Adsense

Selasa, 5 Jun 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Cincin, kuda lambang cinta

Posted: 04 Jun 2012 03:33 PM PDT

Hip

Farid takkan lamar Diana Danielle dalam masa terdekat

LELAKI ini mengaku pernah menghadiah sebentuk cincin berlian kepada kekasihnya, pelakon Diana Danielle.

Begitupun tegas aktor yang juga pengarah filem, Farid Kamil, mereka berdua belum bertunang, sebaliknya cincin berkenaan hanyalah simbolik tanda kasih sempena ulang tahun ketiga percintaan mereka.

Menganggap perhubungan mereka masih baru dan perlu masing-masing perlu memberi peluang untuk meneroka lebih jauh lagi dalam bidang seni, Farid berasakan perancangan masa depan perlu diatur sebaik mungkin sebelum mereka mengambil tindakan untuk menaiki jenjang pelamin.

Namun begitu dia tidak menolak, detik lamaran akan tiba juga kelak, tetapi bukanlah dalam masa terdekat.

Manakala cincin berkenaan pula dihulurkan sebagai hadiah buat si kekasih, selain usahanya memujuk hati gadis dicintainya.

Mungkin pemberian cincin dilihat sebagai amalan romantik biasa dalam percintaan, namun dua tahun lalu, Farid juga pernah menghadiahkan seekor kuda kepada pelakon filem Dalam Botol itu, sempena ulang tahun hari lahirnya yang ke-19.

"Sebelum dapat apa-apa barang daripada saya, saya akan buat dia menangis dulu. Apabila sudah sampai kemuncak tangisannya, baru saya kejutkan dia dengan hadiah istimewa.
"Kerana dia minat sangat dengan haiwan berkenaan, jadi saya menghadiahkan seekor kuda untuknya.

Cincin pula, walaupun kecil dan murah, tetapi bagi golongan wanita, ia tetap sesuatu yang tidak ternilai harganya," katanya yang mengaku belum terfikir menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Farid, yang kini lebih terbuka untuk berbicara soal cinta, berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kembara Menjejak Al-Hambra' Menyusuri Kegemilangan Sejarah Islam Di Bumi Andalusia - Sepanyol dan Maghribi bersama Farid Kamil, tajaan Speed Travel and Tours Sdn Bhd di Bangsar, semalam.

Menganggap perhubungan mereka masih baru dan perlu masing-masing perlu memberi peluang untuk meneroka lebih jauh lagi dalam bidang seni, Farid berasakan perancangan masa depan perlu diatur sebaik mungkin sebelum mereka mengambil tindakan untuk menaiki jenjang pelamin.

Kesibukan dalam bidang seni pula tidak pernah menghalang keutuhan cinta antara kedua-duanya. Bahkan lelaki ini menganggap kehidupannya sekarang lebih tersusun, dan dia sendiri dapat memberikan tumpuan kepada kehidupan dengan lebih sempurna, berbanding beberapa tahun lalu.

Sementara itu, menyaksikan sendiri aksi ghairah kekasihnya bersama Remy Ishak dalam filem Jiwa Taiko yang akan menemui penonton 14 Jun ini, Farid mengaku sedikit pun tidak timbul rasa marah mahupun terkilan. Dia amat memahami tuntutan watak dan cerita yang perlu dijayakan aktres terbabit.

Tak mahu abai kerjaya seni kerana persatuan

JIKA sebelum ini Farid dilihat begitu sibuk dengan pengajian dan lakonan, sehingga mengabaikan dirinya sendiri, kini hidupnya lebih teratur selepas dua tahun menyepikan diri dari dunia seni.

"Saya bukan hilang, tetapi dalam tempoh dua tahun itu saya banyak meluangkan masa untuk diri sendiri, serta mencari hala tuju dalam dunia seni.

"Sekarang saya sudah menguasai dua bidang iaitu lakonan dan pengarahan, tetapi saya tetap lebih bertumpu pada lakonan kerana masih banyak aspek perlu saya pelajari dalam arahan," katanya yang akan menjalani penggambaran filem Dampak bersama Aaron Aziz, pertengahan Jun ini.

Masih berbaki tujuh filem terbitan Metrowealth Pictures yang perlu diarahkan selepas Kongsi, V3 dan terbaru Per3, Farid turut bekerjasama dengan pengarah, Hashim Rejab, dalam filem terbaru berjudul Bodyguard Dari Kedah.

Menyentuh soal aktiviti berpersatuan pula Farid berkata, dirinya lebih berminat untuk terbabit sebagai ahli biasa.

Kesibukan dengan aktiviti lakonan dan arahan sedikit sebanyak mengehadkan pembabitannya dalam kegiatan sebegitu dan dia sendiri enggan menggadai karier seni kerana mengejar kedudukan dalam sesebuah pertubuhan seni.
"Bila kita sibuk dengan berpersatuan, kita abaikan kerjaya sampaikan diri sendiri pun kita lupa.

"Setiap anak seni ada matlamat dan arah tuju, tetapi jika kita sibuk berpersatuan, kita lupa matlamat asal. Berat bagi saya untuk aktif berpersatuan," katanya yang kini menunggu filem terbarunya, Hantu Gangster, ditayangkan kepada umum.


The Hunger Games menang besar

Posted: 04 Jun 2012 03:24 PM PDT

Hip

Josh Hutcherson (kiri) dan Elizabeth Banks.

Josh Hutcherson (kiri) dan Elizabeth Banks.

Breaking Dawn: Part 1 filem terbaik Anugerah MTV

FILEM The Hunger Games dan bintangnya muncul sebagai pemenang utama pada Anugerah Filem MTV, yang berlangsung di Los Angeles, malam kelmarin, dengan membawa pulang empat trofi.

Berbeza dengan tahun sebelum ini, acara berkenaan berlangsung agak sederhana, padahal ia cukup dikenali sebagai antara acara hiburan paling meriah di Hollywood. Bagaimanapun, bagi anugerah filem pilihan, berdasarkan undian peminat menerusi atas talian sepanjang acara berlangsung, The Twilight Saga - Breaking Dawn: Part 1 nampaknya berjaya menewaskan The Hunger Games dan sebuah lagi filem popular, Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2.

The Hunger Games memenangi trofi untuk kategori persembahan terbaik pelakon lelaki dan wanita, masing-masing buat Josh Hutcherson dan Jennifer Lawrence, transformasi terbaik untuk Elizabeth Banks dan juga pertarungan terbaik.
Trofi bagi kategori 'kurang sopan' pada malam berkenaan seperti 'dirtbag' terbaik di layar perak dimenangi oleh Jennifer Aniston bagi wataknya sebagai doktor gigi yang celupar dalam Horrible Bosses. Ciuman terbaik pula dimenangi Kristen Stewart dan Robert Pattinson menerusi filem Twilight. Ia kemenangan keempat berturut-turut dua pelakon ini.

Pengacara majlis, Russell Brand, yang terkenal dengan lawak seksinya turut berjenaka mengenai perkahwinan singkatnya bersama penyanyi Katy Perry. Dia mengucapkan terima kasih kepada bintang realiti, Kim Kardashian, yang menghilangkan tekanan dirasakan olehnya, apabila pernikahan wanita itu bersama Kris Humphries berakhir lebih awal daripada perkahwinannya.
Dia juga mengenakan beberapa bintang lain seperti Justin Bieber, Charlie Sheen, John Travolta, Kanye West dan pelakon filem Shame, Michael Fassbender, yang didakwanya 'mendapat rezeki daripada ketagihan seks'.

Manakala antara detik paling diingati pula datangnya daripada pelakon Christian Bale, yang memberikan pengenalan penuh emosi kepada sedutan eksklusif untuk filem terbarunya, The Dark Knight Rises, selepas rakaman Heath Ledger sebagai Joker ditunjukkan daripada filem kedua arahan Christopher Nolan, daripada francais wira kelawar itu.

Bintang Prometheus, Charlize Theron dan Michael Fassbender, pula berpura-pura melakonkan babak pertarungan ketika menyampaikan anugerah, sementara pelakon filem Magic Mike, Matthew McConaughey, Channing Tatum dan Joe Manganiello menggoda penonton dengan aksi ala penari bogel mereka.

Pelakon The Descendants, Shailene Woodley, diumumkan pemenang anugerah artis baru terbaik, bintang Spiderman, Emma Stone, menerima Anugerah Trailblazer dan aktor Dark Shadows, Johnny Depp, diberikan Anugerah Generasi 2012 kerana kerjaya cemerlangnya sepanjang tiga dekad lalu. - Reuters