Adsense

Sabtu, 21 April 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Maya Karin Sudah Bersedia Untuk Bercinta

Posted: 21 Apr 2012 10:11 AM PDT

Maya Karin.
PETALING JAYA: Pelakon jelita Maya Karin menjelaskan dia sudah bersedia untuk kembali menjalinkan hubungan cinta selepas bercerai dengan Muhammad Ali Abdullah pada 2010.
Maya berkata, dia berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai keyakinan diri dan tidak takut kepada cabaran.
"Saya sudah bersedia untuk mencari jodoh selepas kegagalan rumah tangga dulu tapi orang mungkin takut untuk mendekati saya kerana status selebriti yang ada pada diri saya.
"Bagaimanapun saya berharap lelaki itu nanti tidak hanya melihat sisi saya sebagai seorang pelakon kerana saya juga adalah wanita biasa," ujarnya kepada akhbar The Star, Sabtu
Dalam pada itu, Maya berkata, kejayaan Ombak Rindu yang berjaya mengutip hampir RM11 juta bukan sahaja telah mengubah kerjaya lakonannya malah dirinya sendiri.
Kata Maya, watak sebagai Izzah seorang gadis kampung yang polos dijadikan inspirasi kepadanya dalam menjadi seorang yang lebih baik dalam kehidupan seharian.
"Saya cuba mengekalkan sebanyak mungkin kualiti pada watak Izzah seperti kesabaran, tenang, sikap positif apabila timbul masalah dan sebagainya.
Bercakap mengenai perkembangan terbaru Maya berkata, dia bakal bekerjasama dengan Datin Paduka Shuhaimi Baba dan pengarah filem Ombak Rindu, Osman Ali untuk filem terbarunya.
Bagaimanapun kata Maya, akibat kekangan masa banyak karya yang bagus terpaksa ditolak buat masa ini dan dia menganggap bukan rezeki buatnya
"Saya sangat sibuk dengan beberapa projek yang telah diterima sebelum ini malah pada hari cuti pun saya perlu memenuhi undangan sesi penggambaran bersama media.
"Masa lapang saya pun dikorbankan untuk bersama keluarga dan rakan-rakan itu pun masih terkejar-kejar dengan pelbagai perkara," ujar Maya.

----

Anzalna Sudah Berani Terima Watak Penting

Posted: 21 Apr 2012 10:06 AM PDT

Anzalna Nasir
PETALING JAYA: Pelakon baru Anzalna Nasir berkata dia semakin berani untuk menerima tawaran bagi watak utama dalam drama televisyen dan filem selepas hampir setahun bergelar pelakon.
Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Nasir, 24, berkata kepercayaan penggiat industri dan rakan-rakan artis terhadap potensi bakatnya mengukuhkan kepercayaan untuknya menyahut cabaran itu.
"Saya mula berani untuk menerima tawaran bagi watak utama dalam drama dan filem pada tahun ini.
"Sebelum ini, saya tidak yakin dan belum bersedia tetapi beberapa penerbit dan pengarah sering memberikan peluang itu," akuinya ketika dihubungi baru-baru ini.
Bekas finalis pertandingan Dewi Remaja 2010 ini menambah, dia yang kini mula menerima tawaran watak utama dalam beberapa produksi drama dan filem melihat perkembangan itu sebagai satu platform yang baik untuk perkembangan kerjayanya.
"Atas kepercayaan dan sokongan tersebut, saya perlu mencabar diri untuk menggalas watak utama dalam sesebuah drama atau filem yang ditawarkan.
"Baru-baru ini, saya ditawarkan watak utama untuk drama Marhabah untuk TV3, Adam & Hawa (Astro) dan bakal terlibat dalam filem Dr K Kahwin Lima (KRU Studios)," katanya.
Ketika ditanya mengenai publisiti yang berkurangan sejak kebelakangan ini, Anzalna berkata dia semakin aktif dihujani pelbagai tawaran dan tidak berkesempatan untuk berkongsi perkembangannya dengan pihak media.
"Saya masih aktif berlakon. Memang saya akui agak menyepi kebelakangan ini kerana kesibukan saya di lokasi penggambaran.
"Lagi pun, tiada apa yang panas atau sensasi untuk diperkatakan kerana tiada kontroversi mengenai saya pun," katanya.

----

Hafiz Bakal Lancarkan Album single Di Indonesia

Posted: 21 Apr 2012 10:05 AM PDT

Hafiz.
PETALING JAYA: Penyanyi lagu Awan nano, Hafiz (AF) bakal melancarkan album single di Indonesia sebelum penghujung tahun ini.
Hafiz berkata, dia telah bekerjasama dengan komposer dari Indonesia, Andi Buyou disamping dua komposer tempatan terkenal iaitu LY & Baiduri.
"Alhamdulilah, impian untuk melancarkan karier muzik di Indonesia semakin menjadi nyata dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar," ujarnya.
Hafiz berkata, untuk album single itu nanti akan memuatkan tiga buah lagu sebagai permulaan.
"Tengok dulu penerimaan peminat bagaimana dan selepas itu mungkin akan melancarkan album penuh pula," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata, buat masa ini dia tidak menerima sebarang tawaran lain kerana ingin fokus kepada Mania.
Ujar Hafiz, dia bertuah dapat bekerja dengan Ahmad dhani dan tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.
"Bukan senang nak bekerjasama dengan orang yang berpengalaman luas dalam bidang muzik, jadi saya akan fokus untuk Mania sahaja buat masa ini," katanya.

----

Bob Kuman Meninggal Dunia Tidak Benar

Posted: 20 Apr 2012 10:35 PM PDT


Kecoh di twitter, bbm group, dan dah tentu di facebook masing-masing mengirim Al-Fatihah untuk Bob Kuman yang dikatakan telah meninggal dunia. Harap bersabar, ini semua berita tipu. Bob Kuman masih sihat dan semakin kuat. Tolong jangan sebar berita karut! PakNil sendiri confirmkan dengan wife Bob.


Kepada yang masih ingin hulurkan bantuan, ini nombor akaun semasa Bob Kuman, lepas ni takde kena blok dah oleh bank.

Maybank = Husni Mohd Rawi 5627-5966-7936

----

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Miera Liyana - Luka Masih Berdarah

Posted: 21 Apr 2012 10:48 AM PDT

Kerana Cinta, Miera Leyana Kasmi atau Miera Liyana, 19 sanggup buat apa sahaja demi kekasih. Malangnya segala pengorbanannya selama ini buat untuk bekas kekasihnya Shahz Jaszle Jasmin, hanya lah sia sia apabila berakhir Putus selepas berkawan selama tujuh bulan lebih.

Apabila disebut nama bekas kekasihnya, Miera enggan mengulas apa yang telah berlaku, tetapi dengan pengakuan yang dibuat seakan mengetahui bahawa hati dan perasaannya dipermainkan. Jika tidak, mana mungkin gadis bertubuh lampai itu menjadi begitu marah setiap kali menjawab soalan perihal hubungan cintanya bersama Shahz Jaszle.



Ikuti petikan yang diambil dari hmetro

Hadir di sesi fotografi khas bersama Selebriti Metro Ahad baru-baru ini, Miera yang mula membabitkan diri dalam bidang lakonan seawal usia 15 tahun, kelihatan agak tenang berbanding sebelum ini. Katanya, dia sudah boleh menerima kenyataan.

Di sebalik rasa kecewa dan marah sebelum ini, akui Miera, sebenarnya kini baru dia sedar segala terjadi ada rahmatnya. Peristiwa dilalui dijadikan pengalaman untuk mengenali sisi sebenar lelaki.


Ia boleh dijadikan bekalan untuk lebih berhati-hati sebelum mengungkapkan rasa cinta. Apatah lagi dia masih muda dan banyak lagi perkara membabitkan soal hidup yang perlu dilalui untuk dipelajari.


Akuinya, soal marah kini sudah tiada tetapi kesan luka akibat dikecewakan akan terus kekal. Begitupun, dalam berusaha berhadapan dengan situasi itu, hatinya sekali lagi dicuit. Kali ini pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Luna Fantasiku dan Apa Itu Cinta, bakal bergandingan dengan orang yang melukakan hatinya dalam drama terbaru terbitan Astro, Harapan.

"Sewaktu tawaran datang pihak produksi memberitahu mereka belum bertemu dengan hero yang akan digandingkan bersama saya dalam drama 26 episod itu, sehinggalah selepas menandatangani kontrak, mereka memberitahu bahawa saya bakal digandingkan dengan Shahz Jaszle.



"Mendengarkan namanya, hati saya berderau. Pelbagai soalan bermain di kepala tetapi saya sedar dunia hiburan di Malaysia kecil, hendak lari ke mana pun pasti akan bertemu. Saya harus bersikap profesional kerana ini kerja. Mahu atau tidak, saya harus lalui juga," katanya.

Kata Miera, sebagai pelakon dia sangat mementingkan mutu produksi terutama jalan cerita menarik. Atas alasan itu, dia menerima tawaran membintangi Harapan. Sayang sekiranya watak bagus itu ditolak hanya kerana mahu melayan jiwa rawan, sedangkan watak yang bagus tidak selalu datang kepada pelakon sepertinya.

"Selepas menandatangani kontrak, saya tidak mahu melayan segala bisik hati. Segala pengalaman yang dilalui sewaktu bersama dulu harus dilupakan dan berfikir secara positif. Sebenarnya, segala pahit manis yang pernah kami lalui bersama boleh digunakan untuk menjayakan drama ini.

"Kami akan memegang watak sebagai pasangan kekasih. Pastinya pelbagai plot ada dalam skrip drama terbabit termasuklah saat manis berkasih, marah dan bergaduh. Semuanya ada. Jadi segala perasaan yang ada dalam diri saya terhadapnya boleh saya salurkan untuk watak bakal dijayakan.

"Itu juga harapan saya, agar apabila penonton menyaksikan Harapan nanti, mereka melihat kami berjaya membawakan watak masing-masing. Saya tidak mahu mewujudkan rasa kekok apabila bekerja dengan bekas kekasih. Itu bukan prinsip saya. Apabila bekerja, saya akan bekerja bersungguh-sungguh. Soal peribadi harus diletak ke tepi," katanya.

Kemungkinan cinta yang putus kembali bertaut apabila kembali menjayakan Harapan, Miera melihatnya dari sudut positif dan tidak mahu memberikan komen sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak.

Jelasnya, soal jodoh dan pertemuan ketentuan Tuhan. Dia tidak berani hendak mengatakan perkara itu tidak berlaku kerana bimbang jika hati berubah nanti, dikatakan tepuk air dalam dulang, terpercik ke muka sendiri.

"Pengalaman bersamanya banyak mengajar saya dan seharusnya saya berterima kasih kepadanya atas pengalaman itu. Sekarang saya tidak mahu fikir soal cinta. Bohonglah kalau saya kata tidak sedih dengan apa yang terjadi.

"Kadang-kadang hati terasa sunyi tanpa insan bergelar kekasih. Tapi saya masih muda, memiliki kekasih bukanlah keutamaan sebaliknya saya mahu fokus kepada kerjaya terlebih dulu. Satu lagi perkara yang saya belajar dari semua ini, jangan kita mencari cinta sebaliknya biarlah ia datang dengan sendiri," katanya.


Nasihat dari G.A.M lain kali kalau nak beri maruah sekali pun biarlah berakhir dengan perkahwinan. Jangan ikut perasaan nanti merana...

Keputusan Mania - Asto Minggu ke 6

Posted: 21 Apr 2012 10:21 AM PDT


Minggu ini satu kejutan telah berlaku didalam Rancangan Astro Mania. Penyingkiran yang selalunya diumumkan diawal rancangan realiti tersebut. Pada Malam minggu ke 6, kejutan dalam mania malam ini benar benar mengejutkan dimana kedua dua perserta yang disingkirkan adalah dari Empayar Ahmad Dhani... G.A.M mengucapkan selamat tinggal kepada Akim dan Atilia semoga perjuangannya sebagai anak seniman akan diteruskan di tanah air.

Akim dan Atilia Tersingkir minggu ke 6


Akim



Atilia

Berikut adalah 11 senarai peserta/kumpulan Mania pada musim pertama 2012 ialah


1. Hafiz,
2. Shila Amzah
3. Stacy,
4. Jaclyn Victor
5. Aliya
6. EBI
7. Hazama.
8. Adira,
9. Estranged
10. Kristal
11. Aril

Adakah Mania Minggu ke 7 bakal disingkirkan 2 lagi peserta Mania? Adakah Minggu ke 7 giliran empayar M.Nasir?

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


'Bukan isunya!'

Posted: 20 Apr 2012 03:59 PM PDT

Hip

Luna Maya persoal pihak mempertikai dirinya ada hubungan dengan beberapa ahli perniagaan

SEAKAN merelakan segala yang diperkatakan kekal menjadi tanda tanya, gadis kelahiran Denpasar, Bali berusia 29 tahun ini lebih selesa mengunci mulut daripada berbicara mengenai soal hati.

Meskipun berhembus khabar mengenai dirinya yang sudah menemui pengganti selepas hubungan cinta selama tiga tahun yang dijalin bersama vokalis Peterpan, Ariel dikatakan menemui noktah, Luna Maya kental dengan pendirian untuk tidak berkongsi hal peribadinya.

Siapa pun jejaka yang mendekati saya, itu bukan masalah. Malah ia bukan sesuatu yang negatif". - Luna Maya

Luna pernah dilihat keluar beriringan dengan jejaka lain, malah ada yang mendakwa menemuinya berdua-duaan dengan seorang pengusaha restoran.

Namun ketika diminta kepastian mengenai perkara itu, gadis yang terpaksa menelan pahit ekoran kontroversi video porno bersama Ariel, tiga tahun lalu ini hanya tersenyum.

Tidak mengelak, jauh sekali membantah apa yang heboh diperkatakan gadis yang menerjuni dunia lakonan lewat filem, 30 Hari Mencari Cinta pada 2004 ini mengakui memang akrab dengan beberapa ahli perniagaan.

"Saya juga seorang pengusaha, malah semua orang juga perlu berusaha seperti saya yang sedang mengusahakan pembikinan filem.
"Siapa pun jejaka yang mendekati saya, itu bukan masalah. Malah ia bukan sesuatu yang negatif," tangkis Luna seperti memohon pengertian semua supaya isu itu tidak berpanjangan dibahaskan.

Terus diasak dengan pertanyaan, apakah ada jejaka baru yang hadir menyemarakkan gelora asmara dalam dirinya, Luna tetap mempertahankan pendirian.

Bibirnya terkunci rapat, malah pelakon filem, Ratu Kosmopolitan enggan perkara itu dijadikan sebagai isu untuk kembali mengheretnya dalam kemelut tidak bernoktah.

Bagi Luna, perkara itu sekadar isu remeh yang cuba diperbesarkan hingga ada pihak mempertikai kejayaannya menduduki kerusi sutradara didorong oleh keakrabannya dengan ahli perniagaan tertentu.

"Mereka yang dekat dengan saya, sama ada teman atau keluarga sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang saya lakukan.

"Lagipun apa yang saya kerjakan sekarang bukan sesuatu yang negatif. Secara peribadi, saya juga mengingini pembaharuan dalam hidup dan ini (bergelar sutradara) adalah satu kemajuan diri saya sebagai individu," katanya.

Meletakkan dirinya masih dalam proses pembelajaran, Luna berkata, hubungannya dengan ahli perniagaan yang diperkatakan itu terbatas pada sudut profesional semata-mata.

"Mengenali mereka menunjukkan keinginan saya untuk membawa diri ke satu tahap lebih tinggi. Jika ia sesuatu yang positif, pasti semua orang akan menyokong.

"Mengapa perkara ini harus dijadikan isu. Lainlah jika saya melakukan hal yang negatif, saya tidak akan marah kalau ada yang membantah," katanya.

Bergelut dengan dunia lakonan lebih lapan tahun lalu, Luna hanya meraih kepercayaan membawa watak utama menerusi filem Bangsal 13 pada 2005 selepas menimba pengalaman dalam produksi, 30 Hari Mencari Cinta dan Brownies dengan memainkan peranan kecil.

Keampuhan bakat yang ditonjolkan dalam Cinta Silver melonjakkan namanya sebagai antara barisan pelapis dunia lakonan, meletakkan Luna pada kedudukan paling selesa.

Bersemangat jadi sutradara

PERJALANAN panjang itu akhirnya memantapkan hati Luna untuk melakukan sesuatu yang membentangkan cabaran dan tentangan baru.

Luna kini bergelar produser dan sutradara dalam usaha menambah portfolio kerjaya seninya, di samping mencari kepuasan selepas sekian lama berlakon.
"Saya sudah terlalu penat, menerima panggilan dan menjalani penggambaran dari pagi hingga keesokan pagi jadi harus ada inovasi dalam diri Luna Maya," katanya.

Luna berkata, menjadi keinginan dalam dirinya untuk melakukan sesuatu kepada industri perfileman kerana setiap kali mengerjakan produksi, dia tidak pernah berasa puas.

"Perasaan ini bukan hanya saya saja merasainya tetapi juga sutradara atau pelakon lain. Kita tidak akan pernah berasa puas, malah sentiasa berkeinginan melakukan pembaharuan.

"Saya sentiasa kagum apabila melihat sesebuah filem sempurna. Semua itu di bawah kawalan sutradara. Membikin filem itu seperti memegang magnet yang kuat.

"Tetapi sering kita melihat akan ada kekurangan dan kelemahannya, sama seperti berlakon. Kita sentiasa ingin menjadi lebih baik, nama pun karya jadi tidak akan pernah selepas selesai melakukannya," kata Luna ketika ditemui pada majlis kesyukuran filem, Pintu Harmonika di Menteng, Jakarta Pusat, baru-baru ini.

Garap kisah buli kanak-kanak

MENEKUNI dunia pengarahan dan penerbitan secara tidak langsung melonjakkan karier Luna ke satu tahap baru, malah membawanya keluar dari zon selesa sebagai seorang aktres.

Enggan terus berada di situ, Luna memilih untuk maju selangkah dan bukti dirinya serius diterjemahkan dalam Pintu Harmonika yang mengangkat isu berat mengenai isu buli kanak-kanak.

Menyifatkan tanggungjawab baru yang disandangnya itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan, aktres yang turut dikenali sebagai penyanyi ini berkata, penghasilan sebuah filem yang baik menuntut sinergi antara pelakon dan pengarah.

"Jika kedua-duanya bersatu dengan baik, kita akan menikmati sebuah filem yang cukup ramuannya. Lakonan seseorang pelakon itu akan berhasil kerana pengaruh pengarahnya.

"Tetapi jika filem itu enak dinikmati, itu bermakna pelakon berjaya memberikan apa yang dimahukan," katanya yang tidak mengikuti pengajian formal untuk memulakan langkah sebagai sutradara, sebaliknya belajar sendiri dengan menonton filem, melihat proses penggambaran serta bertukar pandangan dengan pekerja di balik tabir.

"Saya banyak bergaul dengan mereka yang berada di balik tabir dan cuba mendapatkan sebanyak mungkin ilmu. Memang pada awal sulit untuk difahami tetapi saya belajar dengan mempraktikkannya.

"Saya cuma memberikan penekanan kepada penghayatan, jika bagus itu sudah memadai," katanya yang menyimpan impian untuk mengarahkan filem yang mampu memberi wajah baru kepada industri perfileman Indonesia.

Peluang artis bela diri dalam Bilik 7

Posted: 20 Apr 2012 03:46 PM PDT

Hip

BANYAK kontroversi yang sering berlaku dalam dunia hiburan tanah air namun tidak ramai artis berani tampil ke depan sebagai menjawab dan menepis segala tohmahan dan persoalan yang berlegar di minda peminat.

Sebaliknya, program terbaru yang akan disiarkan NTV7, Bilik 7 yang memulakan siaran pada 5 April lalu, setiap Khamis jam 9 malam akan mengupas dan memberi peluang kepada artis untuk menyelesaikan kekusutan dan berkongsi perkara sebenar mengenai kisah kontroversi yang menyelubungi diri mereka.

Di bawah perantara, Richie Rachman yang akan mengorek keluar segala rintihan dan sisi rahsia yang terbuku daripada diari tetamu selebriti dan pastinya soalan panas yang diajukan menyebabkan wujudnya pendedahan ekslusif daripada mulut selebriti yang diundang. Antara selebriti yang ditampilkan dalam program sebanyak 13 episod ini ialah Azwan Ali, Zarina Anjoulie, Radhi OAG, Lisdawati Nazaruddin, Raja Azmi, Pian Cecupak, Johan As'ari, Melia Amelia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah.

Penerbitnya, Engku Azmin Engku Zaini berkata, artis yang diundang mempunyai kisah dan cerita mereka sendiri berdasarkan kontroversi yang pernah melanda mereka dan program ini diwujudkan supaya artis yang dijemput dapat menjelaskan secara lebih terperinci kontroversi dan seterusnya mengelakkan tanggapan buruk terhadap mereka.

"Bagi mengelak timbulnya sebarang masalah, saya sendiri akan bertindak sebagai 'Inspektor' Bilik 7 dan Richie akan mendapat arahan dari dari masa ke semasa melalui alat dengar. Lagipun set Bilik 7 direka menyerupai bilik soal siasat polis," katanya.

Sementara itu, Richie yang bertindak sebagai pengantara berkata, walaupun Bilik 7 sebuah rancangan yang lantang dan bakal menimbulkan kontroversi tetapi sebenarnya membuka peluang untuk tetamu selebriti mendedahkan perkara yang sebenar tanpa berselindung.
"Mungkin sesetengah pihak berpendapat rancangan ini mengetengahkan elemen negatif sebaliknya rancangan ini memberi peluang untuk mereka berkongsi pendapat dan perasaan selain memberi penjelasan ataupun mengakui kesilapan silam mereka. Saya berharap penonton mengambilnya dari sudut positif dan dapat belajar daripada kisah mereka.

"Kadang kala, saya tidak perlu untuk mengajukan soalan panas kerana mereka sudah bersedia dan bersifat terbuka untuk berkongsi bersama penonton walaupun saya diberi kebebasan untuk mengajukan soalan kepada tetamu jemputan. saya puji keberanian dan kesudian mereka untuk ke depan dan di soal siasat oleh saya," katanya.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Lakonan beri kesan mendalam

Posted: 20 Apr 2012 05:43 AM PDT

MEMEGANG peranan sebagai penembak tepat bernama Shirai dalam filem termahal Korea, My Way, aktres China, Fan Bing Bing terpaksa melupakan penampilannya yang anggun dan jelita.

Bakat Bing Bing mula diiktiraf antara pelakon terhebat di negaranya dan kedudukannya sebaris dengan pelakon terkenal Gong Li dan Zhang Ziyi selepas memegang peranan penting dalam filem Bodyguards and Assassins. Bermula dengan drama bersiri The Emperor's Daughter, dia mula menjadi siulan ramai kerana kecantikan dan bakat yang dimiliki.

Tahun lalu, selepas tampil dalam filem Shaolin dan Buddha Mountain, popularitinya terus meningkat dan namanya tersenarai pada kedudukan kesembilan Forbes China Celebrity 100.

Dalam My Way, walaupun dia terpaksa berhadapan dengan babak sukar, namun sikap dedikasinya terhadap peranannya mampu menggambarkan satu tragedi perang kepada penonton.


Sebagai Shirai, jelas penderitaan yang ditanggung Bing Bing bagi menghidupkan karakter wanita yang berusaha membalas dendam terhadap tentera Jepun yang merogol ibu dan adiknya.


Meskipun Bing Bing tampil dalam beberapa babak saja, kemunculannya mendapat pujian aktor berpengalaman Korea Selatan, Jang Dong Gun, yang turut berlakon dalam filem itu.

Bagaimanapun, pada awalnya pelakon kacak itu khuatir kemampuan Bing Bing melaksanakan watak gadis lincah dan berpakaian kotor kerana aktres itu sering tampil cantik dan anggun di lokasi penggambaran.

Namun sebaik pengarah memintanya beraksi, Bing Bing berjaya memberi rasa dan lakonan yang sangat hebat. Babak berlawan Bing Bing begitu 'hidup', malah dia langsung tidak merungut. Walaupun sekejap, lakonan aktres itu meninggalkan kesan mendalam.

Menurut Bing Bing, dia belum pernah melakonkan watak seperti itu yang penuh dengan jiwa dendam dan kemarahan.

"Pengalaman yang indah dapat bekerja dengan pengarah dan pelakon terhebat di Korea. Filem ini sangat istimewa kerana selepas mengarahkan filem Taegukgi: The Brotherhood Of War pada 2004, baru kini Kang Je-Gyu yang digelar pengarah legenda Korea berkarya semula.

"Dek kerana terlalu mengagumi Kang Je-Gyu dan menyukai Taegukgi, saya sanggup berlakon dalam My Way. Watak Shirai sukar untuk dibawa. Sepanjang pembikinan My Way, seluruh wajah dan tubuh saya kotor kerana diliputi pasir dan debu. Saya terpaksa mandi dan basuh rambut banyak kali untuk membuang pasir yang melekat," katanya.

My Way turut dibintangi pelakon terkenal Jepun, Joe Odagiri. Antara kedua-dua hero itu, Bing Bing lebih banyak beraksi dengan Jang Dong Gun.

"Jang Dong Gun sangat kacak, tinggi dan mempunyai bentuk badan yang menarik. Saya yakin mana-mana wanita pun akan 'cair' apabila memandang wajahnya. Kali pertama saya ke Korea untuk berbincang mengenai skrip, dia ada sama. Selepas selesai perbincangan, dia dan kakitangan syarikat produksi hantar saya ke kereta kerana saya perlu ke lapangan terbang untuk balik ke China.

"Saya ingatkan selepas dia mengucapkan selamat tinggal, dia akan pergi tetapi Jang Dong Gun masukkan beg saya dalam kereta dan dia tunggu sehingga kereta beredar.

"Pelakon lelaki Korea sangat 'budiman', bertuahlah wanita yang dapat mengahwini mereka. Melihatkan aksi mereka di layar, wajah mereka serius dan garang tetapi apabila berjumpa di luar lokasi, mereka sangat baik, melayan wanita dengan lemah lembut dan mudah mesra," katanya.

Reaksi Bing Bing terhadap Joe Odagiri pula, jelasnya, lelaki itu suka berfesyen, tenang dan mempamerkan lakonan yang mantap.

My Way berdasarkan kisah benar peristiwa Perang Dunia Kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi jaguh maraton dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik.

Mereka bertemu sebagai musuh sejak zaman kanak-kanak apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan maraton Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Pembabitan mereka berdua dalam Perang Dunia Kedua merapatkan jurang permusuhan, terutama apabila tentera Jepun kalah kepada Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang Soviet bersama Jun-Shik.

Mereka dikerah bersama-sama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara kedua-duanya dalam peperangan paling teruk dalam era Perang Dunia Kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu semula dengan Jun-Shik apabila mereka bersama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis.

Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera itu dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh maraton.

Filem yang menelan belanja RM77.3 juta ini setaraf filem Hollywood. Fakta menarik mengenai pembinaan set filem itu, ia dibuat di atas tapak Saemangeum seluas 401 kilometer persegi untuk babak Normandy, peperangan Soviet-Jerman dan pangkalan kem tawanan perang.

Dua kereta kebal turut ditempah khas dari England yang menepati kriteria jenis kereta kebal zaman dulu selain lori, trak dan jip tentera Jepun, motosikal tentera Jerman serta kereta perisai.

Menggunakan seramai 16,668 pelakon tambahan, 2,000 unit pakaian seragam dan 57,500 butir peluru digunakan untuk babak peperangan. Bintang opera, Andrea Bocelli meminjamkan suaranya untuk lagu tema filem ini yang berjudul To Find My Way, ciptaan Lee Dong-Jun.

My Way ditayangkan di negara ini mulai kelmarin.




Bermain gitar hibur ibu

Posted: 20 Apr 2012 05:36 AM PDT

ANUGERAH suara yang dimiliki memang tiada tandingan. Apa yang jelas, Jamal Abdillah berada dalam kelas tersendiri dan mempunyai ramai peminat yang terus menyokong karier seninya.

Melalui pengalaman pahit berdepan najis dadah, ia bukan halangan kepada penyanyi berusia 52 tahun ini bangkit semula meraih perhatian ramai yang masih dahaga menyaksikan persembahannya. Jarang sekali mendengar persembahan Jamal gagal menarik perhatian penonton walaupun ia dibuat di ceruk kampung. Malah, kelibat Jamal sentiasa dinantikan.

Bagi peminat yang rindu menyaksikan Jamal beraksi, penyanyi ini kembali mengadakan persembahan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 13 Mei ini.

Acara sempena sambutan Hari Ibu yang diraikan setiap tahun masih mengekalkan Jamal sebagai tarikan buat kali ketiga. Sejak awal tahun ini, Jamal sebenarnya sudah dilamar penganjur untuk menjayakan tiga persembahan bermula Minggu Setiausaha pada 3 April lalu diikuti Hari Ibu dan Hari Bapa pada Jun nanti.


Pada acara kali ini, penganjur PWTC bersama Wyn Wyn Events membawakan persembahan, Kasihnya Ibu... Kembali Lagi Bersama Jamal Abdillah akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC bermula jam 2 hingga 5 petang.


Jamal berkata, dia berbesar hati menghiburkan peminat yang hadir. Malah, dia mengharapkan persembahan ini meninggalkan kenangan manis buat semua peminat sambil menyatakan perasaan sayang pada ibu.

"Saya menjangkakan persembahan ini meruntun hati dan menyentuh perasaan khusus pada mereka yang bergelar ibu. Sepanjang 33 tahun saya menyanyi, saya tidak perlu gimik yang bukan-bukan untuk menghiburkan peminat.

"Cukup pada saya menjiwai lagu yang dinyanyikan sebaik mungkin dan menjadikan ia persembahan terbaik. Kali ini, saya tampilkan kelainan menerusi persembahan bersama Timer yang bermain saksofon manakala saya bermain gitar.

"Mungkin persembahan kami ini disampaikan secara 'unplugged' dan antara lagu yang akan disampaikan seperti Syurga Di Telapak Kaki Ibu dan Kasihnya Ibu," katanya pada sidang media acara itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menariknya, Jamal turut menjemput seorang peminatnya ke pentas untuk menyanyi bersamanya. Merahsiakan identiti peminat itu, Jamal sekadar menyatakan individu dimaksudkan bukanlah artis tetapi daripada kalangan peminat yang hadir dan biasa menyanyi.

"Persembahan ini bukanlah bertaraf konsert, tetapi ia berlangsung antara 75 hingga 90 minit. Saya sendiri tidak mengira jumlah lagu yang disampaikan kerana sejak dulu saya menyanyi kerana minat dan biasanya lagunya mungkin lebih.

"Seharusnya peminat dan media yang hadir membuat penilaian pada persembahan saya di sesuatu lokasi. Saya hanya berusaha membuat persembahan terbaik dan mungkin ini rezeki Tuhan pada saya untuk terus menyanyi.

"Saya teringat kata arwah bapa saya, jika kita berbuat baik pada orang lain, rezeki kita akan melimpah berganda dan saya nampak rezeki saya murah," katanya.

Memberi perbezaan pada persembahan mengikut sambutan pada acara itu, Jamal menyatakan Hari Ibu menjurus pada berkongsi perasaan menghargai pengorbanan ibu terhadap anak dan keluarga.

Gandingan duet Jamal iaitu Timer atau nama sebenar, Fariza adalah graduan muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mereka dijangka menyampaikan tiga atau empat lagu bersama.

"Saya mula kenal dengannya ketika acara Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah sebelum ini. Ketika itu, saya nampak bakatnya bukan sekadar bermain saksofon tetapi juga boleh bermain piano. Saya percaya persembahan kami ini mampu menampilkan sesuatu yang unik," katanya.

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan Jamal kali ini, tempahan meja untuk 10 tetamu bermula pada harga RM2,000, RM3,000 dan RM5,000.




Jumaat, 20 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Review Hotel Festival Citylink Bandung

Posted: 20 Apr 2012 11:02 PM PDT

Pop! Hotel Festival Citylink Bandung: Murah & Meriah!
oleh Shah Shamshiri

Tampil dengan konsep dan jenama yang tersendiri, Pop! Hotel merupakan rangkaian hotel terbaru di bawah kumpulan syarikat Tauzia yang juga pemilik hotel-hotel Harris di Indonesia. Di Bandung, hotel ini terletak dalam kompleks membeli-belah yang sama dengan Hotel Harris iaitu di Festival Citylink Mall.

Apa yang membezakan Pop! dengan Harris adalah harganya yang jauh lebih murah serta imejnya yang lebih muda dan ranggi. Ibarat 'adik' kepada hotel Harris, ia menawarkan perkhidmatan asas dalam dunia penginapan namun tetap berkualiti dan terjamin.

Hotel Pop Bandung

Memang banyak hotel zaman sekarang yang muncul dengan konsep 'budget' atau murah dan masih selesa didiami namun Pop! nampaknya menerajui hotel-hotel dengan konsep ini. Berbekalkan 175 bilik-bilik ceria yang berwarna-warni, Pop! di Festival Citylink Bandung nampaknya bakal menjadi pilihan ramai pengunjung.

Selain harganya yang sangat menarik (harga bilik semalam bermula pada 288 ribu Rupiah, sekitar RM96), ia menawarkan bilik yang lebih luas daripada hotel murah biasa dan ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan terbaik untuk keselesaan para tamu.

Semua bilik lengkap dengan TV layar leper dan juga kemudahan wi-fi internet secara percuma, ia juga mempunyai sebuah bilik mandi yang unik dan kompak yang digelar 'shower pod' di dalam Bahasa Inggeris (bersesuaian dengan bentuk uniknya).

Ini ditambah lagi dengan senireka dalamannya yang berwarna-warni serta lokasi strategiknya yang berkongsi dengan pusat membeli-belah. Faktor ini memudahkan para pengunjung untuk membeli barangan keperluan serta menjamu selera di aneka tempat makan yang tersedia. Lebih canggih lagi, perkhidmatan daftar-masuk atau 'check-in' dilakukan dengan iPad oleh para petugas hotel. Anda hanya perlu menandatangan di atas iPad dan segalanya beres.

Untuk sarapan pagi, Pop! menampilkan konsep 'quick-bites' di mana nasi bungkus kecil tersedia menanti para pengunjung di 'Quick-Bite area' bersebelahan lobi. Dengan konsep yang sangat unik dan asli ini, pasti ramai yang tertarik untuk cuba bermalam di Pop! Festival Citylink Mall sekiranya ke Bandung nanti. Pendek kata, hotelnya sangat praktikal serta murah, para pekerjanya ramah dan suasananya meriah!

Pop! Hotel juga merupakan hotel yang sangat mesra-alam. Ini kerana ia hanya menggunakan bahan bina yang selamat untuk alam sekitar, dan turut menggunakan tenaga suria (solar) di dalam hotel. Penggunaan kertas juga sangat minimal demi mengurangkan bahan buang dan sampah.

Hotel Pop Bandung

Hotel Pop Bandung

Hotel Pop Bandung

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Harris Hotel & Conventions Festival Citylink
  • Vue Palace Hotel Bandung Selangkah Menuju Pasar Baru
  • Indahnya Bersantai di Sheraton Bandung Hotel
  • Aston Primera Pasteur Hotel Pertama di Indonesia IPTV
  • Photo Red Carpet Busan International Film Festival 2011
  • Sunburst KL International Music Festival 2008
  • Missy Elliot, Filo & Peri, Marcus Schossow, Yoji @ XLive Festival
  • Future Music Festival Asia
  • Hotel Lingga Bandung Pilihan Tepat Tanpa Was-Was
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07
  • A Famosa MyTV3 Rock The Wave 2012

    Posted: 20 Apr 2012 07:47 AM PDT

    Penampilan artis generasi muda pada masa kini sememangnya memberikan impak positif terhadap golongan remaja, belia dan para pelajar. Kejayaan artis generasi muda juga dilihat sebagai sumber inspirasi kepada golongan ini yang sering inginkan kepelbagaian dalam kehidupan mereka ini. Jadi tidak hairanlah kini terdapat pelbagai aktiviti yang boleh didedahkan kepada golongan ini dalam melahirkan generasi yang berkualiti.

    Buat julung kalinya, MyTV3 dan pihak A'Famosa Resort mengambil inisiatif untuk berkerjasama menganjurkan acara berbentuk hiburan pada 12 Mei 2012 (Sabtu) bermula jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang di A'Famosa Water World Melaka.

    MyTV3, selaku rakan penganjur bakal membawakan beberapa artis popular tanahair seperti Bunkface, 6ixth Sense, Kilafairy, Kaka Azraff dan Nas Adila AF7 yang akan membuat persembahan. Selain daripada itu beberapa artis popular tanah air juga akan dijemput khas bagi mengharungi cabaran di 'Splash Pool' bersama peminat.

    Bagi mereka yang bertuah, inilah peluang beramah mesra bersama artis kegemaran anda serta berhibur dengan persembahan 'live' di kawasan Wave Pool, A'Famosa Water World Melaka.

    Bunkface

    6ixth sense

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Revolusi Baru MyTV3 Bersama Aidid Marcello
  • SEPETANG BERSAMA NEGERIFM, TRAXXFM & ARTIS
  • MyTV3 Day Out di Sunway Lagoon Sangat FUN
  • MyTV3 Kini Berwajah Baru
  • Winner Samsung Apps Top Downloader Contest
  • Samsung Bags The Most Gold Awards at GoMobile 2010
  • Show Zoo Rocks The Hard Rock!
  • Review Grand Blue Wave Hotel Shah Alam
  • Samsung Debuts a Duo Wave Smartphones
  • Concert LMFAO Live in Malaysia
  • OHBULAN!

    OHBULAN!


    Shu Qi Promosi Jenama Emporio Armani Di Malaysia

    Posted: 20 Apr 2012 04:01 AM PDT

    Pembukaan semula butik Emporio Armani di KLCC menyaksikan bintang filem Taiwan, Shu Qi hadir ke Malaysia sekaligus mewujudkan keterujaan buat peminat fesyen tempatan.

    Shu Qi telah dilantik sebagai wajah jenama Emporio Armani untuk 3 buah negara iaitu China, Singapura dan Malaysia pada tahun 2010 bagi mengantikan bintang terkenal, Zhang Zi Yi. Sejak itu, wajah Shu Qi sering dipaparkan dalam pelbagai kempen pengiklanan Emporio Armani serta menjadi ikon untuk koleksi musim luruh/salji tahun 2011.

    Kehadiran Shu Qi sudah tentu menarik perhatian selebriti tempatan dan para sosialit yang inginkan pengalaman bertemu dengan bintang terkemuka selain melihat koleksi terbaru jenama berkenaan pada 25 April ini. Difahamkan, butik konsep olahan Armani ini bukan sekadar butik fesyen.

    Foto selepas ini adalah koleksi daripada musim lepas.

    Wawa Zainal Ganti Lisa Surihani Sebagai Duta Pelembap Bibir, LIPICE

    Posted: 20 Apr 2012 03:32 AM PDT

    Jenama pelembap bibir terkenal LIPICE, dengan bangganya mengumumkan perlantikan pelakon yang sedang meningkat naik, Nur Hawa Zainal Abidin, atau lebih dikenali sebagai Wawa Zainal, sebagai duta jenama baru LIPICE.

    Pelakon yang baru berusia 20 tahun ini membuat penampilan pertamanya dalam industri perfileman melalui drama Klik pada tahun 2010. Bagaimanapu, beliau lebih terkenal dengan wataknya, Bunga, dalam drama siri remaja Ana Lu'Lu. Beliau juga berlakon dalam beberapa filem tempatan seperti Seram Sejuk, Sumpahan Kum Kum, 3 Temujanji, Hantu Dalam Botol Kicap dan banyak lagi.

    Melalui jemputan media yang dikirimkan kepada OHBULAN!, Wawa Zainal akan diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai wajah baru LIPICE dalam sebuah jamuan petang eksklusif pada 24 April ini di sekitar Kuala Lumpur.

    Selain itu, LIPICIE turut menjanjikan perkenalan kepada rangkaian pelembap bibir terbaru yang bersesuaian dengan permintaan pasaran semasa.

    borak kosong

    borak kosong


    Ayam Ini Melahirkan Tanpa Bertelur

    Posted: 20 Apr 2012 09:30 PM PDT

    COLOMBO - Seekor ayam betina di Sri Lanka, melahirkan anaknya tanpa bertelur. Fenomena aneh ini cukup mengejutkan para pekerja di peternakan itu.

    Menurut doktor haiwan Welimada P.R. Yapa, telur dari ayam itu diprediksi sudah menetas di dalam tubuh nya. Selama 21 hari, telur itu diduga mengalami inkubasi dalam tubuh ayam. Ayam pun itu langsung mati sesudah melahirkan anaknya.

    "Saya hanya pernah mendengar istilah penyimpangan dalam perkembangbiakan, saya dapat melihat peristiwa itu saat ini," ujar Yapa, seperti dikutip AFP, Jumaat (20/4/2012).

    Yapa mengatakan, pemilik dari peternakan itu langsung mengumumkan peristiwa janggal itu ke dokoer haiwan setempat. Dirinya bahkan mengadakan pemeriksaan seperti halnya otopsi pada ayamnya yang mati kerana melahirkan.

    "Ada laserasi (luka gores) dan sobekan di organ reproduksi ayam betina itu yang menyebabkan penyebab dari kematiannya. Namun, anak dari ayam itu lahir dengan selamat dan sihat," imbuh Yapa.(AUL

    Inggris Buru 3 Pencuri Aneh

    Posted: 20 Apr 2012 09:15 PM PDT

    GLOUCESTERSHIRE -Polis Inggris di Gloucestershire memburu tiga pencuri yang berpenampilan aneh. Dua perampok itu mengenakan busana gaya kuno tahun 1920, sementara itu, pencuri ketiga memiliki rambut yang amat sangat jelek.

    Polis Inggris mulai membuat ilustrasi wajah dan pakaian dari para pelaku kriminal itu berdasarkan kesaksian mangsa. Tersangka pertama adalah seorang perempuan yang mengenakan turban dengan rambutnya yang bergelombang dan memakai lipstik merah. Tersangka kedua adalah seorang lelaki yang mengenakan topi pelaut ala anak buah kapal Titanic, dan yang ketiga adalah perempuan bermuka lebar dengan rambut merahnya yang dipotong asal-asalan.

    Trio pencuri itu diburu oleh polis Gloucestershire, Inggris. Namun ilustrasi wajah perampok-perampok yang muncul di internet itu cukup menggelikkan dan dianggap sebagai hal yang konyol.  

    "Perempuan yang mengenakan topi itu tampak seperti Nona Lemon dari film Agatha Christie. Mungkin hanya detektif seperti Hercule Poirot yang dapat memecahkan misteri itu," ujar salah seorang karyawan film Giler Hayhurst, seperti dikutip Daily Mail, Jumaat (20/4/2012).

    Menurut laporan, perempuan itu diduga merompak nenek berusia 73 tahun di Cheltenham pada 10 March lalu. Perempuan itu mendekati mangsa dengan membawa peta dan masuk ke kereta nenek tua itu. Setelah itu, perempuan itu mencuri kad kredit yang ada di kereta. 

    Mangsa mendeskripsikan tersangka sebagai seorang perempuan dengan busana gaya 1920 silam, dan memiliki aksi asing. Sementara itu, perempuan berambut aneh dan lelaki bertopi pelaut itu bekerja sama dalam melakukan aksi kriminalnya di pasaraya.  

    Polis Gloucestershire juga mengatakan, dirinya menyaksikan beberapa insiden perompakan belakangan ini dan akan mendesak warga Inggris agar tetap waspada.(AUL)

    Gaun Melorot, Payudara Katy Perry Hampir Terlihat

    Posted: 20 Apr 2012 09:00 PM PDT

    LOS ANGELES- Katy Perry memang tak pernah malu mempamerkan belahan dada di setiap penampilannya. Tak hairan, penyanyi "Firework" ini mendapat penghargaan pemilik payudara terindah versi beberapa majalah. 

    Namun, ketika menghadiri sebuah penghargaan muzik, Katy hampir mengalami insiden memalukan. Saat berpose di karpet merah, tali gaunnnya jatuh sehingga melorot ke bawah. 

     Katy saat itu tidak menggunakan bra. Entah memang tidak sadar gaunnya melorot atau memang untuk menghindari rasa malu, Katy tetap terus tersenyum ke arah kamera sambil menekuk tangan agar tali gaun tak terlalu jatuh. 

    Beruntung, tali gaun Katy itu tak sampai benar-benar jatuh terlalu jauh. Jika sampai jatuh, payudara mantan isteri Russell Brand itupun bisa terlihat ke seluruh dunia. Demikian dikutip dari Daily Mail, Jumaat (20/4/2012).

    Anjing Ini Menolak Makan Setelah Pemiliknya Meninggal Dunia

    Posted: 20 Apr 2012 08:45 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seekor anjing bernama Cai Xi'er mati setelah menolak makan pascakematian pemiliknya bernama  Wang Shuqun pada 31 March lalu di Zigong, Provibsi Sichuan, China. Demikian dilansir Chengdu Business Daily, awal minggu ini.
    Anjing malang ini terus menerus berlari mengelilingi keranda majikannya yang berusia 88 tahun sepanjang malam seolah tahu jika majikannya akan meninggalkan dirinya selamanya. Teman dan sekaligus keluarga Wang Shuqun menangis melihat kejadian itu.
    Xi'er, yang merupakan anjing betina, mati setelah 16 hari tak makan dan minum dan dikuburkan bersebelahan dengan pemiliknya.
    Wang membawa anjing yang baru berusia dua bulan saat itu dari keluarganya dua tahun lalu dan hanya Xi'er yang menjadi teman bagi nenek tua itu.
    Nenek ini membuat makanan yang dibuat dari berbagai bahan dan buah-buahan untuk anjing betina itu dan membangunkannya setiap pagi dengan menyalak kencang serta membawa kotak susu jika Wang lupa memberikannya minum.

    Keindahan Tersembunyi dalam Sayuran yang Telah Membusuk [Foto]

    Posted: 20 Apr 2012 08:30 PM PDT

    Tidak selamanya makanan busuk identik dengan sesuatu yang menjijikkan. Seorang fotografer asal Estonia, Heikki Leis, mampu menangkap keindahan warna-warni berbagai jenis sayuran yang telah membusuk dan menjadikannya seni fotografi.










    Hebat, Pemenang Pertandingan Tulisan Tangan Terbaik Diraih Oleh Peserta yang Tak Memiliki Tangan

    Posted: 20 Apr 2012 08:15 PM PDT


    Ini adalah sebuah kejadian penuh inspiratif yang melibatkan tekad kuat seorang anak disabel berusia 7 tahun yang rela berjuang, pantang menyerah, untuk dapat berprestasi dan dapat melakukan hal-hal yang mampu dilakukan teman sebayanya yang normal.
    Tujuh tahun yang lalu, Annie Clarck dilahirkan dari perut bundanya tanpa memiliki sepasang tangan, tepatnya seluruh bahagian telapak tangan dan jemari. Tapi, meskipun kekurangannya ini menghalangi Annie untuk melakukan banyak hal dengan mudah seperti teman sebayanya yang lain, ia, menurut cerita ibunya, bukan anak kecil yang suka menyerah. Annie memiliki sifat bekerja keras, bertekad kuat, serta selalu belajar dari kesalahan yang pernah ia lakukan, menjadikannya seorang anak perempuan yang tangguh dan tabah.
    Tekad kuat Annie dibuktikan dalam pertandingan yang diadakan oleh perusahaan seni bahasa dan bacaan Zaner-Bloser. Dalam pertandingan khusus pelajar disabel tersebut, Annie yang  tak memiliki kedua tangan, berhasil meraih penghargaan dari pertandingan tulisan tangan terindah peringkat kebangsaan.
    Video dibawah adalah momen ketika panitia mengumumkan siapa peserta yang berhak menjadi juara. Saat Annie mengetahui namanya disebut, ia berjalan dengan canggung , tak menyangka dirinya berhasil meraih juara nombor satu.
    Didampingi ibunya, Annie lalu menunjukan kepada wartawan bagaimana cara ia menulis dengan menggunakan kedua lengannya secara menakjubkan, yang bahkan bagi orang normalpun, menulis menggunakan kedua tangan adalah sesuatu yang amat sulit, apalagi untuk menulis indah.
    Saat dirimu suntuk dan ingin menyerah, semoga cerita Annie ini dapat kembali meluapkan semangat untuk terus berjuang.

    Anjing Bermanfaat Bagi Wanita Hamil

    Posted: 20 Apr 2012 08:00 PM PDT

    Anjing dikenal sebagai binatang yang setia dan sangat aktif. Ternyata anjing pun boleh membantu wanita hamil.

    Kajian dari Waltham Centre for Pet Nutrition dan University of Liverpool menemukan bahawa wanita hamil yang memelihara anjing memiliki aktiviti fisik yang lebih banyak.

    Karena lebih aktif, para wanita hamil pun cenderung memelihara berat badan yang sehat selama kehamilan.

    "Kami mengamati bahawa berolahraga bersama anjing mendorong peningkatan motivasi wanita hamil untuk terus melakukannya," kata Dr. Sandra McCune, manajer program penelitian di Waltham Centre for Pet Nutrition seperti dilansir dari UPI, Jumaat (20/4/2012).

    "Untuk olahraga berisiko rendah, anjing dapat membantu wanita hamil yang dianggap sulit untuk memenuhi target olahraganya sehingga tetap aktif dan fit selama kehamilan. Selain itu ada diet seimbang yang akan turut memastikan kehamilan yang sihat."

    Kajian ini menemukan wanita hamil yang memiliki anjing 50 peratus cenderung lebih mampu mencapai target 30 minit olahraga perhari yang direkomendasikan dengan melakukan jalan cepat, tentu saja dengan dipandu atau ditemani anjingnya.

    Sumber : http://health.detik.com

    Tiga beradik terkenal kerana YouTube

    Posted: 20 Apr 2012 07:45 PM PDT


    BANDAR RAYA MEXICO - Sebuah kumpulan pop yang dianggotai oleh tiga beradik di Mexico melonjak popular selepas klip video muzik mereka disiarkan di laman perkongsian video YouTube.
    Berasal dari bandar Mexicali, utara Mexico, Sounds Vazquez yang dianggotai oleh Abelardo, Gustavo and Angela "Angie" Vazquez yang masing-masing berusia 16, 13 dan 10 tahun mengecapi populariti pada November 2011.
    Ketika itu, satu klip video di YouTube menunjukkan Abelardo menyanyikan lagu Adele, Rolling In The Deep.
    Ia ditonton sebanyak 60 juta kali.
    Ekoran kejayaan klip video berkenaan bersama empat klip video lain, Sounds Vasquez telah 'dilamar' oleh Sony untuk bernaung di bawah syarikat rakaman berkenaan sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk menerbitkan album.
    "Kami juga mencipta lagu kami sendiri," kata Abelardo.
    Album sulung mereka, Sounds Vazquez, yang memuatkan lagu berbahasa Inggeris, mula dijual pada Selasa lalu dalam bentuk cakera padat dan cakera video digital.
    Sounds Vazquez bergiat aktif dalam bidang muzik atas dorongan bapa mereka, Abelardo Vazquez yang merupakan seorang penerbit muzik.
    Vazquez pernah menerbitkan lagu untuk beberapa penyanyi popular seperti Reik dan Nikki Clan. - Agensi
     kosmo online

    100 kg kokain disorok dalam kiriman pisang

    Posted: 20 Apr 2012 07:30 PM PDT


    WARSAW: Sebanyak 100 kilogram kokain ditemui dalam penghantaran pisang ke dua pasar raya besar dimiliki rangkaian Auchan Perancis di selatan Poland, lapor media tempatan semalam.
    "Siasatan sedang dilakukan. Saya tidak dapat memberi ulasan mengenainya," kata jurucakap Auchan di Poland, Dorota Patejko kepada media. Polis turut memberitahu media mereka tidak akan memberi sebarang ulasan "buat sementara waktu". Dadah itu ditemui awal minggu ini di pasar raya di Katowice dan Raciborz, di selatan Poland, menurut laman web akhbar harian Gazeta Wyborcza. - AFP


    sumber : myMetro

    Lelaki pertama hamil di dunia kini tidak lagi serumah dengan isteri

    Posted: 20 Apr 2012 07:15 PM PDT


    HONOLULU: "Lelaki" pertama di dunia yang berjaya melahirkan zuriat sendiri semalam mengumumkan dia kini berpisah daripada isterinya.
    Thomas Beatie mengambil keputusan meninggalkan pasangannya, Nancy, selepas sembilan tahun hidup bersama.

    Pengakuan Beatie, 38, dibuat ketika dia diwawancara sebuah program bual bicara perubatan, The Doctors, yang akan ditayangkan di Amerika Syarikat.


    Kata Beatie, seperti perkahwinan lain, mereka melalui detik suka dan duka sepanjang sembilan tahun bergelar suami isteri.

    "Ketika ini kami melalui detik sukar dan kami tinggal berasingan," katanya.


    Beatie - lahir sebagai bayi perempuan dan diberi mana Tracy Lagindino - menjadi perhatian apabila menjalani pembedahan menukar jantina menjadi lelaki.



    Namun, dia tidak membuang rahimnya dan setakat ini melahirkan tiga anak.

    Selepas bertemu Nancy, dia jatuh cinta dan menukar jantina kerana undang-undang Hawaii tidak membenarkan pasangan sejenis berkahwin.


    Nancy, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu, tetapi tidak lagi boleh hamil selepas menjalani pembedahan. Justeru, Beatie mengekalkan organ peranakannya dan berhenti mengambil ubat hormon lelaki bagi membolehkan dia hamil.

    Baru-baru ini, dia menyempurnakan proses penukaran jantinanya dan menjalani pembedahan terakhir menjadi lelaki. - DM



    sumber : myMetro

    Aktres diculik maut dipenggal

    Posted: 20 Apr 2012 07:00 PM PDT


    ALLAHABAD: Seorang aktres Bollywood mati dibunuh dua rakan pelakon yang baru dikenalinya di lokasi penggambaran filem terbaru mereka, lapor media semalam.
    Meenakshi Thapa, 26, dilaporkan diculik dan dipancung Amit Jaiswal dan kekasihnya, Preeti Surin, bulan lalu.

    Menurut polis, motif di sebalik insiden itu adalah mahu mendapatkan wang tebusan.


    Sumber polis berkata, Meenakshi bertemu pasangan terbabit di set penggambaran filem terbaru arahan Madhur Bhandarkar berjudul Heroine.

    Dalam filem itu, Meenakshi diberi peranan kecil. Ibu Meenakshi dipercayai membayar 60,000 rupee (RM3,534) untuk membebaskannya tetapi wang berkenaan gagal mengembalikan aktres terbabit kepada keluarganya.


    Polis berkata, Meenakshi dicekik di hotel penginapan mereka dan mayatnya - kecuali bahagian kepala - dibuang dalam tangki air.



    Kepala Meenakshi pula dicampak dari sebuah bas yang dalam perjalanan dari Allahabad ke Mumbai.

    Penyiasat daripada Bahagian Jenayah Polis Mumbai menemui mayat Meenakshi di rumah disewa Preeti di Allahabad, Rabu lalu.


    Sumber berkata, Amit dan Preeti mengaku membunuh Meenakshi kerana yakin dengan cerita mangsa yang mendakwa dia kononnya dibesarkan dalam keluarga berada.

    "Suspek percaya Meenakshi adalah anak orang kaya kerana gaya hidupnya yang mewah walaupun tidak mendapat peranan utama dalam sesebuah filem.


    "Meenakshi pula berjaya menyembunyikan hakikat bahawa dia sebenarnya datang dari keluarga sederhana," katanya.


    Sumber itu berkata, suspek menculik Meenakshi dan menuntut tebusan bernilai 1.5 juta rupee (RM88,372).


    Bagaimanapun, katanya, suspek memang tidak bercadang membebaskan Meenakshi kerana mangsa sepatutnya dibunuh sebaik saja bayaran dibuat.


    Setakat ini, Meenakshi belum pernah diberi kepercayaan membawa watak besar dalam filem.


    Dia diberi peranan kecil dalam filem seram, 404, tahun lalu, selain muncul beberapa kali sebagai model iklan.


    Polis berkata, ketika menuntut tebusan daripada ibu Meenakshi, Amit dan Preeti mengugut untuk menghasilkan filem lucah aktres berkenaan, selain mengambil kad bank mangsa. "Selepas ibu Meenakshi memasukkan sebahagian wang ke akaun Meenakshi, mereka membunuhnya.


    Pasangan itu menyangka mereka berjaya melupuskan semua bukti pembunuhan.


    Bagaimanapun, mereka melakukan kesilapan apabila Amit menyimpan kad SIM telefon bimbit Meenakshi.


    Polis berjaya mengesan mereka melalui kad berkenaan. - DM



    sumber : myMetro

    Hakim menangis jatuh hukuman

    Posted: 20 Apr 2012 06:45 PM PDT


    KUCHING: Suasana di Mahkamah Tinggi di sini, semalam yang mulanya tenang tiba-tiba bertukar sedih apabila Hakim Yew Jeng Kie turut mengalirkan air mata sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang remaja yang mengaku bersalah membunuh dan menanam mayat rakannya di belakang sebuah rumah, tahun lalu.
    Ia bermula ketika Yew dalam penghakimannya membacakan latar belakang tertuduh, Abang Ibrahim Abang Ahmad, 20, yang didakwa membunuh Taufik Abdul Rahim dalam kejadian Januari tahun lalu.

    Keadaan itu menyebabkan hadirin terdiam seketika sebelum Yew membacakan penghakimannya selepas tertuduh sebelum ini membuat pengakuan bersalah.


    Mengikut fakta kes, Abang Ibrahim yang menghadapi tuduhan pilihan didakwa membunuh Taufik di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sadong Jaya, Kota Samarahan antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang, 15 Januari 2011.

    Sebelum kejadian, tertuduh pada jam 12.30 tengah hari, hari sama dikatakan bertemu mangsa di sebuah kedai di Kampung Sadong Jaya bagi berbincang mengenai kes kecurian motosikal.


    Perbincangan itu berlangsung kira-kira sejam apabila mangsa menuduh tertuduh terbabit dengan kegiatan mencuri motosikal. Bagaimanapun, setengah jam kemudian, mangsa didakwa mengeluarkan kata-kata kesat hingga mengundang kemarahan tertuduh.



    Kemarahan itu menyebabkan tertuduh mengambil kayu lalu menghayun dan terkena bahagian belakang kepala menyebabkan mangsa terjatuh.

    Tertuduh menghayun kali kedua dan hayunan itu menyebabkan mangsa terus tidak bergerak. Keadaan itu menyebabkan tertuduh panik sebelum mencampakkan kayu digunakan dalam kejadian itu ke kawasan hutan nipah berhampiran.


    Tertuduh mengambil cangkul untuk menggali lubang di belakang rumahnya bagi menanam mayat mangsa yang sudah meninggal dunia.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.


    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Musli Abdul Hamid manakala tertuduh diwakili Abdul Rahman Mohd Hazmi.



    sumber : myMetro

    Lelaki ramah tiba-tiba keluar pisau

    Posted: 20 Apr 2012 06:30 PM PDT


    PETALING JAYA: Seorang jurujual pakaian yang menaiki bas dari Subang Perdana menuju ke ibu negara disamun lelaki yang duduk di sebelahnya selepas diugut akan dicederakan dengan pisau.
    Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, suspek yang menaiki bas di hentian bas Sungai Way pada mulanya bersikap peramah apabila bersalaman dengan mangsa dan menceritakan kisah hidup yang menyedihkan.

    Menurut sumber, mangsa lelaki yang berusia 18 tahun itu kemudiannya terkejut apabila suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau dan mengacu senjata itu ke pinggangnya serta mengarahkannya supaya jangan menjerit jika tidak mahu dicederakan.


    "Bimbang ditikam, mangsa yang ketakutan hanya mendiamkan diri dan suspek meminta mangsa menyerahkan dompet berisi kad pengenalan, kad mesin juruwang automatik (ATM), wang tunai RM80 serta jam tangan.

    "Kejadian itu tidak disedari penumpang lain kerana mangsa tak berani meminta bantuan. Selepas memperoleh habuan, suspek turun di Kerinchi dan segera menghilangkan diri," katanya.


    Sumber berkata, mangsa kemudian memaklumkan kejadian samun itu kepada pemandu bas sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Way.



    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan.


    sumber : myMetro

    Cinta sampai mati

    Posted: 20 Apr 2012 06:15 PM PDT


    KLANG: Seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan kekasih ditemui rentung dalam bilik di tingkat dua rumah kedai empat tingkat dalam kebakaran di Jalan Hulu Balang 26, Taman Ablelink, awal pagi semalam.
    Dalam kejadian jam 6 pagi itu, Chua Keh Siong, 40, dan Seh Pei Kim, 34, dipercayai mati akibat lemas berikutan kebakaran yang memusnahkan satu daripada tiga bilik di rumah kedai itu.

    Difahamkan pihak forensik bomba menemui satu tong bahan bakar di dalam bilik berkenaan, namun masih menyiasat sama ada bahan itu menjadi punca kebakaran berkenaan.


    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Penolong Kanan Penguasa Zulkifli Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 6.14 pagi sebelum dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dan Kota Raja dikejarkan ke tempat kejadian. Zulkifli berkata, sewaktu tiba di lokasi kejadian, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memecah pintu utama rumah kedai berkenaan kerana tujuh kunci mangga digunakan untuk mengunci pintu utama.

    Katanya, sebaik pintu dapat dipecahkan, bomba menemui mayat kedua-dua mangsa dalam keadaan rentung di dalam bilik utama rumah berkenaan.


    "Mayat Chua dijumpai berhampiran pintu bilik manakala mayat Seh pula ditemui di atas katil.



    "Sewaktu bomba tiba, api di dalam bilik berkenaan tidak lagi marak dan ini memudahkan bomba menjalankan operasi memadamkan kebakaran.

    "Bomba dapat mengawal keadaan kira-kira 20 minit kemudian dengan bantuan 15 anggota dari Balai Bomba Andalas dan Kota Raja," katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, semalam.


    Beliau berkata, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba dan mayat kedua-dua mangsa kebakaran itu sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.


    sumber : myMetro

    Toyol dara pecah flat

    Posted: 20 Apr 2012 06:00 PM PDT


    SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit.
    Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin. 
    Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.

    "Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit," katanya.



    Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit



    sumber : myMetro

    Isteri maut di alang bumbung bilik

    Posted: 20 Apr 2012 05:45 PM PDT


    KOTA BHARU: Seorang peniaga ayam yang bergegas ke sebuah bilik di rumahnya selepas mendengar tangisan anak perempuannya berusia 10 bulan, sebak apabila melihat isterinya tergantung di alang bumbung bilik berkenaan dalam kejadian di Wakaf Mek Zainab, dekat sini, kelmarin.
    Dalam kejadian jam 3 petang itu, Zulkifli Azmi, 25, tidak menyangka kepulangannya ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya, Miss Apinyar Datubahae, 26, yang juga warga Thailand berakhir insiden memilukan apabila dikejutkan dengan kematian isterinya. Zulkifli berkata, ketika pulang ke rumah dia mendengar tangisan bayinya, Siti Nur Aishah Ateiyra dari sebuah bilik dan bergegas menjenguknya.

    Katanya, sebaik masuk dalam bilik, dia terkejut melihat isterinya menggantung diri menggunakan tali.


    "Saya segera mendukung anak dan memaklumkan kejadian itu kepada ayah sebelum menghubungi polis dan meminta bantuan penduduk kampung.

    "Kejadian itu mengejutkan, namun isteri menunjukkan perubahan selepas pulang dari Kampung Wing, Thailand dua bulan lalu. Dia seperti mengalami tekanan apabila tidak banyak bercakap, sering marah dan pernah mengelar lengannya," katanya yang berkahwin dengan isterinya lebih setahun lalu.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.



    Katanya, mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat dan polis mengklasifikasikan kejadian berkenaan sebagai mati mengejut.


    sumber : myMetro

    Proses Memilih Pramugari Pesawat Yang Cantik Dan Seksi

    Posted: 20 Apr 2012 05:30 PM PDT

    Bukan senang menjadi pramugari...
    Berbagai proses saringan dan kesihatan dilakukan



















    Abang dalam train LRT ni tak cover langsung

    Posted: 20 Apr 2012 05:15 PM PDT




    sumber : stomp.com.sg

    STOMPer Cherie spotted this man on the train, with his jeans 'almost dropping off'.


    The STOMPer said:

    "He was wearing a G-string!

    "When he stood up, his jeans was almost dropping off!"

    Wow...badan lelaki ini ada 150 butir peluru penabur

    Posted: 20 Apr 2012 05:00 PM PDT

    CONSETT, Britain - Seorang lelaki, Joe Clarke, (gambar kecil) 33, mempunyai lebih 150 butir peluru penabur di dalam tubuhnya sejak 2007, lapor sebuah akhbar semalam.

    Doktor-doktor tidak dapat mengeluarkan sebutir pun peluru tersebut kerana terdapat sebahagian daripada peluru itu menembusi organ-organ pentingnya.

    Clarke ditembak oleh dua lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan senapang patah selepas dia membuka pintu rumahnya di sini pada Disember 2007.

    Peluru penabur itu menembusi bahagian tubuh belakangnya, kepala dan leher.

    Semasa kejadian, Clarke berjaya melarikan diri dengan bantuan seorang jirannya yang menyembunyikan dia dalam rumahnya.

    Lapan bulan selepas serangan itu yang berlaku akibat perbalahan dengan seorang bekas kekasihnya, lima lelaki didakwa berkonspirasi untuk membunuhnya.

    Dia kini menghadapi kesan sampingan akibat tembakan tersebut iaitu rasa sakit pada setiap hari.

    "Para kakitangan hospital menyatakan mereka tidak pernah melihat kejadian seperti ini," kata Clarke.

    Ketika menggambarkan detik-detik dia ditembak, Clarke menggambarkan dirinya seperti badannya dibakar. - Agensi

    Kasih Ibu, Rela Mati Demi Selamatkan Anak Dari Di Langgar Kereta Api

    Posted: 20 Apr 2012 04:45 PM PDT


    Pepatah yang berbunyi kasih ibu sepanjang masa memang benar adanya. Itulah yang baru saja terjadi iaitu sebuah pengorbanan seorang ibu hingga akhirnya kehilangan nyawanya demi anaknya yang sangat dikasihinya. Kisah nyata ini dialami seorang wanita Amerika Syarikat, Susan Dibene. Dikutip dari laman Daily Mail, Dibene, 33, harus kehilangan nyawa setelah berhasil menyelamatkan anaknya dari ancaman dilanggar kereta api komuter yang melintas.

    Kejadian ini bermula ketika kereta sorong yang mengangkut bayinya yang baru berusia dua tahun tersangkut di rel kereta. Di saat-saat terakhir, Dibene berhasil melepaskan kereta dorong yang tersangkut dan mendorongnya keluar rel. Nahas, Dibene tidak memiliki cukup waktu menyelamatkan diri dan dia dilanggar oleh kereta api commuter Metrolink yang melintas.

    Polis mengatakan, Dibene terburu-buru melintasi rel i meski palang pintu kereta api telah turun. "Dia tidak berhasil (menyelamatkan diri)," ujar pihak polis Riverside, Sersan Dan Warren. "Bayinya baik-baik saja, tetapi ia (Dibene) dilanggar."
    Sersan Kendall Bank menambahkan, Dibene tetap melintasi rel meski palang pintu telah turun dan lampu menyala. "Kereta sorong terjebak dan dia tidak berhasil (melepaskan diri)," kata Bank.

    Suami Dibene, Paul mengungkapkan, emosinya bercampur aduk. Di satu sisi, ia kehilangan ibu dari anaknya. Di sisi lain, isterinya telah mengorbankan nyawanya. "Dia memberikan hidupnya untuk menyelamatkan anaknya. Kepanikan dan ketakutan boleh membuat Anda terdiam. Kemalangan itu boleh saja meragut nyawa keduanya," ujar Paul.

    Pasca kecelakaan, bayi berusia dua tahun tersebut dirawat di hospital setempat dan diasuh sang nenek. Sementara itu polis dan pegawai kereta api terus menyelidiki pelanggaran itu.

    Cara membersihkan komputer yang brutal

    Posted: 20 Apr 2012 04:30 PM PDT


    boleh jahanam komputer di buatnya...memang brutal


    Ternyata Nazi Menciptakan Patung Seks Ketika Perang Dunia II

    Posted: 20 Apr 2012 04:15 PM PDT


    Bagi ketua pasukan khas SS Jerman, Heinrich Himmler, apa yang paling mengerikan ketika pasukannya memasuki Paris bukanlah dentuman bom mahupun desingan peluru dari pasukan musuh, melainkan banyaknya pelacur yang bertebaran dimana-mana dalam jumlah yang tidak terkawal.

    Situasi ini mendorong ilmuwan Nazi menciptakan "pemuas sintetik" untuk diberkan kepada para tentara mereka di Paris yang dikhuatirkan akan "jajan" sembarangan.

    Penggunaan patung yang memiliki rambut perang dan mata biru ini disetujui langsung oleh Hitler sendiri. Ukurannya cukup kecil untuk dimasukan ke dalam beg sandang.

    Penulis Graeme Donald menemukan fakta projek khusus Hitler ini ketika dirinya sedang mencari data-data sejarah patung Barbie, yang ternyata terinpirasi dari projek patung seks Jerman, atau disebut juga "Borghild Project".

    Himmler sendiri sangat terkesan oleh produk baru ini dan memesan 50 unit untuk pasukannya.

    Namun pada tahun 1942, fasiliti ini ditolak oleh pasukan Jerman sendiri. Bagi mereka, ditangkap dan ditahan oleh pasukan Inggris adalah sebuah resiko yang dapat diterima, namun kalau di tangkap kemudian ke"gep" membawa patung ini di beg sandang, mereka merasa tak cukup kuat menanggung rasa malunya.

    Menurut Donald, kilang pembuat patung ini hancur ketika terjadi peristiwa pemboman di Dresden.

    sumber: the Sun

    Kanak-kanak Ini Selamat dari Kanser Mata Kerana Berus Gigi

    Posted: 20 Apr 2012 04:00 PM PDT

    London, Retinoblastoma adalah jenis kanser aneh pada mata yang lebih sering menyerang anak-anak. Seorang kanak-kanak selamat dari kanser mematikan ini berkat berus gigi yang boleh menyala dan kebetulan sinarnya dipantulkan oleh sel kanser di retina.

    Katie Lolley, berasal London sangat menyukai berus gigi yang ada lampunya. Lampu kelap-kelip tesebut menyala selama 60 saat ketika digunakan, sekaligus menandai waktu ideal bagi seorang kanak-kanak berusia 2 tahun sepertinya untuk menggosok gigi.

    Tak hanya menarik perhatian Katie, suatu ketika kelap-kelip lampu berus gigi itu juga membuat ibunya, Rebecca khuaatir. Saat lampu bilik mandi agak redup, Rebecca mendapati pantulan aneh pada mata Katie dan langsung memeriksakannya ke doktor ketika itu juga.

    Kekhuatiran Rebecca tak berlebihan, sebab setelah diperiksa omata mengatakan bahawa pantulan tersebut merupakan gejala kanser ganas yang disebut retinoblastoma. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan Katie adalah membuang bola matanya sebelum tumornya menyebar ke jaringan lain.

    Jenis kanker yang aneh dan lebih sering menyerang anak-anak ini pertumbuhannya sangat pesat dan boleh mematikan jika terlambat mendapat rawatan. Dalam waktu 10 hari saja, ukurannya boleh membesar 3 kali ganda sehingga menekan jaringan lain di kepala.

    Meski pada akhirnya bola mata Katie harus dibuang dan diganti bola mata palsu, namun Rebecca tetap bersyukur nyawa anak perempuannya masih terselamatkan. Sekalipun akhirnya buta, setidaknya Katie masih hidup sehingga ada harapan suatu saat nanti boleh mendapatkan mata tiruan.

    "Jika bukan kerana lampu berus gigi itu, kami tidak akan pernah tahu ada tumor di mata Katie. Atau mungkin kami baru akan tahu ketika sudah terlambat," kenang Rebecca yang suaminya bekerja sebagai teknik rel kereta api seperti dikutip dari The Sun, Ahad (22/5/2011).

    Sementara itu dikutip dari Mayo Clinic, retinoblastoma adalah kanser mata yang menyerang retina. Kerana bahagian tersebut paling peka terhadap cahaya, adanya sel kanser boleh membuat pantulan aneh pada mata ketika terkena cahaya saat berada di tempat yang agak gelap.

    Pantulan aneh yang disebut-sebut mirip seperti mata kucing tersebut merupakan gejala awal retinoblastoma. Sedangkan tanda-tanda lain yang perlu diwaspadai sebagai gejala awal retinoblastoma pada anak-anak antara lain sebagai berikut.

    1.Pantulan putih seperti mata kucing pada retina (bagian tengah mata) ketika terkena cahaya
    2.Gerakan mata tidak terkoordinasi alias juling, kedua bola mata masing-masing melihat ke arah yang berbeza
    3.Warna mata secara umum memerah
    4.Ukuran bola mata membengkak.

    Selain dengan operasi pembuangan bola mata, retinoblastoma juga boleh diatasi dengan kemoterapi mahupun terapi kanser lainnya jika ukurannya belum terlalu besar. Namun kerana gejalanya sering tidak terdeteksi, kebanyakan penderita akhirnya buta kerana harus kehilangan bola mata.

    Sumber :http://www.detik.com/

    Memandu Bas Tingkat Dengan Siku Sambil Baca Novel

    Posted: 20 Apr 2012 11:00 AM PDT

     Memandu Bas Tingkat Dengan Siku Sambil Baca Novel. Seorang pemandu bas nekad telah tertangkap video membaca buku sambil memandu bas penumpang sepanjang jalan yang sangat sibuk Seorang penumpang, cuba memperingatkannya dan merakamkan pemandu bas the National Express West Midlands memandu dengan siku sambil membaca novelnya.


    Tapi pemandu itu sepertinya tidak menyedari dirinya sedang dirakam, bahkan terus membaca ketika dia masuk ke tempat perhentian bas .Dia berhenti sejenak daripada membaca  buku untuk mengambil tambang bas. Rakaman, yang telah diposting di YouTube, membuat bos untuk merehatkan pemandu yang tetap tidak disebutkan namanya. Dia sekarang menghadapi hukuman untuk perilakunya.



    "Dia memandu dengan siku dan melirik antara buku dan jalan depan. Dia boleh dengan mudah menyebabkan terjadinya kemalangan besar. Dia menambahkan: "Ini bukan seolah-olah dia berada di jalan yang kosong. Dia memandu bas di salah satu jalan tersibuk ."

    Dalam pernyataannya, juru cakap National Express mengatakan: "tindakan segera diambil untuk menghentikan pemandu yang sekarang akan menghadapi tindakan disiplin. "Hal ini tidak sesuai untuk memprediksi hasil  tetapi suatu insiden jenis inii cenderung menyebabkan suatu pemberhentian. 'Keselamatan penumpang selalu menjadi keutamaan bagi perusahaan kami dan benar-benar tidak dapat diterima untuk pemandu  berperilaku dengan cara ini. "

    sumber : daily mail







    Tumor seberat kanak-kanak 4 tahun

    Posted: 20 Apr 2012 10:30 AM PDT

    Ukuran tumor yang pernah dikeluarkan dari tubuh manusia jarang melebihi 3 kg. Namun doktor di Argentina baru-baru ini berhasil mengangkat tumor raksasa dari rahim seorang wanita, seberat 23 kg atau setara dengan berat kanak-kanak berusia 4 tahun.

     Wanita 54 tahun asal Lomas de Zamora, pinggiran kota Buenos Aires itu mengalami pembengkakkan perut dalam 1,5 tahun lalu. Dari hari ke hari, perut yang makin membesar itu membuatnya sulit melakukan aktiviti sehari-hari.

     Setelah diperiksa oleh doktor di rumah sakit, diketahui pembengkakkan itu disebabkan oleh tumor ganas yang tumbuh di rahimnya. Wanita yang tidak disebutkan namanya itu harus menjalani operasi untuk mengeluarkannya.

     Ketika datang ke Gandulfo Hospital untuk menjalani pembedahan, berat badannya telah mencapai 140 kg. Setelah operasi, berat badannya turun sebab ukuran tumor yang dikeluarkan ternyata sangat besar yakni mencapai 23 kg.

     Oscar Lopez, doktor bedah yang memimpin operasi tersebut mengatakan berat tumor tersebut sebanding dengan kanak-kanak berusia 4 tahun. Diyakini, tumor yang diangkat dari rahim wanita itu merupakan yang terbesar di dunia hingga saat ini.Dalam pengertian awam, wanita ini seperti sedang mengandung anak kembar 5. Saya belum pernah menemukan yang seperti ini dalam 34 tahun karier saya sebagai doktor bedah," ungkap Lopez, seperti dikutip dari Dailymail