Adsense

Selasa, 11 Oktober 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Westlife tetap nombor satu

Posted:

Westlife tetap nombor satu

Westlife tetap nombor satu

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF dan ihsan JS CONCERT


SEPANJANG dua jam konsert berlangsung, Westlife juga sempat menukar lima set busana untuk persembahan mereka.


APABILA kumpulan yang berasal dari Dublin, Ireland, Westlife dicanangkan akan mengadakan sebuah konsert besar di negara ini, tidak dinafikan ada segelintir yang melahirkan rasa terkejut.

Perasaan itu bukan kerana tidak percaya kumpulan itu akan bertandang ke negara ini untuk ke sekian kalinya, tetapi persoalan yang bermain di fikiran adalah tentang populariti mereka.

Mungkin ada yang mempersoalkan apakah Westlife masih memiliki aura yang berupaya menarik perhatian peminat untuk menonton persembahan mereka.

Sementelah nama mereka dilihat tidak begitu kuat jika hendak dibandingkan sedekad lalu, sedikit sebanyak ia telah mengundang perasaan skeptikal sama ada konsert mereka itu akan mencatatkan kejayaan luar biasa.

Ternyata, segala telahan itu meleset sama sekali kerana Westlife yang masih kekal dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan telah membuktikan keunggulan mereka sebagai seorang penghibur.

Bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hampir 10,000 penonton dan peminat Westlife telah memenuhi setiap ruang di dalam stadium dengan satu tujuan - untuk berhibur dan mengimbau nostalgia bersama penyanyi pujaan mereka.

Percayalah, setiap seorang daripada penonton yang hadir pasti akan setuju bahawa persembahan Westlife pada malam itu telah membawa mereka menyusuri jalan kenangan dengan rangkaian lagu-lagu hits mereka.

Penulis yakin mereka yang menonton konsert Westlife tempoh hari adalah mereka yang telah membesar dengan lagu-lagu dendangan kumpulan itu sejak 13 tahun lalu (termasuk diri penulis).

Lewat

Tepat pukul 9.10 malam, konsert Westlife Gravity Tour 2011 itu dimulakan dengan lagu When You're Looking Like That. Biarpun bermula lewat hampir 40 minit, ternyata ia langsung tidak membuatkan penonton resah dan penat menunggu.

Sebaik sahaja kelibat Nicky, Kian, Shane dan Mark muncul di pentas, tepukan gemuruh dan pekikan sorakan penonton sudah tidak mampu dikawal lagi.

Tanpa menunggu lama, mereka terus menyanyi bersama Westlife tanpa disuruh sekali gus membuktikan yang hadir pada malam itu sememangnya peminat tegar Westlife.

Meneruskan persembahan dengan lagu-lagu seperti World Of Our Own, What Makes A Man dan Safe, Westlife membuktikan bahawa usia mereka bukan satu halangan untuk memberikan persembahan yang cukup bertenaga.

Lengkap dengan gerak tari yang minimal, namun kelihatan sungguh sensual dan sempurna di mata peminat sehingga mereka berterusan memekik setiap nama anggota kumpulan itu.

Harus diakui, kelebihan Westlife adalah terletak kepada kekuatan vokal mereka terutama Shane dan Mark yang merupakan tunjang utama dalam setiap persembahan mereka.

Bagaikan tidak lengkap untuk mana-mana persembahan artis jika tiada gimik yang diselitkan dan begitu juga dengan konsert Westlife.

Sama ada ia satu kebetulan atau 'drama' yang sudah ditetapkan, ternyata babak lamaran perkahwinan oleh dua peminat bertuah Westlife sememangnya menjadi.

Romantik

Ditambah pula dengan iringan lagu My Love dan Beautiful Tonight selepas adegan romantik itu, ia telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam apabila disambut dengan sorakan meriah daripada audiens.

Sepanjang mewarnai dunia rakaman suara, Westlife juga terkenal sebagai penyanyi kumpulan revival apabila merakamkan semula lagu-lagu popular penyanyi lain dengan gaya penyampaian tersendiri.

Pada konsert itu, lagu-lagu seperti Home, You Raise Me Up dan Seasons In The Sun menjadi pilihan kumpulan yang memiliki penjualan album melebihi 40 juta salinan di seluruh dunia ini.

Suasana romantik begitu dirasai ketika Shane meminta semua penonton menyalakan lampu pada telefon bimbit masing-masing sewaktu menyampaikan lagu You Raise Me Up.

Dengan serta-merta, ruang di dalam stadium berubah menjadi seperti langit yang dihiasi dengan kelip-kelip yang berterbangan di setiap genap penjuru.

Bertukar busana untuk kali keempat, Westlife terus mengekalkan momentum persembahan mereka apabila menyampaikan medley lagu-lagu popular masa kini.

Siapa sangka, Westlife mampu membawakan lagu-lagu seperti Viva La Vida (nyanyian asal Coldplay), Only Girl (In the World) - Rihanna, The Time (Dirty Bit) - The Black Eyed Peas dan Bad Romance (Lady Gaga) dengan begitu baik.

Ternyata sebagai penghibur, mereka berupaya untuk membawa diri mereka seiring dengan perkembangan muzik semasa oleh penyanyi generasi baru.

Untuk set seterusnya, Westlife memilih lagu-lagu seperti Already There dan I Will Reach You sebelum menyampaikan sebuah lagi lagu keramat mereka, Flying Without Wings.

Namun, apa yang mengecewakan apabila Westlife tidak menyampaikan lagu-lagu yang telah memperkenalkan nama mereka kepada khalayak iaitu Swear It Again dan If I Let You Go.

Sebaliknya, mereka memilih What About Now dan Uptown Girl sebagai lagu penutup konsert mereka. Secara tidak langsung, ia meninggalkan sedikit rasa kecewa kepada peminat yang semestinya mahu lagu itu dinyanyikan oleh Westlife sekali gus meninggalkan impak pada konsert mereka.

Di kala ada penyanyi seangkatan mereka telah berkubur dan membawa haluan masing-masing, Westlife masih terus bernafas dan bertahan sehingga 13 tahun lamanya.

Bukan mudah sebenarnya untuk sebuah kumpulan seperti mereka dapat mempertahankan kedudukan mereka dan apa yang penting adalah kesefahaman.

Ini diakui sendiri oleh Mark yang ditemui pada sidang akhbar dua jam sebelum berlangsungnya konsert.

Malah, dia memberitahu persahabatan yang terjalin sejak di bangku sekolah lagi sebenarnya telah menguatkan hubungan setiap anggota Westlife sehingga kekal ke hari ini.

"Jujurnya, kami tidak mempunyai apa-apa rahsia kejayaan sehingga kami mampu bertahan lebih sedekad. Kami mengharungi segala susah dan senang bersama-sama.

"Dalam usia kami sekarang ini, kami mahu terus fokus kepada kerjaya dan populariti sebenarnya bukan lagi keutamaan kami.

"Kami percaya dengan penghasilan muzik yang berkualiti dan bagus untuk peminat, ia akan dapat memanjangkan hayat seorang penyanyi atau kumpulan itu di dalam industri," katanya yang teruja untuk kembali ke Malaysia selepas sembilan tahun

Pada sidang akhbar itu juga, Westlife ditanya tentang khabar angin yang mengatakan mereka akan mengundurkan diri daripada dunia seni.

Sementelah dengan kelahiran album kompilasi mereka, Greatest Hits pada 21 November ini, ia umpama indikator bahawa mereka akan berpecah.

Menjawab persoalan itu, Kian memberitahu ia bukanlah seperti mana yang disangka sebaliknya mereka mahu mengambil cuti rehat selepas bekerja keras menjayakan konsert jelajah dunia sejak setahun lalu.

"Soal bersara dan berpecah ini sudah lama dicanangkan tetapi kami masih di sini. Belum sampai masanya untuk kami mengundurkan diri kerana kami masih mahu menghasilkan muzik.

"Jangan cepat percaya kepada khabar angin dan jika itu berlaku, sudah pasti kami akan mengumumkannya sendiri," ujar Kian yang memberitahu lagu terbaru mereka, Lighthouse turut dimuatkan dalam album Greatest Hits.

Full content generated by Get Full RSS.

Warna-warni di Los Angeles

Posted:

Warna-warni di Los Angeles

Warna-warni di Los Angeles

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
(Yang mengikuti rombongan pemenang Anugerah Skrin 2010 ke Los Angeles baru-baru ini)


BARISAN pemenang Anugerah Skrin 2010 bergambar kenangan di Santa Monica.


APABILA peluang diberikan kepada untuk mengikuti lawatan sambil belajar Anugerah Skrin 2010 ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) selama seminggu bermula 26 September lalu, ia dimanfaatkan sepenuhnya.

Sementelah sebelum ini hanya begitu asyik mendengar cerita serta pengalaman teman media yang pernah mengikuti rombongan serupa sebelum ini, secara tidak langsung penulis juga mahu merasai pengalaman yang sama.

Lawatan kali ini juga cukup bererti bukan sahaja kepada petugas media tetapi juga untuk pemenang Anugerah Skrin 2010 yang lain termasuk pelakon, penerbit dan pengarah filem serta televisyen yang berpeluang menikmati pengalaman yang cukup manis ini.

Semestinya, tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada karyawan seni tempatan tentang industri perfileman dan hiburan Hollywood secara keseluruhannya.

Tidak seperti enam tahun sebelum ini di mana delegasi Malaysia ke LA diketuai oleh Datuk Seri Farid Ridzuan, tahun ini menyaksikan sedikit perubahan apabila tiada seorang pun 'orang besar' dari Media Prima Berhad yang mengikuti rombongan kali ini.

Tahun ini menyaksikan rombongan diketuai oleh Pengurus Perhubungan Awam dan Acara TV3, Muhammad Aziz dan Penganalisa Jenama Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Asyraf Hamdi Dusuki termasuk 26 orang yang lain telah 'menggegarkan' LA.

Sebagai kelainan, rombongan kali ini juga turut disertai empat pemenang kategori utama Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA 2010) iaitu Drama, Pengarah, Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik.

Boleh dikatakan sebilangan besar tetamu yang diundang mengikuti lawatan itu semuanya adalah mereka yang kali pertama menjejakkan kaki ke bumi LA.

Antaranya ialah Fadilah Mansor, Sharifah Amani, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Shahrul Ezad Mohameddin, Jurey Latif Rosli serta dua penerbit eksekutif yang mewakili Filmscape dan Astro iaitu Shamsiah Mohd. Yusof dan Bonni Sta Maria.

Atas alasan itu, perasaan girang dan teruja menyelubungi diri masing-masing dan dalam masa yang sama juga, gementar sambil membayangkan apakah yang menanti mereka di LA.

Salah seorang ialah aktres terkenal, Lisdawati yang mengikuti rombongan kali ini atas tiket kemenangan suaminya, Fauzi Nawawi yang menjulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik ASA 2010 menerusi drama Sebelum Akhirat.

"Sepatutnya Fauzi yang pergi lawatan ini tetapi disebabkan masalah kelulusan visanya, maka dia membenarkan saya pergi bagi menggantikan tempatnya.

"Saya melihat lawatan saya kali ini juga sebagai penebus kekecewaan kerana saya tidak berpeluang berkunjung ke LA sewaktu saya menang Pelakon Drama Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2005 dulu," ujar Lisdawati yang memenangi trofi pewter bermotif pucuk rebung dan songket itu menerusi drama Miftahul Jamilah.

Selama hampir seminggu di LA, jadual harian sememangnya cukup padat dengan pelbagai aktiviti yang sudah diaturkan.

Bagi penggiat seni dan pengamal media, peluang yang cukup dinanti-nantikan apabila dapat berkunjung ke Universal Studios yang cukup terkenal sebagai taman tema terbesar di LA.

Tidak hanya bersuka-ria dengan pelbagai tarikan taman tema yang mengambil inspirasi daripada filem dan siri televisyen popular terbitan Universal, kunjungan ke pusat hiburan terkemuka itu sebenarnya terletak kepada lawatan lokasi penggambaran filem dan televisyen.

Di sinilah pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana helah dan teknik yang digunakan industri sehebat Hollywood dalam 'menipu' audiens dengan kecanggihan teknologi dan studio mereka.

Paling menarik apabila dibawa ke set siri televisyen popular, Desperate Housewives dan melihat sendiri rumah serta landskap indah setiap rumah karakter siri itu seperti mana yang dapat ditonton di televisyen.

Antara lain yang dibawa termasuklah set filem Psycho, Jaws, War of the Worlds, How the Grinch Stole Christmas!, Jurassic Park, Earthquake dan Fast and the Furious.

Tidak ketinggalan,peluang merasai tarikan terbaru Universal Studios iaitu King Kong 360ยบ 3-D yang sememangnya pengalaman yang cukup menakjubkan.

Ia seolah-olah membawa setiap seorang daripada mereka yang berada dalam keretapi mini itu ke dalam filem King Kong arahan Peter Jackson dan merasai babak cemas adegan pertarungan antara King Kong dan dinosaur T-Rex.

Seiring dengan sambutan Halloween pada 31 Oktober ini, Universal Studios turut memperkenalkan House of Horrors yang merupakan sebuah rumah hantu.

Menampilkan karakter dari filem-filem seram yang pernah diterbitkan seperti Frankenstein, Wolf Man, Chucky dan banyak lagi, sesungguhnya memasuki House of Horrors memberikan pengalaman yang cukup mengerikan dan juga melucukan.

Selain Universal Studios, rombongan kali ini juga dibawa ke Warner Bros. Studios yang tidak kurang hebatnya.

Di sinilah, ahli rombongan didedahkan dengan sejarah pembikinan filem dan siri televisyen popular yang semuanya dilakukan di dalam lebih 20 buah studio seluas gudang yang boleh memuatkan dua buah jet persendirian.

Peserta juga dibawa melihat set sitkom popular Friends, The Big Bang Theory dan Chuck selain gudang penyimpanan kereta yang pernah digunakan dalam filem-filem popular seperti Batman, Harry Potter, Austin Powers, Scooby-Doo dan trilogi The Matrix.

Namun, pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh kesemua ahli rombongan kali ini apabila TV3 memberi peluang untuk menonton persembahan Cirque du Soleil di Kodak Theatre.

Lebih membanggakan apabila ahli rombongan Anugerah Skrin 2010 berpeluang menonton persembahan hebat dan menakjubkan berjudul Iris selepas lima hari tirai panggung dibuka.

Tiada kata secantik bahasa dan tiada gambar seindah lukisan yang dapat diluahkan apabila dapat memasuki dewan Kodak Theater yang merupakan 'rumah rasmi' kepada acara berprestij, Anugerah Academy atau Oscar itu.

Selain itu, rombongan juga dibawa ke Rodeo Drive, Santa Monica, The Farmers Market serta Madame Tussauds, Grauman's Chinese Theatre dan Walk of Fame yang terletak di Hollywood and Highland Center.

Sudah pasti, tidak lengkap lawatan ini tanpa acara wajib setiap tahun iaitu membeli-belah di dua lokasi berbeza iaitu Camarillo Premium Outlets dan Desert Hills Premium Outlets yang sememangnya membuatkan semua menjadi seperti 'orang gila'.

Walaupun seharian berada di sana pada dua hari berbeza, ternyata ia seperti tidak cukup buat semua yang berkunjung ke sana.

Bagi Muhammad, pihaknya melahirkan rasa gembira dan puas hati dengan lawatan kali ini yang disifatkannya telah membuka lembaran baru buat semua ahli rombongan.

Malah, dia sendiri memuji sikap dan disiplin artis yang memberikan komitmen seperti mana yang diharapkan.

"Kami di TV3 juga mengharapkan agar semuanya berpuas hati dan mendapat sesuatu yang bermanfaat serta berguna daripada lawatan ini.

"Saya selaku wakil TV3 turut berharap lawatan seperti ini akan dapat diteruskan untuk tahun-tahun mendatang dalam mendedahkan karyawan seni kita demi kebaikan mereka juga," katanya penuh optimis.

Full content generated by Get Full RSS.

Celebrity News

Celebrity News


Dato Ahmad Jais Meninggal Dunia - Al-Fatihah

Posted: 10 Oct 2011 08:00 PM PDT

Sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah
 
Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi hari ini ( 11 Oktober 2011) di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bandaraya Bukit Cherakah, Shah Alam


Al-Fatihah


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Ganas, ghairah

Posted: 10 Oct 2011 03:43 PM PDT

Hip

Mimi rujuk lakonan Angelina Jolie jayakan filem Klip 3GP

MENATAP penuh keasyikan babak makan kucing, lantai bermandi darah, jeritan sayu mangsa bunuh, pemecah ais yang dijilat mengena tepat pada rusuk dan dada mangsa serta tikaman bertubi-tubi sehingga darah pekat membuak-buak keluar sudah cukup menimbulkan rasa takut, ngeri serta ngilu berpanjangan sebaik tamat melihat treler filem sulung dilakonkan Mimifly One Nation Emcees.

Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Saya menonton filem dalam genre psiko yang dilakonkan Angeline Jolie sebagai rujukan, sedangkan selama ini saya akan cuba mengelak menonton filem seram serta psiko. - Mimi, Pelakon/Anggota One Nation Emcees


Full content generated by Get Full RSS.

Khir didesak beri penjelasan

Posted: 10 Oct 2011 03:05 PM PDT

Hip

Presiden PROFIMA didakwa tidak telus soal kewangan

BELUMPUN selesai kemelut dalam Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) dan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), sebuah lagi persatuan hiburan dikatakan sedang menghadapi masalah hampir sama.

Kali ini membabitkan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) pula. Isunya juga sama, iaitu berkaitan dengan pengurusan kewangan yang didakwa sebagai mencurigai sehingga menimbulkan kemusykilan kepada ahli-ahlinya. Ini termasuklah dakwaan pemimpin PROFIMA dikatakan mengeluarkan 18 keping cek dalam satu hari yang sama iaitu 26 Mac 2010 daripada akaun persatuan membabitkan pengeluaran berjumlah hampir RM18,000.

Sedangkan mengikut perlembagaan persatuan, pengeluaran wang persatuan melebihi RM5,000 mesti dibawa diputuskan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa terlebih dahulu.

Perkara lain yang kurang disenangi oleh ahli PROFIMA ialah apabila Presiden, Khir Mohd Nor didakwa menggunakan kuasa veto untuk apa saja keputusan mesyuarat. Sejak dipilih sebagai Presiden pada tahun 2009 hingga kini, jawatan lain dalam PROFIMA dikatakan bertaraf pemangku sahaja seperti Timbalan Presiden, Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang tidak punyai kuasa untuk membuat keputusan.

Bekas Penolong Setiausaha PROFIMA, Omar Ariffin atau Omar Kalam berkata, rasa tidak puas hati kini sudah sampai kemuncaknya apabila timbul desakan supaya Presiden mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) tetapi tidak dipenuhi seperti mana yang tertulis di dalam minit mesyuarat Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sesi 2009/2012 (AGM) pertama pada 25 September 2010.
"Kami tuntut adalah Presiden mengadakan EGM dalam masa terdekat ini, agar jawatan kuasa persatuan dapat dilantik. Kita tidak mahu lagi wujud penyelewengan atau salah faham berlaku di dalam persatuan hanya kerana jawatankuasa pemangku tidak punyai kuasa membuat keputusan.

"Biarpun saya sudah dipecat gara-gara menegur presiden, namun saya masih bersama persatuan ini kerana di dalam PROFIMA inilah kebajikan saya sebagai pekerja filem dapat dibela," katanya ketika hadir di Balai Berita untuk ditemubual Hip.

Menurutnya, dalam menerusi minit mesyuarat AGM pertama lalu, Presiden mengingatkan ahli mengadakan EGM bagi pelantikan AJK baru dalam tempoh sebulan namun sehingga kini EGM masih gagal diadakan biarpun sering kali didesak ahli persatuan.

"Selagi jawatankuasa persatuan tidak dilantik semula, persatuan akan menghadapi lebih banyak masalah," katanya.

Omar juga mendakwa, PROFIMA tidak segera bertindak untuk memperbaharui insuran perlindungan dan keahlian persatuan merisaukan semua ahli kerana kebimbangan berlaku kemalangan ketika berada di tempat kerja.

"Perkara ini juga sering dilengah-lengahkan biarpun insuran sebanyak RM35 dan keahlian RM40 sudah dibayar ahli tetapi berbulan-bulan baru ahli menerima polisi insuran. Sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada ahli ketika bekerja, siapa yang ingin bertanggungjawab.

"Pengurusan kewangan juga tidak diuruskan dengan baik. FINAS menawarkan ruang pejabat untuk persatuan dengan sewa RM250 sebulan, kebanyakan persatuan mengambil kemudahan ini tetapi Presiden buat keputusan menyewa di tempat lain dengan sewa RM600 sebulan.

"Begitu juga dengan kenderaan persatuan yang dibeli digunakan untuk kepentingan individu dan bukan persatuan melakukan pemantauan, lebih mengecewakan apabila petrol, tol dan sebagainya di tuntut kepada persatuan," katanya.

Menurutnya lagi, ahli juga meragui kewibawaan Presiden kerana setiap aduan tidak ditangani dengan sebaik-baiknya. Aduan ahli yang dipermainkan oleh produser membabitkan isu pembayaran gaji tidak pernah diselesaikan.
"Penganiayaan kepada enam ahli PROFIMA yang juga kru ketika ditugaskan menjalankan penggambaran di Brunei pada 12 Jun 2009. Mereka tidak dibekalkan visa pekerjaan seperti mana yang dijanjikan Presiden menyebabkan kru ini diarahkan pulang.

"Ahli juga mengesyaki sesuatu tidak kena apabila PROFIMA gagal membangunkan portal persatuan sedangkan peruntukan besar sudah diberi. PROFIMA juga pernah mengadakan kunjungan delegasi ke Jakarta Indonesia untuk menjalinkan kerjasama bersama persatuan pekerja filem di sana. Setiap ahli harus mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM600 setiap seorang. Mereka berjaya mengumpul RM20,000 untuk kunjungan itu, tetapi selepas pulang ke tanah air, Presiden mengemukakan tuntutan kepada persatuan sebanyak RM24,000 kononnya itu adalah kos kunjungan ke Indonesia itu," jelas Omar lagi.


Full content generated by Get Full RSS.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Joey Hasrat Nikah Watie (Elite) Januari 2012

Posted: 10 Oct 2011 06:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas melalui kontroversi dalam rumah tangganya, pelakon dan penyanyi, Joey telah memutuskan untuk bernikah dengan bekas anggota kumpulan Elite, Norwati Sadali (Watie Elite) pada Januari tahun depan.





Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud berkata, keputusan untuk mengambil Watie sebagai isterinya adalah tepat kerana merasakan penyanyi dan pelakon popular itu memenuhi ciri-ciri yang diingininya selama ini selain menganggap ia sebagai jodoh.

"Pertemuan kami seperti telah ditentukan untuk hidup bersama. Saya merasakan Watie adalah orang yang dapat membahagiakan hidup saya hingga ke akhir hayat," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Maharaja Lawak Mega di sini, Isnin.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungan mereka berdua, Joey menjelaskan ia semakin bertambah baik dan dia mengagumi ketabahan kekasihnya itu.

"Dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya sudah tentu dia akan berasa tertekan dan runsing. Tetapi kami sering berbincang bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dan Alhamdulillahlah semuanya kembali okey.

"Tambahan pula kami berdua pernah mengalami detik hitam kehancuran rumah tangga jadi kami lebih memahami antara satu sama lain," ujarnya.

Baru-baru ini, Watie ketika ditemui menjelaskan dia sedang keliru sama ada ingin meneruskan hasrat untuk berumah tangga dengan Joey ataupun tidak kerana tertekan dengan tohmahan sesetengah pihak terhadapnya.

Watie meluahkan dia amat kecewa dengan tuduhan orang yang mengaitkannya sebagai dalang kepada keretakan rumah tangga Joey walaupun kes penceraian pelakon itu dengan bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir sudah selesai.

Sementara itu, ditanya lanjut mengenai perancangan mendirikan rumah tangga dengan Watie, Joey menjelaskan dia tidak berfikir untuk mengadakan majlis besar-besaran tetapi lebih menumpukan kepada ikatan yang bakal terjalin nanti.

"Saya tidak begitu memikirkan tentang majlis perkahwinan secara besar-besaran kerana sebaliknya yang lebih penting ialah kehidupan selepas berkahwin nanti, Insya-Allah," jelasnya.

Gula-gula berbentuk pokok ganja

Posted: 10 Oct 2011 06:40 PM PDT

BUFFALO, Amerika Syarikat (AS) - Gula-gula berbentuk pokok ganja yang dijual secara bebas di beberapa pasar raya mengejutkan aktivis antidadah dan pemimpin bandar itu walaupun ia dikatakan tidak memudaratkan kanak-kanak.





Gula-gula Pothead Ring Pots dan Pothead Lollipops diedarkan ke kedai-kedai oleh pembekal terkenal syarikat Kalan LP dari Philadelphia.

Presiden syarikat itu, Andrew Kalan berkata, gula-gula tersebut berada di pasaran sejak enam hingga sembilan bulan lalu di 1,000 kedai di seluruh negeri New York turut mempromosi supaya ganja dibenarkan di sisi undang-undang.

Namun, seorang ahli majlis perbandaran, Darius Pridgen berkata, membenarkan sebuah kedai berlesen menjual gula-gula itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.- Agensi

Bedah untuk kelihatan seperti Superman

Posted: 10 Oct 2011 06:39 PM PDT

MANILA - Seorang lelaki Filipina yang obses dengan watak Superman telah menjalani pembedahan dalam usahanya untuk mengubah dirinya menjadi adi wira itu.





Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, telah beberapa kali melakukan pembedahan plastik dalam tempoh 16 tahun semata-mata ingin mendapatkan dagu dan hidung seperti Superman, lapor televisyen ABS-CBN.

Dia juga melakukan suntikan silikon di bibir dan implan bahagian paha untuk kelihatan lebih berotot, kata laporan tersebut.

Akuan Facebook miliknya memaparkan puluhan gambar dan kapsyen menerangkan mengapa dia melakukan pembedahan plastik untuk menjadi Man Of Steel atau Superman.

"Saya bercadang untuk kelihatan seperti Superman sejak kecil lagi. Saya mahu menjadinya dan kelihatan seperti Superman akan membuatkan saya gembira dan berpuas hati asalkan saya tidak mengganggu sesiapa," katanya menerusi Facebook semalam. - AFP

Pertandingan gusti suri rumah

Posted: 10 Oct 2011 06:37 PM PDT

BANDAR RAYA MEXICO - Pertandingan yang melibatkan pertarungan antara suri rumah tangga sebagai ahli gusti jalanan menarik minat ramai penduduk Mexico.

Dikenali sebagai gusti lucha libre, golongan suri rumah yang menjadi ahli gusti itu akan tampil di gelanggang dengan memakai topeng untuk menyembunyikan identiti mereka daripada diketahui oleh peminat.

Membawa watak fiksyen di gelanggang, golongan suri rumah itu merupakan ahli gusti separuh masa.

Seorang ahli gusti lucha libre yang dikenali sebagai Catrina, 56, sudah 26 tahun menyertai pertandingan gusti.

Wanita berstatus nenek itu mempelajari pergerakan gusti semasa mempelajari seni mempertahankan diri bagi mengelak daripada menjadi mangsa bekas suaminya yang gemar memukulnya.

Seorang lagi pengusti lucha libre, Estrella Dorada yang telah bersuami dan mempunyai empat orang anak lelaki pula sudah bergusti selama 18 tahun.

Pertandingan itu menampilkan beberapa bintang lain yang popular dalam kalangan peminta gusti seperti Chispita dan La Llorona. - Reuters

Pelajar nafi pencipta asal logo penghormatan Steve Jobs

Posted: 10 Oct 2011 06:36 PM PDT

HONG KONG - Seorang pelajar seni reka di Sekolah Rekaan Universiti Politeknik Hong Kong, Jonathan Mak semalam menyatakan logo penghormatan pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs bukan ciptaan aslinya.





Menurutnya, dia bukan yang pertama mereka logo tersebut yang menampilkan buah epal dan mempunyai bayangan bentuk sisi muka Jobs.

Rekaan Mak yang berusia 19 tahun itu menjadi popular di alam siber ekoran kematian Jobs.

Ia menjadi popular selepas disiarkan oleh Mak pada Khamis lalu selepas Jobs meninggal dunia.

Rekaan itu mendapat ribuan komen dengan topi dan baju T dijual di laman lelongan e-Bay memaparkan ciptaannya.

Logo tersebut juga digunakan oleh pelakon Hollywood, Ashton Kutcher di laman profail Twitternya.

Mak membuat komen tersebut selepas terdapat komen di laman Twitter bahawa seorang pereka yang berada di United Kingdom (UK) dikenali sebagai Raid71 sebenarnya telah mencipta logo tersebut pada Mei lalu.

Rekaan pereka UK itu itu turut meletakkan bayang Jobs tetapi dimensinya tidak sama seperti ciptaan Mak.

"Saya lebih gembira untuk memberitahu bahawa terdapat seseorang yang membuatnya sebelum saya," kata Mak.

Jobs yang mencipta revolusi dalam penciptaan komunikasi menerusi pengeluaran telefon bimbit iPhone dan gajet iPod meninggal dunia pada Rabu lalu semasa berumur 56 tahun. - Reuters

Mak nyah bakal jadi wakil rakyat

Posted: 10 Oct 2011 06:35 PM PDT

WARSAW - Calon parti Gerakan Palikot, Anna Grodzka semakin hampir untuk dipilih sebagai wakil rakyat pertama daripada kalangan mak nyah selepas partinya memperoleh tempat ketiga dalam keputusan keseluruhan pilihan raya Parlimen Poland kelmarin.





Dilahirkan sebagai lelaki, Grodzka yang kini berusia 57 tahun selesai menjalani pembedahan penukaran jantina pada tahun lalu dengan bantuan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Trans-Fuzja yang memberi tumpuan kepada perubahan gender.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Grodzka berkata, dia teruja dengan prestasi memberangsangkan yang dipamerkan oleh partinya dalam pilihan raya berkenaan.

"Buat masa ini, saya tidak pasti sama ada saya akan terpilih tetapi saya gembira melihat keputusan yang diperoleh Gerakan Palikot," katanya.

Grodzka sebelum ini merupakan calon parti berkenaan di bandar Krakow yang merupakan bandar kelahiran bekas ketua mazhab Kristian Roman Katholik, mendiang Pope John Paul II.

"Jika saya dipilih sebagai wakil rakyat di Krakow, saya akan menjadi wakil rakyat pertama daripada kalangan mak nyah bukan sahaja di Poland tetapi di seluruh dunia," ujar Grodzka.

"Saya akan mengetengahkan rang undang-undang berhubung pertukaran gender di Parlimen sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat," tambahnya. - AFP

'Sepah The Movie' Diteruskan Walaupun Sepah Berpecah

Posted: 10 Oct 2011 06:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Filem Sepah The Movie tetap akan diteruskan penggambarannya walaupun kumpulan Sepah sudah berpecah.





Penerbit filem itu, Hasni Maulod menganggap anggota kumpulan itu mampu boleh bersikap profesional bagi menjayakan filem itu walaupun mereka berpecah selain mereka juga masih muda.

"Kami mengikuti perkembangan kumpulan Sepah sejak mereka menyertai Maharaja Lawak dan drama Sepah sehinggalah kami menemui penulis skrip drama itu untuk berbincang menghasilkan filem ini.

"Sebelum berpecah anggota Sepah iaitu Shuib, Jep dan Mamat telah menandatangani perjanjian untuk membintangi filem ini. Jadi, atas sebab itu kami merasakan tiada masalah yang akan berlaku walaupun kumpulan itu sudah berpecah," katanya pada sidang media filem tersebut di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, di sini, Isnin.

Kata Hasni pihaknya tidak bermaksud untuk mengeksploitasi Sepah disebabkan kontroversi yang melanda diri mereka.

"Pada saya, apabila dilanda masalah, mereka perlu meninggalkan masalah peribadi yang akan menjejas kemampuan mereka untuk melakukan yang terbaik," katanya.

Sementara itu, Jep dan Mamat sepakat untuk bersikap profesional dalam filem ini bagi menghormati kontrak yang telah ditandatangani.

"Sebenarnya kami dah lama nak berpecah tetapi secara tidak rasmi. Apabila sudah menandatangani kontrak, tidak sangka pula saya dan Shuib menerima tawaran untuk membuat album seterusnya menubuhkan Sepahtu.

"Jadi apabila kami sudah membuat persetujuan, kami perlu lebih profesional," kata Jep.

Dalam pada itu, Mamat yang bergerak seorang diri dengan mengekalkan nama Sepah tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama-sama.

"Walaupun kami sudah berpisah, mereka masih sahabat saya dan kami pernah menjulang suatu yang sangat besar.

"Apa yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah. Mereka sahabat saya dan kami pernah bersujud bersama-sama," ujarnya.

Sepah The Movie turut dilakonkan oleh Jehan Miskin, Yus dari kumpulan Jambu, Asrul Raja Lawak, pelakon baru Anzalna Nasir dan Ramona Qadira iaitu finalis Dewi Remaja 2010/2011.

Filem arahan MP Roslin ini akan menjalani penggambaran pada minggu hadapan dan dijangka menemui penonton pada Jun 2012.

Erra Fazira, Umie Aida Jadi Juri 'Pilih Kasih 3'

Posted: 10 Oct 2011 06:33 PM PDT

SUBANG JAYA: Pelakon popular, Erra Fazira dan Umie Aida dipilih menjadi juri untuk program realiti lakonan Pilih Kasih musim ketiga.





Penerbitnya Rosyam Nor berkata, pemilihan dua pelakon wanita itu adalah bagi memantapkan lagi program realiti tersebut di samping dapat berkongsi pengalaman luas mereka kepada peserta-peserta yang terpilih menyertai pertandingan itu.

"Saya mencari pembaharuan bagi memantapkan program ini dengan menampilkan dua pelakon yang cukup disegani dan berpengalaman dalam industri seni tanah air.

"Dengan adanya Erra Fazira dan Umie Aida dapat membantu saya membuat pemilihan dan secara tidak langsung mereka dapat menurunkan ilmu kepada pelakon-pelakon baru," ujarnya pada sidang media Majlis Pelancaran Program Pilih Kasih Musim Ketiga, di sini, Isnin.

Tambahnya, pemilihan kedua-dua pelakon tersebut juga selepas perbincangan yang dibuat dengan pihak penaja iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan RTM.

"Pemilihan Erra dan Umie juga dilihat mampu memantapkan lagi program ini. Peranan mereka juga besar dalam memilih dan membentuk peserta menjadi seorang bintang. Mereka bukan hanya bertindak sebagai juri tetapi lebih kepada menurunkan ilmu lakonan kepada peserta-peserta," jelasnya.

Dalam pada itu, mengakui perjalanan kerjaya kedua-dua juara terdahulu agak perlahan, pencarian musim ini lebih tertumpu kepada rupa paras dan bakat seseorang peserta tersebut.

"Saya akui juara sebelum ini agak lambat memulakan perjalanan kerjaya mereka kerana ada watak-watak tertentu sahaja yang boleh mereka bawa.

"Oleh itu kali ini kami mencari peserta yang mempunyai pakej lengkap yang boleh membawa semua watak," katanya.

Program ini bakal mengekalkan pengarah tersohor, Erma Fatima, Hamzah Tahir, Fauziah Nawi dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai tenaga pengajar.

Program yang diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini bakal memulakan uji bakat di beberapa lokasi bermula 22 dan 23 Oktober ini di The Summit, Batu Pahat, Johor disusuli Aeon Bukit Tinggi Klang, Selangor pada 29 dan 30 Oktober dan di SP Central Square Sungai Petani, Kedah pada 12 dan 13 November.

Ia turut diadakan di Central Point Palm Square, Sabah pada 26 dan 27 November, diikuti The Spring Kuching, Sarawak pada 3 dan 4 Disember dan berakhir di KL Sentral pada 10 dan 11 Disember depan.

Program Pilih Kasih 3 akan bersiaran bermula 20 November depan di saluran TV2, pada setiap Ahad, bermula pukul 9 malam.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Komen Mimifly mengenai SEKSI dan adegan PANAS filem KLIP 3GP

Posted: 10 Oct 2011 05:30 PM PDT


nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

298293 221210004597128 178045848913544 700247 5293481 n Komen Mimifly mengenai SEKSI dan adegan PANAS filem KLIP 3GP

Poster filem KLIP 3GP

Adegan panas

Mengenai filem terbaru, Klip 3GP, yang akan ditayangkan pada 13 Oktober ini, bukan Mimi sahaja yang membintangi filem tersebut.

Malah, Jojo dan Zydee turut memainkan peranan dalam kisah tentang video lucah yang disebarkan menerusi Internet.

"Ini merupakan filem pertama kami dan ia adalah satu pengalaman besar buat kami yang tidak tahu apa-apa tentang dunia perfileman dan lakonan.

"Lebih-lebih lagi watak saya sebagai Maya seorang wartawan yang menjadi mangsa ugutan seorang rakan berhubung satu rakaman hubungan sulit. Manakala Zydee dan Jojo pula merupakan dua rakan yang nakal di mana mereka suka 'skodeng' dan mengambil video-video lucah.

"Ya, terdapat beberapa adegan panas dalam filem ini, tetapi saya gembira kerana ONE telah memberikan komitmen 100 peratus dalam menjayakan Klip 3GP," katanya.

Mimi juga bersedia menerima kritikan daripada peminat-peminatnya lebih-lebih lagi jika mereka tidak sukakan watak yang dibawa.

"Dalam filem ini, saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan watak Maya. Dan harus diakui, adegan-adegan panas semestinya akan menjadi perhatian dan kritikan banyak pihak.

"Tapi saya lebih rela dikecam seandainya lakonan saya benar-benar menjadi berbanding sekiranya saya dipanggil sebagai pelakon "kayu".

"Walaupun susah untuk menghayati watak, saya gembira dengan krew dan pelakon-pelakon lain yang memberikan tunjuk ajar lebih-lebih lagi Jojo dan Zydee," tuturnya.

///petikan mstar ///

Full content generated by Get Full RSS.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Klip 3GP

Posted: 10 Oct 2011 06:41 PM PDT

klip 3gp posterSinopsis Klip 3GP:- Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya.. tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah menjadi mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

Tajuk Filem: Klip 3GP

Pengarah: Aidil Fitri

Penerbit: Primeworks Studios Sdn Bhd

Dipawagam: 13 Oktober 2011

Pelakon Klip 3GP:
Zahiril Adzim
Sara Ali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Sila Vote Filem Klip 3GP
Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tahun sibuk Ella

Posted:

Tahun sibuk Ella

Tahun sibuk Ella

WALAUPUN telah lama berada di dalam industri seni, aura dan bahang Ratu Rock Malaysia masih lagi dirasai dan dinantikan oleh peminatnya seantero dunia. Wanita yang telah memulakan perjalanan karier seninya seawal umur 17 tahun ini masih lagi menjadi yang terhangat di pasaran tidak kiralah di dalam bidang nyanyian mahupun lakonan.

Berbicara mengenai lakonan, Norzila Aminuddin atau lebih dikenali dengan nama Ella ini pernah beberapa kali tampil di layar perak dan antara filem hebat lakonannya ialah Bayangan Maut, Pemburu Bayang dan yang terakhir Hanya Kawan.

Namun, berbanding pencapaiannya di dalam bidang nyanyian, ianya berbeza bagai langit dan bumi. Walaupun filem-filem lakonannya berjaya mengaut kutipan pecah panggung, Ella yang ditemui pada majlis sidang akhbar yang perkenalkan dirinya sebagai penyanyi pembuka tirai persembahan Whitesnake World Tour 2011 - Live In Malaysia di Hotel Hilton Kuala Lumpur berkata bidang nyanyian masih menjadi keutamaannya.

"Filem terakhir lakonan Ella ialah Hanya Kawan dan itu pada tahun 1997. Bukannya kerana ketiadaan tawaran berlakon untuk Ella, namun kesibukan jadual merupakan salah satu sebab mengapa Ella menolak.

"Ini kerana jika Ella berlakon, Ella perlukan banyak masa untuk terlibat dalam penggambaran. Namun, ada satu tawaran yang Ella masih pertimbangkan. Ella tidak boleh beritahu ia sekarang kerana ia belum lagi dipastikan. Tapi, Ella akui watak tersebut sangat menarik dan kerana itu Ella pertimbangkan," cerita Ella yang mana katanya produksi tersebut memberi peluang pada Ella untuk memilih hero gandingannya kelak.

Akui Ella juga, sebenarnya antara sebab yang sering menghalangnya daripada menerima tawaran berlakon adalah kerana dia tidak mempunyai bakat di dalam bidang tersebut, dan bukannya kerana kejayaan yang dinikmatinya Ella semakin jual mahal atau sombong.

"Ella suka tengok orang berlakon, tapi hakikatnya pada diri Ella sendiri, Ella tidak pandai berlakon. Itu sebabnya Ella tolak banyak tawaran sebelum ini kerana Ella tidak mahu kecewakan mereka," jelas wanita kelahiran Pulau Pinang ini.


ELLA bakal mengeluarkan jenama jeans sendiri pada tahun hadapan.


Mungkin ini masanya yang ditunggu-tunggu oleh peminat fanatik Ratu Rock ini, iaitu penghasilan sebuah album yang akan mengubati kerinduan mereka terhadap wanita berpewatakan manja ini.

Komitmen tetap Ella sentiasa difokuskan kepada penghasilan album baharunya yang belum lagi mempunyai judul. Apa yang dibicara Ella, album baharunya bakal dilancarkan sebelum hujung tahun ini yang mana progres album ini telah pun sempurna lebih daripada 50 peratus.

Album yang bakal lahir ini mengandungi lapan buah lagu dan single pertama daripada album tersebut bakal dikeluarkan dalam masa sebulan dua lagi.

"Album Ella belum lagi diberi judul kerana ia belum siap sepenuhnya. Bagaimanapun, album tersebut akan Ella lancarkan pada tahun ini juga. Kerana itu Ella sedikit sibuk dengan penghasilan album ini kerana Ella mahukan yang terbaik bagi album ini.

"Ella hanya memuatkan sebanyak lapan buah lagu kerana jika terlalu banyak, kelak orang tidak mahu mendengar. Jadi, biarlah ia menjadi cukup-cukup sahaja," jelas Ella yang mana albumnya akan diedarkan oleh Warner Music.


RESIPI kejayaan Ella bertahan adalah dengan mengekalkan kualiti kerjayanya.


Selain sibuk dengan penghasilan album, Ella juga di dalam perancangan untuk mengeluarkan jenama jeans sendiri. Ini kerana, ceritanya, setiap kali membuat penampilan di mana-mana persembahan dan negara, pasti peminat akan mendekatinya untuk bertanyakan mengenai jeans yang dipakainya.

"Peminat selalu tanya Ella, dari mana beli jeans, jenama apa, model apa, dan soalan-soalan yang terperinci. Jadi, setelah difikirkan, baik Ella mereka jeans sendiri dan menjualnya kepada peminat.

"Saya memang peminat jeans, jadi tidak salah jika saya berkongsi minat saya itu bersama peminat," tutur Ella yang juga mengatakan jeans itu akan dikeluarkan di dalam pelbagai saiz bagi lelaki dan wanita.

Jelasnya, mungkin jika tiada halangan, jenama jeans itu akan dilancarkan pada tahun hadapan selepas selesai dengan pelancaran album baharunya.

Menyelit persoalan yang sering ditanya pihak media mahupun peminat, bilakah Ella ingin mendirikan rumah tangga, jawab Ella diselangi ketawa besar dengan gelagat manjanya, Ella menjelaskan jika benar dirinya sudah berpunya dan ingin menamatkan zaman solonya, dia tidak akan menyembunyikan perkara tersebut.

Jelasnya juga, dia juga tidak akan teragak-agak untuk berbicara mengenai hal tersebut dan akan mengumumkan berita gembira itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Esha dampingi Emraan

Posted:

Esha dampingi Emraan

Esha dampingi Emraan


ESHA GUPTA


ESHA GUPTA yang selama ini terkenal di India sebagai model bertaraf gred A kini bakal menceburi bidang perfileman di Bollywood dan filem sulung lakonannya yang berjudul, Informer bakal menggandingkannya dengan aktor Emraan Hashmi.

Menurut sumber, pada mulanya karakter tersebut telah ditawarkan kepada aktres Prachi Desai tetapi Prachi khabarnya tidak pasti mahu berlakon dalam filem yang mempunyai banyak babak erotik apatah lagi bergandingan dengan Emraan yang dikenali dengan gelaran Raja Pencium Bersiri Bollywood itu.

Apabila Prachi akhirnya menolak tawaran tersebut, penerbit filem itu Mahesh Bhat dan pengarahnya, Kunal Deshmukh kemudian melakukan uji bakat terhadap Esha dan mendapati dia sangat bersesuaian dengan watak tersebut.

"Kunal mendapati Esha menepati ciri-ciri karakter tersebut yang merupakan bukan gadis tipikal yang boleh dimanipulasi sesuka hati oleh lelaki. Itu ciri paling utama perlu ada karakter utama filem Informer dan Esha ternyata memilikinya," tambah sumber.

Full content generated by Get Full RSS.

Kembara

Posted:

Kembara <i>Field Trip USA</i>

Kembara Field Trip USA

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


QI (tengah) bersama penerbit program Field Trip U.S.A 2, Alet (kiri) dan Sean.


BAYANGKAN diri ditempatkan di benua asing yang jauh terpisah, dalam kepayahan menyesuaikan diri dengan cara hidup, bahasa, budaya, adat resam dan cuaca yang ternyata berbeza daripada Malaysia, pada masa yang sama perlu menjalani rutin harian sebagaimana masyarakat di sana.

Itu antara cabaran yang perlu ditempuh oleh sembilan orang remaja dalam rancangan realiti pertukaran pelajar dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Field Trip USA 2.

Konsepnya masih sama seperti musim pertamanya pada tiga tahun lalu, yakni pelajar-pelajar yang terpilih dari Malaysia perlu tinggal bersama keluarga angkat dan harus bijak menyesuaikan diri dengan cara hidup keluarga baharu mereka di lapan buah negeri berlainan sekitar Amerika Syarikat.

Hakikatnya kesemua mereka itu cukup bertuah kerana peluang untuk menyandang gelaran sebagai rakyat Amerika Syarikat yang mana menuntut mereka untuk berdikari, bersekolah dan membuat pelbagai aktiviti dalam masa enam bulan sepanjang di sana.

Bagi pengacaranya pula, Qushairi Razali atau lebih tepat dipanggil Qi, 34, pengalaman berganda dinikmatinya apabila sekali lagi diberi kepercayaan mengemudi rancangan kelolaan 8TV itu.

"Pertama sekali, syukur Alhamdulillah masih diberikan kepercayaan untuk saya mengacarakan rancangan itu dan diharapkan atas kejayaan Field Trip musim pertama dan kedua ini akan ada lagi musim-musim seterusnya.

"Namun, apa yang menarik adalah peluang untuk mengembara ke lapan buah negeri yang sebelum ini belum pernah saya lawati dan merasai kehidupan sebenar di sana walau cuma sekejap," katanya yang ditemui selepas sidang akhbar Field Trip USA 2 di Redbox Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menghurai lagi perbezaan antara musim pertama dan kedua rancangan itu, lokasi luar bandar menjadi prioriti untuk kali ini berbanding tempat-tempat popular seperti New York dan Los Angeles pada musim terdahulu.

Jika dicongak, sudah 16 buah negeri di Amerika Syarikat berjaya dilawati daripada 50 buah negeri di benua itu.

Selama 35 hari tempoh masa pula yang diambil untuk menyudahkan penggambaran 10 episod di sembilan buah rumah di lapan buah negeri di Amerika Syarikat.

Pun begitu, pengalaman yang tidak ternilai pastinya terukir bagi setiap pelajar yang berpeluang merasainya.

Contohnya Ammalina Aisyah Azman, 18, yang diberikan kesempatan tinggal bersama seorang ibu tunggal beranak dua di West Palm Beach, Florida. Ujarnya, momen indah bersama keluarga angkat di sana kadangkala membuatkannya tidak lena tidur apabila tiba di tanah air.

"Setiap hari pasti saya akan merindui piza keju Amerika hasil air tangan ibu angkat saya," ringkas jawapannya tapi sarat dengan makna.

Begitu juga jawapan yang diberikan lapan orang rakannya yang lain seperti Satyan Gunasekaran yang melunaskan tempoh enam bulan di Minnesota, Sanjiv N. Naddan (Seattle, Washington), Najmin Roslan (Oregan, Ohio), Chia Yen Gan (Charlotte, Carolina Utara), Kwek Thiam Chye (Wisconsin Rapids, Wisconsin), Thulaja Thessa (Goldfield, Iowa), Cherlyn Chin Ling Liew (Hagerstown, Indiana) dan Roderick Kelvin Gondipon (Indianapolis, Indiana).

Field Trip USA sebelum ini pernah memenangi Program TV Paling Diminati di Shout! Awards 2009 .

Program realiti 30 minit ini disiarkan pada pukul 9.30 malam setiap hari Rabu bermula 28 September lalu selama 10 minggu di 8TV atau saluran 708 di Astro.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


&#8216;Saya bukan tiru Yuna&#8217;

Posted: 10 Oct 2011 06:22 AM PDT

DIA mengagumi Yuna dan menganggapnya antara penyanyi wanita berbakat pernah hadir di negara ini.

Justeru, sukar untuk Imratul Najwa Abdul Latif atau lebih dikenali sebagai Najwa Latif menafikan Yuna sebagai ikon atau inspirasi dalam perjalanan muziknya.

Pun begitu, jika dikatakan dia mahu menjadi klon Yuna, gadis berusia 16 tahun dan popular dengan lagu Cinta Muka Buku ini kurang bersetuju kerana dia percaya muzik mereka jauh berbeza.

Bagi Najwa, tidak adil dirinya dianggap klon Yuna jika kesamaan itu diukur melalui penampilan mereka yang bertudung.


"Saya akui amat mengagumi Yuna terutamanya pencapaian beliau dalam bidang muzik tempatan dan juga antarabangsa. Saya kagum dengan kemampuannya dalam bidang penghasilan lagu selain Yuna juga memiliki vokal yang baik.


"Harus saya akui, imej bertudung yang menjadi identiti Yuna membuatkan saya serta peminatnya yang lain bertambah kagum dengannya. Namun mengagumi tidak bermakna meniru.

"Genre muzik kami sangat-sangat berbeza. Malah, kalau ada yang menganggap imej bertudung ini sebagai meniru bagi saya itu tidak adil. Saya sudah lama memakai tudung

"Dari segi berfesyen, saya begitu tertarik dengan gaya diperkenalkan Hana Tajima. Pakaian dan gaya tudung cukup ranggi, tetapi masih memelihara kesopanan seseorang wanita Muslim. Saya percaya Yuna orang yang bertanggungjawab mempopularkan fesyen Hana Tajima di Malaysia," kata gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini.

Perjalanan karier muzik Najwa bermula apabila dia mengambil pendekatan memperkenalkan muziknya menerusi laman Youtube sebagaimana dilakukan Zie Avie menerusi lagu Kantoi, Yuna (Dan Sebenarnya) dan Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku).

Tanpa disedari, lagu Cinta Muka Buku yang dicipta olehnya sementara sentuhan lirik oleh kakanya, Syafika mendapat perhatian pelayar laman itu sehingga akhirnya dilamar NAR Records.

"Melodi menjelma di kepala sewaktu saya sedang bermain gitar di bilik. Saya merakamkannya ke dalam MP3 dan memaklumkan pada kakak yang saya dapat melodi menarik.

"Kebetulan masa itu kakak sedang melayari laman sosial, Facebook (FB).

Kalau tidak silap, ada kawan baru kahwin dan mereka berkenalan melalui FB.

Jadi, kakak rasa topik perkenalan dalam FB sesuai dijadikan lirik untuk dipadankan lagu saya.

"Tambahan pula, FB laman sosial yang banyak manfaat jika digunakan secara betul dan sesiapa pun termasuk kanak-kanak juga ada FB. Justeru, ia berkait dengan gaya hidup masa kini," katanya.

Sesudah kejayaan Cinta Muka Buku, Najwa kini dalam perancangan menghasilkan single kedua diberi judul Carta Hati.

Apa yang menarik lagu ini masih mengekalkan Syafika sebagai penulis lirik.

"Ada orang tanya apakah saya tidak mahu menggunakan khidmat penulis lirik profesional atau yang sudah ada nama? Saya bukan jual mahal atau tidak mahu cuba, tetapi saya percayakan bakat kakak menulis lirik walaupun dia masih baru.

"Usia kakak dengan saya cuma beza enam tahun dan kami berdua masih remaja jadi lirik-lirik yang dikarang oleh kakak bersesuaian dengan lagu dan perjalanan hidup saya sendiri," katanya.

Mula bermain gitar sejak di tingkatan dua, Najwa yang mengikuti kelas muzik di Yamaha di Batu Pahat pernah dihadiahkan gitar oleh bapanya ketika dia memperoleh keputusan 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Barangkali ada yang terlepas pandang berita kejayaan Najwa yang dipilih sebagai pemenang Anugerah Bakat Muda Selangor dalam bahagian muzik kategori solo menumpaskan dua finalis lain iaitu Amanda Imani dan Amirah Ali pada 17 September lalu.

Najwa sama sekali tidak menyangka memperoleh pengiktirafan berkenaan memandangkan penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat ini sendiri merasakan ia terlalu awal.

Malah, katanya, dia belum bersedia menghadapi cabaran anak seni dan sangat bimbang serta takut sekiranya namanya dipalit gosip yang tidak membina.

"Saya takut sebenarnya, tapi dalam masa yang sama saya menceburi bidang nyanyian ini kerana ingin memperkenalkan muzik saya. Tetapi sekarang saya sedang belajar memahami permainan dunia seni.

"Kalau boleh saya ingin orang respons pada muzik saya saja, tetapi saya tahu ia mustahil. Sekarang ini pun orang sudah mula kenal, kalau keluar bersiar-siar ada yang menegur. Saya harap tidak lupa diri dan mahu kekal bersederhana seperti mana sekarang," katanya.

Cinta Muka Buku

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooh..
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu oohh..
Benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo...
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo...
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

PROFIL

NAMA PENUH: Imratul Najwa Abdul Latif
NAMA KOMERSIAL: Najwa Latif
TARIKH LAHIR: 23 Mei 1995
TEMPAT LAHIR: Batu Pahat, Johor
STATUS: Pelajar SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor
HOBI: Menghasilkan lagu dan bermain peralatan muzik gitar, dram dan piano
LAMAN SOSIAL: http://www.najwalatifs.blogspot.com/
FACEBOOK FANPAGES: najwalatif
TWITTER: @njwalatif
YOUTUBE: www.youtube.com/najwa595

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan sia-sia bakat!

Posted: 10 Oct 2011 06:13 AM PDT

PENAMPILAN kumpulan Sepah menerusi program realiti Raja Lawak musim ketiga pada 2008 mencetus fenomena tersendiri.

Trio yang dianggotai Mohd Nazdri Zainal Abidin atau Jepp, Shahmira Muhammad (Shuib) dan Mohd Noor Murad (Mamat) antara lain dilabel antara generasi pelapis berbakat.

Apatah lagi gandingan mereka dengan jenaka dan aksi spontan merangkul gelaran juara sulung Maharaja Lawak, baru-baru ini.

Selepas beberapa kali desas-desus mengenai perpecahan kumpulan itu menjadi bualan ramai, akhirnya Jepp dan Shuib tampil menjelaskan persoalan itu.


Tampil dengan kumpulan baru, Sepahtu tanpa kehadiran Mamat, Jepp memaklumkan keputusan berkenaan terpaksa dibuat biarpun berat hati untuk melakukannya.


Difahamkan keputusan itu dibuat selepas Mamat dikatakan berdepan masalah disiplin dan tidak dapat memberi komitmen kepada kumpulan.

Perpecahan kumpulan berkenaan turut mendapat maklum balas pelbagai daripada peminat dan karyawan seni.

Pelakon dan pelawak, Zainal Ariffin Abd Hamid atau Zaibo pernah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan teguran kepada kumpulan itu ketika menilai setiap aksi persembahan pada program Raja Lawak.

Zaibo turut berasa sedikit kecewa dengan krisis yang melanda kumpulan berbakat besar itu.

"Saya pernah memaklumkan kepada mereka ketika salah satu minggu persembahan Raja Lawak bahawa adalah satu dosa besar kalau Sepah berpecah. Kenyataan menyindir itu mempunyai maksud yang mendalam kerana saya percaya bakat dan keistimewaan yang ada pada setiap anggota kumpulan itu.

"Memang bakat mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Saya akui tidak begitu rapat dengan mereka. Saya juga tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka sebenarnya.

"Tidak dinafikan, setiap artis terutama apabila berkumpulan mempunyai pelbagai perangai dan ragam masing-masing. Terpulang kepada kita untuk mengatasi dan menyelesaikan setiap perkara serta masalah yang dihadapi," katanya.

Sebagai insan seni senior, Zaibo memaklumkan kehidupan artis bagaikan satu putaran roda kadang kala di atas dan kadang kala di bawah.

Walaupun berdepan konflik, Zaibo memuji kesungguhan mereka untuk tidak mempersia-siakan bakat dan peluang yang ada.

Bagi aktivis teater dan pelakon terkenal, Fauziah Nawi memaklumkan isu yang membabitkan kumpulan itu adalah ibarat satu masalah rumah tangga yang tidak diketahui banyak pihak.

Masing-masing sudah pasti tahu mengenai kesan yang akan berlaku kepada perjalanan karier seni mereka pada masa depan.

"Mereka sudah dewasa dan tahu apa yang dilakukan. Apa yang lebih penting, selagi ia tidak menjejaskan minat dan kecenderungan mereka untuk terus mencipta nama dalam dunia seni.

"Mereka berjaya membuktikan kemampuan dengan kejayaan merangkul dua gelaran pada program realiti. Bukan hanya bersandar pada nasib, malah dengan bakat yang ada berjaya meletakkan mereka pada satu tahap yang tinggi. Ternyata mereka mempunyai keistimewaan dan tarikan tersendiri," katanya.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman bekerja dengan trio itu, Fauziah mengakui kumpulan itu berpotensi besar dalam dunia seni.

Senada dengan rakan artis, Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, Sepah dikenali sebagai trio, justeru, jika ia dibubarkan sudah pasti satu perkara yang agak menyedihkan.

Bagaimanapun, situasi itu tidak pernah menghalang pihak Astro untuk menutup ruang kepada sesiapa saja tampil menerusi program mereka.

"Sebagai salah satu daripada peserta Raja Lawak 2008 dan Maharaja Lawak musim ini, memang kami mengakui bakat mereka. Kami sentiasa menyarankan kepada mereka untuk tampil dengan kertas kerja masing-masing. Jika ia sesuai dan menarik, sudah pasti kami terima.

"Keutamaan kami adalah kepada pelanggan. Jika program itu menarik dan mendapat sambutan sudah pasti kami akan terus menyiarkannya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.