Berita Harian: Hip |
Posted: 18 Nov 2012 02:33 PM PST Kejayaan yang dikecapinya bukan datang sekelip mata. Lebih sedekad dia menunggu untuk menggenggam pengiktirafan dan sepanjang tempoh itu, pengalaman dan kejayaan artis senior sentiasa dijadikan pengajaran. Kejayaan merangkul anugerah Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-19 bukan saja dianggap tanggungjawab lebih besar terpikul di bahu, malah Shila Amzah melihatnya detik untuk dia terus bangkit dalam arena seni.
"Dulu, tatkala melihat kejayaan artis lain, saya berkata kepada diri sendiri, bilakah pula giliran saya? Sekarang, saya akui penantian selama ini berbaloi dan tidak menyangka lagu ciptaan sendiri yang membawa tuah. "Tiada istilah mengalahkan artis senior, sebaliknya saya berterima kasih kepada mereka. Saya mengasah vokal dengan mendengar lagu mereka dan mengambil cebisan pengalaman mereka sebagai pengajaran," katanya yang baru menghasilkan single berjudul Terima Kasih buat peminatnya. Menganggap dirinya sudah keluar daripada kepompong zaman kanak-kanak yang kurang dipandang bakatnya, Shila menegaskan, dia tidak pernah cemburu dengan kejayaan orang lain.
"Jika menerusi Tiga Suara saya yakin boleh menang kerana adanya Ning Baizura dan Jaclyn Victor, tetapi untuk lagu sendiri saya tidak meletakkan sebarang harapan. Malam ini saya sekadar hadir untuk membuat persembahan," katanya yang sibuk menyiapkan album Mandarin di Shanghai. Tahun ini dianggap sebagai detik kebangkitannya dalam arena seni suara. Ia juga hikmah selepas perubahan imej dan kejayaan dikecapi pada Asian Wave di Shanghai, China, baru-baru ini. Bahkan, sokongan daripada keluarga dan kekasih, Sharnaaz Ahmad, menjadi pendorong buat penyanyi berusia 22 tahun ini dalam mengatur langkah. Sharnaaz sedia menunggu Melihat kejayaan demi kejayaan Shila, Sharnaaz sendiri terdorong untuk memberikan sokongan lebih kuat buat kekasihnya. Ketika yang sama, dia sedikit pun tidak menganggap keadaan itu sebagai penghalang buat hubungan mereka. "Kejayaan Shila ialah kejayaan kelab peminatnya juga dan ia membuatkan saya kenal apa itu kelab peminat. "Saya tidak rasa kejayaannya akan menjadi penghalang dalam perhubungan kami kerana ini semua ditentukan Allah. Kalau Dia kata jodoh kami lambat lagi, kami kena terima," katanya. Biarpun jauh perjalanan Shila, Sharnaaz tetap setia menunggu. "Saya memang harapkan dia menang. Apa yang dia lakukan ialah hasil usahanya dan saya kagum dengan kegigihannya. Kejayaan dicapai Shila memberikan saya semangat untuk berusaha lebih gigih dalam seni. "Dia memang hebat, tetapi kehebatannya tidak pernah melunturkan semangat atau melemahkan saya. Bahkan dia mengajar saya untuk lebih maju," katanya. |
8Para: Nantikan kejutan ABPBH 2012! Posted: 18 Nov 2012 02:28 PM PST Diam tak diam, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Anugerah Industri Hiburan Paling Lama di Malaysia kembali menemui peminat. Sebenarnya, sejak penganjuran ABPBH 2011 yang menyaksikan hero Ombak Rindu, Aaron Aziz membawa pulang trofi Bintang Paling Popular, April lalu, kerja awal untuk edisi ke26 anugerah popular ini sudahpun bermula. Sejak tiga bulan lalu, jawatankuasa pengelola ABPBH 2012 mula menggerakkan inisiatif bagi memastikan acara anugerah yang ditunggutunggu peminat ini direalisasikan dengan sasaran ia menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Dalam zaman sekarang, kalau gadis yang berusia 26 tahun, agakagaknya sudah cukup sesuai dipinang orang jika tidak lebih awal. Pada usia begini, selalunya baik gadis atau jejaka, masingmasing boleh berdikari dan membuat keputusan sendiri. Begitulah juga dengan kematangan yang dilihat dalam ABPBH yang saban tahun terus kukuh dan relevan dalam pembangunan industri hiburan tempatan. Impak trofi ABPBH dengan label 'popular' menjadi pengukur yang bukan sedikit. Ini kerana ia berkait pula dengan usaha artis untuk memperbaiki diri supaya terus berada dalam kelompok bintang popular. Tidak dinafikan, sejak dulu lagi, isu mana lebih penting, 'popular' dan 'mutu produk' seseorang artis sering diperdebatkan. Namun, ABPBH jelas menakrif bahawa aspek populariti itu hendaklah dipakej bersama kualiti atau produk seni yang dipersembahkan. Elemen ini menjadi antara kriteria penting yang dilihat jawatankuasa pengelola dalam meneliti senarai awal pencalonan ABPBH.
Diakui bukan tugas mudah, apatah lagi banyak produk baik dari drama, filem, album dan sebagainya diterbitkan sepanjang 2012 yang melayakkan artis terbabit dicalonkan. Bagi memastikan tiada artis tercicir, jawatankuasa pengelola merujuk pelbagai sumber termasuk carta dan petunjuk dari laman sosial termasuk Youtube bagi menilai sendiri tahap populariti dan pendedahan seseorang artis itu. Selain itu, banyak aspek lain berhubung penganjuran ABPBH 2012 dirancang terutama pengisian keseluruhan projek terbesar BH ini. Selain senarai pencalonan, jawatankuasa pengelola juga melihat bidang lain merangkumi aspek teknikal seperti mekanisme penghantaran borang pencalonan, terma dan syarat, program jelajah dan sebagainya yang menuntut perancangan jitu dibuat. Sudah tentu, soal konsep malam kemuncak dan pengisiannya menjadi perkara yang sehingga kini terus dibincangkan bagi memastikan hanya idea terbaik diguna pakai pada malam kemuncak ABPBH 2012. Sebenarnya, ABPBH tidak mampu direalisasikan tanpa sokongan peminat. Trofi ABPBH yang digenggam artis sebenarnya trofi milik peminat. Kali ini, dengan perhatian lebih khusus, ABPBH 2012 mahu menghargai sumbangan peminat yang selama ini menjadi pihak menentukan jatuh bangunnya artis. Sehubungan itu, kita merancang lebih banyak program yang mana artis turun padang mendekati peminat, selain membantu komuniti yang memerlukan perhatian dan belas ihsan. Dengan pendekatan begini, artis bukan saja dapat mengeratkan hubungan dengan peminat, malah berbakti kepada masyarakat. Selain itu, kita juga mahu berkongsi idea dengan peminat. Mulai hari ini, apa kata curahkan idea anda mengenai apa yang mahu dilihat dalam ABPBH 2012? Peminat boleh berkongsi idea melalui laman sosial Facebook ABPBH. Apa agaknya idea menarik anda mengenai ABPBH 2012 yang mungkin dapat direalisasikan? Seperkara lagi, apa agaknya kejutan ABPBH 2012? Soalan itu mungkin ditanya peminat yang tidak sabar menunggu berlangsungnya anugerah popular ini. Sesuai dengan kematangan dan evolusi wajah baru BH sejak 1 Julai lalu, sudah tentu ABPBH 2012 juga ada kejutannya. Hendak tahu apakah kejutannya, nantikan lusa yang bakal berlangsung sidang akhbar pertama ABPBH 2012 di Hotel Holiday Villa Subang, Petaling Jaya pada jam 3 petang. Lebih banyak maklumat mengenai edisi terbaru anugerah ini bakal dikongsi bersama peminat. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |