Adsense

Sabtu, 5 November 2011

borak kosong

borak kosong


Romantik.. Jason Jenkins Lamar Kekasih Melalui Burung Hantu

Posted: 05 Nov 2011 09:00 PM PDT

Melalui Zulu si burung hantu, Jason dari Stoke di Trent melayangkan lamaran kepada kekasihnya Melissa Bowen, 28 tahun dari Llandudno.

Saat Zulu terbang kearah Melissa dari tangan Jason dengan membawa dengan cincin berlian dari beg baldu merah muda yang diletakkan di kaki Zulu, Melissa pun menyatakan ' I do' atau bersedia.

"Aku benar-benar tak percaya hal itu terjadi," ujar Melissa.


Waktu Jason melamar Melissa, keduanya sedang menyaksikan pertunjukkan atau parade terbang di Nortwich- based Cheshire Falconry.

Kini sih, keduanya sedang sibuk mempersiapkan pesta pernikahan mereka.

Ajaib..Buka Keranda Anaknya, Seorang Ayah Temukan Anaknya Masih Bernafas

Posted: 05 Nov 2011 08:31 PM PDT

Jose Alvarenga, seorang ayah dari Paraguay sangat sedih harus kehilangan anaknya setelah para doktor di Asuncion menyatakan bayinya meninggal setelah dilahirkan.

Pihak hospital mengirimkan jenazah si bayi yang lahir preamatur yang awalnya diletakkan di peti sementara 4 jam kemudian.

Dan beberapa saat setelah kedatangan peti tersebut, si ayah yang lagi berduka itu pun membuka peti tersebut dengan maksud untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bayinya.

Namun ketika dibuka, begitu terkejutkan sang ayah setelah mendapati bayinya ternyata masih hidup.

"Aku membuka petinya untuk melihat jasadnya dan menemukan kalau bayi itu ternyata sedang bernafas. Aku mulai menangis," cerita Jose seperti diberitakan Ananova.com

Tak berapa lama setelah kejadian itu, Jose bergegas ke hospital dengan bayi yang belum punya nama itu dan kemudian jururawat memasukkan bayi itu ke ruang oksigen.

Para doktor berharap tragedi tersebut tak bakal terjadi lagi, dimana mereka mengatakan keadaan bayi stabil.

Tentunya khabar gembira itu sampai ke telinga ibu si bayi, yang masih dirawat di hospital yang sama.

Dan kerana peristiwa itu, penyelidikanpun dilakukan. Kepala unit intensive care anak-anak di rumah sakit tersebut menyatakan bahawa seorang doktor mungkin tak benar-benar mengecek tanda-tanda vital si bayi.

Namun seorang doktor yang lain dari unit persaliinan mengatakan para medik sudah berusaha menghidupkan kembali si bayi selama 1 jam sebelum si bayi dinyatakan meninggal.

Inilah bayi yang dikatakan anak Justin Bieber

Posted: 05 Nov 2011 07:00 PM PDT

Bayi itu bernama Tristyn Anthony Markhouse Yeater. Bayi laki-laki itu lahir pada 6 Julai 2011. Mariah Yeater, sang ibu, mengatakan bayi itu adalah buah cinta dengan Justin Bieber tahun lalu saat penyanyi remaja itu mengadakan konsert di Staples Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Yeater mengatakan malam itu dia didekati oleh para pengawal Bieber. Selanjutnya dia diminta datang ke belakang pentas, Yeater dan Justin Bieber mulai berciuman. Tak lama kemudian atas usulan Justin Bieber mereka pindah ke tempat yang lebih privsit. Versi lain disebutkan tempat itu adalah bilik mandi. Di sanalah mereka bercinta kilat selama 30 saat. Konon itu adalah percintaan pertama Justin Bieber. Justin saat itu menolak memakai kondom.

"Ada bukti kuat yang menunjukkan bahawa Justin Bieber adalah ayah dari bayi itu," kata Mariah. "Bukti itu akan kami buka di pengadilan." Mariah menuntut Justin Bieber bertanggung jawab atas bayi itu. Mariah menuntut bayi tersebut mendapatkan nafkah 7.500 poundsterling se bulan

Menurut dokumen pengadilan, Yeater mengaku ia diabaikan oleh orang-orang di dekat Bieber ketika merasa sudah mengandung. Ia menginginkan bintang itu memberikan jaminan ke bank senilai 3 juta poundsterling sebulan untuk menjalani ujian DNA.

"Ia sebenarnya orang yang jujur. Ia memiliki hati yang besar. Ia seorang anak yang baik dan ia mencintai bayi ini," kata datuk Yeater, Eddie Markhouse. Justin Bieber lewat Twitter-nya membantah tuduhan ini. "Sungguh menyedihkan mendengar seseorang melontarkan tuduhan palsu," katanya. Pengadilan baru akan mendengar tuntutan Yeater ini pada 15 Disember.

Sumber : tempointeraktif.com

Kesian...gadis pintar patah kaki hampir 50 kali

Posted: 05 Nov 2011 06:00 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Dia gadis pandai tetapi diuji Tuhan dengan sepasang kaki istimewa yang terlalu rapuh hingga patah hampir 50 kali, menyebabkannya tidak lagi boleh berjalan.

Akibat kekurangan itu, Nurul Fatihah Hashim, 16, kini menjadi pemalu dan kurang keyakinan diri, sedangkan dulu dia murid cerdik dengan pencapaian 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mengekalkan keputusan baik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.


Untuk bergerak, Fatihah terpaksa menggunakan kerusi roda sambil kebiasaannya menyembunyikan kedua-dua kakinya kerana malu dan tidak sanggup diejek rakan sebaya.


Selain Fatihah, dugaan ini sebenarnya turut dikongsi bapanya, Hashim Omar, 53, abangnya, Asrul, 23, dan pasangan kembarnya, Mohd Syafiq, 16, cuma masalah Fatihah paling kronik.


Menurut Mohd Syafiq, kehadiran Aidilfitri atau Aidiladha dalam sejarah hidupnya tidak pernah seceria orang lain kerana mereka tidak boleh bergerak jauh seperti remaja lain, selain hidup serba kekurangan dengan keadaan kakinya yang rapuh.


"Sebenarnya saya sudah biasa begini, dulu ada pelajar sekolah mengejek memanggil kami penyu kerana keadaan kaki dan pergerakan saya seperti reptilia itu.



"Mulanya malu juga namun lama-kelamaan saya tidak peduli, cuma kakak yang masih malu mungkin kerana keadaan kakinya semakin teruk sejak kami membesar.


"Pernah satu ketika, kerusi roda kakak ditarik atau dihentak pelajar nakal menyebabkan kakinya patah, namun selepas insiden itu, kami tidak lagi diganggu kerana mereka takut melihat kesan yang kami tanggung akibat perbuatan mereka," katanya ketika ditemui Metro Ahad di Perkampungan Orang Kurang Upaya (OKU), Pulau Kerengga, Marang, dekat sini.


Syafiq mewarisi penyakit tulang rapuh daripada Ha- shim, menyebabkan organ kakinya patah tidak kurang 20 kali hanya kerana tersepak tunggul, tersepak kaki sendiri, terhentak, jatuh kerusi roda atau tersilap duduk dan akibatnya betisnya membengkok. Lebih memburukkan keadaan, kulitnya turut sensitif dan luka jika terkena seluar dipakai.


Bagaimanapun, Fatihah mengalami kesan paling teruk apabila kakinya patah hampir 50 kali, menyebabkan kedua-dua kakinya semakin melidi dan membengkok. Dia terpaksa mengengsot untuk bergerak atau berkerusi roda ketika di sekolah.


"Setiap kali patah, kami memerlukan dua hingga tiga bulan untuk kembali pulih dan keadaan itu menyebabkan pembelajaran kami terjejas, biasanya kakak yang sering mengulang kaji pelajaran di rumah, jadi tidak hairan dia mampu menjadi pelajar cemerlang," katanya.


Syafiq dan Fatihah biasanya menjalani aktiviti bersama, menyebabkan mereka seakan-akan tidak dapat dipisahkan dan ia mungkin kerana perkongsian rahim kira-kira 15 tahun dulu, namun yang membezakan mereka ialah Fatihah kini menjadi semakin pemalu dan kurang keyakinan diri akibat kekurangan dialaminya.


Sebaliknya, Syafiq yang hanya mengalami sindrom itu pada kaki kanan dilihat tetap aktif walaupun pergerakan terbatas kerana masih mampu menggunakan sebelah lagi kakinya untuk bergerak.


Hashim pula berkata, sindrom itu dialami ketika dia berusia belasan tahun dan ia berjangkit pula kepada tiga daripada lapan anaknya.


"Saya bernasib baik kerana kerapuhan tulang saya hanya berlaku dari paras paha ke bawah, menyebabkan organ lain tidak terjejas dan akibatnya doktor menasihatkan kami sekeluarga minum susu khas untuk mengekalkan kekuatan tulang dan bukan untuk menguatkan tulang.


"Dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saya tidak mampu membelanjakan setin susu RM50 seminggu tetapi bersyukur dengan apa yang diterima kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya sekeluarga," katanya.


Katanya, ketiga-tiga anaknya mengalami sindrom tulang rapuh sejak berusia 18 bulan iaitu ketika mula belajar berjalan, sekali gus menjejaskan pembesaran mereka kerana tidak dapat bergerak aktif berikutan risau cedera terlanggar tunggul kayu atau anak tangga.


"Jika tersilap langkah, mereka terpaksa menanggung akibatnya antara dua hingga tiga bulan sementara menunggu kecederaan pulih semula. Fatihah kini menanggung rasa sakit dan malu yang teramat sangat kerana melalui kesan patah sehingga 50 kali, menyebabkan struktur kakinya semakin pipih seolah-olah akar kayu.


"Akibatnya, dia yang semakin meningkat remaja kini menjadi pemalu dengan kekurangan dirinya dan hanya tuhan dapat memahami perasaan kami sekeluarga kerana penyakit dialami tiada penawar," katanya.


Akibatnya, empat beranak itu terpaksa menyusun langkah berhati-hati setiap hari supaya tulang tidak patah lagi akibat terlanggar objek, manakala Fatihah menggunakan sebiji bantal bagi memudahkannya mengengsot untuk bergerak dalam rumah.


Ketika di luar rumah, hanya kerusi roda menjadi teman dan Fatihah mula kurang bergaul dengan rakan, mungkin disebabkan kekurangan diri.


Hashim berkata, keluarganya menempuhi kesukaran hidup dengan penuh kesabaran dan saling menjaga antara satu sama lain bagi mengelak ditimpa kemalangan.


"Sebenarnya saya bersyukur dengan keadaan ini kerana ada hikmah di sebaliknya. Ia serba sedikit membuktikan kesetiaan isteri, Nurzaimah Husin, 46, yang tetap bersama-sama menghadapi dugaan ini.


"Pengorbanan isteri dan anak sangat bernilai bagi saya, cukup dengan apa yang mereka tanggung, setiap kali Aidiladha, saya memanjat kesyukuran dengan kesanggupan mereka berkorban keinginan untuk hidup senang seperti orang lain.


"Kadangkala saya hampir putus harapan kerana tidak mampu memberikan kelengkapan atau keperluan mewah kepada mereka.


"Namun apakan daya, dengan kudrat yang tidak seberapa, kami sekeluarga masih dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan bantuan bulanan RM300 daripada JKM," katanya.

sumber : myMetro

Ibu laporkan ke polis kerana anak tak dengar cakap

Posted: 05 Nov 2011 05:00 PM PDT

Freaky News- Hati-hati jika anda salah satu orang yang kerap kali mengacuhkan perintah orang tua, nasib anda mungkin sama seperti Luis Perez.
Luis Perez, 18 tahun ditangkap oleh pihak polis setelah ibunya sendiri melaporkannya, Luis ditangkap kerana dia tidak mendengarkan perintah ibunya yang ingin agar dia membersihkan kotoran yang telah dia lakukan dirumah mereka di Stamford.

Bukannya melakukan perintah ibunya dia malahan memaki-maki ibunya sendiri, geram dengan kelakuan anaknya itu, ibunya pun langsung melaporkan kelakukan anaknya itu kepihak polis, ketika polis datang mereka menemukan Luis didalam biliknya, dibawah selimut dan tidak mengenakan seluar.

Saat ingin dibawa oleh pihak polis tersangka menolak untuk memakai seluarnya, dia mengatakan bahawa mereka telah merusak privasinya sendiri, dalam perjalanannya kebalai polis, dia tidak henti-hentinya memaki ibunya, dia mengatakan bahawa " dia (ibunya) takut dengan anaknya sendiri dan aku ingin dia segera keluar dari rumahnya".(rm)

Apa punya fesyen baju ni..bont**t pun nampak

Posted: 05 Nov 2011 11:01 AM PDT

berani sungguh kakak ni pakai macam ni...
kalau kena raba siapa yang harus disalahkan...

Aksi makcik berbogel kemudian kencing dibalai polis tertangkap CCTV

Posted: 05 Nov 2011 10:30 AM PDT

Zhenjiang, a middle-aged woman ran a red light-duty auxiliary police and the road had an argument, police station after being taken to the police, the woman continued to Sapo, stripped of his coat, and even still in the trial room to relieve themselves in public.

Suspect to quibble.

The suspect kicked the interrogation room.



Ready to strip.
Suspects do not listen to discourage police.


Suspect squat to urinate.
police choice but to sweep the ground.

Gila..lelaki 50 tahun memasuki peluru hidup ke anusnya untuk eksperimen seks

Posted: 05 Nov 2011 09:40 AM PDT


ZAGREB, KOMPAS.com — Seorang lelaki Croatia berusia 50 tahun harus menanggung masalah dua kali setelah melakukan eksperimen seks dengan menggunakan peluru hidup.

Harian Slobodna Dalmacija edisi Jumaat (4/11/2011) di Zagreb melaporkan, lelaki tersebut bereksperimen dengan memasukkan peluru kaliber 20 milimeter ke anusnya.

Ia pun harus menahan sakit dan malu setelah peluru meriam antipesawat udara itu tersangkut di dalam anusnya. Ia terpaksa dilarikan ke hospital untuk mengeluarkan peluru sepanjang 11 sentimeter itu dari dalam tubuhnya.

Begitu masalah medik selesai, pihak hospital langsung menyerahkan lelaki ini ke polis kerana dicurigai dia menyimpan banyak peluru hidup di rumahnya secara haram. Jika polis menemukan peluru beserta senjata antiserangan udara itu, lelaki tersebut boleh menghadapi tuduhan jenayah.


Sumber : AFP

Parah..Kerana Keasyikan Bermain, Kepala Lelaki ini Tersangkut di Toilet

Posted: 05 Nov 2011 08:51 AM PDT

Freaky News- Seorang lelaki 26 tahun dari Britain harus menanggung malu saat pemadam kebakaran harus mengunjungi dirinya setelah kejadian aneh menimpanya Khamis lalu.

Entah apa yang telah diperbuat oleh lelaki ini sehingga kepalanya tersangkut kedalam toilet, menurut informasi lelaki ini bersama dengan teman-temanya memainkan sebuah permainan aneh yang mengharuskan pemain memuat sebuah objek diatas kepala, dan kemungkinan besar lelaki ini memilih objek yang salah iaitu lubang toilet.

Pemadam kebakaran harus memerlukan sekitar 2 jam untuk melepaskan kepala sang korban dari toilet dengan memotong toilet tersebut.
Sebagai kenang-kenangan lelaki tersebut membawa potongan toilet tersebut untuk dia simpan dirumahnya.(rm)

Aktor Dibebaskan Setelah 25 kali "Cuci Perut"

Posted: 05 Nov 2011 07:25 AM PDT

LAGOS, KOMPAS. com — Setelah ditahan selama 24 hari dan menjalani lebih dari 25 kali "cuci perut", seorang aktor komedi Nigeria dibebaskan dari penjara, Jumaat (4/11/2011).

Aktor Babatunde Omidina yang dikenal dengan nama Baba Suwe ditangkap di Lapangan Terbang Internasional Lagos saat hendak terbang ke Perancis. Omidina ditangkap kerana "dicurigai menelan narkoba" untuk diseludupkan ke Eropah.

Selama ditahan, Omidina mendapat pengawasan ketat dari pihak berwenang dan media untuk melihat apakah ada narkoba dalam kotorannya. Kerana hasilnya tiada, seorang hakim pengadilan tinggi di Lagos menyampaikan permohonan maaf dan memerintahkan agar aktor itu dibebaskan.

Hakim Yetunde Idowu mengatakan kepada aktor yang kelihatan kurus dan lemah tersebut, "Saya mendoakan Anda baik-baik saja. Jaga diri Anda. Anda bebas untuk pulang."

Omidina ditahan pada 12 Oktober saat ia akan naik pesawat Air France ke Paris. Lembaga pelaksana hukum narkotika menyatakan ia telah "diduga positif menelan ubat-ubat terlarang".

"Telah dilakukan beberapa pemeriksaan pada dia dan sejauh ini tak ada bahan terlarang ditemukan," kata pengacaranya, Bamidele Aturu, kepada pengadilan, Jumaat (4/11).

"Ia telah lebih dari 25 kali buang air besar," kata pengacara tersebut belakangan kepada AFP.

Nigeria adalah pusat utama penyeludupan narkotik atau dadah menuju Eropah dari Amerika Latin.

Sumber : ANT, AFP

Cara buka tin pakai sudu

Posted: 05 Nov 2011 06:00 AM PDT

Ajaib,, Boneka Menyelamatkan Satu Keluarga dari Tragedi Kebakaran

Posted: 05 Nov 2011 05:00 AM PDT

Freaky News- Ternyata manfaat boneka tidak hanya menjadi permainan anak-anak dan jadi penghias almari, tapi dalam sabuah kejadian, sebuah boneka telah menyelamatkan kehidupan satu keluarga.

Sebuah keluarga asal La Vergne, Amerika Syarikat berhasil selamat dari kebakaran hebat yang melanda rumah mereka, dan anehnya yang menyelamatan kehidupan mereka adalah sebuah boneka.

Kejadian itu berawal dari Seorang gadis yang mendengar seperti bayi yang menangis, bosan mendengar suara yang menggangu tidurnya itu, gadis itu lalu itu beranjak dari tempat tidurnnya untuk mengambil boneka tersebut, saat dia membuka pintu, tiba-tiba sekumpulan asap tebal menyapu mukanya, lalu dengan cepat remaja itu lari dan membangunkan ibu dan ayahnya yang sedang tidur kemudian keluar dari rumah.

Sebenarnya boneka bayi tersebut dia bawa dari sekolah untuk kepentingan pelajaran "tanggung jawab siswa dalam merawat anak", boneka tersebut dapat menangis dan tertawa seperti bayi sebenar.(rm)

sumber : the freak

Aksi brutal auntie dalam bas

Posted: 05 Nov 2011 04:00 AM PDT

sampai macam tu sekali aksi auntie ni....

sumber gambar : stomp.com.sg

Kanak-kanak ini Tinggal Dua Hari Bersama Ibunya yang Sudah Jadi Mayat

Posted: 05 Nov 2011 03:00 AM PDT


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun tinggal selama dua hari setelah ditinggal mati mendadak oleh ibunyadi rumah mereka di New Zealand. Ia mencari kenyamanan dari mainan kesukaannya dan memakan keju, lasagna sisa, dan susu.

Shylah Silbery, mencari sendiri makanan di dalam peti sejuk dengan hanya ditemani boneka beruang Teddy Bear yang dinamainya 'Possum' setelah ibunya, Lauren Silbery yang berusia 28 tahun, meninggal dunia.

Komunikasi terakhir keluarga dengan Lauren Silbary terjadi pada 19 Oktober. Dua hari kemudian, kerana tiada khabar, keluarganya merasa risau keadaan Silbery dan anaknya. Mereka pun menghubungi tetangga Lauren untuk mencari tahu. Tetangga yang memeriksa keadaan rumah, hanya boleh melihat Shylah kecil tanpa terlihat keberadaan Lauren.

Polisi yang datang kemudian memujuk Shylah untuk menyeret meja kopi ke depan pintu agar dirinya boleh mengambil kunci dan membuka kunci pintu. Kepada polis, Shylah hanya berkata, "Mama tidak mahu bangun."

Polis kemudian segera membawa Shylah ke hospital untuk mendapatkan rawatan selama beberapa hari. Sekalipun menderita dehidrasi dan pampers bayi yang lama tidak diganti, keadaan Sylah dilaporkan tidak mengkhuatirkan.

REPUBLIKA.CO.ID, WELLINGTON

Where Children Sleep, Sebuah Buku Yang Akan Mengetuk Pintu Hatimu [Foto]

Posted: 05 Nov 2011 02:00 AM PDT

Dimanakah anakmu tidur? Mungkin dibilik yang bersih, nyaman, dilengkapi tilam empuk dan hangat. Tapi pernahkah terlintas di kepalamu seperti apa bilik yang dipakai anak lain untuk beristirahat?

Sebenarnya, pertanyaan itu tidak sepenuhnya tepat, kerana bagi sebahagian anak, bilik yang mereka miliki tak lebih dari pondok kotor yang beratap langit. Mereka juga tidur di atas tilam lembab dan bekas yang tentu saja dimana kenyamanannya sangat berbeza dengan tilam busa atau spring bed.

Semua perbandingan ini tergambar jelas dalam buku Where Children Sleep karya James Mollison. Mollison, seorang fotografer dokumenteri yang lahir di Kenya dan kini tinggal di Venesia, menerbitkan buku berisi foto-foto hasil tangkapan kameranya dari bilik-bilik anak kecil di seluruh penjuru dunia, ia berusaha memperlihatkan kepada dunia bahawa ada ramai anak lain yang memerlukan pertolongan. Ia percaya sebuah bilik tidur dapat memperlihatkan bagaimana kehidupan seorang anak. Lihat beberapa preview halaman dalam bukunya di gambar-gambar berikut ini:


sumber: James Mollison via New York Times via Laughing Squid
foto: James Mollison, New York Times

Gadis 7 Tahun Dipaksa Bekerja Sebagai Penari Kelab Malam

Posted: 05 Nov 2011 01:00 AM PDT

Malang benar nasib Huang Doudou. Sebab pada usianya yang baru menginjak tujuh tahun, gadis ini dipaksa untuk bekerja empat malam dalam seminggu sebagai seorang penari kelab malam untuk membantu orang tua yang cacat.

Ironis memang, sementara teman-teman sekolahnya meringkuk dalam selimut yang hangat di tempat tidur, Huang memakai seluar ketat dan kasut tinggi untuk tampil di depan para tamu di sebuah kelab malam dekat rumahnya di Urumqi, Mongolia.



Make-up tebal, dan melakukan empat gaya Latin telah menjadi rutin malam bagi Huang untuk mendapatkan upah sekitar 1 juta sebulannya.

Diketahui, Huang terpaksa mengambil langkah ini ketika kedua orangtuanya menjadi cacat, dan ia sekarang menjadi tuempat punca rezeki seluruh keluarganya.

"Ini menyenangkan, namun pekerjaan saya selesai setelah pukul 11 ​​malam, dan kemudian saya harus mengerjakan pekerjaan rumah saya untuk sekolah besok." tutur gadis pemberani ini.

"Saya suka menari dan kadang-kadang saya mendapatkan wang tip yang dapat membantu membayar thutang. Kadang-kadang aku merasa lelah, tetapi ini adalah pekerjaan yang sangat baik." tambahnya.

Ibu Huang tidak mampu lagi bekerja setelah kaki kirinya mengalami cedera dalam sebuah kemalangan, sementara ayahnya menderita gastrik kronik, yang membuat sulit baginya untuk mencari sebuah pekerjaan.

Keluarga Huang tinggal di sebuah flat sewaan kecil, yang ukurannya kurang dari 12 meter persegi dan dibagi menjadi dua bilik.

Sumber : dailymail

Gila..Wanita ini Berpose Bogel Di dalam Mayat Kuda

Posted: 05 Nov 2011 12:00 AM PDT

Freaky News- Pasangan suami-isteri dari Amerika harus berurusan dengan pihak polis kerana memposting foto mengerikan ke internet dan dituduh melakukan pemujaan setan.

Kuda yang mereka pelihara selama 32 tahun akhirnya harus berakhir di hujung senapang kerana Elizabeth Herrick dan kekasihnya Joshua Washburn telah menembak kuda yang telah mereka rawat itu, dengan alasan bawa kuda tersebut telah sakit dan sudah tidak boleh bertahan hidup.

Tapi bukannya menguburkan kedua yang telah mereka tembak itu, malah Elizabeth membuka bajunya dan berpose bogel dalam perut kuda yang telah mereka tembak itu, setelah melakukan sesi pengambaran kedua pasangan tersebut kemudian mengupload foto sadis tersebut ke internet.Perbuatan kedua pasangan tersebut langsung menerima kritikan keras atas foto-foto yang telah mereka upload.





Bahkan, juga terdapat foto yang memperlihatkan Elizabeth berpose dengan memegang hati haiwan tersebut, setelah diminta penjelasan atas foto-foto itu, pasangan tersebut hanya melontarkan pernyataan aneh bahawa " kami berdua hanya ingin merasakan bagaimana rasanya jika menyatu dengan kuda dan alam".

Yosua dan Elizabeth sekarang telah meninggalkan Amerika kerana sering mendapatkan ancaman pembunuhan akibat perbuatan yang telah mereka lakukan, bahkan masyarakat AS menuduh Elizabeth seorang pemuja setan.

sumber : the freak

Lelaki gila yang menikam ibunya hanya kerana sandwich

Posted: 04 Nov 2011 11:00 PM PDT

World News, Freaky News- Sebuah kejadian aneh terjadi di pinggiran kota Naperville, seorang lelaki 27 tahun yang bernama Alexander Georg sanggup menikam ibunya hanya kerana sandwich.

Kejadian itu terjadi saat mangsa yang baru pulang dari Hospital Advent Glen Oaks untuk menjeguk anaknya, sesampainya dirumah dia langsung menemui Georg dan menawarkan sandwich pada anaknya itu tapi bukannya berterima kasih pada ibunya , malah dia membanting kepala ibunya itu kelantai kemudian menikamnya secara brutal didada dan di sekitar leher, ketika polis tiba wanita malang itu telah mengalami pendarahan yang hebat dan langsung dibawa ke Hospital Edward.Georg berada diluar rumah saat polis datang dan menyerah tanpa ada perlawanan.Tidak diketahu apakah motif dia berbuat demikian(rm)

Kesian adik ni kulit merah seperti terbakar

Posted: 04 Nov 2011 10:36 PM PDT

London, Ketika melihat Jack Oldacres ramai orang menduga kanak-kanak berusia 3 tahun tersiram air panas atau kelamaan dijemur sinar matahari oleh orangtuanya. Penyakit langka dengan nama Sindrom Netherton ini memang membuat kulit Jack berwarna merah bagai terbakar, kulit mengelupas dan gatal.

"Pernah ada perempuan yang berteriak di jalan 'Beraninya kau meninggalkan anak di bawah sinar matahari terlalu lama?', saat itu aku berjalan padanya untuk menjelaskan keadaan Jack, dan ia hanya mengatakan 'Oh' lalu pergi tanpa ada permintaan maaf," ujar Danny, ayah dari Jack seperti dikutip dari Dailymail, Jumaat (4/11/2011).

Danny (32 tahun) dan isterinya Julie (38 tahun) harus sabar menghadapi cemuhan orang yang menduga keduanya tidak merawat anaknya dengan baik. Meski begitu, keduanya tidak marah dan selalu menjelaskan ke orang yang bertanya. Keduanya bertekad mendidik masyarakat dengan mengenalkan penyakit anaknya. Jack Oldacres lahir dengan memiliki sindrom Netherton yang mana gejalanya meliputi peradangan kulit kronik, dehidrasi berat dan pertumbuhan yang terhambat.

Orang dengan sindrom ini memiliki kulit berwarna merah, gatal dan kulit mengelupas yang perlu dibersihkan 2 kali sehari di dalam tab sterilisasi untuk mencegah terjadinya infeksi. Sindrom Netherton diperkirakan mempengaruhi 1 dari 800.000 orang dan di Inggris kurang lebih hanya ada 16 kes. Setelah 3 tahun Danny dan Julie kerap menjadi bahan ejekan dan disalahkan oleh masyarakat atas keadaan yang terjadi pada anaknya, kini keduanya melancarkan sebuah inisiatif untuk mendidik publik dan menyediakan dana yang akan digunakan untuk penelitian lebih lanjut mengenai penyakit sindrom Netherton.

Hal ini kerana informasi yang dimiliki oleh University College di London tentang penyakit ini masih sedikit, sehingga banyak masyarakat yang belum memahami sehingga kerap menyalahkan orangtuanya. "Kami memutuskan bahwa kami lebih suka mencuba dan mendidik masyarakat tentang penyakit ini daripada marah atau kesal dengan apa yang mereka katakan," ujar Danny, ayah dari Jack.

Sindrom ini disebabkan oleh kerosakan dalam gen yang berfungsi mengendalikan pembentukkan protein di dalam kulit sehingga menyebabkan terjadinya pengelupasan dan kulit memerah. Jack lahir prematur 5 minggu lebih cepat dan mengharuskannya dirawat di hospital selama 6 bulan pertama kehidupannya dengan doktor dan perawat yang selalu menjaga Jack agar terisolasi dari infeksi dan penyakit lain yang boleh dengan mudah menembus kulit rapuh.

Bahkan sebelum berusia 1 tahun, Jack pernah terkena MRSA, menderita keracunan darah, septikemia dan bronkhitis serta jantungnya sempat berhenti sebanyak 3 kali. Tapi kerana perawatan yang intensif dan telaten kini Jack tetap boleh hidup sampai berusia 3 tahun seperti anak-anak lainnya. Saat ini belum ada ubat yang diketahui boleh menyembuhkannya, tapi ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk meringankan gejala yang muncul seperti menggunakan pelembab, perawatan anti-infektif dan topical steroid.

"Aku akan pergi ke sekolah untuk berbicara dan mendidik lebih banyak orang tentang mengapa Jack terlihat seperti itu, diharapkan nantinya tidak ada lagi orang yang mengejek atau menyalahkan kami tapi justru semua orang ingin menjadi temannya," ujar Jack.

Sumber : detikhealth.com

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Saiful Apek didakwa

Posted:

Saiful Apek didakwa

Saiful Apek didakwa



DITANGKAP pada 12 Jun tahun lalu, hari Selasa lepas baru didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Itulah nasib yang menimpa Saiful Apek dan tiga rakan yang lain atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja.

Oleh kerana Apek mengaku tidak bersalah, kes ini akan dibicarakan pada 23 Disember nanti.

Sebenarnya banyak yang terkejut bila wajah Apek terpampang di televisyen sewaktu naik mahkamah. Ada yang bertanya, ini kes bila ni? Maklum sajalah, mereka terkeliru sebab selepas didakwa terbabit dengan najis dadah, Apek masih laris dalam karier lakonan. Tetap ligat seolah-olah langsung tidak terbabit dalam sebarang kes buruk.

Joyah teringat, kalau dulu, artis yang dituduh saja pun, semua kerja mereka beku serta-merta. Janganlah harap penerbit berani hendak ambil mereka lagi sebab risau kalau si artis ditentukan bersalah, filem atau drama mereka kena 'gam'.

Tapi sekarang zaman sudah berubah. Orang kita agaknya tidak kisah, artis hendak tunggang terbalik ke, tak jadi hal. Asalkan boleh guna artis ni untuk buat duit, kira okey. Apapun kaedahnya, masih terlalu awal untuk mengatakan Apek bersalah tau.

Full content generated by Get Full RSS.

Pahit manis sebuah pengorbanan

Posted:

Pahit manis sebuah pengorbanan

Pahit manis sebuah pengorbanan

"SALAM Jumaat yang penuh berkat duhai sahabat-sahabat yang sentiasa dekat. Bercakap tentang pengorbanan, apakah pengorbanan paling hebat yang pernah kalian lakukan sepanjang kehidupan? Yang baik sama-samalah kita kongsi-kongsikan."

Demikian mesej yang saya hantar ke dinding Facebook saya pada pagi Jumaat lalu. Seketika saya mengajak teman-teman merenung kembali, sepanjang kehidupan, apakah pengorbanan paling besar yang kita telah lakukan?

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan pengorbanan? Bagi saya, ia menjurus kepada menyerahkan sesuatu yang kita sayang, yang kita suka atau apa saja yang sepatutnya, sebagai bukti ketaatan dan kecintaan.

Seorang teman, Salju Putih menulis begini: Berkorban menjaga arwah ibu saya yang merupakan ibu tunggal. Dia pengidap sakit buah pinggang dan selalu berulang-alik ke hospital Kota Tinggi, Johor Bharu setiap hari.

Setiap hari, saya akan memandikan dia dan pernah ada ketika, kami sama-sama terduduk di atas lantai, kelemahan. Bagaimanapun Allah permudahkan segala urusan saya. Sekarang ini, walaupun emak sudah tiada, rindu padanya semakin dekat."

Seorang lagi rakan, Suhana Abdul Mutalib pula mencoretkan : Along, bagi Su, sudah tentulah berkorban meninggalkan kerjaya yang diminati. Just to be with him. Nun jauh di utara."

Isteri kepada bekas pelari pecut negara, Nazmizan Mohammad itu telah mengorbankan kerjaya kewartawanan di Utusan Melayu sebagai tanda kasih sayang kepada seorang suami yang bertugas di utara Semenanjung. Itu pengorbanan seorang isteri terhadap suami dan rumah tangganya.

NorHamizan Abdul Aziz pula berkongsi bercerita: Saya buat segala-galanya untuk mereka, selain tidak pernah tinggalkan mereka bersendirian. Walaupun sudah bekerja, saya tidak pernah jauh dari mereka. Saya juga pernah meninggalkan kerja yang saya minati hanya kerana mereka, ibu dan ayah."

Nah, setiap orang mempunyai nilai pengorbanan yang tersendiri, bergantung kepada realiti dan impian hidup masing-masing.

Secara peribadi, apakah pula pengorbanan besar yang pernah saya lakukan? Saya mengenang beberapa perkara penting, dan sudah tentu kejadian pada tahun 1993, pada detik pemergian ibunda saya ke rahmatullah, paling diingati.

Pada hari itu, saya di Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun. Hari yang sama, saya perlu bertanding dengan sebuah pasukan sekolah lain bagi menentukan kejuaraan di peringkat daerah Dungun, sempena Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Malaysia anjuran sebuah akhbar. Kemenangan sangat penting kerana selepas itu, kami perlu membawa bendera negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan pula untuk mengejar Piala Sirih Pulang Ke Gagang. Ia sama penting seperti merebut sebuah Piala Malaysia. Bayangkanlah!

Saya masih ingat, guru-guru saya ketika itu terutamanya penyair Awang Abdullah, melarang untuk datang kerana faham situasi saya yang sedang dalam kesedihan. Kami hampir-hampir menyerah lebih awal atau meletakkan calon simpanan sahaja.

Kematian seorang ibu adalah sesuatu kesedihan yang bukan sedikit. Memang saya bersedih tetapi dalam masa yang sama saya tidak boleh melepaskan tanggungjawab yang telah diberikan kerana bimbang. Saya tidak mahu cita-cita dan impian untuk kami menang hancur berderai, setelah berbulan-bulan berlatih siang dan malam.

Lalu saya meminta izin ayah untuk meminjamkan saya masa sekitar 2 jam dan memilih kembali ke sekolah pada ketika jenazah ibu menunggu untuk dikebumikan. Ketika itu, saya sendiri hairan kerana masih diberi kekuatan untuk melakukannya dan syukur kerana pengorbanan itu tidak sia-sia.

