Adsense

Khamis, 15 Mac 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Angelina Jolie Bertudung

Posted: 15 Mar 2012 09:27 AM PDT


Gambar ini diambil semasa lawatan Angelina Jolie ke Pakistan, namun ia mungkin hanyalah sekadar pakaian yang dipakai kerana menghormati budaya di sana. Namun bagi ZoOM jika beliau meneruskan menggunakan pakaian sedemikian sudah tentu ramai yang terpegun terutamanya renungan mata beliau yang mencerminkan seorang wanita yang perlu dihormati oleh kaum lelaki.


Apa pula kata anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Dewi Persik di Penjara Kerana menganiaya Julia Perez !!

Posted: 14 Mar 2012 08:07 PM PDT

Kisah yang tidak berkesudahan akhirnya terjawab dengan sabitnya kesalahan hukuman penjara ke atas Dewi Persik.
Akhirnya kes perkelahian antara Dewi Persik dan Julia Perez, berakhir.
Setelah melalui proses perbicaraan, Dewi Persik atau lebih dikenali sebagai Depe, dijatuhkan hukuman dua bulan penjara dengan masa percubaan selama empat bulan.
Keputusan itu dibuat di Mahkamah Negeri di Jakarta Timur, semalam.
Dewi Persik menangis sebaik saja mendengar keputusan mahkamah. Dia terkejut dan seolah-olah tidak dapat menerima keputusan itu.

Dewi Persik atau nama sebenarnya, Dewi Murya Agung didapati bersalah menganiaya Julia Perez.

Kesalahannya itu melanggar Fasal 352, Ayat 1 mengenai pengianiayaan.
Hukuman yang dijatuhkan itu lebih ringan berbanding dengan tuntutan pendakwa raya.
Sebelum ini, bekas isteri Saipul Jamil ini diminta dikenakan hukuman enam bulan penjara.
Dalam tempoh empat bulan itu, Dewi Persik perlu berkelakuan baik dan sekiranya dia melanggar undang-undang, dia akan disumbat dalam penjara.


ZoOM : Baru buku bertemu dengan ruas, boleh tahan juga artis daripada seberang ni kalau bergaduh, tetapi sebelum ini ada juga artis kita yang berkelakuan sedemikian. Mungkin ada diantara anda yang mengetahuinya...
 
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gaya Yang Selalu Wanita Letak Dalam Profile PictureFacebook

Posted: 14 Mar 2012 06:43 PM PDT


Gadis-gadis dan Cewek-cewek diluar sana, anda tergolong dalam gambar mana satu. Mula-mula buka akaun Facebook / Mukabuku anda dan cuba CLICK Profile dan tengok gambar anda dan bandingkan dengan gambar diatas.


Ada berani tak ?



Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Cara Menyemak Keputusan SPM | Semakan Keputusan SPM 2012

Posted: 14 Mar 2012 05:33 PM PDT


 Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.

Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.
 
SMS>< NO IC >< NO Angka Giliran ----> Send 15888

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.




Adik-adik...jangan Jadi Macam ni yer...Banyak-banyak bersabar..dan gagal sekali tidak bererti gagal selamanya.


 

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Soal kahwin bukan gimik

Posted:

Soal kahwin bukan gimik

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


ELLA enggan lagi bicara soal kahwin dan lebih selesa menunggu apabila harinya tiba nanti.


BERITA tentang perkahwinan dan Ella memang cukup sinonim apabila setiap kali bertemu dengannya, soal jodoh tidak pernah terlepas daripada ditanya kepada empunya diri.

Dalam usia yang sudah mencecah 46 tahun, memang sudah sampai waktunya untuk Ella mendirikan rumah tangga sekali gus membina keluarga sendiri.

Bukan hanya keluarga tetapi jutaan peminat Ella juga tidak sabar untuk melihat penyanyi kesayangan mereka bergelar isteri.

Lalu untuk sekian kalinya, penyanyi pujaan ramai ini mencuri perhatian peminat hiburan tempatan apabila dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Semuanya gara-gara berita yang menyatakan Ratu Rock Negara itu telah menghadiri kursus perkahwinan bersama bakal suaminya yang hanya dikenali sebagai A sekitar dua minggu lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Konsert besar terakhir D.J. Dave

Posted:

Konsert besar terakhir D.J. Dave

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar MUHAMAD IQBAL ROSLI


D.J. DAVE (tengah) bersama Mohammed Juhari Shaarani dan tenaga kerja Konsert Sketsa Memori - Live D.J. Dave selepas pelancarannya di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.


DATUK D.J. Dave telah terbabit dalam bidang seni suara tanah air sejak 40 tahun lalu. Sejak empat dekad lalu, penyanyi berusia 65 tahun ini telah mengadakan pelbagai jenis konsert sama ada yang berskala besar atau kecil.

Pada 1, 2 dan 3 Jun ini, anak kelahiran Kuala Kubu Baru, Selangor itu sekali lagi akan mengadakan konsert terbarunya. Ia merupakan konsert berskala besar anjuran syarikatnya, Shahdave Entertainment yang terakhir.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Ingin Bersua itu, keputusan tersebut diambil bagi menjadi penanda aras dalam kerjayanya sebagai penyanyi selama ini yang mungkin sukar dilaksanakan pada masa depan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Proton P3-21A Gambar dan Video Harga dari RM62,000-RM75,000

Posted: 14 Mar 2012 07:25 PM PDT

Proton telah melancarkan Model Kereta Proton yang terbaharu Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) P3-21A yang dijangka diperkenalkan kepada umum pada penghujung bulan ini berada sekitar RM62,000 hingga RM75,000 sebuah, berbeza mengikut varian yang ditawarkan.

"Tempahan ini juga boleh dilakukan di seluruh gerai pameran Proton di seluruh negara," katanya semasa berucap bagi merasmikan Pameran Automotif Proton, POWER OF 1, di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.



Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, tempahan model itu juga telah dibuka kepada orang ramai dengan harga tempahan awal serendah RM500.

Beliau berkata, pembeli yang membuat tempahan bagi model baru itu juga berpeluang memenangi hadiah utama Lotus F1 Team i-Race berupa pengalaman memandu kereta Formula Satu Lotus dan mengikuti program khusus sebagai seorang pemandu F1 dalam sesi khas ditaja sepenuhnya di Sepanyol.


Model P3-21A akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6L CFE Premium, 1.6L CVT Executive dan 1.6 MT dengan menawarkan enam warna iaitu Merah, Hitam, Putih, Perang, Biru dan Perak.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Ajari Aku

Posted: 14 Mar 2012 06:47 PM PDT

Hip

Anuar Zain

Anuar Zain

Bawa diri ke Beijing menyiapkan dua klip video arahan sutradara muda

WALAU berpengalaman luas, Anuar Zain, 42, tidak kisah bekerja di bawah kendalian orang muda apabila menghasilkan klip video dendangan barunya, Sempurnakan Aku dan Ajari Aku di bawah arahan Syafiq Haslam.

Syafiq adalah anak muda yang sedang diasuh oleh bapanya, produser dan pengarah besar, Datuk Yusof Haslam dengan filem pertama arahannya berjudul SAM (Saya Amat Mencintaimu). Lagu Sempurnakan Aku karya NuMatta dan Ajari Aku daripada Adrian Martadinata, menjadi lagu runut untuk filem SAM.

Kedua-dua lagu itu yang mempunyai melodi dan makna mendalam itu menjadi pilihan Skop Productions untuk melatari filem sulung pengarah muda terbabit dengan kerja pembikinan klip bakal dilaksanakan di Beijing, China pada 19 hingga 21 Mac ini.

Akui penyanyi yang sudah lebih tiga dekad melayari arena seni, kesempatan ini juga digunakan untuk mendekati kelompok peminat baru terutama generasi muda yang mempunyai selera tersendiri.

"Saya berbesar hati apabila Skop Productions berminat menjadikan Ajari Aku sebagai lagu runut bunyi untuk filem SAM apatah lagi ia mendapat sentuhan sutradara muda yang saya boleh jangka punya visi jauh dan penuh kesungguhan.
"Memang ia lebih kepada situasi menang-menang dan sebenarnya sudah agak lama saya tidak tampil dengan klip video. Bukan berkira, cuma agak mengecewakan kerana dengan kos tinggi, klip berkenaan tidak dimainkan di mana-mana.

"Saya akui, keadaan ini bukan hanya membabitkan diri saya, malah ramai penyanyi lain. Apabila pihak Skop Productions menghubungi saya membincangkan mengenai soundtrack ini kira-kira sebulan lalu, saya bersetuju kerana yakin dengan sentuhan Syafiq," katanya di sidang media sambutan Hari Ibu di Kuala Lumpur, semalam.

Ini bukan pertama kali Anuar menyanyikan lagu tema filem. Sebelum ini dia menyanyikan lagu Perpisahan untuk filem Cinta arahan Khabir Bhatia dan Sedetik Lebih bagi filem Hikayat Merong Mahawangsa daripada Yusry Abdul Halim.

Penyanyi dan penghibur terbabit akan menyusul rombongan Skop Productions bersama lebih 40 pelakon, kru, pengurusan dan wakil media ke Beijing yang tiga hari lebih awal ke sana yang antara lain bercuti sambil membuat penggambaran klip video dan sebuah telefilem.

Sementara itu, majlis bertemakan Makan Malam Gala Bersama Anuar Zain anjuran Dream Chorus dan Dream Music di Hotel One World Petaling Jaya, Selangor pada 12 Mei ini bakal mendekatkan lagi Anuar dengan peminatnya bersama lebih lapan lagu.

Berkonsepkan berhibur sambil beramal, sebahagian daripada penjualan tiket majlis makan malam itu disalurkan kepada institusi kebajikan.

Anuar mengaku biarpun ramai melihat dia lebih banyak tampil di acara ekslusif dengan harga mencecah ratusan ringgit, jauh di sudut hati pelantun lagu Lelaki Ini ingin menghiburkan peminat dari golongan pertengahan dalam majlis lebih santai.

Namun kekangan waktu membataskan niatnya tetapi jika diizinkanNya, Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Mohd Zain mahu menganjurkan acara berkenaan dalam tahun ini atau awal tahun depan.

"Sebenarnya dulu saya kerap mengadakan persembahan yang hanya mengenakan caj untuk makan saja. Ia lebih kepada mendekati peminat yang selama ini memberi sokongan tidak berbelah bagi.

"Saya tidak ekslusif, saya milik peminat cuma hambatan jadual membuatkan majlis seumpama itu sukar direalisasikan.

"Saya pasti ramai yang menantikan momen seperti itu. Saya cukup menghargai doa serta sokongan semua kerana disebabkan peminat, Anuar Zain tetap ada di sini," katanya yang mensasarkan dua misi besar yang belum boleh didedahkan dalam masa terdekat.

MasterChef Selebriti pula bakal temui penonton

Posted: 14 Mar 2012 06:45 PM PDT

Hip

RAQIM (kiri) menyampaikan relika cek kepada Ezani di sebuah restoran terkemuka di ibu kota, semalam.

RAQIM (kiri) menyampaikan relika cek kepada Ezani di sebuah restoran terkemuka di ibu kota, semalam.

SELEPAS kejayaan program MasterChef Malaysia, Astro kini merancang penerbitan rancangan berkonsep serupa, tetapi menampilkan peserta terdiri daripada wajah popular negara ini dikenali sebagai MasterChef Selebriti.

Astro turut menjangkakan penyertaan ramai selebriti dalam program itu, namun semuanya akan didedahkan dalam sidang media tidak lama lagi.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, setakat ini program yang diharap mendapat sambutan hangat peminat itu masih pada peringkat awal perancangan. Raqim berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampai cek kepada pemenang MasterChef Malaysia pertama, Dr Ezani Farhana Md Monoto, 26, di ibu kota, semalam. Hasil kejayaannya, Ezani membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.

Selain itu, dia turut diletakkan di bawah pengurusan Astro Talent dan bakal muncul dalam dua program bercorak travelog sendiri.

"Di samping Ezani, tiga lagi peserta akhir MasterChef Malaysia turut berpeluang muncul dalam program keluaran Astro sempena Hari Raya nanti," katanya sambil memberitahu, Ezani tetap bebas menerima undangan daripada pihak lain.

Sementara itu, kelainan ditonjolkan program realiti terbabit, di samping sokongan memberangsangkan daripada peminat mendorong stesen televisyen berbayar itu menerbitkan musim kedua rancangan MasterChef.
"Mungkin ada perubahan kecil pada musim baru berbanding konsep asal, yang akan dimaklumkan dalam sidang media nanti. Kita juga akan memperbaiki kelemahan yang ada pada musim pertama kerana ia satu-satunya program realiti berkonsepkan kulinari," katanya.

Ezani pula berkata, selepas menamatkan program itu, dia banyak menerima undangan sebagai juri mahupun tetamu program masakan negara ini.

"Buat masa sekarang saya belum bertugas sebagai doktor gigi, jadi ada sedikit masa untuk saya lakukan aktiviti sebegini.

"Ketika menyertai program ini, saya mendapat tawaran bertugas di Sabah, tetapi saya memohon penangguhan daripada Kementerian Kesihatan. Selepas saya menjadi juara, sekali lagi saya membuat permohonan sama. Jika permohonan kedua ditolak dan saya diminta bertugas, saya akan laksanakan," katanya yang berhasrat menerbitkan buku masakan dan membuka kafe menggunakan wang kemenangannya itu.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Riz tak mudah menyerah kalah

Posted: 14 Mar 2012 07:03 AM PDT

WAJAH tampan serta nyanyian merdunya pernah menjadi pujaan tidak lama dulu sehingga dia dinobatkan tempat kedua program realiti popular, Akademi Fantasia musim keenam (AF6). Namun, entah di mana silapnya, karier nyanyian Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau Riz Zaizizi semakin tenggelam dan kemunculannya di kaca televisyen jarang kelihatan.

Agak terkebelakang berbanding rakan seperjuangan daripada AF6 terutama Stacy dan Nubhan yang nyata mendahuluinya, anak kelahiran Gerik, Perak ini dalam diam sebenarnya sibuk merencanakan kerjaya nyanyiannya. Jika ada yang mengandaikan Riz sudah berputus asa, apatah lagi dengan situasi industri nyanyian di Malaysia pada ketika ini, jawapannya tidak.

Minat yang terlalu mendalam terhadap muzik menjadi prinsipnya dan oleh sebab itu, dia sentiasa berpegang kepada pepatah kejayaan tidak datang bergolek.
Biarpun mendapat laluan seni yang cukup besar impaknya selepas menyertai AF6, namun tiada istilah dengan 'petik jari' saja, terus berjaya.

Bertemu jejaka berusia 25 tahun itu dalam satu sesi fotografi, baru-baru ini, Riz yang sinonim dengan rambut panjang dan kerinting nampaknya sudah bertukar imej. Kini berambut pendek, penampilannya kelihatan lebih rapi dan matang sesuai dengan umurnya.

Tatkala diajukan soalan kenapa mengambil keputusan untuk memotong rambut, jawapannya ringkas iaitu inginkan imej yang lebih kemas dan ringkas.

Tidak sabar berbicara mengenai buah tangan terbarunya, Riz berkata, single pertaruhannya, Aku Yang Terbaik adalah lagu yang cukup membawa makna terhadap pembabitannya dalam seni muzik.

"Jika sebelum ini saya kurang terbabit sepenuhnya dalam penghasilan lagu menerusi album pertama dulu, sebaliknya untuk single ini, saya benar-benar 'all out' dan bekerja keras demi kepuasan sendiri. Sekian lama ternanti-nanti karya manakah mampu menambat hati saya untuk dijadikan single, akhirnya saya bertemu lagu yang cukup indah melodinya ini.

"Hasil ciptaan seorang komposer muda di Indonesia, Atra Petrana, agak lama juga untuk saya memutuskan sama ada menerima atau menolak lagu ini kerana ia bukan ciptaan karyawan tempatan. Maklumlah dengan sentimen yang tercetus dalam industri sekarang iaitu jangan mengagungkan karya terutama dari Indonesia, pastinya akan memberi kesan kelak.

"Namun, tidak wajar untuk saya menidakkan kemahuan diri sendiri yang inginkan kepuasan dengan menyanyikan lagu seindah itu. Oleh itu, saya ketepikan isu mengenai sentimen itu dan berkata 'ya' untuk mengambil lagu itu.

"Biarlah apapun tanggapan yang dilontarkan selepas ini, namun bagi saya, penghujungnya kekuatan sebuah lagu itu akan kembali pada melodinya. Saya tidak mahu hipokrit dan terus terang sekarang ini, saya amat memilih dalam hal membabitkan material ini," ujar penyanyi ini yang pernah popular dengan lagu Ku Pinjam Satu Bintang duet bersama Alyah.

Dirakamkan pada Disember tahun lalu, Riz menyifatkan keputusan untuk bekerjasama dengan produksi di negara seberang menghasilkan single itu sesuatu yang bijak. Walaupun individu yang terbabit kebanyakannya masih muda, namun mereka tidak bekerja sambil lewa dan sangat terperinci dalam segala hal.

Malah, mereka sangat terbuka dalam menerima pendapat daripada saya dan tidak ikut kepala sendiri. Itu satu hal yang membuatkan Riz berasa sangat selesa sepanjang proses itu. Baginya, memang begitulah cara terbaik yang seharusnya berlaku iaitu masing-masing bebas menyuarakan dan bertukar idea.

Bakal kembali ke gelanggang seni semula, ditanya ke mana dia menghilang selama ini, Riz cuma tergelak dan berkata, dia masih aktif menyanyi.

"Sebenarnya, selain sibuk dengan penghasilan single ini, saya masih lagi memenuhi undangan persembahan, cuma kebanyakannya untuk acara korporat dan majlis perkahwinan. Sejak bergerak sendiri ini, saya perlu berdikari dan kena sentiasa mencari tawaran persembahan selain mendapat jemputan.

"Syukurlah, masih ramai peminat yang sentiasa menyokong Riz dan kelab peminat saya juga masih aktif sehingga kini. Kadangkala saya akan keluar sekali sekala berjumpa mereka dan menjalankan aktiviti bersama. Cuma waktu menyiapkan rakaman single baru ini tempoh hari, saya begitu sibuk dan masa terluang terhad.

"Selain itu, saya masih lagi menghadiri kelas Cikgu Siti Hajar (AF) untuk memastikan vokal saya sentiasa mantap. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan saya tidak mahu terlalu selesa dengan apa yang saya ada sekarang ini," katanya.

Riz yang sudahpun menghantar lagunya itu ke beberapa stesen radio dan hanya menanti masa untuk diputarkan, dia menaruh harapan tinggi singlenya itu akan disukai pendengar. Ini kerana, sebelum mengedarkannya, dia juga ada memperdengarkan lagu berkenaan kepada beberapa penggiat muzik dan mereka memberikan reaksi yang sangat positif.

Dicalonkan dalam senarai 'hot seat' rancangan Mania yang bakal disiarkan bermula Sabtu ini, Riz tidak menaruh harapan tinggi memandangkan calon lain sudah mendahului dari segi undian.

Baginya, tiada apa yang perlu dikesalkan kerana pilihan itu terletak pada kekuatan peminat seseorang artis itu dan mungkin bukan rezekinya mendapat kedudukan dalam rancangan itu kelak.

TRIVIA:

  • Lagu paling digemari sekarang...Cry Me A River (Michael Buble)
  • Alah kepada...habuk dan makanan laut.
  • Kalau tidak jadi penyanyi...pegawai kerajaan.
  • Pelakon Hollywood yang teringin hendak 'dating'..Jessica Alba.
  • Hadiah paling istimewa dalam hidup...sokongan dan doa peminat.
  • Tabiat pelik...cungkil gigi berjam-jam.
  • Kalau diberikan sebuah kuasa, kuasa apa?...terbang.
  • Rancangan TV kesukaan...Wipeout.


  • Nasyeed.com jadi acara tahunan

    Posted: 14 Mar 2012 06:54 AM PDT

    PENGANJUR Anugerah Nasyeed.Com iaitu Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd bercadang mahu menjadikan anugerah itu sebagai acara tahunan sama gemilangnya seperti Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM).

    Sehingga sepanjang tempoh kecemerlangan irama nasyid, belum ada pihak yang menganjurkan majlis anugerah khas lagu nasyid dan ia bagaikan terpinggir dalam muzik arus perdana.

    Justeru, perlu ada inisiatif daripada pelbagai pihak untuk memartabatkan irama nasyid di Malaysia.

    Berpegang kepada kata-kata penggiat seni di Indonesia iaitu: "Kalau mahu mendengar lagu dangdut, datanglah ke Indonesia" ada baiknya kita juga berkata: "Kalau mahu mendengar lagu nasyid, datanglah pula Malaysia."


    Oleh itu, elok diteruskan perjuangan irama nasyid demi mahu melihat lagu dakwah tetap bertahan.


    Pengasas Nasyeed.Com, Azmee Abdul Manap berkata, majlis anugerah ini adalah satu daripada usaha mereka untuk memartabatkan irama nasyid Malaysia dan berhasrat menjadikannya sebagai agenda tahunan.

    "Lima tahun sekali kami ingin memberikan penjenamaan baru untuk menjadikan anugerah itu tambah meriah. Sebulan sekali, Nasyeed.Com bersama Munsyeed.Com (Majlis Usrah Nasyid Malaysia) bermesyuarat dan kami sentiasa berusaha mencari jalan untuk terus menyemarakkan irama nasyid, lalu daripada situlah lahirnya idea mengadakan majlis anugerah ini dan ia disokong semua kumpulan nasyid kita.

    "Untuk penganjuran sulung ini, cabaran besar terutama dari segi mencari dana dan penaja serta corak kerja yang kami belum tahu macam mana rentaknya," katanya.

    Julung kali ia diadakan, lagu yang bertanding adalah terbitan antara 2000 hingga 2010 dan undian awal dibuat menerusi facebook (fb). Untuk tahun depan, pemilihan lagu mestilah dengan karya terbitan mulai 2012.

    "Bagi kategori lagu popular, ia berdasarkan undian peminat menerusi facebook dan untuk kategori lagu terbaik, ia diadili juri profesional yang terdiri daripada Farihin Abdul Fatah, Alfa Booty, Ad Samad, Along Exists dan Profesor Dr Fakriyah.

    "Dari segi ketelusan penjurian, mereka mengambil masa lama bersidang seperti persidangan ahli akademik kerana seboleh mungkin kami tak mahu dengar ada yang tidak puas hati," katanya yang ditemui pada sidang media di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, baru-baru ini.

    Tahun depan Nasyeed.Com akan menambah kategori baru iaitu Artis Baru Terbaik dan Artis Nasyid Luar Negara.

    "Dengan adanya majlis anugerah ini, akan merangsangkan semangat kumpulan nasyid tanah air menghasilkan lagu dengan lebih berkualiti. Kumpulan nasyid baru pun semakin banyak dan sampai masanya kehadiran mereka mendapat pengiktirafan," jelasnya.

    Lima finalis untuk setiap kategori sudah disenarai pendek berdasarkan undian popular serta penilaian kualitatif juri profesional. Bermula 9 Mac hingga 8 April ini, finalis bagi kategori Nasyeed Cinta, Nasyeed Munajat, Nasyeed Amar, Nasyeed Selawat, Nasyeed Sirah dan Nasyeed Perjuangan akan diundi sekali lagi oleh peminat untuk menentukan lagu yang bakal menjadi juara bagi setiap kategori.

    Berbeza dengan proses pengundian sebelum ini yang bersifat mingguan, tetapi kali ini mereka boleh mengundi lagu pilihan mereka setiap hari.

    Turut disediakan Anugerah Susunan Muzik Terbaik, Anugerah Klip Video Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Lirik Terbaik, Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Juara Carta Nasyeed.Com dan Anugerah Khalifah Nasyeed. Semua pemenang hanya menerima trofi.

    Bagi menyemarakkan majlis anugerah itu, diadakan beberapa siri jelajah untuk bertemu peminat di empat zon berbeza di seluruh negara.

    Majlis kemuncak anugerah itu akan diadakan pada 13 April ini di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur, mulai 8.30 malam, diikuti Konsert Anugerah Nasyeed.Com pada 14 April.

    Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, kirim e-mel kepada event@nasyed.com atau layari www.facebook.com/nasyeedcom.



    Rabu, 14 Mac 2012

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Foto: Scha Al-Yahya Menawan Dalam Persalinan Busana Pengantin

    Posted: 14 Mar 2012 10:15 PM PDT

    Isu perkahwinan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari sudah lama menjadi tanda tanya para peminat. Bilakah mereka berdua akan menjadi pasangan suami isteri?

    Atau segala percintaan mereka hanyalah strategi untuk populariti sahaja? Ouh tidak, itu hanya spekulasi kami. Terbaru dari Scha Al-Yahya yang sememangnya nampak cantik dan menawan telah menggayakan gaun pengantin Syaiful Brides, rekaan Syaiful Baharim.

    Adakah Scha cuma menggayakan ataupun memang dia sudah mula mencari gaun pengantin yang sesuai untuk majlisnya yang akan datang? Kalau tak salah tekaan kami, pasti Syaiful Baharim akan menaja persalinan Scha di majlis perkahwinannya nanti. Siapa tahu kan?

    Apa pun, mari kita lihat Scha Al-Yahya dengan persalinan busana pengantin rekaan khas oleh Syaiful Baharim selepas ini!

    Kredit Gambar : Syaiful Brides

    Audio: “Kisah Hati” Adalah Karya Asal Adi Sixth Sense Aka Manusia Putih!

    Posted: 14 Mar 2012 09:43 PM PDT

    Pasti dari dulu ramai yang tertanya-tanya kan siapa si Manusia Putih? Komposer ini telah mencipta lagu berjudul "Kisah Hati" yang telah dipopularkan oleh Alyah sehingga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26).

    Setelah lama berteka-teki, akhirnya, menurut Rotikaya, Manusia Putih adalah vokalis kumpulan Sixth Sense iaitu Adi. Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo, 29, adalah penyanyi asal dan pencipta penuh lagu yabg boleh dikatakan berhantu ini.

    Lagu "Kisah Hati" juga telah banyak kali di-cover oleh peminat-peminat di Youtube dan versi instrumental juga pernah dibuat kembali oleh komposer amatur, Affan Aizat. Namun, OHBULAN! pasti ramai yang tahu lagu ini melalui drama "Stanza Cinta" kan?

    Tapi itu semua adalah samada suara Alyah, ataupun orang-orang lain yang kita tidak kenal. Kali ini, anda akan mendengar sendiri karya asal Adi Sixth Sense dengan suara Adi sendiri. Sangat mengasyikkan!

    Mana satu pilihan anda? Adi atau Alyah?

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video &amp; Teater


    Gambar Anuar Zain di Sidang Media Malam Gala Hari Ibu

    Posted: 14 Mar 2012 10:15 PM PDT

    Pada jam 3 petang semalam (14 Mac 2012), Anuar Zain telah hadir di Sidang Media Bersempena Malam Gala Hari Ibu atau dalam bahasa Inggerisnya, MOTHER'S DAY GALA NIGHT DINNER WITH ANUAR ZAIN yang diadakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dianjurkan oleh Dream Music & Dream Chorus Sdn Bhd.

    VIDEO SEKITAR SIDANG MEDIA

    Anuar Zain dipilih kerana aura dan bakatnya yang sangat kuat diyakini dapat menarik ramai peminat untuk datang menonton persembahannya. Konsep persembahannya sangat santai dan kasual di mana penonton bebas untuk berhibur bersama menghayati alunan suara eksklusif dari Anuar Zain.

    Untuk info peminat Anuar Zain sekalian, penyanyi ini akan buat persembahan istimewa MOTHER'S DAY GALA NIGHT DINNER WITH ANUAR ZAIN di One World Hotel, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam. Anuar Zain akan menyanyikan lebih kurang 8 buah lagu popular beliau dan beberapa lagu lain termasuklah lagu Ibu. Persembahan selama 45 minit itu akan diiringi oleh pemuzik Faizal Uzair.

