Adsense

Jumaat, 15 Jun 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Enggan Beri Penjelasan, Anzalna Lantik Peguam Bela Diri

Posted: 14 Jun 2012 07:32 PM PDT

Anzalna.
PETALING JAYA: Pelakon Nur Anzalna Md. Nasir atau Anzalna enggan membuat sebarang penjelasan seperti yang diminta oleh aktres Neelofa berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkannya terhadap pelakon itu.
Menurut laporan akhbar Kosmo pada Jumaat, Anzalna, 24, sebaliknya telah melantik peguam iaitu Fakhrul Azman yang pernah mewakili pelakon Fazura bagi mengendalikan kes tersebut.
"Saya menyerahkan segala urusan ini kepada peguamnya kerana dia (Neelofa) mengambil perkara ini dengan serius sehingga melantik peguam dan saya juga akan melakukan perkara serupa," ujarnya.
Dalam pada itu, Anzalna memberitahu dia masih belum menerima sebarang surat atau notis tuntutan daripada Neelofa yang mahukan dia membuat penjelasan kepada pelakon itu.
Anzalna juga enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkannya terhadap Neelofa dan berharap peguamnya dapat mengendalikan kes tersebut.
Neelofa dalam satu sidang media pada Rabu telah memberikan tempoh seminggu kepada Anzalna untuk memberikan penjelasan dan segala bukti berhubung kenyataan yang didakwa sebagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu.
Pelakon filem Azura itu juga telah melantik dua orang peguam untuk mengendalikan kes tersebut.

- ---

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Khairul Fahmi dan Leuniey Tayang Cincin Tunang?

Posted: 14 Jun 2012 07:49 PM PDT


Khairul Fahmi sering kali mendapat perhatian daripada peminat peminat dan media massa terutama kisah liku liku kehidupannya yang penuh dengan gossip gossip sensasi. Beberapa bulan lalu, kisah percintaan khairul fahmi begitu panas apabila dikaitkan bercinta dengan seorang model dan ahli perniagaan Leuniey atau nama sebenar Nur Eilunie Natasha Nazri.

Bagaimanapun, Apex menafikan gosip tersebut dan kenyataan itu disokong oleh bekas tunang Leuniey sendiri yang mengatakan Apex tiada kena-mengena dengan kekecohan cerita cinta yang timbul.

Selepas membuat kedua - duanya membuat pengakuan tersebut, Jodoh mereka berdua kembali berputik apabila  Apex dan Leuniey dipertemukan sebagai model dalam iklan komersial minyak wangi milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Namun kedua-duanya menafikan sebarang hubungan cinta antara mereka berdua & menegaskan antara mereka hanya hubungan professional.

Terbaru kecoh pula gambar paparan terakhir avatar Apex di akaun BBM & kenyataan terakhir penjaga gol kebangsaan yang beliau kini single seakan tidak sah lagi. Lebih lebih lagi apabila kedua duanya tidak segan untuk menyatakan 'sesuatu' di laman-laman sosial yang semakin banyak ketika ini.


Terbaru, Apex menggunakan gambar gabungan mukanya dengan seorang gadis yang kalau diperhatikan wajahnya mirip seperti Leuniey di profil Blackberry Messengernya (BBM). Selain itu, Apex juga ada memuat naik beberapa gambar yang jarinya memakai sebentuk cincin dengan 'caption' menunjukkan seorang permaisuri telah pun hadir dalam hidupnya. Tindakan Apex itu sama juga dilakukan oleh Leuniey.


Gadis cantik itu juga telah memuat naik gambar jarinya yang memakai cincin dan gambar mukanya yang sama aplikasinya dengan Apex. Apex dan Leuniey bercintakah?

Nasihat G.A.M Kalau bercinta pun, apa salahnya. Masing masing mempunyai kerjaya hebat, masing masing masih mencari cinta. Peminat pasti akan mendoakan hubungan kalian berdua. Semoga berkekalan.

Gambar: RotiKaya.Com

Gambar Bogel Fatin Nur Afifah – Tatu Nama Kekasih dan Aksi Merokok

Posted: 14 Jun 2012 06:38 PM PDT


Siapakah gerangan nama Fatin Nur Afifah, Fatin Nur Afifah merupakan salah seorang daripada lima pelakon utama filem Tentang Bulan berganding bersama Erin Malek, Nik Adruce, Addy Ashraf & Muhammad Nasiruddin. Dia memang watak sebagai Shahila di dalam filem tersebut. Fatin menjadi mangsa gosip apabila dikatakan menindik lidah serta bercinta dengan seorang pengkid dan membuat tatu dibadan dengan Nama Kekasih. Lebih memalukan dalam Usia yang mudah sudah pandai merokok. Kesian Ibu kandunganya melihat gelagat anaknya ini.

Dan kisah terkini si Effy ni, Fatin Nur Afifah, dia  kini sudah tidak lagi bersama dengan kekasih pengkid bernama Putt itu. Malah, blog yang menjadi medan untuk Fatin Nur Afifah meluahkan rasa cintanya agungnya terhadap kekasih yang mempunyai alat sulit yang sama sudah tidak wujud lagi.

Ok lah dah berpisah, tapi yang tidak sedap untuk didengar adalah Fatin Nur Afifah ini sanggup mengabadikan nama kekasih sejenis itu melalui tatoo bertulis Putt dibadan montok beliau.

Jom menatap gambar- gambarnya.





Gambar Ustaz Don Kacak setelah Bertunang

Posted: 14 Jun 2012 06:22 PM PDT


Sebelum kita lihat gambar pertunangan Ustaz Don mari kita kenali dahulu siapakah dia, dan mengapa dia begitu popular seperti artis tanahair.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui yang Ustaz Don telah pun bertunang . Pertunangan Ustaz Don yang tidak dihebohkan sebelum ni akhirnya telah dihidu peminatnya. berikut  dikongsikan gambar pertunangan Ustaz Don.

Khabarnya tunang Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ni bernama Husna Zahry Rafie. Tunang Ustaz Don, Husna Zahry merupakan pelajar perubatan yang sedang belajar dalam jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir. Berikut gambar semasa majlis pertunangan Ustaz Don dan tunangnya pada 6 Mac 2011 tahun lalu.

Biodata Ustaz Don Daniyal

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor
Status: Bujang (bertunang)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

Lagi gambar Ustaz Don Daniyal segak bergaya di bawah!



Gambar Pertunangan Ustaz Don

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Maher, Sami tiada sengketa

Posted: 14 Jun 2012 03:50 PM PDT

Hip

SEWAKTU sidang media penyanyi kelahiran Teheran, Sami Yusuf, sekitar April lalu, wartawan yang hadir dimaklumkan lebih awal supaya tidak bertanyakan soalan berkaitan Maher Zain kepadanya.

Malah Sami juga dikatakan tidak mahu dikaitkan langsung dengan penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Insha Allah ini.

Tindakan itu menyebabkan wakil media yang hadir tertanya-tanya, mengapa peringatan seperti itu dikeluarkan? Apakah penyanyi berusia 31 tahun itu mempunyai masalah peribadi dengan Maher, sehingga terkeluarnya arahan sedemikian? Mungkinkah perasaan cemburu menjadi punca utama sehinggakan Sami tidak mahu mendengar nama penyanyi dari Lubnan berkenaan.

Justeru, bagi meleraikan kekusutan serta tanda tanya, Hip bertanyakan soalan panas itu kepada Maher sewaktu sidang media mengenai konsert Forgive Me Live In Malaysia anjuran Marctensia Concerts Sdn Bhd dengan sokongan Tourism Malaysia di ibu kota, semalam.

Sebaik saja soalan itu diajukan kepada si empunya diri, wajah Maher kelihatan sedikit berubah dan terpinga-pinga kerana dia sendiri tidak tahu menahu mengenai dakwaan kononnya dia dan Sami tidak mempunyai hubungan baik.

Bagaimana boleh timbul isu ini, sedangkan saya sendiri tidak pernah bertemu dengannya? Apa yang boleh saya katakan, antara kami memang tiada masalah dan hubungan kami baik-baik saja, terang Maher menjelas kedudukan.
Dijolok pertanyaan, apakah semua ini berpunca kerana cemburu, Maher dengan pantas menafikan perkara itu.

Saya tidak rasa cemburu adalah puncanya. Kami saling menyokong kerjaya masing-masing.

Mungkin salah faham ini membabitkan Sami dengan bekas syarikat rakamannya, Awakening Records dan bukannya dengan saya. Kalau ada peluang untuk kami bekerjasama, mungkin akan saya pertimbangkan, ujarnya sambil mengukir senyuman.

Awakening ialah syarikat yang menerbitkan pelbagai produk untuk pasaran muzik moden Islam. Sebelum ini, Sami turut dipayungi Awakening dan kini, Maher ialah antara artis paling popular di bawah label berpangkalan di London itu.

Malam esok, bapa kepada seorang cahaya mata perempuan ini akan mengadakan sebuah lagi konsert, kali ini di Stadium Merdeka.

Maher begitu seronok datang ke sini dan menganggap Malaysia lokasi cukup menyenangkan buat dia dan isterinya.

Malah, dia juga bercita-cita untuk mengadakan konsert sekali setahun di negara ini, sebagai tanda dia begitu menyukai Malaysia.


Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Shahrizal lelaki manja

Posted: 14 Jun 2012 09:52 AM PDT

NAMA Shahrizal Jaszle Jasmin bukan kecil di dalam dunia drama televisyen. Pengikutnya ramai, bertambah kuat selepas lelaki ini membintangi siri popular, Asmara dan diperkukuhkan dengan beberapa lagi portfolio drama seperti Gemilang dan Tahajjud Cinta, serta filem Azura 2012.

Bagaimanapun populariti karier lakonannya bagaikan seiring dengan kisah cintanya dengan beberapa wanita sehingga mencetus kontroversi, apatah lagi ia turut membabitkan beberapa selebriti tanah air termasuk Maria Farida dan Miera Liyana.

Ketika bertemu dengannya di Jakarta penghujung bulan lalu dalam lawatan bersama Jamu Mak Dara, pelakon remaja ini begitu terbuka berbicara perkara yang dianggap terlalu peribadi bagi sesetengah orang. Malah perbualan dengan Rap itu juga turut mengheret kepada isu industri seni Malaysia kerana Shahrizal mempunyai pandangannya sendiri.

"Artis yang menyorok teman wanita atau lelaki, biasanya banyak skandal. Maaf cakaplah! Bagi saya, kenapa perlu nak sorokkan? Sebaliknya saya bangga kalau dapat memberitahu dunia yang saya ada kekasih hati.


"Orang kata, kalau sudah berteman, peminat akan berkurangan. Tetapi kalau sudah tertulis rezekinya, ia tetap akan ada juga.


"Apapun yang terjadi selama ini sehingga hari ini, pengalaman itu membuatkan saya semakin tabah dan kuat," katanya yang mengakui kini menjalinkan cinta baru dengan seseorang yang pernah dikenali keluarganya sejak dulu.

Menurut lelaki berusia 24 tahun ini, dia tidak mampu untuk mengelak daripada dikaitkan dengan kontroversi. Selain ia seolah-olah makanan selebriti, sekurang-kurangnya katanya, kontroversi yang dialami tidak membabitkan kelab malam atau minuman keras.

"Mungkin teman-teman wanita yang saya temui selama ini tidak sesuai dengan jiwa saya. Namun saya akui, apabila sedang menjalinkan kasih dengan seseorang, saya akan setia sebaiknya.

"Di dalam hubungan begini, saya perlu banyak bersabar sehinggalah kesabaran itu tiada lagi, barulah saya cari yang lain. Saya mahukan wanita yang boleh jaga saya dan memang saya lelaki yang manja.

"Cuma perempuan yang kenal sebelum ini tidak tunjuk perangai sebenar sehinggalah hubungan itu makin serius dan kenal lama, barulah nampak warna sebenar.

"Walaupun mereka membuat kenyataan kepada media, saya lebih selesa untuk berdiam diri. Tanpa balasan kenyataan daripada saya pun, lama kelamaan kebenaran akan timbul juga. Hanya masa akan menjawab segalanya," katanya.

Menurut lelaki pendiam ini, dia sudah terbiasa dengan didikan keluarga yang tidak suka kecoh-kecoh walaupun pihak lain cuba menegakkan benang yang basah.

Memandangkan hatinya kini terisi oleh kasih seorang wanita yang dikenali sebagai 'Putri', ketika ditanya apakah dia sunyi sekiranya tidak mempunyai rakan wanita yang digelar kekasih, Shahrizal akui suka berteman.

"Kebetulan saya tidak ramai kawan lelaki, dan masa lebih banyak bersama keluarga sekiranya habis waktu kerja. Apapun terus-terang saya katakan, saya susah jatuh cinta," katanya.

Dari dapur ke belakang tabir

ENAM tahun lalu, Shahrizal Jaszle Jasmin tidak pernah terlintas untuk beraksi di pentas seni hiburan. Ingin ketika di bangku sekolah dulu untuk memandu kapal terbang suatu hari nanti, namun apakan daya belum kesampaian.

Si ayah pula menggalakkan anak untuk mendalami bidang masakan dan pelakon remaja itu menghabiskan masa dua tahun untuk memiliki sijil kulinari dan perhotelan di Kolej Komuniti.

Bagaimanapun rezekinya tertulis di dalam bidang seni bermula dengan program Naratif Remaja untuk RTM dan diikuti drama Luna Fantasiku. Namun Shahrizal memberitahu, dua tahun pertama adalah tahun mencabar sehingga dia hampir membuat keputusan untuk berhenti.

Keputusan itu disokong keluarganya yang sedari awal kurang bersetuju dia menceburi dunia lakonan. Sekali lagi 'namun' apabila Shahrizal cuba untuk membuktikan yang dia akan berjaya di dalam bidang ini.

"Setakat ini saya berpuas hati dengan apa yang saya lalui sebagai pelakon tetapi sasaran utama saya adalah kerusi pengarah. Sekarang saya banyak perhatikan kerja-kerja di belakang tabir seperti pencahayaan, kamera dan kerja pengarahan.

"Pada awal lagi, bidang saya bukan di depan kamera, bukan ke arah glamor. Cuma buat masa ini, rezeki itu datang lebih awal dan bagi saya, ini juga peluang yang baik untuk saya melompat masuk di belakang tabir," katanya.

Keyakinan Shahrizal terhadap dunia seni negara begitu tinggi kerana baginya, Malaysia memiliki ramai pengarah, pelakon dan penulis skrip yang bagus.
Bagaimanapun mereka kekurangan sokongan daripada kerajaan terutama soal bajet.

"Contohnya kalau skrip menuntut babak itu sebuah helikopter untuk seseorang watak naiki tetapi babak itu terpaksa dibuang kerana produser tiada bajet. Jadi kita tidak boleh buat.

"Juga kekangan kreativiti disebabkan negara kita yang Islamik. Bukan saya membantah pasal Islam tetapi kalau Hollywood atau Bollywood buat dan tayang di sini, kita benarkan pula.

"Tidak hanya itu, kekangan juga dilihat pada lokasi yang sukar untuk orang kita sendiri dapat tetapi senang-senang orang luar boleh rakamkan lokasi kita seperti KLCC di dalam filem atau produksi mereka.

"Dalam hal ini, Finas harus memperjuangkan untuk karyawan kita. Namun saya sedar, Finas telah banyak membantu industri dan ada alasan sendiri terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan negara," katanya.

Malah Shahrizal juga mengharapkan ada pihak yang tampil memperjuangkan hak royalti para pelakon sepertinya yang sejak zaman P Ramlee lagi tiada pembelaan.
Yang kaya rasanya stesen TV atau produser filem, bukan pelakon.

"Tengoklah bila artis sudah tua, tengok bagaimana nasib mereka," katanya.

Shahrizal buat masa ini, terpaksa memilih skrip dalam usahanya untuk menjaga kualiti lakonan. Walaupun sesetengah daripada teman seperjuangan terpaksa menerima apa saja tawaran demi survival anak seni, namun bukan Shahrizal kerana dia percaya pendirian itu akan terjawab suatu hari nanti.

Menurutnya, dia memperjuangkan kualiti daripada memperbanyakkan kuantiti lakonan.

"Saya percaya yang lakonan bukan kerana bakat tetapi pengalaman. Lagi banyak pengalaman, lagi bagus persembahan kita.

"Lakonan membabitkan psikologi, cara berfikir, peka dengan keadaan sekitar, mengamati karakter manusia sekeliling dan sebagainya. Bukan mudah menjadi pelakon dan bergantung kepada nawaitu seseorang untuk menjadi pelakon, sama ada untuk mencari glamor atau kualiti.

"Bila banyak sangatpun berlakon dan duit pun bertambah tetapi kalau kualiti yang diberikan lebih kurang sama, penonton akan cepat bosan. Kalau peminat bosan, maknanya jangka hayat sebagai seorang pelakon tidak boleh bertahan lama," katanya.




Agih royalti sebelum tutup

Posted: 14 Jun 2012 09:40 AM PDT

TIADA apa lebih menggembirakan jika golongan artis dan pelaku mendapat manfaat bersama apabila kerja-keras mereka dihargai.

=Itulah pegangan dan prinsip Pengarah Urusan Performers And Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism), Ong Peng Chu mengenai prospek agihan royalti terakhir terhadap ahli-ahli Prism yang akan dibuat pada minggu kedua Julai depan.

Kata Ong, seramai 1,300 ahli Prism akan menerima agihan sebanyak RM4 juta itu selepas menerima pembayaran termasuk tunggakan sebanyak RM700,000 dari Public
Performance Malaysia (PPM) pada penghujung April lalu.

"Ini adalah pembayaran royalti terakhir akan dibuat sebelum Prism berhenti atau tidak lagi berfungsi selepas 16 tahun beroperasi mengutip, mengumpul dan menguruskan pembayaran royalti kepada ahli-ahli diwakilinya.

"Jika tinggal nama pun, saya berharap pengagihan ini memberi jawapan terhadap ketelusan Prism Sdn Bhd yang melindungi dan menguatkuasa hak-hak muzik dan artis rakaman menerusi pembayaran royalti yang adil terhadap artis dan pelaku di bawah Prism," katanya dalam satu temuramah di pejabat Harian Metro, semalam.

Ditanya apa yang masih membuatnya terkilan berikutan pembubaran Prism sejak beroperasi pada 1996, Ong berkata: "Jika hendak diambil kira, memang banyak hendak dibuat demi menjaga kepentingan mereka terutamanya membabitkan segala jenis persembahan awam, penyiaran dan komunikasi rakaman mereka kepada orang ramai.

"Harapan terbesar Prism adalah menjadikan hasrat cadangan untuk menambah artikel di dalam Akta Hakcipta 1987 menjadi kenyataan pada masa depan. Kami sudah menghantar surat cadangan terbabit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 1 Ogos tahun lalu.

"Kebimbangan kami adalah terhadap Akta Hakcipta 1987 sedia ada kerana pada pendapat kami tidak menuruti piawai antarabangsa seperti diperuntukkan dalam Artikel 15 (1) dan Artikel 15 (2) WIPO Performances and Phonograms Treaty (WPPT).

"Malaysia adalah anggota Organisasi Harta Intelek Sedunia yang sudah menandatangani 6 perjanjian (treaty) mengenai harta intelek setakat ini.

"Ini bermakna, artikel WPPT yang disebut terbabit membenarkan pelaku dan penerbit fonogram menerima royalti sama rata apabila persembahan dan fonogram direkodkan dimainkan di radio atau dipersembahkan di khalayak umum, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ini memberikan pelaku, penerbit fonogram atau kedua-duanya sekali hak untuk menuntut ganjaran berdasarkan perjanjian kedua-dua pihak. Tetapi ia tidak berlaku sekarang kerana walaupun ada WPPT, Akta Hakcipta 1987 hanya menyediakan hak eksklusif kepada penerbit manakala pelaku hanya berhak terhadap saraan saksama," katanya mengenai Artikel 15 (1) dan Artikel 15 (2) dalam Akta Hakcipta 1987 terbabit.

Artikel 15 (1) WPPT memperuntukkan, pelaku dan penerbit fonogram hendaklah berhak terhadap saraan saksama sekali bagi penggunaan secara langsung atau tidak langsung fonogram diterbitkan bagi tujuan komersial bagi penyiaran atau apa-apa komunikasi kepada umum.

Mengikut Artikel (2) pula, pihak-pihak di dalam kontrak boleh menggubal undang-undang negara mereka bahawa saraan saksama sekali hendaklah dituntut daripada pengguna oleh pelaku atau penerbit fonogram atau kedua-duanya sekali.

Pihak-pihak dalam kontrak boleh menggubal undang-undang negara apabila tidak terdapat perjanjian di antara pelaku dan penerbit fonogram yang memperuntukkan terma-terma yang mana pelaku dan penerbit fonogram hendaklah berkongsi saraan saksama itu.

"Jika masih ada baki wang agihan, kita akan serahkan pada peguam untuk memegang wang itu dan menyerahkan kepada badan atau organisasi lain yang akan meneruskan usaha dan inisiatif membela nasib artis dan pelaku atau sesiapa saja berkaitan dengan industri intelek.

Katanya, proses pembayaran royalti dilakukan menerusi formula agihan biasa mengikut jumlah lagu dipersembahkan dan berdaftar dengan Prism.

"Kami juga sudah bertemu PPM dan Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) untuk menubuhkan jawatankuasa membuat pengagihan. Kami turut menjemput Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) jika berminat menyertai jawatankuasa ini untuk membantu proses pengagihan lebih terbuka dan telus. Saya hanya dapat mengimbas dan agak sedih kerana Prism Sdn Bhd (M) hanya akan tinggal dalam lipatan sejarah industri muzik Malaysia," katanya.

Prism, diperbadankan di Malaysia sejak 2001 di bawah Akta Syarikat 1965, sudah mengeluarkan Notis Am kepada ahli-ahli dan awam dalam akhbar pada 13 Jun lalu.




Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Berdiri gah membina empayar

Posted:

Berdiri gah membina empayar

Berdiri gah membina empayar

SIAPA sangka dengan hanya modal permulaan sebanyak RM2,000, KRU kini berjaya menubuhkan syarikat gergasi KRU Berhad yang menghasilkan produk muzik, filem, program televisyen dan lebih hebat sebuah pusat pengajian yang dikenali sebagai Akademi KRU. Malah, jenama KRU juga sudah berada di pasaran antarabangsa.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah melahirkan rasa kagum dengan potensi dan semangat yang dimiliki tiga adik-beradik KRU iaitu Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim itu dalam membina empayar dengan hanya bermodalkan RM2,000.

Namun, apabila rasa kagum itu diucapkan kepada Norman, dia sekadar tersenyum malah berkongsi cerita bahawa segala kejayaan yang dikecapi mereka kini adalah berkat sokongan kedua ibu bapa dan peminat selain pernah melalui jerih perih kehidupan sebagai insan seni bermula tahun 1992.


PEMINAT ternyata masih teruja persembahan KRU selepas sekian lama tidak muncul di pentas konsert.


"Bukan mudah. Kami (KRU) terpaksa meminjam wang sebanyak RM2,000 daripada syarikat rakaman Fantasia Music City atau FMC semata-mata untuk membeli alat muzik keyboard. Melalui alat muzik tersebut kami menghasilkan lagu dan seterusnya album pertama KRU yang berjudul Canggih," ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.

Mereka pantas meraih populariti menerusi lagu Hanya Kau. Album Canggih berjaya dijual sebanyak 65,000 unit dan melayakkan mereka untuk memenangi anugerah platinum.

Apabila muzik KRU mula mendapat tempat di hati peminat, ada pula pihak yang kurang berpuas hati dengan muzik yang dibawa tiga beradik itu. Mereka dituduh cuba merosakkan minda anak muda dengan aliran muzik hip hop kebaratan yang dikatakan menjurus kepada muzik bertemakan seks, pembunuhan dan pemberontakan.

"KRU pernah melalui detik paling hitam apabila konsert pertama kami iaitu Krumania diharamkan pada tahun 1997. Bayangkan ketika itu kami sudah ikat kontrak dengan penaja untuk buat konsert jelajah ini ke 20 buah negeri.


KUMPULAN Elite berjaya mengembalikan nostalgia.


"Malah, kami juga ada membuat pinjaman bank semata-mata untuk menjayakan konsert ini. Malangnya, ia diharamkan dan kami terpaksa membayar pinjaman bank," jelasnya.

Protes

Tidak cukup dengan itu, ujar Norman, setiap kali KRU mengadakan persembahan, pasti akan ada protes daripada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan mereka. Namun, semuanya dapat diatasi berkat kesabaran dan juga semangat KRU memperjuangkan muzik mereka.

"Daripada cabaran seperti itu, KRU mula bina kekuatan. Masa itu kami tidak prihatin untuk dekatkan diri pada politik dan menerangkan lebih lanjut muzik yang dibawa. Alhamdulillah, selepas memperkenalkan KRU dan mendekatkan diri dengan mereka, muzik kami mula diterima umum," bicara Norman penuh kelegaan.

Berkongsi saat manis perjuangan KRU pula, ungkap Norman, terlalu banyak kenangan manis yang mereka peroleh. Paling tidak dilupakan ketika KRU mengadakan konsert jelajah album Inggeris mereka iaitu The Way We Jam.

"Kami bukan sahaja mengadakan konsert jelajah untuk album itu di Malaysia malah di luar negara seperti Filipina, Singapura dan Brunei.

"KRU juga mengecapi kenangan manis tatkala mengadakan konsert ulang tahun yang ke-10 di Dataran Merdeka. Bayangkan ketika itu peminat yang datang lebih 50,000 orang," ceritanya.

Formula kejayaan


BANGGA. Yusry, Edry dan Norman di samping ibu dan bapa mereka.


Ditanya mengenai kepuasan yang dimiliki KRU, tutur Norman, dia bersyukur kerana daripada kumpulan muzik KRU, kini sudah kepada jenama yang boleh dilihat dan dirasai.

Walau bagaimanapun, katanya, banyak lagi yang ingin dicapai KRU contohnya di peringkat antarabangsa.

"Sebagai CEO (ketua pegawai eksekutif operasi) syarikat, saya ingin lihat jenama KRU terukir gah di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat.

Berkongsi formula kejayaan, ujar Norman, sumber kejayaan KRU adalah kedua ibu bapa mereka dan juga peminat.

Ujarnya, tanpa dua formula tersebut mereka tidak akan sampai ke tahap ini.

"Biasalah walaupun kami adikberadik tetap bergaduh. Ibu bapa kami adalah pendamai untuk terus bersama membina empayar sehingga kini," jelasnya.

Notis Neelofa buat Anzalna

Posted:

Notis Neelofa buat Anzalna

Notis Neelofa buat Anzalna

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


NEELOFA mendakwa Anzalna telah memfitnah dirinya.


PENDEDAHAN yang dibuat oleh pelakon Nur Anzalna Md. Nasir, 24, terhadap perbuatan Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, yang telah memburuk-burukkan namanya menerusi artikel sebuah akhbar pada Ahad lalu pastinya mengejutkan ramai pihak.

Dalam laporan akhbar tersebut, Anzalna yang kini sedang popular menerusi drama bersiri Indera Joned itu mendakwa Neelofa telah menghina keluarganya menerusi laman sosial Facebook atas sebab yang tidak diketahui.

Anzalna juga membuat kenyataan bahawa Neelofa ada membuat ugutan sekiranya Anzalna memenangi pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 yang disertai mereka dua tahun lalu.

Pertandingan tersebut menyaksikan Neelofa dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2010/2011 sedangkan Anzalna tidak memenangi sebarang gelaran dan sekadar muncul sebagai finalis.

Mengakui dirinya sangat kecewa, Neelofa yang juga pengacara rancangan Nona kelmarin telah tampil untuk menangkis segala dakwaan yang telah dibuat oleh Anzalna. Ikuti temu bual bersama aktres jelita kelahiran Kelantan ini.

Kosmo!: Apakah reaksi Neelofa sebaik sahaja membaca artikel akhbar tersebut?

NEELOFA: Sudah tentu saya terkejut dan kecewa kerana ia telah menjejaskan nama baik saya sebagai seorang pelakon. Ingin saya tegaskan bahawa segala tuduhan yang telah dilemparkan terhadap saya itu adalah fitnah semata-mata.

Apakah tindakan yang akan dilakukan anda?

Saya telah melantik dua orang peguam iaitu Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk mengendalikan kes ini. Apabila perbincangan dilakukan bersama peguam, kami mendapati banyak kenyataan yang dibuat oleh Anzalna memang berbaur fitnah.

Ketika ini peguam saya telah menghantar satu notis tuntutan kepada Anzalna dan dia diberi masa seminggu untuk memberikan bukti serta penjelasan terhadap tuduhannya itu. Kalau benar seperti apa yang dikatakannya menerusi akhbar itu, sila kemukakan bukti kepada saya dengan segera.

Bagaimana pula kalau Anzalna tidak memberikan sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan itu?

Saya akan mengambil tindakan selanjutnya dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman ke atasnya. Bagi saya perbuatan yang dilakukannya ini telah menjejaskan nama baik saya sebagai seorang pelakon dan duta produk.

Setelah kerap kali terbabit dengan kontroversi, kenapa kali ini baru anda mahu mengambil tindakan?

Sebelum ini saya tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana segala kontroversi yang timbul tidak terlalu memberi kesan kepada diri saya. Namun, tuduhan yang dibuat oleh Anzalna memang telah memburukkan nama baik saya. Sekarang saya cuma menantikan setiap bukti terhadap segala tuduhannya itu. Kalau dia tidak dapat mengemukakan bukti-bukti tersebut, dia perlu membuat permohanan maaf secara terbuka.

Boleh ceritakan sedikit mengenai persengketaan yang berlaku antara anda dan Anzalna ketika sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010/2011?

Kalau boleh saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang persengketaan yang berlaku antara kami berdua. Buat masa ini saya mahu lebih fokus kepada notis tuntutan yang dibuat kepadanya.

Semenjak artikel tersebut diterbitkan, adakah terdapat sebarang tawaran kepada anda yang telah dibatalkan?

Buat masa ini masih belum ada tawaran yang dibatalkan, cuma kini saya sedang melakukan perbincangan setelah ditawarkan menjadi duta kepada sebuah produk. Namun, saya percaya pihak yang memberikan tawaran itu pasti mengikuti perkembangan tentang perkara ini dan tidak mustahil mereka boleh berubah fikiran.

Sekiranya ditawarkan berlakon dalam mana-mana drama atau filem yang turut membabitkan Anzalna, anda akan menolak atau menerima tawaran tersebut?

Saya tidak ada masalah untuk menerima tawaran tersebut kerana sebagai pelakon saya perlu bertindak profesional. Saya perlu menghormati kehendak penerbit atau pengarah dan tidak kisah kalau kami ditakdirkan berlakon bersama-sama.

Lohan dampingi aktor filem porno

Posted:

Lohan dampingi aktor filem porno

Lohan dampingi aktor filem porno


JAMES DEEN


BINTANG kontroversi, Lindsay Lohan yang ketika ini sedang menjalani penggambaran filem Liz & Dick membuat gempar sekali lagi apabila dia kini mendampingi seorang pelakon lelaki filem lucah kacak, James Deen.

Namun, Lohan dan Deen sebenarnya bakal menjalinkan hubungan intim menerusi filem The Canyons yang dijadualkan memulakan penggambaran pada bulan depan. Deen sebelum ini sudah membintangi kira-kira 2,000 buah filem lucah.

Penerbit filem Bret Easton Ellis menulis dalam Twitternya: "James Deen dan Lindsay Lohan merupakan pelakon utama filem The Canyons. Saya berasa sungguh teruja kerana James dan Lindsay masing-masing bakal memegang watak Christian dan Tara dalam filem ini.

Filem tersebut bakal diarahkan oleh Paul Schrader yang sebelum ini merupakan penulis skrip dan lakon layar filem Raging Bull dan Taxi Driver.

Khamis, 14 Jun 2012

Zon Artis

Zon Artis


Irma Hasmie Nikah 29 Jun Ini

Posted: 14 Jun 2012 12:09 AM PDT

GAMBAR PERNIKAHAN IRMA HASMIE

Jika sebelum ini Irma Hasmie dijadualkan akan melangsungkan pernikahan pada 1 Julai 2012 tapi kami baru sahaja mendapat tahu bahawa tarikh pernikahan tersebut telah ditukar dimana 29 Jun 2012 menjadi tarikh berlangsungnya pernikahan Irma Hasmie dan tunangnya, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan.

Majlis pernikahan akan diadakan di Dewan Persidangan Putrajaya dan dijadualkan akan berlangsung pada jam 3 petang.

Related Posts with Thumbnails

OHBULAN!

OHBULAN!


Irma Hasmie Model Tudung D’ Haja

Posted: 14 Jun 2012 11:00 PM PDT

Irma Hasmie merupakan seorang artis wanita yang baru sahaja berhijrah memakai tudung, namun begitu perubahan pada penampilannya itu telah banyak mendapat perhatian ramai. Pihak butik tudung D' Haja telah pun mengambil kesempatan ini dengan melantik Irma Hasmie untuk menjadi selaku duta bagi produk tudung yang dihasilkan mereka.

Alhamdullilah rezeki Irma semakin bertambah sepanjang beliau berubah kearah kebaikan kini. Bukan sahaja beliau dapat menjadi model tudung malah beliau telah pun mendapat banyak lagi tawaran dari produk-produk muslimah yang lain. Lihatlah tudung-tudung yang digayakan oleh Irma ini kelihatan sangat menarik dan paling penting ia menutup aurat dan bahagian-bahagian yang tertentu.

Baju Raya 2012 Pilihan Selebriti

Posted: 14 Jun 2012 11:00 PM PDT

Tinggal kurang dari dua bulan lagi semua umat islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai persiapan telah pun disediakan dari segi pakaian, hiasan rumah, perbelanjaan hari raya dan macam-macam lagi. Maklumlah ketika hari raya ini la kesemua umat islam akan meraikannya dengan serba baru dan cantik.

Bagi sebahagian warga kota dan selebriti yang sibuk bekerja ada lagi yang masih belum sempat untuk membeli-belah bagi menyediakan persiapan hari raya. Namun begitu ada sebilangan selebriti tanah air sudah pun mula menyediakan serta menggayakan beberapa rekaan busana untuk sambutan hari raya nanti. Selebriti yang dimaksudkan seperti Scha Alyahya, Lisa Surihani, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Marsha dan juga Intan Ladyana.

  

Lihat sahaja busana yang mereka gayakan, boleh dikatakan kesemua busana ini nampak sangat cantik dan eksklusif. Pada anda yang belum membuat persediaan tu bolehlah luangkan sedikit masa dan cepat-cepat dapatkan koleksi pakaian untuk hari raya anda yang bakal tiba nanti.

Kredit Foto : Facebook Nurita Harith , Baharim & Co , Mimpikita , Buttonmybuttons

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Rooftop Penanda Aras Baru Program Hiburan NTV7

Posted: 14 Jun 2012 09:51 PM PDT

ROOFTOP: RANCANGAN MUZIK MALAYSIA PERTAMA DI PUNCAK BUMBUNG

Rancangan Terbaru ntv7 Bawa Artis Melalak di Bumbung

Seringkali kita melihat artis-artis kita membuat persembahan mereka di acara pentas seperti konsert, majlis keramaian, pertandingan, pesta mahupun di karnival. Namun agak pelik jika mendengar mereka bakal melalak di atas bumbung. Benarlah kalau dinamakan penyanyi berbakat campak ke mana pun mereka tetap akan menghiburkan peminat mereka.

Itulah dimensi baru yang bakal penonton saksikan di dalam sebuah rancangan siri muzik menarik serta terbaru di Saluran Ceria Anda. Berbeza dengan rancangan nyanyian biasa, kehadiran rancangan Rooftop yang bakal bersiaran di ntv7 bermula 6 September 2012 ini akan membawakan penonton untuk melihat persembahan artis-artis kesayangan mereka menyanyi di atas bumbung sebuah bangunan berlatarbelakangkan keindahan panorama dan bangunan pencakar langit di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Rooftop PC (1)

Rooftop PC (1)- Barisan belakang, dua dari kiri, Encik Kamarul Zamli Ramly, Pengurus Besar Produksi Hiburan Studio Primeworks, Khairul Anuar Azmi (Susu), Penerbit Rooftop, Diandra, Cik Emilya Ab Rahim, Pengurus Kumpulan Penjenamaan ntv7, Komunikasi Jenama, Projek Khas dan Acara ntv7 bersama semua artis yang terlibat untuk rancgan 13 episod Rooftop.

Rooftop yang akan menghiburkan penontonnya setiap hari Khamis jam 8.30 malam itu bertema lebih santai dan menggunakan muzik akustik di mana mereka bakal menyaksikan artis-artis kesayangan mereka membuat persembahan mantap tatkala mereka beraksi di puncak bangunan Lot 10. Menurut penerbitnya, Khairul Anuar yang lebih mesra dengan panggilan Susu, konsep sebegini merupakan pertama kalinya direalisasikan di Malaysia.

"Konsep nyanyian di atas bumbung sememangnya berbeza kerana ia seolah-olah menggambarkan kebebasan penyanyi tersebut dalam menyampaikan persembahan mereka selain memberi ruang yang lebih intim kepada penonton di set penggambaran mahupun di rumah" kata Susu.

Rancangan persembahan nyanyian yang memberi dimensi baru itu bakal mengetengahkan 14 bakat muda dan besar iaitu Estranged, Projek Pistol, Aizat, Bunkface, Drama Band, Liyana Fizi, Diandra Arjunaidi, Najwa Latif, Akim, Nawhki & Clan, Adira, Awi Rafael, Hafiz dan Azlan & Typewriter sepanjang 13 episod rancangan itu disiarkan.

Bersiaran selama setengah jam untuk setiap episod, Rooftop bukan sahaja menyajikan persembahan hebat artis malah membawa penonton mengenali lebih mendalam mengenai artis pujaan mereka. Menggunakan genre dokumentari-muzikal, Rooftop dilihat mampu menarik ramai penonton kerana pendekatannya yang segar, lebih intim dan menyeluruh melalui temubual artis yang lebih bersifat peribadi serta pilihan lagu hits yang dirakamkan secara live.

Menurut Puan Emilya Ab Rahim, Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama ntv7, Komunikasi Jenama, Projek Khas dan Acara ntv7, Rooftop bakal memberikan sebuah pengalaman baru buat penontonnya kerana suntingan yang minimal membenarkan mereka merasakan sentuhan peribadi artis dan keikhlasan mereka dalam berkarya serta menjanjikan persembahan mantap daripada mereka.

"Kebebasan dan keselesaan artis dalam menyampaikan persembahan mereka di set khas ini memberikan ruang buat penonton untuk mengenali dan memahami artis-artis mereka melalui persembahan yang bertenaga dan lebih bersahaja. Persembahan di atas bumbung bangunan pastinya memberi dimensi baru buat para artis-artis yang terlibat berbanding persembahan mereka yang lain sebelum ini" kata Emilya ketika ditanya di sidang media yang berlangsung hari ini di Restoran Teeq Kuala Lumpur.

"Kami juga amat berterima kasih kepada semua krew penerbitan Rooftop yang amat dedikasi terhadap tanggungjawab masing-masing, sehingga dapat membawa rancangan hiburan sebegini ke sebuah lagi fasa baru.

Bagi Encik Kamarul Zamli Ramly, Pengurus Besar Produksi Hiburan Primeworks Studios pula beliau amat teruja dalam penerbitan konsep sebegini yang buat pertama kali direalisasikan produksi tempatan.

"Rooftop juga membawa kami mengimbas kembali zaman kegemilangan The Beatles pada tahun 1970-an. Persembahan kumpulan The Beatles yang pernah dirakam di atas bumbung membuat kami teruja untuk membawa set ini ke dalam Rooftop. Kami kagum dengan konsep mereka yang begitu bersahaja tetapi amat menarik sekali," tambah Kamarul.

Antara para artis yang hadir di sidang media tersebut yang turut diadakan berhampiran set lokasi penggambaran rancangan itu adalah Estranged, Projek Pistol, Aizat, Bunkface, Diandra Arjunaidi, Hafiz, dan Drama Band.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan-rancangan di ntv7 sila layari laman sesawang www.ntv7.com.my dan tonton semula rancangan kegemaran anda di www.tonton.com.my serta ikuti perkembangan terbaru ntv7 melalui akaun Facebook dan Twitter.

Projek Pistol (1)

Estranged (1)

Aizat @ Rooftop

Rooftop PC (2)

Drama Band

Bunkface (1)

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Estranged di Rakaman ROOFTOP NTV7
  • Gambar Project Pistol di Rakaman ROOFTOP NTV7
  • Jadual Rakaman Konsert ROOFTOP NTV7
  • Video Sekitar Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza
  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Jemputan Pencarian Remaja Berbakat dari Media Hiburan
  • Diandra Arjunaidi di EARTH HOUR 2012 Anjuran YTL
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Kisah Norman Hakim Abby Abadi: Tilam Toto, Selimut, Tuala Basah Bahan Bukti
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Astro Bakal Lancar My Hometown Sempena kempen Negaraku

    Posted: 14 Jun 2012 09:46 PM PDT

    ASTRO MERAIKAN KAMPUNG HALAMAN ANDA

    My Hometown logo

    Masihkah anda ingat kawasan melepak kegemaran anda semasa kecil? Gerai yang menjual kuih-muih kegemaran anda? Suara kuat makcik di pasar anda? Inilah antara kenangan-kenangan istimewa kampung halaman kita yang menjadikan zaman kecil tersemat di dalam hati.

    Bersempena dengan kempen Negaraku tahun ini, Astro meraikan semangat 1Malaysia melalui inisiatif, 'My Hometown'. Rakamkan kenangan-kenangan manis di kampung halaman anda dengan mengetengahkan kisah-kisah unik yang membezakan pengalaman anda dengan yang lain. Video ini akan disiarkan melalui satu saluran yang didedikasikan khas buat inisiatif ini iaitu 'My Hometown' (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012.

    0883 My Hometown Vintage Poster FA2

    Sempena meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, inisiatif ini diadakan untuk menyambut pelbagai budaya dan warisan di Malaysia. Rakyat dijemput untuk menghantar video anda dengan memfokuskan kepada betapa menarik, pelik atau lucunya kampung halaman anda dan mengapa hal ini sangat berkait secara peribadi kepada anda.

    Video yang paling kreatif akan disiarkan melalui saluran 'My Hometown' (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012 untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, jantina atau umur untuk berkongsi kenangan anda secara kreatif dan mengenang kembali zaman kecil anda bersama-sama kami.

    Sebagai tambahan kepada kempen 'My Hometown', Astro turut memperkenalkan 'My Hometown Short Films'. Inisiatif ini ialah satu projek yang memaparkan 14 filem pendek yang setiap satunya meliputi 14 negeri di in Malaysia. Projek ini diarah oleh 14 pengarah filem muda dan memberi fokus kepada kenangan kampung halaman mereka. Setiap pengarah filem yang berasal dari negeri-negeri berbeza ini akan merekodkan pengalaman di kampung halaman mereka yang akan menghasilkan 14 filem pendek yang berbeza dari segi persekitaran sosial tetapi menjurus kepada satu objektif yang sama iaitu rasa cinta terhadap tanahair mereka. Sebahagian daripada pengarah-pengarah filem 'My Hometown Short Films' ialah are Sharifah Armani (Kuala Lumpur), Rewan Ishak (Perlis), Adrian Lai (Melaka), Shanjey Kumar Perumal (Perak) dan Ramdan Che Hassan (Kelantan).

    Henry Tan, COO Astro

    Henry Tan, COO Astro

    Ketua Pengawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, "Bagi menyambut Hari Merdeka tahun ini, Astro menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan asal-usul anda melalui "My Hometown". 'My Hometown' membawa maksud yang berbeza kepada semua dan setiap kampung halaman anda ialah unik dan mempunyai kisah menariknya yang tersendiri, sama ada mengenai gerai makanan kegemaran anda, pemandangan terindah di kampung halaman anda, kisah-kisah dongeng atau lagenda-lagenda tempatan. Kami berharap 'My Hometown' akan menjadi platform bagi rakyat Malaysia untuk menyalurkan kepelbagaian etnik, kepelbagaian bahasa dan kepelbagaian landskap-landskap budaya rakyat Malaysia. Kami menggalakkan anda untuk menonjolkan kekreatifan anda dan berkongsi dengan kami semangat cinta terhadap kampung halaman anda dan kisah-kisah yang mengungkit kenangan manis di kampung halaman anda."

    "Bagi memperkaya kandungan insiatif My Hometown ini, kami bangga membawakan kepada anda karya-karya kreatif daripada 14 pengarah filem muda dalam projek 'My Hometown Short Films'. Mereka berasal daripada pelbagai latar belakang dan kepelbagaian ini yang menjanjikan masa depan industri seni di Malaysia untuk menjadi lebih cerah. 'My Hometown Short Films' menyediakan peluang bagi pengarah-pengarah filem muda ini bukan sahaja sebagai satu potensi hebat di tahap awal karier untuk meraikan kampung halaman mereka tetapi juga membolehkan mereka berkarya mengikut perspektif mereka tersendiri. Kami juga berharap inisiatif ini akan menjadi satu batu loncatan bagi pengarah-pengarah filem muda ini dalam karier mereka dan menjadi seorang pengarah filem yang berkaliber di Malaysia." Tan berkata.

    Rakyat Malaysia digalakkan untuk menghantar kisah-kisah 'My Hometown' masing-masing yang menggabungkan budaya, bahasa dan lokasi di Malaysia di dalam bentuk video (tidak melebihi 5 minit). Video anda perlu dihantar ke Astro Broadcast Centre at Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2012 atau dimuatnaik di www.astro.com.my/myhometown. Video-video yang terpilih dan 'My Hometown Short Films' akan disiarkan melalui saluran, My Hometown (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012.
    Bagi maklumat lanjut mengenai 'My Hometown', layari www.astro.com.my/myhometown

    Ramdan Che Hassan - My Hometown Short Stories  Kelantan

    Ramdan Che Hassan – My Hometown Short Stories Kelantan

    Shamyl Othman - Selangor My Hometown Short Stories Director

    Shamyl Othman – Selangor My Hometown Short Stories Director

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pemenang Cabaran Media Twisties Bingit Hot FM Rockstar Band Profile
  • Astro Lancar Kempen P.Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti
  • Astro Raikan 1Malaysia Dengan Lebih 50 Program Baru
  • Siti Nurhaliza Bakal Lancar Kempen SimplySiti Di Hati
  • Astro Lancar NEGARAKU THE BEST OF 1MALAYSIA STORIES ON AIR
  • Maya Karin Berkempen Untuk Alam Sekitar
  • Dato' Siti Nurhaliza Dah Ada Saluran Istimewa Sempena Merdeka
  • Kempen Zoom Malaysia Rangsang Industri Pelancongan
  • Kempen Derma Darah Sempena Hari Pahlawan 2010
  • SimplySiti Bakal Umum Pemenang Kempen Simplysiti Di Hati