Adsense

Rabu, 27 April 2011

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity

Tahniah,Maizawati Dapat Anak Lelaki

Posted: 27 Apr 2011 06:39 PM PDT

Salam, Dikala Pasangan Pasangan Kecil Molek Siti Sarah Dan Shuib Gembira Dengan Berita Mengandung Dua Bulan, Pasangan Tinggi Lampai Maizawati (Ex-Wife Akhil Hayy) Dan Yassin Lagi Lah Gembira Dengan Kedatangan Ahli Baru Mereka Awal Pagi Semalam (Rabu).

Suami Maizawati, Yassin mendukung Qhabel di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Bayi Lelaki Yang Dinamakan Mouhammad Qhabel Izz Qhushairy, Selamat Dilahirkan Di Hospital Besar Kuala Lumpur Jam 4.15 Pagi Semalam Dan Seberat 2.86Kg.Tahniah Sekali Lagi Di Ucapkan Kepada Mereka..

Sumber Asal:

PETALING JAYA: Bekas isteri penyanyi Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 36, (gambar) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Mouhammad Qhabel Izz Qhushairy.

Dia bersalin dalam keadaan normal di Hospital Kuala Lumpur, dekat sini pukul 4.15 pagi, Rabu.

Bayi tersebut merupakan bayi pertama hasil perkahwinan ketiga Maizawati dengan Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim, 23. Mereka bernikah pada 9 Ogos tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.86 kilogram secara normal. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik.

"Antara orang yang paling gembira mendengar berita ini adalah suami saya, Yassin kerana bayi ini merupakan anak pertamanya dan lebih menggembirakan apabila mengetahui bayi ini adalah bayi lelaki," ujar Maizawati ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Maizawati pada mulanya tidak merancang untuk bersalin di Kuala Lumpur sebaliknya dia datang dari Ipoh untuk menziarahi saudara-maranya.

"Saya datang ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu dan dimasukkan ke hospital pada petang semalam (Selasa). Jika tiada apa-apa masalah, mungkin saya dibenarkan keluar hospital pada tengah hari esok," katanya lagi.

Qhabel merupakan anak ketujuh Maizawati. Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada 15 Julai tahun lalu.

Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan.

Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Tahniah,Siti Sarah Kini Sudah Mengandung Dua Bulan

Posted: 27 Apr 2011 04:18 PM PDT

Salam Guys, Tahniah Di ucapkan Kepada Pasangan Kecil Molek Siti Sarah Dan Shuib Yang Telah Disahkan Mengandung Dua Bulan.Perkahwinan Penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan pasangannya Shuid dari Kumpulan Sepah (Raja Lawak) Telah Selamat Di ijabkabulkan Pada 26 Februari 2011 Lalu.

Dan, Dengar Citer (ce Cite,Ce Cite...) Pasangan Ini Baru Saja Selesai Menjalani Penggambaran filem Yang Berjudul "Man Sewel Datang KL".Jadi Kepada Mereka "KipassusahNakMati" Pasangan Ini, Nantikan Filem Ini Pada November Tahun Hadapan...
Zazzz....

Sumber Asal:

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 27, sudah mengandung dua bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Shuib (Sepah) pada 26 Februari lalu.

Menurut Sarah, ketika menerima pengkhabaran berita tersebut, Shuib yang turut berada disisi menangis sambil memeluknya.

"Selepas hari terakhir penggambaran filem Man Sewel Datang KL, saya rasa sakit perut dan Shuib membawa saya ke klinik.

"Tetapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan dan dapati saya mnegandung, Shuib tanpa rasa malu menangis dan memeluk saya," katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di sini, Selasa.

Tambah Sarah, suaminya itu terlalu berharap untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat ini.

"Setiap kali saya sakit perut atau loya-loya tekak, dia akan berharap saya mengandung dan kami telah buat beberapa pemeriksaan kehamilan.

"Tetapi hampa, sehingga saya nasihatkan dia jangan terlalu berharap kerana saya yang akan rasa sangat teruk jika tidak mengandung," ujarnya.

Katanya, sejak berkahwin mereka semamangnya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menceriakan rumah tangga.

"Saya bersyukur mengandung pada usia ini kerana saya sudah lama bersedia untuk jadi seorang ibu dan mempunyai keluarga yang lengkap.

"Malah kami merancang untuk mendapat empat orang cahaya mata," katanya.

Sementara itu, Shuib yang berada disisinya memberitahu dia sangat terharu ketika mendapat tahu berita gembira tersebut.

"Saya yang paling gembira sehingga tak menghiraukan doktor yang berada di situ. Ketika bawa Sarah ke klinik, hati saya sudah terdetik yang dia mengandung.

"Alhamdulilah apa yang saya jangkakan betul, memang sukar untuk gambarkan perasaan saya apabila bakal melangkah ke satu fasa lain dalam hidup," ujarnya.

Pasangan ini baru sahaja selesai penggambaran filem Man Sewel Datang KL dan berduet untuk lagu Cinta Itu Nyawasebagai lagu tema filem tersebut.

Shuib bakal melakonkan watak utama sebagai Man yang mempunyai penyakit sewel, berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur setelah melihat kejayaan rakan sekampungnya yang bekerja di ibu kota.

Sementara Sarah pula melakonkan watak salah seorang kekasih Man bernama Salbiah. Dia memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur dan mula mengenali Man setelah terlibat dengan kes ragut

Filem terbitan Work Move Production Sdn Bhd ini turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim dan dijangka ditayangkan pada November depan. - mStar

Layan Maharaja Lawak Minggu Ke-4