Zon Artis |
Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka? Posted: 04 Dec 2012 10:17 PM PST Setelah setahun berdiam diri dan memendam rasa, bapa kepada penyanyi remaja yang semakin menempa nama di dalam industri hiburan iaitu Najwa Latif akhirnya tidak mampu lagi membendung kesabaran dengan perihal anaknya itu. Dipetik daripada akhbar Berita Harian, Abdul Latif Ismail, 51, menjelaskan bukanlah niatnya untuk membuka pekung di dada, tetapi mahu anaknya kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepadanya sebelum dia menutup mata. Latif dikatakan sudah lama ingin menjelaskan kedudukan sebenar hubungan bersama anak yang dikatakan keruh. Namun, mengenangkan Najwa yang bakal menduduki SPM, Latif tidak mahu tindakannya mengganggu tumpuan Najwa. Dalam kenyataan kepada Berita Harian, bapa Najwa menyatakan:-
Sebelum ini, keluarga Najwa mengeluarkan kenyataan yang hubungan dingin antara mereka dengan bapanya adalah kerana masalah keluarga. Bagaimanapun, Abdul Latif menafikan dakwaan itu dan menyatakan ia adalah berpunca dari masalah disiplin anak.
Selain itu, Abdul Latif turut menyatakan rasa terkilan kerana anak-anak langsung tidak menziarahi dirinya sewaktu dia ingin berangkat menunaikan haji tahun lepas. Malah, kepulangannya dari menunaikan ibadah di Tanah Suci Mekah juga tidak disambut. Oh sedihnya! Psstt: Jom nengok ritual memanggil hujan di Indonesia ni~ |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |