Adsense

Isnin, 19 November 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Betty Benafe Nyaris Batal Nikah

Posted: 19 Nov 2012 05:21 PM PST

Betty Banafe
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Betty Banafe menganggap sikap hilang sabar ketika berhadapan dengan ujian dalam alam pertunangan menjadi penyebab dia hampir membatalkan pernikahannya dengan Bruce Dargus yang dijadualkan pada 8 Disember depan.
Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisan Abu Bakar Banafe, 33, berkata, puncanya adalah kecil apabila dia dan bakal suami yang berasal dari England itu berselisih faham mengenai majlis pernikahan yang bakal diadakan.
"Disebabkan dia bukan orang Melayu, dia sukar untuk memahami budaya kita. Semasa kami berbincang bagi mengadakan persiapan pernikahan, kami menghadapi masalah perbezaan pendapat menyebabkan saya putus asa sehingga berhasrat membatalkan perkahwinan itu.
"Bagaimanapun selepas dibantu oleh seorang teman rapat yang berusaha untuk menyelesaikan masalah kami, akhirnya kami mendapat jalan penyelesaiannya." Kata Betty ketika hadir ke Menara Star di sini petang Isnin untuk mengedarkan kad jemputan perkahwinannya.
Betty diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Ahad yang mendedahkan hasratnya untuk membatalkan majlis perkahwinan yang akan diadakan di rumah keluarganya di Kempas, Johor Bahru itu.
Betty memberitahu, dia percaya pendapat sesetengah pihak yang mengatakan dugaan di alam pertunangan memang berat dan besar kemungkinan boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu dibatalkan jika pasangan gagal untuk menanganinya.
Bagaimanapun dia bersyukur ketika hari bahagiannya semakin tiba, segala cabaran itu dapat dilaluinya dengan tabah.
"Saya perlu kuatkan semangat kerana saya mahu mengahwini bangsa asing iaitu lelaki yang berdarah Lubnan campur mat salih. Ia tidak mudah kerana perbezaan budaya. Tetapi saya bersyukur kerana dia boleh menerima budaya kita," katanya yang mengenali pakar teknologi maklumat itu sejak setahun lalu.
Kedua-dua mereka bertunang secara rasmi pada 14 Jun lepas.
Betty memberitahu, tekanan yang dihadapi akibat masalah itu menyebabkan dia terpaksa menangguhkan pembedahan sista ovari yang sepatutnya dilakukan pada 16 November lalu di pusat pakar perubatan HUKM, Cheras, dekat sini.
"Saya amat tertekan sehingga tidak dapat menjalankan pembedahan itu. Bagaimana selepas semuanya selesai, saya akan melakukannya (pembedahan) itu esok (hari ini).
Bercerita mengenai majlis pernikahannya Betty berkata, upacara akad nikah akan diadakan di rumah keluarganya di Kempas, Johor selepas solat Zuhur sementara majlis resepsi kedua-dua pihak akan diadakan di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru pada 12 Disember depan.
Pada majlis nikah itu Betty akan mengenakan busana yang dicipta oleh pereka fesyen dari Singapura yang berkonsepkan Arab.
Bagaimana konsep pakaian pada majlis persandingannya terpaksa dirahsiakan untuk memberikan kejutan kepada pihak lelaki.
Antara selebriti yang dijangka hadir pada majlis persandingannya ialah Erra Fazira, Zahida Rafik, Serina, Nabila Huda, Nash dan Lisdawati.
- ---

Nora Danish Wanita Pilihan Anuar Zain

Posted: 19 Nov 2012 05:19 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain (gambar) mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish merupakan antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri.
Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, dia mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi drama Puteri.
"Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut.
"Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar.
Penyanyi itu ditemui pada pelancaran klip video lagu Ajari Aku di White Box, Publika dekat sini, petang Isnin.
Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Akuyang turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali.
Nora Danish
Ditanya, pernah atau tidak dia terfikir untuk mengenali Nora dengan lebih dekat, Anuar memberitahu tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan ibu beranak satu itu.
"Walaupun Nora mempunyai ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tetapi ia belum sampai ke tahap untuk saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing dengan hal peribadi sendiri," tuturnya.
Sementara itu, pada majlis pelancaran klip video itu, Anuar turut mengumumkan bakal mengadakan konsert solonya pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini pukul 8.30 malam.
Konsertnya yang diberi nama 'Anuar Zain-Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari' itu dianjurkan oleh Anuar Zain Network Sdn Bhd dan syarikat rakaman Universal Music.
Ia merupakan konsert sulung Anuar selepas 30 tahun berada dalam industri seni muzik tempatan.
"Saya rasa sudah tiba masanya untuk membuat konsert buat peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong saya dari dulu lagi.
"Dah lama saya nak buat konsert, cuma masalah tiada penganjur membuatkan hasrat itu terbantut.
"Sekarang ini, saya dan pihak Universal akan menggerakkan konsert ini dan mengalu-alukan mana-mana penaja untuk bekerjasama dengan kami," katanya.
Menariknya tentang konsert itu, Anuar akan membuat persembahan selama dua jam tanpa penyanyi undangan dan akan beraksi sebaik mungkin buat para peminatnya itu.
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kebangkitan Shila Amzah

Posted: 18 Nov 2012 02:33 PM PST

Kejayaan yang dikecapinya bukan datang sekelip mata. Lebih sedekad dia menunggu untuk menggenggam pengiktirafan dan sepanjang tempoh itu, pengalaman dan kejayaan artis senior sentiasa dijadikan pengajaran.

Kejayaan merangkul anugerah Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-19 bukan saja dianggap tanggungjawab lebih besar terpikul di bahu, malah Shila Amzah melihatnya detik untuk dia terus bangkit dalam arena seni.

Patah Seribu yang dihasilkannya dalam 20 minit, dua tahun lalu, kini mengangkat namanya. Sedikit pun tidak menyangka tuah menyebelahi diri, Shila kini tekad menghasilkan lebih banyak karya sendiri selepas ini.

"Dulu, tatkala melihat kejayaan artis lain, saya berkata kepada diri sendiri, bilakah pula giliran saya?

Sekarang, saya akui penantian selama ini berbaloi dan tidak menyangka lagu ciptaan sendiri yang membawa tuah.

"Tiada istilah mengalahkan artis senior, sebaliknya saya berterima kasih kepada mereka. Saya mengasah vokal dengan mendengar lagu mereka dan mengambil cebisan pengalaman mereka sebagai pengajaran," katanya yang baru menghasilkan single berjudul Terima Kasih buat peminatnya.

Menganggap dirinya sudah keluar daripada kepompong zaman kanak-kanak yang kurang dipandang bakatnya, Shila menegaskan, dia tidak pernah cemburu dengan kejayaan orang lain.
"Ini anugerah pertama saya dalam negara dan ia membuktikan saya perlu bekerja lebih keras untuk mencapai apa yang diinginkan. Kegagalan dulu pula ialah proses untuk memperbaiki diri.

"Jika menerusi Tiga Suara saya yakin boleh menang kerana adanya Ning Baizura dan Jaclyn Victor, tetapi untuk lagu sendiri saya tidak meletakkan sebarang harapan. Malam ini saya sekadar hadir untuk membuat persembahan," katanya yang sibuk menyiapkan album Mandarin di Shanghai.

Tahun ini dianggap sebagai detik kebangkitannya dalam arena seni suara.

Ia juga hikmah selepas perubahan imej dan kejayaan dikecapi pada Asian Wave di Shanghai, China, baru-baru ini.

Bahkan, sokongan daripada keluarga dan kekasih, Sharnaaz Ahmad, menjadi pendorong buat penyanyi berusia 22 tahun ini dalam mengatur langkah.

Sharnaaz sedia menunggu Melihat kejayaan demi kejayaan Shila, Sharnaaz sendiri terdorong untuk memberikan sokongan lebih kuat buat kekasihnya.

Ketika yang sama, dia sedikit pun tidak menganggap keadaan itu sebagai penghalang buat hubungan mereka.

"Kejayaan Shila ialah kejayaan kelab peminatnya juga dan ia membuatkan saya kenal apa itu kelab peminat.

"Saya tidak rasa kejayaannya akan menjadi penghalang dalam perhubungan kami kerana ini semua ditentukan Allah. Kalau Dia kata jodoh kami lambat lagi, kami kena terima," katanya.

Biarpun jauh perjalanan Shila, Sharnaaz tetap setia menunggu.

"Saya memang harapkan dia menang. Apa yang dia lakukan ialah hasil usahanya dan saya kagum dengan kegigihannya. Kejayaan dicapai Shila memberikan saya semangat untuk berusaha lebih gigih dalam seni.

"Dia memang hebat, tetapi kehebatannya tidak pernah melunturkan semangat atau melemahkan saya. Bahkan dia mengajar saya untuk lebih maju," katanya.

8Para: Nantikan kejutan ABPBH 2012!

Posted: 18 Nov 2012 02:28 PM PST

Diam tak diam, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Anugerah Industri Hiburan Paling Lama di Malaysia kembali menemui peminat.

Sebenarnya, sejak penganjuran ABPBH 2011 yang menyaksikan hero Ombak Rindu, Aaron Aziz membawa pulang trofi Bintang Paling Popular, April lalu, kerja awal untuk edisi ke26 anugerah popular ini sudahpun bermula. Sejak tiga bulan lalu, jawatankuasa pengelola ABPBH 2012 mula menggerakkan inisiatif bagi memastikan acara anugerah yang ditunggutunggu peminat ini direalisasikan dengan sasaran ia menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Usia 26 tahun ini bak kata orang, sudah matang sangatlah.

Dalam zaman sekarang, kalau gadis yang berusia 26 tahun, agakagaknya sudah cukup sesuai dipinang orang jika tidak lebih awal. Pada usia begini, selalunya baik gadis atau jejaka, masingmasing boleh berdikari dan membuat keputusan sendiri. Begitulah juga dengan kematangan yang dilihat dalam ABPBH yang saban tahun terus kukuh dan relevan dalam pembangunan industri hiburan tempatan.

Impak trofi ABPBH dengan label 'popular' menjadi pengukur yang bukan sedikit. Ini kerana ia berkait pula dengan usaha artis untuk memperbaiki diri supaya terus berada dalam kelompok bintang popular.

Tidak dinafikan, sejak dulu lagi, isu mana lebih penting, 'popular' dan 'mutu produk' seseorang artis sering diperdebatkan.

Namun, ABPBH jelas menakrif bahawa aspek populariti itu hendaklah dipakej bersama kualiti atau produk seni yang dipersembahkan. Elemen ini menjadi antara kriteria penting yang dilihat jawatankuasa pengelola dalam meneliti senarai awal pencalonan ABPBH.
Sejak awal bulan ini, jawatankuasa pengelola ABPBH 2012 sibuk meneliti senarai nama artis yang difikir layak dicalonkan dalam 16 kategori dipertandingkan. Malah dalam situasi tertentu, kami berdebat mencari kewajaran artis menjadi calon awal ABPBH 2012.

Diakui bukan tugas mudah, apatah lagi banyak produk baik dari drama, filem, album dan sebagainya diterbitkan sepanjang 2012 yang melayakkan artis terbabit dicalonkan. Bagi memastikan tiada artis tercicir, jawatankuasa pengelola merujuk pelbagai sumber termasuk carta dan petunjuk dari laman sosial termasuk Youtube bagi menilai sendiri tahap populariti dan pendedahan seseorang artis itu.

Selain itu, banyak aspek lain berhubung penganjuran ABPBH 2012 dirancang terutama pengisian keseluruhan projek terbesar BH ini. Selain senarai pencalonan, jawatankuasa pengelola juga melihat bidang lain merangkumi aspek teknikal seperti mekanisme penghantaran borang pencalonan, terma dan syarat, program jelajah dan sebagainya yang menuntut perancangan jitu dibuat. Sudah tentu, soal konsep malam kemuncak dan pengisiannya menjadi perkara yang sehingga kini terus dibincangkan bagi memastikan hanya idea terbaik diguna pakai pada malam kemuncak ABPBH 2012.

Sebenarnya, ABPBH tidak mampu direalisasikan tanpa sokongan peminat. Trofi ABPBH yang digenggam artis sebenarnya trofi milik peminat.

Kali ini, dengan perhatian lebih khusus, ABPBH 2012 mahu menghargai sumbangan peminat yang selama ini menjadi pihak menentukan jatuh bangunnya artis. Sehubungan itu, kita merancang lebih banyak program yang mana artis turun padang mendekati peminat, selain membantu komuniti yang memerlukan perhatian dan belas ihsan. Dengan pendekatan begini, artis bukan saja dapat mengeratkan hubungan dengan peminat, malah berbakti kepada masyarakat.

Selain itu, kita juga mahu berkongsi idea dengan peminat.

Mulai hari ini, apa kata curahkan idea anda mengenai apa yang mahu dilihat dalam ABPBH 2012? Peminat boleh berkongsi idea melalui laman sosial Facebook ABPBH. Apa agaknya idea menarik anda mengenai ABPBH 2012 yang mungkin dapat direalisasikan?

Seperkara lagi, apa agaknya kejutan ABPBH 2012? Soalan itu mungkin ditanya peminat yang tidak sabar menunggu berlangsungnya anugerah popular ini. Sesuai dengan kematangan dan evolusi wajah baru BH sejak 1 Julai lalu, sudah tentu ABPBH 2012 juga ada kejutannya. Hendak tahu apakah kejutannya, nantikan lusa yang bakal berlangsung sidang akhbar pertama ABPBH 2012 di Hotel Holiday Villa Subang, Petaling Jaya pada jam 3 petang. Lebih banyak maklumat mengenai edisi terbaru anugerah ini bakal dikongsi bersama peminat.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(Gambar Ngeri) Pembedahan Mengeluarkan Kokain Dari Perut Pengedar Dadah

Posted: 19 Nov 2012 01:21 AM PST

Melihat gambar-gambar ini mungkin membuat anda bertanya, apa yang terjadi pada orang tersebut sehingga perlu di bedah perut?. Menurut maklumat yang saya dapat, orang ini ialah ahli kartel perdagangan kokain yang memasukkan benda haram tersebut ke dalam perut. Dia tertangkap di sebuah lapangan terbang sesaat sebelum dia terbang meninggalkan bandar. Orang ini dikesan menyembunyikan kokain di dalam perut dan akhirnya di tangkap, operasi pembedahanpun di lakukan untuk mengeluarkan kokain dari dalam perutnya.

Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar ketika pasukan doktor mengeluarkan benda terlarang tersebut dari dalam perutnya. Dari dalam perut orang ini dikeluarkan satu kilagram lebih kokain.

Gambar-gambar ini memang sangat mengerikan dan tidak sesuai bagi anda yang sensitif terhadap darah atau luka. Mohon untuk tidak melihatnya.

Update Twitter: Diana Danielle Sah Mengandung

Posted: 19 Nov 2012 12:56 AM PST

Sebentar tadi, Diana Danielle melalui akaun rasmi Twitter beliau berkongsi berita gembira yang mana beliau telah di'sahkan secara tidak rasmi mengandung.

Diana Danielle menulis — "The most precious birthday present, thanks Allah SWT" dan di'sertakan sekeping gambar alat uji kehamilan yang menandakan beliau sedang hamil.

Ulangtahun kelahiran Diana Danielle jatuh pada 22 November 2012 ini dan ya, tidak di'sangkal lagi ini merupakan hadiah buat beliau dan Farid Kamil yang teristimewa.

Farid Kamil & Diana Danielle bernikah pada 3 November 2012 yang lalu dalam sebuah majlis ringkas tetapi meriah di tepian tasik Hotel Flamingo Ampang, Kuala Lumpur.

Tahniah buat pasangan ini & nampaknya tidak lama lagi boleh kita lihat cahayamata comel dari pasangan ini. Jaga kandungan baik baik ya!

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


AIM19 iktiraf artis baru & ʻotaiʼ

Posted: 18 Nov 2012 09:20 AM PST

MALAM gemilang buat Shila Amzah berterusan ibarat suatu 'domino' apabila lagu Patah Seribu muncul Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Malaysia 19 (AIM19), Sabtu lalu.

Majlis gemilang ini turut menyaksikan kumpulan Salammusik yang tampil dengan album Salammusik mengungguli kategori Album Terbaik. Kumpulan Mojo dengan gaya tersendiri, membuat kejutan meraih kategori Artis Baru Terbaik.

Lagu bertajuk Counting Days nyanyian Jaclyn Victor pula mengungguli Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita).

Raja Pop hadir dengan sut serba putih, Jamal Abdillah, meraih Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagia Sementara dan Lagu Hip-Hop Terbaik bergandingan bersama Malique untuk lagu Aku Maafkan Kamu.


Majlis gemilang menyaksikan 19 kategori dihoskan Aznil Nawawi dan Adibah Noor dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD dari Stadium Malawati, Shah Alam.


Kejayaan Shila lebih bermakna apabila ditemani 'cinta hati'. Shila juga mendapat perhatian ramai apabila mencium tangan Sharnaaz Ahmad. Ini kejayaan kedua buat Shila selepas bergelar juara Asia Wave 2012 di Shanghai, China, baru-baru ini.

"Saya bersyukur kerana ini anugerah pertama diterima selepas 12 tahun berkecimpung dalam industri muzik. Ini menjadi tanggungjawab berat kerana lagu Patah Seribu adalah lagu ciptaan dan lirik yang ditulis sendiri oleh saya.

"Saya tak pernah meletak harapan untuk menang apatah lagi meraih dua kejayaan serentak pada AIM19. Lagipun, tujuan saya datang hanya untuk membuat persembahan menerusi lagu itu.

"Menerusi Patah Seribu, saya tidak pernah terfikir untuk menang sebarang anugerah. Ini adalah anugerah paling indah dalam hidup sepanjang menyanyi di Malaysia. kejayaan ini menjadi dorongan untuk bekerja lebih keras," katanya selepas menerima trofi yang disampaikan Datuk Hattan.

Jaclyn Victor dalam nada ceria menyatakan kejayaan beliau berkata: "Apa saya harapkan kali ini menjadi kenyataan. Saya berasa sangat dirahmati selepas bergelar juara Malaysian Idol lapan tahun lalu. Kejayaan itu menjadi bonus kerana bagi saya berada dalam senarai Top 5 pun sudah cukup bagus."

Kata Jac lagi, dia terkejut kerana lagu Counting Days satu-satunya lagu vokal dalam album instrumental jazz Aubrey Suwito bertajuk Home.

"Lagu ini belum pernah didengar sesiapa dan tidak sangka ia membawa kemenangan dan tunggu pula album terbaru saya hadir pada hujung tahun ini atau awal tahun depan," katanya.

Norman merangkap Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, penjurian dan pemilihan artis dalam membuat persembahan tidak membabitkan dirinya.

"Saya berharap tidak ada mana-mana pihak menimbulkan isu penyertaan beberapa artis KRU seperti, Jac, Mojo dan Forteen terhadap kemenangan mereka pada AIM19," jelasnya.

Pengerusi AIM19, Rosmin Hashim pula berkata, persembahan AIM19 ditonjolkan merangkumi pelbagai genre dan merentasi pelbagai jenis muzik daripada pop, rock, balada, hip-hop dan vokal harmoni.

"Saya harap tidak wujud kontroversi kerana kami mahu menjadikan AIM medan terbaik untuk menggembirakan pelbagai pihak," katanya.

Kumpulan Alleycats hebat kerana dipilih sebagai penerima anugerah Sri Wirama sebagai kumpulan paling lama bertahan selama 43 tahun sementara anugerah Kembara menjadi milik Mizz Nina.

SENARAI PEMENANG AIM19

  • Lagu Nasyid Terbaik - Doa (Nora)
  • Lagu Pop Etnik Terbaik - Kuasa Cinta (Noraniza Idris & Black)
  • Lagu Hip Hop Terbaik - Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique)
  • Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Counting Days (Jacyln Victor)
  • Artis Baru Terbaik - Mojo
  • Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu - Seperti Dulu (Forteen)
  • Video Muzik Terbaik - Sparkle (Yuna)
  • Lagu Pop Terbaik - Patah Seribu (Shila Amzah)
  • Lagu Rock Terbaik - Idola (Azlan & The Typewriter)
  • Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara - Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
  • Anugerah Kembara - Mizz Nina
  • Anugerah Sri Wirama - Alleycats
  • Persembahan Vokal Terbaik Lelaki Di Dalam Lagu - Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
  • Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Lagu - Jacyln Victor (Counting Days)
  • Album Terbaik - SalamMusik
  • Lagu Terbaik - Shila Amzah (Patah Seribu)

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/18


  • Akuaponik nyawa Gaza

    Posted: 18 Nov 2012 05:11 AM PST

    ABU Ahmed merenung bumbung bangunan di Gaza yang terbiar kosong seolah-olah seperti laut kelabu, tetapi apabila dia menoleh ke belakang, ke arah kebun sayurnya yang subur menghijau, dia tersenyum senang.

    Sayur di atas bumbung ba–ngunan pangsapurinya ditanam dalam besen dan batang paip besar yang ditebuk. Dia adalah antara peserta dalam projek kendalian agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memperkenalkan sektor pertanian kepada penduduk Gaza - antara kota paling padat di dunia dan mengajar rakyat Palestin untuk bertani tanpa tanah di kawasan terhad.

    Salah satu bumbung ba–ngunan dijadikan tapak untuk sistem akuaponik dengan bekas menanam sayur yang berisi batu kelikir disambungkan ke tangki ikan tilapia.

    Dalam sistem bersepadu ini, air dari tangki ikan akan mengalir masuk ke dalam batas sayur tempat Abu Ahmed menanam pokok salad, cili, brokoli, saderi dan beraneka jenis herba yang secara tidak langsung mendapat baja daripada bahan buangan ikan tilapia.


    Ketika air ini membasahi batu kelikir, tumbuh-tumbuhan ini akan menyerap nutrien daripada bahan buangan ikan, membersihkan air dan kemudian dialirkan kembali ke dalam tangki.


    Sebenarnya pertanian di atas bumbung bangunan bukanlah satu perkara baru dan ia sudah diamalkan di banyak kota besar di seluruh dunia, namun ia berbeza dengan projek di Gaza kerana ia tidak menggunakan tanah.

    "Tujuannya untuk membantu penduduk miskin di Gaza supaya mereka boleh menanam sendiri sayur-sayuran, mendapat makanan yang lebih menyihatkan dan lebih penting ia ditanam tanpa menggunakan racun serangga," kata penolong pengurus projek berkenaan, Mohammed El Shatali.

    Bagi Abu Ahmed, projek itu satu kejayaan besar. Dia bukan saja menggunakan sistem akuaponik, malah dia juga menghasilkan sistem hidroponik tambahan untuk menanam lebih banyak sayur di dalam beg plastik yang disiram dengan air daripada tangki ikan tilapia.

    "Saya ada sedikit pengalaman dalam pertanian, tetapi tidak sama seperti ini," katanya sambil memeriksa daun saderi.

    Hasil daripada projek itu, lelaki berusia 51 tahun itu kini sudah boleh menyediakan sayur-sayuran segar dan ikan kepada 13 ahli keluarganya sepanjang musim panas.

    "Ikan yang diternak sendiri ini rasanya juga sedap, walaupun saya cuba untuk tidak makan terlalu banyak kerana saya dalam usaha membiakkannya supaya tidak perlu mengeluarkan belanja membeli anak ikan," sambungnya.

    Manfaat daripada projek akuaponik ini tidak terhenti di situ saja. Ia juga secara tidak langsung mendinginkan pangsapuri di situ kerana ia memberi teduhan.

    "Malah, ia juga sangat bagus untuk kanak-kanak. Kanak-kanak sekarang tidak pernah lihat ladang, malah untuk melihat pokok pun susah. Jadi dengan adanya projek ini, ia boleh menarik minat mereka untuk bertani dan menanam pokok," terangnya.

    Penduduk Gaza yang seramai 1.6 juta orang tinggal bersesak di atas tanah seluas 360 kilometer persegi, tetapi banyak kawasan yang tidak boleh dihuni kerana Israel menetapkan had 300 meter jaraknya dari pagar sempadan sebagai zon larangan.

    Di bandar dan pekan utama Gaza, tanah lapang biasanya digunakan untuk pembinaan bangunan pangsapuri berbelas tingkat yang menyebabkan penduduk ketiadaan kawasan bercucuk tanam.

    Cabaran yang dihadapi Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah untuk mencari kaedah baru memaksimumkan penghasilan sayur-sayuran di kawasan yang amat terhad dan kecil.

    Di kawasan perumahan Zeitun di tengah bandar Gaza, Eman Nofal, 34, sibuk menguruskan kebun sayurnya di halaman kecil berhampiran pangsapurinya. Tahun ini tanamannya yang paling menjadi ialah lada. Lada manis dan pedas berwarna merah menambah seri pada kebun kecilnya.

    Suami Nofal terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan Fatah dan Hamas pada 2006 menyebabkan dia terpaksa menjadi ketua keluarga kepada empat anak yang masih kecil.

    Apabila dia mendengar mengenai projek berkenaan, dia teruja dan terfikir ia mungkin boleh mengurangkan perbelanjaan makanan keluarganya.

    "Projek ini memang bagus dan sangat mudah. Anak-anak saya seronok membantu menjaga kebun sayur kami," katanya sambil mengakui pada awalnya dia menganggap konsep yang diperkenalkan itu agak pelik.

    "Sepanjang hidup kami, apa yang kami tahu ialah apabila disebut pertanian, ia mestilah membabitkan tanah. Jadi memang pelik apabila mendengar sayur boleh ditanam dalam medium batu kerikil dan air. Namun, saya suka idea ini," katanya.

    Nafal juga memberitahu projek berkenaan turut memberi kegembiraan kepadanya.

    "Seronok rasanya dapat melihat pokok ini. Kadang-kala saya datang ke sini semata-mata untuk menikmati kehijauan dan melihat ikan bermain sesama sendiri.
    Ia menenangkan saya," sambungnya lagi.

    Pun begitu projek ini juga ada kelemahannya, termasuk cabaran berhadapan dengan masalah catuan tenaga elektrik selama 12 jam sehari, membuatkan pam yang memindahkan air dari tangki ikan ke batas sayur terhenti.

    "Cabaran paling sukar diatasi ialah ketiadaan bekalan elektrik," kata Chris Somerville, perunding pertanian bandar yang bekerja dengan FAO.

    "Pada suhu 30 darjah Celsius, keupayaan air menampung oksigen berkurangan dan pada musim panas ramai mengadu ikan mereka mati," tambahnya.

    Peserta baru akan menerima pam dengan kuasa bateri untuk membolehkan ia terus berfungsi ketika bekalan elektrik diputuskan. Kini FAO menjalankan uji kaji mencari serat yang boleh digunakan dalam sistem hidroponik supaya kelembapan dapat dikekalkan sepanjang 12 jam ketiadaan bekalan elektrik (dan aliran air juga terhenti).

    Pada peringkat awal dulu, projek berkenaan terpaksa berhadapan dengan tanggapan negatif penduduk, kata Somerville.

    "Bukan mudah untuk meyakinkan penduduk di sini bahawa mereka boleh menanam sayur tanpa menggunakan tanah," jelasnya sambil ketawa.

    Namun begitu, projek yang diperkenalkan itu boleh disifatkan sangat berjaya kerana untuk kitaran seterusnya, jumlah peserta bertambah daripada 15 orang kepada 80 orang dengan 80 peserta lagi menjalankan pertanian menggunakan sistem hidroponik.

    Inilah kali pertama FAO melaksanakan sistem akuaponik pada skala besar dan agensi berkenaan kini mencari jalan memperkenalkan projek yang sama di tempat lain di seluruh dunia.

    "Kalau kita dapat jadikan projek di Gaza sebagai model dan membawanya ke negara lain, bagi kami ia adalah pencapaian yang sangat besar," katanya. - AFP

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/18


    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Penantian 12 tahun Shila

    Posted:

    Penantian 12 tahun Shila

    Penantian 12 tahun Shila

    TAHUN 2012 pastinya memberikan kenangan tersendiri buat penyanyi Shila Amzah dengan kejayaan berganda apabila muncul juara dalam pertandingan Asian Wave 2012 dan lagu nyanyian dan ciptaannya iaitu Patah Seribu dinobatkan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19).

    Sudah tentu kejayaan pada AIM 19 itu cukup bermakna buat Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah memandangkan ia kejayaan pertama buat dirinya dalam anugerah tersebut sepanjang 12 tahun berkecimpung sebagai penyanyi.

    Lebih bermakna lagi, Patah Seribu merupakan lagu pertama hasil ciptaannya sendiri yang dihasilkan kira-kira dua tahun lalu di biliknya dalam tempoh yang cukup singkat iaitu selama 20 minit sahaja.

    Jadi, apakah kekuatan yang terkandung di dalam lagu tersebut apabila dinobatkan Lagu Terbaik sehingga menewaskan penyanyi dan komposer yang lebih senior?

    Bercerita lebih lanjut tentang lagu Patah Seribu itu, Shila yang ditemui selepas berakhirnya acara AIM 19 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 17 November lalu mengakui lagu berkenaan memang sangat istimewa buat dirinya.

    "Kalau hendak mengulas mengenai kekuatan lagu Patah Seribu, apa yang boleh dikatakan lagu ini saya cipta lebih kepada mahu mencurahkan sepenuh kecintaan saya kepada bidang seni.

    "Lagipun, ia merupakan lagu pertama hasil ciptaan sendiri yang berani saya tampilkan dan mungkin secara kebetulan lagu ini juga telah memberikan kejayaan pertama buat diri saya di pentas AIM," ujarnya.

    Ditanya mengenai persepsi yang akan timbul apabila kejayaannya itu adalah bersandarkan kepada kemenangannya di Asian Wave 2012, penyanyi itu berharap ia seharusnya tidak menjadi isu.

    Menurut Shila, dia tidak merasakan keputusan para juri dipengaruhi oleh kemenangan tersebut, malah dia juga tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk dijulang sebagai juara. Sebaliknya, dia melihat apa yang diraih itu merupakan satu anugerah daripada Allah.

    "Saya sedar, barangkali akan timbul perasaan tidak puas hati oleh sesetengah pihak, namun saya anggap semua kejayaan dan kemenangan yang diperoleh itu merupakan satu rezeki.

    "Lagipun segala bakat yang saya miliki ini merupakan pinjaman sementara sahaja. Jadi saya berharap agar para peminat dapat terus mendoakan kejayaan saya dalam bidang nyanyian," jelas kekasih kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu.

    Pada masa yang sama, Shila melihat kejayaan meraih dua kategori iaitu Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik sebagai satu tanggungjawab yang besar dalam kariernya sebagai seorang penyanyi.


    KUMPULAN Nirwana dari Indonesia membawa pulang trofi Lagu Bahasa Melayu Oleh Artis Luar Negara menerusi lagu Sudah Cukup Sudah.


    "Sekarang tanggungjawab saya bukan sekadar penyanyi, malah sebagai seorang komposer dan penulis lirik. Bagaimanapun, saya menghasilkan lagu untuk diri sendiri dan hanya akan menghasilkan lagu untuk orang lain sekiranya saya tidak lagi menjadi penyanyi," ujarnya.

    Mengenai perancangannya selepas ini, penyanyi tersebut sedang dalam proses menghasilkan sebuah lagu berbahasa Mandarin sebagai langkah untuk mengembangkan karier nyanyiannya di China.

    Ujarnya, lagu Patah Seribu juga akan dirakamkan semula untuk versi bahasa Mandarin serta dia akan melancarkan sebuah lagi single berjudul Terima Kasih yang dibikin khas buat para peminat yang menyokong karier seninya.

    Kejutan

    Mengulas lanjut mengenai acara AIM 19 yang berlangsung, tidak dinafikan terdapat beberapa kejutan yang berlaku terutamanya anugerah kepada pemenang yang tercalon.

    Paling mengejutkan apabila album berjudul Salam Musik yang dihasilkan oleh kumpulan Salam Musik berhasil meraih salah satu anugerah utama iaitu kategori Album Terbaik.

    Biarpun tewas di tangan kumpulan Mojo untuk kategori Artis Baharu Terbaik, namun untuk Album Terbaik mereka berjaya mengetepikan nama-nama besar seperti Hujan, Nora, Pesawat dan Stacy.

    Salah seorang anggota kumpulan tersebut, Ashraaf A. Azlan atau lebih dikenali sebagai Salam berkata, mereka sendiri tidak menyangka dengan kemenangan yang diraih.

    "Sejujurnya kami tidak mengharapkan apa-apa termasuk memperoleh anugerah pada malam ini kerana tujuan kami hadir semata-mata mahu membuat persembahan supaya lebih ramai yang menyedari kewujudan Salam Musik.


    MEMANG layak. Kumpulan Alleycats yang telah berada dalam industri hiburan selama 43 tahun diberi Anugerah Wirama pada AIM 19.


    "Jadi, dengan kemenangan yang diraih ini pastinya menjadi satu pemangkin semangat untuk menghasilkan album yang lebih baik serta berharap Salam Musik akan lebih dikenali ramai selepas ini," ujarnya yang sebelum ini popular menerusi lagu Cerita Kedai Kopi.

    Apabila ditanya sama ada dia risau sekiranya akan ada pihak yang bangkit mempertikaikan kemenangan kumpulannya itu, Salam menyatakan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana tidak pernah mengharapkan kemenangan menjadi milik mereka.

    "Kami menghasilkan album bukanlah untuk mencari kemenangan semata-mata, sebaliknya matlamat kami lebih kepada memperjuangkan muzik-muzik Melayu dan kemenangan malam ini kami sebagai satu pengiktirafan atas usaha kami," jelasnya.

    Sementara itu, Jaclyn Victor yang meraih tiga anugerah untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik (Wanita) Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik turut gembira meskipun lagu nyanyiannya gagal dinobat Lagu Terbaik.

    Menariknya, kejayaan ketiga-tiga kategori yang dimenanginya itu adalah menerusi lagu Inggerisnya yang berjudul Counting Days hasil ciptaan komposer Aubrey Suwito dan Lin Li Zhen.

    "Sudah tentu kejayaan ini cukup bermakna kerana persaingan yang cukup hebat terutamanya bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik, namun saya tetap berpuas hati kerana apa yang saya hajatkan akhirnya tercapai.

    Mengakui lagu nyanyiannya itu kurang popular dan tidak mesra pendengar, namun dia percaya pemilihan Counting Days sebagai Lagu Inggeris Tempatan Terbaik berdasarkan kepada kualiti yang ada pada lagu berkenaan.

    Sementara itu, penyanyi senior Jamal Abdillah berhasil membawa pulang dua anugerah termasuk kategori Persembahan Vokal Terbaik (Bahagia Sementara).

    "Ini merupakan anugerah kedua yang saya raih dalam anugerah ini selepas kali pertama saya menang kategori Persembahan Vokal Terbaik menerusi lagu Kekasih Awal Dan Akhir pada AIM yang pertama," ujarnya sewaktu berucap di atas pentas.

    Syamsul menangis di konsert Hafiz Hamidun

    Posted:

    Syamsul menangis di konsert Hafiz Hamidun

    Syamsul menangis di konsert Hafiz Hamidun

    Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
    saphilla.isa@kosmo.com.my


    SYAMSUL yang mengaku seorang peminat Hafiz mendendangkan lagu ciptaannya sendiri, Ya Rabbi.


    "BIAR orang tidak kenal siapa Hafiz Hamidun asalkan mereka suka zikir yang dibawa olehnya". Itu kata-kata yang lahir dari mulut bekas penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Hafiz Hamidun atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 28, yang kini muncul dengan sebuah album solo baharu iaitu Zikir Terapi Diri.

    Menghasilkan tiga buah album solo termasuk album Zikir Terapi Diri, album baharunya itu telah memberi satu momentum terhadap kerjayanya, malah Zikir Terapi Diri pernah menjadi suatu trend di Twitter.

    Bukan sekadar menjadi suatu trend, album Hafiz itu juga berjaya menerima anugerah platinum berkembar empat di atas jualannya yang mencecah 80,000 unit dalam masa 10 bulan.

    Album yang menampilkan 10 zikir-zikir utama itu juga pernah menjadi juara carta jualan album di iTunes dan kini masih menduduki tempat teratas carta sekali gus menjadi penanda aras bagi industri muzik tempatan.

    Rentetan daripada sambutan hangat terhadap album Zikir Terapi Diri, buat julung-julung kalinya Hafiz tampil dengan konsert sulungnya iaitu Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang berlangsung pada malam tahun baharu Hijrah iaitu 14 November lalu di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

    Membawa penonton ke suatu pengalaman yang berbeza daripada konsert-konsert hiburan biasa, Hafiz menyuntik elemen spiritual yang jelas daripada alunan zikir serta iringan muzik terapi sebagai tunjang utama konsert pada malam itu.


    HAFIZ berjaya memikat hati peminat nasyid dengan hanya 'bermodalkan' zikir-zikir indah kepada khalayak.


    "Konsert ini sebuah konsert yang istimewa. Ia bukan konsert nasyid dan ia juga bukan konsert-konsert hiburan yang biasa kita tonton di TV atau secara langsung. Saya menggabungkan tiga elemen istimewa di dalam konsert solo ini iaitu elemen dengar, lihat dan rasa dengan diringi lapan pemuzik.

    "Saya berharap dapat melakukan yang lebih baik untuk konsert kedua nanti," jelasnya yang menyasarkan untuk mengadakan konsert yang sama di Johor Bahru dan Singapura pula pada tahun hadapan.

    Ujar Hafiz lagi, konsert tersebut diadakan untuk mengajak umat Islam memupuk tabiat sentiasa berzikir mengingati dan mengagungkan Allah SWT tidak kira dalam masa sedih atau gembira.

    Kira-kira 2,600 orang peminat hadir menyaksikan konsert berdurasi selama 90 minit Hafiz Hamidun dan barisan artis milik syarikatnya, Arteffects iaitu Fitri Haris, Imam Muda Najdi dan Izzat Mahadi.

    Persembahan Hafiz pada malam itu dipenuhi dengan zikir puji-pujian kepada Allah selain dia menyampaikan 12 buah lagu daripada album Zikir Terapi Diri seperti Ya Latif, Astaghrafirullah, Hasbi Rabbi dan Lawkana Bainana.


    KONSERT Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang pertama kali diadakan pada malam 14 November lalu dihadiri oleh lebih 2,600 penonton.


    Menariknya, penonton turut dihiburkan oleh pengarah terkenal filem KL Gangster, Syamsul Yusof dan sepupunya, Dr. Anwar Fazal Abu Bakar (Burn & Soul). Syamsul hadir menyanyikan lagu ciptaannya sendiri iaitu Ya Rabbi.

    Terlalu menghayati lirik, air mata Syamsul turut tertumpah tatkala mengalunkan lagu yang merupakan latar filem Khurafat itu.

    Ditemui selepas habis konsert tersebut, dedah Syamsul, dia menghantar pesanan melalui laman Twitter kepada Hafiz untuk menyatakan hasrat menyertai konsert penyanyi nasyid itu.

    "Sebenarnya saya peminat setia Hafiz Hamidun dalam diam. Jika saya boleh berkongsi bab agama tidak kira dari segi lagu atau filem saya akan dekatkan diri ke arah itu," jelasnya.

    Dalam pada itu, album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun turut tercalon dalam dua kategori iaitu Lagu Nasyid Terbaik dan Rakaman Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-19 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.

    Hudgens tolak babak seks

    Posted:

    Hudgens tolak babak seks

    Hudgens tolak babak seks


    VANESSA HUDGENS


    VANESSA HUDGENS berikrar tidak akan melakonkan babak seks dalam filem-filem lakonannya pada masa akan datang. Bekas bintang High School Musical itu baru-baru ini melakonkan babak seks bersama aktor James Franco dan aktres Ashley Benson dalam filem Spring Breakers.

    Dia mengakui agak tertekan melakonkan babak yang memerlukan dia harus melakukan babak seks serentak dengan dua aktor tersebut. Beritahu Hudgens kepada majalah Glow: "Saya mengakui agak tertekan melakonkan babak seks dalam filem Spring Breakers bersama James Franco dan Ashley Benson. Saya dah serik. Saya tak mahu lagi melakonkan babak seks dalam filem-filem lakonan saya pada masa hadapan."

    Bagaimanapun dia mengakui bangga berlakon dalam filem tersebut.

    Katanya: "Saya bangga berlakon dalam Spring Breakers. Ia tidak seperti filem lain yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Ia sangat segar dan mengujakan."

    Ahad, 18 November 2012

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Foto Menarik Memori Bahagia Beego & Linda Hashim

    Posted: 18 Nov 2012 09:29 PM PST

    Diam-diam, tiba-tiba keluar berita mengenai pertunangan di antara Beego dan juga pelakon cantik, Linda Hashim. Secara taklangsung menutup semua gosip liar mengenai Beego yang dikatakan pernah mempunyai hubungan dengan artis-artis lain.

    Namun bukan itu yang mahu OHBULAN! ceritakan. Mungkin kerana teruja dengan kisah pertunangan kedua selebriti ini, kami telah memuat-naik beberapa keping gambar yang diambil menerusi akaun Instagram Linda Hashim yang dipenuhi dengan gambar-gambar Beego.

    Tidak pasti samada mereka pergi bercuti ke luar negara bersama, tapi dapat dilihat Linda dan Beego mengambil gambar namun hanya diambil secara berasingan.

    Tak perlulah difikirkan kemana mereka pergi bercuti kan? Tahniah atas pertunangan kedua pasangan bahagia ini dan mari lihat beberapa lagi keping foto mereka berdua.

    Baru 16 Hari Bernikah, Diana Danielle Disahkan Hamil!

    Posted: 18 Nov 2012 09:18 PM PST

    Wow! baru 16 hari melangsungkan pernikahan nampaknya rezeki Diana Danielle dan Farid Kamil bertambah murah apabila Diana disahkan telah mengandung.

    Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Diana sendiri menerusi laman Twitter miliknya. Aktres jelita ini turut memuat naik sekeping foto dengan caption berbunyi "The most precious birthday present, thanks Allah SWT"

    Pasangan ini telah selamat bernikah pada 3 November lalu di Hotel Flamingo, Ampang.

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Posted: 18 Nov 2012 10:04 PM PST

    Keputusan Lagu Yang Menang di Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Sebanyak buah lagu ciptaan dan nyanyian sendiri para artis yang bertanding mendominasi kedudukan teratas Separuh Akhir Kedua Muzik Muzik (MM) 27 pada malam Ahad lalu.

    Lima lagu tersebut adalah:

    1. Terukir Di Bintang ciptaan dan nyanyian Yuna
    2. Anak Kampung (Jimmy Palikat & One Nation Emcees)
    3. Tapi Bagaimana (Spider)
    4. Tanpamu (Amir Jahari)
    5. Lagu (Bedroom Sanctuary)

    Sebuah lagi lagu popular iaitu Ombak Rindu ciptaan Nurzaidi Abd Rahman yang disampaikan Hafiz dan Adira turut mengisi tempat bagi enam lagu teratas.

    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Penyanyi dan penulis lagu Yunalis Zarai atau Yuna berkata, dia berasa bersyukur dan bangga kerana Terukir Di Bintang tersenarai dalam enam lagu teratas memandangkan ia turut bersaing dengan 10 lagu hebat lain.

    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    "Saya tidak menaruh harapan yang tinggi tetapi bersyukur dan bangga apabila lagu ini dipilih sebagai enam lagu teratas."

    Lagu 'Ombak Rindu' ciptaan Nurzaidi Abd Rahman yang disampaikan Hafiz dan Adira turut mengisi tempat bagi enam lagu teratas.

    "Kalau diikutkan, banyak lagu dan komposer muda yang bagus serta berbakat turut bertanding," katanya yang pulang bercuti ke tanah air sehingga Disember depan.

    Vokalis kumpulan berpengalaman Spider iaitu Tam pula berkata, persaingan dengan majoriti penyanyi dan komposer baru pada pertandingan itu merupakan suntikan semangat untuk mereka beraksi sebaik mungkin.

    "Bagi kami persaingan di pentas MM dengan majoriti muka baru memberikan suntikan semangat untuk bersaing secara sihat.

    "Ia mencabar kemampuan kami untuk menunjukkan kehebatan dan kemampuan masing-masing," kata pemenang AJL19 itu.

    Pendatang baru Amir Jahari berkata, dia tidak menyangka lagu Tanpamu akan terpilih kerana menganggap peluang beraksi di pentas separuh akhir untuk menimba pengalaman sahaja.

    "Saya tidak pernah bertanding di pentas MM sebelum ini. Saya tidak anggap ia pertandingan ketika menyampaikan lagu itu tetapi untuk suka-suka.

    "Tak sangka pula lagu Tanpamu tersenarai sebagai enam lagu teratas. Sama ada lagu ini mara atau tidak ke AJL27 (Anugerah Juara Lagu), saya okey," katanya.

    Amir Jahari tidak menyangka lagu 'Tanpamu' akan dipilih untuk mara ke AJL25

    Lima lagu lain yang turut bertanding pada malam Ahad adalah Sesaat Kau Datang nyanyian Sleeq & Ramlah Ram, Angkasa (Diandra Arjunaidi), Terlalu Mencintaimu (Suki), Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor) dan Hatimu Milikku (Nera).

    Manakala lagu Beginilah Caranya (Shaheizy Sam & Yana Samsudin) yang sepatutnya bertanding membuat keputusan untuk menarik diri.

    MM27 diadili juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Azmeer, Helen Yap, Edrie Hashim, Cat Farish, Damien Mikail Seet dan Kamarulzaman Taib.

    Kumpulan Meet Uncle Hussain dan Fauziah Gambus tampil dengan lagu medley Sekadar Di Pinggiran dan Laguku Untukmu sebagai persembahan selingan.

    Sebanyak 30 lagu dipertandingkan dalam tiga pusingan separuh akhir yang berlangsung pada 11 November (11 lagu), 18 November (11 lagu) dan 25 November (8 lagu).

    Ia disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada pukul 9 hingga 10.30 malam Ahad di TV3.

    Pusingan ketiga separuh akhir MM27 pada Ahad ini akan disiarkan pada pukul 10 malam.

    Ia akan turut mengumumkan kesemua finalis yang bakal berentap pada AJL27 pada Januari 2013.

    Lima lagu tersebut adalah Terukir Di Bintang ciptaan dan nyanyian Yuna, Anak Kampung (Jimmy Palikat & One Nation Emcees), Tapi Bagaimana (Spider), Tanpamu (Amir Jahari) dan Lagu (Bedroom Sanctuary) bakal beraksi di pentas AJL25

    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

    Facebook Komen

    Facebook Komen

    No tags for this post.

    Gambar Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad di Karpet Merah AIM19

    Posted: 18 Nov 2012 09:30 PM PST

    " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

    Shila Amzah berjalan seiringan dengan kekasihnya, memukau pesona selebriti dengan busana hitam labuh rekaan Hazwani Osman. Untuk turban yang menutup kepala, Shila Amzah memilih warna merah pink terang.

    Sementara Sharnaaz pula menggayakan suit putih dan hitam bak corak harimau bintang. Kedua-duanya nampak cantik dan kacak. Serasi dengan tema Black & White Glam Glitz di AIM19. Sama cocok dan sama padan.

    Tahniah Shila Amzah yang menang di AIM19. Semoga terus sukses. Memang benar, tahun ini bermulanya era kebangkitan Shila Amzah.

    Shila Amzah Sharnaaz AIM19

    Shila Amzah Sharnaaz AIM19

    Shila Amzah Sharnaaz AIM19

    Shila Amzah Sharnaaz AIM19

    Shila Amzah Sharnaaz AIM19

    Shila Amzah Sharnaaz AIM19

    Shila Amzah Sharnaaz AIM19

    Facebook Komen

    Facebook Komen

    Tags: , ,