borak kosong |
- Perempuan bergaduh adakah kita lelaki sekadar melihat sahaja?
- Kak jangan pakai macam tu nanti orang ingat akak tak pakai seluar
- Tampil dengan Payudara Lebih Seksi, Kang Min Kyung Dituduh Operasi
- Zac Efron Nonton Adegan Ranjang Bersama Ibu
- Dicekup bogel dengan nelayan
- Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan
- Ratusan ribu komputer berisiko hilang akses Internet Julai depan
- Pasangan punk disebat
- Kepala pelakon masih tidak ditemui
- Bapa tidur, bayi dibaham anjing
- Lihat mayat kawan
- Isteri cari lelaki muda selepas suami muflis
- Tersepit bawah treler
- Gelora isteri mingguan
- Budak cedera diketuk kekasih ibu
- Guna rambut pelanggan buat replika bangunan
- Korang rasa berapa umur wanita ini?
- Remaja ini cuba pukul bapanya hanya kerana tak pam toilet
- Telatah kanak-kanak sedang makan
- Kemaluan lelaki ini ereksi selama 7 hari kerana tato kemaluan
- Aksi polis menerima rasuah
- Wow...Gajah Ini Merasa Dirinya Zirafah
- Kerana internet dan buka 13 blog bapa jumpa anak yang telah hilang selama 3 tahun
- Relaks betul minah nie...
- Nenek tidur dengan suami atas permintaan isteri
Perempuan bergaduh adakah kita lelaki sekadar melihat sahaja? Posted: 21 Apr 2012 09:15 PM PDT Perempuan bergaduh,adakah kita lelaki lihat dan saksikan sahaja pergaduhan itu? seperti gambar dibawah ini... Agaknya kita lelaki tak kuasa nak masuk campur atau kita memang jenis yang tak peduli... Jadi persoalannya sekarang adakah kita biarkan sahaja pergaduhan itu berlaku tanpa meleraikannya?Yang penting jangan jadi batu api sudahlah... |
Kak jangan pakai macam tu nanti orang ingat akak tak pakai seluar Posted: 21 Apr 2012 09:00 PM PDT |
Tampil dengan Payudara Lebih Seksi, Kang Min Kyung Dituduh Operasi Posted: 21 Apr 2012 08:45 PM PDT infospesial.net - Beredar rumor miring tentang Kang Min Kyung Davichi, ia dituduh telah melakukan operasi payudara. Hal tersebut mencul ketika Kang Min Kyung tampil menjadi seorang model dalam video klip Stupid Love dari Supernova. |
Zac Efron Nonton Adegan Ranjang Bersama Ibu Posted: 21 Apr 2012 08:30 PM PDT Di filEm terbarunya The Lucky One, Zac Efron harus beradegan cinta dengan lawan mainnya, Taylor Schilling. Ini pertama kalinya bagi Efron beradegan ranjang secara aktor ini dikenal sebagai bintang remaja lewat film High School Musical. Ketika membawa sang ibu untuk menonton, Efron sangat malu ketika adegan tersebut terpampang di layar.Lelaki 24 tahun ini menceritakan momen-momen risih ketika menonton bersama ibunya. "Kita nonton posisi kerusi saya dan ibu berjauhan. Ibu dua kursi di bawah saya. Tapi ketika adegan ranjang itu mulai muncul, saya lalu keluar ruangan. Saya malu sekali. Meskipun ini hanya akting, tapi ketika ibu dan semua keluarga menonton rasanya risih dan jengah," kata Efron. Sang ibu, Starla yang menonton film tersebut tetap bangga dengan Efron. "Ibu hanya tertawa ketika menontonya. Dia malah berkata ''Itulah anakku!'' Dia malah bangga, meski dia juga risih. Ibu adalah pendukung terbesar dalam kariEr saya," kata aktor yang belum lama ini digosipkan sedang dekat dengan Rihanna. Aktor yang mengaku masih single setelah putus dengan artis di High School Musical Vanessa Hudgens pada Disember 2010 ini mengaku selalu menceritakan tentang kehidupan peribadinya ke sang bunda. "Ibu selalu memberikan saran. Ibu adalah juara soal mengajarkan aku bagaimana bersikap ke wanita.Ibu mengajarkan aku untuk bersikap sopan kepada wanita dan ikuti kata hati," kata Efron seperti dikutip oleh majalah People. Sumber : http://www.tempo.co |
Posted: 21 Apr 2012 08:15 PM PDT KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat. Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001. Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu. Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut. Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik. Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim. Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu. Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes. Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara. Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertuduhan khalwat. Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu. Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan. SUMBER : SINAR HARIAN |
Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan Posted: 21 Apr 2012 08:00 PM PDT TANJUNG MALIM -Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam. Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan. "Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun. "Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan. Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki. Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung. "Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya. Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus. Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi." "Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu. sumber : kosmo online |
Ratusan ribu komputer berisiko hilang akses Internet Julai depan Posted: 21 Apr 2012 07:45 PM PDT WASHINGTON, Amerika Syarikat - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih 570,000 ribu komputer di seluruh dunia akan kehilangan akses Internet pada Julai depan. Menurut satu kenyataan FBI, masalah itu bermula apabila penggodam antarabangsa menjalankan aktiviti penipuan pengiklanan di Internet untuk mengawal komputer yang dijangkiti virus. Bagi menghalang gangguan Internet berlaku ke atas komputer yang digodam atau sakit, FBI telah mewujudkan satu jaringan keselamatan atas talian beberapa bulan lalu melalui komputer pihak berkuasa AS. Namun, sistem keselamatan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi. Buat masa ini, pihak FBI menggalakkan pengguna supaya melayari sebuah laman web yang dikendalikan oleh sebuah badan keselamatan AS, www.dcwg.org. Laman web berkenaan akan memaklumkan sama ada komputer mereka telah dijangkiti virus dan menerangkan cara-cara bagi menyelesaikan masalah itu. Selepas 9 Julai depan, komputer yang dijangkiti virus tidak dapat digunakan bagi mengakses Internet. - Agensi sumber : kosmo online |
Posted: 21 Apr 2012 07:30 PM PDT ACEH: Sepasang punk disebat sembilan kali setiap seorang selepas mereka didapati bersalah mengadakan seks di tempat awam. Kira-kira 100 penduduk bandar Langsa yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu bersorak apabila polis Syariah menyebat wanita berusia 21 tahun itu, dan teman lelakinya berumur 23 tahun. Sebelas orang yang didapati bersalah berjudi juga menjalani hukuman itu. Ketua Pendakwa Raya Langsa, Putra Masduri berkata, pasangan berkenaan yang sering berkeliaran dijalan raya dengan berpakaian ala punk. Mereka bagaimanapun dikenakan pakaian serba putih ketika menjalani hukuman itu. Polis Syariah Aceh, satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam, melancarkan gerakan antipunk dengan menyerbu kafe dan taman bagi mencegah apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai 'wabak sosial.' — Agensi sumber : myMetro |
Kepala pelakon masih tidak ditemui Posted: 21 Apr 2012 07:15 PM PDT MUMBAI: Polis masih mencari kepala aktres Bollywood, Meenakshi Thapa, yang dibunuh dengan kejam di Gorakhpur, utara India, bulan lalu. Pelakon berusia 26 tahun itu didakwa diculik oleh pasangan Preeti Surin dan kekasihnya, Amit Jaiswal yang menuntut bayaran tebusan sebanyak 1.5 juta rupi (RM89,000). Pasangan itu kemudian memberi amaran kepada ibu Meenakshi bahawa aktres itu akan dipaksa berlakon dalam filem porno jika wang tebusan itu tidak dibayar. Ibu pelakon itu dilapor membayar 60,000 rupi (RM3,700) tetapi aktres berkenaan dibunuh dan dipenggal. Anggota tubuhnya dibuang ke dalam tangki najis sementara kepalanya dicampak dari sebuah bas di jalan raya menuju ke Mumbai. Meenakshi berkenalan dengan pasangan itu ketika berlakon dalam filem barunya, 'Heroine.' Jaiwal dan Surin ditangkap kerana menyimpan kad SIM telefon bimbit pelakon dan mereka mengaku membunuh Meenakshi. - Agensi SUMBER : MYMETRO |
Bapa tidur, bayi dibaham anjing Posted: 21 Apr 2012 07:00 PM PDT RIDGEVILLE: Seorang bayi berusia dua bulan mati selepas dibaham anjing peliharaan keluarganya ketika bapa nyenyak tidur dan ibu di klinik bersama-sama seorang anak yang lain. Aiden Lee McGrew yang dilahirkan pada Hari Valentine, dibaham hingga satu anggota tubuhnya putus di rumahnya di Dorchester County. Aiden berada di dalam buaian sementara bapanya lena bersama anaknya yang lain. Ibu bayi malang itu, Chantel McGrew memberitahu polis, dia pulang dari temujanji di klinik dan menemui bayinya yang berlumuran darah terbaring di lantai dengan kakinya terputus. Polis berkata, anjing itu yang baru saja dipelihara oleh keluarga itu kini dikurung di balai polis sementara menanti hasil siasatan. - Agensi SUMBER : MYMETRO |
Posted: 21 Apr 2012 06:45 PM PDT MELAKA: "Saya lihat ada kemalangan ketika melintas jalan tadi (semalam) dan mangsa ditutup dengan kain putih. Tak sangka, rupa-rupanya rakan sekuliah saya yang jadi mangsa," kata mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Mohd Farhaan Kamaruzaman, 23. Dia berkata demikian ketika berada di sisi mayat rakannya, Muhammad Nabil Wazir, 20, yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Ayer Keroh Lama, dekat sini, petang kelmarin. Dalam kejadian 3 petang, arwah dalam perjalanan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) dari Kolej Kediaman UTeM Murni di Taman Bukit Beruang Murni, Bukit Beruang, dekat sini, sebelum motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang wanita di selekoh berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), dekat sini. Menurut Mohd Farhaan, mangsa yang berasal dari Taman Rawang Perdana, Selangor mahu memasukkan wang untuk ibunya, namun hasratnya tidak kesampaian apabila terbunuh dalam kemalangan. "Arwah sempat beritahu dia mahu ke BSN untuk masukkan wang ke dalam akaun ibunya dan mahu meminjam motosikal saya. "Bagaimanapun, dia meminjam motosikal rakan lain dan keluar dari asrama kolej, jam 2.30 petang sendirian. "Saya hanya mengetahui dia terbabit kemalangan apabila dihubungi rakan dan terus datang ke sini. Sebetulnya, saya perasan kemalangan ini dan sangkakan arwah berhenti melihatnya kerana saya lihat motosikalnya dalam keadaan bertongkat tegak dan tidak kelihatan seperti ada kerosakan," katanya. Menurutnya, dia cuba menghubungi nombor telefon arwah, namun dijawab oleh rakan lain kerana ia ditinggalkan di bilik asrama. SUMBER : MYmETRO |
Isteri cari lelaki muda selepas suami muflis Posted: 21 Apr 2012 06:30 PM PDT DISEBABKAN tuntutan tugas, Amran terpaksa hidup bersendirian di Johor Bahru dan berjauhan dengan isteri, Ena yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam sebuah syarikat di ibu kota. Begitupun, Amran (bukan nama sebenar) tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga yang dibina sejak 18 tahun lalu. Setiap Sabtu dan Ahad, dia cuba pulang ke ibu kota untuk bertemu Ena (bukan nama sebenar). Bagaimanapun, bergelar suami hujung minggu dan perpisahan sementara itu menjadi punca keruntuhan rumah tangganya yang kini retak menunggu belah. Amran tidak menafikan sebelum itu hubungan dengan isteri bermasalah gara-gara dia diisytiharkan muflis apabila syarikat miliknya terpaksa menghentikan operasi dan menanggung hutang bank. Ini berikutan perniagaan dijalankan bersama abang kandung dan menggunakan namanya sebagai peminjam tidak mampu menanggung beban hutang lebih RM600,000. Sebaik diisytiharkan muflis, dia terpaksa memulakan hidup baru dengan serba kepayahan. Ini kerana undang-undang memperuntukkan orang yang diisytihar muflis hanya layak 'memegang wang RM10' sehari, tidak boleh memiliki kad bank dan banyak halangan lain. Buat permulaan, dia cuba mencari kerja lain tetapi banyak syarikat tidak mahu menerimanya dengan memberi pelbagai alasan. Sebenarnya, Amran memiliki ijazah dalam bidang perniagaan dari universiti luar negara, namun ketika memohon pekerjaan, dia hanya menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya senang ditawarkan kerja. Walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga beberapa hari dan minggu kerana mengikut majikan yang sering memantau kilang di Johor Bahru, Amran menghubungi isteri dan anak hampir setiap hari. Pada mulanya Ena tidak merungut, tetapi lama-kelamaan dia seolah-olah tidak suka kerjaya Amran dengan alasan penat menguruskan tiga anak sendirian kerana suami tiada di sisi. Amran tetap meminta isteri memahami keadaan dirinya kerana bukan senang orang yang diisytiharkan muflis mendapatkan pekerjaan, sedangkan dulu dia memiliki segala-galanya — harta, banglo dan kereta mewah. Semakin lama dia merasakan ada sesuatu disembunyikan isteri, apatah lagi Ena yang bekerja di syarikat konglomerat terkenal dinaikkan pangkat selepas hanya enam bulan bekerja. "Seorang teman rapat kemudian memberitahu, dia kerap nampak isteri saya keluar dengan lelaki lain. Saya menyangkal tuduhannya kerana tidak mungkin isteri bersikap begitu. "Mungkin rakan saya sengaja mereka-reka cerita kerana cemburu dengan kebahagiaan kami, tetapi dakwaannya mula mengganggu fikiran. "Ini membuatkan saya tertekan kerana jauh di sudut hati, saya mula terfikir yang bukan-bukan. Tambahan pula, layanan isteri terhadap saya makin hambar," katanya. Ini menyebabkan dia mengambil keputusan menyiasat kelakuan isterinya kerana enggan mendengar cerita tanpa usul periksa. Amran berkata, dia membuat perancangan sendiri apabila memberitahu mahu pulang ke Johor Bahru tetapi sebenarnya mengambil cuti kerana hendak mengintip perbuatan isteri. Dia juga mengupah seorang pengawal di tempat kerja Ena untuk mengintip kegiatan hariannya. "Saya tahu tugas isteri sebagai pegawai perhubungan awam sering menemukannya dengan pelanggan daripada pelbagai syarikat dan individu, namun daripada cerita didengar, dia menjalin hubungan dengan rakan sekerja, menyebabkan rasa ingin tahu saya memuncak," katanya. Amran mengaku pernah ternampak kelibat isterinya dengan lelaki yang jauh lebih muda bergandingan ke restoran mewah dalam keadaan sungguh mesra dan sering berdua-duaan di hotel. Semua cerita itu menghantui dirinya hinggalah satu hari dia nekad menceroboh dan memasuki pejabat isteri yang kebetulan ketika itu berbual mesra dengan seorang lelaki. Ketika itu berlaku pertengkaran hebat membabitkan mereka bertiga hingga isterinya secara terang-terangan mengakui rasa cinta terhadap Amran sudah lama pudar lalu meminta cerai sambil disaksikan rakan sekerja. "Isteri juga mengaku hubungannya dengan lelaki bujang itu sudah intim dan meminta dilepaskan kerana tidak mahu lagi hidup bersama saya. Saat itu, hati saya hancur luluh dan sungguh tertekan serta terbayang anak kami." "Walaupun berkali-kali memujuk hinggakan saya sanggup memaafkan kesilapannya, isteri tetap berkeras mahu bercerai." "Sikap lelaki itu yang langsung tidak mengakui kesalahannya membuatkan saya naik angin lalu bertanya apakah dia benar-benar mencintai isteri saya. Dia dengan selamba mengakui mencintai Ena. "Bayangkan betapa hinanya saya saat itu. Saya kemudian ke pejabat agama untuk mendapatkan kaunseling sebelum memfailkan perceraian sesudah berfikir panjang, tak guna terus menyayangi orang yang tidak menyintai kita lagi. "Hampir setahun berulang-alik ke mahkamah syariah, akhirnya kami disahkan bercerai dan bekas isteri kemudian berkahwin dengan lelaki itu dan anak diletakkan di bawah jagaannya. "Tak tahan dengan pengalaman pahit itu, saya membawa diri ke luar negara mengikut bapa saudara saya menetap di sana selama lima tahun," katanya. Kini Amran kembali ke tanah air dan membuka perniagaan kecil, tetapi tidak mungkin berkahwin lagi kerana serik dengan apa yang pernah dilaluinya sumber : myMetro |
Posted: 21 Apr 2012 06:15 PM PDT ENDAU: Seorang pemuda hampir maut apabila Proton Saga dipandunya terperosok di bawah treler dalam kemalangan di Kilometer 1 Jalan Tanjung Gemuk, Endau–Rompin, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 3 pagi, Abu Neklah, 32, dikatakan keluar dari Simpang Kampung Pianggu sebelum merempuh treler berkenaan yang gerak dari arah Endau. Akibatnya, kenderaan berkenaan diseret 50 meter dan dia cedera di badan manakala pemandu treler, Ridzuan Adnan, 24, bersama kelindan, Zulkarnain Arnain, 21, tidak cedera. Menurut Ridzuan, mereka dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu, dan hanya menyedari kemalangan selepas terdengar dentuman kuat selain terasa treler mengheret sesuatu. "Sebaik mendengar bunyi dentuman, saya menurunkan tingkap untuk melihat cermin pandang sisi dan terkejut apabila mendapati ada kereta di bawah treler. "Kami kemudian turun dan cuba membantu mangsa tetapi gagal kerana dia tersepit di tempat duduk pemandu," katanya. Berikutan itu, katanya, mereka menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Endau dan Rompin tiba 20 minit kemudian. "Mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan," katanya sumber : myMetro |
Posted: 21 Apr 2012 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR: "Mana boleh tahan hidup macam tu... kalau setahun dua mungkin tak apa, tapi ini hampir lima tahun," kata Shima, 29, yang mendakwa terseksa zahir dan batin kerana hanya bertemu suaminya sekali seminggu. Bukan kerana suami mempunyai isteri atau kekasih lain, tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai jurutera yang memerlukannya sering ke luar daerah dan hanya pulang seminggu atau dua minggu sekali. "Saya bagaikan isteri hujung minggu. Ada suami tapi hanya seminggu atau dua minggu sekali bertemu. Sehari selepas itu, saya ditinggalkan lagi. Begitulah rutin rumah tangga kami. Lama-kelamaan saya menjadi jemu dengan kehidupan sebegitu," katanya kepada Metro Ahad. Walaupun hidupnya dilimpahi kemewahan kerana pendapatan suaminya lumayan, ia tidak memadai buat Shima yang terperuk di rumah sendirian. Selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, dia yang sering kesunyian disebabkan kesibukan suami dengan tugas, mula mencari keseronokan di luar. sumber : myMetro |
Budak cedera diketuk kekasih ibu Posted: 21 Apr 2012 05:45 PM PDT KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun cedera di kepala dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya di sebuah kampung di Manir, kelmarin. Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa dipercayai dipukul suspek berusia 26 tahun ketika bersama ibunya berusia 22 tahun di kediaman lelaki terbabit. "Suspek yang panas baran dipercayai memukul mangsa selepas berang dengan kanak-kanak terbabit yang dikatakan aktif. "Mangsa yang cedera di kepala kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak. Laporan kejadian dibuat di pondok polis HSNZ," kata sumber kepada Metro Ahad. sumber : myMetro |
Guna rambut pelanggan buat replika bangunan Posted: 21 Apr 2012 05:30 PM PDT Huang Xin, seorang tukang gunting di Beijing China membuat suatu yang unik dan kreatif, bayangkan dia mengumpulkan sisa sisa rambut pelanggan yang dicukurnya dan membuat suatu replika monumen Tiananmen yang sangat terkenal di China. Huang XIn sangat kreatif, sisa sisa potongan rambut pelanggannya menjadi replika Sebelumnya dia juga pernah membuat replika stadium olahraga untuk Olimpik Beijing lalu dengan menggunakan rambut juga. Untuk sebuah replika Gerbang Tiananmen Huang perlu 11 Kg rambut pelanggan. Dia mula membuat replika ini sejak tahun 2008. |
Korang rasa berapa umur wanita ini? Posted: 21 Apr 2012 05:15 PM PDT |
Remaja ini cuba pukul bapanya hanya kerana tak pam toilet Posted: 21 Apr 2012 05:00 PM PDT sumber : stomp.com.sg This youth spewed vulgarities and threatened his father with violence because he apparently did not flush the toilet at home. He then storms out of the house in a rage. STOMPer Michael commented on the video: "This son wanted to hit his father just for not flushing the toilet! "I saw this video and it really makes my blood boil. "At the same time it really makes me feel sad for his parents!" |
Telatah kanak-kanak sedang makan Posted: 21 Apr 2012 04:45 PM PDT |
Kemaluan lelaki ini ereksi selama 7 hari kerana tato kemaluan Posted: 21 Apr 2012 04:30 PM PDT Keputusan untuk membuat tato sebaiknya sudah difikirkan secdalam-dalamnya apalagi bila menato bahagian tubuh yang vital. Seorang lelaki Iran harus mengalami ereksi semi permanen yang berlangsung lama gara-gara keputusannya menato organ kelamin. Lelaki Iran berusia 21 tahun yang tidak disebutkan identitinya memutuskan untuk menato organ kelaminnya dengan huruf 'M', yang merupakan inisial dari nama belakang kekasihnya. Tak disangka seminggu setelah menato penis, lelaki tersebut mengalami ereksi priapism 24 jam selama 7 hari. Priapism adalah keadaan ereksi yang berlangsung selama lebih dari 4 jam tanpa adanya rangsangan seksual dan biasanya bersifat menyakitkan. Tato penis boleh merosak organ kelamin lelaki bila dilakukan secara tradisional. Alasannya terdapat pada jarum yang digunakan dan tidak adanya kawalan dari kedalaman jarum. "Henna, abu dan pigmen alami lainnya sering digunakan oleh penato tradisional. Mereka pertama menggunakan jarum untuk menembus kulit, kemudian menerapkan bahan pewarna pada permukaan kulit yang berlubang," jelas urolog Iran dalam laporanJournal of Sexual Medicine edisi terbaru, seperti dilapor MSNBC. Tentu saja tindakan tersebut dapat menyakitkan bagi organ kelamin lelaki, termasuk yang dirasakan lelaki Iran tersebut. Setelah beberapa hari, rasa sakit yang dirasakannya memang mereda. Tapi segera setelah itu, lelaki tersebut menyedari bahawa penisnya mulai mengalami ereksi malam yang berlangsung cukup lama. Seminggu kemudian, ia mengalami ereksi priapism 24 jam selama 7 hari. Seperti iklan ubat kuat, kelaminnya memang dapat ereksi sangat lama. Tapi ereksi non-seks yang berlangsung selama lebih dari 4 jam boleh berbahaya bagi penis. Kurangnya aliran darah dapat membuat jaringan kekurangan oksigen, yang bila dibiarkan boleh menghancurkan jaringan dan akhirnya menyebabkan impotensi. Seperti dikutip dari Webmd, ereksi priapism terjadi jika darah di penis terjebak dan tidak mampu mengalir. Keadaan ini dapat terjadi pada semua kelompok umur termasuk bayi yang baru lahir. Jika tidak segera diubati maka boleh menyebabkan jaringan parut dan disfungsi ereksi permanen. Terdapat dua kategori dari priapism, iaitu: Low-flow Sering terjadi pada pria yang sihat tanpa diketahui sebabnya, tapi biasanya mempengaruhi orang yang memiliki penyakit sickle-cell, leukemia atau malaria. High-flow Disebabkan oleh arteri yang pecah akibat cedera pada penis atau perineum (daerah antara skrotum dan anus) sehingga mencegah sirkulasi di penis berlangsung normal. Sekitar 42 peratus penyebab priapism akibat penyakit sickle-cell. Namun penyebab lainnya diduga akibat pengubatan terutama ubat untuk penyakit mental tertentu, trauma pada saraf tulang belakang atau daerah genital, gigitan laba-laba hitam, keracunan karbon monoksida, penggunaan obat terlarang seperti kokain atau ganja dan pada kes yang jarang terjadi akibat kanser yang dapat mempengaruhi aliran darah di penis. Sumber :http://www.detik.com/ |
Posted: 21 Apr 2012 04:15 PM PDT |
Wow...Gajah Ini Merasa Dirinya Zirafah Posted: 21 Apr 2012 04:00 PM PDT Gajah sangat terkenal atas ingatan dan kepandaiannya. Namun momen ini menjadi tak biasa ketika haiwan seberat 5.443 kg itu bingung dan merasa dirinya adalah zirafah. Tertatih-tatih pada dua kakinya untuk meraih makanan lazat di atas pohon, haiwan ini bertumpu pada kaki belakangnya sebelum menjulurkan belalainya dan meraih daun kesukaannya untuk dimakan. Hal ini jelas meniru perlakuan zirafah. Pemandangan pelik ini berhasil diabadikan fotografer Michael Poliza (53) yang tak percaya dengan matanya sendiri haiwan ini mampu melakukan trik menakjubkan itu. "Gajah terkenal menggunakan kekuatannya untuk memuaskan keperluan makannya". Namun seperti ditulis Dailymail, kejadian ini jarang terjadi, ia bertumpu pada kakinya dan meraih daun di cabang pohon, lanjutnya. "Pengelana tunggal ini nampaknya menghabiskan lebih banyak waktu melihat zirafah mencari makan." Gajah Afrika merupakan haiwan raksasa yang mampu mengunyah makanan seberat 450kg vegetasi tiap hari. Haiwan ini mampu hidup selama 70 tahun dan menjadi haiwan paling pandai di antara spesies pandai di dunia. |
Kerana internet dan buka 13 blog bapa jumpa anak yang telah hilang selama 3 tahun Posted: 21 Apr 2012 11:00 AM PDT Pencarian serta kempen skala besar di internet oleh lelaki ini untuk menemukan anak hilang berakhir bahagia. Anak berusia enam tahun yang hilang itu kembali ke ayahnya setelah tiga tahun menghilang. Pertemuan berlangsung dengan penuh kegembiraan dan terharu. Si ayah, Peng Gaofeng, bermukim di Shenzhen China. Dia tak dapat membendung air mata ketika bertemu anak lelakinya, Peng Wenle. Wenle ditemukan di Pizhou. "Dia anakku. Tak salah lagi. Dia mengenaliku dan tahu bagaimana berbicara dengan dialek kami," ujar Peng. Wenle diculik sejak 25 March 2008. Awalnya keluarga Wenle berputus asa sang anak boleh ditemukan lagi. Namun, berkat upaya si ayah menghebohkan pencarian anaknya melalui internet, Wenle dapat berjumpa lagi dengan keluarga. "Ini keajaiban, keajaiban yang tak mungkin menjadi nyata tanpa pertolongan orang ramai," kata Peng. Peng mengaku membuka 13 blog internet dan menaruh foto anaknya di tiap tempat dia online, termasuk blog mikro sina.com. Kini, usahanya terbayar. Peng mengatakan, pengguna internet melaporkan mengetahui keberadaan anaknya. Bersama polis, Wenle pun ditemukan dalam keadaan selamat di tempat yang telah di beritahu. [mor] sumber :http://teknologi.inilah.com |
Posted: 21 Apr 2012 10:30 AM PDT |
Nenek tidur dengan suami atas permintaan isteri Posted: 21 Apr 2012 10:15 AM PDT Janette membuka sampul surat. Di dalamnya ada tertulisan : "Terima kasih kerana tidur dengan suamiku. Tanpa kamu, aku tidak akan tahu kebenaran." Ini bukan pertama kalinya Janette menerima ucapan selamat untuk tidur dengan suami dari wanita yang tidak pernah bertemu. Nenek 45 tahun dan ibu dari empat anak adalah seorang honey trapped (penjebak madu) yang dibayar tinggi oleh pelanggan yang menyewanya untuk menyelidiki dan membuktikkan apakah seorang suami atau teman lelaki mereka curang atau tidak. Dalam 12 bulan terakhir dia telah memerangkap lebih dari 60 lelaki dan tidur dengan 15 dari mereka - semua atas permintaan isteri mereka. Janette mengatakan: "Itu tugas saya untuk membuktikan kalau suami atau teman lelaki mereka adalah penipu." "Jika mereka ingin bukti utama, mereka akan meminta saya untuk mengambil semua jalan dan tidur dengan laki-laki mereka." "Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan merasa saya membantu para wanita lain untuk menangkap kecurangan suami mereka. Setelah melihat bukti, isteri-isteri itu selalu mengirimkan surat terima kasih. "Tingkat keberhasilan saya sebagai penjebak-madu adalah 100 % berhasil. Aku belum pernah gagal untuk mendapatkan walaupun setakat ciuman.Aku mungkin dibayar untuk tidur dengan seorang lelaki, tapi saya sama sekali bukan pelacur." "Ini adalah tanggung jawab saya untuk mengetahui apakah seorang lelaki akan berlaku curang. Jika perlu tidur dengan dia untuk melakukan itu, maka itu hanyalah sebahagian dari pekerjaan saya dan menjadi tugas saya untyk tidak membiarkan orang yang berlaku curang ini terlepas begitu sahaja" Janette bekerja untuk agensi penjebak madu dan telah menerima lebih dari £ 50,000 sejak menjadi apa yang dikenal dalam industri ini sebagai relation surveillance operative tahun lalu. |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |