Adsense

Sabtu, 7 April 2012

Celebrity News

Celebrity News


Lan Kristal Pengacara Program Wisata Saluran TVi di Astro

Posted: 07 Apr 2012 06:21 AM PDT


Vokalis daripada kumpulan Kristal, Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof, akan mengacarakan program berbentuk pengembaraan (travelog), Wisata, menerusi saluran TVi (Saluran 180 Astro).

Wisata, disiarkan setiap Sabtu bermula 7 April ini, pukul 5.30 petang.

Sebanyak 13 episod yang disiarkan, Lan akan menjelajah ke setiap pelusuk negara untuk mengenali tempat-tempat menarik dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.

Program ini membawa penonton mengenali dengan lebih dekat lagi lokasi menarik dan budaya tersendiri masyarakat setempat di Semenanjung Malaysia termasuklah negeri Sabah dan Sarawak. 

Sumber : Mstar

ZoOM : Tahniah ZoOM ucapkan dan semoga anda berjaya dalam bidang yang anda ceburi, dan bagi pendapat ZoOM rezeki ada dimana-mana dan tanpa usaha kejayaan tidak akan anda capai.Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Pengakuan tak jejas periuk nasi Syatilla Melvin

Posted:

Pengakuan tak jejas periuk nasi Syatilla Melvin

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto FATAH SULAIMAN


Solekan dan dandanan KAY AZMAN RAMLI @ SUTRA HAIR & BEAUTY SALON, TAMAN BUKIT AMPANG (012-2527087)
Busana KOLEKSI WAN HUZAIRIL (016-3653341)


KELIBAT wanita tinggi lampai ini dikenali menerusi drama lakonannya dalam BFF…Teman Tapi Mesra di TV3 yang bersiaran pada pertengahan Januari lalu. Bagaimanapun pengenalan tersebut menjurus ke sisi hitam dirinya apabila watak sokongan yang dipegang dalam drama tersebut turut dikaitkan dengan klip video erotiknya sebelum ini.

Nama Syatilla Melvin masyhur seiring dengan impak dari drama bersiri lapan episod berkenaan tapi yang tak sedapnya apabila dia diingati kerana aksi erotiknya dalam klip video itu sebagai model pakaian dalam jenama terkenal.

Kesilapan besar Syatilla kerana bersikap terbuka membenarkan perakam video klip itu merekod tarian ghairah dirinya yang menyarung baju tidur yang singkat nipis ketika itu.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Nadia pula jadi mangsa

Posted:

Nadia pula jadi mangsa

JOYAH memang seram sejuk bila mendengar cerita orang kena samun ni. Bukan apa, kawan-kawan baik Joyah pun pernah mengalami nasib yang sama dengan Nadia Mustafar sebelum yang akhirnya membuatkan Joyah trauma.

Awal minggu lalu pelakon wanita ini disamun di tempat letak kereta Pasar Pudu, Kuala Lumpur yang mengakibatkan kerugian hampir RM20,000.

Kalau mengikut cerita yang dilaporkan, Nadia berada di dalam kereta waktu itu. Kemudian datang penyamun buka pintu kereta dan bawa lari beg tangan yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan keretanya.

Duit itu pula merupakan hasil perniagaan jualan semasa Hari Kraf Negara yang akan digunakan untuk membayar gaji pekerjanya. Hmmm... malang memang tak berbau bukan.

Kalau dah tak ada rezeki nak buat macam mana. Setidaknya Nadia patut bersyukur tidak diapa-apakan penyamun tarbus tu. Kalau dicederakan lagi malang. Sabar ya Nadia.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Prahara cinta Tamara

Posted: 06 Apr 2012 03:24 PM PDT

Hip

Bintang Cicakman 2 anggap kes permohonan cerai terlalu peribadi untuk dikongsi umum

BARANGKALI prahara yang menerjah adalah sesuatu yang di luar jangkauan umum, apatah lagi sebelum ini tidak pernah tercuit kebahagiaan yang mereka jalani sejak berumah tangga dua tahun lalu. Bagaimanapun, Isnin lalu, aktres kelahiran Bandung, Indonesia, Tamara Bleszynski mengejutkan media di negara kelahirannya apabila mengajukan permohonan cerai daripada suaminya, Mike Lewis.

Permohonan cerai itu dibuat atas kesepakatan bersama dan akui Tamara, 37 serta Mike, 30, hal itu sudah mereka bincangkan semasak-masaknya sebelum diajukan ke Pengadilan Agama.

"Cukup jika kami umumkan sudah membuat permohonan cerai di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan. Terlalu peribadi untuk kami kongsi apa punca perceraian ini tetapi kami yakin ini adalah keputusan terbaik buat saya dan Mike.

"Kami berpisah secara baik, malah akur menerima apa saja impak daripada keputusan yang diambil ini," kata Tamara pada sidang media yang diadakan di Rolling Stones, Jakarta Selatan, petang Isnin lalu.

Aktres yang pernah membintangi filem terbitan KRU Studios, Cicakman 2 - Planet Hitam dan Mike, beberapa kali mengulangi pendirian bahawa perceraian itu tidak akan menjarakkan hubungan mereka.
Bahkan, Tamara dan Mike tetap akan bersahabat justeru berharap perceraian yang bakal ditempuhi diakhiri dengan baik tanpa perlu bermasam muka.

"Kami mahu perpisahan ini berakhir dengan baik, malah saya dan Tamara tetap akan bersahabat walaupun antara kami berdua sudah tiada ikatan lagi," kata Mike yang muncul dalam filem Hafalan Shalat Delisa, tahun lalu.

Menyerahkan segala keputusan perceraian mereka kepada pengadilan, Tamara dan Mike akur, perpisahan itu mengundang pelbagai kemungkinan tetapi mereka sudah bersedia menanggung impak yang bakal datang.

Mike dan Tamara bernikah pada 2 Februari 2010 di Bali dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Kenzou Leon Blezynski Lewis yang dilahirkan pada 22 Disember 2010.

Tamara sebelum ini pernah menempuh kegagalan dalam perkahwinan apabila mahligai cinta yang dibina bersama jejaka Aceh, Teuku Rafli Pasya juga berakhir dengan perpisahan.

Bersama Teuku Rafli, Tamara dikurniakan anak lelaki, Rasya Islamy Pasya. Menyentuh masa depan Kenzou, Tamara berkata, perkara itu turut diserahkan kepada undang-undang.

"Saya yang mengemukakan permohonan itu, malah ia dibuat atas keputusan matang selepas perbincangan panjang. Mengenai anak, kami menyerahkan kepada undang-undang," kata wanita yang bermula sebagai model komersial sebelum menekuni dunia lakonan sinetron dan filem.

Awal Februari lalu, Mike yang dilahirkan di Tokyo, Jepun tetapi membesar di Kanada hadir pada tayangan perdana filem, Malaikat Tanpa Sayap sendirian tanpa ditemani Tamara.

Ketika ditanya mengenai ketiadaan Tamara, jejaka yang mencipta nama selepas membintangi filem, Suster Ngesot pada 2007 ralit bercerita mengenai hobi terbaru isterinya iaitu memasak.

Mike bahkan tidak menafikan, sudah mula terikut-ikut dengan minat Tamara yang cenderung di dapur malah mengakui, fokus wanita itu lebih terarah kepada anak dan menguruskan rumah.

Langsung tidak terkesan riak keretakan dalam rumah tangga apabila Tamara tidak pernah lupa menitipkan air tangannya ketika Mike sibuk di lokasi penggambaran.
"Dia punya bakat terpendam. Mungkin dulu ketika mula berpindah Tamara jarang memasak tetapi dia belajar dan akhirnya menguasai bidang baru itu.

"Ketika anak di sekolah, Tamara akan menghabiskan masa di dapur memasak sebelum dititipkan kepada saya yang sibuk di lokasi. Sempat ia mengundang iri pelakon lain yang ada bersama," imbas Mike mengenai detik kebahagiaan singkat yang dijalaninya bersama wanita berdarah campuran Sunda-Poland itu.

Pernikahan Tamara dan Mike dulu pernah menimbulkan perdebatan terutama jurang usia mereka yang agak jauh, namun kedua-duanya mempertahankan cinta mereka bersandarkan logik, bukan hanya mengikut perasaan.

Hubungan manusia bagi mereka, tidak seharusnya dibatasi usia dan selagi seseorang itu selesa ia tidak wajar dijadikan titik yang menghalang kesucian sebuah percintaan.

"Saya berkali-kali melamar Tamara dan dia menolak. Saya sudah terbiasa hidup dikelilingi wanita cantik kerana tuntutan karier memerlukan saya berdamping dengan mereka.

"Tetapi ketika melihat Tamara, saya juga seperti orang lain yang menilainya sebagai seorang bintang besar jadi saya tidak menaruh harapan terlalu tinggi," kata Mike.

Bukan kerana orang ketiga:

TAMARA mempertahankan badai yang melanda rumah tangga mereka bukan kerana hadirnya orang ketiga atau berlaku kekerasan hingga membuatkan dia dan Mike memilih untuk membawa haluan sendiri.

Sebelum ini sempat bertiup khabar mengatakan Mike berlaku curang dengan pelakon lain tetapi perkara itu berlalu begitu saja apabila kesahihannya tidak dapat dibuktikan.

"Saya dan Mike lebih sesuai menjadi sahabat dan teman, bukan lagi sebagai suami dan isteri. Ia sesuatu yang terlalu peribadi untuk dikongsi tetapi kami berpisah bukan kerana keganasan rumah tangga atau adanya orang ketiga," kata Tamara.

Ketika ditanya apakah mereka masih tinggal bersama sementara perceraian belum disahkan, Tamara dan Mike memilih untuk tidak memberikan jawapan.

"Ia sesuatu yang terlalu privasi, jadi tidak mungkin kami akan bercerita mengenainya. Yang pasti, kami menghormati undang-undang," katanya lagi.

Jurucakap mereka berdua, Malvin Barinding ketika diminta kepastian mengenai punca perpisahan itu berkata, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi bersama khalayak.

"Mereka sudah memilih untuk mengajukan permohonan cerai. Lebih baik mereka menjadi sahabat, malah tiada hal besar yang berlaku.

"Tiada orang ketiga, juga tiada keganasan rumah tangga sebaliknya apa yang berlaku dibuat atas kesepakatan mereka bersama," katanya.

Epik Titanic versi 3D

Posted: 06 Apr 2012 03:12 PM PDT

Hip

Kisah cinta Jack, Rose terus versi 3D buai perasaan penonton

Filem: Titanic 3D Denre: Drama, Cinta, Sejarah Arahan: James Cameron Pelakon: Leonardo DiCaprio, Kate Winslet, Billy Zane, Kathy Bates, Frances Fisher, Gloria Stuart, Bill Paxton, Bernard Hill

Durasi: 3 jam
Tayangan: Mulai 5 April 2012

TIDAK perlu diperkenalkan lagi karya agung James Cameron, Titanic, yang menjadi filem termahal dalam sejarah membabitkan kos AS$200 juta (1996) dengan pulangan kutipan RM5.4 bilion selain keunggulannya sebagai fenomena walau sudah 15 tahun berlalu.

Berbaloi mempertaruhkan gajinya sendiri semata-mata mahu menyiapkan produk yang tertangguh, akhirnya filem epik gah bersandarkan sejarah tenggelamnya kapal persiaran R.M.S Titanic dalam tragedi 15 April 1912 dipertontonkan julung kali pada 1 November 1997 pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo.
Bukan cinta biasa yang angkat sebagai subjek sebaliknya kisah dua darjat antara penumpang kelas tiga, Jack, serta gadis bangsawan kelas pertama, Rose, ialah metafora mewakili senario sebenar masyarakat hingga yang masih dibelenggu sikap tamak, nafsu dan meletakkan kuasa di tempat pertama.

Genre dipaparkan juga saling melengkapi - dari romantis, aksi, suspen hinggalah drama membuatkan filem yang membolot 11 Oscar itu mampu 'membeli jiwa' semua golongan di seluruh dunia.

Kini bagai dinanti, genap 100 tahun tragedi kapal mewah menyembah dasar Lautan Atlantik Utara dengan kedalaman 12,378 kaki di bawah paras laut, James tampil bersama versi lebih segar, Titanic 3D.

Segala-galanya masih kekal sama, tetap klasik, cuma format persembahan diadun menerusi format tiga dimensi yang dikatakan lebih hidup, sejajar transformasi teknologi masa kini malah sudah pasti sutradara tersohor itu mahu membawa kembali filem agungnya dalam nafas baru untuk dinikmati pula generasi muda.

Repertoire yang ditonjolkan menerusi Avatar tiga tahun lalu, juga sebuah filem tiga dimensi yang diperkatakan ramai antara cabaran besar bagi untuk memastikan Titanic 3D lebih hebat daripada itu.

Jangkamasa setahun bersama 300 pakar grafik juga membabitkan kos lebih RM5 juta bukan kerja mudah, apatah lagi mengadun serta meneliti semula gulungan filem yang sudah bertahun tersimpan dalam arkib sejarah.

Begitupun, bagi peminat atau mereka yang membesar dengan naskhah berseni itu, tidak kira 3D atau filem biasa, faktor dinantikan adalah peluang menyaksikan semula Titanic di layar lebar seperti awal kemunculan dulu.

Tidak sama impak tatkala menonton menerusi televisyen walau selebar mana pun skrin kerana kepuasan serta perasaan mengikuti babak dramatik seperti adegan Jack berpesan kepada kekasihnya ketika terapung di laut cukup terkesan sebaik menonton semula filem itu di pawagam.

Apa pun, James hanya mengikuti budaya popular pembikinan filem dunia dengan menerbitkan semula Titanic dalam versi tiga dimensi dan bagi pengikut tegar filem ini, biar disajikan dalam apa jua versi, ia tetap filem klasik yang tidak pudar ditelan zaman.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Aaron Aziz dedahkan Gambar kad pengenalan yang sebenar

Posted: 05 Apr 2012 08:42 PM PDT

kad pengenalan aaron aziz didedahkan
Sebelum ni kecoh dengan kemunculan gambar kad pengenalan Aaron Aziz yang dikatakan nama sebenar Aaron Aziz adalah Mat Haron Mustapha sehingga menyebabkan perasaan kurang senang peminat Aaron Aziz sendiri.. MyGosip pun agak pelik kenapa isu kad pengenalan artis boleh diperbesar-besarkan.. Apa-apa pun Aaron Aziz yang sentiasa kool ni telah membuktikan kad pengenalan yang tersebar sebelum ini adalah palsu..

Melalui laman web Suria FM, Aaron aziz telah menunjukan kad pengenalan dia yang sebenarnya dan terus membuktikan yang gambar kad pengenalan sebelum ini adalah palsu. dan dengan jelas kita boleh lihat nama sebenar Aaron Aziz adalah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini..

MyGosip tak pernah kisah pun apa nama sebenar Aaron aziz ni.. selagi lakonanya masih mantop.. kami akan terus menyokong..


Natasha Hudson bakal berkahwin kali ke-3 15 april ini

Posted: 05 Apr 2012 08:11 PM PDT

Natasha Hudson bakal berkahwin kali ke-3 15 april ini
Tahniah buat Natasha Hudson yang dengarnya bakal berkahwin pada 15 April ini di Masjid Kuala Lumpur dengan seorang ahli perniagaan, Khalid Kamal.. Keputusan untuk berkahwin buat kali ke-3 ni dibuat semasa Natasha Hudson berada di Kota Makkah ketika Natasha mengerjakan Umrah baru-baru ini..

Setelah empat tahun menjadi ibu tunggal, akhirnya Natasha Hudson telah bersedia untuk berkahwin dengan kekasih hatinya yang juga seorang pemilik syarikat muzik, PhuturePhlow.. Tambah Natasha Hudson lagi, mereka berdua sudah kenal sejak dibangku sekolah lagi.. Malah sebelum ini mereka berdua pernah berduet dalam lagu "Jika Ku Boleh Ubah Dunia", "Destiny Bersiri" dan "Salam Raya"…

Majlis pernikahan Natasha Hudson akan diadakan secara tertutup di masjid Kuala Lumpur pada 15 April ini, walaubagaimanapun, pihak media akan turut dijemput ke majlis itu.. MyGosip harap perkahwinan kali ke-3 Natasha Hudson ni akan berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya..

Sebelum ini perkahwinan pertama Natasha Hudson dengan seorang ahli pernigaan hanya mampu bertahan selama 5 bulan sahaja, manakala perkahwinan kedua dengan seorang ahli politik pula hanya bertahan 2 tahun sebelum mereka bercerai.. hasil perkahwinan sebelum ini Natasha Hudson mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena.

natasha hudson dan bakal suami


Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Bersikap optimis, pasrah

Posted: 06 Apr 2012 07:15 AM PDT

MEMANDANGKAN tidak mudah bagi menyatukan dua wajah popular ini dalam satu sesi fotografi, peluang bertemu mereka pada Siri Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Pasir Gudang, Johor Bahru, kira-kira dua minggu lalu, tidak dibiarkan begitu saja.

Bukan sekadar ingin berkongsi cerita dan perkembangan, namun melihatkan populariti mahupun pencapaian kedua-duanya sepanjang tahun lalu, tidak mustahil salah seorang dari mereka bakal membawa pulang trofi Bintang Paling Popular, ABPBH2011, malam esok.

Baik Aaron Aziz mahupun pemegang trofi itu tahun lalu, Shaheizy Sam, masing-masing punya pandangan dan perspektif sendiri.

Trofi adalah satu bentuk penghargaan yang akan hanya menyuntik semangat dinamik buat seseorang anak seni untuk memberikan yang lebih baik. Hebatnya, ABPBH adalah anugerah pilihan pembaca atau peminat sendiri dalam membuktikan sokongan mereka terhadap kerjaya seseorang artis yang produktif.


Bagaimanapun jika tiada rezeki untuk memegang trofi kemenangan, ia bukanlah menjadi satu kudis yang mengundang rasa pedih atau putus asa, sebaliknya ia diterjemah menjadi pembakar semangat untuk bekerja dengan lebih keras lagi.


Aaron yang dianggap mencetus fenomena sepanjang tahun lalu sehingga ketika ini, disebut-sebut calon paling layak bagi merangkul gelaran Bintang Paling Popular.

Mengakui ia boleh mengundang 'beban' dan rasa gusar, aktor kacak berusia 36 tahun kelahiran Singapura ini akui rasa terharu apabila dicalonkan dalam anugerah tahunan yang kini mencecah edisi ke-25 itu.

"Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kerana saya terus diterima sebagai calon dalam anugerah besar ini. Bagi saya, pihak penganjur nampak akan kehadiran saya dalam bidang lakonan ini dan memberi ruang sama rata kepada calon-calon lain untuk dipertandingkan.

"Namun saya sedar harapan yang diletakkan ke bahu saya oleh banyak pihak untuk menang apa-apa trofi adalah sesuatu yang berat. Bagi saya, semuanya terletak kepada peminat di luar sana dan terserahlah kepada mereka untuk memilih siapa yang mereka suka.

"Tugas saya adalah untuk terus berlakon dan memberikan yang terbaik. Selama ini saya berhijrah ke Kuala Lumpur semata-mata ingin mencari rezeki dan menunjukkan bakat saya.

Pengiktirafan untuk artis akan datang dengan sendiri dan bukan hak saya untuk meminta.

"Kalah menang, ia tidak akan mengubah niat saya untuk terus berlakon namun saya tetap ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang memangkah nama saya," katanya yang sebelum ini membintangi filem Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Datin Ghairah dan filem fenomena Ombak Rindu.

Drama Nora Elena lakonan Aaron tayangan TV3 juga mencatatkan jumlah penonton antara yang tertinggi bagi drama bersiri selain teater lakonannya, Badai Semalam. Teater itu mengukir sejarah tersendiri apabila Istana Budaya (IB) penuh sesak dengan peminat yang ingin menonton.

Kemuncak kerjaya Aaron setakat ini pastinya menerusi filem arahan Osman Ali, Ombak Rindu selain KL Gangster yang meraih kutipan pecah panggung melebihi RM10 juta.

"Tidak adil memberikan kesemua kredit itu kepada saya sedangkan setiap filem, drama dan teater itu adalah hasil kerjasama ramai pihak di depan dan belakang tabir.

"Kalau bukan kerana skrip yang baik, arahan serta gandingan pelakon-pelakon handalan, belum tentu sesebuah karya itu akan menjadi kegilaan ramai," katanya.

Tambah Aaron, andai rezeki berpihak kepadanya malam esok, trofi itu adalah kemenangan untuk dikongsi bersama peminat.

"Saya rasa Shaheizy Sam ada potensi sangat besar untuk terus memegang trofi itu sekali lagi kerana peminatnya sangat ramai dan kesemua filem lakonannya yang masih membuatkan panggung wayang sesak," ujar Aaron ditemani isteri tersayang yang juga pengurus kerjayanya, Diana Halik.

Dalam suasana riuh-rendah di belakang pentas pada Siri Jelajah ABPBH itu, Shaheizy yang mesra disapa Sam, masih gigih berkongsi perasaannya yang begitu seronok bertemu peminat dalam kembara tahun ini.

Bayangkan, meskipun tahun lalu, dia tidak berkesempatan langsung mengunjungi mana-mana destinasi Siri Jelajah ABPBH kerana terikat dengan jadual penggambaran ketata, namanya dia masih menjadi Bintang Paling Popular.

Lantas jelasnya, tahun ini adalah peluang terbaik untuknya membalas tanda sokongan peminat dan tidak pernah tertekan untuk memikirkan soal menang buat kali kedua.

"Kalau boleh, saya ingin bertemu setiap seorang peminat untuk bersalaman dengan mereka kerana saya masih terharu dan seronok dengan kemenangan tahun lalu. Bayangkan, peminat masih mengundi saya walaupun tidak berpeluang bertemu mereka. Justeru kali ini saya curi peluang untuk hadir ke setiap destinasi siri jelajah ini untuk mendekati peminat dan mengucapkan terima kasih atas sokongan.

"Saya tak pernah langsung terfikir soal nak memancing undi kerana sejak kecil lagi saya sudah berlakon kerana minat dan kesungguhan. Lakonan dan mencuba menghidupkan sesebuah watak dengan sebaik mungkin. Namun setiap trofi itu adalah satu bonus yang membuatkan saya jadi lebih bersemangat.

"Insya-Allah kalau ada rezeki, saya terima dengan penuh rasa syukur atas sokongan peminat yang memangkah! Saya sendiri ada gerak hati bahawa Aaron akan menjulang trofi terhebat itu," katanya merendah diri.

Sam mula muncul sebagai pelakon pada usia 13 tahun menerusi filem Sama Tak Serupa dan kemudiannya membintangi drama popular yang melonjakkan namanya, Pa'e, tiga tahun kemudian.

ABPBH2011 dengan tema 'Larger Than Life' bakal menggegarkan Arena of Stars, Genting Highlands, mulai 9 malam esok, secara langsung melalui TV3 dan Hot FM.




Rosyam ambil tindakan drastik

Posted: 06 Apr 2012 07:04 AM PDT

TINGGAL dua minggu saja lagi, Pilih Kasih musim ketiga (PK3) akan sampai ke kemuncaknya iaitu pada 22 April nanti. Pastinya artis PK3 dalam debaran untuk menantikan keputusan siapakah peserta yang layak ke peringkat akhir program realiti TV itu.

Pengumuman yang mendebarkan itu akan dilakukan Rosyam Nor selaku perintis Pilih Kasih yang diwujudkan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang lakonan.

Mengimbas dua episod terdahulu di mana tiada sebarang penyingkiran berlaku, namun seorang peserta terpaksa digugurkan dalam rancangan berkenaan iaitu Naqia Nasution ekoran tiada sebarang peningkatan ditunjukkan.

Meskipun pada pementasan minggu ke sembilan PK3, Ahad lalu, persembahan monolog Naqia mendapat pujian namun semua itu disifatkan Rosyam, sudah terlambat.


"Walaupun bukan Naqia yang mendapat undian terendah menerusi undian SMS penonton pada minggu ini tetapi saya terpaksa menyingkirkan Naqia dari PK3 kerana persembahannya tidak banyak menunjukkan peningkatan.


"Sudah dua kali saya memberi amaran kepadanya dan saya perlu bersikap adil kepada artis PK3 lain yang bersungguh-sungguh dalam tugasan mereka. Saya harap Naqia akan berjaya di luar sana," kata Rosyam.

Pada minggu-minggu sebelumnya, Nadia berada pada kedudukan selesa membuatkannya sama sekali tidak menyangka Rosyam akan mengambil tindakan drastik.

"Naqia sepatutnya mengambil berat atas setiap peringatan yang diberikan kepadanya atau pun mungkin dia terlupa yang dalam program realiti seperti itu, apa saja boleh berlaku," katanya.

Tidak hanya Rosyam malah pengkritik tetap PK3, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah sependapat mengatakan bahawa persembahan Naqia malas sehinggakan gadis jelita itu sering menjadi sasaran kemarahan beliau.

Meskipun terdapat sedikit peningkatan minggu lalu tetapi ia masih belum mencapai piawaian jika mahu dibandingkan dengan artis PK3 yang lain. Minggu lalu dua lagi artis PK3 yang menerima undian SMS paling rendah, Theera Alias dan Jalius Jaibin. Bagaimanapun, kedudukan mereka terselamat dengan penyingkiran Naqia.

Tambah Rosyam, jika Naqia menunjukkan peningkatan dalam persembahan pada minggu kedua atau ketiga, nescaya dia akan terus memberi peluang berada dalam PK3.

Theera sangat bernasib baik walaupun persembahan yang menghampakan dan kemerosotannya itu sangat mengejutkan Rosyam, Dr Abu Hassan serta Fauziah Nawi.

"Mereka seolah-olah tidak ada daya imaginasi tinggi dalam usaha untuk memberikan yang terbaik dalam persembahan masing-masing. Mereka tidak boleh hanya membaca skrip tanpa menganalisa jalan cerita dan watak masing-masing serta cuba membayangkan apa lagi yang mereka boleh lakukan untuk lebih menonjol," jelasnya.

Jalius juga terpaksa menerima komen pedas daripada Dr Abu Hassan mengkritik persembahannya malam itu.

Bagaimanapun, pemuda itu tidak patah semangat dan berazam untuk memanfaatkan masa yang singkat untuk memperbaiki mutu persembahannya.

Hatinya terubat dengan kemunculan pelakon pujaan hatinya, Rosnah Mat Aris yang muncul pada saat akhir pementasan teater. Kejutan itu membuatkan Jalius jadi teruja.

Kata Rosyam, mungkin apabila PK3 semakin hampir sampai ke penghujung, Theera dan Jalius berasa tertekan dan sukar untuk memberikan tumpuan.

"Sengaja kami mengadakan kejutan kerana kami faham perasaan artis PK3 yang berhadapan dengan tekanan dan apabila kami mengundang artis yang mereka minati sekurang-kurang dapat mengembalikan semula semangat juang mereka.

"Bukan niat kami untuk mendera atau menjatuhkan hukuman tetapi saya mahu mereka menjadi artis yang lasak dan bersedia berhadapan dengan apa jasa kemungkinan di luar sana," katanya.

Di sebalik kekalutan artis PK3 yang bagaikan hilang fokus, Fareth Agang dan Marina Jose pula menyerlah sehingga persembahan monolog dan teater mendapat pujian.

"Saya nampak kesungguhan dan kebolehan artis PK dalam drama dan juga teater.
Mereka pandai bermain dengan kamera dan membuatkan penonton percaya dengan lakonan mereka. Cuma mereka masih belum mahir menggunakan emosi mereka dalam monolog," kata Fauziah.

Minggu ini, PK3 tidak akan bersiaran untuk memberi laluan kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011). Pementasan PK3 akan ke udara semula pada 15 April sebelum kemuncaknya pada 22 April ini.




Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Pernah hidup susah

Posted:

Pernah hidup susah

Pernah hidup susah

BAND berasal dari Bogor, Indonesia, Dadali yang cukup popular dengan single pertama mereka Di Saat Aku Mencintaimu, mengakui pernah hidup susah sebelum mereka mengecapi populariti seperti hari ini.

Band yang mempunyai enam orang ahli iaitu Dyrga (vokalis), Fadel (bass), Rickarjd (gitar), Yuda (gitar), Oq (dram) dan Rix (keyboard) ketika ditemui pada majlis pelancaran album mereka yang berjudul Di Saat Aku Mencintaimu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini mengatakan, mereka tidak pernah menyangka akan segera popular hanya dengan sebuah lagu sahaja.

Pengalaman ditolak oleh banyak syarikat rakaman sehingga kehabisan wang dan terpaksa hidup bergelandangan selama beberapa hari di kota Jakarta masih segar dalam ingatan setiap ahli band Dadali.

"Kami pernah ditolak oleh beberapa penerbit syarikat rakaman yang memandang kami hanya dengan sebelah mata. Sungguhpun begitu, kami tidak berputus asa dan tetap mahu memperjuangkan muzik kami dengan memberi rakaman demo kepada setiap syarikat rakaman yang ada di Jakarta.

"Bayangkan sahaja perjalanan kami dari Bogor sangat jauh, kemudian ditolak oleh penerbit dan pernah suatu ketika kami kehabisan wang. Cuma yang ada dalam poket RM2 (RP 5,000) sahaja.

"Kami hanya mampu membeli sekeping roti untuk dikongsi berenam. Tidur di tepi kaki lima pusat beli-belah dan akhirnya kami sampai di syarikat rakaman Nagaswara," ujar vokalisnya, Dyrga.

Bagaimanapun kata Dyrga, saat pertama kali bertemu dengan penerbit di syarikat rakaman Nagaswara untuk memberi rakaman demo, sekali lagi kehadiran mereka tidak diendahkan.

"Ketika itu, sudah habis wang dan badan letih, tetapi saya tetap memaksa untuk mereka menyimpan rakaman demo yang kami bikin. Ketika perjalanan pulang, kami mendapat khabar gembira dan mereka meminta kami datang ke Jakarta untuk memperbaiki muzik kami," luah Dyrga lagi mengenai rentetan perjalanan muzik band Dadali.

Selepas berjaya mendapat kontrak dengan syarikat rakaman Nagaswara, sekali lagi mereka diuji apabila penerbit mengatakan tiada lagu yang benar-benar kuat untuk album pertama mereka.

"Ketika itu sudah ada sembilan buah lagu dan lagu Di Saat Aku Mencintaimu dicipta yang terakhir sekali oleh Yuda yang kebetulan waktu itu sedang bersedih kerana putus cinta.

"Dia mahu menjual lagu itu kepada Melly Goeslaw dan saya kata kepadanya, lagu ini sedap kenapa mahu jual. Lebih baik digunakan untuk album kami sendiri. Jadi kami bersama-sama perbaiki lagu itu dan apabila diperdengarkan kepada penerbit, terus dipromosikan lagu itu," cerita Dyrga.

Popular di pentas


HANYA berbekalkan sebuah album dan sebuah single sahaja, nama Dadali kini meledak di Indonesia dan Malaysia.


Berkat inspirasi putus cinta itu, lagu tersebut telah dijadikan lagu runut bunyi lebih 10 buah sinetron di Indonesia dan juga Malaysia menerusi drama Dingin Lavenda.

Lebih menarik lagu single pertama Dadali itu telah dimuat turun sebanyak 800,000 di Malaysia sahaja, manakala muzik video lagu Di Saat Aku Mencintaimu pula telah ditonton lebih daripada dua juta penonton di laman perkongsian video, Youtube.

"Semuanya berlaku tanpa dirancang. Waktu itu kami baru sahaja selesai penggambaran muzik video lagu Di Saat Aku Mencintaimu.

"Selepas video muzik itu siap, kami ingin menontonnya dan penerbit menghantar video itu di Youtube kerana susah untuk kami berulang-alik antara Bogor dan Jakarta. Kami merupakan orang kedua yang menonton video itu.

"Setelah itu, kami tidak kisah tentang video di YouTube, tahu-tahu sahaja video itu sudah ditonton oleh ramai orang. Memang kami sangat terkejut kerana tidak sangka sambutannya begitu menggalakkan," luah Dyrga sambil dipersetujui oleh anggota Dadali yang lain.

Kesukaran hidup yang pernah dilalui menjadikan mereka lebih matang dan berpijak di bumi yang nyata meskipun nama mereka semakin hari semakin bersinar di Indonesia dan juga Malaysia.

"Prinsip band Dadali, ketika kami di atas pentas, kami adalah artis tetapi apabila berada di bawah pentas, kami adalah orang biasa yang menjalani kehidupan yang sama seperti sebelum kami dikenali ramai," kata Yuda, 33, yang merupakan anggota tertua band Dadali.

Dyrga bukan Ariel Peterpan

Jika didengar dengan teliti lontaran vokal Dyrga ternyata vokalnya itu kedengaran serupa dengan vokal milik vokalis band Peterpan, Ariel yang kini berada di dalam penjara atas kesalahan menyebarkan video lucah.

Perkara itu turut diakui oleh ramai pihak termasuklah penerbit band Peterpan sendiri sehingga pernah menawarkan Dyrga untuk menggantikan posisi Ariel dalam konsert jelajah Peterpan di Indonesia.

Semuanya terjadi apabila band Dedali diminta oleh penerbit program Inbox untuk menyanyikan lagu Peterpan, Mungkin Nanti dengan alasan peminat sudah lama merindui Ariel Peterpan.

"Sekali itu sahaja saya menyanyikan lagu Peterpan, terus orang mengatakan suara saya mirip Ariel dan penerbit Peterpan turut menawarkan saya untuk menggantikan tempat Ariel pada konsert jelajah mereka.

"Penerbit saya tolak tawaran itu, begitu juga saya kerana saya tidak mahu kehadiran saya di dalam industri muzik dibayangi oleh Ariel Peterpan. Saya lebih selesa jika saya dikenali dengan band Dadali sahaja," balas Dyrga.


DADALI kelihatan begitu komited sewaktu membuat persembahan kepada pihak media pada majlis sidang akhbar.


Disoal adakah Dyrga sengaja menyanyikan lagu mengikut lenggok suara Ariel, jawabnya: "Saya sebenarnya sedih disamakan dengan Ariel. Macam mana saya mahu buat kerana sudah suara saya begini, bukan sengaja mahu ada suara sepertinya. Dalam dunia memang ada tujuh orang yang sama, mungkin salah satu daripada tujuh orang itu adalah saya."

Menurut Dyrga lagi, band Dadali tidak memerlukan hasil ciptaan orang lain kerana mereka berenam berkebolehan dalam penciptaan lagu selain untuk mengekalkan identiti band Dadali.

Azza dituduh jahil

Posted:

Azza dituduh jahil

Azza dituduh jahil

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


AZZA terharu apabila rakan-rakan yang pernah bersamanya menganggotai kumpulan Elite (dari kiri) Abby Abadi, Watie Sadali dan Shasha Saidin dapat hadir pada majlis akad nikahnya ini.


PADA 1 April lalu, Noor Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza, telah melangsungkan pernikahan bersama kekasih yang dikenali hampir dua tahun lalu, Azlan Zulaily yang juga seorang pramugara syarikat penerbangan tempatan.

Masih terang warna inai di jari, namun sudah ada kata-kata kurang enak tentang cara pemakaian selendang Azza pada majlis pernikahannya yang berlangsung dalam Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor itu.

Kemanisan mengecapi bahtera perkahwinan tercalar sedikit ekoran tuduhan terhadap diri Azza yang ditohmah sebagai seorang yang jahil tentang ilmu agama kerana tidak menutup aurat ketika berada di dalam pekarangan masjid untuk majlis akad nikahnya itu.

Sebagai seorang Islam, sememangnya agak keras tuduhan jahil tentang hukum agama yang dilemparkan terhadap bekas anggota kumpulan Elite itu.

Azza yang dihubungi Kosmo! kelmarin berkata: "Azza faham ia menyentuh sensiviti masyarakat, jadi Azza ingin meminta maaf secara terbuka jika selendang yang Azza pakai itu menjadi isu. Azza akui sangat sedih dan tidak tahu mahu berkata apa.

"Tapi tidak mengapa kerana dalam dunia ini tidak semua orang suka kita. Saya terima dengan sabar. Biarlah mereka mahu berkata, kerana apa yang penting kejadian ini akan membuatkan Azza lebih berhati-hati pada masa akan datang."

Namun begitu, Azza bersyukur kerana ada peminat dan rakan-rakan yang sentiasa setia menyokong karier dan dirinya walau apa pun yang terjadi.

Menyingkap sejarah sebelum Azza, 34, dan Azlan, 25, bersatu sebagai suami isteri, ujar Azza, lebih setahun lalu, dia berkenalan dengan Azlan di Mydin Mall, USJ, Subang, Kuala Lumpur semasa membuat persembahan. Sejak dari itu, telah bersemai bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membawa mereka ke jenjang pelamin.

Sempena perkahwinannya itu, Azza menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM10,000.

Selain itu, Azza menerima sembilan dulang hantaran daripada pengantin lelaki, antaranya dua bentuk cincin, set wangian, al-Quran dan sejadah serta buah-buahan manakala pihak lelaki pula menerima 11 dulang hantaran yang berupa set wangian, set persalinan, set dompet dan sebagainya.

Mungkin terlalu gementar, hanya selepas tiga kali lafaz, Azza sah bergelar isteri kepada Azlan tepat pukul 5.27 petang itu yang dinikahkan oleh jurunikah, Abdul Hakim Abdul Rahman.

"Semestinya dalam diri saya ini memang wujud perasaan penuh tanggungjawab setelah bergelar suami selain gemuruh dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur-baur," ulas Azlan yang tidak kisah dengan perbezaan umur antara dirinya dan Azza.

Tambahnya: "Sebab apa saya memilih Azza untuk dijadikan teman hidup ialah kerana dari segi karakternya sendiri. Dia seorang yang kelakar dan dia juga seorang yang penyayang. Anaknya, Marissa juga saya telah anggap seperti anak saya sendiri.

Berbicara mengenai perancangan untuk menambah bilangan ahli keluarga, mereka berdua sepakat belum lagi mempunyai perancangan untuk berbuat demikian. Namun, andai kata rezeki daripada Tuhan diberi lebih awal, Azza dan Azlan bersyukur dengan pemberian tersebut.

Showdown 2012 lebih hebat

Posted:

Showdown 2012 lebih hebat

Showdown 2012 lebih hebat


SUASANA di kaunter pendaftaran Showdown 2012 di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUDAH memulakan 'peperangan gerak tari' yang disiarkan pada 4 April lalu, Showdown 2012 kembali dengan lebih hebat, lebih meriah dan lebih mega daripada sebelumnya.

Kali ini cabaran yang harus dilalui tentulah lebih besar kerana selepas dua musim bersiaran, Showdown telah mempunyai satu tanda aras yang tinggi terhadap bakat-bakat penari baharu yang lebih hebat kerana dua musim sebelum ini, para peserta yang hadir telah menunjukkan skil tarian yang tidak bersifat amatur.

Selain mencari penari baharu yang hebat, untuk memantapkan program tersebut, pihak penerbitan pemenang Program TV Popular di Shout! Awards 2010, Program Realiti Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 dan Program Realiti TV Terbaik pada malam Anugerah Sri Angkasa 2010 ini juga memperluaskan publisiti program realiti tersebut dengan menggunakan strategi pemasaran dan promosi menerusi media alternatif.

Keberkesanan penggunaan media alternatif terbukti memandangkan peningkatan jumlah pengikut dalam talian yang diraih oleh 8TV. Buktinya 8TV mempunyai lebih 100,000 pengikut di laman sosial Facebook di bawah rancangan Showdown 2010 dan Showdown 2011.

Secara purata, kira-kira 9,000 pos dan status dikemaskini setiap hari oleh para peminat. Angka ini tidak termasuk ribuan lagi yang turut mengikuti 8TV melalui profil yang lain.

Malah, pada musim ketiga ini juga menyaksikan sedikit kelainan yang ditonjolkan dengan uji bakat mencari penari baharu dijalankan menerusi dalam talian. Sesi uji bakat yang dilakukan secara dalam talian sejak 1 November hingga 21 November 2011 ternyata mendapat respons yang baik daripada peminat apabila lebih 30 kru menghantar video tarian mereka.

"Kami sangat berbangga apabila program Showdown dapat diterbitkan untuk musim yang ketiga kerana kami dapat memperkenalkan rakyat Malaysia kepada penari dan penghibur negara yang sememangnya berbakat besar.

"Ini (Showdown) adalah platform terbaik bagi anak-anak muda negara untuk mengetengahkan bakat mereka. Kepada peminat setia Showdown, ini merupakan hadiah daripada kami untuk anda yang sentiasa menyokong 8TV," ujar Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul.

Pertarungan kali ini akan memberi peluang kepada juara membawa pulang habuan sebesar RM50, 000. Siapa yang akan menjadi pemenang pada Showdown 2012 tahun ini, jangan lupa saksikan program ini yang telah mula bersiaran setiap hari Rabu pada pukul 9.30 malam.

Jumaat, 6 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


ABPBH 25: Adakah Aaron Aziz Bintang Paling Popular?

Posted: 06 Apr 2012 04:41 AM PDT

Mula menjejakkan kaki dalam industri hiburan Malaysia pada tahun 2004 dalam drama berjudul "Haryati", Aaron Aziz kini sudah popular dikalangan peminat tempatan walaupun dia merupakan anak jati kelahiran Singapura.

Namun tahun 2011 telah menjadi satu fenomena buat dirinya. Lakonan Aaron Aziz dalam filem berjudul 'KL Gangster" arahan Syamsul Yusof telah melonjakkan namanya dimata peminat. Watak yang dibawakan berjaya memukau mata dan hati para penonton. Apa tidaknya, dengan rupa paras dan tubuh badan yang sasa, sampai sekarang kami tidak boleh lupa bagaimana rupa wanita jika kami bercerita mengenai Aaron Aziz.

Bermula disitu, sekali lagi, lakonan Aaron Aziz sebagai Hariz dalam filem yang diilhamkan dari novel cinta karya Fauziah Ashari telah memukau hati penonton. Aaron berjaya melakonkan watak Hariz, seorang lelaki kaya yang pada mulanya membenci Izzah, namun tiba-tiba jatuh cinta dan terpaksa menempuh konflik diantara ego, keluarga dan cinta.

Persoalannya, cukup popularkah Aaron Aziz untuk memenangi Anugerah Bintang Paling Popular yang ke-25? Adakah cukup sekadar 2 filem ini dan beberapa drama lakonannya boleh menjadi nilai samada dia popular atau tidak?

OHBULAN! boleh tunjukkan anda beberapa contoh paling ketara yang membuktikan Aaron Aziz sememangnya popular dikalangan rakyat Malaysia. Setakat ini, Aaron Aziz belum pernah dikaitkan dengan mana-mana selebriti perempuan di negara kita, ini disebabkan Aaron sendiri sudah mempunyai isteri yang jelita. Semua orang sudah tahu bukan?

Banyak isu-isu mengenai Aaron Aziz telah menarik perhatian para media, antaranya ialah isu Aaron memohon kerakyatan Malaysia yang masih belum diketahui statusnya sehingga hari ini. Isu kad pengenalan dan nama betul Aaron yang juga dipersoalkan sebelum ini. Tak habis dengan itu, semalam blog-blog hiburan dan media mempersoalkan pula kuku Aaron Aziz.

Sampai ke kuku dipersoalkan, anda rasa belum popular lagikah Aaron Aziz? Sebelum ini, gambar-gambar Aaron bercuti bersama isteri turut menjadi perbualan para peminat. Tidak kurang dari situ, jika anda pergi ke laman Youtube, dan cari nama Aaron Aziz, disetiap video yang ada Aaron Aziz pasti akan ada komen yang kami sendiri "geli" nak baca! Itu pasti dan kami tidak tipu, tak tahulah jika ada yang kami terlepas, kan?

Banyak lagi isu-isu berkaitan Aaron Aziz, tapi cukuplah setakat ini yang kami tulis. Barang yang lepas, jangan dikenang.

Ini hanya sekadar pandangan dari OHBULAN!, apa pun kuasa undian terletak di tangan anda dan kami rasa, undian sudah pun berakhir hari ini. 8 April ini bakal menyaksikan siapakah yang akan merangkul anugerah paling berprestij ini. Kita nantikan ya!

Pesanan – Pada 8 April ini, anda juga boleh menonton 'Live Streaming' Anugerah Bintang  Popular Berita Harian 25 (ABPBH 25)  di sini.

Maher Zain Lancar Album Baru “Forgive Me”

Posted: 06 Apr 2012 12:45 AM PDT

Populariti penyanyi warganegara Lebanon, Maher Zain di Malaysia memang tak perlu disangkal lagi apabila album debutnya berjudul 'Thank You Allah" menerima jualan berjumlah 250 000 cetakan di seluruh negara. Didokong oleh sokongan penuh daripada peminat setianya, Maher Zain mengorak langkah dengan melancarkan album keduanya berjudul 'Forgive Me' di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, petang tadi.

Album terbaru ini mengandungi 14 lagu kesemuanya. Lagu kedua berjudul 'Number One For Me', dijadikan hit single pertama yang akan menjadi siulan pendengar Muslim seluruh negara. Apa yang istimewa, album ini mengandungi 2 buah lagu Melayu berjudul 'Ku Milik Mu' dan 'Tuntutan Kepada Mu'. Selain daripada lagu berbahasa Melayu dan Inggeris, Maher Zain turut memuatkan beberapa lagu Arab yang menjadi trademark kepada mana-mana album spiritual seumpamanya.

Album yang diterbitkan oleh Awakening Worldwide LTD dan diedarkan oleh InTeam Records Sdn Bhd dan Warner Music telah pun menjengah pasaran mulai 2 April 2012 yang lepas. Harga album ini hanyalah RM29.90 dan boleh didapati mulai laman www.inteammobile.com. Jangan lepaskan peluang mendapatkan album yang memberi inspirasi kepada anda sekarang!

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Trailer Filem Jalan Kembali Bohsia 2

Posted: 06 Apr 2012 10:55 PM PDT

Ini dia OFFICIAL TRAILER untuk filem JALAN KEMBALI (BOHSIA 2) yang akan ditayangkan pada 7 Jun 2012 yang diupload oleh Syafiq Yusof hari ini.

Sebuah filem aksi Syamsul Yusof terbitan Skop Productions yang bakal ditayangkan pada 7 JUN 2012. Lakonan mantap dari Syamsul Yusof, Salina Saibi, Sofi Jikan, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, Harun Salim Bachik, Azad Jazmin, Hetty Serlene dan ramai lagi.

Tengok pada tajuk pun kita tahu yang filem ni ada elemen-elemen aksi, nak kata ganas tu, korang tengok sendirilah trailer ni macamana, dengan aksi mat rempit, lumba motor yang sangat merbahaya, pastinya padat dengan aksi stunt dan juga skripnya juga ada komedi. Apa yang penting, mesej yang nak disampaikan dari filem ini.

Penampilan Hetty Sarlene yang dah lama tak muncul, kali ini akan tampil dalam filem Jalan Kembali Bohsia 2. Juga yang dinantikan komedi Zizan dan juga pelakon Nabila Huda.

Sama-sama kita nantikan. 7 Jun… ala lambatnya lagi.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
  • New Trailer Transformers 3 Dark of the Moon HD
  • Video Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
  • Trailer Filem Keramat Ada Adegan Seks
  • Official Trailer Filem Azura
  • Trailer Filem Aku, Kau & Dia Lakonan Remy Ishak
  • Trailer Filem Histeria Lakonan Scha, Talya, Vanidah Imran
  • Trailer Filem Duhai Si Pari-Pari
  • Trailer Movie Saus Kacang Lakonan Marsha Milan Londoh
  • Gambar Diana Danielle di Red Carpet ABP 2008
  • Gambar Adam Dengan Pakaian di ABPBH Tajaan Lords Tailor

    Posted: 06 Apr 2012 05:29 PM PDT

    Gambar Adam Dengan Pakaian di ABPBH Tajaan Lords Tailor

    Budiey perhatikan, Adam ni jenis yang agak details gak dalam bab-bab pemakaian dan berfesyen ni. Bagus la jugak macam tu. Sekurang-kurangnya, Adam tahu apa yang sesuai dengan gaya dan konsep muzik yang dibawa.

    Untuk Anugerah Bintang Popular yang bakal berlangsung esok, pakaian Adam ditaja oleh Lords Tailor dan Budiey rasa rekaan ini sangat bagus dan sesuai dengan Adam. #Untungla

    Adam ABPBH

    Adam ABPBH

    Adam ABPBH

    Adam ABPBH

    Adam ABPBH

    Adam ABPBH

    Tags: ,

    Comments

    comments

    Powered by Facebook Comments

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Aaron Aziz Menggayakan Pakaian Karpet Merah di ABPBH
  • Gambar Aaron Aziz di Lords Tailor ABPBH di Kuching
  • Lords Tailor Taja Baju Zizan Raja Lawak ABPBH 2010
  • Gambar Baju Shaheizy Sam Untuk Anugerah Bintang Popular 2011
  • Gambar Azrel Ismail Menggayakan Pakaian Lords Tailor di ABPBH
  • Gaya Moden Klasik Lords Tailor Anugerah Bintang Popular 2010
  • KRU Pecat Adam AF2?
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Pelancaran Pembukaan Lord's Tailor
  • Gambar Afiq Muiz Pakai Baju Lords Tailor Untuk ABPBH
  • Gambar Shaheizy Sam di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Celebrity News

    Celebrity News


    Gossip Panas : Skandal KOMPOSER AZMEER Berkahwin Dengan Gadis Kampung

    Posted: 06 Apr 2012 02:56 AM PDT

    Sebelum balik daripada pejabat ZoOM, ada satu "post" yang mengejutkan ZoOM mengenai komposer terkenal, yakni Azmeer atau nama sebenar Mohd Azhar Bin Abu Bakar (menurut info). Mungkin selepas ini cerita ini akan berpanjangan dan menjadi topic hangat diperkatakan di media cetak/elektronik dan lama-laman sosial serta Blog.

    Selepas membaca luahan seseorang yang dipetik daripada satu laman blog (isu-hangat.blogspot.com), ZoOM mengamati satu persatu apa yang ingin disampaikan oleh orang yang meluahkan perasaan tidak puas hatinya, mengenai kisah sedih kawan beliau dengan komposer Azmeer.

    Jika semua ini tidak benar, Azmeer kena tampil menjawap isu panas yang bakal meletupkan gossip artis di Malaysia, dan mengambil tindakan sewajarnya. Dan berikut ZoOM sertakan luahan seseorang mengenai Azmeer yang dikatakan membuat sesuatu yang sudah tentu menyakitkan hati sesiapa sahaja yang membacanya :
    Kad Kahwin Azmeer dan Gadis tersebut (Menurut Info)
    Saya menulis nota ini atas dasar saya sebagai seorang wanita dan tidak mahu wanita lain mengalami pengalaman pahit dan tertipu sebagaimana rakan wanita saya. Juga untuk menyedarkan golongan wanita agar tidak mudah terpujuk lantas terjebak dengan janji manis beberapa golongan artis dan selibriti.

    Rakan wanita saya "X" telah diperkenalkan oleh kawan-kawan dengan komposer terkenal AZMEER atau nama sebenarnya MOHD AZHAR BIN ABU BAKAR (660614-71-5611) sekitar tahun 2004. AZMEER memang sudah berkahwin ketika itu tetapi terus jatuh hati dan memikat "X" seorang gadis kampung yang bekerja mencari rezeki di Lembah Kelang. "X"
    sememangnya cantik dan seksi mengakibatkan AZMEER tidak lena tidur tergiurkan gadis sunti ini yang ketika itu berusia 27 tahun.

    X terus jatuh hati maklumlah dengan seorang selibriti dan AZMEER manis berkata-kata. Dan setelah mengusung X ke sana kemari AZMEER akhirnya bersetuju untuk menikahi X. X bersetuju menjadi isteri kedua dengan syarat AZMEER mesti mendapat persetujuan isteri tuanya.
    Atas nasihat dan muslihat kawan-kawannya AZMEER memberikan persetujuan dan pada 23 September 2005 telah bernikah dengan X di kampong X di Negeri Sembilan. Menurut maklumat AZMEER telah menggunakan sindiket memalsukan persetujuan isteri tuanya (isteri tuanya menurut maklumat tidak pernah memberikan persetujuan).

    Kesiannya keluarga X sekadar dapat menjadi tuan rumah majlis akad nikah dan kenduri kecil jiran-jiran. Tiada kenduri kahwin macam biasa, tiada bersanding semua kerana AZMEER kononnya tak mahu majlis besar-besaran. Sedangkan realitinya AZMEER tidak mahu majlis ini menjadi buah mulut apalagi diketahui isteri tuanya.

    Yang sebenarnya AZMEER mahu menghalalkan hubungannya dengan X kerana laparkan tubuh badannya. Setelah berkahwin hubungan AZMEER dan X sekadar touch and go. Apabila sahaja AZMEER ada peluang lari dari isteri tuanya X akan dihubungi untuk AZMEER melepaskan nafsunya. Tengah-tenga malam tak kira 1 atau 2 pagi AZMEER akan mencari X bila beliau lepas dari penjara isteri tuanya.

    Semua kawan-kawan tahu yang X dilayan hanya sekadar pemuas nafsu AZMEER. Budak kampong apa yang dia tahu. Terkadang belanja pun putus-putus sehingga X terpaksa cari makan sendiri untuk menampung belanja tetapi sebagai isteri yang setia menunggu-nunggu AZMEER bila sahaja ada peluang bersama. Keluarga X dikampung gelisah memikirkan nasib X.

    AZMEER tidak pernah bersama X dalam mana-mana majlis rasmi. Kalau curi-curi bercuti pun ditempat yang tidak diketahui orang kadang-kadang perlu bawa kawan-kawan untuk "cover line".

    Licik betul AZMEER.

    Ringkas cerita satu hari isteri tuanya telah menghidu bau busuk AZMEER dan menjejakinya. X dimaki hamun depan AZMEER di studio beliau. Kasihan X gadis kampung yang tak tahu apa-apa.
    AZMEER berjanji dengan isteri tuanya akan segera menceraikan X tetapi hakikatnya beliau tidak berbuat demikian sedangkan sangka isteri tuanya mereka telah bercerai.

    Sejak dari itu kekerapan AZMEER bertemu X semakin kurang. Hidup X terumbang-ambing menjadi isteri tapi tanpa kehadiran suami. Majlis kenduri keluarga dan Hari Raya AZMEER tidak pernah turun ke kampong X. Malah ketika bapa X meninggal dunia di kampong AZMEER sedikit pun tidak ambil kesempatan untuk pulang ziarah di kampong X di Gemas, NS.

    Pada awalnya kawan-kawan rapatnya menasihati agar X menuntut cerai dari AZMEER kerana kasihan melihat hidupnya tetapi sebagai seorang isteri yang taat X enggan walaupun hidupnya tak menentu. AZMEER pula sudah pasti tak mahu melepaskan X kerana X lah peluang untuk beliau melepaskan nafsu serakahnya bila ada kelapangan, maklumlah gadis sunti yang cantik dan digilai ramai.

    Dari tahun ke tahun atas nasihat kawan-kawan akhirnya X sedar yang beliau sebenarnya sekadar menjadi barang mainan AZMEER. AZMEER tidak serius mahu mendirikan rumah tangga dengan beliau tetapi sebenarnya hanya menjadikan X sebagai tempat memuas nafsu.
    Hanya selepas lebih 5 tahun berkahwin sorok-sorok dengan AZMEER akhirnya X sedar yang hidup beliau selama ini tertipu dan melalui bantuan peguam Suriani and Associates ( 06 6323008) beliau memfailkan tuntutan cerai. Apabila melihat X serius AZMEER bimbang dan memberikan persetujuan dengan syarat peguam merahsiakan identity beliau. Pada 11 April 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban AZMEER menceraikan X dengan alasan rumahtangga berkrisis dan tidak dapat didamaikan lagi.

    Sudahlah hidup beliau dipermainkan selama lebih 5 tahun oleh AZMEER. Segala belanja mahkamah termasuk yuran peguam yang menelan ribuan ringgit itu ditanggung X sendiri dan AZMEER tidak memberikan sesen pun gantirugi apabila menjatuhkan talak.

    Pasti ramai tidak percaya begitu sekali perangai AZMEER yang kelihatan baik dan ceria itu.
    Saya mahu cerita ini sampai kepengetahuan umum supaya AZMEER bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku walaupun X kini telah pun berkahwin tidak mahu sedikit pun perkara ini keluar kepengetahuan umum kerana menghormati AZMEER.

    Sebagai seorang wanita saya kagum dengan pengorbanan X tetapi saya tidak sanggup melihat ada lagi mana-mana wanita lain menanggung siksa dan kesusahan lantaran orang seperti AZMEER ini. Tolonglah dedahkan perkara ini. Memang AZMEER akan malu tetapi apa salahnya malu setelah merosakkan hidup seorang gadis yang tidak berdosa…………..

    Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!