Adsense

Rabu, 27 April 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tilu terbang ke Australia

Posted:

Tilu terbang ke Australia

Tilu terbang ke Australia



TILU ertinya dalam bahasa Sunda ialah tiga. Sememangnya asal kumpulan ini cuma ada tiga anggota tetapi kini bilangannya bertambah menjadi lapan. Semuanya kerana Tilu ingin tampil berbeza dan berubah lebih baik daripada sebelum ini. Tilu akhirnya tampil dengan tujuh orang lelaki bersama seorang wanita dengan membawa rentak muzik yang universal.

Masih mengekalkan nama Tilu, kumpulan muzik ini bagaimanapun tidak terarah kepada rentak muzik pop rock mahu pun pop punk seperti kumpulan-kumpulan muzik lain tetapi membawa aliran muzik pelbagai seperti jazz, dangdut, R&B dan pop.

Bernaung di bawah syarikat rakaman trio adik beradik KRU, Tilu berhasrat mahu memasarkan muzik mereka jauh sehingga ke pendengar di Melbourne, Australia.

Ternyata hasrat mereka itu bukan cakap-cakap kosong tetapi kenyataan yang bakal dikecapi mereka pada awal bulan Julai ini.

"Kami ada menerima jemputan daripada pelajar-pelajar Malaysia di Melbourne untuk membuat persembahan pada 8 Julai ini menerusi konsert Muzika 2011," cerita salah seorang ahli kumpulan mereka Fareed Aziz, 26, ketika ditemui di Studio Utusan, Kuala Lumpur.

Sebagai kumpulan yang masih hijau dalam dunia seni (baru dua tahun berada dalam industri hiburan), tidak keterlaluan jika dikatakan Tilu mudah mengecapi tuah.

Buktinya, selepas kecewa untuk membuat persembahan di Perancis, Tilu meraih pula peluang membuat persembahan di Australia.

"Sepatutnya kami pergi buat persembahan di Paris pada 20 April lalu tetapi atas sebab masalah teknikal kami terlepas peluang.

"Bagaimanapun, kami bersyukur walaupun terlepas peluang ke Paris kami dapat peluang ke Australia," akui salah seorang anggota Tilu, Jeffny Kamar, 26, sambil menunjukkan bukti khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya.

Album kedua

Mengharapkan lagu-lagu mereka menjadi malar segar buat peminat-peminat di Malaysia, Tilu kini sedang giat merangka lagu untuk album kedua mereka.

Album yang diberi nama Jantung Hati itu kini sudah siap sebanyak 50 peratus dengan lima buah lagu.

"Album kedua ini bakal memuatkan sebanyak lapan hingga sepuluh buah lagu yang terdiri daripada pelbagai jenis muzik.

"Tujuannya agar pendengar tidak kira lapisan umur menggemarinya," tutur Puja mengenai album yang akan dilancarkan pada sekitar Aidilfitri nanti.

Katanya, cuma Tilu masih mencari tarikh yang sesuai untuk melancarkan album tersebut.

Menjadikan lagu Jantung Hati sebagai single pertama untuk dipasarkan, lagu itu juga dicipta sepenuhnya oleh Puja Paska.


PUJA PASKA (dua dari kiri) bersama anggota Tilu yang lain.


Dalam usaha Tilu menawan hati pendengar-pendengar muzik di Malaysia, kumpulan yang menjadikan irama jazz sebagai rencah utama muzik mereka ini juga tidak menunggu lama untuk memikat hati pendengar-pendengar industri muzik di Indonesia pula.

"Kami menerima jemputan pelajar-pelajar Indonesia di Universiti Lim Kok Wing dan Universiti Multimedia (MMU) untuk membuat persembahan.

"Kami melihat dahulu bagaimana sambutan peminat Indonesia di sini dan setakat ini Alhamdullillah amat bagus," kata Tilu.

