Adsense

Rabu, 27 April 2011

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Tahniah,Maizawati Dapat Anak Lelaki

Posted: 27 Apr 2011 06:39 PM PDT

Salam, Dikala Pasangan Pasangan Kecil Molek Siti Sarah Dan Shuib Gembira Dengan Berita Mengandung Dua Bulan, Pasangan Tinggi Lampai Maizawati (Ex-Wife Akhil Hayy) Dan Yassin Lagi Lah Gembira Dengan Kedatangan Ahli Baru Mereka Awal Pagi Semalam (Rabu).

Suami Maizawati, Yassin mendukung Qhabel di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Bayi Lelaki Yang Dinamakan Mouhammad Qhabel Izz Qhushairy, Selamat Dilahirkan Di Hospital Besar Kuala Lumpur Jam 4.15 Pagi Semalam Dan Seberat 2.86Kg.Tahniah Sekali Lagi Di Ucapkan Kepada Mereka..

Sumber Asal:

PETALING JAYA: Bekas isteri penyanyi Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 36, (gambar) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Mouhammad Qhabel Izz Qhushairy.

Dia bersalin dalam keadaan normal di Hospital Kuala Lumpur, dekat sini pukul 4.15 pagi, Rabu.


Bayi tersebut merupakan bayi pertama hasil perkahwinan ketiga Maizawati dengan Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim, 23. Mereka bernikah pada 9 Ogos tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.86 kilogram secara normal. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik.

"Antara orang yang paling gembira mendengar berita ini adalah suami saya, Yassin kerana bayi ini merupakan anak pertamanya dan lebih menggembirakan apabila mengetahui bayi ini adalah bayi lelaki," ujar Maizawati ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Maizawati pada mulanya tidak merancang untuk bersalin di Kuala Lumpur sebaliknya dia datang dari Ipoh untuk menziarahi saudara-maranya.

"Saya datang ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu dan dimasukkan ke hospital pada petang semalam (Selasa). Jika tiada apa-apa masalah, mungkin saya dibenarkan keluar hospital pada tengah hari esok," katanya lagi.

Qhabel merupakan anak ketujuh Maizawati. Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada 15 Julai tahun lalu.

Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan.







Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Tahniah,Siti Sarah Kini Sudah Mengandung Dua Bulan

Posted: 27 Apr 2011 04:18 PM PDT

Salam Guys, Tahniah Di ucapkan Kepada Pasangan Kecil Molek Siti Sarah Dan Shuib Yang Telah Disahkan Mengandung Dua Bulan.Perkahwinan Penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan pasangannya Shuid dari Kumpulan Sepah (Raja Lawak) Telah Selamat Di ijabkabulkan Pada 26 Februari 2011 Lalu.



Dan, Dengar Citer (ce Cite,Ce Cite...) Pasangan Ini Baru Saja Selesai Menjalani Penggambaran filem Yang Berjudul "Man Sewel Datang KL".Jadi Kepada Mereka "KipassusahNakMati" Pasangan Ini, Nantikan Filem Ini Pada November Tahun Hadapan...
Zazzz....

Sumber Asal:

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 27, sudah mengandung dua bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Shuib (Sepah) pada 26 Februari lalu.

Menurut Sarah, ketika menerima pengkhabaran berita tersebut, Shuib yang turut berada disisi menangis sambil memeluknya.

"Selepas hari terakhir penggambaran filem Man Sewel Datang KL, saya rasa sakit perut dan Shuib membawa saya ke klinik.


"Tetapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan dan dapati saya mnegandung, Shuib tanpa rasa malu menangis dan memeluk saya," katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di sini, Selasa.

Tambah Sarah, suaminya itu terlalu berharap untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat ini.

"Setiap kali saya sakit perut atau loya-loya tekak, dia akan berharap saya mengandung dan kami telah buat beberapa pemeriksaan kehamilan.

"Tetapi hampa, sehingga saya nasihatkan dia jangan terlalu berharap kerana saya yang akan rasa sangat teruk jika tidak mengandung," ujarnya.

Katanya, sejak berkahwin mereka semamangnya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menceriakan rumah tangga.

"Saya bersyukur mengandung pada usia ini kerana saya sudah lama bersedia untuk jadi seorang ibu dan mempunyai keluarga yang lengkap.

"Malah kami merancang untuk mendapat empat orang cahaya mata," katanya.

Sementara itu, Shuib yang berada disisinya memberitahu dia sangat terharu ketika mendapat tahu berita gembira tersebut.

"Saya yang paling gembira sehingga tak menghiraukan doktor yang berada di situ. Ketika bawa Sarah ke klinik, hati saya sudah terdetik yang dia mengandung.

"Alhamdulilah apa yang saya jangkakan betul, memang sukar untuk gambarkan perasaan saya apabila bakal melangkah ke satu fasa lain dalam hidup," ujarnya.

Pasangan ini baru sahaja selesai penggambaran filem Man Sewel Datang KL dan berduet untuk lagu Cinta Itu Nyawasebagai lagu tema filem tersebut.

Shuib bakal melakonkan watak utama sebagai Man yang mempunyai penyakit sewel, berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur setelah melihat kejayaan rakan sekampungnya yang bekerja di ibu kota.

Sementara Sarah pula melakonkan watak salah seorang kekasih Man bernama Salbiah. Dia memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur dan mula mengenali Man setelah terlibat dengan kes ragut

Filem terbitan Work Move Production Sdn Bhd ini turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim dan dijangka ditayangkan pada November depan. - mStar


Layan Maharaja Lawak Minggu Ke-4






Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Celebrity News

Celebrity News


Perkahwinan Memey Dan Norman pada 23 September 2011

Posted: 27 Apr 2011 12:17 AM PDT

 Alhamdulillah akhirnya kahwin juga pasangan ni, nak tunggu sampai 11/11/11 macam-macam fitnah dan tomahan yang diterima. Mana tidaknya sana-sini orang mengata mengenai mereka terutamanya gossip sering berkepit walau dimana saja sehingga menyebabkan mata yang melihat rimas dan muak. Semoga dengan perkahwinan pasangan ini akan menjernihkan semula keadaan yang sering diperkatakan.

Dan berikut Statement Memey mengenai penukaran tarikh perkahwinan mereka : 


"Awalnya saya memilih untuk nikah pada 11 November ini, tapi setelah pulang ke rumah abang (Norman) minggu lepas, untuk berbincang dengan keluarganya tentang tarikh pernikahan ini, ibunya meminta agar tarikh pernikahan dicepatkan.

"Kalau boleh keluarga abang mahu kami bernikah pada bulan Julai, tapi bila kami periksa semula tarikh pada bulan tersebut, jadual kami terlalu padat. Kebetulan pula,bulan Ogos sudah masuk bulan Ramadan dan Syawal, jadi nanti kami perlu sediakan dua persiapan serentak.

"Dan akhirnya, kami pilih tarikh yang terdekat iaitu 23 September. Ini hanya permintaan keluarga sebelah abang, tapi saya masih belum berbincang dengan keluarga saya lagi.

"Esok emak saya akan datang ke Kuala Lumpur, begitu juga dengan ibu abang Norman, jadi kami akan bertemu untuk memilih tarikh yang sesuai antara 23 September ataupun 11 November,"jelas Memey.

Di tanya tentang tarikh-tarikh berkenaan, jelas Memey dia lebih memilih 11 November berbanding 23 September kerana bimbang dengan persiapan yang akan dilakukan.

"Kalau ikut diri saya, saya lebih memilih 11 November. Bukan sahaja kerana tarikhnya yang cantik tapi juga disebabkan masa yang lebih panjang untuk saya membuat persiapan.

"Tapi saya perlu membuat pertimbangan dengan cadangan kedua-dua belah keluarga nanti, dan jika berlangsung pada 23 September sekalipun saya tetap bersetuju. Lagi cepat perkara ini selesai, lagi bagus,"jelasnya lagi. -ManggaOnline
ZoOM : APa komen anda mengenai pasangan ini ?

Notes : Jangan Lupa VOTE ZoOM ( Digi Awards )

Hanya Click  : http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=230411125059251
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Free download Maharaja Lawak Minggu Ketiga | Download Percuma

Posted: 26 Apr 2011 07:14 PM PDT

Free download Maharaja Lawak minggu Ketiga | Suka dengan Maharaja Lawak yang kini bersiaran di Astro Warna setiap Jumaat jam 10 Malam? Tak sempat tonton? Usah risau, kini korang semua boleh download episod Maharaja Lawak ini mulai hari ini secara percuma! Untuk Episod akan datang, nantikan update dari aku link untuk download episod Maharaja Lawak ini ye! Ke bawah untuk link download


Download Link:

Minggu pertama
Megaupload-http://adf.ly/151ID
or
Fileserve- http://adf.ly/151oV


Minggu kedua
or

Minggu ketiga
Megaupload- http://adf.ly/1F4cD
or
Fileserve- http://adf.ly/1F74F
 
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Tiba-tiba Amani marah...

Posted:

Tiba-tiba Amani marah...

Tiba-tiba Amani marah...

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


Sharifah Amani...Kecil tapi tegas.


ORANG selalu membandingkan karakter Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya dengan ibunya, tenaga pengajar Akademi Fantasia, Fatimah Abu Bakar atau kakaknya, penyiar Radio Hot FM, Sharifah Aleya.

Ternyata karakter pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Nani itu jauh berbeza berbanding ibu atau kakaknya, kerana kedua-dua wanita tersebut amat peramah dan mudah didekati.

Sebaliknya, Nani, 25, yang merupakan anak didik Allahyarham pengarah Yasmin Ahmad itu sering dilabel sebagai sombong dan sukar didekati.

Nani yang memegang watak Zalia dalam drama bersiri 13 episod, Cita Atau Cinta? yang disiarkan menerusi slot Aurora setiap Khamis, 8.30 malam di TV9 itu berkata, dia tidak kisah dengan pandangan orang lain.

"Biarlah orang nak kata saya sombong atau bercakap pasal diri saya.

"Saya tidak peduli kerana tidak semua orang suka apa yang kita buat. Saya ada sebab tersendiri kenapa bersikap seperti itu.

"Lagipun saya tahu apa matlamat saya dalam bidang ini. Saya bukan hendak menjaja cerita peribadi.

"Sebab itulah saya mudah naik angin kalau diajukan soalan yang tidak berkaitan dengan kerjaya," akuinya yang ditemui pada lokasi penggambaran drama Cita Atau Cinta? di Kampung Baru, baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zed Zaidi mohon maaf

Posted:

Zed Zaidi mohon maaf

Zed Zaidi mohon maaf

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED


TARIKH 29 April akan merubah status Zed Zaidi menjadi seorang suami.


HANYA tinggal 24 jam sahaja lagi, pelakon tinggi lampai ini akan melalui fasa baru dalam hidupnya. Bakal bergelar suami kepada Natalia Mustafa Kamal atau lebih dikenali sebagai Nelly, 28, Zed Zaidi tidak mampu lagi menyembunyikan perasaannya yang bercampur baur ketika ini.

Bertemu dengannya pada majlis tayangan perdana program Astro Prima di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Zed dengan penuh teruja memberitahu dia memang sudah bersedia untuk bergelar seorang suami.

Mula berkenalan dengan Nelly sejak tiga tahun lalu, Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil, 31, tidak menyangka persahabatan yang terjalin itu telah membawa mereka ke jinjang pelamin.

"Selama berkenalan dengan Nelly, memang tidak pernah timbul sebarang perasaan cinta kerana batasan kami hanyalah sebagai seorang sahabat.

"Memang kami kerap berhubung menerusi Facebook dan saya juga banyak membantunya tentang perniagaan butik dalam talian yang diusahakannya.

"Tetapi, pintu hati saya terbuka untuk melamar Nelly sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan umrah pada bulan Mac tahun lalu. Pada mulanya dia agak terkejut tetapi dia tidak menunggu lama untuk menerima lamaran saya itu," cerita Zed dalam nada penuh gembira kepada pihak media yang mengerumuninya petang itu.

Jika semuanya berjalan lancar, jelas Zed, majlis pernikahannya akan berlangsung pada malam esok (29 April) di Restoran Felda D'Saji, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Memandangkan lokasi tersebut hanya mengizinkan bilangan tetamu dalam jumlah yang terhad, sedari awal lagi Zed memberitahu majlisnya itu hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak.

"Kerana itu, saya memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat menjemput anda semua untuk membuat liputan majlis pernikahan saya.

"Usah bimbang kerana saya akan menjemput kalian ke majlis persandingan saya yang akan diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Mentakab, Kuala Lumpur pada 7 Mei ini," ujar pelakon filem Bisikan Remaja dan Sembilu 2005 ini sambil mengedarkan kad jemputan untuk majlis resepsinya kepada pihak media.

Untuk majlis bersejarah itu, Zed dan Nelly sepakat memilih konsep Melayu tradisional yang telah mendapat penajaan dari Butik Dahlia Bridal yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Pihak pengantin lelaki juga akan memberi tujuh dulang hantaran dan akan dibalas pihak perempuan sebanyak sembilan buah dulang.

Namun, demi menghormati permintaan kedua-dua belah pihak, Zed memberitahu wang hantaran terpaksa dirahsiakan.

Sementara itu, bagi majlis persandingan mereka pula, konsep moden tradisional menjadi pilihan kedua-dua bakal pengantin itu.

Mengakui bakal isterinya itu seorang yang cukup low profile dan pemalu, Zed menjelaskan atas alasan itu jugalah Nelly menolak untuk digandingkan bersama sebelum berkahwin.

Namun pun begitu, Zed dengan penuh jujur memberitahu dia berbangga dan bertuah memiliki Nelly sebagai belahan jiwanya.

"Alhamdulillah, dia cukup memahami dengan kerjaya seni saya dan apa yang perlu saya lalui dalam meniti perjalanan sebagai seorang artis.

"Mungkin juga dalam tempoh perkenalan kami itu juga membuatkan dia tahu dan sedar bagaimana keadaan sebenar dunia seni yang saya lalui.

"Insya-Allah, saya juga akan membuka sebuah lagi perniagaan berasaskan makanan bersama bakal isteri saya," ujar Zed yang pernah menempa kemasyhuran menerusi drama rantaian Sembilu Kasih bersama Hetty Sarlene ini lagi.

Berbicara tentang soal perkahwinan, sememangnya Zed mengakui dia tidak pernah meletakkan sebarang sasaran untuk dirinya sendiri.

"Cuma, saya pernah berkata pada diri saya alangkah manisnya kalau saya dapat bertemu jodoh pada usia 30 tahun.

"Alhamdulillah, Allah SWT mendengar permintaan saya itu dan nampaknya angka 31 itu cukup cantik untuk saya menjadi seorang suami," ujarnya yang masih lagi bernaung di bawah pengurusan Aquila Emas itu.

Memang rancak perbualan dengan Zed pada petang itu terutama sekali ketika ditanya tentang persiapan perkahwinannya yang kini sudah siap sepenuhnya.

Ujarnya, dia tidak pernah menyangka persiapan perkahwinan memerlukan penelitian dan pengawasan yang rapi bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Mujurlah kata Zed, dia mendapat bantuan daripada keluarganya sendiri termasuk bakal keluarga mertuanya yang juga mahu melihat majlis perkahwinannya berada dalam keadaan terbaik.

"Memang meletihkan untuk saya juga kerana semakin hampir hari pernikahan saya, tawaran berlakon memang tidak berhenti sehingga tidak menang tangan saya dibuatnya.

"Mana tawaran yang saya terima dahulu, saya akan utamakan. Selebihnya, saya akan sempurnakan selepas majlis saya selesai semuanya," katanya yang masih belum menetapkan destinasi bulan madu kerana terikat dengan komitmen seni yang dipersetujui terlebih dahulu.

Buat peminat setia Zed Zaidi, pastikan anda tidak ketinggalan menonton lakonannya dalam drama rantaian, Fatimah Juling The Series bermula 27 April lalu, 9 malam di saluran 105, Astro Prima.

Drama yang diterbitkan oleh A. Aida Productions itu turut dibintangi Linda Hashim, Beego, Andrea Abdullah, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Bob Lokman, Delimawati, Mak Jah dan Fathil Dani.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sudah lama kenal

Posted: 26 Apr 2011 05:03 AM PDT

Hip

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Lisa Surihani tidak nafi kerap bertemu, berbual dengan Yusry

HANYA tawa kedengaran tatkala soalan berkaitan gosip hubungannya dengan duda terhangat, Yusry Abdul Halim diajukan pada majlis pengumuman filem Lagenda Budak Setan 2: Katerina (LBS2).

Bagai sudah menjangka soalan sebegitu akan dilontarkan wakil media yang mengerumuninya usai sidang media, Lisa Surihani menjawab satu persatu persoalan dengan tenang. Nyata pengalaman mendewasakannya apatah lagi cerita sebegini bukan yang pertama apabila terdahulu bintang muda terbabit pernah dikaitkan dengan aktor lain iaitu Farid Kamil dan Shaheizy Sam.

Apa pun Lisa tidak cepat melatah sebaliknya mengakui mula akrab dengan pengarah Hikayat Merong Mahawangsa itu sejak dua bulan lalu namun secara tegas memaklumkan mereka sekadar kawan biasa dan tidak membabitkan soal hati.

"Ya kami kenal sudah lama tetapi semakin rapat kira-kira dua bukan lalu. Sebelum ini kami kerap berbual menerusi telefon atau sekadar berbalas mesej di BBM (BlackBerry Messenger).

"Macam juga teman-teman lain, kalau ada kelapangan kami akan keluar tetapi bukan berdua. Kebiasaannya lepak beramai-ramai dengan kawan malah selalunya ibu atau kawan saya pasti ada," katanya yang membawakan watak Ayu dalam LBS2.
Bagi graduan undang-undang itu, perihal keintiman dengan Yusry mula diperbesarkan apabila mereka dilihat duduk bersebelahan ketika tayangan filem seram, Seru baru-baru ini.

Hati belum terpaut

TANPA berselindung kata Lisa, Yusry memang mengetahui dirinya seorang yang penakut justeru apabila dia terkejut ketika satu babak menakutkan lelaki itu cuba mententeramkannya dengan mengusap lengan.

"Kami datang berasingan dan saya ditemani ibu. Kami duduk bersebelahan dan mungkin itu yang membuatkan orang lain nampak agak intim. Waktu saya terkejut itu adalah tindakan spontan, begitu juga ketika Yusry memegang lengan meminta saya bertenang.

"Yang pasti memang kami tiada apa-apa, cuma kawan baik.

"Kami serasi sebab boleh berbual apa saja dari soal filem hingga isu semasa. Bagi saya Yusry bijak selain punya visi dan misi dalam hidup," katanya lagi yang turut meminati kumpulan KRU ketika zaman remaja.

Bagaimanapun, tidak seperti segelintir selebriti lain yang gemar menunjukkan reaksi kurang senang apabila diaju soal peribadi, aktres jelita itu cukup terbuka malah memahami inilah harga yang perlu dibayar sebaik bergelar anak seni.

Diselak semula repertoire sejak mula menerjah ke dunia hiburan, dirinya sentiasa bersih daripada cerita negatif justeru kisah keintiman atau punya hubungan dengan mana-mana aktor hanya dianggap usikan nakal.

Tambahnya lagi, tempoh dua bulan mula rapat dan keluar bersama tidak bermakna makna hati masing-masing sudah terpaut kerana ia sekadar perkara biasa yang turut dilakukan oleh orang lain.

Jarak usia yang agak jauh dengan hampir 12 tahun berbeza juga antara sebab pelakon dan model komersil itu selesa berkawan dengan Yusry, 37, kerana beranggapan mereka boleh dikongsi segala macam cerita.

"Saya biasa dikelilingi lelaki yang lebih matang. Abang saya sendiri berusia 36 dan 35 tahun, begitu juga sepupu yang rapat dengan saya semuanya lingkungan umur sebegitu. Jadi mungkin saya selesa berkawan dengan mereka yang lebih berusia.

"Untuk bercakap soal jodoh, semua itu masih terlalu awal. Perjalanan saya masih panjang kerana berlakon pun saya masih boleh dikategorikan tahap baru belajar. Soal masa depan saya serahkan kepada yang lebih berkuasa," katanya yang tidak menolak andai nanti jodohnya dengan duda.

Jiwa tidak berbelah bahagi

SELAIN LBS2, penerima trofi Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 dijangka terus mewarnai layar besar dengan deretan filem baru termasuk Papa I Love You, Sekali Lagi dan Ombak Rindu.

Sememangnya pendakian anak jati Kuala Lumpur itu boleh dianggap mudah apabila teman seperjuangan lain merangkak membina nama namun dia tidak putus disambar penerbit hingga dikatakan bakal pelapis Erra Fazira sebagai Primadona Filem Melayu.

Ditanya satu persatu anugerah yang diraih sekali gus membuktikan pengorbanannya melupakan seketika bidang guaman berbaloi, akui Lisa lagi setiap kejayaan yang diraih tidak mungkin mengubah keperibadian mahu pun semakin berkira.

"Syukur dengan pengiktirafan yang diberikan. Saya masih menganggap diri ini terlalu hijau dalam dunia lakonan dan perlu mencabar diri menonjolkan bakat dengan mencuba pelbagai watak. Bekerja keras adalah prinsip saya kerana setiap tawaran sama ada watak sampingan atau utama adalah tanggungjawab.

"Setakat ini saya tidak meletakkan harga tertentu kerana pihak produksi lebih memahami nilai seseorang pelakon. Begitu juga soal watak, jika skripnya bagus kenapa saya harus menolak walaupun sekadar untuk beberapa babak kerana peranan kecil selalunya bawa impak besar jika kena gaya dan caranya," katanya lagi.

Seperti LBS2, watak Ayu yang meninggal dunia ketika melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya dengan Kasyah lakonan Farid Kamil dianggap begitu simbolik sekali pun hanya muncul pada awal babak kerana ia membawa rentetan lelaki itu masih hidup dalam bayangan.

Menerusi Ombak Rindu yang juga diadaptasi daripada novel dan diarahkan Osman Ali, Lisa menonjolkan sisi putih serta hitam seorang gadis lulusan luar negara yang cuba menagih cinta lelaki dambaannya, Hariz lakonan Aaron Aziz tanpa sedar bakal suaminya itu sudah mengahwini wanita lain, Izzah (Maya Karin).

"LBS2 dan Ombak Rindu menampilkan saya dalam dua karektor berbeza. Sama ada watak sampingan mahu pun tunjang utama, saya menjiwai kedua-duanya hati kerana karektor itu punya roh tersendiri.

"Ombak Rindu juga satu cabaran buat saya kerana ia menggambarkan watak wanita yang agresif dan melontarkan vokal untuk mempertahankan haknya sekali gus kontras dengan watak Ayu.

"Istimewa kedua-dua filem ini tentu saja jalan ceritanya yang sarat emosi dan air mata. Saya sendiri tidak sabar menanti, LBS2 dan Ombak Rindu," kata Lisa.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jawablah!: Berkawan, bukan berkasih

Posted: 26 Apr 2011 04:59 AM PDT

Hip

'Tukang urut' Chukang perjelas gosip hubungan cinta sejenis dengan Anding

TERKEJUT besar jejaka ini sebaik saja membaca artikel yang disiarkan akhbar sisipan B*Pop Ahad lalu. Bukannya berita mengenai lakonan yang menarik perhatiannya, sebaliknya kisah sensasi yang mendakwa dirinya terbabit dengan cinta songsang. Artikel itu nyata membuatkan dirinya tidak senang hati sepanjang hari.

Terasa bagaikan luruh jantungnya membaca ayat demi ayat yang mengatakan dirinya berkelakuan tidak senonoh bersama pasangannya yang juga seorang pelakon, Anding, di khalayak ramai. Sebagai seorang yang masih berpegang teguh pada ajaran agama serta tahu halal dan haram, artis yang dimaksudkan iaitu Amran Ismail, ketika dihubungi Hip Isnin lalu berkata, mustahil dia membiarkan dirinya terjebak dalam gejala tidak bermoral itu. Malah sewaktu ditemubual, pelakon yang pernah melakonkan watak tukang urut gay dalam filem pendek Chukang ini mengucap panjang kerana tidak menyangka dirinya akan dibabitkan dengan kontroversi seperti itu. Walaupun menyedari gosip ialah rencah kehidupan anak seni, namun cerita seperti itu memberikan gambaran tidak baik terhadap dirinya, lebih-lebih lagi apabila dia baru saja menandatangani kontrak bernaung di bawah syarikat MIG.

Lebih membuatkan dia kesal apabila mereka yang tidak mengetahui cerita sebenar mula memberikan pandangan sinis seolah-olah dia memang terbabit dengan hubungan sesama jenis persis dalam filem ....Dalam Botol itu.

HIP: Apa komen Amran apabila didakwa terbabit dengan cinta songsang seperti yang ditulis dalam B*Pop?

Amran: Sudah tentu saya terkejut kerana cerita itu tidak benar sama sekali. Saya mengaku berkawan dengan Anding, tetapi tidaklah sampai hendak bercinta dengannya seperti yang didakwa. Subhanallah... Nauzubillah, perkara ini sangat memalukan dan ia satu fitnah yang besar dalam hidup saya. Saya kenal Anding apabila kami sama-sama terbabit dalam siri promosi Jamu Mak Dara. Selain itu kami juga mempunyai hobi yang sama iaitu suka pergi ke gimnasium. Jadi apabila timbul cerita yang kami bercinta dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai, saya terkejut dan tidak boleh menerimanya.
HIP: Khabarnya kejadian itu berlaku ketika Amran bercuti di Sarawak baru-baru ini. Amran memang ada bercuti ke sana dan apakah Anding turut serta dalam percutian itu?

Amran: Memang saya ada pergi ke Sarawak baru-baru ini, tetapi bukannya bercuti seperti yang didakwa. Sebaliknya saya ke sana atas tujuan berubat. Saya memang sakit, tapi bukan sakit biasa dan sehingga kini masih lagi berusaha untuk merawatnya. Kunjungan saya ke sana adalah untuk bertemu dengan seorang ustaz. Ia ikhtiar saya untuk mengubati penyakit ini. Saya akui memang ada bertemu Anding di sana. Bukan saja berjumpa Anding, tetapi juga ibu dan bapanya. Sebelum ini pun saya pernah berjumpa mereka ketika mereka bertandang ke Kuala Lumpur. Tolonglah! Saya masih berfikiran waras dan tahu akan dosa dan pahala. Takkanlah saya nak berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai?

HIP: Mungkin ini tindakan seseorang yang tidak senang dengan Amran, lalu menyebarkan cerita tidak elok ini kepada media?

Amran: Saya tidak mahu mengulas lanjut perkara ini. Sebagai orang Islam, saya tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini. Cuma saya tertanya-tanya juga, apakah perkara ini ada kaitan dengan penyakit yang saya alami ini. Seperti yang saya katakan tadi, penyakit ini bukan penyakit biasa. Ia akan datang menyerang ketika senja saja. Masa itu kaki dan badan saya seperti ditusuk jarum. Disebabkan itulah saya cuba mendapatkan rawatan secara tradisional. Seperkara yang membuatkan saya rasa perkara ini seperti ada kaitannya, sejak kebelakangan ini saya sering mendapat kiriman SMS dari orang yang tidak dikenali. Selepas disiasat, ada pihak yang menggunakan nama dan wajah saya untuk bersembang di laman sosial lucah. Perkara ini cukup menakutkan saya dan saya trauma setiap kali bangun pagi kerana ada saja kiriman SMS dari orang yang tidak dikenali dihantar ke telefon bimbit saya.

HIP: Jadi apa tindakan Amran selepas ini?

Amran: Sebenarnya saya baru saja menandatangani kontrak dengan syarikat MIG dan mereka meminta saya supaya tidak mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Iyalah, perkara ini ada kaitan dengan imej dan reputasi dan mereka tidak mahu ia terjejas semata-mata kerana cerita seperti ini. Tapi penjelasan ini saya buat atas sebab tidak mahu orang ramai salah sangka dan terus mempertikaikan status seksual saya. Saya akan berbincang dengan mereka dan memberikan penjelasan sebenar atas apa yang berlaku. Sekarang ini saya memang tidak sempat untuk bersemuka dengan pihak MIG kerana sibuk di lokasi penggambaran.

HIP: Sebelum ini ada terbaca yang Amran mempertikaikan tindakan sebuah produksi kerana menggugurkan watak Amran dalam sebuah drama. Komen sikit.

Amran: Memang saya terkilan sangat apabila produksi terbabit menggugurkan saya daripada projek itu. Alasan mereka ketika ditanya, watak saya ditiadakan. Tapi saya mendapat tahu sebenarnya watak itu diberikan kepada pelakon lain. Apa yang membuatkan saya kecewa dengan tindakan mereka, disebabkan watak itu saya sanggup menolak dua tawaran yang datang. Apabila saya sudah bersetuju, tiba-tiba watak saya ditiadakan.

Saya tak mahulah disebabkan perkara itu nanti ada pihak yang mendakwa saya digugurkan kerana masalah disiplin. Saya tak mahu peminat salah sangka. Bagaimanapun, saya anggap semua itu bukan rezeki saya dan saya juga percaya ada hikmah atas apa yang berlaku. Alhamdulillah, selepas kejadian itu, saya menerima empat tawaran dan kesemuanya watak pelakon utama.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Kamu Bukan Ninja

Posted: 26 Apr 2011 04:02 PM PDT

Photobucket

Sebuah kereta , tiba-tiba rosak di hadapan sebuah rumah. Pemandunya kemudian berjalan ke arah rumah dan mengetuk pintu dan berkata "kereta saya rosak, bolehkah saya tumpang tidur disini?" Sebenarnya tuan rumah tersebutadalah seorang ninja, ninja tersebut menerimanya dengan tangan terbuka, menyediakan pemuda tersebut makan malam, bahkan membantu memperbaiki keretanya.

Ketika pemuda itu hampir tertidur, dia mendengar suara-suara pelik. Esok paginya, dia bertanya pada ninja tersebut mengenai suara apa itu, tapi ninja berkata "Saya tidak boleh memberitahu kepadamu, kerana kamu bukan ninja…".


Pemuda tersebut kecewa, namun tetap sangat berterima kasih, dan meneruskan perjalanannya.

Beberapa tahun kemudian,secara kebetulan, pemuda yang sama kembali mengalami rosak didepan rumah yang sama. Lagi sekali ninja tersebut menerimanya, memberi dia makan malam, dan bahkan memperbaiki keretanya.

Pada malam itu, dia mendengar suara-suara pelik lagi seperti yang dia dengar beberapa tahun sebelumnya.

Pada paginya, dia bertanya pada ninja tersebut, suara apa itu, namun lagi-lagi ninja berkata "Saya tidak boleh memberitahu kepadamu, kerana kamu bukan ninja".

Pemuda itu berkata, "ok, ok, saya terasa amat teruja sangat nak tahu…

Jika satu-satunya cara untuk mengetahui suara itu adalah menjadi seorang ninja, bagaimana caranya saya boleh menjadi ninja"?

Ninja tersebut menjawab, "kamu harus berjalan sekeliling dunia dan menghitung berapa banyak rumput diatas dunia ini. Apabila kamu sudah selesai mengira, kamu akan jadi ninja".

45 tahun kemudian, si pemuda kembali dan mengetuk pintu rumah tersebut. dia berkata "Saya telah mengelilingi dunia, dan mengetahui bahawa jumlah rumput adalah 145,236,284,232 hela.

Ninja tersebut menjawab, "selamat, kamu telah menjadi ninja, Ok sekarang saya akan menunjukkan tempat suara-suara pelik tersebut".

Ninja tersebut membawa pemuda tersebut ke sebuah pintu kayu, dan berkata "Suara itu berasal dari belakang pintu itu", si pemuda membuka pintunya tetapi ternyata ia berkunci, dan dia berkata "Hey! mana kuncinya", ninja tersebut memberikannya kunci, dan apabila pemuda tersebut masuk rupanya di belakang pintu kayu tersebut ada sebuah pintu lagi yang terbuat dari batu, si pemuda meminta kunci untuk pintu batu tersebut.

Ninja memberikan kunci untuk pintu batu, dan si pemuda membukanya tetapi ada pintu lagi dari perak. Begitu seterusnya sehingga pemuda tersebut membuka pintu dari berlian, intan, dan emas.

"Akhirnya" kata ninja, "Ini adalah pintu yang terakhir".

Dengan tak sabar dia membuka pintu yang terakhir, dan dibelakang pintu itu dia sangatkagum melihat sumber suara pelik tersebut.

Keterangan untuk Asal suara pelik itu adalah…:

Tapi maaf admin juga tidak boleh memberitahu kepada anda….

:

kerana kamu bukan ninja!

Hohoho 10000 X sorry!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambar kreatif – bila anak tidur

Posted: 26 Apr 2011 04:00 PM PDT

Kesian budak-budak ni, apa doknye korang tengok la sendiri dah.. jadi mangsa mak bapak yang terlebih kreatif ambil gambar. Geramnyeee tengok budak niiii~

sumber: amazingnara

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tilu terbang ke Australia

Posted:

Tilu terbang ke Australia

Tilu terbang ke Australia



TILU ertinya dalam bahasa Sunda ialah tiga. Sememangnya asal kumpulan ini cuma ada tiga anggota tetapi kini bilangannya bertambah menjadi lapan. Semuanya kerana Tilu ingin tampil berbeza dan berubah lebih baik daripada sebelum ini. Tilu akhirnya tampil dengan tujuh orang lelaki bersama seorang wanita dengan membawa rentak muzik yang universal.

Masih mengekalkan nama Tilu, kumpulan muzik ini bagaimanapun tidak terarah kepada rentak muzik pop rock mahu pun pop punk seperti kumpulan-kumpulan muzik lain tetapi membawa aliran muzik pelbagai seperti jazz, dangdut, R&B dan pop.

Bernaung di bawah syarikat rakaman trio adik beradik KRU, Tilu berhasrat mahu memasarkan muzik mereka jauh sehingga ke pendengar di Melbourne, Australia.

Ternyata hasrat mereka itu bukan cakap-cakap kosong tetapi kenyataan yang bakal dikecapi mereka pada awal bulan Julai ini.

"Kami ada menerima jemputan daripada pelajar-pelajar Malaysia di Melbourne untuk membuat persembahan pada 8 Julai ini menerusi konsert Muzika 2011," cerita salah seorang ahli kumpulan mereka Fareed Aziz, 26, ketika ditemui di Studio Utusan, Kuala Lumpur.

Sebagai kumpulan yang masih hijau dalam dunia seni (baru dua tahun berada dalam industri hiburan), tidak keterlaluan jika dikatakan Tilu mudah mengecapi tuah.

Buktinya, selepas kecewa untuk membuat persembahan di Perancis, Tilu meraih pula peluang membuat persembahan di Australia.

"Sepatutnya kami pergi buat persembahan di Paris pada 20 April lalu tetapi atas sebab masalah teknikal kami terlepas peluang.

"Bagaimanapun, kami bersyukur walaupun terlepas peluang ke Paris kami dapat peluang ke Australia," akui salah seorang anggota Tilu, Jeffny Kamar, 26, sambil menunjukkan bukti khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya.

Album kedua

Mengharapkan lagu-lagu mereka menjadi malar segar buat peminat-peminat di Malaysia, Tilu kini sedang giat merangka lagu untuk album kedua mereka.

Album yang diberi nama Jantung Hati itu kini sudah siap sebanyak 50 peratus dengan lima buah lagu.

"Album kedua ini bakal memuatkan sebanyak lapan hingga sepuluh buah lagu yang terdiri daripada pelbagai jenis muzik.

"Tujuannya agar pendengar tidak kira lapisan umur menggemarinya," tutur Puja mengenai album yang akan dilancarkan pada sekitar Aidilfitri nanti.

Katanya, cuma Tilu masih mencari tarikh yang sesuai untuk melancarkan album tersebut.

Menjadikan lagu Jantung Hati sebagai single pertama untuk dipasarkan, lagu itu juga dicipta sepenuhnya oleh Puja Paska.


PUJA PASKA (dua dari kiri) bersama anggota Tilu yang lain.


Dalam usaha Tilu menawan hati pendengar-pendengar muzik di Malaysia, kumpulan yang menjadikan irama jazz sebagai rencah utama muzik mereka ini juga tidak menunggu lama untuk memikat hati pendengar-pendengar industri muzik di Indonesia pula.

"Kami menerima jemputan pelajar-pelajar Indonesia di Universiti Lim Kok Wing dan Universiti Multimedia (MMU) untuk membuat persembahan.

"Kami melihat dahulu bagaimana sambutan peminat Indonesia di sini dan setakat ini Alhamdullillah amat bagus," kata Tilu.

Selain Puja Paska yang merupakan anggota Tilu yang berasal dari Indonesia, terdapat dua lagi anggota Tilu dari negara seberang iaitu Deo Karmauan dan Reza Ramsey.

"Insya-Allah, kami akan bawa muzik kami ke sana supaya muzik kami dapat dipasarkan dan diperdengarkan di Indonesia pula," kata Tilu lagi.

Selain Puja Paska yang bermain bass, Deo Karmawan (gitar) dan Reza Ramsey (keyboard), Tilu turut dianggotai oleh Amirah Asraf yang merupakan vokalis dan wanita tunggal di dalam Tilu.

Selain itu, Tilu turut dianggotai oleh Fareed Aziz (trompet), Daus (Trompet) dan Jeffny Kamar (saksofon).

Tumpang populariti Sheila Majid

Menjadikan Datuk Sheila Majid sebagai sumber inspirasi, Tilu pernah dituduh cuba menumpang populariti Ratu Jazz itu.

Semuanya gara-gara Sheila telah dipanggil untuk melancarkan album Tilu, malah dipaksa mendengar muzik Jazz mereka.

Tilu saat ditebak soalan sedemikian, lantas mengakui tidak kisah jika mereka dikatakan menumpang populariti Sheila.

"Kami tidak kisah jika dikatakan cuba menumpang populariti Sheila. Malah, kami ingin mengambil kesempatan untuk berkolaborasi bersama Sheila di masa-masa akan datang," akui anggota lain Tilu, Puja Paska, 34, dengan jujur.

Puja yang juga bertindak sebagai pencipta lagu-lagu kumpulan Tilu itu juga memberitahu, merasa terharu dan teruja kerana artis pujaan mereka itu sanggup melancarkan album dan menitip kata-kata nasihat kepada mereka.

Selain Sheila, Tilu juga berkeinginan untuk berkolaborasi bersama Datuk Siti Nurhaliza.

Mengulas mengenai single ketiga Tilu yang sedang hangat dipasarkan kini, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Puja Paska itu menekankan elemen dangdut dalam susunan liriknya tetapi masih mengekalkan identiti Tilu yang menggunakan alat-alat muzik seperti saksafon, trompet dan gitar di dalam persembahan mereka.

Ujar Puja, lagu Jangan-Jangan Cuba mengisahkan tentang pasangan kekasih yang sedang hangat berpacaran tetapi masih tahu batas-batas dalam perhubungan dan tidak melakukan perbuatan yang terlarang.

"Lagu-lagu Tilu yang kesemuanya dicipta oleh Puja kecuali Ku Bukan Aku dihasilkan Edry Abdul Halim menceritakan tentang cinta. Tetapi ia turut diselitkan dengan unsur-unsur nasihat," kata Puja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Imam Muda musim kedua pikat peserta negara jiran

Posted:

Imam Muda musim kedua pikat peserta negara jiran

Imam Muda musim kedua pikat peserta negara jiran

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


ZULFADLI AWANG (kiri) dan Mujahid Suhaimi mewakili negara masing-masing, Brunei dan Singapura dalam program Imam Muda musim kedua.


SELEPAS menyaksikan kejayaan pada musim pertama, program realiti pencarian Imam Muda kembali meneruskan tradisi dengan melancarkan musim kedua dengan pencarian pemuda Islam bagi merangkul gelaran Imam Muda musim kedua.

Baru-baru ini Astro Oasis telah memperkenalkan 10 orang calonnya menerusi siaran secara langsung dari Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur.

Apa yang menariknya, penyertaan kali ini menampilkan dua orang peserta dari negara jiran iaitu Mujahid Suhaimi, 20, dari Singapura serta Zulfadli Awang, 24, dari Brunei Darussalam.

"Kami di Astro berasa amat teruja apabila menerima penyertaan daripada negara jiran. Selain dapat memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi seorang Imam Muda yang terunggul, kami mampu melahirkan generasi baru sebagai pelapis bagi tokoh-tokoh agama kelak," ujar Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar.

Pada musim kali ini, mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz sekali lagi diberi mandat untuk menjadi Mudir (pengetua) dan dibantu oleh empat orang Murshyid (mentor) yang merupakan dua orang pensyarah dari institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan dua wakil dari JAWI.

Tambah Izelan lagi, secara keseluruhannya, kualiti peserta yang hadir pada sesi temu duga meningkat berbanding musim lalu sekali gus cabaran bagi calon juga sukar.

Sementara itu, bagi calon dari Singapura, Mujahid, walaupun dibesarkan dan bersekolah di Singapura, pemuda ini pernah menuntut di sekolah tahfiz di Kelantan sejak berumur 15 tahun.

"Saya sudah biasa menjadi imam di beberapa tempat sebelum ini. Saya sertai program ini adalah untuk menimba ilmu dan apabila keluar kelak, saya dapat berdakwah dan menyebarkan ilmu Islam khususnya di negara saya sendiri.


INILAH barisan 10 calon program Iman Muda musim kedua.


"Rasa takut dan berdebar muncul apabila melihat semula cabaran-cabaran musim lepas. Namun, sokongan keluarga membuatkan saya berani untuk mencuba," tutur anak muda ini yang juga pernah mewakili sekolahnya di Singapura dalam sukan gimnastik.

Lain pula cabaran yang ditempuhi oleh Mohd. Azlan Zulkarnain, 25, yang baru sahaja dua bulan mendirikan rumah tangga.

"Pada mulanya, isteri saya risau kerana apabila menceburkan diri ke dalam program ini, saya mungkin berubah perangai kerana akan mula dikenali ramai.

Tetapi, apabila menyedari hakikat bahawa apa yang dilakukan ini adalah untuk ke jalan agama, dia reda dengan keputusan saya," ujar jurutera yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Pertronas ini.

Antara calon lain yang terpilih adalah Zulfadli Awang, 24, (Brunei), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan), Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur), Abdul Fattah Riddzwan, 21, (Negeri Sembilan) dan Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah).

Rangkaian program-program Imam Muda telah mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda - Ujian yang telah ditayangkan sejak 1 April lalu, setiap Jumaat pukul 9 malam.

Seterusnya, bermula 25 April lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.55 malam, penonton berpeluang menyaksikan kesemua calon Imam Muda yang terpilih mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti mengikut kaedah dan metadologi melalui program Imam Muda - Kapsul.

Pertama kali diperkenalkan pada musim ini, Imam Muda - Mimbar akan bersiaran setiap hari Jumaat jam 6.30 petang bermula 29 April ini.

Seperti musim lalu, Imam Muda musim kedua buat pertama kali akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam akan menguji kesemua calon Imam Muda bakal diuji untuk sesi penilaian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maroom 5 bakal gegar KL

Posted:

Maroom 5 bakal gegar KL

Maroom 5 bakal gegar KL



SELEPAS sepanjang April ini menyaksikan nama-nama besar industri muzik global seperti Bruno Mars dan Justin Bieber muncul membuat persembahan konsert di Kuala Lumpur, kini tiba giliran kumpulan tersohor Maroon 5 pula.

Maroon 5 bakal menggegarkan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam Jumaat 29 April ini, sempena konsert jelajah bagi mempromosi album terkini mereka, Hands All Over.

Seperti Bruno Mars dan Justin Bieber, ini merupakan julung-julung kalinya Maroon 5 muncul di Malaysia.

Sepertimana yang pernah diberitahu oleh vokalis Maroon 5, Adam Levine menerusi satu temu bual bersama Kosmo! baru-baru ini, Maroon 5 ternyata sangat teruja untuk menemui peminat mereka di Malaysia.

"Nantikan kemunculan kami kerana kami akan menghiburkan anda semua dengan sepenuh jiwa," ujar Levine.

Justeru, bagi sebarang info mengenai konsert tersebut anda masih boleh melayari laman web prworldwidelive.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selasa, 26 April 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Miera Liyana Posing Depan Kamera, Kami Tergoda.

Posted: 26 Apr 2011 08:02 PM PDT

aiyaaa, wa tengok semua semua wanita yang mengomen ini gambar pun berunsurkan dengki ouh. M cuma memuji mereka cantik dan sepatutnya pembaca setuju. tetapi semua komen mereka penuh hasad dengki sgt, tak boleh tengok org senang. suka hati la mereka jadi ape pun, yg penting mereka cantik. kubur masing-masing maa. lu olang kutuk ini perempuan, cakap perempuan murah la ape la, lu punye mulut lagi mulahhh ouh! hahahah.

wa ade satu pepatah ah, ini lelaki sahaje yang pegang.

pilihlah, perempuan yang cantik dan hati baik ataupun, muke buruk dan hati baik.
tapi kalau muke cantik, mulut byk busuk, aiyaaa. kasi anjing makan laa.
kalau muke buruk, hati dan mulut sama mcm kaki, itu perempuan, sulah kritikal.
call ambulance, antar tg. rambutan. hahahahhaha

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Kilafairy Ketika Kecil, Memang Cute!

Posted: 26 Apr 2011 07:25 PM PDT

Kami terjumpa dengan sekeping gambar milik aktres bibir munggil bak Angelina Jolie, iaitu Kilafairy ketika kecil yang diambil daripada sisipan akhbar BiPop. Eh, kami perhatikan bibir Kilafairy, memang original'lah. Sekaligus, menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa Kilafairy sengaja menyuntik bibirnya untuk kelihatan lebih seksi.

Lagipun, Kilafairy ini mempunyai darah kacukan Khan. Nama asal anak perempuan Rohana Jalil ini ialah Syakila Nisha Jahangir Khan. Kini mempunyai diploma dalam bidang pengurusan & pemasaran fesyen daripada Kolej Antarabangsa Rafflesia. Kilafairy pernah membintangi drama Hotel Mania & Misteri Alam Hitam, kini sibuk mempromosikan filem terbaru lakonannya berjudul Karak, terbitan KRU Studio.

Dan yang paling menarik, Kilafairy mempunyai kebolehan menyanyikan lagu hindustan. Dekat youtube, ada video Kilafairy nyanyi lagu Kushia Aur Gham, stail gak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.