Adsense

Rabu, 20 Jun 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Ramlah Ram Enggan Fikir Soal Kahwin

Posted: 20 Jun 2012 05:39 PM PDT

Ramlah Ram tidak lagi berfikir soal kahwin namun tidak menolak jodoh jika ditentukan Allah. Foto AHMAD IZRAFFIQ ALIAS.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ramlah Ram tidak mahu lagi memikirkan soal kahwin selepas kegagalan rumah tangga bersama Penerbit Rancangan Unit Sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kamal Roslim dua tahun lalu.
Ramlah, 47, berkata, pada ketika ini pemikirannya tidak lagi tertumpu kepada soal tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan yang lebih mengenai kerjaya dan masa depan.
"Saya tidak pernah terfikir pun pasal jodoh kerana saya terlalu sibuk dengan perkara lain apatah lagi ketika usia sudah mencecah 40-an, perkahwinan bulan lagi menjadi keutamaan saya," ujarnya semasa ditemui selepas rakaman program Fenomena Raya di Angkasapuri di sini.
Bagaimanapun kata Ramlah, jika ada jodoh daripada Allah suatu hari nanti, dia tidak akan menolaknya.
"Nak kata serik berkahwin tidak sama sekali, namun kalau sudah ditakdirkan saya bertemu jodoh saya terima sahaja," katanya.
Dalam pada itu, Ramlah berkata, walaupun bersendirian dia tidak pernah berasa sunyi kerana kehidupannya sering dikelilingi dengan anak saudara dan kaum keluarga.
Malah kata Ramlah, keluarganya juga tidak pernah membangkitkan soal perkahwinan dan menyerahkan sepenuhnya kepada dia.
"Anak-anak buah saya ramai untuk menceriakan saya dan membolehkan saya menumpang kasih sayang. Soal kahwin untuk kali kedua tidak pernah menjadi isu kepada saya malah keluarga juga sentiasa berada di belakang menyokong saya," katanya.
Sementara itu, Ramlah berkata, dia bakal muncul dengan single terbaru berjudul Seandainya hasil ciptaan ID Mifzal dan Zie Syafruddin yang pernah menghasilkan lagiSesaat Kau Datang.
Ramlah berkata, dia sangat bersyukur apabila kelab peminatnya iaitu Ramlah Ram Group (RRG) yang telah bertungkus lumus bagi memastikan lagu terbarunya itu siap.
"RRG adalah tulang belakang saya yang banyak membantu menghasilkan lagu, promosi, publisiti dan sebagainya untuk saya. Mereka bukan sekadar peminat setia tetapi adalah sahabat baik saya.
"Jasa mereka tidak mampu saya balas sehingga akhir hayat," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Ramlah memberitahu, RRG juga merancang untuk menghasilkan sebuah album mini yang akan dipasarkan selewat-lewatnya penghujung tahun ini.
Ramlah menjelaskan, sebanyak lima lagu akan dimuatkan dalam album itu nanti sepertiCinta Gila, Benar Mencintai, Sesaat Kau Datang, Seandainya dan Sejadah Cinta.
GAM - Kalau ada teman hidup pun, ok juga, ada yang menjaga bila ke mana-mana

- ---

Linda Onn Nafi Letak Harga Tinggi

Posted: 20 Jun 2012 05:37 PM PDT

Linda Onn rindu untuk kembali sebagai pengacara televisyen.
KUALA LUMPUR: penyampai radio Suria FM, Linda Onn menolak dakwaan mengenakan bayaran tinggi sehingga menyebabkan segala tawaran untuknya bergelar pengacara televisyen tidak diberikan.
Linda berkata, dia tidak pernah meletakkan harga melampaui batas kepada mana-mana pihak yang mahukan khidmatnya malah sentiasa terbuka untuk berunding jika melibatkan soal bayaran.
"Soal bayaran tidak pernah menjadi isu kepada saya kerana perkara itu boleh dibawa berbincang terlebih dahulu dan rasanya saya tidak pernah meletakkan caj yang melampau untuk mana-mana pihak mendapatkan khidmat saya.
"Siapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka tahulah mengenai perkara ini," ujarnya ketika ditemui selepas rakaman program Fenomena Raya di Angkasapuri di sini pada Selasa.
Tambah Linda, sepanjang 15 tahun berada dalam industri hiburan tempatan, kadar bayaran dirinya tidak pernah berubah dan terkilan jika isu itu menjadi punca dia tidak lagi menjadi pilihan mana-mana pihak yang memerlukan khidmatnya.
Dalam pada itu, Linda turut menolak tanggapan kesibukan dirinya sebagai penyampai radio dan perniagaan melibatkan restoran yang dimilikinya menjadi penyumbang kepada situasi tersebut.
Menurut Linda, sebagai seorang yang telah lama berada di dalam industri hiburan, pengurusan masa tidak pernah menjadi masalah buatnya.
"Saya tidaklah sesibuk mana kerana kehidupan saya sekarang lebih kepada kerja di studio selain menguruskan perniagaan. Insya-Allah isu pengurusan masa ini tidak pernah menjadi masalah kepada saya," katanya.
Bagaimanapun Linda mengakui dia agak lama tidak muncul sebagai pengacara televisyen dan sudah tidak lagi menerima tawaran seperti mana sebelum ini.
Tidak menafikan agak rindu untuk kembali mengacarakan program televisyen namun menganggap rezeki masih belum berpihak kepadanya buat masa ini.
"Minat saya memang kepada penyampaian radio dan pengacaraan program televisyen dan apabila kurang mendapat tawaran sudah tentu saya berasa rindu. Apa nak buat... belum rezeki saya.
"Kalau ada tawaran saya teringin nak buat program berbentuk bual bicara seperti Ellen DeGeneres atau pun Oprah Winfrey Show," katanya.
Sementara itu, Linda memberitahu, lebihan masa pada yang ada pada dirinya ketika ini membolehkan dia memberi tumpuan kepada keluarga selain melakukan perkara yang diminatinya seperti menunggang motosikal berkuasa besar serta bersukan.
"Sekarang ini masa lapang saya banyak dihabiskan dengan bermain badminton dan menunggang motosikal selain dapat menumpukan perkara-perkara lain yang mungkin sebelum ini tidak pernah menjadi perhatian saya," katanya.

- ---

Anuar Zain Sudah 4 Tahun Tidak Buka Stesen Radio

Posted: 20 Jun 2012 05:35 PM PDT

Anuar Zain terkilan dengan segelintir radio yang tidak memainkan lagunya. Foto AZLINA ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain mengaku sudah hampir empat tahun tidak mendengar radio disebabkan bosan dengan pemilihan lagu di kebanyakan stesen penyiaran itu yang asyik memainkan genre muzik serupa.
Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, kebanyakan lagu yang diputarkan hanya menonjolkan satu atau dua jenis genre muzik sahaja sedangkan ramai penyanyi tempatan yang menghasilkan pelbagai jenis lagu.
"Sudah hampir empat tahun saya tidak mendengar radio kerana genre muzik yang dimainkan tidak dipelbagaikan. Lebih baik saya dengar menerusi cakera padat (CD) yang dibeli.
"Saya tidak kata lagu-lagu yang diputarkan itu tidak bagus, tetapi bukankah lebih meriah lagi jika semua konsep muzik diperdengarkan?," soalnya yang ditemui pada pelancaran album Anuar Zain di Bistro 42, Bangsar Village, di sini, petang Rabu.
Tambah Anuar, hal tersebut membuatkan penyanyi-penyanyi yang membawakan genre muzik berlainan daripada kehendak stesen radio tidak 'dilayan' termasuklah dirinya sendiri apabila lagu album barunya berjudul Anuar Zain gagal mendapat perhatian.
Pelantun lagu Sedetik Lebih ini memberitahu, dia juga agak terkejut apabila menerima maklum balas bahawa lagu-lagu yang dimuatkan pada album yang dipasarkan sejak hujung tahun lalu itu tidak mencapai tahap piawaian mereka.
Anuar Zain bersama album terbarunya berjudul Anuar Zain.
"Saya agak terkilan dengan alasan yang diberikan kerana album tersebut dihasilkan dengan kualiti yang sangat memuaskan.
"Bukan mahu bangga diri, tetapi sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam dunia muzik, sudah semestinya saya tahu tahap kualiti sesebuah lagu itu," tuturnya.
Lebih mengelirukan lagi penyanyi ini lagi apabila ada stesen radio memberi alasan bahawa lagu-lagu barunya tidak mesra pendengar sedangkan album itu telah pun dijual sebanyak 11,000 keping tanpa sebarang promosi dalam masa beberapa bulan sahaja.
"Saya tak faham apa yang mereka inginkan dan apa yang dimaksudkan dengan mesra pendengar? Adakah saya perlu mengikut sejenis genre sahaja seperti lagu-lagu yang diputarkan kini?
"Maafkan saya kerana bersikap lantang sedikit. Bukan saya sahaja yang melalui masalah sama, sebaliknya rakan-rakan seperjuangan lain yang sanggup berhabis wang menghasilkan lagu yang berkualiti turut memiliki masalah yang sama. Saya harap pihak radio yang dimaksudkan peka dengan apa yang ingin disampaikan," tegasnya.
Sementara itu, mengenai album terbarunya itu, Anuar bersyukur kerana ia mendapat respons yang memuaskan walaupun tanpa melakukan sebarang pelancaran atau promosi.
"Walaupun pelancaran album ini agak lewat, tidak mengapa, biarlah pergerakan promosinya bergerak secara santai.
"Untuk album kali ini saya pertaruhkan dua buah single lagu iaitu Ajari Aku danSempurnakan Aku untuk diperdengarkan di radio.
"Selain itu terdapat enam buah lagu lagi yang dimuatkan dan diharap ia dapat memberi ketenangan emosi buat para pendengar," ujarnya.
Antara lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Ku Berjanji Karna Cinta, Nadi Terhenti, Pernahkah, Simpati Cintamu, Terindah dan Cinta Harus Memiliki.
GAM - betul juga, dah tu pulak, kadang-kadang 1 lagu tu 3 kali ulang dalam sehari.... hmmm...

- ---

Bront Palarae dan Cristina Suzanne Sekadar Kawan Biasa

Posted: 19 Jun 2012 11:36 PM PDT

Bront Palare
KUALA LUMPUR: Aktor Bront Palarae menyangkal dakwaan terkini kononnya dia sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres baru Cristina Suzanne sejak beberapa bulan lalu.
Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, berkata gosip itu adalah tidak benar sama sekali kerana mereka hanya berkawan biasa dan belum sampai ke tahap bercinta seperti yang diperkatakan.
"Mungkin cerita ini timbul kerana kami akan berlakon sebagai pasangan suami dan isteri dalam filem terbaru iaitu Jwanita.
"Untuk mencari keserasian itu, kami kerap berkomunikasi di Twitter. Mungkin sebab itu orang tersalah anggap dan menyangka kami bercinta pula.
"Gosip ini tercetus kerana persepsi orang saja. Tiada apa yang serius antara kami pada waktu ini," katanya.
Bront berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran filem arahan Osman Ali itu di Paradiso Cafe, Publika, Solaris Dutamas di sini, petang Selasa.
Cristina Suzanne
Ditanya mengenai kemesraan dalam komunikasi mereka di Twitter sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat, Bront berkata apa jua komunikasi di medium itu hanya atas dasar profesional.
"Kami mahu bina keserasian bersama bagi menjayakan watak suami isteri dalam filem itu. Mungkin cara komunikasi di Twitter itu menimbulkan keterujaan kepada orang ramai dan menganggap kami ada hubungan istimewa.
"Saya sedar Cris masih baru dalam industri dan peminat suka untuk memadankan dia dengan aktor lain. Kebetulan pula saya berlakon bersama dia, jadi kami didakwa kononnya menjalin hubungan," katanya.
Mengenai filem Jwanita, Bront memberitahu dia berasa bimbang untuk menjayakan watak Dr Farhan yang kemas dan rapi perwatakannya.
"Pengarahnya Osman Ali minta saya menjadi seorang doktor yang segak, tampan dan kemas tetapi bagaimana hendak saya terjemahkan watak itu?
"Sebelum ini, saya sering bawa watak lelaki yang kasar, bercelaru dan selekeh. Sampai sekarang saya masih terfikir bagaimana hendak terjemahkannya," katanya.
Dalam filem genre suspens dan ngeri itu, Bront bakal bergandingan dengan aktres Maya Karin, Cristina Suzanne dan Marsha Milan Londoh. Ia bakal memulakan penggambaran pada 30 Jun ini di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu selama 30 hari.
Jwanita diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM1.5 juta.

- ---

Izara Aishah Enggan Berlakon Aksi Ranjang

Posted: 19 Jun 2012 11:31 PM PDT

Izara Aishah tidak mahu membawa watak jahat atau aksi ranjang. - Foto SAM THAM. 
PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah enggan menerima sebarang watak melibatkan aksi ranjang terutamanya bersama lelaki sekiranya ditawarkan oleh pihak produksi.
Izara, 20, berkata, dia mempunyai hak untuk memilih peranan yang ditawarkan kepadanya dan akan terus berpegang kepada prinsipnya itu.
"Benar saya sebagai seorang pelakon baru perlu terokai pelbagai watak dalam menjadikan saya seorang pelakon berkaliber tetapi bukan dengan membawa watak sebagai wanita jahat atau aksi ranjang.
"Walaupun saya masih baru, itu tidak bererti saya tidak mempunyai hak untuk menentukan apakah watak yang perlu saya bawa," ujarnya.
Tambah Izara, faktor usianya yang masih muda juga jadi penyebab dia enggan menerima watak-watak sedemikian.
Dalam pada itu, Izara menafikan dia semakin besar kepala apabila sudah mula memilih watak yang diberikan kepadanya selepas popular menerusi drama bersiri Vanila Coklat.
Izara menjelaskan keputusannya itu tiada kena mengena dengan populariti sebaliknya lebih kepada prinsip sebagai seorang individu.
"Saya masih baru dalam industri dan rasanya masih banyak peranan lain yang boleh saya terokai.
Izara menafikan sudah besar kepala tetapi keputusannya itu adalah prinsip dirinya.
"Watak wanita jahat dan aksi ranjang mungkin tidak sesuai buat masa ini dan tiada kena mengena dengan populariti yang sedang saya kecapi," ujarnya.
Bagaimanapun kata Izara, prinsipnya itu mungkin berubah suatu hari nanti jika dia sudah bersedia untuk menerima watak sedemikian.
Sementara itu, mengulas mengenai wajahnya sering menghiasi drama-drama sebagai peranan utama, Izara berkata, dia bersyukur dengan kepercayaan pihak produksi dan menganggap ia sebagai rezeki dan hasil usaha kerasnya untuk bergelar pelakon.
Izara memberitahu, dia memang memegang azam untuk cepat dikenali dalam industri hiburan tempatan dan tidak menyangka ia secepat ini.
"Alhamdulillahlah apa yang saya rencanakan berhasil dan mendapat kepercayaan banyak pihak.
"Bagaimanapun tidak bererti saya sentiasa membawa watak utama, saya tidak mahu menerima peranan sampingan," katanya.

- ---

Karl Shafek Dituduh Guna Taktik Kotor Jadi Pengacara

Posted: 19 Jun 2012 11:27 PM PDT

Karl Shafek. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
PETALING JAYA: Pengacara Karl Shafek (Karl) mengakui terkejut dengan dakwaan yang mengatakan dia menggunakan 'taktik kotor' sebagai jalan pintas bagi memperoleh peluang mengacarakan rancangan Diari On Air di Astro Ria.
Menurut Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafe Ibrahim, 32, tuduhan itu adalah tidak berasas kerana dia mendapat peluang tersebut berdasarkan kelayakan menerusi proses uji bakat.
"Untuk apa saya lakukan taktik kotor sebagai jalan pintas mendapat peluang mengacarakan program? Jika saya mahu menggunakan taktik begitu, tentu sudah lama saya menonjol sebagai pengacara kerana saya menceburi bidang ini sejak 2008.
"Saya mempunyai prinsip dan mahu naik daripada bawah di mana saya dapat belajar semua perkara berkaitan dunia pengacaraan dan penyiaran. Peluang mengacarakan Diari On Air adalah menerusi proses uji bakat dan bukan taktik kotor seperti dakwaan itu," katanya ketika ditemui.
Ditanya mengenai dakwaan kononnya dia berkawan rapat dengan Aznil Hj Nawawi untuk mengambil kesempatan bagi memperoleh peluang itu, Karl berkata ia adalah tohmahan daripada pihak yang kurang senang melihat dia muncul dalam program berkenaan.
"Hanya kerana saya rapat dengan Aznil orang tuduh macam-macam pula. Saya menghormati Aznil sebagai pengacara yang berpengalaman. Banyak perkara mengenai selok-belok bidang ini saya pelajari daripadanya.
"Saya ikhlas menimba ilmu untuk peningkatan diri dan tidak ambil kesempatan ke atasnya. Buat apa saya hendak cari masalah dalam kerja kerana ia pasti akan patah balik kepada saya satu hari nanti," jelasnya.
Bercerita mengenai populariti diri, Karl mengakui pembabitan dalam rancangan Diari On Air dan terbaru, MasterChef Selebriti di Astro memberikan impak positif apabila dia semakin dikenali.
"Tidak sangka pula semakin ramai orang mengenali saya. Respons yang saya terima di laman sosial dan ketika di tempat umum sejak terlibat dalam rancangan On Air danMasterChef Selebriti mengejutkan saya.
"Walaupun populariti saya meningkat secara perlahan, ia adalah perkembangan positif yang membanggakan saya secara peribadi," katanya yang mengidolakan pengacara antarabangsa Ryan Seacrest.
Diari On Air disiarkan pada setiap Rabu hingga Sabtu pukul 10 malam bermula 23 Mei lalu di Astro Ria (saluran 104).
MasterChef Selebriti pula kini disiarkan pada setiap Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam juga di saluran yang sama.

- ---

Suami Tidak Campur Adegan Panas Zarina Jamalullail

Posted: 19 Jun 2012 11:20 PM PDT

Zarina dalam imej terbaru, bersama Pekin pada tayangan perdana filem Aku, Kau dan Dia baru-baru ini.
PETALING JAYA: Pelakon baru Zarina Jamalullail, 23, menafikan dakwaan suaminya telah membayar sejumlah wang dengan jumlah yang besar bagi memotong beberapa adegan romantik yang dilakonkannya bersama Pekin Ibrahim dalam filem Aku, Kau dan Dia.
Bagaimanapun, Zarina yang merupakan finalis Dewi Remaja 2010/11 mengakui hanya meminta pihak produksi iaitu Tayangan Unggul untuk memotong sedikit adegan romantik berlebihan, bagi menjaga imejnya yang baru bertudung sejak bergelar isteri pada Disember tahun lalu.
"Diakui memang saya ada minta pihak penerbit untuk memotong sedikit adegan yang saya rasa tidak manis ditonton umum, kerana saya sudah bersuami dan bertudung. Ia telah mendapat persetujuan semua termasuklah pengarahnya, Pierre Andre.
"Tetapi tidaklah sampai suami perlu membayar ratusan ribu ringgit kepada penerbit semata-mata untuk pemotongan adegan tersebut, ia tak masuk akal. Saya kesal dengan hal ini kerana suami tidak ada kaitan langsung.
"Harap-harap kenyataan ini jelas dan difahami semua pihak. Saya tak mahu kerana gosip sebegini, kerjaya suami pula yang terganggu, katanya yang dihubungi di sini, Selasa.
Antara babak Zarina dan Pekin dalam filem Aku, Kau dan Dia.
Tambah Zarina, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana dia hanya ingin menjaga imejnya apatah lagi selepas berhijrah.
Minggu lalu, beberapa akhbar dan portal hiburan melaporkan terdapat khabar angin yang mengatakan suami Zarina yang dikatakan seorang VVIP sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada pihak produksi agar memotong beberapa adegan romantik membabitkan pelakon wanita itu dengan Pekin.
Pemotongan babak tersebut dikatakan telah menjejaskan perjalanan cerita filem itu yang turut dibarisi pelakon Remy Ishak, Nash, Harun Salim Bachik dan Marissa Yasmin.
"Kalaulah saya tahu akan berkahwin dan berhijrah dalam tempoh masa terdekat, sudah semestinya saya tidak akan mengambil tawaran berkenaan.
"Tetapi pada ketika itu, saya menganggap filem ini sebagai platform untuk meneruskan kerjaya di bidang seni selepas menyertai Dewi Remaja," ujarnya yang kini sedang mengandung enam bulan.
Sementara itu, Zarina telah membuat keputusan untuk tidak berkecimpung dalam dunia lakonan bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga.
"Buat masa ini saya tak mahu berlakon lagi dan ingin mencuba sebagai pengacara agar lebih mudah dalam hal pengurusan masa.
"Bagaimanapun saya tak nak cakap besar, mana tahu, jika ada tawaran yang bersesuaian pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan," tuturnya.

- ---

Tatu : Ustaz Puji Taubat Awi Rafael

Posted: 19 Jun 2012 11:17 PM PDT

Awi Rafael
PETALING JAYA: Dosa penyanyi Awi Rafael, 26, yang melukis tatu pada badannya akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesali perbuatannya itu.
Pendakwah bebas, Ustaz Zahazan Mohamed berkata, tindakan Awi yang tidak malu untuk mendedahkan rasa kesalnya secara umum adalah satu perbuatan terpuji dan harus dijadikan contoh oleh semua pihak agar tidak meniru perbuatan bertatu tersebut.
"Bukan mudah untuk seseorang yang dikenali ramai seperti Awi mahu mendedahkan perbuatan bertatu itu secara umum dan Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia cepat sedar dan bertaubat.
"Malah sanggup berkongsi kepada peminat-peminatnya agar tidak mengikuti kelakuan buruknya itu.
"Semoga Allah gugurkan segala keburukan silam dan mengangkat kebaikannya," kata beliau ketika dihubungi di sini, Selasa.
Ustaz Zahazan
Zahazan menambah, sesungguhnya Allah amat gembira dengan orang yang bertaubat dan kegembiraan itu digambarkan melebihi seorang penggembala yang kehilangan unta di padang pasir lalu menemui semula untanya itu.
Beliau yang juga penceramah jemputan program agama Al-Kuliyah di TV3 menambah, seseorang yang bertatu lalu mahu bertaubat, diharuskan untuk membuang tatu berkenaan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan.
Bagaimanapun jika ia boleh memudaratkan pada diri dan nyawa, maka perbuatan itu boleh dimaafkan.
"Saya berharap apa yang didedahkan Awi dapat menjadi pengajaran kepada semua, termasuklah artis-artis tempatan yang lain.
"Perlu diingat, apabila kita tidak berhubung dengan Allah, maka kehidupan kita juga diibaratkan seperti sebuah kapal terbang yang tiada radar serta terumbang-ambing," tegasnya.
Pada Jumaat lalu, Awi melakukan tindakan berani dengan membuat pengesahan melalui Facebook beberapa foto lelaki bertatu yang tersebar di Internet adalah dirinya.
Bagaimanapun penyanyi lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu berkata, dia sudah bertaubat dan menyesali perbuatan yang dilakukan pada zaman remajanya itu.
"Alhamdulillah, sejak meninggalkan Australia pada awal tahun lalu, saya bertaubat dan benar-benar insaf atas segala perbuatan yang menyalahi hukum dan batasan agama.
"Sebab itu saya pulang ke Malaysia, supaya teman-teman Islam dapat membimbing saya dan pada masa sama dapat mencari rezeki halal," katanya dalam entri Facebook miliknya pada 15 Jun lalu.
Awi turut menjelaskan dia membuat kenyataan itu kerana enggan digelar hipokrit, sebaliknya ingin menjadikan pengalaman tersebut sebagai satu pengajaran agar tidak dicontohi oleh peminat-peminatnya.

- ---

Celebrity News

Celebrity News


Berita Penyanyi Pakistan popular ditembak mati

Posted: 19 Jun 2012 08:34 PM PDT

Berita terbaru mengenai Penyanyi Pakistan yang popular, Ghazala Javed ditembak mati di wilayah Peshawar lewat kelmarin.

bersama ayahnya.

maklumat-maklumat yangd diperoleh memberi maklumat yang berbeza mengenai kes itu.
Menurut polis, pembunuhan mereka kemungkinan disebabkan pertikaian keluarga.

Ghazala dari lembah Swat meninggalkan kawasan itu tahun lalu ketika tindakan ketenteraan terhadap Taliban.

laporan dari Pakistan menyebut golongan artis menjadi sasaran kumpulan pemberontak sejak mereka menguasainya pada 2007.

Kakak Ghazala mendakwa beberapa lelaki bersenjata memasuki rumah Ghazala lalu menembak dia dan bapanya.

keterangan lain menunjukkan mereka terbunuh bila dilepaskan tembakan di jalan.

Penyanyi itu, anak keluarga muzik, popular di Pakistan dan Afghanistan.

Penyanyi itu yang berusia dalam pertengahan 20-an telah berkahwin dengan ahli perniagaan tapi telah bercerai.

Sumber : Sinar harian
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Hot : Remy Ishak Meninggal Dunia !!!

Posted: 19 Jun 2012 07:58 PM PDT

Kecoh seketika apabila ada orang yang menyebarkan berita mengenai berita Remy Ishak telah meninggal dunia di laman Twitter. Ramai pihak yang sudah sedekahkan surah Al-Fatihah untuk beliau, namun semua itu hanyalah omongan kosong dan berita palsu yang tersebar.

Dan kisahnya bermula apabila ada stesen radio yang menyebarkan berita kematian seseorang yang mirip dengan nama beliau, dan kemuncaknya apabila ada orang yang membuat kesimpulan bahawa orang tersebut adalah Remy Ishak.

Dan berikut adalah maklumbalas dan komen daripada empunya diri mengenai berita palsu mengenai kematian beliau semalam :

"Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan saya sudah meninggal dunia hari ini (semalam) tidak benar dan ia mungkin hanyalah salah faham," kata pelakon terkenal, Mohammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak, 30.

Itu penjelasan diberikan Remy yang menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.


Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan dengan dirinya.

"Selepas saja bangun daripada tidur petang tadi (petang semalam), saya dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa saya sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter. Ia sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa sehingga kini saya masih bernyawa, Alhamdulillah," katanya
Apa Komen ANda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gambar Comel Datuk Siti Nurhaliza Tanpa Make Up

Posted: 19 Jun 2012 07:01 PM PDT

 Inilah wajah seorang Diva yang menjadi sebutan dan bualan peminat seni di Malaysia, Indonesia, Singapura dan banyak lagi. Jika anda pernah melihat gambar artis lain di luar Negara dan dalam Malaysia khasnya, ada yang hanya mengharapkan keajaiban solekan kosmetik bagi memastikan penampilan mereka tampak cantik,comel dan bergaya.

Namun penyanyi tersohor kita ini masih nampak cantik walaupun tanpa "Make up".
HUh....bertuahnya Datuk K kita kan...

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tiga bersemuka

Posted: 19 Jun 2012 03:41 PM PDT

Hip

SENIMAN panggil Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla semuka lerai kemelut

ARTIS muda bersengketa - Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla akan dipanggil menghadiri mesyuarat tertutup Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), tidak lama lagi bagi merungkai pertikaian sekali gus menyelesaikan perbalahan mereka.

Presiden SENAMAN, Zed Zaidi, berkata pihaknya akan mengatur mesyuarat khas tertutup dengan ketiga-tiga artis dipanggil memberi penjelasan di hadapan ahli panel berpengalaman dalam menghadapi krisis anak seni.

Kemelut antara Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla tidak perlu berlarutan hingga jadi kes mahkamah. Saya lihat pendekatan seperti nasihat adalah jalan terbaik menyelesaikan isu tiga artis terbabit secara dalaman. - Zed Zaidi, Presiden SENIMAN

"SENIMAN bertanggungjawab menjadi 'orang tengah' bagi menyelesaikan pertelingkahan Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla kerana mereka adalah ahli persatuan," katanya kepada HIP di sini, semalam.

Zed mengulas isu pertelingkahan tiga artis terbabit yang mencetus kontroversi dunia hiburan sejak beberapa minggu lagi.

Semalam, HIP melaporkan, artis senior dan peminat mahu Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla menghentikan sengketa. Malah peminat menyifatkan kemelut tiga artis terbabit sekadar isu remeh, tidak perlu dibawa ke mahkamah dan boleh diselesaikan cara baik.

Komen peminat itu diterima HIP melalui laman sosial facebook, Anugerah Bintang Popular, kelmarin. Melalui laman sosial itu, HIP meminta pandangan peminat berhubung krisis yang melanda Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla.
Zed berkata, pada mesyuarat tertutup itu, selain beliau, beberapa ahli Biro Aduan, Pemantauan dan Perundingan SENIMAN dijangka hadir termasuk Zahrin Ishak yang juga seorang peguam.

"Kemelut antara Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla tidak perlu berlarutan hingga jadi kes mahkamah. Saya lihat pendekatan seperti nasihat adalah jalan terbaik menyelesaikan isu tiga artis terbabit secara dalaman.

"Tanpa peguam, tanpa ruang perbicaraan, saya yakin, isu sengketa antara ketiga artis ini akan selesai dengan jalan yang terbaik," katanya.

Zed berkata, Anzalna ada bertemu dia meminta pandangan berhubung kes berkenaan, baru-baru ini.

"Anzalna berjumpa saya di sebuah majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dia menceritakan segala-galanya dan saya akan berjumpa Neelofa tidak lama lagi untuk bertanya perkara sama," katanya.

Zed berkata, dunia seni tempatan terlalu 'kecil' untuk isu remeh, tidak memberi manfaat kepada artis dan hanya memberi pandangan negatif terhadap dunia seni.

"Dunia ini kecil saja dan jangan ikut emosi. Pusing sana-sini, mereka akan disatukan juga dalam drama atau filem. Ia juga memberi kesan kepada tawaran berlakon nanti.

"Sebagai ahli SENIMAN, mereka perlu bersatu. Saya sedang mewujudkan garis panduan yang menetapkan artis lebih beretika ketika mengulas mengenai sesuatu perkara dan tahu mengawal media dengan baik.

"Bukan apa, takut mereka tersalah cakap dan ada orang yang mahu menangguk di air yang keruh," katanya.

HIP menghubungi Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla berhubung krisis mereka. Namun, hanya penjelasan dari Anzalna dan Tasha Shilla diperoleh. Usaha HIP mendapatkan komen Neelofa gagal hingga malam tadi walaupun pada awalnya, pelakon itu membalas mesej Blackberry. Ketika itu, Neelofa memberi jawapan 'kejap' - tanda dia mahu mengulas isu berkenaan.

Namun, hanya penjelasan dari Anzalna dan Tasha Shilla diperoleh. Usaha HIP mendapatkan komen Neelofa gagal hingga malam tadi walaupun pada awalnya, pelakon itu membalas mesej Blackberry. Ketika itu, Neelofa memberi jawapan 'kejap' - tanda dia mahu mengulas isu berkenaan.

Namun, beberapa jam kemudian, beberapa mesej yang lain juga tidak dijawab pelakon itu. Malah usaha menghubungi Neelofa juga gagal. Berikut adalah kronologi percubaan HIP menghubungi Neelofa:

  • 11 pagi : Neelofa menjawab panggilan dan memberitahu akan menduduki peperiksaan. Dia meminta HIP menghubungi semula jam 3.30 petang.
  • 3.30 petang : Panggilan dan kiriman SMS tidak dibalas.
  • 4 petang : Panggilan tidak dijawab.
  • 4.30 petang : Masih tidak menjawab panggilan walaupun berulang kali mencuba.
  • 6.30 petang : Mesej BBM dibalas 'sekejap yer.'
  • 7 malam : Telefon bimbit dimatikan
  • 7.35 malam : SMS dikirim namun tidak dibalas
  • 9.30 malam : Usaha menghubungi telefon bimbit Neelofa gagal.

    Tasha Shilla

    "TASHA sudah tak mahu komen lanjut isu ini. Sebagai rakan artis, sepatutnya kita menyokong satu sama lain dan berdamai. Perkara ini tidak membawa kebaikan. Saya nasihatkan Neelofa dan Anzalna menyelesaikan perkara ini secara aman.

    "Tasha tidak menyimpan dendam dalam hati. Bagi Tasha, semuanya sudah lama berakhir dan selesai. Sekarang, Tasha sibuk dengan tawaran berlakon dan tidak ada masa memikirkan perkara remeh.

    "Ini kerana saya bekerja untuk mencari rezeki dan bukannya mahu bertelagah. Perkara seperti ini boleh duduk berbincang dan tidak payahlah berlebih-lebih menggunakan mahkamah.

    "Saya juga bersedia untuk bersemuka dengan SENIMAN termasuk Neelofa dan Anzalna asalkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik."

    Anzalina

    "KALAU Neelofa nak teruskan saman, teruskanlah... Itu hak dia. Anzalna sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi kes ini di mahkamah. Tak kisahlah dia bagi tempoh 14 hari ke, sebulan ke, itu terpulang kerana Anzalna bersedia.
    "Anzalna tidak suka bergaduh atau bermusuh dengan sesiapa. Ini kerana masing-masing sudah matang dan boleh berfikir. Benda sudah terjadi dan Anzalna tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini.

    "Malah, Anzalna sudah bersemuka dengan Zed Zaidi kerana mahu isu ini diselesaikan dengan baik melalui pertolongan SENIMAN. Tetapi tarikh pertemuan masih belum ditentukan dan saya berharap ia dilaksanakan dalam masa terdekat.

    "Anzalna masih baru dalam bidang ini, jadi segala pendapat dan pandangan yang diberi artis senior ada betulnya. Buat apa nak bertelagah dengan benda remeh macam ini. Anzalna tidak pernah bersengketa atau bermusuh dengan orang. Ini kerana sejak sekolah lagi, Anzalna kurang kawan disebabkan keluarga kerap berpindah.

    "Lebih baik tumpukan kepada karier. Orang luar tak faham situasi yang kami tempuhi tetapi mungkin itu pandangan mereka. Anzalna sendiri tidak minta isu begini berlaku kerana akan merosakkan karier sendiri.

    "Bukan nak tujuk siapa kuat, siapa hebat kerana banyak lagi kes besar yang perlu dihadapi pihak mahkamah daripada benda kecil macam ini. Jadi, bagi Anzalna, kalau boleh diselesaikan cara baik seperti yang dicadangkan SENIMAN itu lagi bagus. Masing-masing sudah matang dan boleh berfikir secara rasional.


Jumpa Jason lima minit

Posted: 19 Jun 2012 03:12 PM PDT

Hip

JASON sedang dalam siri konsert mempromosikan album baru.

JASON sedang dalam siri konsert mempromosikan album baru.

HANYA lima minit! Itulah tempoh yang diberi kepada wartawan tempatan yang membuat liputan sidang akhbar penyanyi popular dari Amerika Syarikat (AS), Jason Mraz yang 'terbang' ke Malaysia untuk promosi album terbarunya, Love Is a Four Letter Word dan siri konsert jelajahnya di Kuala Lumpur, malam tadi.

Sebelum majlis bermula, awal-awal lagi syarikat rakaman meminta wartawan yang hadir ke sidang media Konsert Jason Tour Is A Four Letter Word di sebuah hotel lima bintang, mengajukan soalan berkisar album terbarunya saja.

Tindakan itu mencetus tanda tanya mungkin penganjur tidak mahu soalan sensitif dikemukakan kepada Jason yang mengambil inisiatif menubuhkan yayasan memperjuangkan hak sama taraf manusia, pemuliharaan alam dan pendidikan. Awal tahun lalu, majalah US Weekly melaporkan kenyataan Jason yang mengaku tidak akan berkahwin selagi perkahwinan sesama jenis diiktiraf.

Dalam sidang akhbarnya, Jason berkata, album barunya sarat dengan kenangan suka duka dirinya bercinta.

"Perasaan dan pengalaman lalu saya luahkan dalam lagu. Saya harap dendangan ini memberi inspirasi dan menyuntik semangat positif dalam diri pendengar seperti lagu The Remedy dan Im Yours.

"Album ini juga adalah gambaran diri saya mengenai dunia. Saya beruntung kerana sebagai penyanyi solo saya dapat mencipta lagu sendiri dan boleh memilih produser atau sesiapa saja untuk bekerjasama," katanya yang pertama kali bertandang ke Kuala Lumpur pada 2009.
Jason berkata, setiap individu ada persepsi tersendiri mengenai cinta.

Album studio keempat Jason, We Sing We Dance We Steal Things terjual 21 juta unit serta diiktiraf album platinum antarabangsa. Manakala Im Yours turut mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai lagu paling lama menduduki carta Billboard Hot 100 iaitu selama 76 minggu.

Single terbarunya, I Wont Give Up kini hangat diputarkan dan menjuarai carta top 10 di negara seperti Amerika Syarikat, Argentina dan Brazil. Manakala muzik videonya sudah mencecah 3.65 juta tontonan di YouTube.


Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


8 Jam gigit emosi Yana, Sam

Posted: 19 Jun 2012 07:46 AM PDT

LAMA berkecimpung di pentas lakonan, Shaheizy Sam jarang dihimpit gosip membabitkan ekspresi cintanya. Selalunya, anak muda bercita-cita tinggi ini lebih terarah menyimpan isi hatinya hanya untuk diri sendiri tanpa berkongsi dengan orang sekeliling terutama peminat.

Namun cukup mengejutkan saat anak bujang aktres Khaty Fauziah ini mendedahkan perasaan cintanya kepada media. Dan individu bertuah yang dimaksudkan oleh Sam ialah Yana Samsuddin. Itu situasi yang peribadinya cukup membahagiakan Sam.

Tanpa segan dan jauh sekali tanpa ragu, dia punya tahap obsesi tinggi melangit terhadap Yana yang dianggap sebagai wanita berhati cekal sehingga tidak mampu setiap saat melupakan sosok itu.

"Obsesi saya terhadap Yana pada wataknya sebagai Julia menerusi filem 8 Jam kerana hidup sebagai budak lorong yang tidak punya dunia lain melainkan seluruh hidupnya diserahkan sepenuh jika buat teman wanita saya itu," ujar Sam ringkas.


Jika 8 Jam arahan Ahmad Idham disebut-sebut sebagai filem aksi terbaik lakonan Sam yang mendedikasi seluruh kudratnya melalui watak Alang Budiman secara total, anak jati Kuala Lumpur itu menyifatkan 8 Jam juga boleh diangkat sebagai cinta agung yang menongkah arus daripada lambakan genre cinta sedia ada.


"60 peratus filem ini memaparkan babak aksi, namun setiap pertarungan yang diharungi Alang lapan jam sebelum ke tali gantung adalah disebabkan cintanya yang mendalam pada Julia.

"Persediaan saya untuk menjayakan babak aksi menerusi 8 Jam, dapatlah saya rumuskan sebagai sebuah filem yang memenatkan, sangat mengerah fizikal, mental dan emosi.

"Saya cedera di mana kedua-dua belah tisu lengan saya koyak. Watak Alang yang sentiasa tertekan turut mempengaruhi emosi saya sepanjang di lokasi penggambaran. Namun, ia sebuah filem yang memberi kepuasan dan saya rasa benar-benar bekerja sebagai pelakon," katanya.

Menjengah panggung pada 5 Julai nanti, 8 Jam terbitan Metrowealth Pictures menerbangkan tenaga produksi Ong Bak dari Bangkok dan Sam sendiri sempat berguru dengan koreografer terkenal filem itu.

"Teknik yang diajar tidak begitu sukar kerana ia lebih kurang dengan seni pertahanan diri yang saya pelajari. Sekiranya wujud masalah pun hanya bahasa jadi jurang pemisah," katanya.

Dalam pada berpuas hati dengan persembahan lakonannya, Sam agak kecewa apabila dimaklumkan babak ke tali gantung yang dijayakan tidak diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF) walhal ia adalah babak penting dan paling sukar untuk Sam menterjemahkan emosinya sepanjang bergelar pelakon.

"Saya sangat sedih babak itu dipotong. Ia adalah babak yang saya buat pada hari terakhir penggambaran.

"Menjayakan babak itu menuntut emosi yang sangat sukar kerana seluruh muka saya ditutup kain hitam. Dalam keadaan sebegitu bagaimana saya hendak memastikan emosi saya itu sampai kepada penonton. Getaran nafas kena betul supaya mereka yang menonton tahu betapa Alang gementar saat berdepan ajal di tali gantung," katanya.

Debar menanti respon penonton, tiga lagi filem Sam yang berbaki di panggung adalah S.A.M bakal memasuki panggung pada 19 Ogos nanti, Adnan Sempit 3 dan Kisah Paling Gangster. Manakala 2 Kalimah dia digandingkan dengan Nora Danish yang sedang menjalani penggambaran.

Beralih fokus kepada Yana yang gembira dengan konsep sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini sekitar Balai Berita NSTP, di mana dia tidak perlu bersolek tebal mahupun mengenakan busana mewah, akui gadis berwajah Cina itu dia sedikit cemburu pada Sam.

Menyifatkan lakonannya dibelenggu emosi dan penuh misteri namun, babaknya langsung tidak membabitkan adegan lagak ngeri mahupun aksi sebagaimana Sam.

"Saya harus memberikan kredit kepada Sam yang bekerja keras menjayakan karakter Alang menerusi filem ini. Saya sebenarnya cemburu dengan peluang yang diperoleh Sam.

"Dia lakukan 'stunt' sendiri dan berpeluang menimba pengalaman di bawah pengarah koreografi diimport khas dari Bangkok, Thailand. Tentunya menarik jika saya dapat bekerjasama dengan tenaga kerja dari negara itu yang diiktiraf antara produksi filem aksi terbaik dunia dan 'fantastik' bagi saya.

"Mujurlah ada sedikit adegan mencemaskan saya lakonkan. Selebihnya Julia, gadis penuh emosi dan misteri. Sungguhpun beremosi ia perlu dibawa secara mendatar dan ini payah sebenarnya kerana bagaimana saya ingin membuatkan penonton faham soal isi hati dan perasaan saya.

"Tambahan pula Julia keliru dengan perasaan cintanya terhadap Alang. Pun begitu, saya sukakan jalan ceritanya yang diketengahkan filem ini. Mengisahkan anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah kebajikan dan mereka adalah anak-anak lorong Chow Kit.

"Pengalaman paling menarik, dapat melihat kehidupan sebenar di Chow Kit dan bergelandangan dengan manusia sekitarnya," katanya.

Menzahirkan perasaan cinta tragis antara Julia dan Alang, nyata tidak mudah apatah lagi 8 Jam adalah filem pertama Yana bergandingan dengan Sam.

Agak sukar mencari keserasian pada mulanya, kerana berasa dirinya teramat kerdil ketika itu beraksi di samping nama besar seperti Sam.

"Filem ini dibuat sebelum Bini-Biniku Gangster dan Aku Ada Kau Ada, kira-kira dua tahun lepas. Manakala menerusi filem Adnan Sempit pula saya bergandingan dengan Along dan tak pernah ada babak berdua dengan Sam melainkan beramai-ramai.

"Jadi untuk menjayakan babak romantis saya agak segan pada mulanya tambahan pula peranan Sam sebagai Alang terlalu obses dan 'over protective' terhadap Julia.

"Sebagai pelakon yang hebat dan berbakat, terjemahan cinta dan kasih Sam itu dapat dilihat jelas dari mata Alang dan ia mendebarkan perasaan saya. Tetapi terus-terang saya katakan bekerja dengan Sam amat mudah, walaupun pelakon hebat, dia tidak sombong dan tak lokek ilmu bagi merangsang pasangannya untuk memberi mutu lakonan yang setara," katanya yang sudah selesai penggambaran lima filem Strawberi Cinta, Wawa Semput dan Adnan Sempit 3 arahan Ismail Bob Hashim, KITA (Pierre Andre) dan Minyak Dagu (Azahari Zain).


Lebih profesional

Posted: 19 Jun 2012 07:35 AM PDT

MASA depan golongan anak seni termasuk pelakon, penulis skrip dan pekerja belakang tabir produksi akan lebih terjamin apabila Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG ) dengan kerjasama badan sedia ada akan meningkatkan tahap profesionalisme pengamal industri kreatif sekali gus mengiktiraf mereka sebagai tenaga kerja profesional setaraf dengan sektor lain di negara ini.

Pengerusi CCIG, Jurey Latiff Rosli berkata, buat masa ini, pihaknya memfokuskan kepada penggiat tiga cabang seni utama itu terlebih dulu dalam pelaksanaan fasa pertamanya.

"Menerusi pelaksanaan proses pengiktirafan yang dikendalikan CCIG dan badan berkaitan, pelakon, penulis skrip dan pekerja belakang tabir akan diiktiraf sebagai golongan profesional di mana mereka akan menikmati pendapatan setaraf golongan profesional lain di luar sana.

"Pihak kami ingin fokus pada pekerja belakang tabir kerana ia membabitkan kru paling ramai daripada 'runner' hinggalah mereka yang duduk di kerusi pengarah iaitu membabitkan lebih 80 peratus penggiat industri berkecimpung dalam bidang ini.


"Jika hari ini, tukang bancuh air dalam sesebuah produksi boleh memegang kerusi pengarah bersandarkan pengalamannya semata-mata tanpa kelayakan pendidikan setaraf. Begitu juga ada pengarah drama yang sudah 18 tahun bergelar pengarah tapi kelayakannya sekadar Sijil Pelajaran Malaysia saja.


"Namun, selepas pelaksanaan proses pengiktirafan ini, mereka perlu memiliki sijil atau kelayakan yang setaraf dalam bidang itu untuk dibayar gaji mengikut tangga gaji masing-masing," katanya.

Jurey berkata, pihaknya melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) juga bekerjasama dengan universiti atau institusi pengajian tinggi tempatan bagi menyediakan kursus sesuai buat pekerja belakang tabir untuk melalui proses pengiktirafan itu.

"Jika nak diikutkan, proses pengiktirafan (meletakkan gred) membabitkan golongan seni ini sudah dilaksanakan di persada hiburan Hollywood, cuma perkara ini masih baru di negara ini.

"Malah, dengan adanya pengiktirafan itu, penggiat seni tempatan akan dapat gaji minimum dan sasaran gaji mereka juga mencecah RM8,000 sebulan menjelang 2020," katanya.

Beliau ditemui di sesi ramah mesra bersama pihak media yang berlangsung di Kelab Darul Ehsan, Ampang, di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Ahli Majlis Kerja CCIG, Harun Salim Bachik dan Yusof Kelana.

Jurey yang dilantik memegang jawatan Pengerusi CCIG, sejak Mesyuarat Agung pertamanya Julai tahun lalu berkata, objektif dan hala tuju penubuhan CCIG adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi dan profesionalisme golongan anak seni tempatan.

"Pihak kami juga menyeru semua pihak yang terbabit secara langsung dalam bidang seni untuk menjadi ahli CCIG termasuklah golongan remaja dan pelajar yang berusia 18 tahun ke atas.

"Keahlian CCIG terbuka kepada semua individu termasuk pihak wartawan juga digalakkan menjadi ahli kerana mereka juga terbabit dalam industri kreatif.

"Selain itu, pengarah filem, pemuzik, penerbit, pereka grafik, pereka animasi dan bidang lain di bawah industri kreatif juga dialu-alukan menjadi ahli dengan segera," katanya.

CCIG yang ditubuhkan sejak 23 Ogos tahun lalu kini mempunyai lebih 400 ahli berdaftar setakat ini. Pihak mereka juga mensasarkan keahlian seramai 15,000 orang dalam tempoh tiga tahun akan datang.

CCIG juga menerima suntikan dana dari kerajaan sebanyak RM2 juta tahun lalu untuk menjalankan aktiviti berkaitan terutama dalam mempromosikan lagi pertubuhan NGO itu kepada masyarakat.

Mereka yang berminat menjadi ahli boleh mendaftar di portal rasmi CCIG iaitu www.ccigmalaysia.com.

Mengulas isu artis luar yang ditimbulkan Presiden Seniman, Zed Zaidi pula, kata Jurey, pihaknya turut mengalu-alukan pelakon popular Aaron Aziz, Adi Putra atau mana-mana artis luar yang cari makan dalam bidang hiburan tanah air untuk menjadi ahli CCIG dengan segera sekali gus menyelesaikan isu dan kemelut status warganegara yang mendapat liputan meluas akhbar dan laman blog ketika ini.

"CCIG memberi peluang kepada mereka untuk menjadi ahli bersekutu CCIG yang ditawarkan kepada artis yang bukan warganegara.

"Sebagai ahli bersekutu CCIG, artis luar juga bebas untuk bekerja di negara ini dengan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dari segi undang-undang seperti menjelaskan cukai pendapatan dan sebagainya lagi," katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya akan memberikan keahlian eksklusif kepada mana-mana artis luar yang tampil ke depan untuk menjadi ahli CCIG.

"Terus terang, kita tidak boleh sekat kemasukan artis luar ke negara ini kerana kita perlu bersaing secara sihat dan mendapat kepakaran daripada mereka untuk mengangkat martabat bidang seni tempatan.

"Saya percaya, bidang seni kita tidak akan maju jika kita berasa diri sudah hebat dengan sekadar menjadi jaguh kampung?" katanya.


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Emosi Zarina bercelaru

Posted:

Emosi Zarina bercelaru

ENTAH kenapa ada sesuatu yang pelik dengan tingkah laku pelakon berbakat Zarina Zainoordin ketika menghadiri sesi fotografi bersama Kosmo! berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dia seolah-olah tidak dapat memfokuskan diri apabila jurufoto Nooradzrene Mohd. Noor cuba merakamkan gambarnya.

Sikapnya juga tidak keruan seperti mana kebiasaan sebelum ini. Malah, sikap tidak keruan itu boleh dilihat jelas dalam foto-foto yang dirakamkan itu.

Selesai sahaja sesi fotografi, perkara itu diajukan kepadanya. Apakah punca yang membuat tingkah laku Zarina menjadi sedemikian rupa?

"Karakter Zila dalam drama, Ameera sangat berat untuk saya pikul. Bayangkan selama dua bulan, saya perlu kekal membawa watak wanita psiko, meroyan dan penuh dengan tekanan perasaan apabila diminta menyerahkan bayi kepada pasangan yang tidak boleh mendapatkan anak.

"Disebabkan sudah lama menghayati watak tersebut, saya sampai terbawa-bawa ke luar lokasi," luah Zarina memberikan jawapan terhadap persoalan mengenai sikap pelik dirinya itu.

Bercerita mengenai watak lakonannya itu, kata Zarina, Zila pada asalnya merupakan seorang wanita baik.

"Dia merupakan gadis kampung yang kemudian dilacurkan oleh kekasihnya dan akhirnya dapat melarikan diri sebelum bertemu dengan Ameera, lakonan Rita Rudaini.

"Sejak itu, Zila membuat perjanjian dengan Ameera untuk berkahwin dengan suaminya, Ameer dan melahirkan anak untuk pasangan itu sebelum diceraikan dengan upah RM360,000. Namun, setelah mengandung, Zila mulai menyayangi suami Ameera dan juga bayi dalam kandungannya itu.

"Malangnya suami Ameera tidak membalas cintanya. Disebabkan itu, dia mula berubah menjadi wanita jahat dan psiko sehingga mengugut untuk membunuh kandungan jika Ameer tidak mencintainya. Ada banyak emosi yang berat dalam watak ini membuatkan saya terbawa-bawa hingga ke dalam kehidupan realiti," ujarnya.

Namun, bukan watak Zila sahaja yang membuatkan diri Zarina dlilanda tekanan. Luah Zarina lagi, dia juga sangat tertekan apabila bapanya, Zainoordin Abd. Rahman diserang penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Malah, akibat tekanan yang dihadapinya, Zarina juga baru-baru ini terlibat dengan dua kemalangan dalam masa terdekat.

ZARINA mengakui dirinya telah mengalami pelbagai masalah dalam kehidupan peribadinya.


"Ayah sepatutnya kena potong kaki sebab kakinya luka akibat terjatuh. Namun, kakak saya minta jangan dipotong sebaliknya sapu ubat. Alhamdulillah, luka ayah semakin sembuh tetapi malang pula apabila dia terjatuh sekali lagi dan menyebabkan kaki yang luka tadi patah.

"Saya juga mengalami kemalangan jalan raya sebanyak dua kali. Pertama, ketika dalam perjalanan dari Jengka, Pahang ke Kuala Lumpur. Ketika itu saya baru selesai penggambaran drama RTM, Anak Yang Bertuah.

"Selepas kemalangan itu, tanpa pergi membuat rawatan lanjut saya meneruskan penggambaran drama Ameera pula dan sekali lagi saya terlibat dengan kemalangan. Mungkin terlalu penat atau tertekan dengan segala masalah yang dihadapi, ia sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kehidupan saya," jelasnya yang mengalami penurunan berat badan daripada 47 kilogram kepada 43 kilogram.

Tidak kejar glamor

Sudah banyak drama yang dilakonkan Zarina, tetapi malangnya anak saudara kepada penyanyi Salwa Abdul Rahman itu tidak begitu menyerlah.

Apabila persoalan itu diajukan kepadanya, ujar Zarina, dia bukan artis yang gilakan glamor, sebaliknya figura genit ini lebih mementingkan kualiti.

Jelasnya lagi, sebagai pelakon dia mahu menyampaikan sesuatu mesej kepada penonton. Bukan sekadar lakonan kosong semata-mata.

"Buat apa popular kalau sekejap. Saya mahu terus bertahan dalam industri lakonan sampai bila-bila. Saya jadikan pelakon Liza Abdullah sebagai sumber inspirasi yang mana daripada dulu sampai sekarang dia masih lagi mendapat tawaran berlakon dan semua orang mengenalinya. Saya juga mahu lakonan saya memberi impak kepada penonton," tuturnya yang sering membawakan watak antagonis di dalam drama.

Tidak kecewa dengan watak antagonis yang sering dibawa, ungkap Zarina, dia begitu mengidamkan watak protagonis.

"Banyak sebenarnya watak idaman yang sudah saya terima. Sebagai contoh, watak psiko dalam drama Saka Jentayu dan Ameera. Cuma, saya belum lagi menerima watak yang betul-betul baik. Kalau adapun watak yang pada mulanya baik, tetapi berubah menjadi jahat kemudiannya," luahnya.

Biarpun sering dibanjiri tawaran lakonan, kata Zarina, dia tidak pernah terlintas untuk meninggalkan bidang nyanyian.

DI SEBALIK sibuk dengan jadual lakonannya, Zarina tetap meluangkan masa untuk karier nyanyian.


Nyanyian tetap menjadi keutamaannya. Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia itu juga akan memastikan setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, dirinya tidak akan terlibat dengan sebarang penggambaran drama. Ini kerana hari tersebut diperuntukkan untuk menerima tawaran nyanyian di majlis-majlis atau program televisyen.

"Saya mula menyanyi sejak umur 10 tahun. Menyanyi lagi memberi kepuasan kepada saya berbanding bidang lakonan. Lagipun, menyanyi lebih mudah dapat banyak duit. Berlakon pula beri kepuasan apabila lakonan kita orang tengok dan nilai," jelasnya yang berharap dapat mengeluarkan single terbaharunya tahun ini.

Bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, ujar Zarina, dia lebih selesa mengikut acuannya dan memilih genre apa yang ingin dibawanya.

Sehingga kini, kata Zarina, dia masih belum memilih genre lagu yang bakal dialunkan tetapi mengakui sangat sukakan muzik yang dibawa oleh Yuna.

"Saya sedang usahakan untuk menghasilkan single. Buat masa ini, saya tidak tahu lagi jenis lagu bagaimana yang sesuai. Saya tidak suka lagu yang sangat bising. Kalau boleh lagu itu nanti sedap didengar dan mudah untuk pendengar mengingatinya. Seperti lagu-lagu Yuna," tuturnya.

Kahwin

Tahun lalu kecoh mengenai cerita Zarina yang dikatakan bakal ke jenjang pelamin pada bulan Disember dengan seorang jejaka tidak menjadi kenyataan. Adakah jejaka yang dimaksudkan adalah pelakon yang dikenalinya menerusi drama Syurgamu Ramadan, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz?

Ditebak dengan soalan tersebut, akui Zarina, perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Disember dua tahun lepas bukan dengan pelakon tersebut sebaliknya dengan seorang pemain gitar.

"Dua tahun lepas memang saya dan pemain gitar itu sudah merancang untuk berkahwin tetapi malangnya tidak jadi. Dia muda dan ada benda yang masih ingin dikejarnya. Kami berpisah secara baik.

"Saya dan Ungku Ismail cuma bercinta dan tidaklah sampai ingin berkahwin. Hubungan kami juga cuma bertahan selama empat bulan sahaja," jelasnya.

Tidak hanya dikaitkan dengan dua jejaka tersebut, Zarina juga dikatakan kini sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Azlee Khairi ketika sama-sama membintangi drama Dingin Lavenda.

Mengulas mengenai itu, Zarina hanya ketawa dan memberitahu, dia dan Azlee hanya berkawan rapat.

"Memang kami rapat selepas bersama-sama membintangi drama Dingin Lavenda. Mungkin sebab kami rapat dan keluar sama-sama orang anggap kami bercinta. Umur dia baru 23 tahun dan terlalu muda," jelasnya yang tidak menolak jika dia dan Azlee ditakdirkan berkahwin.

Bukti Megan Fox hamil

Posted:

Bukti Megan Fox hamil

GAMBAR bukti Megan Fox yang didakwa kini sedang hamil.


WALAUPUN hingga kini belum ada sebarang pengesahan tentang kehamilan aktres Megan Fox, namun kemunculan Fox di hadapan khalayak ramai baru-baru ini seperti mengesahkan bahawa wanita itu kini sedang hamil.

Ini kerana Fox yang pada waktu itu kelihatan baru keluar daripada sebuah restoran bersama suaminya, Brian Austin Green di Los Angeles tampak menggenakan pakaian longgar berwarna ungu dengan sedikit perutnya kelihatan buncit.

Dia juga dikawal ketat oleh suaminya yang menutup perut Fox agar tidak dilihat oleh khalayak. Malah, Brian dilihat cukup bersikap proaktif sepanjang berjalan kaki dengan isterinya itu.

Fox yang kini berusia 26 tahun itu juga didakwa berjalan dengan cukup berhati-hati seperti seorang wanita yang memang benar-benar sedang hamil.

Baik Fox mahupun Brian, mereka masing-masing tidak pernah memberi pengesahan terhadap berita kehamilan tersebut.

Semua manusia buat silap – Hanez Suraya

Posted:

Semua manusia buat silap – Hanez Suraya

Oleh NORHIDAYAH ISHAK

HANEZ dan keluarganya menerima baik kehadiran Awi. Bagi Hanez, apa yang dilakukan kekasihnya itu adalah kesilapan pada masa lampau.


Setelah agak lama berteka-teki mengenai status hubungan pelakon Hanez Suraya dengan penyanyi Awi Rafael, akhirnya ia terbongkar jua. Mereka berdua memilih untuk tidak berahsia lagi tentang cinta yang telah bertaut.

Hanez, 27, yang sebelum ini menafikan status perhubungan mereka yang sudah terjalin selama tiga bulan, akhirnya bertindak terbuka dengan mendedahkan status yang sebenar.

Perkenalan mereka bermula ketika pengurus Awi menghubunginya untuk mempelawa menjadi model klip video untuk single terbaharunya, Asalkan Aku OK.

Kosmo! menemu bual Hanez pada majlis makan malam istimewa bersama pelakon 3 Janji di Luna Bar, Pacific Regency Hotel, Kuala Lumpur.

Selain bercakap tentang hubungan cinta mereka, Hanez turut memberi sedikit kenyataan tentang penyebaran gambar lama kekasihnya itu yang disifatkan agak liar.

Kosmo!: Kenapa sebelum ini Hanez menafikan mengenai status hubungan ini?

HANEZ: Sebelum ini saya bukan ingin menyorok mengenai hubungan ini. Saya mahu dia bersuara dahulu kepada rakan media perhubungan ini kerana sebagai wanita, saya rasa biarlah pihak lelaki yang bersuara dahulu.

Apa sifat Awi yang membuatkan anda menyukainya?

Pada mulanya, saya tidak menyukai dia kerana saya menyangka dia seorang yang 'poyo'. Saya hanya meminati lagu dendangannya, Bila Aku Jatuh Cinta. Namun bila sudah mula mengenalinya, barulah saya tahu bahawa dia seorang yang suka mengambil berat, menghormati orang lain dan bertanggungjawab. Saya senang bersama dengannya.

Adakah Awi dapat memahami kerjaya anda sebagai seorang pelakon?

Buat masa sekarang ini, dia sedang membiasakan diri dengan waktu kerja saya. Kadangkala kami ada berselisih faham mengenai waktu kerja yang berbeza. Walaubagaimanapun, dia sentiasa menyokong kerjaya saya dan saya sentiasa menyokong kerjayanya.

Anda berdua selalu meluangkan masa bersama?

Bergantung kepada waktu bekerja, sekiranya ada masa terluang kami akan menghabiskan masa bersama. Keluarga pun mengetahui hubungan kami. Jadi tiada masalah untuk kami keluar bersama.

Komen sikit mengenai aksi mesra anda dan pelakon sinetron popular Indonesia, Randy Pangalila dalam drama bersiri Dalam Hati Ada Taman. Apa reaksi Awi mengenai itu?

Babak cium itu sebenarnya hanya lakonan dan dibuat dengan menggunakan teknik lakonan dan kamera. Ianya bukan aksi sebenar. Dia menerimanya dengan hati terbuka dan asalkan itu hanya untuk tuntutan kerja. Dia juga sentiasa pesan supaya saya pandai menjaga diri dan sebagai wanita perlu tahu batas-batas pergaulan.

Baru-baru ini tersebar gambar Awi yang bertatu dan kehidupan liar dia bersama beberapa wanita. Bagaimana anda melihat isu tersebut?

Jujurnya, saya dan keluarga menerima dia seadanya. Lagipun itu merupakan gambar dan kehidupan lampau dia. Sebagai manusia kita semua ada membuat kesilapan pada masa lalu.

Apa perkembangan terbaharu anda?

Saya telah terbabit drama Suri bermula 11 Jun lalu menerusi slot Azalea di TV3. Dalam drama tersebut saya membawa watak seorang yang sangat daif. Kemudian saya akan memulakan penggambaran drama di bawah produksi Brand Management Group (BMG).