Adsense

Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Bukan katak di bawah tempurung

Posted:

Bukan katak di bawah tempurung

Bukan katak di bawah tempurung

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar MOHD FARIZWAN HASBULLAH


Program Rasa Halal yang memasuki musim keenam masih mengekalkan khidmat Farah sebagai pengacara.


FARAH Diana Anuar atau lebih dikenali sebagai Farah AF mula mencipta nama dalam bidang nyanyian setelah menyertai program realiti televisyen (TV), Akademi Fantasia pada tahun 2004.

Walaupun hanya menduduki tempat keempat pada program tersebut, Farah sudah memiliki dua album iaitu Antara Dua yang diterbitkan pada tahun 2005 dan Fantasia, 2009.

Namun, rezeki Farah tidak menjurus ke arah bidang nyanyian semata-mata sebaliknya bintangnya mula bergemerlapan setelah semakin melibatkan diri dalam bidang pengacaraan.

Justeru, selain menjadi pengacara untuk rancangan pagi terbitan stesen TV9, Nasi Lemak Kopi 0, Farah kini dikenali pula sebagai pengacara program Rasa Halal, terbitan Astro Oasis.

Rasa Halal adalah sebuah rancangan travelog yang membawa penonton mengembara ke negara-negara luar sambil memperkenalkan masakan tradisonal masyarakat setempat yang halal.

Selain itu, rancangan ini juga memberikan maklumat berhubung kawasan untuk solat bagi pelancong beragama Islam yang berminat untuk melawat ke negara yang disiarkan melalui rancangan tersebut.

Musim pertama Rasa Halal, Farah telah membawa penonton menjelajah ke Xian, China yang mana, sambutan ke atas episod tersebut amat memberangsangkan.

Dari situ, Farah diberi peluang untuk meneruskan tugasnya sebagai pengacara Rasa Halal sehingga ke musim terbaru yakni keenam.

Selain Xian, program ini juga telah membawa Farah menjelajah sehingga ke Taiwan, Hong Kong, Kemboja dan juga Vietnam.

Memasuki musim keenam, program ini bakal membawa penonton mengembara bersama ke Laos dan Thailand dan telah pun mula bersiaran pada 6 Disember lalu.

Menyelami penglibatan Farah dalam bidang pengacaraan, wanita ini berkata, pengalaman yang ditimba menambahkan lagi minat terhadap bidang pengacaraan.

"Peluang untuk menjadi pengacara membawa saya ke tempat-tempat yang belum pernah saya lawati sebelum ini.

"Pelbagai negara telah saya pergi dan ini sekali gus mendedahkan saya kepada pengalaman yang pastinya tidak akan saya lupakan.

"Melalui bidang ini juga, ia banyak menambah ilmu yang dimiliki kerana menjadi pengacara memerlukan kita banyak membaca serta membuat kajian sebelum memulakan tugas.

"Selain itu, benarlah kata orang bahawa jauh perjalanan, luas pandangan kerana kita berpeluang bertemu dengan macam-macam jenis orang dan ragam serta mengenali sejarah dan budaya yang berbeza.

"Semua itu banyak membantu saya dalam mematangkan diri bukan hanya sebagai seorang pengacara, tetapi juga sebagai seorang wanita," katanya kepada Hits.

Wanita ini yang baru melangsungkan perkahwinannya pada 15 Julai lalu juga berkata, antara pengalaman yang memberikan impak terbesar kepadanya ialah pada musim pertama apabila mereka singgah di bandar Xian.

"Semasa di sana, kami singgah di sebuah perkampungan Islam. Masjid di sana cukup unik dan alunan azannya juga berbeza.

"Ketika itu, saya merasa cukup tersentuh kerana berpeluang berjumpa dengan saudara seagama walaupun berada beribu-ribu batu jauhnya daripada tanah air.

"Saya bukanlah seorang yang suka berjalan pada asalnya, tetapi peluang untuk melihat pelbagai budaya yang terdapat di sekeliling kita sudah mengubah pendirian itu.

"Jikalau berpeluang, saya nasihatkan kepada orang ramai agar mengambil kesempatan yang ada berjalan ke negara orang.

"Pastinya kita tidak akan kesepian kerana masyarakat beragama Islam berada di mana-mana sahaja dan mereka juga akan menerima kehadiran kita dengan tangan yang terbuka," jelasnya lagi.

Setelah bersiaran selama enam musim, pastinya ada kelainan yang ingin ditampilkan oleh pengacara ini yang juga penyanyi lagu tema program Ustazah Pilihan, Warisan Hawa.

Katanya, yang kali ini bukan sahaja akan tampil dengan imej yang lebih santai dan bersahaja, tetapi juga memaparkan kematangannya dalam mengendalikan rancangan tersebut.

Belum Rezeki

Dalam setiap perkahwinan, pastinya kehadiran cahaya mata antara sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Begitu juga dengan wanita kelahiran Kuala Lumpur ini, apabila tiba soal cahaya mata, dia juga ternanti-nantikannya.

Pasti ada pihak yang tertanya apakah Farah dan suaminya, Johan Johari bakal menimang kehadiran orang baru dalam keluarga mereka apatah lagi perkahwinan mereka kini sudah menghampiri tempoh lima bulan.

Wanita yang pernah memenangi anugerah Artis Harapan Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-12 ini berkata, sehingga kini, mereka masih belum dikurniakan rezeki.

"Kami sememangnya tidak merancang kerana segalanya terserah kepada takdir.

"Anak adalah rezeki yang sememangnya dinantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin, jadi kami memang mempunyai harapan tersebut.

"Apatah lagi tahun depan Farah sudah memasuki 27 tahun, kalau boleh biarlah dapat timang anak secepat mungkin," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

ALC TV tempatan bertaraf dunia

Posted:

ALC TV tempatan bertaraf dunia

ALC TV tempatan bertaraf dunia

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar MAHMOD AIZUDDIN ZULKIFFLI


MD. AFENDI Hamdan (dua dari kiri) sewaktu melancarkan program dan produk rancangan televisyen yang dibawa ke ATF 2011 di Singapura, baru-baru ini.


LANGKAH Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyertai Forum Televisyen Asia (ATF) 2011 di Singapura dari 7 hingga 9 Disember lalu telah membuka banyak ruang kepada syarikat-syarikat produksi tempatan bagi memasarkan produk-produk mereka di forum tersebut.

Seramai 63 penerbit termasuklah daripada medium drama, filem, dokumentari dan wakil-wakil stesen televisyen seperti RTM, Astro dan Media Prima Berhad bernaung di bawah bumbung Finas, merebut peluang pada forum yang dianjurkan buat kali ke-12 di negara itu.

Eurofine (M) Sdn. Bhd., salah satu syarikat produksi tempatan yang mengambil kesempatan itu bagi menjual saluran televisyen, Asia Living Channel (ALC) kepada stesen-stesen penyiaran di luar negara dengan menyediakan pelbagai bahan dokumentari dari negara-negara Asia.

Menurut Pengarah Urusannya, Ida Rahayu Md. Noor, ALC yang ditubuhkan pada tahun lalu dengan modal RM15 juta merupakan satu-satunya saluran TV kabel tempatan yang menyediakan dokumentari tentang budaya Asia untuk siaran di saluran-saluran TV luar negara.

"Untuk penerbitan pertama, ALC menyediakan 1,000 jam bahan dokumentari untuk dijual kepada mana-mana stesen di luar negara yang berminat dengan saluran baru ini. Sebanyak 80 peratus daripada dokumentari yang dipaparkan adalah dari Malaysia dan tentang budaya negara ini.

"Sementara 20 peratus lagi bahan dokumentari dalam ALC pula tentang budaya dari negara-negara Asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, India dan Thailand. Kami membeli semua dokumentari itu daripada penerbit terbabit dan menjualnya secara pukal di luar negara.

"Harga jualan bagi setiap produk ALC bergantung kepada bilangan penonton sesebuah stesen televisyen yang menyiarkan saluran kami ini melalui perkhidmatan-perkhidmatan satelit yang menyediakan khidmat ini di seluruh dunia," katanya sewaktu ditemui di Singapura, baru-baru ini.

Eurofine yang telah 20 tahun terbabit dalam penerbitan drama dan rancangan televisyen katanya, mensasarkan jualan dan hak siaran ALC kepada stesen-stesen TV terutamanya dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha membantu menarik pelancong dari negara terbabit.

Tambahnya dengan durasi tayangan selama 1,000 jam untuk tempoh enam bulan itu, ALC secara tidak langsung diharap dapat membantu Kementerian Pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong dari Eropah dan AS ke negara ini pada masa depan.

"Saya difahamkan setakat ini tidak sampai sejuta pelancong dari dua benua itu yang berkunjung ke negara ini. Malah, daripada sekitar 26 juta pelancong yang datang ke negara kita pada setiap tahun, 18 juta daripadanya terdiri daripada pelancong dari negara-negara Asia.

"ALC mensasarkan jualan di 33 negara Eropah dan AS. Ini adalah langkah awal kami di mana pada masa depan, kami akan menubuhkan saluran televisyen lain seperti Toonz Asia Channel khas untuk rancangan-rancangan animasi dan Sutera Asia Channel pula untuk drama-drama," ujarnya.

Selain Finas, turut terbabit dalam ATF 2011 ialah agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Multimedia Supercoridor (MSC) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Penyertaan dari Malaysia

Finas boleh dikatakan berbaloi kerana menyertai ATF 2011 kerana perbadanan itu berjaya menarik 63 syarikat penerbit animasi, drama, filem tempatan termasuklah stesen-stesen penyiaran pada forum yang berlangsung di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura itu.

Pengerusi Finas, Datuk Md. Afendi Hamdan berkata, jumlah penyertaan itu yang terbesar dari Malaysia bagi memasarkan dan juga membeli rancangan-rancangan TV dari dalam serta luar negara di mana ia disertai 3,500 peserta dari lebih 10 buah negara di rantau ini.

"Tahun lalu hanya seramai 23 syarikat produksi yang menyertai ATF di mana tahun ini bilangannya bertambah tiga kali ganda. Kerajaan melalui Finas memberi galakkan kepada syarikat-syarikat produksi bagi memasarkan produk-produk mereka pada forum seperti ini.

"Finas menyediakan Pavilion Malaysia di ATF 2011. Semua syarikat produksi terbabit termasuklah stesen penyiaran seperti RTM, Media Prima Berhad dan Astro menggunakan pavilion ini bagi memasarkan produk atau membeli rancangan untuk siaran di stesen mereka.

"Malah, kerajaan juga menyediakan rebat sebanyak 50 peratus daripada kos-kos yang mereka gunakan untuk menyertai forum ini bagi memberi galakan dan kemudahan sewaktu menjalankan urusniaga di sini ," katanya sewaktu ditemui pada forum tersebut.

Jelas Md. Afendi, Finas yang telah menyertai ATF enam kali berturut-turut, merupakan salah satu inisiatif agensi itu membantu syarikat Malaysia terutamanya Bumiputra dalam memasarkan produk mereka ke luar.

Finas yang menjadi pemangkin dalam pembangunan industri perfileman di Malaysia turut mencari peluang pemasaran pada forum seperti ATF 2011 bagi menjadikan negara ini salah satu hub dalam pasaran filem, dokumentari dan animasi yang penting di rantau Asia.

"Malaysia misalnya telah terpilih sebagai tuan rumah pada Kongres Sains dan Penerbitan 2013 di mana tahun ini ia diadakan di Paris, Perancis dan tahun depan pula di Washington, Amerika Syarikat. Ia akan menarik ramai pembikin filem dan animasi dari seluruh dunia," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Finas, Mohd. Naguib Razak pula berkata, ATF 2011 mampu membawa pulangan lumayan terutamanya buat penerbit yang menjual produk mereka di mana anggaran jualan mampu mencecah RM25 juta.

Katanya, forum seperti itu juga akan mendedahkan penerbit dan pengedar rancangan TV Malaysia berurus niaga serta memasarkan produk mereka kepada wakil stesen-stesen TV dari luar negara.

"Banyak lagi bahan siaran TV yang belum dipasarkan di luar negara. Apatah lagi, di mata dunia Malaysia mempunyai banyak tarikan daripada sudut sosio, politik dan budaya yang boleh dikatakan eksotik serta belum diketahui penonton," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Farah merindu

Posted: 11 Dec 2011 02:37 PM PST

Hip

BERBANDING beberapa teman seperjuangan lain, bakatnya seperti lebih menyerlah dalam bidang pengacaraan, lebih-lebih lagi apabila mengemudi program Rasa Halal sejak enam musim lalu.

Namun begitu, masih tersemat di dalam sanubari bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim kedua ini untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian. Cuma, sampai saat ini, impian itu belum lagi kesampaian.

Rindu Farah Diana Anuar terhadap studio rakaman juga semakin membuak-buak tatkala melihat kejayaan rakan seakademi menjadi penyanyi. Hakikat dirinya sudah berumah tangga juga bukanlah sebab untuk dia melupakan saja cintanya pada muzik, bahkan suami Farah, Johan Johari, tidak pernah menghalang dirinya untuk kembali aktif. "Rasa rindu terhadap dunia muzik dan kembali mempunyai lagi baru memang ada. Tetapi disebabkan sibuk memberikan tumpuan kepada program TV, jadi saya tidak ada masa untuk kembali ke studio rakaman.

"Sudah lama juga saya mengimpikan untuk sekurang-kurang memiliki satu single baru, tetapi masih belum kesampaian. Insya-Allah tahun depan saya akan masuk studio semula," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Rasa Halal Laos & Thailand, baru-baru ini.

Selain sibuk mengendalikan program terbabit, Farah juga mengacara program Nasi Lemak Kopi O, yang sedikit-sebanyak membataskan dirinya untuk kembali ke studio muzik.

Tidak mahu bakat seninya terhakis tanpa sempat memiliki sebarang album, Farah berasakan inilah masa paling sesuai untuk dirinya kembali ke bidang yang diimpikan dulu.
"Kalau dulu mungkin genre pop dan balada yang diketengahkan, tetapi kini saya akan lebih menitikkan soal pemilihan lagu agar bersesuaian dengan penampilan dan status saya sekarang. Mungkin saya akan pilih lagu ketuhanan kerana jika dilihat kepada keadaan sekarang, sudah ramai artis lama yang beralih kepada lagu sedemikian," terangnya.

Pengalaman merakamkan lagu untuk program TV realiti, Ustazah Pilihan, berjudul Warisan Hawa membakar lagi semangatnya untuk kembali ke bidang nyanyian.

Malah, Farah menyimpan impian untuk merakamkan lagu duet bersama penyanyi Yasin dan Sham Kamikaze yang dilihat mempunyai identiti tersendiri sebagai penyanyi lagu ketuhanan.

"Saya ingin mempunyai produk sendiri walaupun hanya sekadar single. Saya juga sudah berhenti berlakon kerana ia memerlukan banyak masa di lokasi. Saya lebih sesuai menyanyi daripada berlakon," katanya.

Tidak sabar bergelar ibu

SELEPAS lebih enam bulan mendirikan rumah tangga, kehidupan Farah kini kian bahagia meskipun terpaksa berjauhan daripada suami yang menguruskan perniagaan di Pulau Pinang.

Baginya, berjauhan daripada insan tersayang bukanlah masalah, malah rasa rindu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.

"Masa bercinta dulu pun kami sudah berjauhan selama enam tahun, jadi ini bukanlah satu masalah. Bila sudah berkahwin ini, kami berasa lebih dekat walaupun jauh bahkan suami memberi keizinan kepada saya untuk keluar negara menjalani proses rakaman program ini," katanya.

Sepanjang tempoh itu juga pasangan ini belum diberikan rezeki untuk memiliki cahaya mata, tetapi Farah sudah mula menggambarkan perasaannya menjadi ibu. Walaupun usia perkahwinan masih baru, namun pasangan ini sudah tidak sabar menanti kehadiran orang ketiga dalam kehidupan mereka.

"Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan kerana bagi kami, itu semua rezeki. Buat masa sekarang kami masih berusaha lagi ke arah itu," jelasnya.

Bagaimanapun mahligai yang baru dibina terpalit kontroversi apabila ada pihak mendakwa Farah tidak melangsaikan hutang majlis perkahwinannya. Namun, dia menerima dugaan itu dengan sabar dan menjelaskan, ada pihak cuba memfitnah dan memburukkannya dengan dakwaan terbabit.

"Saya sudah membuat bayaran hampir RM40,000 untuk kos katering kepada syarikat ini, tetapi bayaran itu tidak diserahkan kepada syarikat katering terbabit.

"Malah syarikat katering itu cakap, mereka tak minta sebarang bayaran daripada saya sebab niat mereka hendak menaja makanan pada majlis kahwin saya. Saya tak tahu langsung niat murni katering itu, tetapi soalnya sekarang kenapa syarikat yang menerima bayaran itu membuat fitnah mengatakan saya tak bayar?" soalnya.
Biar apapun tanggapan negatif orang terhadapnya, Farah tetap mempertahankan dirinya dan mahu bersemuka dengan pihak yang memfitnahnya itu.

Full content generated by Get Full RSS.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Ana Sah Bergelar Isteri Chef Riz

Posted: 12 Dec 2011 12:08 AM PST



PERAK: Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.

Majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Intan Sarafina Selamat Lahir Megat Israfel Raez

Posted: 12 Dec 2011 12:07 AM PST



PETALING JAYA: Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Megat Israfel Raez pada 2 Disember lalu di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya.

Bayi keduanya itu dilahirkan secara normal seberat 3.38 kilogram.

Menurut Intan, nama Israfel dipilih kerana membawa maksud malaikat yang meniup sangkakala manakala Raez bermaksud ketua atau pemimpin yang juga merupakan gabungan nama kedua Intan dan suami iaitu Sarafina dan Ezzahuddin.

Nama Raez turut diberikan kepada anak sulung mereka iaitu Megat Evan Raez yang berusia 2 tahun.

Biarpun sekian lama menyepi dari industri seni, Intan tetap tidak berputus asa untuk kembali menyanyi selepas selesai berpantang.

"Insya Allah, sekiranya ada rezeki saya teringin juga hendak menyanyi semula," katanya kepada mStar Online.

Intan berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli tiga tahun lalu.

Alaf 21 Perjelas Isu Royalti " Ombak Rindu"

Posted: 12 Dec 2011 12:07 AM PST





SHAH ALAM: Syarikat penerbitan Alaf 21 Sdn Bhd sebagai penerbit novel Ombak Rindu menjelaskan bahawa pihaknya sudah membayar sejumlah besar royalti daripada hasil penjualan novel tersebut kepada penulisnya, Fauziah Ashari.

Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr. Hushamuddin Yaacob berkata Fauziah telah menerima bayaran sejawarnya iaitu lebih RM 219,000 sejak novel itu diterbitkan pada tahun 2002.

"Saya tidak faham mengapa dia mendakwa pihak kami tidak memberi bayaran setimpal kepadanya, sedangkan dia sudah menerima bayaran yang agak banyak sejak novel itu diterbitkan.

"Malah sejak filem Ombak Rindu ditayangkan di pawagam, novel tersebut diulang cetak sebanyak 40 ribu naskah dan dia bakal menerima royalti RM50,000 lagi untuk cetakan terbaru ini," katanya pada sidang media penjelasan isu bayaran royalti novel Ombak Rindu, di pejabat Karangkraf, di sini, Jumaat.

Hussamuddin menjelaskan dakwaan penulis tersebut dalam sebuah akhbar tempatan terhadap pembayaran yang tidak setimpal dan telus daripada pihak penerbitan Alaf 21 adalah tidak berasas sama sekali.

Tambahnya, kontrak yang dimeterai antara penulis dan penerbit buku turut menjelaskan bahawa sebarang pengurusan pemasaran novel tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Alaf 21.

"Kami mengambil tawaran yang dibuat oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd pada tahun 2009 untuk membeli hak cipta novel ini bagi diadaptasi kepada filem dengan bayaran hanya RM 4000.

"Ketika itu Ombak Rindu adalah novel pertama yang dijual dan bagi saya jumlah itu merupakan angka yang agak besar kerana penjualan naskah novel itu juga ketika itu sudah kurang memberangsangkan.

"Bagi pandangan saya sebagai ahli perniagaan ini merupakan situasi menang-menang kerana jika filem itu berjaya secara tidak langsung novel ini akan terjual kembali," katanya kesal dengan tindakan Fauziah.

Bagaimanapun, jelasnya dia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan penulis novel tersebut yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat penerbitan Alaf 21 Sdn Bhd.

"Apa yang dia katakan di akhbar tersebut seperti menunjukkan kami tidak bertanggungjawab terhadap produk-produk kami.

"Namun saya tidak merancang untuk ambil tindakan keatas dia kerana beranggapan bahawa dia tidak jelas tentang urusan perniagaan tersebut," katanya.

Alaf 21 bertanggungjawab menerbitkan tiga buah novel karya Fauziah iaitu Pergilah Sepi, Ombak Rindu dan Bisik-bisik Gelora.

Norish Karman Jawab Tuduhan Hamil Luar Nikah

Posted: 12 Dec 2011 12:06 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon Norish Karman (gambar) yang lama menghilangkan diri daripada dunia seni kerana dikatakan hamil luar nikah akhirnya muncul dengan menafikan khabar angin itu.

Pelakon drama Spa Q ini berkata dia enggan mengambil tahu berita sensasi itu sebaliknya lebih menyibukkan dirinya dengan kerja dan anak-anaknya.

"Saya tidak mengambil tahu tentang gosip-gosip di akhbar mengenai hal itu kerana sangat sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

"Tetapi saya ada mendengar cerita-cerita kelakar ni. Pada saya, banyak perkara lain yang saya boleh fikirkan. Biarlah mereka (media) nak cakap apa, saya tidak kisah.

"Yang penting, siapa nak jumpa saya, boleh…tapi kita borak pasal kerja sahaja," katanya kepada mStar Online.

Pada Rabu lalu, pihak media yang menanti kemunculan Norish pada Festival Monodrama di Istana Budaya, Kuala Lumpur hampa kerana pelakon itu tidak muncul bagi mendapatkan komennya berhubung desas-desus itu.

Tambahnya lagi: "Suka hati mereka nak cakap apa (larikan diri). Saya sedang sibuk dengan penggambaran drama rantaian Anakku Sazali di bawah arahan Bade Azmi.

"Kenapa semua orang nak kejar saya. Saya bukan popular dan cantik. Ramai lagi yang boleh dikejar…

"Apabila orang menonton saya di Festival Monodrama itu nanti, mereka dapat menilai sendiri sama ada khabar angin itu benar atau tidak. Secara logiknya, tiada siapa yang akan mengambil pelakon yang berbadan dua untuk berlakon di atas pentas."

Dalam pada itu, Norish turut menjelaskan sebab dia menyepikan diri dalam industri adalah kerana sibuk menjadi juri Pilih Kasih musim ketiga di Pulau Pinang dan berbincang dengan komposer untuk menyiapkan album pertamanya.

Festival Monodrama akan di pentaskan di Istana Budaya pada 13 dan 14 Disember ini yang turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Jasmin Hamid dan Misha Omar.

Shaheizy Sam Berhabis RM4 ribu Untuk Landskap Taman

Posted: 12 Dec 2011 12:05 AM PST


AKTOR popular Shaheizy Sam yang mesra disapa Sam cukup bertuah kerana mempunyai kelompok peminat yang sangat menghargai kerja lakonannya.

Bukan saja dia menerima pelbagai bentuk hadiah, malah undian peminat ini juga membolehkan dia bergelar Artis Paling Popular 2010.

Bagaimanapun, populariti mendadak ini tidak sama sekali melalaikan Sam untuk berbangga atau mendabik dada. Sebaliknya, kejayaan itu membuatkan dirinya lebih berhati-hati dalam tindak-tanduk dan kata-kata serta merendah diri.

Dalam pertemuan OopStarz! bersama aktor ini di kediamannya, baru-baru ini, pelakon yang bakal muncul dengan filem terbaru iaitu Songlap bermula 15 Disember ini, Sam sempat berkongsi 10 barangan kesayangannya untuk tatapan pembaca.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Cinta pada lakonan mengatasi segalanya

Posted: 11 Dec 2011 06:43 AM PST

MUTAKHIR ini banyak cerita kurang enak dikaitkan dengan dramatis yang sedang mencipta nama, Izreen Azminda Aznam. Ia termasuk kisah putus cintanya dengan pelakon Johan Ariff Asa'ri (Botak) serta merampas tunang orang. Sedikit sebanyak perkara itu membuatkan reputasinya terguris.

Dalam berhadapan dengan kemelut itu, ada sedikit sinar dalam hati pelakon yang mula diminati ramai menerusi drama bersiri Juvana itu apabila bakat lakonannya lebih dinilai orang.

Satu lagi berita gembira apabila timbul cerita mengatakan pemenang tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 ini bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati.

Lelaki yang berjaya bertakhta di hati Izreen itu dikatakan seorang pengarah fotografi drama dan mereka mula berkenalan sewaktu bekerja dalam produksi sama.

Ditemui pada satu sesi fotografi bersama Rap, baru-baru ini, pelakon kelahiran Kangar itu bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenainya.

Waktu sama, dia mengharapkan tidak ada lagi pihak cuba mengaitkan atau bertanya mengenai isu kontroversi yang cuba digembar-gemburkan membabitkan isu putus cinta bersama Johan dan dikatakan merampas tunangan orang.

"Tunang? saya tidak pernah memikirkan mengenainya buat masa ini. Apa yang penting saya mahu berlakon sepuas-puasnya dulu. Apabila tiba waktunya, saya diikat bersama lelaki pilihan saya, saya tidak akan menyembunyikannya dan berkongsi berita itu bersama rakan media," katanya.

Kata pelakon drama Tentang Dhia di TV3 ini lagi, buat masa sekarang, dia masih lagi solo. Begitupun tegas Izreen, sebagai seorang wanita sejati, sudah tentu dia juga ingin berumah tangga satu hari nanti.

"Saya mahu berumah tangga dan memiliki cahaya mata. Saya memang sayangkan budak-budak dan mahu anak sendiri selepas berkahwin. Itu impian saya. Bagaimanapun, selagi perkara itu belum terjadi, saya akan terus memberikan tumpuan sepenuhnya kepada dunia lakonan," ujarnya.

Berdepan dengan pelbagai kontroversi selepas hampir lima tahun berjuang dalam industri seni jelas Izreen, dia masih kuat dan mampu menghadapinya kerana cintanya pada dunia lakonan mengatasi segala-gala minat lain.

"Bayangkan sepanjang empat tahun saya berlakon, tidak ada satu pun kontroversi dikaitkan dengan diri saya tapi apabila Juvana mendapat perhatian, saya mula diperhatikan. Tidak dinafikan saya tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan situasi yang berlaku.

"Saya akui kontroversi yang terjadi membabitkan Johan dan saya timbul atas kelemahan diri. Saya terlalu mengikut emosi. Bagaimanapun, saya banyak belajar daripadanya. Saya mengharapkan ini adalah kenyataan terakhir saya mengenainya dan jangan ada lagi pihak bertanya," katanya.

Tambah Izreen lagi, dia mahupun Johan sendiri sudah mula melupakan apa yang sudah berlaku dan membawa haluan masing-masing. Paling penting, mereka mahu memastikan kerjaya lakonan yang dibina bertahun-tahun tidak dirosakkan hanya kerana sedikit kesilapan.

"Mengenai kisah rampas tunangan orang itu juga tidak benar. Saya tidak tahu bagaimana perkara itu boleh timbul. Saya tidak pernah merampas mana-mana lelaki daripada mana-mana wanita kerana saya tahu akibat dan kesannya. Saya juga tidak mahu perkara sama berlaku kepada diri saya. Itu adalah perkara pertama paling saya mahu jauhkan.

"Bagaimanapun, saya pernah memberikan kenyataan kepada pihak yang mengatakan saya merampas tunangnya, tunjukkan bukti sekiranya benar. Mana gambar majlis pertunangannya kalau benar. Sehingga sekarang, ia tidak pernah timbul dan orang yang menjaja cerita itu juga berdiam diri," katanya.

Jelas Izreen yang memegang watak Melly dalam Tentang Dhia mengisi slot Akasia, dia gembira kerana kerja kerasnya selama ini untuk menampilkan bakat sudah mula mendapat perhatian penerbit mahupun stesen televisyen apabila pelbagai watak diberikan kepadanya untuk dilakonkan.

"Sebelum ini sewaktu mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan, pengarah mahupun produser selalu memberikan saya watak perempuan jahat. Begitupun, sekarang ini saya sudah diberikan kepercayaan untuk melakonkan pelbagai watak termasuk wanita baik, teraniaya mahupun watak emak.

"Bayangkan ada pelakon yang tidak mahu melakonkan watak emak kerana kata mereka tidak sesuai dengan usia. Pada saya perkara itu bukan halangan, malah ia mencabar kredibiliti sebagai seorang pelakon. Sudah dua kali saya melakonkan watak ibu dan ia mendapat pujian peminat.

"Saya berlakon bukan kerana mahu nampak cantik selalu dan saya tak kisah untuk mencuba pelbagai watak. Diharapkan selepas ini, saya turut diberikan lagi watak lebih mencabar," katanya.

PROFIL

Nama Penuh: Izreen Azminda Aznam
Tarikh lahir: 30 Ogos 1985
Usia: 26 Tahun
Asal: Kangar, Perlis
Kerjaya: Pelakon
Drama: Sesuci Cinta Sofia, CID 3278, Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Dilema Wanita, Air Mata Maria, Pasrah, Pria, Bella, Gila Auto Cinta, Apa Kata Cinta, Sedetik Aku Berpaling, Nenek Kebaya, Puteri Arora Beradu, Ragam Menantu, Gelora Di Hati Sara, Pasukan Gerakan Marin, Isabella, Juvana, Mendongak Ke Langit, Tentang Dhia, Penjara
Filem: Nana Tanjung 2, Otai
Program: Seekers (Musim 6) & In Trend
Pendidikan: Diploma Kewartawanan Integratif, Institut Media Integratif
Malaysia (MIIM).
Pencapaian: Tempat Ketiga, Dewi Remaja 2005/2006

Full content generated by Get Full RSS.

Forum baiki kelemahan AIM

Posted: 11 Dec 2011 06:34 AM PST

SESUDAH berdepan dengan kontroversi penarikan balik trofi anugerah Lagu Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM18), baru-baru ini, Persatuan Industri Muzik Malaysia (RIM) berusaha untuk membersihkan kembali nama mereka serta meraih kepercayaan penggiat dengan mengadakan satu forum khas.

Pelbagai perkara dibangkitkan penyanyi tempatan dalam majlis yang berlangsung hampir tiga jam di hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Antara yang kelihatan Joe Flizzow, Altimate, Atilia, Dior, Rozita Rohaizad, Ali XPDC dan Hunny Madu.

Paling penting forum itu diadakan bagi membolehkan penganjuran anugerah berprestij itu berjalan dengan lancar apabila diadakan lagi tahun hadapan.

Menurut Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim, selain itu beberapa pindaan membabitkan syarat penyertaan sedia ada dan pindaan yang dimahukan ahli turut dibuat pada sesi itu.


Segala cadangan dibawa kepada ahli RIM untuk dibincangkan, sekali gus penetapan mengenainya akan diputuskan kelak.


Turut sama dalam forum diadakan, Naib Pengerusi RIM dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri, Adrian Lim serta Timbalan Ketua Pegawai Operasi RIM, R Ramani Ramalingam.

Empat elemen penting dibincangkan sepanjang forum berlangsung iaitu berkenaan kriteria ditetapkan, memaklumkan pindaan dalam setiap kriteria, penganjuran AIM akan datang, pemilihan artis sebagai penyampai, persembahan dan paling penting, menjawab segala persoalan yang berbangkit dalam majlis pada 12 November lalu.

Jelas Rosmin, berdasarkan maklum balas diberikan kebanyakan ahli terutama beberapa kontroversi dibangkitkan membabitkan kerakyatan artis bertanding di AIM yang dibangkitkan sebelum ini, pihaknya mahu menetapkan syarat bahawa pada masa akan datang, setiap penyanyi mestilah rakyat Malaysia.

"Sebelum ini, kita hanya menetapkan syarat bahawa komposer dan pencipta lirik lagu yang dipertandingkan harus 100 peratus rakyat Malaysia, namun kali ini kita mahu menetapkan bahawa penyanyi juga harus rakyat tempatan. Perkara ini kami lakukan demi menjaga kepentingan ahli RIM mahupun penggiat industri muzik tempatan itu sendiri," jelasnya.

Tambahnya lagi, sekiranya penyertaan turut dibuka kepada penggiat luar, ia kelihatan janggal apatah lagi penganjuran AIM dibuat untuk mengangkat dan mengiktiraf karya dihasilkan penggiat tempatan.

"Bayangkan kalau kita benarkan komposer luar bertanding dengan penggiat tempatan. Mengambil contoh Edrie Hashim bersaing dengan Ahmad Dhani dan Ahmad Dhani menang untuk kategori besar seperti Lagu Terbaik, bukankah ia nampak janggal?" katanya.

Tambahnya lagi, RIM menganjurkan AIM berlandaskan apa yang dilakukan di Amerika, Britain mahupun Australia menerusi American Music Awards, Brit's Awards dan Aria Awards yang mengangkat karya dihasilkan rakyat negara terbabit saja.

Pada majlis itu juga, RIM turut ditanya mengenai pembabitan artis tempatan yang mencipta nama di negara luar seperti Zee Avi yang menghasilkan album di luar negara mahupun Yuna yang akan melancarkan albumnya di Amerika Syarikat, sama ada boleh atau tidak menyertai AIM.

Katanya, syarat menentukan bahawa setiap artis atau pemuzik bertanding harus menjadi ahli kepada RIM, sedangkan album dihasilkan Zee Avi di bawah label Amerika Brushfire Records yang bukan bernaung di bawah RIM.

"Pada saya, album Zee Avi itu peluangnya lebih besar untuk dipertandingkan pada majlis seperti Anugerah Grammy. Bagaimanapun, kami menerima cadangan dibuat ahli agar satu kategori khas diwujudkan bagi mempertandingkan mereka yang mencipta nama di luar negara ini agar album mereka juga dipertandingkan.
Bukan untuk Anugerah Wirama, sebaliknya anugerah khas dan ia turut dibuka kepada artis kita yang turut mencipta di negara seperti China, Hong Kong mahupun India," katanya.

Selain itu cadangan dibuat agar AIM tidak dipecahkan mengikut bahasa juga akan dibawa kepada ahli jawatankuasa untuk menentukannya sama ada ia perlu atau tidak.

"Sebelum ini, kita mencada–ngkan agar empat anugerah AIM dibuat iaitu bagi lagu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Rakan karyawan India dalam industri seni juga rasanya perlunya ada anugerah untuk mengiktiraf karya seni mereka yang sedang berkembang pesat," katanya

Sementara itu, usaha RIM yang mahu memperbaiki kesilapan dengan menarik kembali anugerah yang diserahkan kepada Yuna bagi kategori Lagu Terbaik dan diberikan kepada Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim dan nyanyian Anuar Zain, turut mendapat pujian daripada ahli yang hadir pada petang itu.

Kata Rosmin mengenai perkara itu, pihaknya sudah mengambil langkah lebih tegas agar perkara sama tidak berulang ini termasuk tidak lagi menggunakan khidmat Ernst & Young sebagai juruaudit pada masa depan.

Selain itu, mereka juga bersetuju dengan cadangan pihak di luar sana yang mahukan penjurian diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan faham dengan perkembangan muzik di Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Izara, Tasha benci Tiz

Posted:

Izara, Tasha benci Tiz

Izara, Tasha benci Tiz

KEDUA-DUA pucuk muda ini hadir ke dunia seni dengan pakej yang lengkap. Cantik dan berbakat. Namun, tuah Izara Aishah mahupun Tasha Shilla hadir bukan dalam waktu yang pantas. Bakat mereka hanya disedari tatkala lakonan antagonis yang dibawa begitu berkesan di mata peminat.

Watak Fiona yang dijayakan oleh Izara dalam drama bersiri Soffiya masih melekat kuat rasa amarah di hati peminat terhadapnya sehingga kini.

Begitu juga watak Cikgu Ruhana yang dimainkan Tasha menerusi drama Gemilang masih diingati biarpun drama tersebut sudah lama melabuhkan tirainya.

Izara mahupun Tasha bagaimanapun mengaku tidak begitu selesa membawakan watak antagonis yang mampu membuatkan penonton membenci diri mereka namun tidak juga menidakkan tuah populariti yang dikecapi adalah menerusi watak sebegitu. Persamaan turut dikongsi kedua-dua aktres itu apabila dikatakan berdendam dan membenci pelakon Tiz Zaqyah.

Berpeluang bertemu dengan Izara dan Tasha usai sidang media Anugerah Bintang Popular (ABP2011) yang berlangsung di Holiday Villa, Subang, Selangor baru-baru ini, Kosmo! tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan hal itu seterusnya merungkai kisah dendam dan kebencian yang dilemparkan kedua-dua aktres itu terhadap Tiz Zaqyah.

Izara mahukan penghormatan

Sebelum ini kehadiran pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2010, Izara, 19, dalam dunia lakonan hanya di pandang sepi. Tidak ramai yang sedar akan kehadirannya dan menganggap pelakon itu sekadar menambahkan muka-muka baharu di persada seni. Khalayak lebih tertumpu kepada Neelofa dan anak dara kepada Rohana Jalil, Khilafairy. Namun, selepas kemunculannya dalam drama Keranamu Laila dan Soffiya, nama Izara mula meniti di bibir peminat.

Dua drama rantaian itu cukup membuatkan nama pelakon muda berasal dari Johor Bahru itu diterima peminat dalam industri hiburan tanah air.

"Drama Soffiya memang memberi impak yang besar kepada Izara. Ia disebabkan, watak Fiona yang begitu membenci dan berdendam dengan ibu tirinya sendiri lakonan Tiz Zaqyah.

"Disebabkan drama itu Izara mula dikenali. Malah, ketika berada di luar ramai yang menegur tetapi tidaklah sampai membenci sehingga sanggup memaki hamun kerana watak antagonis yang dibawa Izara," ujarnya saat ditanya mengenai impak terhadap watak jahat yang dibawanya.

Izara juga menolak tanggapan dia dan Tiz mempunyai masalah. Menurutnya, lakonan yang dijayakan tidak sampai terbawa-bawa sehingga habis pengambaran drama tersebut.

Sinonim dengan watak antagonis Izara bagaimanapun mengakui kurang selesa dianggap sesuai menjayakan watak sebegitu.

Katanya: "Saya takut peminat menganggap saya sebagai pelakon stereotaip. Kalau boleh Izara mahu berlakon pelbagai watak. Sebenarnya, Izara pernah berlakon watak baik dalam drama Kasih Najihah dan juga watak komedi dalam drama Jejaka J. Namun, peminat masih belum mengenali Izara ketika itu".

Sering menjayakan drama Izara juga mengimpikan tawaran berlakon filem namun menganggap rezekinya untuk berlakon layar perak masih belum tiba.

Katanya, biarpun ada tawaran berlakon filem tetapi watak yang diterima kadangkala tidak menepati citarasa malah ada juga watak yang diminati tidak kena pula dengan masanya.

Bercerita mengenai projek terbaharunya, ujar pelakon yang sudah mempunyai buah hati tetapi bukan dalam kalangan orang seni itu, sekarang ini dia sedang menjalani penggambaran untuk drama terbaharu iaitu Vanila Coklat.

Drama gandingan kesebelasnya bersama pelakon Iqram Dinzly itu bagaimanapun tidak menunjukkan sisi negatif Izara, sebaliknya dia akan melakonkan watak baik.

Biarpun tawaran mencurah-curah dalam bidang lakonan, Izara bagaimanapun menolak untuk membuat dua kerja dalam satu masa. Dia juga mengakui mengimpikan sebuah penghormatan terhadap kariernya sebagai pelakon.

"Izara lebih selesai menerima satu kerja dalam satu masa. Jadi, Izara dapat menumpukan 100 peratus perhatian dan memberikan yang terbaik dalam lakonan Izara.

"Perjalanan karier Izara masih jauh. Izara mahu hasil kerja Izara nanti diberi penghormatan dan ketika itu baru Izara puas menjadi sebagai seorang pelakon," tuturnya yang serius menceburi bidang lakonan.

Tasha kemaruk berlakon

Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 24, pula mengaku fasa kehidupannya dalam bidang lakonan semakin lancar selepas membintangi drama Gemilang. Cuma, dia memerlukan sedikit masa lagi untuk mengukuhkan namanya di persada seni lakon tanah air.

Sememangnya watak Cikgu Ruhana yang berebutkan Saifullah (lakonan Shahz Jazsle) daripada Asma (Tiz Zaqyah) yang dibawa oleh Tasha berjaya menonjol bakat lakonan gadis berasal dari Kuala Lumpur itu. Akibat daripada perebutan hati Saifullah, Tasha dikatakan mula membenci Tiz. Namun katanya, semuanya itu sekadar lakonannya di dalam drama Gemilang. Realitinya, pelakon berwajah comel itu sangat mengagumi bakat lakonan yang ada pada Tiz.

Baru dua tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan, Tasha mengaku apa yang menggembirakan dirinya adalah impian sejak kecil untuk bergelar pelakon akhirnya menjadi kenyataan.

Begitupun, Tasha menolak pandangan nakal yang mendakwa populariti mendadak yang melanda dirinya hari ini bersandarkan pada tuah semata-mata. Hakikatnya dia menyifatkan populariti diri yang dikecapinya itu bertitik-tolak daripada komitmen dan bakat yang dimiliki dalam bidang lakonan. Malah, anak sulung itu juga mengakui hadir dalam dunia seni tanpa bantuan sesiapa.

"Saya pergi sendiri casting drama Kabir Bhatia, Gemilang tanpa ditemani sesiapa. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat watak Cikgu Ruhaya. Memang sejak kecil lagi Tasha impi menjadi seorang pelakon dan sekarang ia sudah tercapai.

"Memang saya akui kehadiran saya dalam bidang seni juga bergantung pada tuah tetapi bukan bersandar kepada tuah semata-mata. Pencapaian kecil yang saya kecapi sekarang adalah kerana kerja keras dan komitmen yang saya curahkan untuk berada dalam bidang ini," katanya.

Tasha juga tidak meletakkan sasaran berapa banyak job yang harus dia ambil dalam satu masa, asalkan dia mampu melaksanakan semua kerja yang diberi dengan sebaik mungkin.

Kongsi Tasha lagi, dia juga menolak sebarang bentuk kontroversi atau kisah remeh-temeh sebagai senjata untuk membina namanya. Dia menganggap dirinya dikenali ramai kerana kerja dan bukan kerana kontroversi.

"Saya sentiasa ingatkan diri fokus sebenar saya berada dalam bidang ini. Jadi, saya seboleh-bolehnya tidak mahu ada cerita-cerita panas atau kontroversi murah yang dikaitkan dengan diri saya," katanya senyum tetapi bernada serius.

Pelakon filem Ratu The Movie itu juga sangat berbesar hati apabila orang ramai mengenalinya kerana sesuatu watak yang dilakonkannya dan bukan kerana kisah kontroversi.

Tasha juga tanpa berselindung mengakui dia tidak memerlukan cinta pada masa terdekat ini. Dia juga menolak dakwaan kehadirannya dalam dunia seni semata-mata untuk mengejar insan bergelar VVIP.

"Lakonan adalah kerjaya impian saya dan saya tidak mahu komitmen hubungan cinta akan merosakkan perkembangan kerjaya saya hanya kerana leka dengan permainan cinta," ungkapnya optimis.

Full content generated by Get Full RSS.

AIM hanya untuk rakyat Malaysia

Posted:

AIM hanya untuk rakyat Malaysia

AIM hanya untuk rakyat Malaysia

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

MENGHAMPAKAN. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap Forum Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-18 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) baru-baru ini.

Bermatlamat memberi peluang kepada penggiat industri muzik tempatan terutamanya penyanyi dan komposer untuk meluahkan pandangan dan idea, tetapi ia seolah-olah tidak digunakan sebaiknya.

Apa yang mengecewakan, rata-rata penyanyi dan komposer yang meluangkan masa untuk hadir pada forum yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 6 Disember lalu tidak sampai 20 orang.

Malah, antara barisan penyanyi popular tempatan yang dilihat berada pada forum tersebut hanyalah Joe Flizzow, Atilia, Altimet, Hunny Madu, Hang Dimas, Monoloq, dan Radhi OAG.

Mengulas mengenai situasi tersebut, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola AIM 18, Rosmin Hashim selaku salah seorang ahli panel menyatakan pihaknya berpuas hati dengan penganjuran forum berkenaan.

"Walaupun tidak ramai yang dapat hadir pada forum yang dianjurkan ini, namun ia tetap dapat berjalan seperti biasa dan kami sudah melaksanakan tanggungjawab untuk memberi ruang kepada penggiat seni untuk bersuara.

"Malah, rata-rata mereka yang datang juga telah memberikan maklum balas yang baik dengan memberikan pelbagai pandangan yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh kami agar penganjuran akan datang menjadi lebih baik," jelasnya lagi.

Ujar Rosmin, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang tidak hadir terutamanya penyanyi dan beranggapan tarikh forum yang diadakan itu berkemungkinan besar bertembung dengan jadual mereka.

Sementara itu, pada forum yang turut dibarisi oleh dua orang lagi panel iaitu Adrian Lim dan Ramani Ramalingam, mereka turut mengumumkan tentang beberapa pembaharuan yang akan dilakukan pada masa akan datang.

AIM Cina, AIM India

Salah satunya, pihak RIM sudah merancang untuk mengadakan tiga penganjuran AIM yang berbeza menerusi tiga pecahan iaitu AIM Cina dan AIM India untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni yang berbilang kaum.

"Melihatkan kepada perkembangan industri muzik tempatan sekarang, sudah ramai penggiat seni yang terdiri daripada bukan Melayu muncul dan sewajarnya mereka perlu diberikan pengiktirafan yang sama.

"Lagipun adalah kurang sesuai sekiranya lagu-lagu berbahasa Cina dan India untuk dipertandingkan dengan lagu-lagu Melayu kerana ia akan memberikan kesukaran kepada penjurian yang dilakukan," ujar Rosmin.

Selain itu, bermula pada tahun hadapan pihak RIM akan memperketatkan lagi syarat kelayakan iaitu penyertaan akan dibuka kepada 100 peratus penggiat seni warganegara Malaysia seperti penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit dan syarikat rakaman tempatan.

Jelas Rosmin, syarat sebegitu sebenarnya sudah mula diperkenalkan pada penganjuran AIM 18, tetapi setakat ini ia lebih tertumpu kepada komposer dan penulis lirik sahaja.

"Kalau penyanyi luar negara yang bernaung di bawah label syarikat tempatan dibenarkan untuk bertanding dalam AIM, pada penganjuran akan datang penyanyi, komposer dan penulis lirik mestilah warganegara Malaysia.

"Biarpun syarat yang dikenakan ini agak lebih ketat, tetapi apa yang pihak penganjur lakukan ini adalah semata-mata mahu memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik tempatan dalam memajukan lagi industri," tegasnya.

Bagaimanapun, Rosmin turut menyatakan pihak penganjur tetap memberi sedikit kelonggaran untuk kategori album terbaik apabila masih mengekalkan kriteria pembabitan 60 peratus pemuzik tempatan dan 40 peratus pemuzik luar negara.

"Dalam sesebuah penerbitan album itu pasti ada satu atau dua buah lagu yang dihasilkan oleh komposer atau pemuzik luar. Namun, ia tetap layak dipertandingkan asalkan 60 peratus perlu membabitkan warga tempatan.

"Lagipun adalah tidak adil kalau kami hendak menyekat sesebuah album itu untuk bertanding dalam AIM hanya disebabkan terdapat sebuah lagu yang dihasilkan oleh orang luar," ujarnya.

Pada masa yang sama, pihak penganjur akan mempertimbangkan beberapa cadangan yang telah diusulkan seperti membuka semula beberapa kategori yang pernah digugurkan serta pemilihan lagu terbaik yang bukan dikira daripada pemenang setiap sub kategori.

Kelonggaran syarat

Salah seorang tetamu forum yang hadir iaitu penyanyi Atilia menyatakan, dia sebenarnya kurang bersetuju dengan beberapa langkah yang akan dilakukan oleh pihak RIM pada penganjuran akan datang.

Tegasnya, syarat untuk menetapkan penyertaan 100 peratus pembabitan penyanyi tempatan untuk layak bertanding dalam AIM dilihat kurang sesuai dengan perkembangan industri muzik sekarang.

"Kalau kita lihat sekarang ini sudah ramai penyanyi tempatan yang menjalinkan kolaborasi dengan penyanyi-penyanyi luar negara. Kalau syarat sebegini dibuat, sudah tentu ada lagu-lagu yang bagus tidak dapat dipertandingkan.

"Jika syarat ini dilaksanakan pada masa akan datang, sudah tentu ia akan mengurangkan lagi minat penyanyi-penyanyi di Malaysia untuk menyertai AIM disebabkan perkara sebegini.

Menurutnya lagi, menjalinkan kolaborasi dengan penyanyi luar juga sebenarnya sudah menjadi satu trend dan langkah yang berkesan untuk mempromosikan artis tempatan di luar negara.

Selain itu, Atilia juga turut melahirkan rasa sedikit kecewanya terhadap sambutan kurang menggalakkan pada penganjuran forum tersebut kerana ia adalah platform terbaik untuk para artis bersuara.

"Selama ini kebanyakan artis selalu bersuara di luar sahaja kalau ada rasa tidak puas hati. Namun, bila sudah diberi peluang untuk mereka meluahkan pandangan, ternyata mereka seolah-olah memandang remeh perkara ini.

"Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang dilakukan oleh pihak penganjur, tetapi sekurang-kurangnya mereka masih tetap memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk berbincang bagi memperbaiki segala kesilapan," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Dianna, Sebastian putus cinta

Posted:

Dianna, Sebastian putus cinta

Dianna, Sebastian putus cinta


DIANNA AGRON


PERCINTAAN antara bintang Glee, Dianna Agron dan bintang Gossip Girl, Sebastian Stan telah menemui kehancuran. Dianna dan Sebastian yang mula menjalinkan hubungan cinta pada Julai tahun ini dikatakan terpaksa menamatkan percintaan mereka gara-gara hubungan jarak jauh mereka.

Ujar sumber: "Diana dan Sebastian mengambil keputusan memutuskan hubungan cinta kerana mereka tinggal jauh antara sama lain - Dianna di Los Angeles manakala Sebastian di New York.Hubungan jarak jauh mereka akhirnya menemui kegagalan."

Tambah sumber kepada majalah Us Weekly: "Hubungan antara Dianna dan Sebastian juga putus disebabkan isu kepercayaan. Dianna selalu risau Sebastian akan curang terhadap dirinya setiap kali mereka berjauhan sedangkan Sebastian setia kepadanya."

Sebelum ini Dianna pernah menjalinkan hubungan dengan aktor Alex Pettyfer, namun percintaan mereka berakhir ekoran sikap Alex yang curang.

Full content generated by Get Full RSS.

Ahad, 11 Disember 2011

Zon Artis

Zon Artis


Chef Riz & Ana Dahlia Sudah Sah Bergelar Suami Isteri

Posted: 11 Dec 2011 12:24 AM PST

GAMBAR KAHWIN CHEF RIZ DAN ANA DAHLIA

Tahniah dan selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Mohd. Nadzri Redzuawan atau lebih dikenali dengan nama Chef Riz dan Ana Dahlia kerana dengan hanya sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri dalam satu upacara akad nikah yang berlangsung tengah hari tadi di kediaman keluarga Ana Dahlia iaitu di Kg. Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.

Di majlis tersebut, Ana Dahlia menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dengan mas kahwin berjumlah RM1001.00 beserta 13 dulang hantaran. Sementara itu, Chef Riz pula menerima 15 dulang hantaran sebagai balasan daripada pihak perempuan.

Info tambahan, majlis persandingan mereka akan diadakan pada malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak. Majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kg. Sg. Koyan, Pahang pada 18 Disember nanti.

GAMBAR KAHWIN CHEF RIZ DAN ANA DAHLIA

Tahniah sekali lagi buat Chef Riz dan Ana Dahlia. Selamat menempuhi alam rumahtangga dan selamat berbahagia. Kami doakan agar ikatan pernikahan ini akan berkekalan buat selama-lamanya. Amin.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

OHBULAN!

OHBULAN!


Jennifer Aniston Tewaskan Angelina Jolie!

Posted: 11 Dec 2011 08:00 PM PST

Dipuji dek sikap seksi, funny dan seorang yang real, heroin filem 'Horrible Bosses ini mengungguli carta undian majalah Men's Health, 'Hottest Women of All Time'  menewaskan Marilyn Monroe, Britney Spears, Madonna dan paling penting, Aniston turut menewaskan kekasih bekas suaminya yang sebelum ini dicanang antara wanita paling cantik di dunia, Angelina Jolie, yang hanya mampu berada di kedudukan ke 10.

"Pesonanya yang kelakar dan merendah diri membuatnya senang untuk didekati. Dan sesiapa saja yang menonton Aniston dalam filem 'Office Space' tentu saja bersetuju bahawa dia memiliki paras rupa menawan,"

"Dan kisah cintanya di luar skrin mengundang inspirasi dan simpati. Kebanyakan simbol seks tentu akan berubah apabila berada di satu tahap kehidupan mereka lalu menjadi seorang ikon yang biasa-biasa saja. Berbeza dengan Aniston, dia tetap kekal seksi, kelakar dan jelas seorang yang real," ujar jurucakap Men's Health ketikaamenjelaskan pemilihan aktres berusia 42 tahun itu yang diundi oleh para pembaca majalah tersebut.

Berikut adalah senarai keputusan undian Top 10 Hottest Woman of All Time oleh Men's Magazine:

  1. Jennifer Aniston
  2. Raquel Welch
  3. Marilyn Monroe
  4. Britney Spears
  5. Madonna
  6. Ursula Andress
  7. Bettie Page
  8. Pamela Anderson
  9. Jane Fonda
  10. Angelina Jolie
Full content generated by Get Full RSS.

Kawan Kim Kardashian Dibaling Tepung Oleh Penyokong Kris Humphries!

Posted: 11 Dec 2011 08:00 PM PST

Kawan kepada bintang realiti sensasi dan kontroversi yang juga merupakan seorang bintang 'Spin Crowd', Jonathan Cheban telah diserang tepat ke muka menggunakan tepung gandum oleh sekumpulan penyokong bekas suami kepada Kim Kardashian, Kris Humphries.

Menurut TMZ.com, Jonathan telah menerima beberapa ugutan selepas aktor tersebut mengumumkan untuk menyaman Kris Humphries kerana berang dengan tindakan bintang NBA itu yang menggelar dirinya 'gay' di TV.

Semenjak itu, Jonathan khabarnya telah memperketatkan sistem keselamatan bagi mengelak dari sebarang ancaman ketika menghadiri sebuah majlis bertempat di butik milik Kim, tetapi malangnya pengawal keselamatannya yang berbadan sasa tidak mampu menghalang serangan ganas penyerang meski hanya 'bersenjatakan' tepung!

Menurut salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, tidak syak lagi sasarang penyerang ditujukan kepada Jonathan kerana sebelum serangan 'baling tepung', terdapat beberapa orang yang menjerit, "yang ini untuk Kris Humphries!" Pihak polis walaubagaimanapun, tidak dapat mengenal pasti identiti pelaku tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Sensasi

Sensasi


Video menarik dan Comel:Dog sing for crying baby

Posted: 11 Dec 2011 11:04 PM PST





Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


PESAWAT Lancar Single Terbaru Bandaraya Ibukota

Posted: 11 Dec 2011 07:21 PM PST

PESAWAT baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul 'Bandaraya Ibukota' yang diambil dari album sulung mereka yang berjudul 'Take Off'. Lagu tersebut sudahpun diputarkan di radio-radio tempatan, terutama sekali XFM, HotFM, EraFM dan KLFM.

'Bandaraya Ibukota' berkisarkan tentang keinginan seseorang untuk mengubah nasib dengan menempuh kehidupan pancaroba di bandaraya. Bercakap tentang lagu itu, Jipie selaku vokalis yg menulis lirik utk lagu tersebut berkata, "kami cuba menerapkan mesej di dalam setiap lagu kami dan juga berharap pendengar memahami dan mengamati apa yang kami cuba sampaikan dalam setiap lagu kami." Bandaraya Ibukota merupakan single ke lapan PESAWAT selepas 'Brand New Day' dan 'Hitam'.

PESAWAT

Seiring dengan pelancaran lagu itu, PESAWAT telah mengeluarkan promo video untuk tatapan umum. Ia boleh ditonton di http://youtu.be/IrM5QXrvqbM atau melalui saluran rasmi youtube PESAWAT iaitu www.youtube.com/pesawatube

Terkini, PESAWAT sedang giat mempromosi album terbaru mereka dan sudah selesai menjelajah Johor Bahru, Ipoh, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Shah Alam, Kuala Lumpur dalam siri konsert jelajah 'Take Off' mereka. Menjelang 2012, PESAWAT akan menggiatkan kembali siri konsert jelajah 'Take Off' ke Kuantan, Kota Bharu, Penang, Kuching dan Seremban serta sedang mengintai peluang menjelajah ke Jakarta, Bandung dan Bali. Album 'Take Off' sudahpun berada di pasaran dan boleh dibeli di 7-Eleven dan kedai kedai musik seperti Rock Corner, Speedy dan Victoria Music.

Selain terlibat dengan festival Rock the World : Adrenaline yang berlangsung pada 10 Disember lalu, PESAWAT akan menjadi band pembuka bagi konsert Search Fenomena 30 Tahun yang akan berlangsung di MIECC pada 17 Disember ini. Pada 24 Disember pula. PESAWAT akan berkongsi pentas dengan 'Efek Rumah Kaca' di Black Box MAP @ Publika, Kuala Lumpur. Efek Rumah Kaca adalah band yang di datangkan khas dari Indonesia untuk siri konsert jelajah Malaysia mereka.

Untuk lebih info, sila ke www.pesawatmusic.com & www.facebook.com/pesawatmusic & twitter: @pesawat
Dilampirkan bersama email ini adalah cover single Bandaraya Ibukota, cover album 'Take Off' dan gambar terbaru kumpulan PESAWAT.

PESAWAT

PESAWAT

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pesawat Lancar Single Terbaru HITAM
  • Muzik Video Pesawat Excuse Me
  • Kakiku Kaku Single Terbaru MImie Haris
  • Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic
  • Mila Jirin Bakal Lancar Album Terbaru & Showcase
  • Band Pesawat Bawa Peminat Bercuti Dalam Xpresi Kembara
  • Flop Poppy Lancar Album Baru RASA
  • Lagu Segalanya Cinta Single Pertama Siti Saida
  • Mimie Haris Rakam Single Terbaru Kakiku Kaku
  • Lirik Lagu Single Terbaru Kau Pergi – NB
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Jom Baca Ulasan & Sertai Peraduan di KakiWayang.com

    Posted: 11 Dec 2011 05:26 PM PST

    Jom Baca Ulasan & Sertai Peraduan di KakiWayang.com – Laman sesawang untuk rebiu filem berbahasa Melayu 

    Semalam, Budiey telah adakan Movie Day Out menonton filem Happy Feet Two bersama dengan Isma AF7 dan disertai bersama 16 orang pembaca. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Harap korang enjoyz the movie & berpuas hati dengan goodie bag yang dihadiahkan.

    Rata-rata Budiey dengar semua berpuas hati dan enjoy dengan Happy Feet 2 dan masing-masing sibuk mengulas tentang filem ini. Masing-masing ada pendapat yang berbeza dan Budiey telah mencadangkan pada mereka untuk membaca ulasan lanjut di sebuah laman sesawang yang memberikan ulasan filem terbaik iaitu KakiWayang.com.

    KakiWayang

    Biasanya, itulah yang kita buat sebelum pergi menonton filem di pawagam. Paling kurang pun, kita pasti nak bertanya pada kawan-kawan tentnag filem sebelum kita ke pawagam. Setidak-tidaknya kita nak cari rujukan tentang filem terbabit terlebih dahulu kan? Nak tau la kan filem tu best atau tak, apa pendapat orang lain?

    Orait, sekarang ni, dengan adanya sebuah website review filem tempatan dan luar negara, anda tak perlu lagi nak 'google' dan mencari satu-satu website atau blog yang membuat ulasan tentang filem yang anda ingin tonton? Lagi pun, Budiey lihat website terbaru ini dibangunkan oleh 4 orang anak muda yang sangat suka menonton filem, dan mereka memberikan pendapat yang 100% jujur dan menarik. Review meliputi keseluruhan filem termasuklah susunan jalan cerita, senarai pelakon, perkembangan plot, kekurangan dan kelebihan setiap filem.

    KakiWayang

    Korang dah tengok filem yang di-review? Yeah, apa lagi, jom la kongsi review anda pula di website KakiWayang.com untuk menjadi rujukan orang lain pula. Dengan sistem rating baru yang terdapat di KakiWayang.com, anda boleh berikan 'star rating' sesebuah filem. Anda juga boleh komen pendapat dan review orang lain di ruangan komen. Jika anda ingin menulis juga ada ruangan "Penulis Jemputan" di website tersebut.

    KakiWayang

    Antara filem terbaru yang terdapat di KakiWayang.com yang Budiey suka baca:

    1. Ombak Rindu
    2. Petaling Street Warriors
    3. Seeking Justice
    4. Puss in Boots
    5. Ra-One
    6. Klip 3gp

    Oh ya sebelum Budiey terlupa, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Contest #1 KakiWayang.com!!

    Contest ini berlangsung dari 1 Disember 2011 hingga 15 Disember 2011 dan menawarkan 2 tiket percuma untuk pemenang. Jawab soalan mudah dan lengkapkan slogan yang diberikan. Jom sertai peraduan ni sekarang!

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Sertai Peraduan KENZO The Most Memorable Journey of Love
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran Mei Sekarang!
  • Peraduan Menangi 15 Keping Tiket Anugerah Skrin 2010
  • Gambar Artis di Red Carpet AIM17 Part 2
  • Nak Melancong Ke Hong Kong Dengan PERCUMA?
  • Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin di Istana Budaya
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Sertai Peraduan Lagu Berduit Suria FM
  • Full content generated by Get Full RSS.