Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
TV3 Anjur Opening Viewing Party EURO 2012 Poland VS Greece Posted: 04 Jun 2012 07:02 AM PDT DEMAM EURO 2012 MELANDA! Selepas Austria dan Switzerland, kini giliran Poland dan Ukraine menjadi tuan rumah bersama kejohanan Bola Sepak terunggul benua Eropah. Menampilkan pasukan-pasukan elit seperti juara bertahan, Sepanyol, Italy, Perancis, Jerman, Belanda dan England. Malah, penampilan pasukan seperti Russia, Denmark, Croatia dan lain-lain juga tidak harus dipandang rendah kerana mereka juga mencatatkan keputusan yang memberansangkan di peringkat kelayakan. Berita baik buat peminat fanatik bola sepak, Media Prima dengan tema "Real Fans Real Football" akan membawakan kepada anda 16 perlawanan EURO 2012 secara langsung dengan percuma! Dengan kerjasama penaja utama Maxis, Media Prima akan menganjurkan acara "Opening Viewing Party EURO 2012" istimewa buat peminat bola sepak di Lembah Klang. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah hebat ditawarkan, antaranya, tiket untuk menyaksikan perlawanan Manchester United! Selain itu, pengunjung berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan personaliti Media Prima seperti Aidid Marcello, Tabah Sazwan Othman, Baki Zainal dan tetamu istimewa, Vivian Alexander Anderson (bekas pemain Nottingham Forest, Arsenal, Manchester United dan England). Serta, berhibur dengan artis-artis popular tanah air seperti Sofarz, Drama Band, Second Whisper, Round Robin, Leelesm, peserta Showdown dan Mentor 6! Tepat jam 11.30 malam, skrin gergasi di perkarangan Sri Pentas akan menyiarkan upacara pembukaan EURO 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional Warsaw, Poland disusuli perlawanan pembukaan EURO 2012 di antara pasukan tuan rumah, Poland menentang Greece. "Opening Viewing Party EURO 2012 – Poland VS Greece akan diadakan di: Hari/Tarikh : Jumaat, 8 Jun 2012 Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Tips Fesyen Artis Popular Dalam Program Majalah Planet R Posted: 04 Jun 2012 06:56 AM PDT Kongsi Tips Berfesyen Ala Artis Popular Dalam Program Majalah Planet R Di TVi Ingin mengetahui tips berfesyen ala artis kesayangan anda tanpa perlu mengeluarkan bajet yang mahal? Kongsikan juga hobi artis yang dapat mendatangkan sumber pendapatan sampingan yang dapat mendorong motivasi terutama di kalangan remaja. Menemui penonton saluran TVi, RTM menyiarkan sebuah program majalah terbaharu, Planet R untuk generasi muda yang padat dengan informasi tentang fesyen, hobi yang dapat memberi panduan berguna kepada remaja Malaysia. Setiap episod program ini yang menemui penonton mulai 10 Jun ini, setiap Ahad, jam 11.30 malam akan memaparkan informasi menarik dan terkini tentang kehidupan remaja daripada segenap aspek agar dapat memberi panduan dan inspirasi kepada remaja di luar agar menjalani kehidupan yang sihat. Program yang menampilkan pelakon cantik, Linda Hashim ini merangkumi segmen-segmen menarik iaitu Bajet Fesyen, Intai-Intai, Hobi & Ringgit dan Temubual Remaja turut dimuatkan di dalam program ini. Segmen Bajet Fesyen menampilkan seorang perunding fesyen yang diundang iaitu Azlia yang menerangkan cara- cara bagaimana untuk berfesyen seperti artis tetapi menggunakan bajet yang murah. Selain dari itu seorang model juga akan tampil dengan menggayakan dua fesyen pakaian ala-ala artis tersebut. Antara gaya artis yang dipilih adalah Yuna, Liyana Jasmay, Stacy, Aril, Sazzy Falak, Anna Rafali dan Adam. Juga tidak ketinggalan artis antarabangsa Wonder Girls, Justin Bieber dan Miley Cyrus. Dalam segmen Intai-Intai pula, Planet R merakamkan hobi seorang artis termasuklah penyanyi dan penari, Sabhi Saddi iaitu bekas anggota kumpulan Esdeco yang gemar menari dan menyanyi dalam menghabiskan waktu senggangnya. Menyusul kemudiannya Kumpulan P.O.P (bermain boling), Dr Faiz Khalid (aktiviti lasak, rock climbing), Khai (bermain golf), Tuah Iskandar dengan aktiviti masa lapangnya dengan berenang. Seterusnya, dalam segmen 'Hobi & Ringgit' memperkenalkan kumpulan yang baru meningkat naik iaitu kumpulan The Scientist, Air Brush, Keena Mentor yang membuat perhiasan dengan rekaan tersendiri untuk menghiasi sarung telefon, bidang perniagaan iaitu menjual tudung dan mereka fesyen tudung dan telah membuka satu laman perniagaan online. Tidak ketinggalan Bell Ngasri yang berkongsi hobinya dalam bidang rekaan dalaman selain mengetengahkan seorang remaja yang menjalankan perniagaan menjual kristal. Planet R diakhiri dengan temubual "vox pop" bersama remaja dengan bertanyakan soalan antaranya, Tahukah Anda Tentang Rukunegara?, Siapakah Perdana Menteri Kita Yang Di Gelar Bapa Pembangunan?, Siapakah Pencipta Jalur Gemilang ?, Namakan Siapa Tokoh Negara?, Di Manakah Terletaknya Daerah Tenom ? dan Siapakah Nama Menteri Penerangan?. Kongsikan program menarik ini hanya di TVi. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |