Berita Harian: Hip |
Posted: 10 Oct 2011 03:43 PM PDT Hip Mimi rujuk lakonan Angelina Jolie jayakan filem Klip 3GPMENATAP penuh keasyikan babak makan kucing, lantai bermandi darah, jeritan sayu mangsa bunuh, pemecah ais yang dijilat mengena tepat pada rusuk dan dada mangsa serta tikaman bertubi-tubi sehingga darah pekat membuak-buak keluar sudah cukup menimbulkan rasa takut, ngeri serta ngilu berpanjangan sebaik tamat melihat treler filem sulung dilakonkan Mimifly One Nation Emcees. Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.Saya menonton filem dalam genre psiko yang dilakonkan Angeline Jolie sebagai rujukan, sedangkan selama ini saya akan cuba mengelak menonton filem seram serta psiko. - Mimi, Pelakon/Anggota One Nation Emcees Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 10 Oct 2011 03:05 PM PDT Hip Presiden PROFIMA didakwa tidak telus soal kewanganBELUMPUN selesai kemelut dalam Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) dan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), sebuah lagi persatuan hiburan dikatakan sedang menghadapi masalah hampir sama. Kali ini membabitkan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) pula. Isunya juga sama, iaitu berkaitan dengan pengurusan kewangan yang didakwa sebagai mencurigai sehingga menimbulkan kemusykilan kepada ahli-ahlinya. Ini termasuklah dakwaan pemimpin PROFIMA dikatakan mengeluarkan 18 keping cek dalam satu hari yang sama iaitu 26 Mac 2010 daripada akaun persatuan membabitkan pengeluaran berjumlah hampir RM18,000.Sedangkan mengikut perlembagaan persatuan, pengeluaran wang persatuan melebihi RM5,000 mesti dibawa diputuskan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa terlebih dahulu. Perkara lain yang kurang disenangi oleh ahli PROFIMA ialah apabila Presiden, Khir Mohd Nor didakwa menggunakan kuasa veto untuk apa saja keputusan mesyuarat. Sejak dipilih sebagai Presiden pada tahun 2009 hingga kini, jawatan lain dalam PROFIMA dikatakan bertaraf pemangku sahaja seperti Timbalan Presiden, Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang tidak punyai kuasa untuk membuat keputusan. Bekas Penolong Setiausaha PROFIMA, Omar Ariffin atau Omar Kalam berkata, rasa tidak puas hati kini sudah sampai kemuncaknya apabila timbul desakan supaya Presiden mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) tetapi tidak dipenuhi seperti mana yang tertulis di dalam minit mesyuarat Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sesi 2009/2012 (AGM) pertama pada 25 September 2010.
"Biarpun saya sudah dipecat gara-gara menegur presiden, namun saya masih bersama persatuan ini kerana di dalam PROFIMA inilah kebajikan saya sebagai pekerja filem dapat dibela," katanya ketika hadir di Balai Berita untuk ditemubual Hip. Menurutnya, dalam menerusi minit mesyuarat AGM pertama lalu, Presiden mengingatkan ahli mengadakan EGM bagi pelantikan AJK baru dalam tempoh sebulan namun sehingga kini EGM masih gagal diadakan biarpun sering kali didesak ahli persatuan. "Selagi jawatankuasa persatuan tidak dilantik semula, persatuan akan menghadapi lebih banyak masalah," katanya. Omar juga mendakwa, PROFIMA tidak segera bertindak untuk memperbaharui insuran perlindungan dan keahlian persatuan merisaukan semua ahli kerana kebimbangan berlaku kemalangan ketika berada di tempat kerja. "Perkara ini juga sering dilengah-lengahkan biarpun insuran sebanyak RM35 dan keahlian RM40 sudah dibayar ahli tetapi berbulan-bulan baru ahli menerima polisi insuran. Sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada ahli ketika bekerja, siapa yang ingin bertanggungjawab. "Pengurusan kewangan juga tidak diuruskan dengan baik. FINAS menawarkan ruang pejabat untuk persatuan dengan sewa RM250 sebulan, kebanyakan persatuan mengambil kemudahan ini tetapi Presiden buat keputusan menyewa di tempat lain dengan sewa RM600 sebulan. "Begitu juga dengan kenderaan persatuan yang dibeli digunakan untuk kepentingan individu dan bukan persatuan melakukan pemantauan, lebih mengecewakan apabila petrol, tol dan sebagainya di tuntut kepada persatuan," katanya. Menurutnya lagi, ahli juga meragui kewibawaan Presiden kerana setiap aduan tidak ditangani dengan sebaik-baiknya. Aduan ahli yang dipermainkan oleh produser membabitkan isu pembayaran gaji tidak pernah diselesaikan.
"Ahli juga mengesyaki sesuatu tidak kena apabila PROFIMA gagal membangunkan portal persatuan sedangkan peruntukan besar sudah diberi. PROFIMA juga pernah mengadakan kunjungan delegasi ke Jakarta Indonesia untuk menjalinkan kerjasama bersama persatuan pekerja filem di sana. Setiap ahli harus mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM600 setiap seorang. Mereka berjaya mengumpul RM20,000 untuk kunjungan itu, tetapi selepas pulang ke tanah air, Presiden mengemukakan tuntutan kepada persatuan sebanyak RM24,000 kononnya itu adalah kos kunjungan ke Indonesia itu," jelas Omar lagi. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |