Berita Harian: Hip |
Posted: 20 Apr 2012 03:59 PM PDT Hip Luna Maya persoal pihak mempertikai dirinya ada hubungan dengan beberapa ahli perniagaanSEAKAN merelakan segala yang diperkatakan kekal menjadi tanda tanya, gadis kelahiran Denpasar, Bali berusia 29 tahun ini lebih selesa mengunci mulut daripada berbicara mengenai soal hati. Meskipun berhembus khabar mengenai dirinya yang sudah menemui pengganti selepas hubungan cinta selama tiga tahun yang dijalin bersama vokalis Peterpan, Ariel dikatakan menemui noktah, Luna Maya kental dengan pendirian untuk tidak berkongsi hal peribadinya.Siapa pun jejaka yang mendekati saya, itu bukan masalah. Malah ia bukan sesuatu yang negatif". - Luna Maya Luna pernah dilihat keluar beriringan dengan jejaka lain, malah ada yang mendakwa menemuinya berdua-duaan dengan seorang pengusaha restoran.Namun ketika diminta kepastian mengenai perkara itu, gadis yang terpaksa menelan pahit ekoran kontroversi video porno bersama Ariel, tiga tahun lalu ini hanya tersenyum. Tidak mengelak, jauh sekali membantah apa yang heboh diperkatakan gadis yang menerjuni dunia lakonan lewat filem, 30 Hari Mencari Cinta pada 2004 ini mengakui memang akrab dengan beberapa ahli perniagaan. "Saya juga seorang pengusaha, malah semua orang juga perlu berusaha seperti saya yang sedang mengusahakan pembikinan filem. Terus diasak dengan pertanyaan, apakah ada jejaka baru yang hadir menyemarakkan gelora asmara dalam dirinya, Luna tetap mempertahankan pendirian. Bibirnya terkunci rapat, malah pelakon filem, Ratu Kosmopolitan enggan perkara itu dijadikan sebagai isu untuk kembali mengheretnya dalam kemelut tidak bernoktah. Bagi Luna, perkara itu sekadar isu remeh yang cuba diperbesarkan hingga ada pihak mempertikai kejayaannya menduduki kerusi sutradara didorong oleh keakrabannya dengan ahli perniagaan tertentu. "Mereka yang dekat dengan saya, sama ada teman atau keluarga sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang saya lakukan. "Lagipun apa yang saya kerjakan sekarang bukan sesuatu yang negatif. Secara peribadi, saya juga mengingini pembaharuan dalam hidup dan ini (bergelar sutradara) adalah satu kemajuan diri saya sebagai individu," katanya. Meletakkan dirinya masih dalam proses pembelajaran, Luna berkata, hubungannya dengan ahli perniagaan yang diperkatakan itu terbatas pada sudut profesional semata-mata. "Mengenali mereka menunjukkan keinginan saya untuk membawa diri ke satu tahap lebih tinggi. Jika ia sesuatu yang positif, pasti semua orang akan menyokong. "Mengapa perkara ini harus dijadikan isu. Lainlah jika saya melakukan hal yang negatif, saya tidak akan marah kalau ada yang membantah," katanya. Bergelut dengan dunia lakonan lebih lapan tahun lalu, Luna hanya meraih kepercayaan membawa watak utama menerusi filem Bangsal 13 pada 2005 selepas menimba pengalaman dalam produksi, 30 Hari Mencari Cinta dan Brownies dengan memainkan peranan kecil. Keampuhan bakat yang ditonjolkan dalam Cinta Silver melonjakkan namanya sebagai antara barisan pelapis dunia lakonan, meletakkan Luna pada kedudukan paling selesa. Bersemangat jadi sutradara PERJALANAN panjang itu akhirnya memantapkan hati Luna untuk melakukan sesuatu yang membentangkan cabaran dan tentangan baru. Luna kini bergelar produser dan sutradara dalam usaha menambah portfolio kerjaya seninya, di samping mencari kepuasan selepas sekian lama berlakon. Luna berkata, menjadi keinginan dalam dirinya untuk melakukan sesuatu kepada industri perfileman kerana setiap kali mengerjakan produksi, dia tidak pernah berasa puas. "Perasaan ini bukan hanya saya saja merasainya tetapi juga sutradara atau pelakon lain. Kita tidak akan pernah berasa puas, malah sentiasa berkeinginan melakukan pembaharuan. "Saya sentiasa kagum apabila melihat sesebuah filem sempurna. Semua itu di bawah kawalan sutradara. Membikin filem itu seperti memegang magnet yang kuat. "Tetapi sering kita melihat akan ada kekurangan dan kelemahannya, sama seperti berlakon. Kita sentiasa ingin menjadi lebih baik, nama pun karya jadi tidak akan pernah selepas selesai melakukannya," kata Luna ketika ditemui pada majlis kesyukuran filem, Pintu Harmonika di Menteng, Jakarta Pusat, baru-baru ini. Garap kisah buli kanak-kanak MENEKUNI dunia pengarahan dan penerbitan secara tidak langsung melonjakkan karier Luna ke satu tahap baru, malah membawanya keluar dari zon selesa sebagai seorang aktres. Enggan terus berada di situ, Luna memilih untuk maju selangkah dan bukti dirinya serius diterjemahkan dalam Pintu Harmonika yang mengangkat isu berat mengenai isu buli kanak-kanak. Menyifatkan tanggungjawab baru yang disandangnya itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan, aktres yang turut dikenali sebagai penyanyi ini berkata, penghasilan sebuah filem yang baik menuntut sinergi antara pelakon dan pengarah. "Jika kedua-duanya bersatu dengan baik, kita akan menikmati sebuah filem yang cukup ramuannya. Lakonan seseorang pelakon itu akan berhasil kerana pengaruh pengarahnya. "Tetapi jika filem itu enak dinikmati, itu bermakna pelakon berjaya memberikan apa yang dimahukan," katanya yang tidak mengikuti pengajian formal untuk memulakan langkah sebagai sutradara, sebaliknya belajar sendiri dengan menonton filem, melihat proses penggambaran serta bertukar pandangan dengan pekerja di balik tabir. "Saya banyak bergaul dengan mereka yang berada di balik tabir dan cuba mendapatkan sebanyak mungkin ilmu. Memang pada awal sulit untuk difahami tetapi saya belajar dengan mempraktikkannya. "Saya cuma memberikan penekanan kepada penghayatan, jika bagus itu sudah memadai," katanya yang menyimpan impian untuk mengarahkan filem yang mampu memberi wajah baru kepada industri perfileman Indonesia. |
Peluang artis bela diri dalam Bilik 7 Posted: 20 Apr 2012 03:46 PM PDT Hip BANYAK kontroversi yang sering berlaku dalam dunia hiburan tanah air namun tidak ramai artis berani tampil ke depan sebagai menjawab dan menepis segala tohmahan dan persoalan yang berlegar di minda peminat.Sebaliknya, program terbaru yang akan disiarkan NTV7, Bilik 7 yang memulakan siaran pada 5 April lalu, setiap Khamis jam 9 malam akan mengupas dan memberi peluang kepada artis untuk menyelesaikan kekusutan dan berkongsi perkara sebenar mengenai kisah kontroversi yang menyelubungi diri mereka. Di bawah perantara, Richie Rachman yang akan mengorek keluar segala rintihan dan sisi rahsia yang terbuku daripada diari tetamu selebriti dan pastinya soalan panas yang diajukan menyebabkan wujudnya pendedahan ekslusif daripada mulut selebriti yang diundang. Antara selebriti yang ditampilkan dalam program sebanyak 13 episod ini ialah Azwan Ali, Zarina Anjoulie, Radhi OAG, Lisdawati Nazaruddin, Raja Azmi, Pian Cecupak, Johan As'ari, Melia Amelia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah.Penerbitnya, Engku Azmin Engku Zaini berkata, artis yang diundang mempunyai kisah dan cerita mereka sendiri berdasarkan kontroversi yang pernah melanda mereka dan program ini diwujudkan supaya artis yang dijemput dapat menjelaskan secara lebih terperinci kontroversi dan seterusnya mengelakkan tanggapan buruk terhadap mereka. "Bagi mengelak timbulnya sebarang masalah, saya sendiri akan bertindak sebagai 'Inspektor' Bilik 7 dan Richie akan mendapat arahan dari dari masa ke semasa melalui alat dengar. Lagipun set Bilik 7 direka menyerupai bilik soal siasat polis," katanya. Sementara itu, Richie yang bertindak sebagai pengantara berkata, walaupun Bilik 7 sebuah rancangan yang lantang dan bakal menimbulkan kontroversi tetapi sebenarnya membuka peluang untuk tetamu selebriti mendedahkan perkara yang sebenar tanpa berselindung.
"Kadang kala, saya tidak perlu untuk mengajukan soalan panas kerana mereka sudah bersedia dan bersifat terbuka untuk berkongsi bersama penonton walaupun saya diberi kebebasan untuk mengajukan soalan kepada tetamu jemputan. saya puji keberanian dan kesudian mereka untuk ke depan dan di soal siasat oleh saya," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |