Adsense

Isnin, 19 November 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Diana Danielle Hamil Selepas 16 Hari Bernikah Dengan Farid Kamil

Posted: 19 Nov 2012 05:03 PM PST

Budiey rasalah kan, Diana Danielle sudah tentu menjadi wanita yang paling happy di dunia apabila mendapati dirinya hamil dan tak lama lagi dapat timang anak.

Nampaknya, pasangan bahagia Farid & Diana Danielle mengikut jejak langkah Fasha dan Jejai di mana mereka juga bakal bersanding bersama orang baru atau baby dalam perut. Ye lah, Farid & Diana akan diraikan nanti dalam majlis sambut menantu pada 12 Disember depan.

Diana Danielle Hamil Selepas 16 Hari Bernikah Dengan Farid Kamil

Budiey dapati, di Twitter nama Diana Danielle dan Farid Kamil menjadi trending semalam. Ramai sangat kot orang bercakap pasal berita ni.

Paling kelakar ada yang tulis:

Most people will rub Diana Danielle and say Congratulations. But no body will rub Farid Kamil's balls and saya goodjob!

Semua duk suruh awal ashaari and yusry belajar menembak dgn Farid Kamil itu kelakar. Sengal. #DianaDaniellePregnant

Farid Kamil telah membuktikan dirinya adalah seorang LELAKI . Power , cepat , tepat mengenai sasaran . Ahaha

Untuk pengetahuan anda semua WonderPets merupakan cerita cartoon kegemarn Farid Kamil dan DD. Apa yg penting Diana?Kerjasama la Abg Farid :p

Tapi dalam hati Budiey cakap:

Waaaahhhh…. cepatnya! Power betul Farid Kamil ni. Kalau macam ni la, Farid Kamil layak bergelar duta produk Power Roots!"

Budiey di sini ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle atas berita gembira yang dikongsikan semalam di laman Twitter dan Instagram miliknya. Walaupun disahkan secara tidak rasmi mengandung, namun harap-harap ianya menjadi kenyataan tak lama lagi.

Berita yang mengembirakan ini datang hanya beberapa hari menjelang sambutan hari jadinya yang ke-21 tahun pada 22 November ini. Tidak disangkal lagi ini merupakan hadiah buatnya dan Farid Kamil.

"The most precious birthday present, thanks Allah SWT." – Diana Danielle

Aktres cantik itu menulis - "The most precious birthday present, thanks Allah SWT" dan disertakan sekeping gambar alat uji kehamilan yang menandakan dia kini sudah hamil.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 yang lalu dalam sebuah majlis ringkas tetapi meriah di tepian tasik Hotel Flamingo Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 30 November 2012. Sementara majlis sambut menantu dijangka berlangsung pada 12 Disember 2012, dikampung halaman Farid, Jitra, Kedah.

Budiey difahamkan, bukan sekadar dihadiri oleh VVIP, majlis terbabit juga dikatakan akan membabitkan perarakan berkuda, iaitu haiwan yang menjadi kegemaran pasangan popular ini.

Tahniah sekali lagi buat Farid Kamil dan Diana Danielle.

Gambar Pra Perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle

Gambar Pra Perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle

Diana Danielle Farid Kamil Nikah

Diana Danielle Farid Kamil Nikah

Diana Danielle Farid Kamil Nikah

Facebook Komen

Facebook Komen

No tags for this post.

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Posted: 19 Nov 2012 04:22 PM PST

Info :
Pengarah :
Penulis Skrip : Afdlin Shauki
Tarikh Tayangan : 22 November 2012
Klasifikasi : P 13
Genre : Komedi Seram
Bahasa : Bahasa Melayu
Durasi : 1 jam 43 minit
Syarikat Penerbit : Ismail Holdings & Vision Works Sdn. Bhd
Promosi & Pengedaran :
Link Facebook : http://www.facebook.com/Pontianakvsorangminyak

Senarai Pelakon Pontianak VS Orang Minyak:

  1. Nabil sebagai Ponti / Sirun
  2. Johan Raja Lawak sebagai Omi / Ketiak
  3. Sharifah Shahirah sebagai Ratu Syaira
  4. Sharifah Amani sebagai Maria
  5. Afdlin Shauki sebagai Pak Rejab
  6. Harun Salim Bachik sebagai Lembaga Hitam
  7. Black Kopi O (Raja Lawak) sebagai Dr Romi
  8. Lana Nordin sebagai Ruminah
  9. Khir Rahman sebagai Sudiro
  10. Adibah Noor sebagai Saodah
  11. Isma Hanum sebagai Bunga Cinta Melor
  12. Nur Atirah Rahani sebagai Bunga Cinta Kasturi
  13. Fizz Fairuz sebagai Hentak
  14. Tepet Raja Lawak sebagai Pakok

Penampilan Istimewa:

  1. Noh Hujan
  2. Dr. Azizan
  3. Vanidah Imran
  4. Dira Abu Zahar
  5. Ozlyn Watie
  6. Mak Jah

Pontianak VS Orang Minyak
Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.

Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka.

Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang "pendinding sakti" dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur.

Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.

Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

TRIVIA PONTIANAK VS ORANG MINYAK

1. Pekan Kampung Puaka yang merupakan latar tempat di dalam filem ini telah dibina khas di Kemensah.
2. Solekan seekor Pontianak mengambil masa selama dua jam menggunakan latex yang ditempah khas dari luar negara.
3. Lagu tema Pontianak VS Orang Minyak telah dinyanyikan oleh Johan sendiri dan liriknya ditulis oleh Pacai.
4. Filem ini merupakan filem ke 12 yang telah diarahkan oleh Afdlin Shauki.
5. Penggambaran mengambil masa selama 32 hari.
6. Johan dan Nabil merupakan pelakon utama filem ini.
7. Filem komedi seram pertama tulisan dan arahan Afdlin Shauki.
8. Lokasi utama filem ini bertempat di Kemensah, Ulu Langat dan Gua Damai di Batu Caves.
9. Turut menjayakan filem ini ialah Harun Salim Bachik, Sharifah Shahirah, Sharifah Amani, Khir Rahman, Lana Nordin, Adibah Noor dan Afdlin Shauki sendiri.
10. Hampir 20 orang pelakon tambahan disolek menjadi Pontianak dan Orang Minyak.
11. Noh Hujan dan Dr. Azizan membuat penampilan khas di dalam filem ini.
12. Pelakon-pelakon yang menjadi Oang Minyak telah dicat dan disembur menggunakan cecair yang ditempah khas untuk keselasaan kulit.
13. Menampilkan bakat baru, Isma Hanum dan Nur Atirah sebagai anak kepada Adibah Noor dan Tepet Raja Lawak sebagai Pakok iaitu pembunuh Pontianak.
14. Vanidah Imran, Dira Abu Zahar, Ozlyn Watie, dan Mak Jah turut membuat penampilan khas di dalam filem ini.
15. Krew dan para pelakon terpaksa mendaki 172 anak tangga untuk ke set gua Orang Minyak yang terletak di Gua Damai di Gombak.
16. Nabil merupakan pelakon lelaki pertama yang melakonkan watak sebagai Pontianak.
17. Suntingan pertama filem ini berdurasi selama 4 jam setengah.
18. Nabil dan Johan melakonkan hampir keseluruhan babak aksi sendiri.
19. Ini merupakan pengalaman pertama Fizz Fairuz berlakon di bawah arahan Afdlin Shauki.

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , , , , ,