Adsense

Rabu, 18 Julai 2012

Celebrity News

Celebrity News


Panas : Video CCTV Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol - Malaysiakini

Posted: 18 Jul 2012 09:14 AM PDT


Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.


Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak 
pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau.:


Bahagian 2

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahuMalaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber-Malaysiakini

ZoOM: Ada lagi isu panas tetapi kesahihan berita ini masih baru dan ia hanya sumber yang ZOOM jumpa daripada laman web MK !!!! APa Komen anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Episode Akhir Nada Cinta | Video Episode Akhir Nada Cinta

Posted: 18 Jul 2012 08:53 AM PDT


Update- gambarRamai sangat yang bertanya tentang episode akhir Nada Cinta walaupun baru episode 58.

Mana taknya episode sampai 244.Ataupun peminat takut tertipu dengan ending cerita yang tak masuk akal... macam sinetron bawang merah bawang putih...
Biasala sinetron.
Ok,kita sambung cerita
Nanti,pasti semua orang terkejut apabila dapat tahu bahawa Nada mempunyai kembar iaitu Cinta yang disangka telah mati(kalau nak tahu bila Cinta muncul,kena tengok sendiri) -


Episode 241:
Ricky dan Nada serta rakan-rakan gembira apabila menjadi Band pembuka Rock konsert 2011.Ini membuatkan Martin dan Vanna kesal.Pernikahan Rasti dan Alex diraikan secara sederhana.


Episode 242:
Cinta datang ke Sunset Resto dan bertemu Marvin.Marvin membawa cinta ke tempat-tempat yang pernah mereka pergi,Namun kepala Cinta menjadi sakit dan berlari pergi,Marvin sedih kerana Cinta tidak dapat mengingati dirinya dan masa laluNada memberitahu Ricky yang dia risau akan Marvin yang menyangka Cinta masih hidup.Sebenarnya,Nada tidak tahu yang Cinta masih hidup.Kepala Cinta semakin sakit apabila cuba mengingati masa lalunya.


Episode 243:
Nada pula ditimpa kemalangan dan lupa ingatan.Kemudian,Cinta menyamar sebagai Nada,sebab Nada koma selama 5 tahun(scene wajib kut dalam sinetron- babak koma dengan lupa ingatan) Solehah pun camtu,Bawang Merah pun sama..Ricky pula dipenjara di London sebab dianggap terrorist selama 5 tahun(boleh la pulak sama dengan tempoh koma Nada)
Ricky tidak tahu yang Nada telah kemalangan





Episode 244:
Nada telah sedar,dan Ricky juga dibebaskan.Cinta memberitahu hal sebenar.Ricky dan Nada bertemu semula.Ricky dan Nada ditemukan kembali apabila mereka menyanyikan lagu cinta sejati mereka.





Mereka menyanyi bersama rakan-rakan lain di sebuah Konsert,sambil disaksikan oleh Cinta dan Marvin,Alex dan Rasty dan anak mereka.


Apapun,ending Nada Cinta
semua berkahwin dan hidup bahagia.
Cinta berkahwin dengan Marvin
Vito dengan Flora
Ricky dengan Nada berkahwin dan mereka mempunyai anak kembar.
Alex bahagia dengan Rasty dan anak-anak mereka







Nada dan Ricky



marvin dan cinta




Alex dan Rasti




Rasti dan Alex







Vito dan Flora
Rasti dan Vito

Episode akhir Sinetron "Nada Cinta"
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sinopsis Drama Mana Hilangnya Juwita | Video Mana Hilangnya Juwita

Posted: 18 Jul 2012 08:43 AM PDT




Sinopsis Drama:

Kemana Hilangnya Juwita?Persoalan yang bermain di fikiran Anggun yang bingung mencari adiknya Juwita hingga membawa dia ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari tidak dihubungi.



Pelbagai rintangan dan cabaran perlu ditempuhi untuk mencari adiknya.Kesukaran mencari adiknya itu menyebabkan Anggun meminta bantuan bekas kekasihnya Haider.
Pencariannya itu membawa dia kepada satu kebenaran yang sukar dipercayai- adiknya terlibat dengan masalah sosial seperti seks,dadah dan perlacuran di sebalik pekerjaannya sebagai model sambilan.

Drama aksi 15 episod arahan Joeza Rasidi terbitan produksi Padi Pictures Sdn Bhd yang berinspirasi dari kisah penculikan ini menggandingkan tiga aktres terbaik iaitu Erra, Lisa Surihani dan Datin Paduka Umie Aida.

Tidak ketinggalan, penampilan Zahiril Adzim, Azhan Rani, Diana Johor, Rizal Hamzah dan Raja Ilya. Ia mula bersiaran 9 Julai 2012, jam 10 malam di saluran Astro Ria.Episod 1-2 untuk drama "Mana Hilangnya Juwita" akan mula ditayangkan mulai 9 Julai di Astro Ria pada hari Isnin jam 10 malam manakala episod 3-15 akan ditayangkan bermula jam 9 malam.

Drama berat ini akan mengupas sisi gelap kota metropolitan yang dilihat sebagai syurga dunia bagi orang yang tidak pernah melihatnya.Namun hakikatnya, di sebalik keindahan,godaan mampu membuatkan manusia hilang pedoman.


Video Promo "Mana Hilangnya Juwita"
 

gambar sumber:budiey
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sinopsis Telenovela Mara Clara | Mara Clara Episode Akhir

Posted: 18 Jul 2012 08:37 AM PDT

First of all i'm would to say sorry kalau ada yang rasa annoying(tak suka) post ni sebab secret of ending Mara Clara diketahui sebelum masa ditayangkan.Nak buat camana, saya memang tak sabar nak tahu ending dia.
Baru teruja nak tengok.


Telenovela Mara Clara totally awesome. Ending pun penuh dengan dramatik scene.



Susan dan Mara kini berada dalam tangan Gary.Alvira telefon Mara tapi Gary yang jawab.Alvira hairan Gary yang menjawab telefon Mara dan bertanya pada Gary mana Mara.Gary menjawab Mara dan Susan kini dalam tahanannya.Amante Dell Vell cuba memujuk Gary untuk menyerah diri dan melepaskan Mara dan Susan. Gary memberitahu dia hanya mahukan Clara namun Gary sangat marah apabila Clara tidak mahu tinggal bersamanya dan memilih untuk bersama keluarga Dell Vell. Gary mencabar Alvira dan Amante untuk berjumpa.

