Berita Harian: Hip |
Posted: 03 Dec 2012 03:18 AM PST Sekalipun enggan bercerita kisah peribadi yang sering diprovokasi ramai pihak termasuk media dan blogger, aktres digelar primadona filem Melayu moden, Erra Fazira terus tabah meniti hari. Malah, pada pertemuan bersama HIP, Erra tampil ceria. Masakan tidak, ditemani jantung hati, Engku Aleesya Engku Emran yang kini berusia empat tahun, Erra bagai lupa segala-galanya. Tumpuannya ketika itu hanyalah kepada puteri kesayangan yang ditatang bagai minyak yang penuh.
"Sebenarnya, kehidupan kita semua tidak lari daripada permainan emosi. Ada kalanya kita merasakan begitu bahagia sekali dan tidak terlepas juga rasa kecewa dan sedih yang ingin kita luahkan. Saya juga tidak ada menulis status yang boleh mengaitkan diri dengan seseorang... Itu saya jaga. Tiada lain, luahan itu hanya peribadi saya saja. "Namun, saya agak kesal apabila sering diprovokasi dalam laman sesawang. Mereka menulis seolah-olah mahu memanaskan isu dan sengaja melaga-laga kehidupan kami sekeluarga. Perkara ini sentiasa saya tangani dan tidak akan melayan individu sebegini," katanya. Erra ditemui HIP pada acara Back To School With Staedtler di Damansara Perdana, Petaling Jaya, kelmarin. Terpaksa lupakan konsert JLo
Kelmarin, Erra sepatutnya menyaksikan konsert artis pujaannya Jennifer Lopez atau JLo di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, namun hasrat itu terpaksa dibatalkan demi Aleesya. "Walaupun saya teringin menyaksikan konsert JLo yang kali pertama bertandang ke Malaysia, namun ia tidak sebesar nilainya dengan meluangkan masa bersama anak. Aleesya menjadi sumber kebahagiaan yang saya kecapi hingga hari ini dan tidak akan saya sia-siakan masa berharga itu. "Saya sudah membeli lebih awal tiket konsert JLo tetapi disebabkan Aleesya, saya korbankan tiket itu dengan memberikannya kepada teman," katanya. Bina potensi si kecil dalam kelab kreatif Kehadiran Erra dalam acara Back To School With Staedtler cukup dirasakan peminat ciliknya. Ia menjadi aktiviti tahunan yang diatur kelabnya dengan diberi nama 'Erra Art Club'. Kelab yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu disertai kanak-kanak berusia seawal lima tahun hingga belasan tahun. Aktiviti yang dianjurkan termasuk permainan merangsang minda seperti melukis, mewarna dan lawatan tempat menarik yang dilakukan setiap kali musim cuti sekolah. "Saya tubuhkan kelab ini sejak kehadiran Aleesya dalam hidup saya. Sejak bergelar ibu, saya sering memikirkan bagaimana hendak mendidik anak dengan merangsangkan mindanya agar pemikirannya sentiasa cergas dan sihat. "Selain daripada didikan akademik, aktiviti merangsang minda ini menjadikan kanak-kanak lebih kreatif pada masa akan datang. Saya bertuah kerana inisiatif ini mendapat perhatian Staedtler yang menaja segala aktiviti kelab ini sejak dua tahun lalu," katanya yang menganggarkan lebih 1,000 kanak-kanak sudah menjadi ahli dengan hanya mendaftar di laman sesawang kelab itu. |
Posted: 03 Dec 2012 03:14 AM PST Tidak lama lagi, 2012 akan meninggalkan kita, lalu tirai baru 2013 bakal disingkap. Bagi penyanyi Shila Amzah, tentu sekali tahun ini meninggalkan seribu kemanisan buat kerjaya seninya.
Selepas berjaya mengharumkan nama negara pada pertandingan Asian Wave di Shanghai, China, September lalu, rezeki gadis berusia 22 tahun ini bertambah murah. Shila berjaya merangkul trofi pertama acara hiburan tempatan iaitu Anugerah Industri Muzik, Oktober lalu. Ini diikuti trofi ketiga bagi kategori Anugerah Power Vocal pada Anugerah Shout! Mungkinkah berderet lagi anugerah menanti berikutan lagu ditulis dan didendangkannya, Patah Seribu berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 27, bulan depan. Selain itu, berdasarkan popularitinya, tidak mustahil Shila menjadi calon Top 5 pada Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPH 2012), April depan. Akui anak sulung penyanyi ND Lala, tahun ini menjadi tahun paling aktif dalam kerjaya seninya. Namun ujar Shila, dia tidak pernah meletak harapan tinggi. "Saya memeriahkan setiap majlis sekadar memberi sokongan kepada pihak yang banyak menyokong kerjaya seni saya. Bagi saya, apa yang kecapi kini adalah rezeki kurniaanNya selepas hampir 12 tahun saya sabar menanti.
"Sebelum ini, saya akui cemburu melihat kejayaan teman-teman. Tidak sangka pula akhirnya saya berpeluang melalui apa yang pernah mereka rasa. Walaupun terpaksa menunggu lama, saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya Tuhan beri peluang untuk saya merasainya," kata Shila yang ditemui pada acara pra promosi AJL 27 di Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Berangkat ke China bulan depan Sejak menempa nama dalam beberapa anugerah, jadual seni Shila berubah 360 darjah. Jadualnya terlalu padat sehingga dia terpaksa berkejar ke sana sini memenuhi undangan persembahan. Namun, sebelum kemanisan ini dapat dicapai, Shila juga tidak ketinggalan berdepan dugaan yang boleh mematahkan semangatnya. Antaranya, apabila ada yang seolah-olah memperkotak-katikkan bakat seni yang dimiliki. Namun, gadis ini tidak cepat berputus asa. "Sebelum ini, ada orang beritahu bakat nyanyian saya tidak seberapa, jadi saya tidak boleh ke mana-mana. Malah sebelum ini, lagu-lagu saya tidak diputarkan di radio kerana kononnya lagu Ada Saja terlalu urban. "Apabila syarikat rakaman beri pilihan kepada stesen radio untuk pilih lagu yang mereka berkenaan, tiada satu pun lagu yang terpilih. Tetapi saya cabar diri untuk membuktikan kemampuan dan alhamdulillah, ia dimakbulkan," katanya yang bakal berangkat ke China, usai penyertaannya di AJL 27 kelak. Peminat dekati finalis Sementara itu, kemunculan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 27 di program mencorak arca logo AJL27 di tiga pusat beli-belah sekitar Lembah Klang, Sabtu lalu, menarik perhatian peminat. Acara mencorak arca yang terbuka kepada orang ramai itu mendapat sambutan di pusat beli-belah Sogo dan Pasar Seni di Kuala Lumpur. Difahamkan, peminat berkerumun dan turut sama mewarnakan arca disediakan. Peminat juga dapat mendekati finalis AJL 27 antaranya Adira, Amir Jahari dan Bedroom Sanctuary (Bo Amir) yang membuat kemunculan di Sogo. Manakala One Nation Emcees & Jimmy Palikat serta Mojo pula menemui peminat mereka di Pasar Seni. Acara mencorak arca logo yang pertama kali diperkenalkan itu diketuai tiga pelukis tempatan iaitu An-Nyssa, Donal Abraham dan Orkibal.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |