Gosip Artis Malaysia |
Betty Benafe Nyaris Batal Nikah Posted: 19 Nov 2012 05:21 PM PST PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Betty Banafe menganggap sikap hilang sabar ketika berhadapan dengan ujian dalam alam pertunangan menjadi penyebab dia hampir membatalkan pernikahannya dengan Bruce Dargus yang dijadualkan pada 8 Disember depan. Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisan Abu Bakar Banafe, 33, berkata, puncanya adalah kecil apabila dia dan bakal suami yang berasal dari England itu berselisih faham mengenai majlis pernikahan yang bakal diadakan. "Disebabkan dia bukan orang Melayu, dia sukar untuk memahami budaya kita. Semasa kami berbincang bagi mengadakan persiapan pernikahan, kami menghadapi masalah perbezaan pendapat menyebabkan saya putus asa sehingga berhasrat membatalkan perkahwinan itu. "Bagaimanapun selepas dibantu oleh seorang teman rapat yang berusaha untuk menyelesaikan masalah kami, akhirnya kami mendapat jalan penyelesaiannya." Kata Betty ketika hadir ke Menara Star di sini petang Isnin untuk mengedarkan kad jemputan perkahwinannya. Betty diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Ahad yang mendedahkan hasratnya untuk membatalkan majlis perkahwinan yang akan diadakan di rumah keluarganya di Kempas, Johor Bahru itu. Betty memberitahu, dia percaya pendapat sesetengah pihak yang mengatakan dugaan di alam pertunangan memang berat dan besar kemungkinan boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu dibatalkan jika pasangan gagal untuk menanganinya. Bagaimanapun dia bersyukur ketika hari bahagiannya semakin tiba, segala cabaran itu dapat dilaluinya dengan tabah. "Saya perlu kuatkan semangat kerana saya mahu mengahwini bangsa asing iaitu lelaki yang berdarah Lubnan campur mat salih. Ia tidak mudah kerana perbezaan budaya. Tetapi saya bersyukur kerana dia boleh menerima budaya kita," katanya yang mengenali pakar teknologi maklumat itu sejak setahun lalu. Kedua-dua mereka bertunang secara rasmi pada 14 Jun lepas. Betty memberitahu, tekanan yang dihadapi akibat masalah itu menyebabkan dia terpaksa menangguhkan pembedahan sista ovari yang sepatutnya dilakukan pada 16 November lalu di pusat pakar perubatan HUKM, Cheras, dekat sini. "Saya amat tertekan sehingga tidak dapat menjalankan pembedahan itu. Bagaimana selepas semuanya selesai, saya akan melakukannya (pembedahan) itu esok (hari ini). Bercerita mengenai majlis pernikahannya Betty berkata, upacara akad nikah akan diadakan di rumah keluarganya di Kempas, Johor selepas solat Zuhur sementara majlis resepsi kedua-dua pihak akan diadakan di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru pada 12 Disember depan. Pada majlis nikah itu Betty akan mengenakan busana yang dicipta oleh pereka fesyen dari Singapura yang berkonsepkan Arab. Bagaimana konsep pakaian pada majlis persandingannya terpaksa dirahsiakan untuk memberikan kejutan kepada pihak lelaki. Antara selebriti yang dijangka hadir pada majlis persandingannya ialah Erra Fazira, Zahida Rafik, Serina, Nabila Huda, Nash dan Lisdawati. - --- |
Nora Danish Wanita Pilihan Anuar Zain Posted: 19 Nov 2012 05:19 PM PST PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain (gambar) mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish merupakan antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri. Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, dia mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi drama Puteri. "Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut. "Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar. Penyanyi itu ditemui pada pelancaran klip video lagu Ajari Aku di White Box, Publika dekat sini, petang Isnin. Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Akuyang turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali. Ditanya, pernah atau tidak dia terfikir untuk mengenali Nora dengan lebih dekat, Anuar memberitahu tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan ibu beranak satu itu. "Walaupun Nora mempunyai ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tetapi ia belum sampai ke tahap untuk saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing dengan hal peribadi sendiri," tuturnya. Sementara itu, pada majlis pelancaran klip video itu, Anuar turut mengumumkan bakal mengadakan konsert solonya pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini pukul 8.30 malam. Konsertnya yang diberi nama 'Anuar Zain-Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari' itu dianjurkan oleh Anuar Zain Network Sdn Bhd dan syarikat rakaman Universal Music. Ia merupakan konsert sulung Anuar selepas 30 tahun berada dalam industri seni muzik tempatan. "Saya rasa sudah tiba masanya untuk membuat konsert buat peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong saya dari dulu lagi. "Dah lama saya nak buat konsert, cuma masalah tiada penganjur membuatkan hasrat itu terbantut. "Sekarang ini, saya dan pihak Universal akan menggerakkan konsert ini dan mengalu-alukan mana-mana penaja untuk bekerjasama dengan kami," katanya. Menariknya tentang konsert itu, Anuar akan membuat persembahan selama dua jam tanpa penyanyi undangan dan akan beraksi sebaik mungkin buat para peminatnya itu. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |