikeluarkan mereka sekadar termampu. "Hanya ini yang mampu dilakukan dan kami tidak mengambil sebarang penajaan, sebaliknya ia dijalankan mengikut keupayaan kami sendiri. "Bukan tiada penaja yang datang, cuma kalau boleh kami tidak mahu sebab takut setelah mengambil iktibar kejadian rakan-rakan artis sebelum ini apabila penaja menarik diri pada saat akhir. "Sekali gus kami mahu membuktikan bahawa golongan artis tidak terlalu murah untuk terima tawaran penajaan sewenang-wenangnya," ulas pasangan tersebut. Mengidam Beralih topik perbualan yang terarah kepada berita gembira pengumuman pasangan itu yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi, Diana, 21, mendedahkan dia tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya hanya mengidam. "Saya lebih banyak mengidam makan macam-macam, tapi tidak pula mengalami alahan. Sebaliknya alahan itu telah pergi kepada Farid pula. "Pada minggu-minggu awal dulu, Farid yang selalu muntah-muntah pada waktu pagi sampai apabila pergi berjumpa doktor, dia disyaki mengalami keracunan makanan," kata Diana. Tempoh menempuh alam perkahwinan yang sudah genap sebulan itu dilalui Diana dan Farid dengan penuh getir apabila ramai pihak yang membuat pelbagai spekulasi mengenai usia kandungan Diana yang difahamkan melebihi angka dua minggu. Jelas pasangan itu, tohmahan yang tidak berasas itu tidak mematahkan semangat mereka, sebaliknya membuat mereka lebih cekal untuk merencanakan perjalanan hidup sebagai suami isteri selepas ini. "Pada awalnya, saya tidak terfikir untuk bakal mempunyai cahaya mata dalam tempoh terdekat, tapi apabila saya mendapati ada perubahan pada diri, saya membuat pemeriksaan dan Alhamdulillah saya mengandung! "Oleh kerana terlalu gembira saya mengumumkan kepada peminat melalui Twitter, selepas itu baru terfikir balik akan kesannya. "Ramai orang memberikan nasihat kepada saya dan saya sangat berterima kasih. Maknanya ramai yang mengambil berat akan saya. "Bakal bergelar ibu muda, saya akui sedikit takut tapi saya tidak gementar malah terlalu teruja sebenarnya. Saya menerima rezeki Allah dengan tangan yang terbuka dan mahu membahagiakan suami saya sehabis baik," ujar pelakon filem Jiwa Taiko itu panjang lebar. Sementara itu, Farid hanya memberi komen ringkas mengenai tindakan Diana mengumumkan berita kehamilannya baru-baru ini. PASANGAN pengantin baharu ini memohon doa dan restu daripada semua pihak agar perkahwinan mereka dilimpahi rahmat sehingga ke akhir hayat. "Itu keterujaan seorang perempuan, selepas buat dia akan berfikir balik,"katanya ringkas. Ditanya mengenai perancangannya untuk melanjutkan pelajaran di Australia seperti yang telah didedahkannya sebelum ini, Diana enggan mengulas lanjut. Katanya: "Insya-Allah saya akan sambung belajar, kita lihat bagaimana perjalanannya nanti." Lari Selepas mengumumkan berita gembira tersebut kepada khalayak, ramai yang terasa hati apabila pasangan itu seperti melarikan diri daripada pihak media yang ingin mendapatkan kenyataan lanjut berhubung perkhabaran itu. Jelas Diana tidak menafikan hal tersebut, lari dan cuba mengelak daripada berkongsi perihal peribadi memang sebahagian daripada dirinya. "Saya sentiasa macam itu. Saya boleh berkongsi mengenai kehidupan dengan peminat, tapi tidak berlebih-lebih. Semua yang berlaku sepanjang tempoh ini adalah sangat personal bagi saya," jawab Diana. Sebaliknya, kata Farid, mereka bukan melarikan diri, tapi mencari ruang untuk diri sendiri dan merancang perkara terbaik untuk masa akan datang. "Kami juga perlukan masa untuk diri sendiri dan mencari peluang merancang perkara yang kami akan lalui kelak," jelasnya. Sementara itu, Diana berkongsi perasaan ibunya, Norsiah Ramli, yang bakal bergelar nenek tidak lama lagi. "Mama selalu bertanya macam mana rupa bakal cucunya nanti? Sebagai anak tunggalnya, pasti dia sangat teruja untuk melihat keturunannya kelak," jelas Diana. | ||||
Posted: Stamina 65 tahun Elton JohnOleh RONI HIDAYAT RIDWAN
MEMAKAI sut hitam dipadan kemeja ungu, seorang lelaki yang boleh dipanggil datuk melambaikan tangannya kepada peminat sewaktu berada di atas pentas. Sebaik beliau memetik piano mengalunkan lagu-lagu indah yang selama ini menjadi siulan, khalayak mula terlupa bahawa usia penyanyi antarabangsa Elton John sudah mencecah 65 tahun. Staminanya masih tinggi, biar harus diakui kadang terlihat lelah. Namun ia disembunyikan di sebalik semangatnya untuk menghiburkan peminat setianya di Malaysia. Ini bukan kunjungan kali pertama Elton ke Malaysia. Sebaliknya, beliau pernah menghiburkan peminatnya di sini pada tahun lalu. Tahun ini, beliau kembali dalam satu konsert yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang. Kunjungan kali kedua penyanyi berkenaan ke negara ini adalah sempena dengan Konsert Elton John 40th Anniversary Of The Rocket Man yang berlangsung pada 29 November lalu. Biarpun ada beberapa pihak yang tidak mengalu-alukan kehadiran penyanyi yang memperjuangkan perkahwinan sejenis itu, namun konsert pada malam tersebut berlangsung dengan lancar serta dihadiri 5,000 peminatnya. Ternyata dengan kehadiran peminatnya yang cukup ramai, tidak hairanlah penyanyi yang turut terkenal sebagai pemain piano berkelas dunia itu masih berminat membuat persembahan di negara ini. "Hello Malaysia, tidak sangka dalam tempoh setahun saya telah kembali semula untuk menghiburkan anda semua. Sudah tentu saya berasa teruja dapat menghiburkan peminat saya di sebuah negara yang sangat menarik. "Bagi saya Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup hebat dan banyak pengalaman yang diperoleh semasa kunjungan saya kali pertama ke sini dahulu," ujarnya sebelum memulakan persembahan. Tepat pukul 8.30 malam, penyanyi yang memiliki nama sebenar Reginald Kenneth Dwight itu membuka acara dengan lagu berjudul The Bitch Is Back sehingga mendapat tepukan gemuruh peminat yang memang menantikan kemunculannya. Kemudian persembahan diteruskan pula dengan lagu-lagu popular penyanyi itu seperti Bennie And The Jets, Grey Seal, Levon, Tiny Dancer, Believe, Tiny Dancer, Mona Lisa, Rocket Man, Honky Cat, Nikita dan Candle In The Wind. Menariknya, kebanyakan lagu yang dipersembahkan adalah gabungan lagu-lagu menerusi album yang diterbitkan pada era 70-an, 90-an dan album yang terbaharu seperti Caribou (1974), Madman Across The Water (1971), Honky Chateau (1972), Made In England (1995) dan The Union (2010).
Bagaimanapun, terdapat sedikit kekecewaan apabila Elton tidak mempersembahkan beberapa buah lagunya yang sentiasa menjadi siulan peminat seperti Something About the Way You Look Tonight dan Sacrifice. Masih bertenaga Dalam persembahan yang berlangsung selama lebih dua jam itu, ternyata Elton yang sudah mencapai usia 65 tahun masih mampu lagi menyanyi sebanyak 24 buah lagu. Biarpun sudah mula keletihan selepas menyampaikan lagu ke-12 yang berjudul Hey Ahab, namun penyanyi berkenaan dilihat masih terus bertenaga untuk menghiburkan peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan. "Apa yang paling penting saya mahu anda semua terus terhibur dan dapat menikmati setiap lagu-lagu yang saya persembahkan pada malam ini," ujarnya. Lebih menarik lagi, ketika menyampaikan dua buah lagu terakhir, Elton turut mengajak peminat untuk berdiri beramai-ramai di hadapan pentas sebelum menamatkan persembahan dengan lagu berjudul Your Song yang ditujukan khas kepada mereka yang hadir. Selepas mengadakan konsert di Genting Highlands, Elton dijadualkan mengadakan persembahan seterusnya di Araneta Coliseum, Filipina pada 8 Disember ini. | ||||
Nabil cari rezeki lebih untuk anak Posted: Nabil cari rezeki lebih untuk anakOleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
DEMI anak, Nabil terpaksa membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama stesen radio Suria FM biarpun sudah menerima tawaran daripada stesen radio itu sejak bulan Oktober yang lalu. Menerima tawaran 'lebat' untuk membuat program televisyen daripada dua stesen iaitu Astro dan TV3, akui Nabil, dia tidak mampu untuk melakukan kedua-dua kerja serentak dan akhirnya melepaskan tugasnya sebagai penyampai radio. Dia memilih untuk memberi fokus kepada bidang lakonan dan pengacaraan bermula tahun depan. Jelas Nabil, dengan keputusan yang dibuatnya itu, dia juga dapat meluangkan banyak masa untuk puterinya, Naira Mikayla selain keinginannya untuk lebih kerap muncul di kaca TV. Kepada Kosmo! Nabil berkongsi pengalamannya sebagai bapa dan bercerita mengenai kerjayanya. Bagaimanakah pengalaman pertama kali menjadi bapa? Sangat teruja dan ia merupakan pengalaman baharu bagi saya. Sekarang, waktu sedang bekerja, saya ada perasaan mahu cepat balik ke rumah untuk jumpa dengan dia (Naira Mikayla). Bila mahu keluar kerja rasa berat hati sangat untuk tinggalkan dia. Sudah mula melakukan tugas sebagai seorang bapa? Sejak anak kami lahir beberapa minggu lalu, saya sudah beberapa kali tukar lampin, tetapi masih belum berani mandikan dia. Naira agak kerap juga terjaga pada waktu malam iaitu sebanyak lima atau enam kali. Jadi, setiap kali dia bangun saya akan bangun dan angkat untuk diberi kepada isteri saya, Zira. Zira tidak boleh banyak bergerak kerana luka pembedahannya masih baharu. Suami mithali tak saya? Jika anda mendapat tawaran bekerja luar daripada Kuala Lumpur, adakah anda terima? Buat masa ini saya tidak terima apa jua tawaran yang memerlukan saya keluar daripada Kuala Lumpur. Tunggulah sehingga isteri betul-betul sihat. Lagipun masih banyak lagi rawatan susulan yang perlu kami pergi. Zira (isteri) berpantang di mana? Zira pantang di rumah mak mertua saya di Klang. Saya kini berulang alik daripada Kuala Lumpur ke Klang. Beralih pada soal kerjaya, kenapakah Nabil menolak tawaran untuk menyambung kontrak sebagai penyampai radio Suria FM? Pada saya, komitmen sebagai penyampai radio sangat tinggi. Walaupun saya hanya ke udara selama empat jam untuk segmen Breakfast@Suria bersama Halim Othman serta Kencana Devi, tetapi banyak perkara lain yang perlu dibuat seperti merancang segmen sebelum ke udara atau menghadiri mesyuarat. Jadi saya perlu buat keputusan demi komitmen masa dengan keluarga dan muncul semula di kaca TV. Kebetulan juga saya dapat banyak peluang untuk terbabit dengan program TV.
Adakah pendapatan yang anda peroleh di kaca TV lebih lumayan berbanding di radio? Bayaran dengan Suria FM sangat okey. Saya juga ada pendapatan setiap bulan, tetapi saya akui jika kerap muncul di TV, saya memperoleh pendapatan lebih banyak bergantung kepada jumlah tawaran. Setakat ini, berapa banyak tawaran yang anda dapat untuk program TV? Buat masa ini saya sudah terima 11 tawaran untuk program TV. Antaranya program Meletop, Kan Dah Kena Dah dan program bersama dengan Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Osom. Saya juga ada menerima tawaran untuk mengendalikan satu program bercorak permainan, tetapi masih belum diputuskan lagi. Dalam masa yang sama, saya juga menerima beberapa tawaran untuk telefilem. Anda mendapat banyak tawaran daripada pihak Astro, bagaimana pula dengan tawaran sebagai penyampai radio Era? Saya tidak akan ke stesen radio lain buat masa terdekat ini. Saya hanya ingin fokus pada program TV sahaja. Apakah pengalaman yang anda peroleh selama menjadi penyampai radio Suria FM? Apa yang saya dapat dengan Suria FM sangat berharga. Banyak perkara yang saya timba selama setahun bersama dengan mereka. Rakan-rakan di sana banyak mengajar saya cara berkomunikasi yang berkesan dan selok-belok sebagai penyampai radio. Memang sukar untuk buat keputusan tinggalkan Suria FM kerana saya perlu menjaga hati banyak pihak. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |