Adsense

Selasa, 5 Jun 2012

borak kosong

borak kosong


Guna mercun letupan kemaluan teman lelaki

Posted: 05 Jun 2012 09:15 PM PDT





Seorang wanita Russia Kira V. telah menggunakan mercun untuk meletupkan kemaluan teman lelakinya.Kejadian ini berpunca kerana teman lelakinya Alik D. 33 tahun hendak berpisah dengannya. Teman lelakinya hendak berpisah kerana enggan berkahwin dengan wanita tersebut dan ingin kembali kepangkuan isteri dan anaknya.

Wanita Russia itu telah mengajak teman lelakinya untuk makan malam.Kedua-dua mereka makan sambil meminum minuman keras.Alik D yang mabuk tlah tertidur dan kemudian wanita Russia itu mengambil beberapa mercun memasukannya kedalam seluar untuk meletupkan kemaluan teman lelakinya.Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital.Wanita Russia itu telah dipenjarakan selama 12 tahun. (link)




Lelaki Sadis Potong Buah Pelirnya dan Lemparkan ke Polis

Posted: 05 Jun 2012 09:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang pria bernama Wayne Carter (44) tiba-tiba membabi buta dengan melukai dirinya sendiri dengan memotong buah pelirnya dan melemparkannya ke polis. Demikian dilansirNorthJersey.com, minggu ini.
Lelaki asal Hackensack, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) berteriak ke polis dengan mengatakan dirinya ingin mati dan siap-siap menuju ke syurga.
Carter menikam dirinya sendiri sebanyak 40 kali dan kemudian melempar buah pelirnya ke polis, Minggu,  lalu, dan kini sedang menjalani pemeriksaan kejiawaan.
Carter mengunci diri sendiri di dalam sebuah bilik di rumah ibunya ketika polisi datang dan berusaha masuk ke bilik. Ia menikam dirinya sendiri dengan sebuah pisau. Ketika polis mendekat, ia melemparkan buah pelirnya . Kini, ia dalam keadaan kritis di Hackensack University Medical Center.

Hamili Ibu Kandung, Simon Melarikan Diri

Posted: 05 Jun 2012 08:45 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki melarikan diri dari rumahnya, setelah ia didapati telah menghamili ibunya sendiri untuk kedua kalinya.
Simon Matsvara, melarikan diri dari rumahnya yang berada di Desa Pote, Mashonaland Central, bersama dengan ibunya, yang kini mengandung anaknya.
Ketua kampung Chinamhora mengatakan, masyarakat geram dengan kisah kasih terlarang pasangan sedarah itu. Untuk itu mereka kini memburu pasangan itu untuk memberikan mereka pelajaran.
"Kami akan memburu mereka berdua dan kami akan menghukum mereka untuk memberikan pesan yang jelas kepada calon pelanggar bahawa kita tidak menyukai tindakan seperti itu," ujarnya, seperti dikutip dari Dailymail,Isnin (5/6/2012).
Berdasarkan penuturan seorang penduduk desa, pasangan itu memulai hubungan incest mereka pada tahun 2008 setelah ketua keluarga mereka, yang merupakan ayah dari Simon, Agripah jatuh sakit akibat stroke, lalu kemudian meninggal.
Walau sudah ditinggal suaminya, Ethel Vhangare, mengandung, selidik punya selidik, ia diketahui melakukan hubungan suami isteri dengan anaknya, Simon.
Melihat tindakan amoral itu, ketua kampung memutuskan untuk mendenda keluarga itu dan memerintahkan pasangan itu untuk memutuskan tali cinta mereka.
Ethel baru-baru ini diketahui hamil lagi, hal itu diketahui penduduk desa, setelah Ethel sudah tidak nampak di gereja. Para penduduk desa mengunjungi rumahnya dan menemukan perut Ethel terlihat telah membulat.
Merasa terancam nyawanya, pasangan incest itu kemudian melarikan diri rumah mereka. (dailymail)

Remaja Tak Sengaja Tembak Kepala Sendiri Saat Chating

Posted: 05 Jun 2012 08:30 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang remaja di Nebraska, Amerika Syarikat (AS), secara tidak sengaja menembak kepalanya sendiri, saat berpose menggunakan senjata api di sebuah situs layanan chating.
Trevor George (19), yang tampil dalam ruang chating, tanpa pakaian itu, tiba-tiba mengangkat sepucuk pistol jenis revolver dan mengarahkan ke kepalanya, saat tengah terlibat percakapan di dunia maya. Sejurus, ia menekan pelatuknya, yang sekilat melepaskan peluru yang memuntahkan seluruh isi kepalanya.

Pemandangan mengerikan itu, terpampang dengan jelas di hadapan monitor teman chatingnya, yang segera melaporkannya ke pihak polis.
Polis dalam penyelidikan awal mereka, menduga, insiden yang terjadi di bulan March lalu itu merupakan aksi bunuh diri. Namun setelah tiga bulan melakukan penyelidikan mereka mengatakan, Trevor menekan pelatuk pistol tanpa disengaja. 

Mereka mengambil kesimpulan tersebut, setelah memeriksa saksi, dan rakaman video Trevor di dunia maya.
Sejumlah saksi yang melihat Trevor menghabisi dirinya sendiri mengatakan mahasiswa Universiti Bellevue tersebut mengacukan pistol ke kepalanya, saat mereka tengah asik bersenda gurau. 

"Ia sebelumnya sudah sering melakukan hal tersebut," ujar seorang anggota polis,Kapten David Stukenholtz seperti dikutip dari Dailymail, Selasa (5/6/2012).

"Kali ini, ternyata ada sebutir peluru di dalam pistol," lanjutnya.
George tinggal bersama orang tuanya di pinggiran Omaha dari Bellevue. Orang tuanya berada di dalam rumah saat insiden penembakan, namun tak menyedari, putranya menembak dirinya sendiri hingga seorang petugas polis datang ke kediaman mereka setelah menerima laporan dari seorang lelaki asal Florida. 

Pekerja digalak pakai seluar pendek

Posted: 05 Jun 2012 08:15 PM PDT


SEOUL, Korea Selatan - Kakitangan-kakitangan Dewan Bandar Raya Seoul disarankan memakai seluar pendek ke pejabat bagi menyesuaikan diri dengan cuaca panas dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pada musim panas.
Kempen tersebut dirasmikan oleh Datuk Bandar Seoul, Park Won-Soon semalam yang turut memakai seluar pendek.
Dilaksanakan di Korea Selatan sejak empat tahun lalu, inisiatif itu bertujuan untuk menjimatkan kos elektrik ekoran penggunaan penyaman udara.
Menerusi kempen tersebut, suhu di dalam bangunan pentadbiran tidak boleh melebihi 28 darjah Celsius. - Agensi
sumber : kosmo online

Berbogel untuk kumpul wang ke Sukan Paralimpik

Posted: 05 Jun 2012 08:00 PM PDT



TOKYO - Seorang pelari wanita, Maya Nakanishi (gambar), 27, sanggup berbogel bagi tujuan untuk mengumpulkan wang bagi membiayai kos penyertaannya ke Sukan Paralimpik di London.
Gambar-gambar bogel itu kemudian disiarkan dalam kalendar yang dijual kepada orang ramai.
Hasil jualan itu akan turut digunakan bagi membantunya untuk turut memperoleh kaki palsu yang baharu. - Agensi

sumber : kosmo online

Nenek mabuk diarah bayar gantirugi

Posted: 05 Jun 2012 07:45 PM PDT


MELBOURNE: Seorang nenek yang mabuk, menumbuk muka seorang penumpang dalam pesawat Qantas menuju ke New Zealand, diarahkan membayar kos kerana pesawat terpaksa berpatah balik ke Melbourne.
Frances Macaskill, 58, mengaku bersalah di mahkamah di Melbourne atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh dan menyerang. 
Dia didenda A$3,500 (RM10,932) kerana menyerang serta hukuman penjara empat bulan yang digantung untuk kesalahan kedua.

Warganegara New Zealand yang tinggal di Perth dan dalam perjalanan ke Wellington untuk bertemu anaknya itu, juga diarahkan membayar A$18,245 (RM56,970), kos di mana syarikat itu terpaksa mengarahkan pesawat berpatah balik.



Mahkamah Majistret Melbourn mendengar bagaimana Frances, yang mabuk mula menumbuk tempat duduk dan menjerit kata-kata kesat kepada penumpang dan kru dalam pesawat itu, Sabtu lalu. - AFP



sumber : myMetro


Blogger ‘antiIslam’ Maldives parah ditikam

Posted: 05 Jun 2012 07:30 PM PDT


COLOMBO: Seorang penulis blog Maldives yang lantang bersuara dan terkenal mempunyai pandangan liberal dalam agama, dimasukkan ke unit rawatan rapi semalam, selepas ditikam oleh penyerang di luar rumahnya di Male.
Ismael Rasheed, yang lebih dikenali sebagai "Hilath" mendapati blognya disekat oleh pihak berkuasa telekomunikasi Maldives yang mendakwa ia mempunyai kandungan antiIslam.

Lelaki berusia 37 tahun itu beberapa tahun lalu, pernah menerima ugutan bunuh dan ditahan dalam satu bantahan yang dianjurkan olehnya pada Disember lalu, menyokong toleransi agama dan dipenjara berbulan-bulan lamanya.


Jurucakap polis, Hassan Haneef berkata, "Kami tidak tahu siapa yang menyerangnya. Keadaannya stabil sekarang." Katanya, mereka kini cuba menjejaki penyerangnya.

Kerajaan Maldives mengutuk serangan itu dan berkata Hilath perlu mendapatkan perlindungan. - AFP



sumber : myMetro

Paderi cabul budak lelaki

Posted: 05 Jun 2012 07:15 PM PDT


TAIPEI: Seorang lelaki Taiwan yang melatih sofbol dan judo di sekolah, ditahan kerana disyaki melakukan serangan seksual ke atas sekurang-kurangnya 12 budak lelaki.
Lelaki itu yang dikenali dengan nama Hu, ditahan semalam, selepas beberapa ibu bapa kepada budak lelaki menjumpai mesej lucah di Facebook dan melaporkan kepada polis. 
Siasatan mendapati, Hu yang mengaku sebagai paderi dan diberi gelaran "Daddy Hu" oleh beberapa pelajar, disyaki melakukan serangan seksual ke atas sekurang-kurangnya 12 budak lelaki di beberapa buah sekolah rendah dan menengah rendah di Taipei. - AFP


sumber : myMetro

Wanita Jepun ditemui mati dalam keadaan ngeri di bilik air

Posted: 05 Jun 2012 07:00 PM PDT


JAKARTA: Seorang wanita Jepun, dikatakan kakitangan Kedutaan Jepun di Jakarta, ditemui mati di rumahnya di Pulogadung, Jakarta Timur, semalam.
Mangsa dikenali sebagai Setsuko Iwata, 65, ditemui oleh jirannya di bilik air, kira-kira jam 5.30 petang dalam "keadaan teruk" dengan kakinya diikat di rel langsir mandi dan mulutnya ditutup pita pelekat. 
Mayatnya dibawa ke Hospital Cipto Mangunkusumo untuk bedah siasat.

Pihak polis yang masih menyiasat kes itu berkata, kemungkinan besar Setsuko dibunuh.



Setsuko tinggal sendirian. Dia berkahwin dengan lelaki Bali, Made Oka yang meninggal dunia beberapa tahun lalu.


Pasangan itu mempunyai seorang anak, Odiana, yang tinggal di Surakarta, Jawa Tengah.

Kedutaan Jepun di Jakarta belum mengesahkan sama ada Setsuko adalah kakitangan mereka. - Tribunnews.com



sumber : myMetro

Simbah asid isteri dah tua

Posted: 05 Jun 2012 06:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Hanya kerana benci melihat isterinya yang sudah berusia selain mempunyai wanita simpanan, seorang suami berusia lewat 40-an bukan saja tergamak memukul wanita berkenaan, malah menyimbah asid ke muka mangsa.
Akibat perbuatan kejam suaminya, mangsa yang berusia 41 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan mendakwa tidak lagi dapat melihat sejak kejadian yang berlaku di rumah mereka di Bangsar, kira-kira jam 10 pagi, 31 Mei lalu. 
Mangsa yang tidak dibenar mendapatkan rawatan di hospital, bagaimanapun nekad memberanikan diri dengan membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini, kelmarin dengan bantuan ahli keluarganya.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa yang sedang bertugas didatangi suaminya bersama seorang wanita dipercayai teman wanita suspek menaiki kereta.



"Suspek kemudian terus memaksa wanita itu mengekorinya, namun mangsa enggan menyebabkannya dipukul.



sumber : myMetro

Suami belasah guna antena TV

Posted: 05 Jun 2012 06:30 PM PDT


KOTA BHARU: Hanya kerana menegur suaminya yang merosakkan televisyen, seorang wanita dipukul dengan antena televisyen oleh suaminya itu sehingga cedera di dahi dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), dalam kejadian di Berek 12, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 36 tahun turut berdepan detik cemas apabila anak lelakinya berusia 16 tahun diacukan kayu oleh suaminya ketika menghalang ibunya daripada dipukul.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai promoter di pasar raya baru pulang bekerja.


Katanya, mangsa melihat suaminya merosakkan televisyen dan menegurnya.

"Akibat berang ditegur isterinya, suami mangsa mengambil antena televisyen dan memukul isterinya sehingga cedera di dahi dan terpaksa mendapatkan rawatan di HRPZ II. Anak lelaki mangsa yang berusia 16 tahun cuba menghalang perbuatan ayahnya, tetapi diacu dengan sebatang kayu dan diugut akan dicederakan.


"Abang mangsa berusia 40-an turut ke rumah mangsa untuk mententeramkan keadaan, tetapi diacu kayu. Bagaimanapun, anak dan abang mangsa tidak dicederakan selepas suami mangsa tenang," katanya ketika dihubungi, semalam.



sumber : myMetro

Mereka jangan jadi dayus

Posted: 05 Jun 2012 06:15 PM PDT


KLANG: "Cuma saya pesan jangan jadi jantan dayus, tolonglah datanglah jumpa kami," hanya itu mampu diluahkan dalam nada sedu, Khairunnissa Mustaghni, 20, anak perempuan anggota polis trafik yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, di sini, Ahad lalu.
Ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam, anak bongsu daripada dua beradik itu turut sebak ketika mengingatkan kembali ayahnya, Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang terdetik sesuatu perkara seperti berlaku sekarang.
"Masa itu kami tengok cerita Korea ada adegan pelakonnya koma. Abah kata kalau dia koma macam itulah jadinya," katanya yang tak dapat menahan sebak.

Isteri Mustaghni, Norizan Shahidin, 53, pula berkata, dia bagaikan mendapat sinar harapan apabila doktor memberitahu suaminya sudah boleh menerima cecair makanan menerusi tiub.



Sebelum ini, katanya, apabila cecair itu dimasukkan tindak balas negatif apabila keluar kembali kerana badan suami tak dapat menerima.



sumber : myMetro

Heret masuk van

Posted: 05 Jun 2012 06:00 PM PDT


BUTTERWORTH: "Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima." Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Simpang Pulai, Perak.
Najwa yang juga kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, sebaik dipaksa masuk dalam sebuah van oleh tiga lelaki yang menculiknya, dia mendapati ada empat lagi wanita yang juga mangsa culik dalam van berkenaan.

"Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu," katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.



Menceritakan kejadian itu, Najwa berkata, dia mengambil cuti sakit dan keluar rumah untuk membeli nasi di gerai berhampiran rumah sewanya.



sumber : myMetro

Pesta mabuk berakhir maut

Posted: 05 Jun 2012 05:45 PM PDT


SUBANG JAYA: Gara-gara mabuk keterlaluan, seorang lelaki warga Myanmar maut ditetak di kepala oleh rakan senegaranya di rumah disewa mereka di Jalan PU 1/2, Puchong Utama, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, buruh berusia 30-an itu dikatakan berpesta arak sebelum berlaku pertengkaran sesama mereka lalu seorang daripadanya menetak kepala mangsa.

Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Htay Win tinggal di rumah itu lebih setahun dan bekerja sebagai buruh binaan.


Katanya, mangsa dan rakan serumahnya berkumpul di depan rumah sambil meneguk minuman keras dalam kuantiti banyak sehingga mabuk dan akhirnya bergaduh.

"Seorang rakan mangsa tiba-tiba naik angin mengambil senjata tajam dipercayai parang lalu menetak mangsa sebelum melarikan diri," katanya.


"Rakan mangsa yang lain menghubungi polis, namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala," katanya.



Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengesahkan kejadian itu.


sumber : myMetro

Waduh…Tertangkap CCTV Dua Kanak-kanak Cilik Mencuri Dibawah Pengawasan Ibu

Posted: 05 Jun 2012 05:30 PM PDT

mirror.co.uk

INILAH.COM, Liverpool – Dua kanak-kanak cilik ini mencuri barang dari sebuah kedai. Anehnya, sang ibu bukannya melarang tapi malah mengawasi kedua buah hatinya itu agar tak ketahuan.

Gadis cilik berusia enam tahun dan adik laki-lakinya yang berusia sekitar empat tahun, dilapor Mirror, keadaan kedai itu ketika jam makan siang yang biasanya sibuk. Si gadis cilik terlihat melompat ke peti sejuk dan memindahkan tin minuman Red Bull yang kecil, untuk mengambil yang lebih besar.

Sementara sang ibu nampak mengawasi dari pintu. Penjaga kedai menyuruh anak itu untuk turun, tapi si penjaga tak dihiraukan dan anak itu terus mencari minuman tin tersebut. Kemudian ia melihat ke arah pintu dan berteriak ke arah ibunya, "Yang ini, bu?"

Meniru kakaknya, si cilik yang melihat kotak sereal tepat di depannya langsung mengambilnya. Kemudian keduanya berlari keluar dari kedai secepat mungkin. Pemilik kedai, Sammi Mohammed, mengkhuatirkan anak-anak tersebut.

"Mereka akan membesar dan berfikir mencuri itu sah dan normal. Saya sedang melayani pelanggan dan ketika saya keluar, mereka sudah tak terlihat. Apa yang boleh saya lakukan? Mereka anak-anak yang masih amat kecil," ujarnya.

Keluarga penagih

Posted: 05 Jun 2012 05:15 PM PDT

Satu keluarga menjadi penagih...







Ada 'hantu' tengah projek di tepi lebuhraya ditarik polis

Posted: 05 Jun 2012 05:00 PM PDT

Peduli apa janji puas layan....begitulah agaknya di dalam kepala
otak manusia ini...Biarpun ramai yang melihat mereka tak pedulikan...
akhirnya polis yang datang menghentikan aksi lawak mereka ini....







Gejala Mengguna Puting Berlebihan

Posted: 05 Jun 2012 04:45 PM PDT

puting susu Pictures, Images and Photos
Ada di antara anak -anak kita yang begitu sukar untuk 'melepaskan' puting daripada mulutnya.Gejala penggunaan puting secara berlebihan :
  • Gigi beralih posisi iaitu tertolak kedepan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik
  • Kerosakan gigi(bahagian depan) berlaku jika puting bayi di celup kedalam bahan manis sebelum dihisap
  • Anak anda mungkin cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung.Keadaan ini boleh menyebabkan mereka mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan
  • Anak anda juga tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah bagi menghasilkan semua sebutan dengan baik
  • Menghisap terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut

Seorang Programmer Ganti Jari Tangan dengan "Flash Disk"

Posted: 05 Jun 2012 04:30 PM PDT

Seorang programmer komputer asal Finland membuat kejutan. Dia menjadikan satu jarinya sebagai media penyimpanan data digital @ flash disk.Ini merupakan yang pertama di dunia.


Programmer yang bernama Jerry Jalava tersebut telah kehilangan salah satu jari tangannya kerana kemalangan. Namun insiden itu telah menimbulkan idea unik baginya, membuat jari tiruan yang sekaligus berfungsi sebagai media flash disk untuk menampung data.

Jalava menggunakan flash disk berkapasiti 2GB yang ditautkan di hujung jari palsunya. Flash disk itu sendiri digunakan sama seperti flash disk pada umumnya, untuk menyimpan foto, film, serta berbagai aplikasi.


Jari palsu tersebut untungnya tidak dipasang secara tetap sehingga boleh dengan mudah dilepas dan dimasukkan ke  USB komputer.

Jalava mengatakan, dia memperoleh idea ini dari doktor yang merawatnya. Doktor, yang mulanya hanya bergurau, mengatakan bahawa sebagai programmer jari Jalava seharusnya boleh dipakai untuk menyimpan data.

Cetusan idea doktor tersebut ternyata dianggap serius oleh Jalava. Da pun benar-benar mewujudkan idea tersebut jadi kenyataan.

Kasut Converse Yang Cun

Posted: 05 Jun 2012 04:15 PM PDT












Alasan kenapa doktor bedah menggunakan baju hijau

Posted: 05 Jun 2012 04:00 PM PDT

Pada mula memang yang digunakan adalah warna putih yang melambangkan kebersihan. Namun, seorang doktar berpengaruh menggantinya dengan warna hijau kerana menurut dia warna hijau lebih nyaman di mata.






Walaupun sukar dijelaskan mengapa warna hijau jadi popular kerana alasan ini, hijau memang sesuai bagi doktar untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah lawan dari warna merah dalam roda warna.


Menurut seorang ahli psikologi, melihat pada warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah dalam melihat benda-benda bewarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah saat pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak memudar sensitfnya terhadap variasi warna merah.


Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan ilusi nofa berwarna hijau pada latar warna berwarna terang atau putih. Ini akan menggangu penglihatan doktar. Jika warna baju ahli bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktar.



Penonton solat Isyak berjemaah ketika konsert underground

Posted: 05 Jun 2012 11:00 AM PDT

Pada  16 Oktober yang lalu satu konsert diadakan di sebuah tempat di Indonesia.Konsert ini digelar  "URBAN GARAGE FESTIVAL 2" yang hampir keseluruhnya diisi oleh Band-band tempatan yang beraliran underground dari metal, punk, hardcore dan lain-lain. Dan ketika waktu Solat Isyak telah tiba mereka pengacara dan penonton melaksanakan Solat Isyak berjama'ah...'SUBHANALLAH'

Mengejutkan: Buku Sex dengan Halaman Kosong laris dijual

Posted: 05 Jun 2012 10:30 AM PDT


Profesors Sheridan Simove telah menghasilkan sebuah buku dengan 200 halaman berjudul "What Every Man Thinks About Apart From Sex" atau "Apa Yang Difikirkan Lelaki Selain Dari Sex". Yang menarik dari buku tersebut adalah bahwa semua halamannya kosong.


 Buku tersebut terjual laris secara online di Amazon menyusul promosi yang heboh di antara para mahasiswa di seluruh Inggris.


 Buku seharga £ 4,69 itu, dimaksudkan sebagai hadiah, dan digunakan oleh mahasiswa sebagai sebuah buku catatan.


 Mahasiswa Nottingham Jess Lloyd berkata: "Aku membeli buku itu untuk teman saya sebagai lawak dan ia mulai menggunakannya sebagai sebuah buku catatan untuk kuliah. Sekarang semua orang tampaknya memiliki buku itu. Buku itu sudah menjadi sebuah kegemaran di kampus."


 Pengarang Sheridan Simove yang merupakan lulusan Oxford University mengatakan: "Buku ini merupakan hasil dari 39 tahun penelitian yang melelahkan dan studi praktis dalam subjek. Saya meninggalkan apapun untuk penelitian itu dan benar-benar mencurahkan diri saya ke penelitian itu.


 Setelah bertahun-tahun kerja keras saya akhirnya menyedari bahawa laki-laki tidak memikirkan apa-apa selain dari seks. Itu adalah kesimpulan yang mengejutkan dan saya menyedari bahawa dunia harus diberitahu tentang temuan saya.


 Saya tidak pernah berfikir sedikitpun bahawa karya saya akan diterima oleh ribuan mahasiswa di Inggris. Hal ini sangat menyenangkan untuk melihat buku saya mengalahkan banyak karya akademik lainnya yang penulisnya mengatakan telah bekerja lebih keras daripada saya." katanya


 Sumber: http://madpost.info

Aksi brutal auntie dalam bas

Posted: 05 Jun 2012 10:15 AM PDT


sampai macam tu sekali aksi auntie ni....

sumber gambar : stomp.com.sg

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Yasmin Hunwick Top 10 Trending Dalam Twitter

Posted: 05 Jun 2012 09:39 AM PDT



Kuala Lumpur - Yasmin Hunwick atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe hanyalah seorang gadis biasa yang sering kali 'tweet'ing dalam Twitter. Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah gambar yang dimuat naik Yasmin pada hari di mana dia maut dalam sebuah kemalangan langgar lari. Gambar yang dimuat naik adalah di bawah ini:



Adakah mangsa tersebut sudah tahu ajalnya? Selepas kemalangan, salah seorang daripada rakannya telah menulis pasa Twitternya mengenai keadaan di tempat kemalangan. Nampaknya memang teruk dan rasanya Yasmin maut di tempat kejadian kerana beberapa orang yang tidak bertanggungjawab. Berikut adalah bunyi dalam Twitter rakannya :



G.A.M berharap Yasmin Hunwick akan berada bersama sama roh orang orang beriman. Dengan ini diakhiri dengan bacaan Al- Fatihah. Takziah untuk keluarga Yasmin juga..

GAMBAR KAKI YUNA CETUS KONTROVERSI

Posted: 05 Jun 2012 09:08 AM PDT


Popular salah tak Popular pun salah,barangkali ini sudah menjadi lumrah artis kini, Yuna baru baru ini telah mengupload gambar kakinya ke Instagram telah mencetuskan kontroversi pada sesetengah pihak dan kalangan peminatnya.

Gambar tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke Chicago, USA sebagai sebahagian daripada tour persembahannya.


Gambar kaki yang diupload oleh Yuna ke Instagram mencetuskan kontroversi di kalangan peminatnya. Yuna yang sudah diketahui aktif ber'Istagram' telah menghantar gambar ini ketika dalam perjalanan menuju ke Chicago, USA sebagai sebahagian daripada tour persembahan beliau.

Yuna sering kali dilihat memuat naik gambar-gambarnya di profil Instagram miliknya tidak kiralah di mana sahaja dia berada.


Dalam kegembiraan tersebut, gambar kaki yang diuploadkannya telah dikutuk habis habisan didalam laman twitter. G.A.M juga tidak memahami, pada G.A.M gambar tersebut tidak lah dikira keterlaluan.

Menerusi laporan dari Rotikaya.com, peminat-peminat Yuna mempersoalkan kredibiliti Yuna sebagai seorang penyanyi yang terkenal dengan imej bertudung, tetapi telah mendedahkan aurat kakinya. Bagaimanapun, Yuna telah pun memadamkan komen-komen negatif yang diterimanya di profil tersebut.

Persoalannya sekarang adakah mendedahkan aurat seperti tapak kaki dibalasi dengan kutuk dan komen komen yang boleh menyinggung perasaan artis ini? Adakah ini wajar?

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Cincin, kuda lambang cinta

Posted: 04 Jun 2012 03:33 PM PDT

Hip

Farid takkan lamar Diana Danielle dalam masa terdekat

LELAKI ini mengaku pernah menghadiah sebentuk cincin berlian kepada kekasihnya, pelakon Diana Danielle.

Begitupun tegas aktor yang juga pengarah filem, Farid Kamil, mereka berdua belum bertunang, sebaliknya cincin berkenaan hanyalah simbolik tanda kasih sempena ulang tahun ketiga percintaan mereka.

Menganggap perhubungan mereka masih baru dan perlu masing-masing perlu memberi peluang untuk meneroka lebih jauh lagi dalam bidang seni, Farid berasakan perancangan masa depan perlu diatur sebaik mungkin sebelum mereka mengambil tindakan untuk menaiki jenjang pelamin.

Namun begitu dia tidak menolak, detik lamaran akan tiba juga kelak, tetapi bukanlah dalam masa terdekat.

Manakala cincin berkenaan pula dihulurkan sebagai hadiah buat si kekasih, selain usahanya memujuk hati gadis dicintainya.

Mungkin pemberian cincin dilihat sebagai amalan romantik biasa dalam percintaan, namun dua tahun lalu, Farid juga pernah menghadiahkan seekor kuda kepada pelakon filem Dalam Botol itu, sempena ulang tahun hari lahirnya yang ke-19.

"Sebelum dapat apa-apa barang daripada saya, saya akan buat dia menangis dulu. Apabila sudah sampai kemuncak tangisannya, baru saya kejutkan dia dengan hadiah istimewa.
"Kerana dia minat sangat dengan haiwan berkenaan, jadi saya menghadiahkan seekor kuda untuknya.

Cincin pula, walaupun kecil dan murah, tetapi bagi golongan wanita, ia tetap sesuatu yang tidak ternilai harganya," katanya yang mengaku belum terfikir menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Farid, yang kini lebih terbuka untuk berbicara soal cinta, berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kembara Menjejak Al-Hambra' Menyusuri Kegemilangan Sejarah Islam Di Bumi Andalusia - Sepanyol dan Maghribi bersama Farid Kamil, tajaan Speed Travel and Tours Sdn Bhd di Bangsar, semalam.

Menganggap perhubungan mereka masih baru dan perlu masing-masing perlu memberi peluang untuk meneroka lebih jauh lagi dalam bidang seni, Farid berasakan perancangan masa depan perlu diatur sebaik mungkin sebelum mereka mengambil tindakan untuk menaiki jenjang pelamin.

Kesibukan dalam bidang seni pula tidak pernah menghalang keutuhan cinta antara kedua-duanya. Bahkan lelaki ini menganggap kehidupannya sekarang lebih tersusun, dan dia sendiri dapat memberikan tumpuan kepada kehidupan dengan lebih sempurna, berbanding beberapa tahun lalu.

Sementara itu, menyaksikan sendiri aksi ghairah kekasihnya bersama Remy Ishak dalam filem Jiwa Taiko yang akan menemui penonton 14 Jun ini, Farid mengaku sedikit pun tidak timbul rasa marah mahupun terkilan. Dia amat memahami tuntutan watak dan cerita yang perlu dijayakan aktres terbabit.

Tak mahu abai kerjaya seni kerana persatuan

JIKA sebelum ini Farid dilihat begitu sibuk dengan pengajian dan lakonan, sehingga mengabaikan dirinya sendiri, kini hidupnya lebih teratur selepas dua tahun menyepikan diri dari dunia seni.

"Saya bukan hilang, tetapi dalam tempoh dua tahun itu saya banyak meluangkan masa untuk diri sendiri, serta mencari hala tuju dalam dunia seni.

"Sekarang saya sudah menguasai dua bidang iaitu lakonan dan pengarahan, tetapi saya tetap lebih bertumpu pada lakonan kerana masih banyak aspek perlu saya pelajari dalam arahan," katanya yang akan menjalani penggambaran filem Dampak bersama Aaron Aziz, pertengahan Jun ini.

Masih berbaki tujuh filem terbitan Metrowealth Pictures yang perlu diarahkan selepas Kongsi, V3 dan terbaru Per3, Farid turut bekerjasama dengan pengarah, Hashim Rejab, dalam filem terbaru berjudul Bodyguard Dari Kedah.

Menyentuh soal aktiviti berpersatuan pula Farid berkata, dirinya lebih berminat untuk terbabit sebagai ahli biasa.

Kesibukan dengan aktiviti lakonan dan arahan sedikit sebanyak mengehadkan pembabitannya dalam kegiatan sebegitu dan dia sendiri enggan menggadai karier seni kerana mengejar kedudukan dalam sesebuah pertubuhan seni.
"Bila kita sibuk dengan berpersatuan, kita abaikan kerjaya sampaikan diri sendiri pun kita lupa.

"Setiap anak seni ada matlamat dan arah tuju, tetapi jika kita sibuk berpersatuan, kita lupa matlamat asal. Berat bagi saya untuk aktif berpersatuan," katanya yang kini menunggu filem terbarunya, Hantu Gangster, ditayangkan kepada umum.


The Hunger Games menang besar

Posted: 04 Jun 2012 03:24 PM PDT

Hip

Josh Hutcherson (kiri) dan Elizabeth Banks.

Josh Hutcherson (kiri) dan Elizabeth Banks.

Breaking Dawn: Part 1 filem terbaik Anugerah MTV

FILEM The Hunger Games dan bintangnya muncul sebagai pemenang utama pada Anugerah Filem MTV, yang berlangsung di Los Angeles, malam kelmarin, dengan membawa pulang empat trofi.

Berbeza dengan tahun sebelum ini, acara berkenaan berlangsung agak sederhana, padahal ia cukup dikenali sebagai antara acara hiburan paling meriah di Hollywood. Bagaimanapun, bagi anugerah filem pilihan, berdasarkan undian peminat menerusi atas talian sepanjang acara berlangsung, The Twilight Saga - Breaking Dawn: Part 1 nampaknya berjaya menewaskan The Hunger Games dan sebuah lagi filem popular, Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2.

The Hunger Games memenangi trofi untuk kategori persembahan terbaik pelakon lelaki dan wanita, masing-masing buat Josh Hutcherson dan Jennifer Lawrence, transformasi terbaik untuk Elizabeth Banks dan juga pertarungan terbaik.
Trofi bagi kategori 'kurang sopan' pada malam berkenaan seperti 'dirtbag' terbaik di layar perak dimenangi oleh Jennifer Aniston bagi wataknya sebagai doktor gigi yang celupar dalam Horrible Bosses. Ciuman terbaik pula dimenangi Kristen Stewart dan Robert Pattinson menerusi filem Twilight. Ia kemenangan keempat berturut-turut dua pelakon ini.

Pengacara majlis, Russell Brand, yang terkenal dengan lawak seksinya turut berjenaka mengenai perkahwinan singkatnya bersama penyanyi Katy Perry. Dia mengucapkan terima kasih kepada bintang realiti, Kim Kardashian, yang menghilangkan tekanan dirasakan olehnya, apabila pernikahan wanita itu bersama Kris Humphries berakhir lebih awal daripada perkahwinannya.
Dia juga mengenakan beberapa bintang lain seperti Justin Bieber, Charlie Sheen, John Travolta, Kanye West dan pelakon filem Shame, Michael Fassbender, yang didakwanya 'mendapat rezeki daripada ketagihan seks'.

Manakala antara detik paling diingati pula datangnya daripada pelakon Christian Bale, yang memberikan pengenalan penuh emosi kepada sedutan eksklusif untuk filem terbarunya, The Dark Knight Rises, selepas rakaman Heath Ledger sebagai Joker ditunjukkan daripada filem kedua arahan Christopher Nolan, daripada francais wira kelawar itu.

Bintang Prometheus, Charlize Theron dan Michael Fassbender, pula berpura-pura melakonkan babak pertarungan ketika menyampaikan anugerah, sementara pelakon filem Magic Mike, Matthew McConaughey, Channing Tatum dan Joe Manganiello menggoda penonton dengan aksi ala penari bogel mereka.

Pelakon The Descendants, Shailene Woodley, diumumkan pemenang anugerah artis baru terbaik, bintang Spiderman, Emma Stone, menerima Anugerah Trailblazer dan aktor Dark Shadows, Johnny Depp, diberikan Anugerah Generasi 2012 kerana kerjaya cemerlangnya sepanjang tiga dekad lalu. - Reuters


My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Adda Butterfly Diceraikan Selepas 17 Hari Berkahwin

Posted: 05 Jun 2012 12:37 AM PDT

Adda Butterfly Diceraikan Selepas 17 Hari Berkahwin
Sebelum ini kecoh dengan Adda yang juga bekas kekasih mamat sepah dikatakan telah berkahwin dengan seorang duda Tapi hari ini kita dikejutkan pula dengan berita yang Adda Butterfly sudah pun bercerai dengan duda tersebut selepas 17 hari bergelar suami isteri yang sah.. Apa yang lebih memilukan Adda yang juga merupakan vokalis kumpulan Butterfly diceraikan memalui telefon sahaja..

"Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.

"Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.

"Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan," (Media Hiburan)

Tambah Adda lagi, sejak suaminya keluar daripada rumah akibat tekanan.. mereka berdua pernah berjumpa dan berbincang untuk menyelesaikan masaalah tersebut, namun kesemua perbincangan itu menemui jalan buntu dan akhirnya Adda Butterfly telah diceraikan melalui telefon selepas 17 hari berkahwin..

MyGosip harap Adda tabah menghadapi dugaan ini.. Masih ramai lagi lelaki bujang diluar sana menanti Adda..

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tawaran berlakon masih banyak

Posted:

Tawaran berlakon masih banyak

Tawaran berlakon masih banyak

DALAM sebuah majlis yang berlangsung pada pertengahan tahun lalu, Noorkhiriah Shapie dilihat tampil dengan gaya yang berbeza apabila memakai penutup kepala sehingga menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Ketika ditemu bual oleh para wartawan, pelakon yang popular menerusi filem Papadom itu memberitahu dia sebenarnya masih lagi belum bertudung, tetapi sedang berjinak-jinak mahu menutup aurat.

Bagaimanapun, ketika hadir semasa sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini, pelakon kelahiran Raub, Pahang itu mengakui dia kini memang sudah nekad untuk memakai tudung sepenuhnya.

"Walaupun sudah mula berjinak-jinak untuk melakukan perubahan terhadap penampilan, saya hanya bertudung sesekali sahaja dan masih lagi menerima tawaran lakonan yang tidak memerlukan saya supaya tidak bertudung.

"Namun, kini saya sudah bertekad mahu bertudung sepenuhnya dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Tidak dinafikan memang ada pihak yang mula memandang sinis terhadap penampilan saya ini, tetapi inilah keputusan saya sekarang," ujar ibu kepada dua orang anak itu.

Bercerita tentang perubahan yang berlaku terhadapnya dirinya itu, Noorkhiriah memberitahu semuanya bermula ketika dia bercuti bersama keluarga di Singapura pada 11 November 2011 sempena menyambut ulang tahun perkahwinanannya yang kelima.

Ujarnya, mulai saat itu tiba-tiba terdetik di hatinya agar dia perlu melakukan perubahan terhadap penampilan diri. Tanpa berfikir panjang dia telah membuat keputusan untuk bertudung sepenuhnya.

"Selama ini saya telah memperoleh rezeki yang banyak serta dikurniakan seorang suami yang baik dan dua orang anak. Namun, saya masih lagi tidak mengikut suruhan-Nya terutama sekali bab menutup aurat.

NOORKHIRIAH dilihat semakin jelita sejak menutup aurat.


"Berbanding beberapa rakan artis yang berhijrah setelah mengalami perkara yang pelik sehingga membuatkan mereka berubah, perubahan yang berlaku terhadap diri saya pula adalah atas kesedaran sendiri dan berkat doa suami," jelasnya.

Mengenai karier sebagai seorang pelakon pula, Noorkhiriah menjelaskan bertudung langsung tidak pernah membataskan dirinya untuk terus bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Ujarnya lagi, sehingga kini dia masih lagi banyak mendapat tawaran berlakon, namun dia seboleh-bolehnya cuba untuk elak daripada melakukan adegan-adegan yang bersentuhan dengan lelaki.

"Sudah tentu rezeki itu tertakluk kepada kuasa Allah dan saya sangat bersyukur kerana rezeki dalam bidang lakonan masih lagi ada. Namun, dengan imej sekarang ini saya perlu menjaga batas semasa penggambaran.

"Selalunya saya akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu, misalnya kalau ada adegan bersentuhan. Malah, saya berasa sangat lega apabila pengarah dapat memahami kehendak saya," jelasnya.

Masih terima

Tidak dinafikan Noorkhiriah merupakan antara pelakon wanita tempatan yang sangat versatil dan mampu membawakan apa sahaja watak yang diberikan terutamanya dikenali ramai menerusi watak komedi.

Sebagai bukti pelakon berkenaan pernah menggondol anugerah Pelakon Komedi Wanita Popular selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2008, 2009 dan 2010.

SEBAGAI seorang wanita yang menjaga auratnya, Noorkhiriah kini tidak mahu melakukan adegan yang memerlukan dia bersentuhan dengan lelaki.


Menurutnya, biarpun kini sudah bertudung sepenuhnya, dia tidak terlalu selektif terhadap sebarang tawaran lakonan yang diterima, termasuk berlakon dalam drama atau telefilem komedi.

"Sekalipun saya kini sudah bertudung, tidak bermakna saya perlu memilih tawaran tertentu kerana lakonan merupakan kerjaya saya. Tidak kisah apa sahaja genre sama ada serius atau komedi, saya akan tetap memberikan lakonan yang terbaik.

"Lagipun yang berubah cuma penampilan saya sahaja, tetapi kerjaya saya sebagai pelakon masih lagi seperti biasa. Asalkan ada persefahaman dan toleransi antara saya dan pengarah, saya tidak kisah membawakan apa sahaja watak," jelas isteri kepada Azfaidzul Antan itu.

Ujarnya, jika selama ini dia lebih kerap memegang watak protagonis dalam lakonannya, Noorkhiriah juga sebenarnya mempunyai keinginan untuk membawakan watak hitam atau jahat sebagai satu bentuk cabaran baharu dalam kerjayanya.

Sona tak sempat bercinta

Posted:

Sona tak sempat bercinta

Sona tak sempat bercinta

SONAKSHI SINHA


LANTARAN terlalu sibuk melompat dari satu lokasi ke lokasi lain, Sonakshi Sinha atau Sona yang baru menyambut ulang tahun ke-25 memberitahu dia tak punya waktu untuk bercinta.

"Saya terlalu sibuk dan memberi fokus terhadap karier sampai tak sempat nak bercinta," ujar Sona yang baru selesai menjalani penggambaran lima buah filem selain terbabit dengan penggambaran iklan komersial.

Ujarnya lagi, dia kadangkala tidak mempunyai masa untuk diri sendiri, terutamanya sejak lapan hingga 10 bulan kebelakangan ini lantaran terlalu sibuk bekerja.

Mujur baru-baru ini, dia sempat meraikan ulang tahun dirinya itu bersama keluarga.

"Saya memang akan meraikan ulang tahun saya bersama keluarga dan teman rapat pada setiap tahun. Ia hanya sesi makan malam yang ringkas," ujar aktres tersebut.

Dalam pada itu, Sona juga berharap kariernya akan terus berkembang pada masa akan datang.

Ujarnya: "Saya mahu berlakon dalam filem yang lebih baik, mendapat karakter yang lebih mencabar dan menjadi aktres yang serba boleh."

Sepanjang tahun ini, Sona bakal muncul menerusi empat buah filem dengan dua daripadanya menyaksikan gandingan dirinya bersama Akshay dan masing-masing sebuah filem bersama Ajay Devgan dan Salman Khan.

Kak Pah berehat lima bulan

Posted:

Kak Pah berehat lima bulan

Kak Pah berehat lima bulan

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

KAK PAH mengakui mengalami tekanan perasaan kerana perlu tinggal di hospital selama 15 hari sepanjang dirawat akibat jangkitan kuman pada paru-parunya.


DUA minggu lepas, industri muzik tempatan dikejutkan dengan berita biduanita negara, Datuk Sharifah Aini yang telah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Namun ketika itu, Sharifah Aini atau lebih mesra disapa Kak Pah, tidak memberi sebarang respons terhadap berita tersebut. Perkembangan kesihatan Kak Pah hanya diberitahu melalui laman sosial Facebook oleh rakan baiknya, Khalilah Datuk Mohd. Talha.

Namun, pada konsert separuh akhir Mentor musim keenam yang berlangsung baru-baru ini, Kosmo! berpeluang menemui Kak Pah untuk mendapatkan cerita penuh mengenai keadaan sebenar yang dilalui Kak Pah ketika ditahan di wad sebuah hospital tempoh hari.

Kosmo!: Apa yang terjadi pada Kak Pah sehingga dikejarkan ke hospital?

KAK PAH: Sebenarnya saya menghidap jangkitan kuman pada paru-paru. Penyakit tersebut sebenarnya boleh menyerang badan kita secara tiba-tiba dan saya tidak tahu saya telah dijangkiti penyakit tersebut.

Adakah mungkin kerana anda terlampau kuat bekerja?

Ya, saya memang kuat bekerja. Tiga tahun saya tidak berehat daripada melakukan kerja. Ini kerana sejak tiga tahun lepas, saya telah menganjurkan sebanyak tujuh buah konsert dan persembahan. Kini saya terlibat sepenuh masa dengan sebuah syarikat badan bukan kerajaan, Islamic Aid. Jadi saya banyak merantau ke sana dan ke sini untuk menghantar bantuan. Jadi saya rasa saya telah menyeksa diri saya kerana tidak berehat. Badan saya tidak boleh lagi menerima sebarang tekanan.

Bagaimana kondisi anda pada ketika itu? Apa kata doktor?

Saya tidak boleh bernafas. Semasa pergi melakukan gema pengimejan magnetic (MRI), mereka masukkan saya ke wad kecemasan. Paru-paru saya semua sudah berjangkit kuman dan saya dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara.

Apabila perkara seperti ini berlaku, mungkin terdetik penyesalan kerana tidak menjaga kesihatan?

Saya terasa (kesal) juga kerana telah menyeksa badan saya. Memang saya terlalu letih.

Adakah Mentor 6 ini merupakan aktiviti terakhir sebelum anda berehat sepenuhnya?

Ya. Selesai Mentor, saya akan berehat selama lima bulan dan perlu penjagaan rapi. Sebenarnya sekarang pun saya sedang menerima rawatan dan setiap lima hari saya perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap paru-paru saya.

Apa nasihat doktor kepada anda selepas perkara seperti ini berlaku?

Doktor menasihati saya untuk berehat. Saya berada di hospital selama 15 hari dan baru sahaja keluar tadi. (semasa Mentor 6 separuh akhir). Saya tidak pernah dapat rehat yang sebegitu. Dapat tidur, dapat berehat sepenuhnya.

Ada anda terfikir sesuatu yang tidak elok akan berlaku semasa tiba-tiba sakit tempoh hari?

Sejujurnya, bila saya terlalu sakit tempoh hari, rasa seperti mungkin sudah tiba masanya untuk saya pergi. Cuma saya minta pada Allah, agar Aliff dapat pulang untuk imamkan jenazah saya. Itu yang terlintas dalam fikiran saya. Saya reda kerana jika memang betul sudah sampai masanya saya untuk pergi. Namun, Alhamdulillah, saya masih diberikan umur yang panjang.

Mengapa ketika anda masuk hospital, tidak mahu kongsi dengan semua tentang keadaan anda?

Ketika saya berada di Unit Rawatan Rapi, saya tidak mahu orang membuat spekulasi. Apabila cerita ini keluar, mungkin semua akan panik dan itu menambahkan tekanan semua orang. Saya tidak mahu mereka di luar sana terlalu risau akan keadaan saya. Saya juga bukan muda lagi, saya telah pun berumur 58 tahun. Jadi apabila perkara seperti ini berlaku, ia boleh menimbulkan pelbagai reaksi.

Seperti minggu lepas, apa yang memberikan anda kekuatan untuk datang juga menjadi juri ke konsert Mentor 6. Walaupun ketika itu, kelihatan tangan anda masih mempunyai jarum yang dicucuk dari hospital?

Sebenarnya, saya sudah tertekan tinggal terlalu lama di hospital. Saya meminta kebenaran untuk hanya keluar selama lima jam. Saya rasa seronok juga kerana saya perlu meninggalkan wad untuk seketika.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Persandingan dalam taman

Posted: 04 Jun 2012 07:13 AM PDT

MERENTASI ladang tebu saujana mata memandang di Padang Besar, Perlis dan kemudian melewati pemandangan indah di pekan kecil, begitu mengundang rasa damai pada setiap pengembara.

Memang betullah kata-kata pengantin perempuan, Nur Fasha Sandha Hassan bahawa kampung halamannya begitu cantik untuk dijadikan lokasi persandingannya bersama lelaki yang berjaya menambat jiwanya, Rizal Ashram Ramli.

Lantas petang Ahad lalu, berlatar belakangkan Tasik Timah Tasoh luas dengan persekitaran keliling banjaran bukit, Fasha dan suaminya, Rizal sekali lagi diraikan dalam majlis resepsi untuk sebelah keluarga perempuan dengan meriah.

Pasangan yang diijabkabulkan pada 27 April lalu dalam majlis pernikahan tertutup di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur itu tampil dalam persalinan Melayu tradisional sentuhan pereka fesyen, Rizman Ruzaini di depan kira-kira 2,000 tetamu yang terdiri daripada kalangan keluarga, sahabat, teman media dan peminat daripada kelab We Love Fasha Sandha.


Ujar Fasha yang ditemui pada majlis persandingannya itu, segala perancangan dan persiapan untuk majlis ini disiapkan ibunya yang mesra disapa Mama saja.


Bukan enggan mengambil tahu atau mengendahkannya, namun menurut bintang filem berusia 28 tahun ini, Mama memang ingin mengaturkan persiapan majlis resepsi di Perlis itu kerana semata-mata ingin meraikan keluarga dan sanak-saudara.

"Alhamdulillah semuanya sudah selamat dan berjalan lancar. Saya sangat seronok kerana akhirnya diraikan di kampung halaman sendiri. Rizal sendiri begitu seronok apabila berpeluang bertemu semua keluarga saya di sini. Ini semua adalah usaha Mama dari pemilihan lokasi hinggalah atur cara majlis," katanya.

Tambah Fasha yang 'bunting pelamin', dia rasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang begitu menyayangi dan memahaminya.

"Pejam celik sudah lebih sebulan kami bersama sebagai suami isteri. Saya bersyukur kerana Rizal seorang yang matang dan tidak henti berada di belakang saya menerima baik dan buruk yang ada. Itulah sifatnya yang berjaya menarik perhatian saya," katanya yang mengakui mengenali Rizal sejak lebih tujuh tahun lalu, namun mula berkawan rapat kira-kira dua tahun lalu.

Majlis persandingan Fasha pada petang Ahad lalu turut dihadiri tetamu kehormat seperti bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan beberapa orang kenamaan lain selain keluarga serta teman-teman yang sanggup datang jauh dari Kuala Lumpur.

Menjamu selera dengan menu masakan kampung yang lazat sambil memerhatikan kedua-dua mempelai makan beradab dan kemudian ke sesi memotong kek, majlis persandingan ini dianggap begitu indah.

Fasha dan Rizal tiba jam 2 petang diiringi rombongan kereta mini dan motosikal berkuasa tinggi. Selain disambut dengan paluan kompang dan tarian tradisional, pasangan pengantin turut dinantikan semua tetamu yang ingin merakamkan foto bersama.

Menurut Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai, inilah pertama kali dia diraikan sebegitu gemilang oleh sanak-saudara Fasha selain bersanding di tengah taman rekreasi yang begitu cantik.

Menyifatkan majlis persandingan ini adalah simbolik bagi menghargai keluarga yang tidak henti mendoakan kebahagiaan, Rizal yang juga ahli perniagaan berusia 36 tahun bersyukur kerana bukan saja mereka berdua diraikan, sebaliknya kali ini pelamin yang tersergam indah itu turut meraikan kandungan Fasha yang kini berusia tiga minggu.

Menurutnya yang menghalang Fasha mengenakan kasut tumit tinggi bagi menjaga kandungan sulung ini, persandingan ini adalah cukup istimewa dan memberikannya pengalaman terindah.

"Kegembiraan saya apabila mendengar berita Fasha mengandung sudah tidak mampu saya terjemahkan dengan kata-kata. Lantas apabila kami diraikan sebegini meriah, saya merasakan ia adalah rezeki anak sulung kami berdua yang juga kami raikan sekali.

"Alhamdulillah rezeki buat kami datang awal dan ketika kami berada di atas pelamin, ia adalah erti kebahagiaan buat kami bertiga," katanya yang bersyukur dengan berita isterinya hamil.

Menyentuh soal kerjayanya, Fasha yang juga pemenang enam kali pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 akui terpaksa mengurangkan aktiviti seninya atas nasihat suami yang lebih selesa jika dirinya berehat.

"Saya terpaksa menolak watak utama sebagai Serakit untuk sebuah drama bersiri tayangan TV3 kerana terlalu banyak babak aksi seram dan Rizal tidak mahu saya melakukannya kerana bimbang kesihatan anak dalam kandungan ini.

"Namun, Rizal tidak pernah menghalang kalau saya ingin kekal aktif asalkan tahu akan tanggungjawab dan komitmen sebagai isteri kepadanya. Namun, saya sendiri yang mengambil inisiatif untuk mengurangkannya kerana ingin meletakkan sepenuh fokus kepada keluarga.

"Insya-Allah saya akan kembali ke lokasi drama baru Julai ini," katanya.

Rizal dan Fasha sebelum ini sempat meluangkan masa empat hari untuk berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu. Persandingan meriah Fasha dan Rizal pada hari itu dikendalikan pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Fiza.




Fauziah bermonolog lagi

Posted: 04 Jun 2012 06:54 AM PDT

KETOKOHAN Fauziah Nawi atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ibu' dalam seni lakonan drama mahupun teater tidak perlu dipertikaikan lagi. Banyak sudah lakonan mantap ditonjolkan pelakon filem Sayang Salmah, Hoore! Hoore! serta telemovie Pondok Buruk ini.

Fauziah juga pernah mengarahkan beberapa pementasan antaranya Orang Kota Baru, Lorong Blues dan Teater Mahsuri.

Selain itu, beliau tidak ketinggalan mewakili Malaysia dalam Festival Teater Asean di Bangkok dan Bandar Seri Begawan. Menerusi produksi Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) yang ditubuhkan pada 1998, beliau terus bergerak aktif selain banyak diundang menjadi juri dan tenaga pengajar program realiti TV.

Tidak saja berkarya di Malaysia, beliau turut menerima jemputan mengadakan pementasan di London pada 2004 dan Singapura (2010).


Terbaru, Stefani Events tampil lagi dengan sebuah monolog menarik, menggabungkan tiga kisah pendek berjudul Maraton, Geliton dan Talkaton.


Pementasan ini sudah tentu membawa mesej tersendiri dengan menyentuh isu semasa masyarakat.

Untuk makluman peminat, pementasan Maraton ini sedang rancak dipentaskan di MaTIC, Kuala Lumpur sejak 1 Jun hingga 10 Jun ini, jam 9 malam.

Menariknya, Maraton menampilkan kebolehan Fauziah beraksi secara solo sambil menyanyi dan menari. Itu sudah cukup membuktikan kebolehan beliau sebagai bintang serba boleh.

Tidak ketinggalan, Maraton menampilkan dua anak didik beliau yang mempersembahkan Geliton dan Talkaton.

Fauziah berkata, Maraton antara hasil karya Stefani Events yang menerapkan mesej intelektual.

"Kami mahu tonjolkan satu budaya yang positif dan intelektual kepada penonton.
Objektif kami antara lain mahu menjana pemikiran masyarakat ke arah sesuatu yang positif. Memang kami juga ingin memperkasakan kesusasteraan dan kesenian Melayu di kalangan masyarakat," katanya.

Geliton menampilkan pelakon berbakat besar, Raja Emy Shahril manakala Mohd Hafiz pula beraksi dalam Talkaton. Maraton diarahkan Iryanda Mulia Ramly sementara Fauziah pula mengarahkan Geliton dan Talkaton.

Maraton mengisahkan Syalie atau Saerah Mat Sarif yang merasakan semua dalam hidupnya masih terbengkalai. Bagi Syalie, apalah erti kehidupan ini kalau hanya sarat dengan ketakutan dan mimpi-mimpi akhirat yang mengerikan.

Baginya lagi, kehilangan juga adalah satu pertemuan untuk satu permulaan.
Walaupun usia menghalang kudratnya, dalam mengejar harapan, larian itu tetap akan diteruskan. Daripada berlari-lari anak dan kemudian berjalan walaupun akhirnya merangkak, semuanya akan diteruskan bagaikan sebuah Maraton yang tiada noktah.

Persembahan berdurasi sejam setengah ini mengenakan tiket berharga RM50 manakala pelajar hanya RM30. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 017-3167995 atau menerusi e-mel stefanievents@yahoo.com.




Isnin, 4 Jun 2012

Zon Artis

Zon Artis


Adda Butterfly Dicerai Selepas 17 Hari Berkahwin

Posted: 04 Jun 2012 10:25 PM PDT

GAMBAR KAHWIN ADDA BUTTERFLY

Mengejutkan! Nur Syuhada atau lebih dikenali sebagai Adda yang merupakan vokalis Kumpulan Butterfly dan ramai mengenalinya sebagai bekas kekasih Mamat Sepah telah bercerai selepas 17 hari berkahwin. Adda yang ditemui ketika menghadiri majlis tayangan istimewa filem 'Mael Lambong' yang berlangsung semalam mengesahkan perkara tersebut.

Berikut penjelasan daripada Adda:-

"Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.

"Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.

"Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan,"

Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu. Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja. Walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda mengakui yang dia tetap bahagia dengan kehidupan yang dilalui.

Psstt: Cool pula nengok sarung iPad ekslusif Ed Hardy ni~

Related Posts with Thumbnails

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


TV3 Anjur Opening Viewing Party EURO 2012 Poland VS Greece

Posted: 04 Jun 2012 07:02 AM PDT

DEMAM EURO 2012 MELANDA!

Selepas Austria dan Switzerland, kini giliran Poland dan Ukraine menjadi tuan rumah bersama kejohanan Bola Sepak terunggul benua Eropah. Menampilkan pasukan-pasukan elit seperti juara bertahan, Sepanyol, Italy, Perancis, Jerman, Belanda dan England.

Malah, penampilan pasukan seperti Russia, Denmark, Croatia dan lain-lain juga tidak harus dipandang rendah kerana mereka juga mencatatkan keputusan yang memberansangkan di peringkat kelayakan.

Berita baik buat peminat fanatik bola sepak, Media Prima dengan tema "Real Fans Real Football" akan membawakan kepada anda 16 perlawanan EURO 2012 secara langsung dengan percuma!

Dengan kerjasama penaja utama Maxis, Media Prima akan menganjurkan acara "Opening Viewing Party EURO 2012" istimewa buat peminat bola sepak di Lembah Klang. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah hebat ditawarkan, antaranya, tiket untuk menyaksikan perlawanan Manchester United!

Selain itu, pengunjung berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan personaliti Media Prima seperti Aidid Marcello, Tabah Sazwan Othman, Baki Zainal dan tetamu istimewa, Vivian Alexander Anderson (bekas pemain Nottingham Forest, Arsenal, Manchester United dan England).

Serta, berhibur dengan artis-artis popular tanah air seperti Sofarz, Drama Band, Second Whisper, Round Robin, Leelesm, peserta Showdown dan Mentor 6! Tepat jam 11.30 malam, skrin gergasi di perkarangan Sri Pentas akan menyiarkan upacara pembukaan EURO 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional Warsaw, Poland disusuli perlawanan pembukaan EURO 2012 di antara pasukan tuan rumah, Poland menentang Greece.

"Opening Viewing Party EURO 2012 – Poland VS Greece akan diadakan di:

Hari/Tarikh : Jumaat, 8 Jun 2012
Waktu : 8.00 malam – 2.00 pagi
*Siaran Langung perlawanan pembukaan bermula pada jam 12.00 tengah malam
Tempat : Perkarangan Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya

TV3 Anjur Opening Viewing Party EURO 2012 Poland VS Greece

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Time Change For NTV7's Mandarin News
  • SORAK BORAK EURO HANGATKAN EURO CUP 2008 FEVER
  • Jadual Siaran Perlawanan Bola Sepak Euro 2012
  • Live Viewing Party Featuring Gary Pallister & Ronny Johnsen
  • ASTRO Siaran Langsung Penuh Uefa Euro 2012 HD
  • GAMBAR KEMERIAHAN VIEWING PARTY PERLAWANAN AKHIR EURO 2008
  • England Dan Jerman Akan Tersingkir UEFA EURO 2012
  • The World's First 360-Degree Projection Dome Pavilion KL
  • Michael Jackson's Michael Is The #1 Selling Global Album
  • TM UniFi Anjur Konsert Lancar Saluran EC Inspirasi
  • Tips Fesyen Artis Popular Dalam Program Majalah Planet R

    Posted: 04 Jun 2012 06:56 AM PDT

    Kongsi Tips Berfesyen Ala Artis Popular Dalam Program Majalah Planet R Di TVi

    Ingin mengetahui tips berfesyen ala artis kesayangan anda tanpa perlu mengeluarkan bajet yang mahal? Kongsikan juga hobi artis yang dapat mendatangkan sumber pendapatan sampingan yang dapat mendorong motivasi terutama di kalangan remaja.

    Menemui penonton saluran TVi, RTM menyiarkan sebuah program majalah terbaharu, Planet R untuk generasi muda yang padat dengan informasi tentang fesyen, hobi yang dapat memberi panduan berguna kepada remaja Malaysia.

    Setiap episod program ini yang menemui penonton mulai 10 Jun ini, setiap Ahad, jam 11.30 malam akan memaparkan informasi menarik dan terkini tentang kehidupan remaja daripada segenap aspek agar dapat memberi panduan dan inspirasi kepada remaja di luar agar menjalani kehidupan yang sihat.

    Program yang menampilkan pelakon cantik, Linda Hashim ini merangkumi segmen-segmen menarik iaitu Bajet Fesyen, Intai-Intai, Hobi & Ringgit dan Temubual Remaja turut dimuatkan di dalam program ini.

    Segmen Bajet Fesyen menampilkan seorang perunding fesyen yang diundang iaitu Azlia yang menerangkan cara- cara bagaimana untuk berfesyen seperti artis tetapi menggunakan bajet yang murah. Selain dari itu seorang model juga akan tampil dengan menggayakan dua fesyen pakaian ala-ala artis tersebut. Antara gaya artis yang dipilih adalah Yuna, Liyana Jasmay, Stacy, Aril, Sazzy Falak, Anna Rafali dan Adam. Juga tidak ketinggalan artis antarabangsa Wonder Girls, Justin Bieber dan Miley Cyrus.

    Dalam segmen Intai-Intai pula, Planet R merakamkan hobi seorang artis termasuklah penyanyi dan penari, Sabhi Saddi iaitu bekas anggota kumpulan Esdeco yang gemar menari dan menyanyi dalam menghabiskan waktu senggangnya. Menyusul kemudiannya Kumpulan P.O.P (bermain boling), Dr Faiz Khalid (aktiviti lasak, rock climbing), Khai (bermain golf), Tuah Iskandar dengan aktiviti masa lapangnya dengan berenang.

    Seterusnya, dalam segmen 'Hobi & Ringgit' memperkenalkan kumpulan yang baru meningkat naik iaitu kumpulan The Scientist, Air Brush, Keena Mentor yang membuat perhiasan dengan rekaan tersendiri untuk menghiasi sarung telefon, bidang perniagaan iaitu menjual tudung dan mereka fesyen tudung dan telah membuka satu laman perniagaan online. Tidak ketinggalan Bell Ngasri yang berkongsi hobinya dalam bidang rekaan dalaman selain mengetengahkan seorang remaja yang menjalankan perniagaan menjual kristal.

    Planet R diakhiri dengan temubual "vox pop" bersama remaja dengan bertanyakan soalan antaranya, Tahukah Anda Tentang Rukunegara?, Siapakah Perdana Menteri Kita Yang Di Gelar Bapa Pembangunan?, Siapakah Pencipta Jalur Gemilang ?, Namakan Siapa Tokoh Negara?, Di Manakah Terletaknya Daerah Tenom ? dan Siapakah Nama Menteri Penerangan?.

    Kongsikan program menarik ini hanya di TVi.

    Program Planet R ... hibur penonton TVi
    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Program Majalah Fesyen Labuci di TVi
  • Bersama Normala Samsudin di TV1
  • Film Planet 51 KRU Studios
  • Prelude Kemuncak AIM15 di Planet Hollywood & NTV7
  • Program Majalah Di Kaki TV2
  • Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2009
  • Tips Sihat
  • Daus Pengacara Musim Baru Intrend
  • Style Her Famous, Tips Solekan & Cara Dandanan di 8TV
  • Dato' Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • OHBULAN!

    OHBULAN!


    Hijabster : Tudung Ariani

    Posted: 04 Jun 2012 11:08 PM PDT

    ARIANI menawarkan lebih 200 rekaan tudung eksklusif yang di reka khas oleh pereka dalaman kami.ARIANI menggunakan fabrik-fabrik berkualiti yang diimport khas dari Itali, Perancis, Jerman dan Turki. Antara jenama antarabangsa yang boleh di dapati di ARIANI ialah VALENTINO, AKER, ARMINE, AKEL, BONASERA, ISADORA, UNGARO dan PIERRE CARDIN. Di samping itu terdapat juga Tiara Eksklusif & Tiara Diamond.

    Kesemua rekaan tudung ARIANI amat berbeza dan tidak terdapat di mana- mana butik tudung yang lain. Ia di reka khas dengan kehalusan jahitan pada tudung dengan ketahanan dan kualitinya serta ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan

    Jenis-Jenis Tudung ARIANI
    Terdapat pelbagai jenis tudung keluaran ARIANI. Antaranya tudung Tiara Chiffon, Tiara ARIANI, Tiara Special Beaded, Tiara Floral Printed, Tiara Diamond Swarovski, Chiffon Tiara Diamond & Beaded, Tiara Crepe Silk, Selendang Eksklusif Handmade, Selendang Crepe Silk dan lain- lain lagi.

    Kesemua tudung ARIANI berharga dalam lingkungan dari RM 39 hingga ke RM 450, bergantung kepada jenis fabrik dan hiasan diamond atau sulaman tudung.

    Ada antaranya direka dengan amat eksklusif dengan jahitan sulaman yang mana untuk set masterpiece, ARIANI direka dengan renda bersulam tampal dihiasi jahitan manik dan diamond swarovski yang tulen. Kebanyakan tudung ARIANI adalah dari fabrik Lycra manakala untuk owning yang dipanggil bukrum dijahit dengan mengunakan Thai Silk, Raw Silk dan lain-lain lagi.

    ARIANI juga menawarkan tudung polos bermanik dan sekuin yang boleh digayakan dengan pelbagai anak tudung yang merupakan rekaan terbaru. Ia tampak seperti selendang, sesuai untuk anda yang ingin lebih moden dan bergaya. Anak tudung ini juga diperbuat dari fabrik Viscose kapas yang dihiasi batu swarovski.

    Bagi anda yang mementingkan tentang aurat, tidak perlu risau kerana tudung keluaran ARIANI boleh didapati dalam pelbagai saiz dan menutupi bahagian dada dan leher. Tudung ARIANI boleh digayakan untuk ke pejabat, majlis keramaian, pertunangan dan perkahwinan atau sebarang majlis rasmi.

    Bekas Kekasih Mamat Sepah Bercerai Lepas 17 Hari Berkahwin

    Posted: 04 Jun 2012 10:32 PM PDT

    Mamat Sepah anda kenal kan? Bagaimana pula dengan Adda Butterfly?

    Bagi yang tidak tahu, Adda Butterfly adalah bekas kekasih Mamat Sepah dan juga vokalis kepada kumpulan Butterfly.

    Berita terbaru dari selebriti ini, Media Hiburan telah melaporkan bahawa Adda Butterfly telah bercerai dengan suaminya selepas 17 hari majlis perkahwinan mereka berlangsung. Adda turut mengesahkan berita ini dan mengaku dia sendiri belum sempat menikmati kebahagiaan sebagai seorang isteri.

    "Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja. Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang." – Adda Butterfly dipetik dari Media Hiburan.

    Untuk pengetahuan, Adda Butterfly telah berkahwin dengan Ridzuan Mohammad pada 30 Mac lepas.