Adsense

Jumaat, 6 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


ABPBH 25: Adakah Aaron Aziz Bintang Paling Popular?

Posted: 06 Apr 2012 04:41 AM PDT

Mula menjejakkan kaki dalam industri hiburan Malaysia pada tahun 2004 dalam drama berjudul "Haryati", Aaron Aziz kini sudah popular dikalangan peminat tempatan walaupun dia merupakan anak jati kelahiran Singapura.

Namun tahun 2011 telah menjadi satu fenomena buat dirinya. Lakonan Aaron Aziz dalam filem berjudul 'KL Gangster" arahan Syamsul Yusof telah melonjakkan namanya dimata peminat. Watak yang dibawakan berjaya memukau mata dan hati para penonton. Apa tidaknya, dengan rupa paras dan tubuh badan yang sasa, sampai sekarang kami tidak boleh lupa bagaimana rupa wanita jika kami bercerita mengenai Aaron Aziz.

Bermula disitu, sekali lagi, lakonan Aaron Aziz sebagai Hariz dalam filem yang diilhamkan dari novel cinta karya Fauziah Ashari telah memukau hati penonton. Aaron berjaya melakonkan watak Hariz, seorang lelaki kaya yang pada mulanya membenci Izzah, namun tiba-tiba jatuh cinta dan terpaksa menempuh konflik diantara ego, keluarga dan cinta.

Persoalannya, cukup popularkah Aaron Aziz untuk memenangi Anugerah Bintang Paling Popular yang ke-25? Adakah cukup sekadar 2 filem ini dan beberapa drama lakonannya boleh menjadi nilai samada dia popular atau tidak?

OHBULAN! boleh tunjukkan anda beberapa contoh paling ketara yang membuktikan Aaron Aziz sememangnya popular dikalangan rakyat Malaysia. Setakat ini, Aaron Aziz belum pernah dikaitkan dengan mana-mana selebriti perempuan di negara kita, ini disebabkan Aaron sendiri sudah mempunyai isteri yang jelita. Semua orang sudah tahu bukan?

Banyak isu-isu mengenai Aaron Aziz telah menarik perhatian para media, antaranya ialah isu Aaron memohon kerakyatan Malaysia yang masih belum diketahui statusnya sehingga hari ini. Isu kad pengenalan dan nama betul Aaron yang juga dipersoalkan sebelum ini. Tak habis dengan itu, semalam blog-blog hiburan dan media mempersoalkan pula kuku Aaron Aziz.

Sampai ke kuku dipersoalkan, anda rasa belum popular lagikah Aaron Aziz? Sebelum ini, gambar-gambar Aaron bercuti bersama isteri turut menjadi perbualan para peminat. Tidak kurang dari situ, jika anda pergi ke laman Youtube, dan cari nama Aaron Aziz, disetiap video yang ada Aaron Aziz pasti akan ada komen yang kami sendiri "geli" nak baca! Itu pasti dan kami tidak tipu, tak tahulah jika ada yang kami terlepas, kan?

Banyak lagi isu-isu berkaitan Aaron Aziz, tapi cukuplah setakat ini yang kami tulis. Barang yang lepas, jangan dikenang.

Ini hanya sekadar pandangan dari OHBULAN!, apa pun kuasa undian terletak di tangan anda dan kami rasa, undian sudah pun berakhir hari ini. 8 April ini bakal menyaksikan siapakah yang akan merangkul anugerah paling berprestij ini. Kita nantikan ya!

Pesanan – Pada 8 April ini, anda juga boleh menonton 'Live Streaming' Anugerah Bintang  Popular Berita Harian 25 (ABPBH 25)  di sini.

Maher Zain Lancar Album Baru “Forgive Me”

Posted: 06 Apr 2012 12:45 AM PDT

Populariti penyanyi warganegara Lebanon, Maher Zain di Malaysia memang tak perlu disangkal lagi apabila album debutnya berjudul 'Thank You Allah" menerima jualan berjumlah 250 000 cetakan di seluruh negara. Didokong oleh sokongan penuh daripada peminat setianya, Maher Zain mengorak langkah dengan melancarkan album keduanya berjudul 'Forgive Me' di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, petang tadi.

Album terbaru ini mengandungi 14 lagu kesemuanya. Lagu kedua berjudul 'Number One For Me', dijadikan hit single pertama yang akan menjadi siulan pendengar Muslim seluruh negara. Apa yang istimewa, album ini mengandungi 2 buah lagu Melayu berjudul 'Ku Milik Mu' dan 'Tuntutan Kepada Mu'. Selain daripada lagu berbahasa Melayu dan Inggeris, Maher Zain turut memuatkan beberapa lagu Arab yang menjadi trademark kepada mana-mana album spiritual seumpamanya.

Album yang diterbitkan oleh Awakening Worldwide LTD dan diedarkan oleh InTeam Records Sdn Bhd dan Warner Music telah pun menjengah pasaran mulai 2 April 2012 yang lepas. Harga album ini hanyalah RM29.90 dan boleh didapati mulai laman www.inteammobile.com. Jangan lepaskan peluang mendapatkan album yang memberi inspirasi kepada anda sekarang!