Hip
SENIMAN panggil Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla semuka lerai kemelutARTIS muda bersengketa - Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla akan dipanggil menghadiri mesyuarat tertutup Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), tidak lama lagi bagi merungkai pertikaian sekali gus menyelesaikan perbalahan mereka.
Presiden SENAMAN, Zed Zaidi, berkata pihaknya akan mengatur mesyuarat khas tertutup dengan ketiga-tiga artis dipanggil memberi penjelasan di hadapan ahli panel berpengalaman dalam menghadapi krisis anak seni.
Kemelut antara Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla tidak perlu berlarutan hingga jadi kes mahkamah. Saya lihat pendekatan seperti nasihat adalah jalan terbaik menyelesaikan isu tiga artis terbabit secara dalaman. - Zed Zaidi, Presiden SENIMAN
"SENIMAN bertanggungjawab menjadi 'orang tengah' bagi menyelesaikan pertelingkahan Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla kerana mereka adalah ahli persatuan," katanya kepada HIP di sini, semalam.
Zed mengulas isu pertelingkahan tiga artis terbabit yang mencetus kontroversi dunia hiburan sejak beberapa minggu lagi.
Semalam, HIP melaporkan, artis senior dan peminat mahu Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla menghentikan sengketa. Malah peminat menyifatkan kemelut tiga artis terbabit sekadar isu remeh, tidak perlu dibawa ke mahkamah dan boleh diselesaikan cara baik.
Komen peminat itu diterima HIP melalui laman sosial facebook, Anugerah Bintang Popular, kelmarin. Melalui laman sosial itu, HIP meminta pandangan peminat berhubung krisis yang melanda Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla.
Zed berkata, pada mesyuarat tertutup itu, selain beliau, beberapa ahli Biro Aduan, Pemantauan dan Perundingan SENIMAN dijangka hadir termasuk Zahrin Ishak yang juga seorang peguam.
"Kemelut antara Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla tidak perlu berlarutan hingga jadi kes mahkamah. Saya lihat pendekatan seperti nasihat adalah jalan terbaik menyelesaikan isu tiga artis terbabit secara dalaman.
"Tanpa peguam, tanpa ruang perbicaraan, saya yakin, isu sengketa antara ketiga artis ini akan selesai dengan jalan yang terbaik," katanya.
Zed berkata, Anzalna ada bertemu dia meminta pandangan berhubung kes berkenaan, baru-baru ini.
"Anzalna berjumpa saya di sebuah majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dia menceritakan segala-galanya dan saya akan berjumpa Neelofa tidak lama lagi untuk bertanya perkara sama," katanya.
Zed berkata, dunia seni tempatan terlalu 'kecil' untuk isu remeh, tidak memberi manfaat kepada artis dan hanya memberi pandangan negatif terhadap dunia seni.
"Dunia ini kecil saja dan jangan ikut emosi. Pusing sana-sini, mereka akan disatukan juga dalam drama atau filem. Ia juga memberi kesan kepada tawaran berlakon nanti.
"Sebagai ahli SENIMAN, mereka perlu bersatu. Saya sedang mewujudkan garis panduan yang menetapkan artis lebih beretika ketika mengulas mengenai sesuatu perkara dan tahu mengawal media dengan baik.
"Bukan apa, takut mereka tersalah cakap dan ada orang yang mahu menangguk di air yang keruh," katanya.
HIP menghubungi Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla berhubung krisis mereka. Namun, hanya penjelasan dari Anzalna dan Tasha Shilla diperoleh. Usaha HIP mendapatkan komen Neelofa gagal hingga malam tadi walaupun pada awalnya, pelakon itu membalas mesej Blackberry. Ketika itu, Neelofa memberi jawapan 'kejap' - tanda dia mahu mengulas isu berkenaan.
Namun, hanya penjelasan dari Anzalna dan Tasha Shilla diperoleh. Usaha HIP mendapatkan komen Neelofa gagal hingga malam tadi walaupun pada awalnya, pelakon itu membalas mesej Blackberry. Ketika itu, Neelofa memberi jawapan 'kejap' - tanda dia mahu mengulas isu berkenaan.
Namun, beberapa jam kemudian, beberapa mesej yang lain juga tidak dijawab pelakon itu. Malah usaha menghubungi Neelofa juga gagal. Berikut adalah kronologi percubaan HIP menghubungi Neelofa:
- 11 pagi : Neelofa menjawab panggilan dan memberitahu akan menduduki peperiksaan. Dia meminta HIP menghubungi semula jam 3.30 petang.
- 3.30 petang : Panggilan dan kiriman SMS tidak dibalas.
- 4 petang : Panggilan tidak dijawab.
- 4.30 petang : Masih tidak menjawab panggilan walaupun berulang kali mencuba.
- 6.30 petang : Mesej BBM dibalas 'sekejap yer.'
- 7 malam : Telefon bimbit dimatikan
- 7.35 malam : SMS dikirim namun tidak dibalas
- 9.30 malam : Usaha menghubungi telefon bimbit Neelofa gagal.
Tasha Shilla
"TASHA sudah tak mahu komen lanjut isu ini. Sebagai rakan artis, sepatutnya kita menyokong satu sama lain dan berdamai. Perkara ini tidak membawa kebaikan. Saya nasihatkan Neelofa dan Anzalna menyelesaikan perkara ini secara aman.
"Tasha tidak menyimpan dendam dalam hati. Bagi Tasha, semuanya sudah lama berakhir dan selesai. Sekarang, Tasha sibuk dengan tawaran berlakon dan tidak ada masa memikirkan perkara remeh.
"Ini kerana saya bekerja untuk mencari rezeki dan bukannya mahu bertelagah. Perkara seperti ini boleh duduk berbincang dan tidak payahlah berlebih-lebih menggunakan mahkamah.
"Saya juga bersedia untuk bersemuka dengan SENIMAN termasuk Neelofa dan Anzalna asalkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik."
Anzalina
"KALAU Neelofa nak teruskan saman, teruskanlah... Itu hak dia. Anzalna sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi kes ini di mahkamah. Tak kisahlah dia bagi tempoh 14 hari ke, sebulan ke, itu terpulang kerana Anzalna bersedia.
"Anzalna tidak suka bergaduh atau bermusuh dengan sesiapa. Ini kerana masing-masing sudah matang dan boleh berfikir. Benda sudah terjadi dan Anzalna tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini.
"Malah, Anzalna sudah bersemuka dengan Zed Zaidi kerana mahu isu ini diselesaikan dengan baik melalui pertolongan SENIMAN. Tetapi tarikh pertemuan masih belum ditentukan dan saya berharap ia dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Anzalna masih baru dalam bidang ini, jadi segala pendapat dan pandangan yang diberi artis senior ada betulnya. Buat apa nak bertelagah dengan benda remeh macam ini. Anzalna tidak pernah bersengketa atau bermusuh dengan orang. Ini kerana sejak sekolah lagi, Anzalna kurang kawan disebabkan keluarga kerap berpindah.
"Lebih baik tumpukan kepada karier. Orang luar tak faham situasi yang kami tempuhi tetapi mungkin itu pandangan mereka. Anzalna sendiri tidak minta isu begini berlaku kerana akan merosakkan karier sendiri.
"Bukan nak tujuk siapa kuat, siapa hebat kerana banyak lagi kes besar yang perlu dihadapi pihak mahkamah daripada benda kecil macam ini. Jadi, bagi Anzalna, kalau boleh diselesaikan cara baik seperti yang dicadangkan SENIMAN itu lagi bagus. Masing-masing sudah matang dan boleh berfikir secara rasional.