Adsense

Rabu, 4 Julai 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Wardina Tinggal Berlakon, Tetap Pengacara

Posted: 04 Jul 2012 05:42 PM PDT

Wardina Safiyyah.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot tidak akan bersara daripada dunia hiburan sebaliknya mahu mengurangkan aktivit seni dengan mencuba perkara baru dalam hidupnya.
Wardina berkata, dia berpendapat tiada istilah bersara dalam dunia hiburan kerana ramai selebriti mencari rezeki melalui industri tersebut dan mengakui rindukan kepada bidang pengacaraan.
"Kalau bercakap pasal bersara sebagai pelakon itu benar kerana sudah lama saya tidak menerima tawaran berlakon tetapi tidak bersara daripada industri hiburan.
"Saya masih menerima tawaran pengacaraan kerana itu adalah satu pekerjaan yang sangat saya gemari kerana saya suka bercakap dan berkongsi idea dan akan menerima jika bersesuaian," ujarnya  pada Rabu.
Wardina adalah pengacara program Al-Hadiyah yang disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 1 petang di TV3.
Dalam pada itu, Wardina berkata, dia ingin mempunyai program bual bicara sendiri jika diberi peluang suatu hari nanti dan mahu menfokuskan kepada isu-isu semasa yang boleh memberi manfaat kepada penonton.
Wardina berkata, dia bukan memilih tetapi lebih cenderung kepada program seumpama itu bersesuaian dengan pemikirannya yang lebih matang dalam memperkatakan perkara lebih serius.
"Rasanya sudah tidak sesuai mengacarakan program-program yang lebih ke arah santai dan hiburan kerana lebih cenderung dengan topik yang lebih serius. Itu adalah minat saya," katanya.
Dalam perkembangan sama, Wardina berkata, walaupun sudah tidak begitu aktif dalam bidang seni aktiviti hariannya padat setiap hari.
"Selain menguruskan rumah tangga dan anak-anak, saya juga banyak terlibat dalam program-program turun padang dan sedang memberi fokus kepada pengajian dalam bidang psikologi yang berbaki setahun lagi," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai kerjasamanya dengan jenama langsir terkenal iaitu Elyza's, Wardina memberitahu dia bersetuju berbuat demikian kerana selain merupakan pelanggan tetap dia tertarik dengan kualiti dan pilihan fabriknya yang pelbagai dan menarik.
"Saya sudah lama menggunakan jenama ini untuk hiasan langsir kediaman saya dan apabila pihak Elyza's ingin menaja set langsir rumah baru saya, ia adalah saat indah untuk saya.
"Bagaimanapun saya bukan bertindak sebagai duta jenama ini sebaliknya lebih kepada kerjasama antara dua belah pihak," katanya.

- ---

Wan Shades Tetap Saman Blogger

Posted: 04 Jul 2012 05:28 PM PDT

Wan (Shades) dalam satu sidang media bagi menjelaskan perasaan tidak puas hatinya terhadap sebuah blog hiburan yang dikatakan memfitnahnya baru-baru ini.
PETALING JAYA: Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan (Shades) akan meneruskan niatnya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap sebuah blog hiburan yang didakwa telah memfitnahnya sebagai suspek kes rogol anak tiri.
Wan berkata, dia meneruskan tindakan itu kerana ingin memberi pengajaran kepada pihak tersebut dan mana-mana pemilik laman blog supaya lebih berhati-hati ketika menulis sesuatu selain lebih beretika.
"Tindakan membawa kes itu ke mahkamah adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada semua "blogger" di Malaysia yang kadang-kadang terlupa mereka bukan wartawan bertauliah dan tidak mengambil peduli tentang etika dalam penulisan.
"Saman ini adalah untuk memberitahu mereka walaupun berada dalam medium media bebas, itu tidak bererti mereka boleh menulis sesuka hati tanpa mengikut etika yang betul sehingga boleh mengaibkan ramai pihak," katanya.
Wan yang popular dengan lagu "Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal" ketika bersama Shades mendakwa difitnah apabila sebuah blog hiburan menyiarkan laporan tidak beretika dengan tajuk 'Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun?' pada 20 Februari lalu.
Tajuk berkenaan menurut Wan telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang selebriti dan kedudukannya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia, dekat sini.
Dalam pada itu, Wan memberitahu dia telah bersemuka dengan pemilik blog berkenaan ketika dipertemukan dalam sebuah rakaman program berjudul Awal Lagi untuk siaran TV9 baru-baru ini.
Katanya pihak blog berkenaan telah memohon maaf kepadanya secara terbuka dan dia menerima permohonan maaf tersebut dengan ikhlas.
"Saya sebelum ini telah memberi tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf tetapi mereka langsung tiada inisiatif untuk berbuat demikian tetapi saya tetap maafkan.
"Apabila "blogger" berkenaan menghulurkan kata maaf secara berdepan, kita sebagai seorang Islam kena terima dan saya telah memaafkan mereka tetapi dari segi kerjaya saya akan meneruskan saman terhadap pihak tersebut," ujarnya.
Bagaimanapun Wan berkata, dia agak kecewa apabila pihak tersebut seperti tidak mengambil serius terhadap isu itu seolah-olah tiada apa yang berlaku sebaliknya permohonan maaf itu hanyalah sekadar di depan kamera.
Sementara itu, Wan menafikan tindakannya itu adalah kerana ingin mencari publisiti selepas beberapa tahun menyepi dari dunia hiburan.
Ujar Wan, dia tidak perlu berbuat demikian kerana yakin namanya masih dikenali oleh peminat muzik tempatan.
"Ini bukan satu publisiti untuk menaikkan nama kerana peminat masih kenal siapa saya dan tidak perlu bukan gimik seperti ini kerana masih banyak cara lain yang boleh dibuat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Wan sedang dalam proses menghasilkan single solo pertamanya untuk para peminat sebelum menyusul dengan album baru.
"Insya-Allah semuanya sedang dalam proses dan jika tiada halangan pasti sebuah singlebaru solo saya akan berada di pasaran," katanya.

- ---

Ibu Paling Gembira Apabila Ella Bertemu Jodoh

Posted: 04 Jul 2012 05:26 PM PDT

Ella
PETALING JAYA: Ibu kepada penyanyi rock ternama Ella iaitu Yang Asmah Yong, 85, merupakan individu yang paling gembira selepas mendengar luahan Azhar Ghazali yang ingin mengambil anaknya itu menjadi isteri.
Kakak kepada penyanyi itu yang juga jurusolek terkenal Saidatulnisa Aminuddin berkata, ibu mereka tidak dapat menggambarkan betapa seronoknya apabila juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu meluahkan hasrat tersebut dalam satu pertemuan yang diadakan.
"Ibu memang gembira akhirnya anak keenamnya itu bakal bertemu jodoh. Keinginan untuk menjadikan Ella sebagai isteri itu diluahkan sendiri oleh Azhar ketika dia datang bertemu dengan ibu," katanya  ketika dihubungi di sini, Rabu.
Laporan akhbar sebelum ini menyebut Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, mengesahkan mahu menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini di rumah keluarganya di Teluk Gadong, Klang, dekat sini.
Upacara akan nikah dijadualkan selepas waktu Isyak secara tertutup untuk saudara mara dan pihak media sahaja.
Ella dan Azhar yang berusia 30-an berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Saidatulnisa berkata, kerana gembira dengan berita tersebut, ibunya tidak menghalang untuk pasangan berkenaan mempercepatkan tarikh nikah yang akan diadakan di rumahnya.
Katanya, keluarga pihak lelaki yang datang pada 17 Julai lalu untuk merisik membuat keputusan untuk mengadakan majlis bertunang dan nikah serentak.
Sementara itu tambah Siadatulnisa, Ella dan Azhar telah bersetuju untuk memakai pakaian rekaan Saiful Baharim pada majlis akad nikah itu nanti
Bagi majlis resepsi yang dirancang di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 1 Disember depan pula, pihaknya masih dalam perancangan bagi memilih konsep yang akan diketengahkan.
"Kami berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan saya bagi pihak keluarga mahu meminta maaf kepada mereka yang tidak di undang kerana ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan melainkan majlis resepsi yang akan dibuat hujung tahun ini," katanya.
Sementara itu, jemputan kepada pihak media bagi menghadiri majlis berkenaan telah dihantar melalui e-mel pada petang rabu.

- ---

Remy Ishak Tersinggung Tuduhan Pukul Tiz Zaqyah

Posted: 04 Jul 2012 05:25 PM PDT

Tiz Zaqyah (kiri) masih menjadi kekasih Remy Ishak.
KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak melahirkan rasa sedih dan tersinggung dengan tuduhan terbaru kononnya dia bersikap panas baran sehingga telah memukul kekasihnya pelakon Tiz Zaqyah, 24.
Remy, 30, berkata, tuduhan itu benar-benar membuatkannya kecil hati kerana ia telah memberi gambaran buruk mengenai sikapnya yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan insiden serupa.
"Saya tidak pernah bersikap kasar kepada Tiz. Itu semua tidak benar. Saya agak sedih dan kecil hati apabila ada pihak yang membuat tuduhan itu. Tetapi saya sabar kerana saya tahu, sebagai artis, macam-macam usikan yang akan saya terima.
"Tuduhan ini saya anggap sebagai "tuduhan nakal". Saya kuat untuk menempuh semua ujian-ujian itu," katanya  selepas previu filem 29 Februari untuk editor-editor hiburan di Pavillion di sini, Rabu.
Remy diminta mengulas tuduhan terbaru kononnya dia bersikap kasar terhadap Tiz yang kononnya tidak memberi perhatian terhadap Remy. Hubungan mereka juga dilaporkan sudah musnah.
Mengulas mengenai dakwaan itu Remy berkata, dia tidak gemar untuk bercakap mengenainya kerana bimbang banyak persepsi negatif yang akan dibangkitkan oleh orang ramai.
Malah dia sebaliknya tidak keberatan untuk memberitahu hubungannya dengan Tiz masih lagi berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.
"Dakwaan mengatakan kami sudah putus hubungan itu pun tidak benar. Kami masih lagi berkawan macam biasa. Tapi saya tak nafikan, adat orang bercinta mestilah ada juga masalah-masalah kecil yang berlaku," katanya.
Dalam pada itu kata Remy, isu berkenaan timbul apabila dia telah menulis satu luahan menerusi Twitter miliknya sehingga ada pihak yang salah membuat tafsiran terhadap maksud luahan tersebut.
Katanya, ia ditulis ketika fikirannya berada dalam berkecamuk dan mengakui agak menyesal dengan sikap tersebut.
"Masa saya tulis itu, saya mungkin stres. Jadi, macam-macam ayatlah yang keluar tetapi saya tidak bermaksud apa-apa. Mungkin orang yang salah tafsir. Apa-apa pun selepas ini saya akan lebih berhati-hari lagi untuk menulis sesuatu," katanya.
Sementara itu mengani tiga buah lagu nyanyiannya menerusi filem 29 Februari Remy berkata, ia mengambil masa empat hari untuk dirakamkan dan tidak menghadapi masalah ketika proses berkenaan.
Malah pelakon ini juga turut berterima kasih kepada Edry Abdul Halim kerana memberi peluang tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang amat istimewa.
"Saya berharap peminat akan menyukai lagu nyanyian saya itu," katanya.
Filem 29 Februari bakal menemui penonton pada 30 Ogos depan.

- ---

Michelle juri Oskar?

Posted: 03 Jul 2012 07:33 PM PDT

Michelle Yeoh  
Michelle Yeoh
» Aktres kelahiran Ipoh diundang jadi panel anugerah filem terulung antarabangsa

Aktres Malaysia mencipta nama di Hollywood, Datuk Seri Michelle Yeoh mengukir sejarah apabila diberi penghormatan menjadi ahli panel juri Academy of Motion Picture Arts & Sciences. Michelle adalah tokoh seni tempatan pertama diiktiraf badan antarabangsa itu. Laporan laman web hiburan menyebut, selain Michelle, aktor Matthew McConaughey dan pemenang anugerah Oscar 2012, Octavia Spencer turut diundang menjadi ahli panel Akademi yang antara lain bertanggungjawab dalam sesi penjurian trofi berprestij industri perfileman, Anugerah Oskar.
Jika Michelle menerima undangan Akademi, pelakon berusia 49 tahun itu bakal memperkukuhkan portfolio hebatnya dalam industri perfileman. Ini kerana bukan calang-calang individu layak menduduki kerusi juri itu.

Dengan undangan menduduki kerusi ahli panel Akademi, Michelle bakal menyertai kumpulan 176 penggiat seni dalam pelbagai bidang seperti pakar perfileman, komposer, pengarah dan penerbit yang menerima jemputan sama dari pada Akademi.

Antara mereka ialah aktor Simon Baker, Sean Bean, Melissa McCarthy, Andy Serkis dan pelakon filem The Artist, Jean DuJardin dan Berenice Bejo.

Turut diundang pakar sinematografi, Florian Ballhaus and Guillaume Schiffman serta pengarah Asghar Farhadi, Rodrigo Garcia, Terrence Malick dan Michel Hazanavicius.
Selain itu, komposer Ludovic Bource Conrad Pope dan penerbit yang juga rakan kongsi pelakon George Clooney, Grant Heslov serta penulis cerita seram, Stephen King.

Michelle mengharumkan nama negara apabila menjadi artis Malaysia pertama diterima industri perfileman di Hollywood.

Tawaran untuk berlakon sebagai gadis Bond dalam filem Tomorrow Never Dies pada 1997 memberi impak hebat dalam portfolio seninya.

Malah lakonan hebat yang ditonjolkan aktres ini dalam filem The Lady baru-baru ini, mendapat pujian pengkritik filem antarabangsa.
- ---

Celebrity News

Celebrity News


Berita Kelayakan Myanmar Untuk Piala Asia U22 Bakal Dibatalkan !!!!

Posted: 04 Jul 2012 07:46 AM PDT

Nampaknya kelayakan Myanmar untuk Piala Asia (AFC) bawah 22 tahun bakal dibatalkan gara-gara menyenaraikan pemain yang telah melebihi had umur kelayakan AFC 22 tahun. Dipercayai terdapat tiga pemain Myanmar semalam berumur lebih dari 22 tahun.

Rujuk had umur kelayakan di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/2013_AFC_U-22_Asian_Cup_qualification

Antara pemain myanmar yang dikatakan telah melebihi had umur adalah penjaring gol Myanmar pada malam itu iaitu Kaung Si Thu. Kaung di lahirkan pada 22 Januari 1987 dan bermaksud dia sebenarnya berumur 25 tahun (lebih umur had kelayakan)



Rujuk sumber umur Kaung Si Thu di sini: http://ygnutd.com

No wonder permainan Kaung nampak lebih matang dari player myanmar yang lain..
Seorang lagi adalah Kapten Myanmar sendiri iaitu Kyaw Zayar Win. Kyaw dilahirkan pada 20 Oktober 1988 dan berumur 24 tahun. Ini sudah melebihi had umur kelayakan AFC B22.


Rujuk sumber umur Kyaw Zayar Win: espnstar.my



Selepas tamat perlawanan, pengurus pasukan Harimau Muda, Dato' Afandi Hamzah turut mengesahkan bahawa pihak mereka telah menghantar surat protes terhadap pasukan Myanmar yang menurunkan pemain lebih umur kepada Komisioner Perlawanan AFC semalam.

Mengikut peraturan AFC, bantahan hanya boleh dibuat dalam masa dua jam selepas tamat perlawanan.

Jurulatih Myanmar pula turut mengakui pemain-pemain beliau melebihi had umur dan boleh tengok bukti disini: mmtimes.com



Kami berharap pihak AFC dapat menyiasat perkara ini dengan segera dan telus. Ini tidak adil bagi pasukan Malaysia mahupun pasukan lain yang telah berlawan dengan pasukan Myanmar!-Sumber Terbakor.com




ZoOM: Wow...ada peluang ni...harap-haraplah kemenangan Myanmar ditarik balik kerana masalah dan ketidakadilan mereka sebagai tuan rumah yang kini menjadi isu panas oleh pengemar sukan bola sepak ini, terutamanya piala AFC u22.


Apa komen anda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

HARGA MINYAK PETROL RON97 TURUN 20 SEN MULAI ESOK

Posted: 04 Jul 2012 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Julai - Kerajaan bersetuju mengurangkan harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Julai sebanyak 20 sen seliter yang akan berkuatkuasa mulai esok.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pengurangan itu adalah ekoran purata harga minyak di pasaran bagi bulan Jun lalu telah menurun.

"Kerajaan sebelum ini telah menurunkan harga petrol tersebut sebanyak 10 sen seliter iaitu kepada RM2.80 seliter pada 7 Jun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurutnya, harga tersebut pada dasarnya ditetapkan secara apungan iaitu harga bulanan akan diubah mengikut pasaran.




ZoOM: Tak pakai pun minyak RON97 ni, cubalah turunkan RON95 tu....Thanks Gov KU !!


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Foto Bogel Channing Tatum Tersebar

Posted: 04 Jul 2012 06:29 AM PDT

Baru bertapak didunia perfileman di Hollywood sudah dihempas taufan badai terhadap artis kacak dan bergaya daripada Hollywood ini. Mana tidaknya gossip panas penyebaran gambar bogel beliau sebelum menjadi artis satu ketika dahulu kini tersebar.

Ikuti luahan Channing Tatum mengenai gambar panas tersebut :

Seperti dilaporkan oleh Daily Mail, foto tersebut adalah daripada zaman silam pelakon itu yang membuat pekerjaan sambilan bagi menampung kos pembelajarannya di universiti dengan menjadi penghibur untuk wanita kaya.

Menggunakan nama Chan Crawford, Channing bekerja di sebuah kelab malam di Florida selama beberapa bulan sebelum mengambil keputusan untuk keluar.
"Kehidupannya semasa di universiti sangat susah dan dia terpaksa menjadi penari bogel bagi menampung kos pembelajarannya," katanya.

ZoOM : Dah hidup dengan serba kekurangan dan kesempitan sudah pasti akan mengundang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Kisah Channing ini juga berlaku kepada sesiapa sahaja diluar sana apabila keadaan mendesak seseorang.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip DJ Zizi Tinggalkan Suria FM Kerana Masalah Disiplin

Posted: 04 Jul 2012 06:10 AM PDT

Penyampai radio Suria FM iaitu Ahmad Zuwairi Mohd Nor atau lebih mesra dengan panggilan Zizi telah meninggalkan stesen radio itu berkuat kuasa 29 Jun lalu.

Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah, berkata, Zizi meletakkan jawatan selepas menerima tawaran sebagai konsultan di sebuah stesen radio di Jakarta, Indonesia dan memutuskan untuk menerima peluang itu.

Dan ini jawapan bekas BOSS Zizi mengenai gossip panas mengenai Zizi yang dikatakan bermasalah :
"Sebagai seorang ketua di sini saya gembira dengan pencapaian anak buah saya yang dapat memperluaskan kerjaya mereka di peringkat lebih tinggi dan keputusan yang di ambil oleh Zizi adalah tepat," ujarnya

"Masalah tidak puas hati dengan pihak pengurusan tidak berlaku kerana Zizi sendiri yang ingin meninggalkan Suria FM dan kami di pihak pengurusan tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu adalah untuk kebaikan dan masa depannya," ujarnya.

Bagaimanapun usaha mStar Online untuk menghubungi Zizi gagal kerana dia telah berangkat ke Jakarta, Indonesia dan telah memulakan tugas barunya itu sejak Isnin lalu.




Sumber : Mstar




ZOOM : Pandai-pandai je orang dekat luar sana yang mengossipkan Zizi mempunyai masalah disiplin. Apa-apa pun Good Luck Bro Zizi.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Michelle juri Oskar?

Posted: 03 Jul 2012 03:12 PM PDT

» Aktres kelahiran Ipoh diundang jadi panel anugerah filem terulung antarabangsa

Aktres Malaysia mencipta nama di Hollywood, Datuk Seri Michelle Yeoh mengukir sejarah apabila diberi penghormatan menjadi ahli panel juri Academy of Motion Picture Arts & Sciences. Michelle adalah tokoh seni tempatan pertama diiktiraf badan antarabangsa itu. Laporan laman web hiburan menyebut, selain Michelle, aktor Matthew McConaughey dan pemenang anugerah Oscar 2012, Octavia Spencer turut diundang menjadi ahli panel Akademi yang antara lain bertanggungjawab dalam sesi penjurian trofi berprestij industri perfileman, Anugerah Oskar.
Jika Michelle menerima undangan Akademi, pelakon berusia 49 tahun itu bakal memperkukuhkan portfolio hebatnya dalam industri perfileman. Ini kerana bukan calang-calang individu layak menduduki kerusi juri itu.

Dengan undangan menduduki kerusi ahli panel Akademi, Michelle bakal menyertai kumpulan 176 penggiat seni dalam pelbagai bidang seperti pakar perfileman, komposer, pengarah dan penerbit yang menerima jemputan sama dari pada Akademi.

Antara mereka ialah aktor Simon Baker, Sean Bean, Melissa McCarthy, Andy Serkis dan pelakon filem The Artist, Jean DuJardin dan Berenice Bejo.

Turut diundang pakar sinematografi, Florian Ballhaus and Guillaume Schiffman serta pengarah Asghar Farhadi, Rodrigo Garcia, Terrence Malick dan Michel Hazanavicius.
Selain itu, komposer Ludovic Bource Conrad Pope dan penerbit yang juga rakan kongsi pelakon George Clooney, Grant Heslov serta penulis cerita seram, Stephen King.

Michelle mengharumkan nama negara apabila menjadi artis Malaysia pertama diterima industri perfileman di Hollywood.

Tawaran untuk berlakon sebagai gadis Bond dalam filem Tomorrow Never Dies pada 1997 memberi impak hebat dalam portfolio seninya.

Malah lakonan hebat yang ditonjolkan aktres ini dalam filem The Lady baru-baru ini, mendapat pujian pengkritik filem antarabangsa.

TRIVIA: Jejak seni Michelle Yeoh

  • Dilahirkan pada 6 Ogos 1962.
  • Terkenal selepas berlakon filem antarabangsa 'Crouching Tiger, Hidden Dragon' dan penampilan sebagai Gadis Bond menerusi filem Tomorrow Never Dies.
  • Selain dikenali sebagai pelakon aksi, Yeoh juga turut membintangi filem bercorak biografi seperti The Soong Sisters dan The Lady yang menyaksikan dia membawa watak sebagai pejuang demokrasi, Aung San Suu Kyi.

Telan 20 biji pil tidur

Posted: 03 Jul 2012 02:52 PM PDT

HANYA kerana sekeping gambar panas yang tersiar di kolum gosip, hidup pelakon utama filem Appalam, Raja Ramilah Begum Raja Mohamad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya tak keruan.

Akui gadis berusia 27 tahun ini, dia pernah terlintas membunuh diri akibat tidak tahan tekanan. "Ketika insiden itu, keluarga tunang meminta saya melupakan hasrat menjadi pelakon kerana mereka tidak boleh menerima gosip. Disebabkan sayang, saya akur permintaan mereka.
"Selama setahun setengah saya buat macam-macam kerja dan situasi saya ketika itu amat sukar," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama rantaian 15 episod berjudul Mana Hilangnya Juwita terbitan Padi Pictures di Shah Alam, petang semalam.

Raja Ilya berkata, lebih menyedihkan, ikatan pertunangan dengan pemuda pilihan berakhir, Januari lalu.

"Kami putus kerana mereka masih mengungkit cerita lama. Saya cukup kecewa hingga dalam satu kejadian, saya menelan 20 biji pil tidur yang boleh mengakibatkan buah pinggang rosak.

"Mujurlah saya selamat diselamatkan rakan dan mereka menghantar saya ke hospital," katanya.
Menambah lagi tekanan, bekas pramugari ini mendapat berita ibunya menghidap kanser kolon tahap empat.

"Satu demi satu dugaan datang melanda. Tapi mujurlah rakan dan keluarga memberi sokongan untuk saya bangkit dan melupakan peristiwa pahit," katanya.

Tak toleh belakang

Raja Ilya enggan menoleh ke belakang meratapi kehancuran yang berlaku. Fokusnya ialah meneruskan langkah dalam bidang seni dan memantapkan lagi syarikat produksi, Universal Star Sdn Bhd yang baru ditubuhkannya.

"Sekarang, saya mahu mengamalkan sikap peduli apa orang nak kata. Terus terang, saya rasa memang tidak berbaloi mengikut kata bekas tunang yang mahu saya berhenti berlakon, namun akhirnya, ikatan itu terlerai.

"Jadi selepas ini, saya mahu berikan perhatian dalam bidang lakonan," katanya.

Mengenai kemunculannya dalam Mana Hilangnya Juwita, Raja Ilya berkata, dia memegang watak model bernama Bella yang berkelakuan jahat.

Ditanya soal cinta, dia berkata:

"Saya malas hendak memikirkan soal cinta. Ibu saya tidak kisah sama ada saya mahu berkahwin atau tidak. Jadi, keputusan saya untuk bersendirian muktamad."

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Pemohonan Taraf Penduduk Tetap Adi Putra Belum Diluluskan

Posted: 03 Jul 2012 09:46 PM PDT

Pemohonan Taraf Penduduk Tetap Adi Putra
Jika sebelum ini pemohonan Aaron Aziz untuk status penduduk tetap (PR) telah diluluskan tapi berbeza pula dengan Adi Putra, warga negara Singapore yang telah memohon status PR sejak berkahwin dengan Aida Yusof yang juga warga negara Malaysia enam tahun yang lalu tetapi masih belum juga diluluskan..

"Saya tidak nafikan ada membuat permohonan tetapi saya tidak pernah beritahu kerana terlalu peribadi selain melibatkan kerajaan Malaysia. Jadi, saya perlu hormat dan mengikut undang-undang negara ini dan buat masa ini saya hanya tunggu kelulusan," (mstar)

Adi Putra yang telah berkecimpung selama 10 tahun dalam industri lakonan di Malaysia juga mengakui yang statusnya sebagai orang luar tidak pernah menghalang perkembangan kerjaya seninya di sini.. Namun beliau mengakui sebagai orang luar beliau perlu menghormati sesetengah majlis anugerah yang hanya untuk warga tempatan..

Adira Tidak Suntik Muka Untuk Kelihatan Cerah Berseri

Posted: 03 Jul 2012 09:03 PM PDT

adira putih berseri
Ramai yang tertanya-tanya apakah yang Adira lakukan pada kulitnya sehingga kulitnya nampak ketara cerah dan berseri-seri dari sebelum ini.. Akibat perubahan ketara pada kulit Adira itu, ramai yang telah membuat spekulasi yang artis genit ini menyuntik collagen dan vitamin C ke wajahnya.. Adira yang sedar akan dakwaan beberapa pihak itu lantas menafikan segalanya..

"Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya dengar orang cakap saya membuat suntikan pada wajah untuk kelihatan cantik. Namun semuanya tidak benar, kerana kulit saya sekarang adalah kulit asli saya dan tidak melakukan apa-apa bahan yang drastik, selain hanya menjaga pemakanan dan penjagaan kulit yang betul."

"Saya mengamalkan makan makanan tambahan untuk penjagaan kulit dan kesihatan diri saya. Lagipun, kini saya sudah menggunakan produk yang sesuai dengan kulit saya berbanding dulu kerana kulit saya sangat sensitif dan tidak mudah untuk terima apa jua jenis produk penjagaan kulit yang ada di pasaran,"

"Terus-terang, kalau hendak diikutkan kulit saya lebih cerah waktu saya tinggal di Sabah dahulu. Selepas menetap di Semenanjung, saya perlu menyesuaikan kulit saya dengan cuaca di sini yang lebih panas berbanding di Sabah. Kini sudah beberapa tahun tinggal di Semenanjung, kulit saya mula dapat menerima dengan perubahan cuaca di sini," (Murai)

Agak klise jawapan Adira kan.. Tapi itulah hakikatnya.. Tambah Adira lagi dia juga melakukan rawatan facial sekali dalam masa dua bualan selain mengamalkan pemakanan yang sihat..

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


‘Tak pernah ditaja VIP’

Posted: 03 Jul 2012 06:20 AM PDT

SUDAH banyak persembahan dijayakan serta beberapa anugerah peringkat antarabangsa mampu diraihnya sepanjang lebih dua tahun beraksi di pentas hiburan, namun yang jelas, nama Amanda Imani, 20, masih belum benar-benar berada di puncak populariti di tanah air sendiri. Apakah Amanda hanya layak digelar 'penyanyi festival' semata-mata?

Antara kejayaan itu adalah Best Young Talent pada The World Association of Festivals and Artists (WAFA) 2011; Best Original Song (Selamilah Cinta) pada 20th International Music Festival Discovery 2011 (Bulgaria) serta Best Pop Song (Selamilah Cinta) dalam Voize Independent Music Award (VIMA) 2010.

Selain itu, Amanda turut menjayakan persembahan sempena China TV New Year Celebration Concert (12-17 Disember 2011), Konsert Muzik FM, Marina Barrage Singapura (18 Februari 2012) dan tidak ketinggalan mengungguli kategori Vokal Terbaik - Artis Baru Wanita Terbaik sempena Anugerah Planet Muzik 2011.

Terbaru, Amanda akan beraksi dalam Universong Festival 2012 yang berlangsung di Canary Islands, Sepanyol bermula 18 hingga 22 Julai ini.


Namun, bagi penyanyi remaja berdarah kacukan Melayu-Cina-Thailand (sebelah ibu) dan Turki (sebelah ayah) ini, dia tidak pernah melenting dengan pandangan segelintir masyarakat yang mungkin menganggap dia syok sendiri dengan apa yang dicapainya selama ini.


Apa yang penting kata Amanda, dia ada cara tersendiri untuk menggilap bakat menjadi penyanyi dan cara itu lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa langsung atau duduk berpeluk tubuh.

"Biarlah orang nak kata apa mengenai saya kerana apa yang penting, saya dapat menimba ilmu dalam bidang nyanyian dengan mencari pendedahan awal di luar negara. Bagi saya dunia nyanyian sekarang tidak seperti dulu dan penyanyi boleh memperoleh akses untuk ruang pendedahan di peringkat antarabangsa," kata penyanyi ini turut ditemani ibunya, Nina Ahmad yang juga selaku pengurus dan pembantu peribadinya di Studio Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Bagaimanapun, dalam memperkatakan mengenai peluang ke luar negara yang kononnya ditaja VIP, dengan pantas mata Amanda yang cantik menjadi besar.

"Kalau itulah gosipnya, ia memang melampau! Saya tak pernah pun ditaja mana-mana VIP tak kiralah yang berpangkat Datuk atau Tan Sri. Sebaliknya, saya pergi ke semua festival itu atas usaha sendiri serta undangan daripada pihak pengajur. Contohnya, Pengarah Universong Festival, Guilermo Albelo sendiri mengundang saya untuk menyertai pertandingan berkenaan di Sepanyol.

"Saya akui saya bukan anak orang kaya yang sanggup keluarkan duit sendiri semata-mata untuk mendapat peluang menyanyi di festival luar negara. Maklumlah, kos untuk menyertai festival sebegitu bukannya murah kerana ia menggunakan mata wang asing. Contohnya, bajet untuk tiket penerbangan dan penginapan di Sepanyol semuanya menggunakan mata wang Euro.

"Namun, peluang ini saya dapat selepas ada pihak melihat penyertaan dan bakat saya dalam festival sebelum ini dan pihak penganjur di Eropah juga saling mengenali antara satu sama lain," ujarnya yang turut mendapat sokongan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Bercerita lebih lanjut mengenai Universong Festival 2012, acara pada malam kemuncak akan menyaksikan pengiktirafan ke atas komposer dan penyanyi untuk merebut pelbagai anugerah pada 21 Julai nanti.

Katanya, Organization of European Music Festivals adalah penganjur utama festival berkenaan dengan kerjasama Eurosingers - Spain Sings In Europe.

"Secara peribadi, saya rasa bangga kerana tetap membawa nama baik Malaysia ke festival itu. Namun, saya tetap gementar sekalipun ada sedikit pengalaman menyertai pertandingan nyanyian di luar negara sebelum ini.

"Apatah lagi memikirkan saya perlu bersaing dengan lebih ramai peserta dari pelbagai negara seperti Romania, Sepanyol, Armenia, El Savador, Lituana, Poland, Russia, Cuba, Malta, Mexico, Perancis, Ukraine, Puerto Rico, Itali dan Thailand," katanya.

Mengenai lagu yang akan disampaikan kelak, kata Amanda, dia memilih melodi segar daripada album sulungnya berjudul Jatuh Cinta Kasih yang juga sentuhan daripada Ajai dan dia sendiri.

"Saya pilih lagu itu kerana ia sesuai untuk acara berbentuk festival. Sebagai penyanyi, pasti saya menjanjikan yang terbaik dan berharap untuk membawa pulang apa-apa anugerah melalui pertandingan itu nanti, insya-Allah," katanya.

Dari segi penggayaan, Amanda bakal memakai busana rekaan pereka fesyen tempatan, Ashley Wong pada festival berkenaan.

Kata Amanda lagi, selepas mula dikenali dengan lagu Cemburu yang menampilkan vokal Malique, dia kini sibuk menyiapkan pembikinan single terbaru berjudul Fobia Cinta dengan menonjolkan pemain violin, Dennis Lau sebagai satu kelainan.


INTERAKSI: Alasan tak salam

Posted: 03 Jul 2012 06:10 AM PDT

DEWI Remaja 2010 menjadi medan bakat mereka diketengahkan dalam industri hiburan tanah air. Pun begitu, masih setahun jagung bergelar insan seni, timbul pula konflik antara mereka. Kisah duka dalam pertandingan itu diimbau hingga membuatkan seorang daripada mereka berasa terguris dengan apa diluahkan.

Kisah 'tegang' di antara Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 23, dan Nur Anzalna Md Nasir, 23, terus diperkatakan. Ibarat terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, maka tercetuslah 'perang dingin'.

Semuanya gara-gara keterlanjuran Anzalna mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar bertajuk 'Anzalna Bidas Lofa' pada 10 Jun 2012 yang dianggap secara langsung menjatuhkan maruah bintang utama filem Azura 2012 itu dan keluarganya. Justeru, Lofa bertindak melantik peguam untuk menangkis tuduhan Anzalna.

Susulan itu, satu sidang media khas diatur Lofa pada 13 Jun lalu melalui peguamnya, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak yang mengeluarkan notis menuntut Anzalna mengemukakan bukti dakwaannya dalam tempoh tujuh hari. Namun, sehingga tarikh diberi berakhir, Anzalna gagal mengemukakan bukti.


Bagaimanapun, selepas sebulan kontroversi pertelingkahan mereka, Anzalna di atas nasihat Persatuan Seniman akhirnya membuat keputusan untuk tampil memohon maaf secara terbuka kepada Lofa kerana tindakannya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ke atas pelakon itu menerusi media.


Majlis 'damai' yang diadakan di Hotel Royale Bintang, e-Curve, Damansara, kelmarin itu, berjalan lancar walaupun bermula lewat. Malah, Anzalna yang tak lekang senyuman begitu tenang tatkala diminta membacakan ayat permohonan maaf seperti ditetapkan Lofa. Kini, pertelingkahan tak diundang itu sudahpun selesai.

Ikuti bingkisan temu bual bersama wartawan Rap Norhayati Nordin (yati@hmetro.com.my) dan jurugambar Hasriyasyah Sabudin bersama Lofa dan Anzalna sebaik acara permohonan maaf secara terbuka itu berakhir. Pun begitu, atas sebab sibuk dengan penggambaran drama, Lofa dan Anzalna tak sempat bersalaman.

Apakah mereka benar-benar ikhlas dengan tindakan memohon maaf yang dilakukan itu?

RAP: Komen Lofa mengenai penyelesaian ini?

LOFA: Saya bersyukur kerana semua permasalahan ini sudah berakhir dan semoga ia takkan berlaku lagi. Malah, tindakan saya mengambil khidmat peguam kerana tahu diri ini berada di pihak yang benar dan sekarang semuanya sudah terbukti. Apapun, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Seniman kerana membantu.

RAP: Apakah anda sedia bekerjasama antara satu sama lain?

LOFA: Jika ada peluang untuk kami bekerjasama selepas ini, saya fikir segala perkara berkaitan peribadi ditolak ke tepi dan bersikap profesional pada kerja. Apa yang utama, menunjukkan kualiti kerja yang bagus.

RAP: Apa yang membuatkan Lofa lembut hati menerima kemaafan daripada Anzalna?

LOFA: Sejak dari awal lagi, memang keluarga Lofa yang banyak memberikan nasihat dan sokongan. Bahkan, dari awal lagi sejak Lofa ambil langkah untuk bertemu peguam, kami memang sudah ada perancangan seterusnya jika tuntutan dibuat tidak berjaya dijawab. Pilihan diberi sama ada ke mahkamah ataupun membuat permohonan maaf terbuka.

RAP: Sememangnya Lofa ikhlas dan rela hati memberikan kemaafan? Tiada paksaan?

LOFA: Memang saya ikhlas. Malah, sebelum Seniman tampil mahu membantu menyelesaikannya pun, saya memang sudah terfikir untuk memberi dia peluang membuat permohonan maaf secara terbuka.

RAP: Tidakkah ada lagi dendam di hati dan kemarahan anda sudah hilang?

LOFA: Sebenarnya, perkara ini pun sudah lama. Cuma, saya tak sangka ia ditimbulkan semula dalam hidup saya.

RAP: Apakah syarat yang dipersetujui oleh Lofa?

LOFA: Antaranya, dia tak boleh lagi menyebut nama Lofa dalam mana-mana temu ramah media, menulis nama Lofa di laman sosial seperti twitter, facebook atau blog. Dia juga tak boleh lagi memanjangkan hal ini dan takkan cuba menjejaskan nama baik saya lagi. Bahkan, permohonan maaf ini untuk membersihkan maruah saya.

RAP: Kenapa tak nak bersalam, tidak mahu jadi kawan lagi?

LOFA: Sekarang ini (kelmarin) apa saja prosedur dan agenda diaturkan adalah daripada Seniman. Jadi, kami sepakat tidak mahu lagi memanjangkan hal ini dan cukuplah dengan hanya permohonan maaf secara terbuka yang dibuat. Sebagai kawan pula, sebenarnya sebelum masalah ini terjadi, saya kalau jumpa dia di mana-mana majlis pasti akan menegurnya.

RAP: Pernahkah Lofa dan Anzalna saling menghubungi sebelum permohonan maaf ini dibuat?

LOFA: Sejak artikel itu disiarkan sehingga ke hari ini (kelmarin), kami tidak pernah menghubungi antara satu sama lain.

Sementara itu, Anzalna yang hadir pada majlis sidang media untuk permohonan maaf secara terbukanya kepada Neelofa lebih dulu diminta menandatangani syarat Aku Janji yang disediakan Seniman sebagai tanda bersetuju dengan apa yang sudah ditetapkan.

Malah, Anzalna turut membaca kenyataan yang berbunyi: "Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya.

"Saya juga tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika mengeluarkan kenyataan di akhbar berkenaan. Sejujurnya, saya tidak bermaksud apa-apa dan tidak berniat mengaibkan sesiapa daripada kenyataan itu," katanya.

Pun begitu, sebaik agenda permohonan maaf dibuatnya selesai, Anzalna segera meninggalkan hotel dengan alasan perlu ke lokasi penggambaran drama lakonannya. Justeru, ikuti temubual bersama Anzalna menerusi talian telefon.

RAP: Apakah Anzalna berpuas hati dengan permohonan maaf dibuat?

ANZALNA: Ya, saya sangat berpuas hati kerana semua permasalahan yang berlaku antara kami sebelum ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Lagipun, kita bukan selamanya hidup di dunia ini, kena fikirkan akhirat juga. Tuhan pun ada mengajar kita supaya tidak mengaibkan sesiapa. Jadi, saya tidak mahu perkara ini terus berpanjangan kerana akan mengaibkan ramai orang.

RAP: Bagaimana dengan kerjasama bersama pada masa akan datang?

ANZALNA: Saya juga sedia untuk menjalin kerjasama dengannya selepas ini. Malah, sukar untuk kami mengelak diri kerana saya yakin akan tetap bertemu dengan dia (Lofa) juga. Pergi mana pun, pasti kami berjumpa juga. Lagipun, industri hiburan tempatan ini kecil, pusing-pusing di situ juga dan tak boleh lari ke mana.

RAP: Jika puas hati, kenapa Anzalna menitiskan air mata dan pergi begitu saja tanpa bersalam?

ANZALNA: Saya menangis kerana berasa cukup tenang kerana masalah yang berlaku antara kami akhirnya dapat diselesaikan. Saya pergi tanpa bersalaman bukan kerana tidak mahu berjabat tangan dengan Lofa, tetapi tak boleh nak tunggu kerana sudah terlewat ke lokasi penggambaran. Lofa pun macam tak sedia untuk kami bersalaman.

RAP: Apakah iktibar yang diperoleh Anzalna daripada permasalahan ini?

ANZALNA: Perkara ini saya anggap sebagai dugaan Tuhan kepada diri ini. Saya masih baru sebagai insan seni dan masih tak banyak pengalaman. Jadi, apa yang terjadi kepada saya ini terlalu awal dihadapi. Namun, selepas ini saya akan lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan serta belajar daripada kesilapan lalu.

RAP: Adakah Anzalna berasa menyesal?

ANZALNA: Saya tidak menyesal dengan keterlanjuran percakapan saya itu. Seperti yang saya katakan, ini adalah dugaan yang harus dihadapi. Apa yang penting, saya melakukan permohonan maaf ini secara ikhlas. Sedangkan nabi ampunkan umat, jadi wajar untuk saya memohon maaf ini kerana sebagai manusia, kita pun tak hidup lama.

RAP: Jadi, Anzalna mengaku kalah?

ANZALNA: Pada saya, siapa kalah atau menang, tidak penting. Saya hadir membuat permohonan maaf ini kerana mahu menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku dengan baik. Selepas ini pun, saya mahu memberikan lebih fokus kepada karier lakonan dan tidak mahu terbabit dengan masalah sebegini lagi.