Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Posted: 21 Apr 2012 08:45 AM PDT Karnival Gempak Bah Meriahkan Dewan Masyarakat Tawau, Sabah Karnival Gempak Bah… telah berlangsung dengan jayanya atas usahasama Radio Malaysia TawauFM dengan Unit Majalah Dan Dokumentari (UMD), Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 dan 7 April lalu bertempat di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan hari pertama penganjuran karnival ini dan Majlis Perasmian Karnival Gempak Bah…UMD-TawauFM telah dilancarkan oleh YBrs. Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik). Seterusnya persembahan daripada suku kaum Tidung dengan tarian piring dan senamrobik yang telah disertai oleh 100 peserta Rakan Muda dan masyarakat Tawau. Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus kemudian melawat tapak pameran dan beramah mesra bersama krew penerbitan dan pengacara Panorama & Chiki Boom! Karnival yang diadakan dua hari berturut-turut ini sarat dengan pengisian pameran program popular di kalangan kanak-kanak iaitu Chiki Boom yang turut dimeriahkan dengan kemunculan lima pengacaranya di lokasi tapak karnival mendekati peminat mereka. Manakala pameran program Panorama pula melibatkan pengisian di sebalik tabir penggambaran tentang budaya dan cara hidup suku kaum Tidung di Tawau, Sabah. Istimewa khusus untuk kanak-kanak di Tawau; semua acara sukaneka telah menarik perhatian dan minat mereka mengambil bahagian antaranya acara tiup belon, menyanyi dan menari lagu tema Chiki Boom!, pertandingan melukis dan mewarna, kerusi berirama dan pakaian beragam ala millenium. Di tapak pameran Panorama pula telah diadakan ujibakat bagi pancarian pengacara baru rancangan tersebut dan acara-acara menarik seperti tiru aksi artis menari. Keesokkan harinya karnival dimeriahkan dengan aktiviti kuiz yang menguji pengetahuan am mengenai RTM, program kanak-kanak Chiki Boom!, program Panorama, Radio Malaysia TawauFM. Juga turut berlangsung Pertandingan Akhir Bakat Bintang Cilik (BBC) yang dipancarkan secara langsung oleh Radio Malaysia TawauFM. Manakala sebelah malamnya pula pengunjung menyaksikan Pertandingan Akhir Realiti Pilihan Tawau juga telah dipancarkan secara Langsung melalui Radio Malaysia TawauFM. Adik-adik Chiki Boom! bergambar kenangan bersama pegawai RTM. Dari kiri Farah Syahnaz Hj.Ruslan (Penerbit Chiki Boom!), Norliza Ali (Timbalan Pengarah Seksyen Produksi), Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) dan Aris Arapa (Pengurus Radio Malaysia TawauFM). Tags: EventsClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Posted: 21 Apr 2012 08:30 AM PDT Gandingan Uji Rashid Dan Hisham Ahmad Tajuddin Dalam Drama Bersiri Tok Ayah di TV1 Begitu juga kisah melatari drama rantaian terbaharu di RTM yang telah pun mula menemui penonton sejak 17 April lalu. Drama bertajuk Tok Ayah yang disiarkan mengisi slot Cindai setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.05 petang di TV1 ini meletakkan kepercayaan kepada pelakon Hisham Ahmad Tajuddin membawakan watak Tok Ayah selain turut dibantu oleh Uji Rashid, Shaharuddin Thamby, Cico Harahap, Heryanto Hassan dan Asmat Sulaiman. 13 episod drama ini mengisahkan Tok Ayah yang telah dilantik menjadi ketua keluarganya yang besar. Walaupun ada yang tidak setuju perlantikannya, namun rata-rata mahukan dia memimpin keluarga. Tok Ayah telah banyak membuat perubahan bagi pembaikan keluarganya. Bisnes keluarga bertambah baik, hubungan dengan jiran-jiran menjadi bertambah akrab dan ramai ahli keluarga yang menganggur kini bekerja dengan perusahaan keluarga. Tok Ayah telah mengambil Imran seorang penuntut universiti yang miskin sebagai anak angkat kerana memandang bakatnya yang baik dan pelajarannya yang maju. Sobri seorang lagi anak angkat Tok Ayah tidak berapa suka dengan kehadiran Imran. Tetapi Imran pandai mengambil hati Tok Ayah. Tok Su Leh tidak setujunya perlantikan Tok Ayah kepada Lebai Haji yang sama berpendapat dengannya. Mereka membuat komplot untuk menjatuh dan menyingkirkan Tok Ayah dari keluarga itu. Apa saja yang Tok Ayah buat tidak disetujuinya. Apatah lagi bila mengetahui Tok Ayah mengambil Imran sebagai anak angkat. Disebabkan desakan dan tekanan yang terlalu tinggi, Tok Ayah diserang sakit jantung. Komplot menjatuhkan Tok Ayah dilakukan oleh Tok Su Leh dan Lebai Haji. Imran semakin sombong kerana merasakan dirinya lebih disayangi oleh Tok Ayah. Dia berbaik-baik dengan Tuan John yang sebenarnya mempunyai muslihat mendekati Imran untuk mendapatkan semula ladang getah dan kebun kelapa sawit yang telah dijual oleh ayahnya, David kepada Tok Ayah. Imran mudah termakan hasutan Tuan John yang akhirnya membuatkan Tok Ayah putus asa mahu mengasihatinya. Sikap bongkak Imran semakin menjadi-jadi dan dia menggelarkan Sobri sebagai anak Komunis kerana latar belakang ayahnya yang pernah bekerja dengan Komunis dan kini merengkok di penjara. Sobri hanya mampu bersabar dan percaya tiada gunanya mereka bermusuh. Kemuncaknya apabila Imran meminjam berjuta ringgit daripada Tuan John menggunakan nama Tok Ayah. Tok Ayah hilang sabar lalu menarik balik segala kemewahan yang diberikan kepada anak angkatnya itu. Imran tidak puas hati. Kesempatan itu digunakan oleh Tok Su Leh dan Lebai Haji bersama-sama dengan Imran cuba menjatuhkan Tok Ayah. Pelbagai cara dilakukan mereka untuk melaksanakan hasrat tersebut. Namun satu malam Tok Ayah telah diserang hingga mengakibatkan nyawanya hampir melayang. Siapakah dalang yang terlibat mahu membunuh Tok Ayah? Adakah serangan itu daripada individu yang dikenalinya? Saksikan kesudahan drama bersiri kekeluargaan penuh babak mendebarkan ini hanya di TV1. Tags: Drama, TV1Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |