Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Review Hotel Festival Citylink Bandung Posted: 20 Apr 2012 11:02 PM PDT Pop! Hotel Festival Citylink Bandung: Murah & Meriah! Tampil dengan konsep dan jenama yang tersendiri, Pop! Hotel merupakan rangkaian hotel terbaru di bawah kumpulan syarikat Tauzia yang juga pemilik hotel-hotel Harris di Indonesia. Di Bandung, hotel ini terletak dalam kompleks membeli-belah yang sama dengan Hotel Harris iaitu di Festival Citylink Mall. Apa yang membezakan Pop! dengan Harris adalah harganya yang jauh lebih murah serta imejnya yang lebih muda dan ranggi. Ibarat 'adik' kepada hotel Harris, ia menawarkan perkhidmatan asas dalam dunia penginapan namun tetap berkualiti dan terjamin. Memang banyak hotel zaman sekarang yang muncul dengan konsep 'budget' atau murah dan masih selesa didiami namun Pop! nampaknya menerajui hotel-hotel dengan konsep ini. Berbekalkan 175 bilik-bilik ceria yang berwarna-warni, Pop! di Festival Citylink Bandung nampaknya bakal menjadi pilihan ramai pengunjung. Selain harganya yang sangat menarik (harga bilik semalam bermula pada 288 ribu Rupiah, sekitar RM96), ia menawarkan bilik yang lebih luas daripada hotel murah biasa dan ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan terbaik untuk keselesaan para tamu. Semua bilik lengkap dengan TV layar leper dan juga kemudahan wi-fi internet secara percuma, ia juga mempunyai sebuah bilik mandi yang unik dan kompak yang digelar 'shower pod' di dalam Bahasa Inggeris (bersesuaian dengan bentuk uniknya). Ini ditambah lagi dengan senireka dalamannya yang berwarna-warni serta lokasi strategiknya yang berkongsi dengan pusat membeli-belah. Faktor ini memudahkan para pengunjung untuk membeli barangan keperluan serta menjamu selera di aneka tempat makan yang tersedia. Lebih canggih lagi, perkhidmatan daftar-masuk atau 'check-in' dilakukan dengan iPad oleh para petugas hotel. Anda hanya perlu menandatangan di atas iPad dan segalanya beres. Untuk sarapan pagi, Pop! menampilkan konsep 'quick-bites' di mana nasi bungkus kecil tersedia menanti para pengunjung di 'Quick-Bite area' bersebelahan lobi. Dengan konsep yang sangat unik dan asli ini, pasti ramai yang tertarik untuk cuba bermalam di Pop! Festival Citylink Mall sekiranya ke Bandung nanti. Pendek kata, hotelnya sangat praktikal serta murah, para pekerjanya ramah dan suasananya meriah! Pop! Hotel juga merupakan hotel yang sangat mesra-alam. Ini kerana ia hanya menggunakan bahan bina yang selamat untuk alam sekitar, dan turut menggunakan tenaga suria (solar) di dalam hotel. Penggunaan kertas juga sangat minimal demi mengurangkan bahan buang dan sampah. Tags: Travel, UlasanClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
A Famosa MyTV3 Rock The Wave 2012 Posted: 20 Apr 2012 07:47 AM PDT Penampilan artis generasi muda pada masa kini sememangnya memberikan impak positif terhadap golongan remaja, belia dan para pelajar. Kejayaan artis generasi muda juga dilihat sebagai sumber inspirasi kepada golongan ini yang sering inginkan kepelbagaian dalam kehidupan mereka ini. Jadi tidak hairanlah kini terdapat pelbagai aktiviti yang boleh didedahkan kepada golongan ini dalam melahirkan generasi yang berkualiti. Buat julung kalinya, MyTV3 dan pihak A'Famosa Resort mengambil inisiatif untuk berkerjasama menganjurkan acara berbentuk hiburan pada 12 Mei 2012 (Sabtu) bermula jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang di A'Famosa Water World Melaka. MyTV3, selaku rakan penganjur bakal membawakan beberapa artis popular tanahair seperti Bunkface, 6ixth Sense, Kilafairy, Kaka Azraff dan Nas Adila AF7 yang akan membuat persembahan. Selain daripada itu beberapa artis popular tanah air juga akan dijemput khas bagi mengharungi cabaran di 'Splash Pool' bersama peminat. Bagi mereka yang bertuah, inilah peluang beramah mesra bersama artis kegemaran anda serta berhibur dengan persembahan 'live' di kawasan Wave Pool, A'Famosa Water World Melaka. Tags: TV3Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |