Adsense

Jumaat, 20 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Shu Qi Promosi Jenama Emporio Armani Di Malaysia

Posted: 20 Apr 2012 04:01 AM PDT

Pembukaan semula butik Emporio Armani di KLCC menyaksikan bintang filem Taiwan, Shu Qi hadir ke Malaysia sekaligus mewujudkan keterujaan buat peminat fesyen tempatan.

Shu Qi telah dilantik sebagai wajah jenama Emporio Armani untuk 3 buah negara iaitu China, Singapura dan Malaysia pada tahun 2010 bagi mengantikan bintang terkenal, Zhang Zi Yi. Sejak itu, wajah Shu Qi sering dipaparkan dalam pelbagai kempen pengiklanan Emporio Armani serta menjadi ikon untuk koleksi musim luruh/salji tahun 2011.

Kehadiran Shu Qi sudah tentu menarik perhatian selebriti tempatan dan para sosialit yang inginkan pengalaman bertemu dengan bintang terkemuka selain melihat koleksi terbaru jenama berkenaan pada 25 April ini. Difahamkan, butik konsep olahan Armani ini bukan sekadar butik fesyen.

Foto selepas ini adalah koleksi daripada musim lepas.

Wawa Zainal Ganti Lisa Surihani Sebagai Duta Pelembap Bibir, LIPICE

Posted: 20 Apr 2012 03:32 AM PDT

Jenama pelembap bibir terkenal LIPICE, dengan bangganya mengumumkan perlantikan pelakon yang sedang meningkat naik, Nur Hawa Zainal Abidin, atau lebih dikenali sebagai Wawa Zainal, sebagai duta jenama baru LIPICE.

Pelakon yang baru berusia 20 tahun ini membuat penampilan pertamanya dalam industri perfileman melalui drama Klik pada tahun 2010. Bagaimanapu, beliau lebih terkenal dengan wataknya, Bunga, dalam drama siri remaja Ana Lu'Lu. Beliau juga berlakon dalam beberapa filem tempatan seperti Seram Sejuk, Sumpahan Kum Kum, 3 Temujanji, Hantu Dalam Botol Kicap dan banyak lagi.

Melalui jemputan media yang dikirimkan kepada OHBULAN!, Wawa Zainal akan diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai wajah baru LIPICE dalam sebuah jamuan petang eksklusif pada 24 April ini di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, LIPICIE turut menjanjikan perkenalan kepada rangkaian pelembap bibir terbaru yang bersesuaian dengan permintaan pasaran semasa.