    Majlis akan diserikan lagi dengan cabutan bertuah dengan hadiah lumayan bernilai lebih RM10,000. Sesi bertemu peminat secara eksklusif juga turut disediakan. Budiey dikhabarkan, ada banyak peraduan akan dianjurkan oleh penaja untuk memberikan tiket percuma kepada peminat Anuar Zain.

    Kepada yang mahu menempah tiket, bolehlah berbuat demikian. Harga tiket sangat berpatututan ya. Tiket dijual pada harga RM1,000, RM600 dan RM500. Jualan meja berbentuk penajaan yang berharga RM100,000, RM40,000, RM20,000 dan RM10,000 juga ditawarkan kepada syarikat korporat.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dreammusic.com.my atau berhubung terus dengan sekretariat Dream Music di talian 03 – 2171 1220 / 2181 (Farida/Shikin).

    Mahalkan tiket tu? Okay tak apa, Budiey dikhabarkan oleh Anuar Zain yang dia akan mengadakan persembahan santai bersama peminat dengan tiket yang semurah RM40 pada masa akan datang. Namun, segalanya masih dalam perancangan.

    Anuar Zain tampil kacak, segak bergaya dengan suit lengkap berwarna perak. Smart!

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Anuar Zain

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Anuar Zain di Singapore Expo
  • Gambar Anuar Zain di Post Party AIM18
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Gambar Anuar Zain di Prebiu Media Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Kekasih Anuar Zain
  • Anuar Zain Trending di Singapura
  • Gambar Anuar Zain Superimpose Bertudung Tersebar di Internet
  • Isu Peminat Cium Anuar Zain Sebagai Strategi Marketing?
  • Gambar Anuar Zain @ Sidang Media A Nite With… Anuar Zain
  • Gambar Anuar Zain Kahwin Senyap-Senyap Adalah Tidak Benar!
  • Eksplorasi Mak Yong Puteri Jerijit Emas

    Posted: 14 Mar 2012 08:38 PM PDT

    EKSPLORASI MAK YONG 'PUTERI JERIJIT EMAS' SIRI JELAJAH KIJANG MAS DI KEDAH DAN PULAU PINANG

    Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan melaksanakan Eksplorasi Mak Yong : Siri Jelajah Kijang Mas 2012 yang akan dilaksanakan di tempat berikut :

    16 & 17 Mac (Jumaat & Sabtu) di Auditorium Kompleks JKKN Kedah, Taman Budaya Negeri, Lot Ptd 400, Alor Setar, Kedah Darul Aman
    Tel : 04 – 731 5930

    22 & 23 Mac (Khamis & Jumaat) di Auditorium Kompleks JKKN Pulau Pinang, Kompleks Pusaka Warisan Seni Lot No. 2180 Jalan Rawang, Off Jalan P. Ramlee,10460 Pulau Pinang. Tel : 04 – 281 7791/ 7792

    Orang ramai di utara semenanjung dijemput hadir untuk menyaksikan Kumpulan Mak Yong Perantis yang diusahakan oleh JKKN sebagai usaha memelihara kesenian Mak Yong yang telah diiktiraf sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity oleh Badan Dunia UNESCO.

    Eksplorasi Makyong (Siri Jelajah Kijang Emas) ini akan menjadi satu program bersifat pendidikan dan pendekatan kepada generasi muda dan masyarakat seluruh Negara bagi membantu mereka memahami dan menyanjung warisan seni budaya khususnya Mak Yong.

    Menggunakan konsep penjelajahan, Eksplorasi Mak Yong ini akan membawa Kumpulan Mak Yong bergaji yang pertama di dunia untuk menjelajah ke seluruh Negara bagi menjayakan misi ini. Sejak Mak Yong diiktiraf sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity oleh Badan Dunia UNESCO. Masuk adalah PERCUMA.