Selain Puja Paska yang merupakan anggota Tilu yang berasal dari Indonesia, terdapat dua lagi anggota Tilu dari negara seberang iaitu Deo Karmauan dan Reza Ramsey.

"Insya-Allah, kami akan bawa muzik kami ke sana supaya muzik kami dapat dipasarkan dan diperdengarkan di Indonesia pula," kata Tilu lagi.

Selain Puja Paska yang bermain bass, Deo Karmawan (gitar) dan Reza Ramsey (keyboard), Tilu turut dianggotai oleh Amirah Asraf yang merupakan vokalis dan wanita tunggal di dalam Tilu.

Selain itu, Tilu turut dianggotai oleh Fareed Aziz (trompet), Daus (Trompet) dan Jeffny Kamar (saksofon).

Tumpang populariti Sheila Majid

Menjadikan Datuk Sheila Majid sebagai sumber inspirasi, Tilu pernah dituduh cuba menumpang populariti Ratu Jazz itu.

Semuanya gara-gara Sheila telah dipanggil untuk melancarkan album Tilu, malah dipaksa mendengar muzik Jazz mereka.

Tilu saat ditebak soalan sedemikian, lantas mengakui tidak kisah jika mereka dikatakan menumpang populariti Sheila.

"Kami tidak kisah jika dikatakan cuba menumpang populariti Sheila. Malah, kami ingin mengambil kesempatan untuk berkolaborasi bersama Sheila di masa-masa akan datang," akui anggota lain Tilu, Puja Paska, 34, dengan jujur.

Puja yang juga bertindak sebagai pencipta lagu-lagu kumpulan Tilu itu juga memberitahu, merasa terharu dan teruja kerana artis pujaan mereka itu sanggup melancarkan album dan menitip kata-kata nasihat kepada mereka.

Selain Sheila, Tilu juga berkeinginan untuk berkolaborasi bersama Datuk Siti Nurhaliza.

Mengulas mengenai single ketiga Tilu yang sedang hangat dipasarkan kini, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Puja Paska itu menekankan elemen dangdut dalam susunan liriknya tetapi masih mengekalkan identiti Tilu yang menggunakan alat-alat muzik seperti saksafon, trompet dan gitar di dalam persembahan mereka.

Ujar Puja, lagu Jangan-Jangan Cuba mengisahkan tentang pasangan kekasih yang sedang hangat berpacaran tetapi masih tahu batas-batas dalam perhubungan dan tidak melakukan perbuatan yang terlarang.

"Lagu-lagu Tilu yang kesemuanya dicipta oleh Puja kecuali Ku Bukan Aku dihasilkan Edry Abdul Halim menceritakan tentang cinta. Tetapi ia turut diselitkan dengan unsur-unsur nasihat," kata Puja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Imam Muda musim kedua pikat peserta negara jiran

Posted:

Imam Muda musim kedua pikat peserta negara jiran

Imam Muda musim kedua pikat peserta negara jiran

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


ZULFADLI AWANG (kiri) dan Mujahid Suhaimi mewakili negara masing-masing, Brunei dan Singapura dalam program Imam Muda musim kedua.


SELEPAS menyaksikan kejayaan pada musim pertama, program realiti pencarian Imam Muda kembali meneruskan tradisi dengan melancarkan musim kedua dengan pencarian pemuda Islam bagi merangkul gelaran Imam Muda musim kedua.

Baru-baru ini Astro Oasis telah memperkenalkan 10 orang calonnya menerusi siaran secara langsung dari Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur.

Apa yang menariknya, penyertaan kali ini menampilkan dua orang peserta dari negara jiran iaitu Mujahid Suhaimi, 20, dari Singapura serta Zulfadli Awang, 24, dari Brunei Darussalam.

"Kami di Astro berasa amat teruja apabila menerima penyertaan daripada negara jiran. Selain dapat memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi seorang Imam Muda yang terunggul, kami mampu melahirkan generasi baru sebagai pelapis bagi tokoh-tokoh agama kelak," ujar Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar.

Pada musim kali ini, mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz sekali lagi diberi mandat untuk menjadi Mudir (pengetua) dan dibantu oleh empat orang Murshyid (mentor) yang merupakan dua orang pensyarah dari institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan dua wakil dari JAWI.

Tambah Izelan lagi, secara keseluruhannya, kualiti peserta yang hadir pada sesi temu duga meningkat berbanding musim lalu sekali gus cabaran bagi calon juga sukar.

Sementara itu, bagi calon dari Singapura, Mujahid, walaupun dibesarkan dan bersekolah di Singapura, pemuda ini pernah menuntut di sekolah tahfiz di Kelantan sejak berumur 15 tahun.

"Saya sudah biasa menjadi imam di beberapa tempat sebelum ini. Saya sertai program ini adalah untuk menimba ilmu dan apabila keluar kelak, saya dapat berdakwah dan menyebarkan ilmu Islam khususnya di negara saya sendiri.


INILAH barisan 10 calon program Iman Muda musim kedua.


"Rasa takut dan berdebar muncul apabila melihat semula cabaran-cabaran musim lepas. Namun, sokongan keluarga membuatkan saya berani untuk mencuba," tutur anak muda ini yang juga pernah mewakili sekolahnya di Singapura dalam sukan gimnastik.

Lain pula cabaran yang ditempuhi oleh Mohd. Azlan Zulkarnain, 25, yang baru sahaja dua bulan mendirikan rumah tangga.

"Pada mulanya, isteri saya risau kerana apabila menceburkan diri ke dalam program ini, saya mungkin berubah perangai kerana akan mula dikenali ramai.

Tetapi, apabila menyedari hakikat bahawa apa yang dilakukan ini adalah untuk ke jalan agama, dia reda dengan keputusan saya," ujar jurutera yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Pertronas ini.

Antara calon lain yang terpilih adalah Zulfadli Awang, 24, (Brunei), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan), Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur), Abdul Fattah Riddzwan, 21, (Negeri Sembilan) dan Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah).

Rangkaian program-program Imam Muda telah mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda - Ujian yang telah ditayangkan sejak 1 April lalu, setiap Jumaat pukul 9 malam.

Seterusnya, bermula 25 April lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.55 malam, penonton berpeluang menyaksikan kesemua calon Imam Muda yang terpilih mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti mengikut kaedah dan metadologi melalui program Imam Muda - Kapsul.

Pertama kali diperkenalkan pada musim ini, Imam Muda - Mimbar akan bersiaran setiap hari Jumaat jam 6.30 petang bermula 29 April ini.

Seperti musim lalu, Imam Muda musim kedua buat pertama kali akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam akan menguji kesemua calon Imam Muda bakal diuji untuk sesi penilaian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maroom 5 bakal gegar KL

Posted:

Maroom 5 bakal gegar KL

Maroom 5 bakal gegar KL



SELEPAS sepanjang April ini menyaksikan nama-nama besar industri muzik global seperti Bruno Mars dan Justin Bieber muncul membuat persembahan konsert di Kuala Lumpur, kini tiba giliran kumpulan tersohor Maroon 5 pula.

Maroon 5 bakal menggegarkan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam Jumaat 29 April ini, sempena konsert jelajah bagi mempromosi album terkini mereka, Hands All Over.

Seperti Bruno Mars dan Justin Bieber, ini merupakan julung-julung kalinya Maroon 5 muncul di Malaysia.

Sepertimana yang pernah diberitahu oleh vokalis Maroon 5, Adam Levine menerusi satu temu bual bersama Kosmo! baru-baru ini, Maroon 5 ternyata sangat teruja untuk menemui peminat mereka di Malaysia.

"Nantikan kemunculan kami kerana kami akan menghiburkan anda semua dengan sepenuh jiwa," ujar Levine.

Justeru, bagi sebarang info mengenai konsert tersebut anda masih boleh melayari laman web prworldwidelive.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.