Adsense

Jumaat, 20 April 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Belum bersedia

Posted: 19 Apr 2012 03:48 PM PDT

Hip

Protege Mentor 6 tampil persembahan mengecewakan di Hard Rock Cafe

SHOWCASE mini peserta Mentor 6 yang diadakan di Hard Rock Cafe, Rabu lalu, bagai membayangkan mereka sebenarnya belum bersedia untuk bergelar artis.

Sikap main-main ketika mengadakan persembahan menunjukkan mereka tidak memanfaatkan peluang diberikan premis hiburan terkenal di ibu kota yang dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat itu.

Sikap main-main ketika mengadakan persembahan menunjukkan mereka tidak memanfaatkan peluang diberikan premis hiburan terkenal di ibu kota yang dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat itu.

Peluang keemasan untuk menonjolkan keupayaan masing-masing di hadapan orang ramai sebaliknya digunakan peserta sebagai medan untuk mereka 'berlatih' saja, sebelum tibanya konsert mingguan pada hujung minggu.

Persediaan dari segi nyanyian juga tidak dibuat dengan serius apabila ada beberapa lagu tidak dapat dinyanyikan sehingga habis, kerana tidak ingat lirik. Malah cara berkomunikasi dengan pengunjung juga sangat mengecewakan sekali.

Sepatutnya, ruang diberikan premis berkenaan digunakan sebaiknya untuk membuktikan, mereka layak bergelar penghibur pelapis. Apatah lagi, itulah matlamat showcase kecil berkenaan, bagi membolehkan Zatul, Ana, Tisha, Caroline, KJ dan Anas mengatasi perasaan gemuruh masing-masing apabila berhadapan dengan penonton.

Menurut Caroline, sehingga kini perasaan gemuruh setiap kali mengadakan persembahan masih ketara, malah dia sentiasa mencari pendekatan berbeza untuk mengatasi masalah itu.
"Kebiasaannya saya akan berselawat sebelum mengadakan persembahan. Itu amalan saya dari dulu. Namun kadang-kadang ia tetap tidak dapat menghilangkan perasaan gemuruh.

"Seharusnya saya menjadikan pentas ini sebagai cabaran menguji kemampuan saya mengatasi masalah itu. Apa pun saya berbangga apabila diberi peluang mengadakan persembahan di pentas Hard Rock Cafe, yang kebiasaannya dikuasai artis popular," katanya saat ditemui selepas mengadakan persembahan.

Pada showcase itu, Caroline menyanyikan dua lagu solo iaitu Aku, Dia dan Lagu serta Better Ini Time dan medley Langit Ketujuh, Cinta Adam dan Hawa, Tiga Malam Tanpa Bintang dan Keliru, berduet bersama Anas.

Sementara itu, Anas berbangga diberikan peluang mengadakan persembahan buat kali pertama sepanjang hidupnya di pentas terkenal itu.

"Memang peluang mengadakan persembahan di sini pengalaman yang baik, buat kami mencabar diri. Dari sini, kami cuba untuk belajar berkomunikasi dengan penonton sebaik mungkin.

"Mungkin penonton tidak begitu mengenali kami, jadi sebaiknya kami cuba untuk memperkenalkan diri dengan mendekati mereka di sini.

"Peluang begini bukan dapat dirasai semua orang. Kami juga berterima kasih kepada produksi Mentor dan penaja lokasi, Hard Rock Cafe," kata protege Faizal Tahir ini.

Showcase sejam setengah itu menyajikan 21 lagu yang dinyanyikan enam protege berkenaan termasuk beberapa lagu medley daripada Hattan, Misha Omar dan Fiq.

Konsert Mentor bagi pusingan kedua Kumpulan B minggu ini akan memperlihatkan tiga peserta iaitu Caroline, Zatul dan KJ menunjukkan kemampuan masing-masing.

Bintang Hollywood promosi keindahan Malaysia

Posted: 19 Apr 2012 03:40 PM PDT

Hip

ASON Scott Lee ditampilkan buat kali kedua dalam Malaysian Journey.

ASON Scott Lee ditampilkan buat kali kedua dalam Malaysian Journey.

LIMA tahun selepas program pertama diperkenalkan, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia sekali lagi memilih National Geographic Channel (NGC) untuk mempromosikan keajaiban semula jadi negara ini ke serata dunia.

Episod kedua Malaysian Journey with Jason Scott Lee – Rainforests akan disiarkan buat julung kali menerusi saluran berkenaan pada 21 April ini, jam 5.05 petang. Siaran ulangannya pula ke udara pada 26 April, jam 8 malam.

Turut disiarkan ialah episod pertamanya, juga pada 21 April, jam 4.10 petang, manakala siaran ulangan pada 26 April, 7 malam.

Flora dan fauna di Malaysia memang mengagumkan. Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada program ini buat kali kedua, bersama NGC. Penonton di seluruh dunia akan dapat menyaksikan keindahan negara ini. - Jason Scott Lee, Pelakon

Pada episod terbaru, fokus rancangan berbentuk dokumentari pengembaraan alam sekitar itu adalah pada keindahan hutan hujan negara ini. Lebih menarik, ia menampilkan bintang aksi terkemuka Hollywood, Jason Scott Lee.

Pemilihan saluran berkenaan tentunya bertepatan dalam usaha lembaga terbabit mempromosikan negara ini sebagai lokasi pilihan utama Asia tenggara dalam pelancongan alam semula jadi.

NGC, yang juga saluran utama bagi genre berbentuk fakta Fox International Channel, yang tersedia di 435 juta kediaman di 173 negara dan disiarkan dalam 37 bahasa menyediakan platform cukup luas, dalam usaha memperkenalkan negara ini ke mata dunia.

Menurut Pengarah dan Ketua Wilayah Malaysia, Fox International Channels, Basil Chua, kerjasama saluran itu bersama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia sekali lagi menghasilkan program istimewa yang tentunya akan mempesonakan penonton NGC di Malaysia dan seluruh dunia.
"Malaysia mempunyai pelbagai keajaiban alam semula jadi dan program terbaru Malaysian Journey ini akan menghibur serta mendidik khalayak merentasi benua. Kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan saluran berbayar Astro, yang sudi menayangkan program ini buat julung kami menerusi NGC," kata Chua.

Program pelancongan itu kali ini akan memberikan perhatian utamanya kepada hutan hujan Malaysia yang cukup dikenali. Rancangan selama sejam itu akan memaparkan Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah, Taman Negara, Tasir Kenyir, Taman Negara Gunung Mulu dan Pusat Perlindungan Beruang Borneo di Sabah.

Buat kali kedua, Lee ditampilkan menerusi rancangan pengembaraan ini, selepas melakukannya buat kali pertama pada 2007. Dalam episod pertama, pakar seni pertahanan diri itu memaparkan catatan pemburuannya bersama suku Semelai di Pahang, sesi belajar silat bersama guru tempatan, kehidupan bersama puak Rungu di Sabah, begitu juga kehidupan bersama kumpulan nelayan di Langkawi.

"Flora dan fauna di Malaysia memang mengagumkan. Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada program ini buat kali kedua, bersama NGC. Penonton di seluruh dunia akan dapat menyaksikan keindahan negara ini serta keramahan rakyatnya menerusi Malaysian Journey," kata Lee.

Lee yang dikenali menerusi lakonannya dalam filem Dragon: The Bruce Lee Story sememangnya lelaki yang amat cintakan alam sekitar dan aktif dalam usaha pemuliharaan.

Dia meninggalkan Hollywood untuk tinggal di ladang ubi keladi seluas 10 hektar di Hawaii. Di sana, dia dapat membuktikan kecintaan kepada alam dengan mengusahakan ladang sayuran dan memakan apa yang ditanamnya.