Adsense

Selasa, 4 Disember 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Filem Songlap Tercalon Di Festival Filem Asia Pasifik FFAP Ke 55

Posted: 04 Dec 2012 08:01 PM PST

SONGLAP TERCALON DALAM KATEGORI LAKON LAYAR TERBAIK DAN MUZIK TERBAIK DI FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK (FFAP) KE – 55, MACAU

SONGLAP merupakan antara lima filem terbaik yang terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke – 55 yang bakal berlangsung pada 13 hingga 16 Disember depan di Macau.

Menurut Pansha selaku Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Filem Malaysia (PFM), SONGLAP dikatakan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan di persada antarabangsa dan diyakini bakal meraih anugerah di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP).

Selepas berjaya membolot tiga anugerah di Anugerah Skrin 2012 dan Breakthrough Local Feature Award di Shout! Awards, SONGLAP dijangka akan memecah rekod industri perfileman tempatan apabila dicalonkan untuk kategori Lakon Layar Terbaik dan Muzik Terbaik di FFAP 55.

Ini selaras dengan misi Grand Brilliance untuk menjadi penanda aras baru di persada seni negara.

SONGLAP bukan sahaja berjaya memukau penonton di Malaysia tetapi juga telah berjaya menarik perhatian penonton dari seluruh pelusuk dunia. Malahan, sambutan yang cukup memberangsangkan terhadap filem SONGLAP telah membolehkan SONGLAP ditayangkan di persada festival filem antarabangsa yang lain seperti Far East Film Festival ke-14 di Udine, Italy, Asian Pacific Film Festival di Los Angeles, USA, Filmfest Hamburg, Jerman dan Abu Dhabi Film Festival di Emiriah Arab Bersatu.

Tengku Iesta Tengku Alaudin, selaku pengurus besar Grand Brilliance berkata,

"Saya berasa begitu berbangga SONGLAP dicalonkan di festival ini dan kami amat berharap agar SONGLAP bukan sahaja mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa tetapi juga di Asia yang mana penganugerahannya dianggap cukup bernilai di mata penonton."

Filem SONGLAP merupakan hasil usahasama antara Grand Brilliance dan Red Films dan di bawah arahan gandingan suami isteri Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak. SONGLAP mendalami kisah kehidupan dua beradik, lakonan mantap Shaheizy Sam dan Syafie Naswip, yang terjerat dalam kancah sindiket pemerdagangan manusia. SONGLAP telah ditayangkan pada 15 Disember 2011 di seluruh Malaysia.

Tahniah Songlap!

Facebook Komen

Facebook Komen

No tags for this post.

Gambar Dazrin Kamarudin di Pelancaran Kelab Peminat Flying D’s

Posted: 04 Dec 2012 12:16 AM PST

Tahniah buat pelakon drama bersiri, Dazrin Kamarudin yang kini telah pun berjaya menubuhkan kelab peminatnya sendiri yang diberi nama Flying D's.

Budiey dijemput untuk bersama-sama peminatnya menyaksikan pelancaran yang diadakan di Red Box Sogo, Kuala Lumpur baru-baru ini. Pelakon yang mirip wajah pelakon Korea dan Jepun, Dazrin Kamarudin, mula dikesan melalui filem Seru lakonan bersama beberapa bintang baru termasuk dirinya ketika itu.

Namun namanya dilihat lebih bersinar dan semakin mencuri tumpuan setelah membintangi drama Adam & Hawa, Geisha Melayu Terakhir dan Apokalips X.

Pemegang watak Johan itu membuktikan yang Dazrin bukan sahaja bijak bermain emosi dalaman malah mampu membawa pelbagai genre lakonan lain.

Biarpun masih belum bersedia untuk memikul watak komedi romantik, Dazrin pasti tidak menolak jika diberi kepercayaan untuk membawa watak idamannya itu.

Jangan lupa tonton Dazrin dalam Fear Factor Selebriti Malaysia yang akan disiarkan di Astro Ria dan Mustika HD mulai 29 Disember ini bersama pengacara popular yang juga pelakon Adam & Hawa, Aaron Aziz.

Budiey juga sempat buat photo shoot bersama Dazrin. Gambar-gambar di bawah ini antara yang sempat Budiey kongsikan.

Dazrin

Dazrin

Dazrin

Dazrin

Dazrin

Dazrin

Dazrin

Dazrin

Dazrin

Dazrin

Dazrin

Dazrin

Dazrin

Dazrin

Facebook Komen

Facebook Komen

No tags for this post.