Clara akhirnya menawar diri untuk tukar tempat dengan Mara untuk membayar semula kesalahan yang pernah dia buat dulu.Amante tidak berapa setuju dengan cadangan Clara dan dia mempunyai rancangan lain untuk menyelamatkan Susan dan Mara. Lupe David(mak Gary)memujuk Amante untuk membenarkan dia ikut sekali supaya dapat memujuk Gary menyerah diri.



Susan yang bersama Gary menyatakan bayi dalam kandungannya adalah anak Gary.Gary tidak mempercayainya, Mara beritahu hal sebenar-dia sengaja menipu agar Gary tidak tahu siapa anaknya kerana Mara fikir lelaki sejahat tidak layak menjadi ayah.Gary yang sangat marah lalu menarik Mara dan meletakannya ke dalam tangki air.Mara terperangkap dalam tangki air.


Klimaks Drama:


Amante and Alvira melawat Gary di rumah terbiar tanpa polis.Alvira dipaksa memilih antara Amante atau Gary-namun hanya Gary tahu di mana Mara berada.
Amante dan Gary bergaduh hingga mereka terjatuh dari bangunan.Amante jatuh ke tanah dan mendapat kecederaan. Alvira pula mahu Gary membunuhnya kerana dia merasakan dia adalah penyebab Gary jadi begitu.Ketika Gary cuba menembak Alvira,Clara menerpa ke arah Alvira. Tembakan mengena Clara. Susan pula mengambil kesempatan yang ada dengan menikam Gary dengan paip. Akhirnya Gary mati tertikam dengan batang pipe.Namun Clara selamat dan hanya cedera di tangan. Sementara itu,Mara berjaya diselamatkan sebelum Clara ditembak.


Ending Drama:

Susan selamatkan melahirkan bayi kembar-anak kepada Gary.(after being forced)
Clara dimasukkan ke mental institusi -for traumatic experience.
Mara dan Clara berkawan semula.
Mara dan Christian bersama akhirnya.
Mereka hidup bahagia.


No wonder telenovela menjadi kegemaran ramai. Wonderful Ending. memang terbaik,dengan suspen adegan tembak menembak tapi berakhir dengan scene yang menyentuh jiwa.


Tidak dinafikan Mara Clara adalah sebuah naskah telenovela terbaik yang pernah ditonton.

Episode 3 - Mara Clara

Apa Komen anda ?Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sinopsis Drama 7 Ramadhan | Video 7 Ramadhan | Lagu Tema 7 Ramadhan

Posted: 18 Jul 2012 08:31 AM PDT


Ingat lagi tak Ramadhan Terakhir,kisah menyentuh hati yang mendapat sambutan hebat?
Ramadhan kali ini Radius One akan kembali dengan drama 7 Ramadhan di TV3.

Drama ini akan mula ditayangkan pada 19 Julai bagi menggantikan drama Ameera.Drama 7 Ramadhan dibintangi oleh ELLIE SURIATY,NABILA HUDA,FIR AFFANDI,TANIA ZAINAL DAN ANA DAHLIA,MUSTAPHA KAMAL,SHERRY ABDULLAH




Sinopsis:


Sufiah tinggal di kampung seorang diri dengan mengambil upah mengurut,membuat kuih dan lain-lain untuk menyara hidupnya bersama anak angkat-Ramadhani amat disayangi.Kini Dhani telah dewasa dan baru saja menamatkan pengajian di sebuah universiti.
Hari itu adalah 7 ramadhan hari yang ditunggu-tunggu- hari konvo dan pada sama yang sama hari ulangtahun anaknya Iqram meninggal dunia.Sufiah tidak akan lupa hari itu di mana suaminya Mustaza(yang kini berada di penjara) telah mencampak anaknya.
Dhani melarang Sufiah hadir ke hari convonya kerana malu jika Anna teman wanitanya tahu tentang ibunya kerana ibu Anna Datin Audrey mementingkan darjat.Dhani telah berbohong kepada keluarga Anna bahawa dia adalah seorang anak orang kaya. Demi mengejar kemewahan,Dhani tekad merubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya.




Sumber : Radius One

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Episode Akhir Drama Ameera | Video Episode Akhir Ameera | Lagu Tema Drama Ameera

Posted: 18 Jul 2012 08:48 AM PDT

Hari ini merupakan episode akhir drama Ameera, dan bagi anda yang menonton drama ini sebentar tadi sudah tentu mengetahui klimaks drama ini.Kisah seorang gadis yang hampir dilacurkan (Ziela lakonan Zarina AF) akhirnya menemui ajal ditembak oleh Farouk (watak jahat).


Dan suami Ameera(lakonan Rita) yakni Amir (lakonan Shamsul Yusof) turut terkorban angkara Farouk yang terlepas semasa dikejar oleh anggota polis di dalam "bonet" kereta Amir.


Bagi ZoOM perjalanan cerita dan emosi didalam drama ini telah menarik ramai peminat drama di Malaysia kini berbangga dengan produk yang dilahirkan oleh pelakon,penerbit dan seterusnya crew yang terlibat dalam menghasilkan karya yang menarik untuk tatapan anda sekeluarga.


Namun ending drama ini buat ZoOM dan Family geram juga sebab kenapalah sampai lepas si Farouk ni...laju jugak dia lari sampai boleh masuk dalam bonet kereta kat dekat depan tu..nak buat macam mana yerrrr dah jalan citernya macam tu..


Dan berikut beberapa info yang boleh dikongsi bersama anda mengenai drama ini :

Jumlah episode: 25
Skrip oleh: Sharifah Abdul Salem
Arahan: Murali Abdullah



Lagu Tema Drama Ameera
Pelakon Drama Ameera: Shamsul Yusof, Rita Rudaini. Zarina Zainudin, Sabrina Ali,Faizal Hussein


Sinopsis drama Ameera:

Hidup Ameera terasa sunyi tanpa walaupun kehidupannya dilingkari dengan kemewahan. Atas desakan mentua, Ameera mencadangkan suaminya untuk mendapatkan isteri kontrak untuk memberikan zuriat untuk mereka.
Amer dan Ameera telah berkahwin selama 4 tahun namun belum dikurniakan cahaya mata.Mereka tertekan apabila ibu Amer- Puan Suraya(Jasmin Hamid) mendesak Amer untuk berkahwin dengan Marisha. Ameera mahu Amer menurut kemahuan ibunya walaupun Amer enggan.



Apabila Ameera disahkan tidak boleh hamil, Amer enggan mengahwini Marisha. Ameera mencadangkan agar mereka mengambil anak angkat namun Amer keberatan.Desakan Puan Suraya membuatkan Ameera memberi cadangan kepada Amer untuk mengupah isteri untuk melahirkan anaknya,Amer mengganggap Ameera bergurau hinggalah Zila gadis kampung yang miskin muncul dalam hidup mereka.
Zila mengikut kekasihnya Faruk(Hairi Safwan) yang dikenali sejak sekolah untuk ke bandar mencari pekerjaan. Ibunya sedang sakit dan 3 orang adiknya masih belajar

. Zila melarikan diri dan bersembunyi dalam kereta Amer kerana Faruk mahu menjualkannya kepada bapa ayam. Amer yang panik,terus membawa Zila pulang.

Mendengarkan cerita Zila, Ameera menganggap Zila calon yang sesuai untuk Amer, Ameera mengupah Zila sebanyak 360 ribu. Pada mulanya, Zila enggan namun akhirnya dia mengalah demi menampung keluarga.
Amer juga membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera akan mengandung, Ameera merayu dan akhirnya Amer bersetuju.
Amer dan Zila bernikah secara rahsia. Syarat Pernikahan adalah mereka akan bersama hanya untuk satu malam sahaja dan Zila akan diceraikan selepas melahirkan anak.
Pada mulanya Zila tidak kisah namun lama -kelamaan dia jatuh cinta pada Amer.Dia juga semakin cemburu pada Ameera dan juga mahu merampas Amer pada Ameera.

zila dah mula obses dengan Amer.takut pulak tengok scene Zila jadi psiko

Demi zuriat, Ameera memaksa Amer untuk beri perhatian kepada Zila walaupun Amer tidak menyukainya.Ameera mula merasa sunyi tanpa Amer.




Walaupun Zila telah mengandung,kasih sayang Ameer pada Ameera tidak pernah berubah.Ameera pula terpaksa menyamar sebagai wanita pregnant agar tidak diketahui oleh mama Ameer. Suatu hari, Puan Suraya tinggal di rumah Ameer selama beberapa hari.Zila mengambil kesempatan untuk bermanja dengan Puan Suraya.Puan Suraya amat menyayangi dan sangat mengambil berat tentang Zila seolah-olah tahu anak yang dikandung Zila adalah warisnya. Bagaimana perasaan Puan Suraya apabila rahsia mereka terbongkar?


Klimaks drama....



Adakah cadangan Ameera membenarkan Amer mengahwini Zila akan memakan diri dan bagaimana pula nasib Zila selepas melahirkan anak.Berjayakan Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Bukan hipokrit

Posted: 17 Jul 2012 03:29 PM PDT

Salamiah tak kisah kata nista terhadap cara penampilan

GAYA dan penampilan penyanyi bersuara lantang ini sering menjadi bahan bualan ramai di internet. Hanya kerana statusnya sebagai seorang selebriti, ditambah usianya yang kini sudah mencecah angka 61 tahun, membuatkan segala gerak-geri serta apa yang tersarung di tubuhnya terus dipertikaikan. Malah ada juga yang jahat mulut menggelarkan penyanyi ini sebagai tidak sedar diri kerana sering bergaya seksi ketika usia melewati lebih setengah abad. Walaupun amat menyakitkan telinga, namun bagi si empunya diri, sedikitpun kata-kata itu tidak menjadi kudis.

Rasanya saya tidak seseksi yang dikatakan. Inilah penampilan saya sejak dulu. Kalau bertudung pun tapi tak ikhlas, tak guna juga" Salamiah Hassan, Pelakon

Ditemui pada majlis meraikan pemenang program realiti MasterChef Selebriti di ibu kota malam kelmarin, Salamiah Hassan atau lebih selesa menggelarkan dirinya sebagai Mama berkata, dia tidak pernah menghiraukan segala kata nista yang dilemparkan kepadanya.

"Bukan tiada yang menegur cara saya berpakaian dan mengatakan penampilan saya tak sesuai dengan usia. Mereka ini hanya pandai mengata dan menilai orang dari sudut luaran, tapi tahukah mereka apa yang saya lalui sepanjang kehidupan ini? Lantaklah apa yang mereka nak kata. Saya hanya menjadi diri saya sendiri," tegas Salamiah menyatakan pendirian.

Mungkin apa yang diperkatakan penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Menghitung Hari ini kedengaran cukup keras, namun kata ibu kepada penyanyi Atilia ini, dia berpendirian sedemikian kerana tidak mahu dituduh hipokrit.

"Rasanya saya tak adalah seseksi yang dikatakan. Inilah penampilan saya sejak dulu. Kalau bertudung pun tapi tak ikhlas, tak guna juga," katanya yang sudah lali dengan segala tohmahan dilemparkan ke atasnya.
Pada majlis itu, penyanyi lagu Gelombang ini tampil mengenakan gaun kembang tanpa lengan rona hitam paras lutut, dengan rambut diikat ekor kuda serta berkasut tumit tinggi sekali gus memancing perhatian kebanyakan tetamu yang hadir.

Sesekali bertemu Salamiah, banyak juga cerita peribadi dikongsikan olehnya bersama Hip, termasuk mengapa dia lebih senang bersendirian sehingga kini.

"Selama 25 tahun bersendirian tanpa suami, saya rasa sudah betah hidup sebegini. Saya nak pergi mana-mana pun tiada siapa yang halang. Jika terasa nak pergi mana-mana, kemaskan pakaian dalam beg dan terus pergi, tanpa perlu meminta izin.

"Mungkin sebab saya terlalu lama hidup solo membuatkan saya lebih selesa tidak ditemani lelaki. Bukan tak ada yang cuba mendekati, tapi pengalaman lalu membuatkan saya lebih berhati-hati," tuturnya.

Usia emas wanita ini ternyata tidak terpancar pada dirinya. Berbanding mereka yang sebaya dengannya, kecantikan fizikal dan tahap kesihatan Salamiah masih ampuh seperti orang muda.

"Saya bersyukur dengan kesihatan yang dikurniakan Allah. Sejak kecil lagi saya memang mengamalkan memakan vitamin. Kebetulan arwah bapa saya berkerja di hospital, jadi mudahlah saya mendapat bekalan vitamin. Selain itu, saya juga mengamalkan senaman dengan berjalan di persekitaran kawasan perumahan," dedahnya.

INFO: Album Salamiah:
− Surat Terakhir (1973)
− Hari Jadi (1973)
− Kaseh Tanpa Balas (1973)
− Selamat Tinggal (1973)
− Salamiah Hassan (1974)
− Jangan Turutkan Hati (1974)
− Aidil Fitri (1974)
− Aku Menangis Siapa Tahu (1975)
− Jiwa Remaja (1976)
− Masa Berlalu (1976)
− Cinta & Lagu (1976)
− Tiada Esok Bagimu (1978)
− Suatu Penantian (1982)
− Kembali (1984)
− Menghitung Hari (1987)
− Tirai Terakhir (2005)

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Persembahan Siti Nurhaliza Di Kelantan Langgar Undang-Undang Negeri

Posted: 17 Jul 2012 07:51 PM PDT

siti nurhaliza bertudung penuh
Persembahan Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini di Kelantan bagi meraikan majlis sambutan hari guru 2012 peringkat Kota Bharu dikatakan melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri Kelantan.. Akibat kejadian itu pihak berkuasa telah memberi amaran tegas kepada pihak penganjur dan tidak akan berkompromi jika perkara yang sama berulang lagi..

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mengikut undang-undang di bawah yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

"Bagi kes tersebut kita memberi amaran, namun selepas ini kita tidak akan berkompromi lagi,"

"Sebelum ini kita terima maklumat daripada penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi, namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka.

"Ini memang satu tindakan yang menyalahi undang-undang di negeri ini, namun kita harap selepas ini perkara seumpama ini tidak berulang lagi," (Sinar Harian)

Baru-baru ini majlis sambutan hari guru yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu.

Farid Kamil Retak Lutut Kiri Akibat Terjatuh Berguling Di Tangga

Posted: 17 Jul 2012 06:45 PM PDT

farid kamil
Farid Kamil kini terpaksa berjalan mengunakan tongkat gara-gara terjatuh ketika menjalani penggambaran filem Dampak hari Isnin yang lalu.. Akibat tersalah langkah ketika adegan kejar mengejar di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang itu telah menyebabkan tempurung lutut kiri Farid Kamil retak serta bengkak dan lebam..

Disebabkan insiden itu, Farid Kamil dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama enam minggu daripada melakukan sebarang aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah berlakon..

"Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar-mengejar.

"Lutut kiri saya menjadi bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang serius akibat hentakan.

"Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengenal pasti tempurung lutut saya retak akibat hentakan itu.

"Saya terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki saya tidak boleh memijak lantai," (Mstar)

MyGosip harap kecederaan Farid Kamil akan sembuh secepat yang mungkin.. Apa-apa pun gambar dibawah dikatakan gambar farid kamil ketika proses merawat lututnya dilakukan oleh pihak hospital.

Farid Kamil Retak Lutut Kiri

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Lisa enggan dibayangi Katy Perry

Posted:

Lisa enggan dibayangi Katy Perry

SEMPENA Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, saluran hiburan, HBO Asia bersama pihak Astro memberi hadiah istimewa buat peminat animasi apabila mereka menampilkan filem The Smurfs dalam versi bahasa Melayu menggunakan suara artis popular tempatan.

Aktres popular tanah air, Lisa Surihani antara artis yang dipilih untuk menjayakan filem The Smurfs versi bahasa Melayu. Lisa yang diberi tanggungjawab meminjamkan suaranya untuk satu-satunya watak Smurf wanita iaitu Smurfette enggan dirinya dibayangi oleh penyanyi terkenal Katy Perry yang turut memegang watak Smurfette untuk filem asal The Smurfs.

"Memang saya minat dengan filem dan kartun The Smurfs tetapi saya tidak mahu merujuk filem asal The Smurfs kerana bimbang terikut-ikut dengan gaya lontaran suara pelakon-pelakon asal. Watak asal Smurfette menggunakan suara Katy Pery dan apabila saya dipilih untuk versi bahasa Melayu, saya mengambil tawaran yang diberikan tanpa berfikir panjang.

"Jika boleh, saya enggan dibayangi oleh Katy Perry kerana versi bahasa Melayu agak berbeza daripada bahasa Inggeris. Katy mempunyai gaya dan lontaran suaranya yang tersendiri dan saya mempunyai gaya yang berbeza, tambahan saya menyelitkan elemen kemelayuan untuk versi bahasa Melayu supaya penonton rasa dekat dengan jiwa mereka apabila menontonnya pada hari raya nanti," ujarnya.

Lisa yang ditemui pada majlis sidang akhbar The Smurfs di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu dia jatuh cinta dengan watak Smurfette yang disifatkan sebagai seorang yang berani dan comel.

"Saya akui memang suka sangat dengan watak Smurfette. Sebenarnya sudah lama saya menyimpan impian untuk terlibat dalam bidang alih bahasa seperti ini, tetapi tidak ada peluang. Ini pengalaman saya yang pertama dan saya cukup seronok kerana dapat terlibat dalam The Smurfs versi bahasa Melayu.

"Walaupun hanya meminjamkan suara tetapi ia turut mempunyai cabaran yang tersendiri. Sama seperti berlakon, saya harus menjiwai watak Smurfette sepenuhnya supaya intonasi suara benar-benar sesuai meskipun hanya filem animasi. Setiap kali melontarkan dialog, segala mimik muka sama seperti saya berlakon di set penggambaran.

"Jika berlakon, penonton boleh melihat mimik muka saya, tetapi apabila alih suara, segala emosi dan mutu lakonan saya terletak hanya pada suara. Jika penonton boleh rasai watak Smurfette itu bermakna saya telah melakukannya dengan baik tetapi terpulang kepada penonton untuk membuat penilaian," kata Lisa yang bakal muncul dengan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) tidak lama lagi.

Tambah Lisa, andai diberi peluang yang sama, dia tidak akan menolak kerana padanya, menyumbangkan suara untuk sebuah filem animasi amat besar tanggungjawab dan keseronokannya kerana penontonnya terdiri daripada kanak-kanak.

"Orang dewasa juga menonton filem animasi, tetapi penonton terbesarnya adalah kanak-kanak. Saya pernah jadi kanak-kanak, saya tahu bagaimana perasaannya apabila menonton kartun atau filem animasi yang diminati. Saya seronok apabila melihat penonton terutamanya kanak-kanak terhibur dengan suara saya dalam The Smurfs.



"Satu kepuasan yang tidak boleh saya gambarkan. Jika diberi peluang sekali lagi dan saya mempunyai masa, saya tidak akan menolak untuk mengalih bahasa mana-mana filem animasi sebab saya seronok melakukannya. Saya akui masih wujud jiwa kanak-kanak walaupun telah berkahwin," luah Lisa sambil disambut dengan hilai tawa.

Yusry tidak kekok

Pengarah, pelakon dan penyanyi popular yang juga suami kepada aktres Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim turut meminjamkan suaranya untuk filem The Smurfs versi bahasa Melayu sebagai Brainy Smurf. Sudah terbiasa memberi arahan kepada pelakon, Yusry tidak kekok apabila menerima arahan pihak produksi HBO ketika proses alih suara filem tersebut.

"Saya tidak ada sebarang masalah untuk mendengar dan menerima arahan daripada orang lain walaupun saya seorang pengarah. Apabila saya diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk mengalih suara watak Brainy Smurf, saya harus bersikap profesional dan melaksanakan tugas yang diberi sebaik mungkin.

"Pada mulanya saya menghadapi kesukaran untuk memastikan dialog yang saya lontarkan sesuai dengan gerak bibir di skrin kerana dialog bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu sangat berbeza. Apabila pihak produksi tidak puas hati dengan hasil kerja saya, saya bersikap terbuka untuk memperbaiki diri," balasnya.

Jelas Yusry lagi, meskipun dia sudah biasa berlakon dan memberi arahan kepada orang lain tetapi, untuk mengalih suara watak Brainy Smurf, Yusry menghadapi cabaran yang berbeza daripada hasil kerjanya sebelum ini.

"Dalam filem animasi ini, saya tidak boleh melontarkan suara saya seperti biasa kerana watak animasi berbeza dengan dunia realiti. Saya harus menyuntik elemen berbeza untuk penonton dapat merasai sepenuhnya watak tersebut, jadi hasilnya saya harus bercakap dengan cara kepit suara untuk membuatkan suara saya kedengaran halus dan nyaring.

"Disebabkan proses alih suara memakan masa beberapa hari, kadangkala saya terlupa intonasi suara yang harus saya lakukan. Seksa juga berdialog sambil kepit suara sepanjang masa, tetapi ini pengalaman baharu yang cukup seronok bukan bagi saya seorang tetapi semua yang terlibat dalam proses alih suara filem The Smurfs," tutur Yusry.

Aznil raja alih suara

Aznil Nawawi, pengacara, pelakon dan penyampai radio popular sering kali menjadi pilihan produksi tempatan apabila terdapat filem animasi yang memerlukan alih suara bahasa Melayu. Sebelum ini, Aznil pernah terlibat dengan filem animasi Bola Kampung, Robots dan Teenage Mutant Ninja Turtle.

Sering kali dipilih memegang watak antagonis dalam filem animasi, dalam filem The Smurfs, Aznil juga memegang watak antagonis sebagai ahli sihir yang jahat bernama Gargamel.

Katanya, mungkin kerana jiwanya begitu dekat kanak-kanak serta kesesuaian watak menyebabkan dia terpilih.

"Ini bukan pengalaman pertama saya, tetapi saya pelik setiap kali dapat tawaran alih suara saya tidak pernah dapat watak baik, semuanya watak jahat seperti Doktor Klon dalam filem Cicak Man (ketawa).

BARISAN karyawan yang terbabit menyumbang suara untuk pelbagai karakter dalam filem The Smurf versi bahasa Melayu.


"Sebenarnya bawa watak jahat lebih mencabar. Hanya menggunakan suara saya harus membuat penonton benar-benar percaya yang watak Gargamel itu jahat tetapi dalam masa yang saya harus kedengaran comel kerana penontonnya adalah kanak-kanak.

"Bagi membezakan watak Gargamel dengan watak-watak jahat yang pernah saya pegang sebelum ini, watak Gargamel itu saya beri warna, maknanya terdapat keaslian dalam watak itu. Saya tidak boleh meniru butlat-bulat gaya suara pelakon asal kerana bahasa Melayu dan Inggeris sangat berbeza cara pertuturannya," ujar Aznil.

Kata Aznil, sepanjang tiga kali sesi proses alih suara dilakukan, dia terpaksa meneran suara untuk memberi elemen yang berbeza. Selain itu, dia juga harus benar-benar menghayati watak itu untuk memberikan lontaran suara yang sesuai,

"Saya harus cakap meneran untuk tonjolkan elemen berbeza dan kelihatan jahat. Kadangkala terlupa, saya bertukar menjadi Doktor Klon pula. Saya juga harus samakan gerak bibir animasi dengan gerak bibir saya, jadi saya harus pandai-pandai tukar skrip sebab gerak bibir bahasa Inggeris langsung tidak sama dengan bahasa Melayu.

"Cara saya hayati watak Gargamel sebagai contoh, babak yang memerlukan suara saya kelihatan penat, saya akan berlari beberapa pusingan di dalam studio sehingga suara saya kedengaran penat dan semput. Sebaik sahaja dapat kepenatan itu, saya terus rakam suara, bayangkan penat berlari kemudian terus hayati watak, jika saya tidak buat begitu, suara saya kedengaran terlalu berpura-pura," cerita Aznil lagi.

Syamsul rela diarah adik sendiri

Posted:

Syamsul rela diarah adik sendiri

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

SYAMSUL mengakui sejak terbabit dengan drama rantaian Ameera, dia banyak mendapat tawaran berlakon.


FILEM-FILEM arahan pengarah muda Syamsul Yusuf sememangnya tidak pernah mengecewakan dan mendapat sambutan hangat penonton. Filem KL Gangster sebagai contohnya, sehingga kini masih lagi mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia.

Biarpun berhasil meletakkan namanya sebagai antara pengarah hebat tanah air, anak kepada Datuk Yusuf Haslam itu mengakui tidak keberatan untuk berlakon di bawah pengarah lain dan tetap menerima tawaran daripada syarikat produksi luar.

Ketika ditemui pada majlis bacaan doa selamat dan pelancaran filem Gangster Celop di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) baru-baru ini, Syamsul menyatakan dia ada sebab tersendiri berbuat demikian dan turut mendapat sokongan daripada bapanya.

KOSMO!: Sebagai seorang pengarah yang telah mencipta sejarah tersendiri dalam dunia perfileman tempatan, kenapa Syamsul masih lagi terima berlakon dengan produksi luar?

SYAMSUL: Tujuan saya berbuat demikian kerana mahu mencari pengalaman yang lebih luas dan inilah peluang saya untuk belajar dan menimba ilmu dengan pengarah yang lebih berpengalaman.

Misalnya, pembabitan saya dalam drama bersiri Ameera yang kini sedang ditayangkan di TV3, banyak perkara yang saya pelajari daripada pengarah Murali Abdullah.

Adakah anda akan lebih banyak berlakon dengan syarikat produksi luar selepas ini?

Buat masa ini Skop Production masih lagi menjadi keutamaan, namun ayah tetap memberi galakan kepada saya untuk bekerja dengan syarikat lain. Tidak dinafikan sejak muncul dalam drama Ameera, banyak tawaran berlakon yang saya terima.

Ramai yang sudah tahu anda merupakan antara pengarah yang hebat dan pernah merangkul anugerah sebelum ini. Adakah sukar buat anda untuk berlakon di bawah arahan pengarah lain?

Sebenarnya saya tiada masalah langsung untuk berlakon dengan mana-mana pengarah. Sebagai pelakon, saya akan menurut apa sahaja arahan daripada pengarah serta melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik-sebaiknya. Malah, saya juga tidak keberatan untuk berlakon di bawah arahan adik saya sendiri iaitu Syafiq menerusi drama bersiri KL Drift yang akan ditayangkan di saluran RTM.

Antara berlakon dan mengarah, apakah yang menjadi keutamaan anda sekarang ini?

Kalau mengikut perancangan saya akan kurangkan mengarah filem dan mahu memberi lebih fokus kepada bidang lakonan. Lagipun, saya ada adik yang sudah mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan. Jadi, inilah masanya untuk saya menerima lebih banyak tawaran berlakon dan sedia mempertimbangkan sekiranya menerima sebarang tawaran yang menarik dan sesuai.

Apakah projek terbaharu anda pada masa akan datang?

Selepas berlakon dalam filem Gangster Celop yang diarahkan oleh Ahmad Idham, saya sudah merancang untuk menghasilkan sebuah filem seram setelah kali terakhir melakukannya menerusi filem Khurafat yang ditayangkan pada tahun lalu.

Selain itu, saya juga turut mendapat tawaran berlakon filem yang diarahkan oleh seorang pengarah yang sangat saya kagumi. Namun, saya tidak boleh beritahu nama pengarah tersebut kerana tawaran ini masih dalam peringkat perbincangan.

The Vella menaruh harapan

Posted:

The Vella menaruh harapan

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

MISI tersendiri. The Vella terdiri (dari kiri) Fitri, Heri dan Ezry.


WALAUPUN pada awalnya tiga adik-beradik yang terdiri Hery, Ezri dan PT masing-masing mempunyai kumpulan nyanyian alternatif mereka sendiri, akhirnya bergabung dengan menubuhkan The Vella.

The Vella lahir hasil idea mereka sendiri yang memikirkan sudah masanya kumpulan muzik ciptaan mereka pergi jauh dan bersaing dengan kumpulan yang sudah ada nama di negara ini.

Ezri atau nama sebenarnya Nurezri Abd Rahman, 32, yang merupakan abang kepada Hery dan PT menganggap kemunculan kumpulan mereka dapat memeriahkan seni muzik tanah air.

"Dahulu kami ada kumpulan muzik sendiri, tetapi apabila fikir-fikir balik, kenapa tidak tubuhkan satu kumpulan dari keluarga sendiri memandangkan kami semua boleh bermain alat muzik," jelasnya ketika sesi pradengar album sulung kumpulan mereka di bawah naungan Suria Records Company (SRC).

Jelas Ezri yang petah berbanding Hery dan PT, album sulung mereka itu bergenre alternatif pop dan rock dan menariknya kesemua enam lagu dalam album berkenaan adalah hasil ciptaan mereka sendiri.

"Lirik lagu dalam album ini kebanyakan adalah cetusan hati kami sendiri serta berdasarkan pengalaman yang berlaku dalam hidup kami," jelasnya yang memegang posisi sebagai gitaris dan suara latar dalam The Vella.

Bagi Hery, 24, atau nama sebenarnya Nurhairy yang juga vokalis dan juga gitaris dalam kumpulan itu menambah, album ini telah dapat dihasilkan selepas enam bulan berkurung dalam studio dan mereka cukup berpuas hati kerana 100 peratus merupakan hasil kerja keras mereka.

"Susunan muzik adalah idea kami sendiri, SRC mencabar kami untuk siapkan sendiri tanpa campur tangan pihak luar, alhamdulilah kami berjaya hasilkan," ujar anak bongsu daripada empat beradik ini.

Dengan mempertaruhkan single pertamanya, Menjemput Mu Pulang dan bakal diikuti single kedua, Mengejar Mimpi, Nurfitri atau PT pula yang juga pemain dram The Vella konsep lagu yang dibawa oleh mereka dapat diterima oleh peminat muzik.

TIGA adik-beradik yang dikenali sebagai The Vella ini kini muncul dengan single sulung mereka yang berjudul, Menjemput Mu Pulang.


"Pada zahirnya album ini banyak membawa elemen kesedihan dan berkisar tentang kehampaan serta kekecewaan kami yang tidak pernah lari daripada masalah tetapi dalam situasi yang berbeza-beza," ujarnya merupakan anak ketiga dalam keluarga The Vella.

Namun begitu, jelas PT, itu tidak bermakna dengan kelahiran album mereka, The Vella mahu peminat mereka bersedih sebaliknya menginsafi dan mengambil pengajaran dalam setiap apa yang berlaku.

Pada sesi pradengar itu, wakil media diberi peluang untuk menyampaikan pendapat dan memberi komen mengenai enam lagu yang dimuatkan dalam album sulung mereka yang diberi judul, The Vella.

Lagu-lagu berkenaan termasuklah Mengejar Mimpi, Menjemput Mu Pulang, Generasi Frustrasi, Benarkah Aku Yang Berdosa, Jangan Kembali dan Hingga Ke Akhir Waktunya.

"Walaupun album ini kena buat pembetulan sampai empat kali, The Vella terima secara profesional bagi memastikan produk yang dihasilkan benar-benar berkualiti untuk tatapan peminat nanti," ujar Ezri.

Dia memberitahu, The Vella diwujudkan hasil keikhlasan dan mereka mahu jujur dalam muzik dan mempertahuhkan hasil usaha mereka sendiri.

"Ibu bapa kami ada darah muzik, mungkin disebabkan sering melihat mereka bermain alat muzik dan menyanyi, kami secara semulajadi jadi berminat ke arah ini," jelasnya yang berasal dari Negeri Sembilan.

The Vella telah mengikat kontrak selama lima tahun bersama SRC dan single mereka akan berada di pasaran pada bulan ini.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Syamsul teruja, Hanis berdebar

Posted: 17 Jul 2012 06:01 AM PDT

BUKAN mudah untuk keluar daripada bayangan bapa sendiri yang memang sudah diakui kehebatannya dalam arena seni, namun Syamsul Yusof membuktikan bahawa dia mampu berdiri atas namanya. Tidak seperti di awal pembabitannya dulu, Syamsul kini membawa jenamanya sendiri dan melakar kejayaan sendiri menerusi filem arahannya.

Menyusul dalam profil anak seni berusia 28 tahun ini, dia bakal 'turun takhta' menjayakan sebuah filem hasil kerjasama Skop Productions dan Excellent Pictures berlakon sebagai watak utama. Digandingkan pertama kali bersama pelakon kacak, Kamal Adli, turut dipertaruhkan dalam filem ini, seorang pendatang baru, blogger terkenal, Hanis Zalikha, 22.

Berbeza dengan Syamsul yang sudah jauh mencipta nama, Hanis sebaliknya pertama kali membintangi filem dan disebabkan populariti mendadak diraihnya, Ahmad Idham selaku pengarah yakin gadis ini mampu mencipta fenomena.

Timbul pula persoalan, kenapa Syamsul perlu menerima tawaran berkenaan dan adakah dia sedia berkerja di bawah pengarah lain sedangkan selama ini dia sudah cukup selesa di kerusi itu. Tidak ada masalah besar mengenai hal itu, Syamsul malah merasa teruja dengan projek berkenaan dan tidak sabar melihat hasil akhir filem itu.


"Bila sudah diletakkan dalam situasi ini, seperkara yang perlu saya lakukan adalah bersikap profesional. Namanya pun sudah bekerja, masing-masing kenalah menjaga peranan sendiri dan saya memang sudah bersedia sepenuhnya diarah tidak kisah Ahmad Idham mahupun pengarah lain.


"Saya sudah menetapkan had di mana lingkungan saya hanyalah pada skala lakonan diri sendiri saja. Jadi, tidak akan timbul soal 'overshadow' antara kami kerana itu adalah filem dan ideanya, maka segalanya perlu dihormati. Paling tidak pun jika tercetus sebarang pendapat, takkan saya hendak simpan saja, apa salahnya cuba utarakan kepada pengarah nanti," jelas Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 dan ke-24 itu.

Pada saat ini, nama Syamsul pastinya juga sedang meniti di bibir penonton terutama yang mengikuti drama bersiri Ameera di TV3. Akui Syamsul, dia juga merasai impak selepas membintangi drama berkenaan dan selesa berlakon di bawah pengarahan Murali Abdullah.

"Disebabkan lakonan dalam Ameera juga, saya mula dihujani pelbagai tawaran daripada produser luar dan ia sesuatu yang amat menggembirakan. Dalam banyak tawaran itu, memang ada yang benar-benar menarik perhatian saya apatah lagi ia datang daripada pengarah tersohor. Bagaimanapun, saya masih memilih tawaran yang benar-benar sesuai untuk saya.

"Biarpun banyak tawaran luar, ayah tiada halangan malah menggalakkan lagi supaya saya boleh belajar benda-benda baru daripada produksi luar. Sesekali berubah angin, saya pun ingin merasai bekerja dengan orang-orang baru dan produser lain," katanya.

Mengakui sudah ada perancangan untuk menghasilkan filem baru, Syamsul yang berjaya mencipta kutipan pecah panggung menerusi filem seram, Khurafat, tidak teragak-agak memilih genre sama bagi projek seterusnya.

"Saya sudah bersedia untuk tampil dengan produk baru dan penggambarannya dijadualkan akan dijalankan selepas hari raya nanti. Sekali lagi, saya memilih genre seram untuk diketengahkan walaupun pada saat ini genre terbabit mungkin bukan pilihan utama penonton. Tetapi, saya anggap ia sebagai risiko kerana pada penghujungnya, penonton yang lebih bijak menentukan cerita apa mereka inginkan.

"Semakin lama terbabit dan mendalami bidang ini, apa yang ketara dengan penonton kita adalah mereka dahagakan kelainan pada jalan cerita terutamanya. Oleh kerana itu, saya mengambil pendekatan untuk tidak memikirkan sangat trend bermusim di mana penonton hanya tertumpu kepada sesuatu genre dalam satu tempoh.

"Bagi saya, kekuatan sebuah filem itu akan tercipta secara automatik apabila seseorang produser itu berjaya memilih pelakon, masa dan jalan cerita yang betul," ujarnya.

Hanis berjaya dipujuk Ahmad Idham

LAIN pula kisahnya gadis kelahiran Shah Alam, Selangor ini. Baru saja menamatkan pengajiannya dalam bidang perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Johor, pelajar kelulusan diploma ini tidak menyangka akan terbabit membintangi filem pula. Walaupun sudah membintangi sebuah drama yang disiarkan di TV3, Memberku Hawa sebagai watak pembantu, dia tidak terfikir untuk berlakon kembali.

"Kalau bukan kerana Ahmad Idham, saya tidak mungkin akan menerima tawaran berlakon dalam Gangster Celop. Dia berjaya meyakinkan dan memujuk saya bahawa watak terbabit memang sesuai kepada watak saya. Asalnya, memang saya tidak berani dan belum bersedia sehingga terpaksa mengambil masa untuk memberi kata setuju.

"Tambahan pula, mak juga memberi sokongan dan menyuruh saya cuba benda baru pula. Namun, biarpun sudah menerimanya, saya tetap rasa takut kerana bukan calang-calang peranan yang diberi, watak utama pula. Saya tidak tahulah bagaimana hasilnya nanti tetapi saya akan cuba menjadi diri sendiri dan melakukan terbaik.

"Lagipun, watak yang diberikan ada sedikit persamaan dengan diri saya dan yakin akan mampu melaksanakannya dengan bimbingan pengarah juga," katanya.

Jarang terdedah dengan dunia glamor sebelum ini, ditanya sekiranya Hanis sudah bersedia untuk menjadi popular dan dikenali ramai, baginya dia cukup sedia.

"Dalam dunia hiburan mahupun realiti sekalipun, apa yang penting kita kena jadi diri sendiri. Tidak perlu bermuka-muka dan cuba menjadi orang lain. Maka apapun yang menimpa saya selepas ini, saya akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan tidak perlu menyorok," jawabnya.

Masih lagi belum puas menikmati zaman belajar, hos rancangan Mad Market di TV9 ini bercadang untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perniagaan bila tiba masa nanti. Baginya, perniagaan itu sudah sebati dalam dirinya kerana ibu bapanya juga memang terbabit menguruskan perniagaan masing-masing.

"Saya tidak menetapkan untuk berada berapa lama dalam industri hiburan ini kerana perancangan masa depan nanti, saya masih menyimpan cita-cita menjadi ahli perniagaan," kata pemilik blog www.inibelogsaya.blogspot.com ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/17


INTERAKSI: Peluang terbaik Mizz Nina

Posted: 17 Jul 2012 05:38 AM PDT

TIDAK pernah mengenal erti putus asa, Shazrina Azman atau popular dengan nama komersial, Mizz Nina, 32, berusaha untuk menakluk dunia dengan muziknya. Sebaik lagu duet bersama Colby O'Donis, What You Waiting For mula ke udara di gelombang radio pada Julai 2010, sinarnya semakin terserlah dan sebelah kakinya ibarat sudah mencapai cita-cita itu.

Bermula dari situ, satu persatu langkah diatur dan dia keluar pula dengan single yang berjaya meledakkan namanya, Take Over pada Mei 2012. Dia bukan saja berjaya mengikat kolaborasi dengan penyanyi tersohor dunia, Flo Rida, malah di Youtube, muzik video lagu berkenaan yang dibuat penggambarannya di Miami, ditonton kira-kira 1.5 juta orang.

Sudah cukup dikenali di Malaysia, Mizz Nina mengorak langkahnya pula ke merata dunia dan antaranya Los Angeles untuk rangka mempromosikan lagu berkenaan di persada antarabangsa. Umpama tiada sempadan, bekas anggota kumpulan Teh Tarik Crew ini menjelajah ke segenap dunia dan mengharumkan nama negara.

Sabtu lalu, isteri kepada vokalis band Hujan, Noh ini sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila dibariskan dengan bintang antarabangsa, Justin Bieber serta bintang K-Pop, Jay Park dan KARA di MTV Worldstage 2012. Ternyata, Mizz Nina tidak mengecewakan penonton apabila memberi persembahan bertenaga pada konsert bertaraf antarabangsa itu.


Bukan senang mendapat peluang sedemikian terutama buat artis tempatan. Bersama wartawan RAP, GEORGIE JOSEPH (georgie@hmetro.com.my), Mizz Nina menceritakan perasaannya berkongsi pentas dengan barisan artis antarabangsa berkenaan.

RAP (R): Bagaimana boleh terbabit dalam MTV Worldstage 2012?

MIZZ NINA (M): Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran atas peluang sekali seumur hidup itu. Sebenarnya, beberapa bulan sebelum konsert berkenaan berlangsung, saya dihubungi pihak MTV dan bertanya sekiranya saya berminat membuat persembahan. Apa lagi yang boleh saya katakan pada masa itu, saya terlalu gembira dan rasa tidak sia-sia perjuangan selama ini.

Memanglah saya sudah menjelajah ke seluruh dunia pada masa ini, namun bukan calang-calang artis Malaysia yang boleh terpilih ke pentas konsert berkenaan. Sejak mendapat tawaran itu, saya sudah berjanji kepada diri, saya harus melakukan sesuatu yang boleh membanggakan rakyat Malaysia.

R: Boleh kongsikan perasaan anda dapat beraksi di pentas itu?

M: Syukur, syukur, syukur! Sesungguhnya peluang yang diberikan itu sangat membawa makna besar kepada karier saya. Ia akan menjadi sebahagian perkara penting dalam profil saya. Saya merasa saya insan yang bertuah kerana diberi kepercayaan bukan saja kerana muzik saya, tetapi kesungguhan saya juga.

Entah bila lagi saya akan dapat membuat persembahan pentas dengan tiga artis lain berkenaan. Bertemu mereka, berbual dan berkongsi pengalaman memang sesuatu yang tidak akan saya lupakan. Melihat sambutan puluhan ribu penonton yang hadir, saya rasa terharu dan sangat teruja dengan sokongan hebat pada malam itu.

R: Ceritakan persediaan menjelang konsert berkenaan.

M: Saya tidak menunggu lama sebaik mendapat tawaran berkenaan. Lantas saya kumpulkan penari, koreografer dan mula melakar corak persembahan yang akan ditunjukkan. Sebaik bermulanya latihan, memang jadual sangat ketat sehinggakan banyak juga tawaran persembahan terpaksa diketepikan kerana kami berlatih siang dan malam.

Semestinya, aspek vokal dan tarian menjadi keutamaan kerana pada malam itu, persembahan saya banyak kepada menari. Jadi, saya kena memantapkan stamina agar tidak tercungap-cungap kelak. Sebulan lebih juga masa yang diambil untuk menyempurnakan latihan. Memang penat, tetapi saya sangat puas.

R: Berpuas hati dengan persembahan malam itu?

M: Saya jenis yang tidak pernah berpuas hati namun untuk persembahan pada malam itu, saya rasa latihan selama sebulan lebih itu memang berbaloi. Yang penting saya dapat merasakan penonton terhibur dan teruja melihat mereka menari tatkala giliran saya berada di pentas. Ternyata, kedatangan mereka bukan hanya menyokong artis lain.

Tiada apa yang membuatkan saya rasa kekurangan, malah sepanjang berada di atas pentas pun, saya benar-benar menikmatinya.

R: Pasti ada agenda lain selepas ini.

M: Sekarang ini, saya sedang merangka siri jelajah mempromosikan album saya, Take Over, ke seluruh negara pula. Sibuk sangat ke luar negara sehingga peminat tanah air pun hampir diketepikan. Inilah masanya untuk saya mendekati serta bertemu mesra dengan peminat di sini pula. Memang tidak sabar!

Selain itu, saya juga akan ke Australia tidak lama lagi untuk melancarkan album berkenaan sebagai rangka menembusi pasaran di sana pula. Bukan setakat promosi saja, saya juga akan mengadakan showcase di sana.

Sebuah single baru juga bakal dilancarkan tidak lama lagi berjudul 'Summer Burning' yang diterbitkan oleh DJ kepada kumpulan Black Eyed Peas, DJ Poet. Saya sungguh teruja dengan single berkenaan kerana ia ciptaan penerbit yang pernah memenangi anugerah di Grammy Awards sebanyak dua kali.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/17