Adsense

Jumaat, 6 April 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Debaran dan keterujaan Intan-Neelofa

Posted:

Debaran dan keterujaan Intan-Neelofa

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM
Soleka ATIE JENGKA (013-3408200)


DARI kiri Zulfahmi Khairuddin, Intan, Alex Yoong, Principal KL Minardi F1 2X Mark Parish, Neelofa dan Ahmad Razlan Ahmad Razali.


SEMPENA penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia 2012 oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini, penganjur memberi peluang kepada pihak media dan artis untuk merasai sendiri pengalaman kelajuan kereta F1 X2 yang dipandu oleh bekas pelumba F1, Alex Yoong dan Patrick Friesacher.

Dengan kerjasama daripada rakan meja Sukan, Aizawati Ahmad, S3 berjaya membawa pelakon Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 30, dan Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, ke litar Sepang pada 30 Mac lalu.

Nyata kedua-dua pelakon popular itu teruja untuk merasai pengalaman tersebut lebih-lebih bukan mudah dan murah untuk mendapatkan peluang seumpama itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Galeri seni tenangkan Feeya

Posted:

Galeri seni tenangkan Feeya

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB


Entah apa yang dibincangkan oleh Feeya bersama peminat seni yang ditemuinya ketika di Galeri Petronas, Kuala Lumpur.


JIKA kebanyakan anak muda sebaya lebih gemar meluangkan masa di pusat membeli-belah, lain pula bagi anak kelahiran Pasir Gudang, Johor ini. Bagi empunya nama Nurshafiza Iskandar Azizan, dia lebih selesa jika masa terluangnya diisi dengan perkara berfaedah dan bermanfaat.

Oleh itu, galeri-galeri seni mahupun muzium sering menjadi lokasi pilihan penyampai radio Sinar FM ini untuk menenangkan jiwa dan dalam masa yang sama menambah pengetahuan.

Berkesempatan mengikuti anak gadis yang mesra disapa Feeya ke Galeri Petronas baru-baru ini, ternyata dia sememangnya meminati bidang seni.

"Sebenarnya saya suka pergi ke tempat-tempat sebegini sebab dapat tambah pengetahuan. Rasa tenang sangat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.