    Eksplorasi Mak Yong Siri Jelajah Kijang Mas 2012

    SENARAI TENAGA KREATIF KUMPULAN MAKYONG KIJANG EMAS

    1. Ruhani Binti Mohd Zin – Pengarah

    2. Mohd Radzi Bin Yusof
    Koreografer

    3.
    Nur Qul' Ain Binti Saari – Raja Besar / Tuan Puteri Jerijit Emas

    4.
    Nor Bariah Binti Salih
    Raja Kesuma Jaya / Raja Besar

    5.
    Nurdiana Binti Abdullah
    Tuan Puteri Jerijit Emas / Inang

    6.
    Siti Nur Fatihah Binti Ariffin
    Nenek Pendita

    7.
    Mohd Faiz Bin Adam Sakeri

    Kucing Hutan

    8.
    Abd Muhaiminin Bin Abdullah
    Peran Tua

    9.
    Che Mohd Rasul Bin Che Soh
    Peran Muda

    10.
    Liyana Binti Mohd Noor
    Inang Satu

    11.
    Nurdiana Binti Abdullah
    Inang Dua

    12.
    W. Dzuriyati Binti W. Ismail
    Inang Tiga

    13.
    Mohd Adam Bin Ismail
    Inang

    14.
    Mohd Tab Bin Hamat
    Rebab

    15.
    Che Muhammad Tarmizi Bin Che Soh – Gendang Ibu

    16.
    Che Abdul Aziz Bin Che Soh
    Gendang Anak

    17.
    Mohd Shah Rezal Bin Muhamad
    Gong

    18.
    Amirul Ikhwan Bin Masnudin
    Kesi

    19.
    Mohd Fairuz Faizal Bin Mohamad Zain – Canang

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Cerita Mak Yong Puteri Jerijit Emas
  • Eksplorasi Mak Yong Siri Jelajah Kijang Mas 2012
  • Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Puteri Chichi
  • Drama Puteri Salju Lakonan Puteri Fateen, Fizzow Omar
  • Gambar Majlis Pertunangan Puteri Fatin Nasuha Part 2
  • Gambar Perkahwinan Puteri Sultan Brunei
  • Gambar Romantik Fizow dan Puteri Fateen Dalam Drama Puteri Salju
  • Persembahan Makyung Endeng Tejeli Di Taman Budaya Negeri Kedah
  • Gambar Aksi Cium Puteri Sarah Liyana Aduh Saliha 18SX
  • Farahdhiya Bertudung Dalam Drama Payung Emas
  • Zon Artis

    Zon Artis


    Promo: Menangi Hampir RM100 Ribu Dalam Kempen MASYUK BERSAMA Hot FM

    Posted: 14 Mar 2012 08:46 PM PDT

    MASYUK BERSAMA HOT FM

    Anda pendengar setia Hot FM? Ini berita baik untuk anda (yang tak berapa nak setia tu pun, berita baik juga untuk anda sebenarnya) dimana mulai 19 Mac ini, anda boleh memenangi wang tunai yang ditawarkan oleh stesen radio itu melalui kempen peraduan yang diberi nama MASYUK BERSAMA. Teruskan membaca post ini untuk info lanjut mengenainya.

    Apa Yang Masyuk?

    Hot FM Masyuk Bersama, dibawakan oleh Berita Harian akan menjadi peraduan hangat bersama yang menawarkan hampir RM 100,000 untuk dimenangi.

    Dengarkan Hot FM setiap hari untuk peluang memenangi lebih wang besar. Jika anda merasakan hari anda sudah cukup hangat, masyukkan lagi bersama pasangan yang mungkin menjadikan anda berdua memperolehi wang berkepuk-kepuk di poket.

    Bagaimana caranya? Itu mudah sahaja dan paling penting anda tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja. Ini bermakna, ianya PERCUMA. Jom tengok!

    1) Dengarkan ENAM lagu yang akan dimainkan dalam Zon Masyuk Bersama.

    2) Jadilah pemanggil ke-5 dan ke-6 apabila Isyarat Memanggil Masyuk Bersama dimainkan.

    3) BERIKAN ARTIS dan TAJUK LAGU yang telah dimainkan semasa Zon Masyuk Bersama secara bergilir-gilir.

    4) SUSUNAN, ARTIS dan TAJUK lagu hendaklah diberikan dengan BETUL.

    5) Masa yang yang diberikan adalah 20 Saat. Setiap pasangan akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai *RM600 atau jumlah terkumpul untuk 2 orang.

    Waktu Bonu$$$ – Masyuk Bersama Berita Harian

    Dalam kempen Masyuk Bersama ini, akan ada Waktu Bonu$$$ yang memberi peluang kepada pendengar untuk menambahkan lagi koleksi wang. Jadi, pastikan anda sentiasa membuka telinga luas-luas dan dengarkan bunyi duit bertaburan.

    Tapi pastikan anda telah mendapatkan suratkhabar Berita Harian pada hari itu untuk peluang yang cerah menjadi Orang Kaya Baru dengan mudah dan segera. Baca ni:-

    1. Dapatkan suratkhabar Berita Harian setiap hari!

    2. Jawab soalan mudah yang diberikan penyampai.

    3. Jawapan terdapat di halaman 'Trivia – Hot FM Masyuk Bersama Berita Harian' mulai 19 MAC 2012.

    4. Rebut hadiah wang tunai waktu bonu$$$ bernilai *RM400 untuk 2 orang.

    So, mulai 19 Mac ini, pastikan anda mendengar Hot FM sepanjang masa walau dimana sahaja anda berada kalau nak menang duit tu. Untuk terma dan syarat, sila baca di sini.

    Related Posts with Thumbnails