Saya berasa mahu berkongsi perkara itu dengan pembaca tersayang kerana kejadian itu menilai kematangan saya sebagai seorang insan yang tidak mudah mengalah kepada cabaran.

Moral catatan ini, walau sekalipun pengorbanan dianggap kecil untuk kita, percayalah, ia tetap mempunyai nilai yang besar kepada orang lain.

Buktinya, pada tahun yang sama, sekolah saya menjadi pemenang ke-tiga di peringkat Kebangsaan. Nyata, pengorbanan saya tidak sia-sia. Sekian dulu Katarsis Kualong minggu ini. Salam Hari Raya Korban.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Korban giring

Posted: 04 Nov 2011 04:38 PM PDT

Hip

REZEKI yang diberikan Tuhan bukan milik mutlak dirinya, sebaliknya pinjaman Allah itu sentiasa ingin dikongsi oleh vokalis Nidji, Giring bersama mereka yang memerlukan.

Sempena sambutan Aidiladha esok, Giring mengambil kesempatan untuk melaksanakan ibadah korban sebagai tanda syukur terhadap rezeki yang diberikan Allah untuk dirinya dan keluarga. Giring mengakui, sejak beberapa tahun kebelakangan ini rezekinya dan Nidji begitu murah membuatkan dia berasa wajib untuk berkongsi kegembiraan itu bersama mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

"Kebelakangan ini rezeki Nidji sentiasa lancar. Ketika Tuhan memberikan sedikit kegembiraan, mengapa tidak saya berkongsi nikmat Allah itu bersama mereka yang memerlukan? "Mudah-mudahan rezeki yang dikongsi ini membawa sedikit senyuman kepada mereka.Kebiasaannya saya akan menyembelih kambing, namun sejak tiga tahun ini saya senang korbankan lembu," kata lelaki kelahiran Jakarta, berusia 28 tahun itu.

Selain meraikan Hari Raya Korban, Giring atau nama lengkapnya, Giring Ganesha berkata, sembelihan itu juga bagi meraikan kelahiran anak keduanya, Aisyah.

"Kebetulan sehari sebelum Aidiladha akan diadakan acara untuk meraikan Aisyah yang mula bertatih, jadi saya satukan dengan korban. Alhamdulillah, persiapannya hampir selesai," kata Giring yang melonjak bersama Nidji selepas melancarkan album sulung, Breakthru.

Membawa gelaran haji selepas menunaikan rukun Islam kelima itu pada 2008, memori terindah sebagai tetamu Allah masih melekat kukuh dalam ingatan lelaki berambut kerinting itu. Giring belum dapat melupai detik ketika bulu romanya meremang apabila kali pertama melihat Kaabah. Seraya tanpa disedari, air matanya mengalir laju.
"Saat itu saya merasa kecil sekali, seolah-olah saya ini bukan sesiapa di mata Allah," katanya.

Penyanyi Sang Mantan dan Laskar Pelangi ini mengakui, dia beruntung kerana menjadi pilihan Allah untuk menjadi tetamu-Nya serta berkesempatan melihat keindahan Kaabah. Membilang setiap dosanya membuatkan Giring sentiasa diburu ketakutan bimbang jika monumen suci umat Islam itu tidak dapat dilihatnya.

"Terlalu banyak pengalaman berharga yang saya belajar sepanjang di Tanah Suci. Saya banyak belajar erti sabar dan pasrah kepada Allah.

Malah saya juga mengenal erti toleransi dan sentiasa berfikiran positif. Ketika sampai di Indonesia, saya sedar hidup ini harus dilalui dengan penuh rasa syukur dan ikhlas kerana Allah," katanya.

Masih terimbas di pandangan matanya, panorama yang menyentuh perasaan apabila melihat jutaan jemaah haji berjalan beramai-ramai untuk mengabdikan diri kepada Allah.

"Mereka melakukannya semata-semata untuk mencari keredaan Allah. Terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan namun mereka semua ikhlas dan reda. Saya juga diuji apabila hampir tergelincir ketika melakukan lontaran. Alhamdulillah tiada kemalangan berlaku. Apatah lagi ketika itu saya juga harus melindungi ibu yang turut menunaikan haji bersama," katanya.

Impak pemergian ke Tanah Suci turut membawa perubahan dalam diri Giring, terutama pada penampilannya. Giring berkata, dia sering menggunakan pakaian rapi dan bersih untuk memudahkan dirinya beribadat tanpa ragu.

Bahagia nikah janda

PERNIKAHAN dilalui bersama janda anak satu, Cynthia Riza pada akhir tahun lalu membuahkan kebahagiaan berganda dengan kelahiran Aisyah, sembilan bulan lalu selain ditemani Zidane, anak hasil perkahwinan terdahulu Cynthia. Umpama menikmati bulan madu tidak berpenghujung, Giring dan isteri laluinya dengan penuh kebahagiaan terutama ketika menguruskan anak.

Mereka tidak pernah membezakan kasih antara dua cahaya mata itu, malah Zidane dan Aisyah diberi perhatian sama rata supaya tidak timbul perasaan cemburu di hati masing-masing.

"Saya tidak pernah membatasi pergerakan Zidane. Biarlah dia membesar seperti anak kecil lain. Saya juga tidak sabar menanti Aisyah dan berjalan. Menanti momen itu cukup menyeronokkan. Saya dan Cynthia sering berusaha menggembirakan hati anak-anak. Kami cuba untuk tidak membangkitkan perasaan cemburu dalam diri mereka. Kalau saya mendukung Aisyah, Cynthia pula akan mengendong Zidane. Kami mahu keluarga kecil ini tumbuh menjadi sebuah institusi bahagia," katanya.

Lebih setahun hidup bersama, Giring bersyukur kerana Cynthia tidak pernah mengongkong pergerakan kariernya. Apa juga masalah, diselesaikan menerusi komunikasi. Selama berpacaran hingga bergelar suami isteri, tidak pernah mereka berdebat.

"Dia bertanggungjawab, selesai kerja akan terus pulang ke rumah. Jarang dia berpeleseran dan mungkin itu antara faktor yang membuat rumah tangga kami sentiasa harmoni," kata Cynthia.

Masa berkualiti akui Giring harus diutamakan kerana kesibukan persembahan di luar daerah menyebabkan mereka jarang dapat bersama.

"Disebabkan itu, ada yang berasa aneh kerana hubungan kami seperti pasangan berpacaran. Suasana romantis itu harus terus disuntik untuk mengeratkan kebahagiaan suami isteri," kata Giring sambil mengakui meskipun sibuk dan kerap makan di luar, padat, dia pasti mencari ruang menjamah air tangan Cynthia.

Full content generated by Get Full RSS.

Mesti Tonton: Misteri bilik kosong bawah rumah

Posted: 04 Nov 2011 04:35 PM PDT

Hip

Filem: Don't Be Afraid of the Dark
Pengarah: Troy Nixey
Pelakon: Guy Pearce, Katie Holmes, Bailee Madison Genre: Thriller/Seram Pengedar: United International Pictures Tayangan: Mulai 26 Oktober 2011
FILEM Don't Be Afraid of the Dark pada mulanya mungkin dianggap lebih kurang sama dengan beberapa filem seram lain yang pernah ditonton sebelum ini, sama ada tempatan mahupun import jika kita mengikuti cerita pada sinopsisnya. Ia mengetengahkan kisah sebuah keluarga yang berpindah ke rumah baru dan menyimpan misteri menakutkan.

Begitupun, sebaik saja menonton hasil arahan pertama Troy Nixey ini, ia nyata ada kelainannya. Filem ini diperkayakan oleh idea penulis bersamanya, Guillermo del Toro dengan elemen suspen dan seram menerusi kewujudan makhluk kerdil yang aneh merangkak di lantai bawah tanah.

Ia mengisahkan sejenis makhluk misteri yang begitu mengidamkan gigi seorang kanak-kanak bernama Sally, yang menjadi penghuni baru rumah agam tersohor di sebuah pekan kecil. Elemen seram mula dirasa sebaik saja penonton dibawa mengikuti hakikat kewujudan ruang kecil di bawah rumah berkenaan, yang dibina pemilik asal rumah itu.
Kewujudan ruang terbabit pada mulanya tidak disedari pemilik baru, Alex, bersama anaknya Sally serta kekasih Alex, Kim.

Di dalamnya, tersimpan makhluk yang kelihatan seperti makhluk kuno yang sering dilihat dalam kisah zaman dulu.

Bagaimanapun, kemampuan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris serta boleh memujuk manusia menjadi teman bermain menimbulkan persoalan. Kekuatan filem ini banyak terletak pada aksi pelakon kanak-kanak, Bailee Madison yang mempunyai bakat besar untuk mencipta nama setanding pelakon muda, Dakota Fanning.

Begitu juga Guy Pearce yang sememangnya dikenali antara aktor yang bagus. Sayangnya, lakonannya dalam filem ini kurang menyerlah, dek babak membabitkan dirinya tidak terlalu banyak. Lakonan Guy Pearce tidak dimanfaatkan dengan berkesan untuk filem ini, maka uia tidak begitu menguji beliau untuk memberi kerja lakon yang lebih impak.

Begitu juga pengarah tidak terlalu menitik beratkan latar belakang kewujudan makhluk berkenaan, sebaliknya banyak menekankan babak bisikan demi bisikan sama, dalam suasana gelap dan ada ketikanya pada babak tertentu ia agak membosankan.

Pada ketika yang sama, suasana kegelapan sememangnya penting dalam filem bercorak seram seperti ini, namun kegelapan yang dipersembahkan termasuk pada siang hari agak tidak boleh diterima.

Setiap bilik atau ruang amatlah malap termasuk bilik Sally. Penonton mengandaikan teknik pencahayaan tidak diberi perhatian dalam rumah itu. Adalah logik jika bilik bawah tanah yang digambarkan suram dan malap, bertepatan dengan judul filem itu.

Unsur suspen terlalu diberi perhatian untuk menakut-nakutkan penonton sehingga ada masanya menjengkelkan dan dianggap membuang masa hingga menghilangkan keghairahan penonton. Watak Sally yang malang pula diulang-ulang mengalami trauma dek gangguan makhluk itu, namun tiada sesiapa mempercayainya.

Apapun, filem ini tetap menghiburkan untuk ditonton terutama mereka yang menyukai filem seram. Cuma, kesan seramnya itu bergantung tahap penerimaan penonton sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(VIDEO) Isu Zizan RL dikupas Ustaz Azhar Idrus

Posted: 04 Nov 2011 12:21 PM PDT

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Kedatangan Kimora Lee Terima Sambutan Hebat

Posted: 04 Nov 2011 03:33 PM PDT

Kimora Lee tampil jelita di Sage Restaurant and Bar, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Kehadiran bintang realiti TV dan mogul fesyen, Kimora Lee Simmons di sebuah acara menghargai peranan wanita-wanita Asia di sini, Jumaat, mendapat sambutan hangat daripada peminatnya di negara ini.

Bekas peragawati tersebut hadir ke parti di Sage Restaurant and Bar dekat Gardens Residences anjuran Universal Studios International.

Beliau hadir di Malaysia untuk meraikan acara yang dinamakan High Heels Warrior dan turut mengambil kesempatan berjumpa dengan ratusan peminatnya di negara ini dalam majlis tersebut.

Ia merupakan salah satu program dalam siri jelajah di Asianya yang bermula beberapa hari lalu dan beliau akan berada di negara ini selama tiga hari.

Kehadirannya di majlis tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada para peminat yang menjerit memanggil namanya dan berebut untuk mendapatkan peluang bergambar dengan wanita Amerika berdarah campuran Afrika-Korea tersebut.

Peminat mengerumuni bintang realiti TV dan mogul fesyen, Kimora Lee.

Beberapa peminat juga dilihat membawa beberapa hadiah untuk diberikan kepada beliau yang melawat Hong Kong sebelum tiba di Malaysia.

"Saya sangat gembira berada di sini dan telah berlatih untuk bercakap dalam Bahasa Malaysia.

"Saya telah berkomunikasi dengan peminat dari Malaysia secara aktif di Twitter sejak seminggu lalu supaya dapat tahu beberapa lagi perkataan Bahasa kebangsaan negara ini," katanya.

Kimora, 36, menjadi terkenal selepas membintangi rancangan realiti TV sendiri bertajuk Kimora: Life in the Fab Lane di siaran E! Entertainment.

"Saya ingin menyeru semua wanita di luar sana supaya berusaha untuk mencapai impian mereka dan melakukannya bersungguh-sungguh," katanya.

Rancangan tersebut yang memaparkan kehidupannya sebagai ibu dan pemilik bersama kepada jenama pakaian KLS dan Baby Phat menaikkan namanya sebagai selebriti dan usahawan wanita di seluruh dunia.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Bukan dasar suka -suka

Posted: 04 Nov 2011 06:56 AM PDT

MUNGKIN suatu masa dulu mereka alpa atau lalai kerana keseronokan dunia, namun belum terlewat untuk mereka berubah ke satu arah yang lebih baik.

Itulah nikmat kesyukuran yang dirasai Siti Nordiana Alias atau Nana dan bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Asiahtunakma Abdullah (Akma).

Dua artis wanita ini dengan niat berhijrah, membulatkan niat yang luhur kepada imej bertudung. Bukan atas dasar suka-suka atau mengikut 'trend', perubahan yang dilakukan mereka adalah demi kehendak diri sendiri dan keluarga tersayang.

Bersua pada sesi fotografi diatur sempena Aidiladha esok, Nana dan Akma dilihat semakin jelita dengan imej terkini. Malah, gerak-geri dan bual bicara mereka disusun dengan lebih teratur dan sopan.


Apapun, tatkala ditanya mengenai penghijrahan dibuat, nyata kedua-duanya sedia berkongsi cerita. Bukan bertujuan menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah, tetapi sekadar meluahkan rasa gembira dan bersyukur.


Mereka nyata masih aktif menerima undangan persembahan nyanyian dan apa yang menggembirakan, periuk nasi mereka sedikit pun tidak terjejas selepas tampil dengan imej bertudung.

Ujar mereka, peminat dapat menerima dan setia memberi sokongan padu.
Justeru, tidak sedikit pun timbul sekelumit perasaan berbelah bagi atau tidak yakin dengan keputusan yang mereka buat. Ikuti kisah mereka.

Nana perbaiki diri demi anak

PERNAH dikecam hebat kerana keberaniannya tampil di khalayak umum dengan imej 'seksi', Nana juga ketika itu dianggap sangat terdesak dengan publisiti murahan. Kini semua itu ditinggalkan Nana jauh-jauh.

Dia tidak sanggup lagi mendengar kata-kata nista orang yang begitu menghiris perasaannya. Lalu suatu hari, iaitu seminggu sebelum Aidilfitri lalu, berdetik di hatinya agar berhijrah untuk menutup aurat demi kebaikan diri dan anaknya.

Pada usia 27 tahun, Nana sangat bersyukur kerana mendapat seru dan 'hidayah' lebih awal.

Kata Nana, hatinya mula terbuka selepas terbaca sebuah majalah yang membicarakan pelbagai hukum-hakam dalam Islam.

"Ketika itu, saya duduk sendirian dan tiba-tiba rasa terpanggil supaya membeli majalah agama itu untuk membacanya. Sekalipun, tidak membicarakan soal menutup aurat, sebaik saja membacanya terus timbul keinsafan betapa banyaknya dosa yang sudah saya buat.

"Dengan mendedahkan tubuh dan rambut untuk tatapan umum, sudah banyak dosa saya lakukan kepada Tuhan. Itu belum termasuk dosa lain yang saya sedar atau tidak sedar sudah dilakukan. Sampai bila saya perlu berterusan seperti itu?
Sekurang-kurangnya, dengan menutup aurat, satu kewajipan kepada Tuhan sudah dapat dilaksanakan.

"Selepas merenung kekurangan diri, saya nekad membuat perubahan demi kebaikan.
Bukan untuk saya seorang tapi keluarga dan lebih-lebih lagi anak tersayang, Muhammad Rayyan Nakhaie. Saya teringin menjadi ibu contoh yang baik untuknya.

"Malah jika diambil kira rasanya berubah pada usia 27 tahun ini sudah agak lewat. Sepatutnya, saya berubah lebih awal lagi. Apapun, saya benar-benar berasa sangat bersyukur kerana akhirnya dapat juga melaksanakan tuntutan Tuhan yang pernah saya lalai," katanya.

Menurut Nana, secara berperingkat, dia akan menerapkan lebih banyak ilmu agama yang secukupnya untuk diri dan anaknya itu.

Jelas Nana, biarpun sudah berimej wanita bertudung, rezekinya masih tidak terganggu dan percaya semua yang berlaku adalah atas kehendak Ilahi.

Akma insaf selepas diduga

BERBICARA mengenai perubahan dirinya, Akma berkata dia mula bertudung sejak tahun lalu. Malah enggan dilihat melakukan perubahan secara drastik, dia memakai selendang lebih dulu. Akhirnya barulah dia memakai tudung selepas semakin selesa dan yakin.

"Segala dugaan dulu banyak mematangkan saya untuk berfikir dan membuat keputusan. Oleh itu, apabila Tuhan memberikan hidayah pada usia 26 tahun ini, saya sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya, saya belum terlewat untuk menjadi manusia yang lebih baik.

"Lagi pun, apa yang saya lakukan dulu sudah banyak membuatkan ibu bapa saya sedih dan risau. Bahkan, pelbagai cercaan perlu dihadapi mereka hingga ada mengatakan ibu bapa saya tidak pandai menjaga anak. Dalam soal itu, sayalah yang bersalah.

"Saya lalai dengan kehidupan dunia hingga hilang pertimbangan memikirkan yang mana baik dan buruk. Oleh itu, selepas segala yang berlaku membuatkan saya tersedar, mesti berubah dan sebagai anak perlu menjaga nama baik ibu bapa," katanya.

Akma berkata, ayahnya insan yang paling gembira apabila mendapat tahu dia membuat keputusan mahu berubah imej dengan bertudung.

Katanya, berkat doa ibu bapa dan keluarga, hidupnya kini sangat gembira dan sungguh tenang.

Mengenai kerjaya nyanyian pula, Akma sedar selepas dia keluar dari AF3, muncul ramai lagi peserta musim baru yang menenggelamkan bintang terdahulu.

Biarpun dia muncul dengan beberapa single, itu masih tidak cukup untuk memahat namanya. Namun, Akma kerap diundang menjayakan siri jelajah Gempak Astro di bandar kecil seluruh Malaysia.

Cuma, katanya undangan untuk persembahan itu kurang mendapat liputan media sehingga ramai beranggapan dia dan beberapa rakan lain termasuk Hazama, Idayu, Edlin tidak lagi aktif menyanyi.

Hakikatnya, dia tetap aktif dan pada masa yang sama berniaga juadah berasaskan coklat.

"Syukur, hingga kini saya masih mendapat banyak tawaran menyanyi.
Bagaimanapun, publisiti untuk diri yang kurang kerana sudah lama tidak bersua dengan pihak media. Selain itu, saya juga sibuk mengusahakan perniagaan juadah coklat dari rumah secara langsung.

"Perniagaan ini, baru dua bulan saya buat. Justeru, sebelum serius menceburinya, saya lebih dulu mengikuti kursus dan bengkel pembuatan coklat.
Ditambah lagi, saya sangat minat memasak dan suka menyediakan hidangan yang menjadi kesukaan adik-beradik.

"Apa saja yang adik-beradik hendak makan, saya akan cuba buat. Melihatkan mereka suka makan, saya pula jadi seronok memasak. Oleh itu, saya nekad menceburi perniagaan ini dengan membuat promosi di Internet.

"Bagi sesiapa yang berminat dan ingin membuat tempahan, bolehlah melayari blog saya di cocolycious.blogspot.com untuk memilih pelbagai juadah coklat yang dijual," katanya.

Pada kesempatan ini Akma dan Nana tidak lupa mengucapkan Selamat Aidiladha kepada semua pembaca setia Harian Metro.

PROFIL NANA:

NAMA: Siti Nordiana Mohd Alias
PANGGILAN KOMERSIAL: Nana
ASAL: Negeri Sembilan
TARIKH LAHIR: 22 November 1984
USIA: 27 tahun
STATUS: Ibu tunggal
KARIER: Penyanyi, pelakon
ANAK: Muhammad Rayyan Nakhaie (tiga tahun)
DRAMA/TELEFILEM: Wad 04, Helah, 3 Dara Pingitan dan Aku Budak Minang 2

ALBUM: ALBUM: Gurindam Rindu Berkasih (1999), Luahan Hati Kekasih (2000), Firus - duet bersama Syura (2001), Bingkisan Kasih (2001), The Best Of siti Nordiana (2000) Istimewa Untukmu - duet bersama Achik (2003), Pelangi (2004), Benang Emas - duet bersama Achik (2005), Cahaya Kekasih (2007)

PROFIL AKMA:

NAMA PENUH: Asiatun Akma Abdullah
PANGGILAN KOMERSIAL: Akma
UMUR: 26 tahun
TARIKH LAHIR: 9 Mac 1985
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
BINTANG: Pisces
KERJAYA: Penyanyi, pelakon, berniaga coklat
HOBI: Membaca novel dan bermain boling
PENDIDIKAN: Diploma Seni Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
SINGLE: Tetap Menanti dan Pergi
DRAMA: Otai, Pria, Daun Kesum Daun Kari, Farah Shaqira
FILEM: Hooperz
PENCAPAIAN: Peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga

Full content generated by Get Full RSS.

Bakal ditayang di 72 negara

Posted: 04 Nov 2011 06:38 AM PDT

SELEPAS berjaya memasarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) di peringkat antarabangsa dengan judul The Malay Chronicles, kini KRU Studios bersedia menghasilkan sebuah lagi filem bagi pasaran dunia dengan menampilkan pelakon popular Hollywood sepenuhnya.

Memaparkan kisah epik pengembara dan lanun Scandinavia, filem terbaru arahan Yusry Abdul Halim, Vikingdom menampilkan pelakon seperti Dominic Purcell yang cukup popular menerusi drama bersiri Prison Break dan filem Blood Creek, Natassia Malthe (Elektra), Craig Fairbrass (House Of The Rising Sun), Jon Foo (Takken) dan Conan Stevens (The Hobbit).

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, pihaknya gembira kerana usaha dilakukan menampakkan perkembangan positif apabila pengedar memberikan persetujuan awal menayangkannya.

Katanya, filem yang memulakan penggambaran di sekitar Cyberjaya, Gua Tempurung, Batu Gajah dan Ipoh Perak sejak dua minggu lalu, bakal diedarkan di 72 negara sementara Britain mahupun Amerika Syarikat sendiri menunjukkan minat untuk menayangkannya.


"Kami bertuah kerana rakan niaga KRU Studios, Epic Pictures di Hollywood mempunyai hubungan baik dengan penggiat di sana. Mereka juga yang melamar Dominic untuk terbabit dalam filem ini.


"Terus terang, pada peringkat awal untuk memasarkan Vikingdom ke pasaran luar sewaktu menyertai program memasarkan filem di Cannes, kami tidak mempunyai apa-apa, sama ada poster mahupun gambaran filem bakal dihasilkan.

"Apa yang kami jual adalah skrip dan juga nama Dominic. Bagaimanapun, maklum balas yang diterima sangat menggalakkan. Kini boleh dikatakan hampir semua negara di setiap benua bersetuju memasarkan Vikingdom," katanya ketika ditemui di majlis sidang akhbar Vikingdom bagi memperkenalkan barisan pelakon filem itu, kelmarin.

Menyentuh pelakon lain yang turut membintangi filem terbabit, jelas Norman sebenarnya mereka memberikan kuasa kepada Dominic untuk memilih siapa lagi yang sesuai untuk terbabit dalam Vikingdom.

"Memandangkan kami menggunakan namanya, dia mempunyai kuasa untuk memilih pelakon gandingan. Kami akur dengan pemilihannya memandangkan Dominic hanya boleh bekerja dengan mereka yang dirasakan sesuai dan sekali gus memastikan pembikinan filem ini berjaya dihasilkan dan dipasarkan," katanya.

Kata Norman, idea menghasilkan Vikingdom bermula tiga tahun lalu apabila skripnya sudah dihasilkan tetapi kerana mahu menghasilkan HMM, projek itu dihentikan buat seketika.

Mengenai kos pembikinan filem itu, Norman mengakui menelan kos yang besar tetapi setakat ini mereka tidak lagi memperoleh jumlah sebenar kerana ia masih lagi dalam pembikinan.

Sementara itu Yusry sebagai pengarah Vikingdom berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang penggambaran dijalankan apatah lagi hampir 70 peratus pembikinannya dilakukan di dalam studio dan selebihnya di luar.

"Senang hendak bekerja dengan pelakon antarabangsa ini. Selagi kita mematuhi kontrak ditandatangani, selagi itulah mereka memberikan kerjasama baik dan komited terhadap kerja dilakukan.

"Tahap profesionalisme mereka sangat tinggi. Begitupun, apabila sudah beberapa minggu bekerja dan keserasian antara kami sudah wujud, mereka tidak berkira sangat.

"Sebelum ini memang mereka ada minta perkara yang tidak dapat kami berikan seperti karavan tetapi mereka faham. Walaupun mereka ini bintang Hollywood tetapi sifat 'diva' langsung tidak wujud. Setakat ini, penggambaran berjalan dengan lancar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Positif telan dugaan

Posted:

Positif telan dugaan

Positif telan dugaan

MENERUSI banyak laporan media Indonesia, sukar sekali mencari sisi positif seorang penyanyi dangdut yang menggunakan nama pentas Dewi Perssik. Hampir semua laporan yang dibuat adalah tentang sensasi dan kontroversi yang dicipta wanita berusia 26 tahun itu.

Malah jika dirujuk namanya dalam enjin carian Internet google, kebanyakan informasi yang tertera juga adalah tentang sisi kurang enak seorang Dewi. Dewi berbogel, Dewi erotik, Dewi bercakaran dan macam-macam lagi.

Ironi yang terjadi apabila bertemu dengan penyanyi dangdut dan pelakon yang sedang meledak dengan filem terkininya, Pacar Hantu Perawan serta single Diam-Diam bersama bos syarikat pengurusannya, Republik Cinta Management, Ahmad Dhani.

Dia yang juga akrab disapa DePe seorang yang secara total berbeza dengan penampilan diri sebagai Dewi Perssik. Dewi di luar wilayah bekerja dan memakai nama sebenarnya Dewi Murya Agung adalah seorang wanita biasa yang serba ringkas dan paling senang menyendiri sehingga digelar sebagai 'anak tidak gaul' (sombong).

Banyak yang ditumpahkan DePe saat pertemuan santai kami yang diatur oleh Iman Tang, lelaki yang bertanggungjawab merealisasikan sesi temu bual itu. DePe hadir ke Malaysia untuk memenuhi undangan membuat persembahan secara komersial pertamanya untuk Konsert Fiesta Indonesia baru-baru ini.

Di sebuah kafe di dalam sebuah pusat membeli-belah di ibu kota, DePe mencurah rasa, yang kebanyakannya adalah tentang kisah duka dan ranjau hidupnya sehingga dia kini semakin tegar menjalani segala kesulitan dengan sebuah senyuman biar jauh di relung hati, ada remuk yang teredam.

DePe membuka bicara dengan memberitahu segala kesulitan yang dilalui dikongsi bersama anaknya yang bakal menginjak usia empat tahun, Felice Gabriel pada 15 November ini.

Felice juga adalah teman baiknya, malah pada usia yang begitu mentah, anak kecil itu sudah seperti mengerti setiap ranjau dan pahit yang terpaksa ditelan ibunya itu sehingga dia kerap menjadi 'ubat pelali' dan memujuk setiap rasa yang menjeruk di hati DePe.

"Dialah motivasi hidup saya. Setiap kali berhadapan dengan musibah, kepada Felice saya curahkan segalanya, kepada dia saya menangis. Dia adalah ubat saya yang telah menghilangkan semua derita," katanya penuh semangat.

Penyanyi dan pelakon itu kemudian membogelkan kisah hidupnya. Memberitahu dia terjun ke dunia hiburan kerana minat yang mendalam, pada awalnya, keinginan tersebut ditentang keras oleh ibu dan bapanya yang disifatkan oleh DePe sebagai fanatik agama. Apa lagi untuk melihat dia bergoyang dan 'buka-bukaan' untuk khalayak.

Namun sudah seperti takdir hidupnya, DePe akhirnya lolos masuk ke industri seni.


DEWI PERSSIK atau DePe mempunyaidua personaliti berbeza. Sebagai DePe seorang seniman, dia nampak begitu terbuka, namun sebagai seorang Dewi Murya Agung iaitu dirinya yang sebenar, dia seorang yang sederhana dalam kehidupan.


"Mahu tahu bagaimana semuanya terjadi? Waktu itu, usia saya 17 tahun, di sebuah majlis berunsur agama, saya sedang menjadi qariah. Di majlis anjuran datuk saya itu, diserikan dengan sedikit hiburan dan dihadiri oleh beberapa artis senior yang pada saat itu bertanya siapa mahu membuat persembahan.

"Saya tertarik dan memberitahu ibu namun ditentang keras. Kata ibu, saya harus melepaskan tudung kalau mahu menyanyi dan dia menentang keinginan saya.

"Tanpa mempedulikan ibu, saya membuka tudung dan mula menyanyi. Saya nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai dan dari situ kerjaya seni saya bermula," ujarnya sambil sesekali disulam ketawa kecil mengimbas momen lama.

Bagaimanapun bukan mudah menjadi anak seni. Sejak awal kemunculan dirinya selalu digulir kontroversi. Ditanya tentang pencetus kontroversi terutama berkaitan imej erotiknya, DePe mempertahankan diri.

Katanya dia tidak seksi. Malah bukan seorang yang percaya diri. Apa yang ditonjolkan di pentas dengan goyang dan imejnya itu adalah cermin Dewi Perssik. Bukan Dewi Murya Agung.

Tentang kontroversi atau sensasi pula, dia membidas: "Saya tidak cipta sensasi, tapi orang yang mencungkil dan mengambil kesempatan mensensasikan saya. Dan saya percaya tak ada artis yang suka atau berulang kali membaca kisah atau cerita dirinya yang sentiasa dicop kontroversi.

"Hidup saya sejak menjadi anak seni lapan tahun lalu penuh fitnah. Namun Allah itu adil, apabila pintu rezeki saya di ufuk timur ditutup, Dia buka pintu rezeki di ufuk barat dan Alhamdulillah walau selepas lapan tahun saya masih tegar di sini."


DEPE hanya terbabit dengan filem berunsur seram. Katanya, dia teringin untuk berlakon dalam filem genre lain, namun belum mempunyai rezeki.


Dugaan dan fitnah yang dimaksudkan artis yang lahir di Jember, Jawa Barat, Indonesia itu termasuklah kisah pertikaian dengan aktivis Islam yang menentang penampilan seksi dan goyang erotiknya sebagai pengdangdut sehingga dia hampir tidak boleh muncul dalam sebarang persembahan dan panggung-panggung persembahannya dibakar.

Saat rezeki bergoyang di pentas dangdut ditutup, pintu menjadi pelakon pula terbuka.

"Saya tidak bisa pernah berlakon. Saya belajar sendiri bagaimana mahu menjadi pelakon. Sama seperti bagaimana saya belajar bergoyang dengan hanya melalui internet dan melihat liuk lentok penyanyi pujaan saya, Shakira," katanya yang telah terbabit dengan lebih enam filem berunsur seram yang hampir semua daripadanya adalah hasil idea dia sendiri.

Namun kini kabut gelap itu mula beransur nampak cahaya. Sebaik dia mengikat kontrak menjadi artis di bawah naungan RCM serta bermain filem, namanya mendadak naik.

Dari satu pentas ke pentas lain, sehingga kadang dia harus menyewa helikopter untuk bergegas mengisi permintaan klien, dalam masa yang sama sibuk berlakon, jadual seorang ratu sensasi seperti DePe padat. Padat dengan rezeki yang tidak pernah kurang dilimpahi oleh Allah buat dirinya.

Menganggap dirinya sebagai seorang seniman, bukan penyanyi atau pelakon, kata DePe, hal yang membuat dia tidak berundur dari dunia seni juga adalah kerana dia ikhlas dan sentiasa positif melihat masa depannya.

"Sementelah saya telah berjanji dengan ibu dan anak saya bahawa saya tidak akan pulang ke kampung selagi saya tidak sukses. Selagi keluarga mendokong saya, anak cintakan saya dan Allah terus melindungi saya, saya okay," katanya penuh semangat.

Trauma


DEPE mengaku dia tidak mempunyai kawan di kalangan artis. Dia lebih senang menyendiri.


Menjadi wanita, apatah lagi artis yang sentiasa dikelilingi lelaki, gender itu bukan satu tabu buat Depe. Namun bagi Depe, untuk menjalin satu hubungan baharu dengan lelaki, dia tidak tahu menterjemah hal itu sebagai trauma atau apa.

Semuanya kerana dia yang kini memegang status janda sudah gagal dua kali dalam institusi kekeluargaan.

Perkahwinan pertamanya dengan seorang pelakon, Saiful Jamil berlaku pada usia dia 18 tahun sebaik dia merantau ke Jakarta. "Keluarga saya fanatik agama, jadi tiada istilah cinta sebelum kahwin, justeru saya kahwin awal sebaik bertemu mantan suami," katanya yang kemudian bercerai dua tahun kemudian sebelum berkahwin semula dan diceraikan untuk kesekian kali saat usia baru menginjak 23 tahun.

Kini akui DePe, dia sangat takut untuk menyimpul sebuah hubungan baharu. Tambahnya serius: "Kadang pria membuat saya takut, maka tidak mungkin terjadi perkahwinan untuk saya dalam masa terdekat ini."

Ujarnya lagi, dia tidak tahu mahu mengklafikasikan hal itu sebagai trauma atau tidak, tetapi bagi DePe jika dia bertemu jodoh kembali nanti, lelaki itu harus dewasa dan matang supaya dia mampu berkongsi suka dan duka hidup selain menghormatinya sebagai ketua keluarga.

Full content generated by Get Full RSS.

Suria FM terjah sukses

Posted:

Suria FM terjah sukses

Suria FM terjah sukses


SURIA FM berterusan memikat pendengar berikutan penampilan segmen-segmen yang segar dan menarik.


MENINGKAT dan terus meningkat! Itu gambaran tepat kedudukan Suria FM ketika ini yang mana kaji selidik Nielsen untuk suku kedua tahun 2011 menunjukkan stesen radio berbahasa Melayu sukses memikat pendengar.

Ia berjaya kekal sebagai peningkatan tertinggi dalam jumlah pendengar dari tahun ke tahun iaitu sebanyak 415,000 orang.

Sehingga kini, pendengar Suria FM telah mencecah dari 2 juta orang kepada 2.3 juta orang!

Hasil kajian berjaya mengekalkan momentum peningkatan bagi stesen radio berbahasa Melayu yang mana ia melibatkan jumlah pendengar pada hari Isnin hingga ke hujung minggu.

Jumlah pendengar dari hari Isnin hingga ke hari Jumaat telah meningkat sebanyak 392,000 orang dan jumlah pendengar di hujung minggu meningkat sebanyak 300,000 orang pendengar.

Kedudukan Suria FM dalam pasaran radio berbahasa Melayu diperkuatkan lagi dengan pelbagai program dan pengisian yang sentiasa berinformasi dan menghiburkan.

Memperlihatkan kepada persembahan segmen-segmen yang ke udara, segmen Breakfast@Suria yang dihoskan oleh Halim, Shiera dan Zizi telah meningkat bukan sahaja dari segi jumlah pendengar malah meningkat dari segi jumlah masa mendengar. Pendengar segmen Breakfast@Suria telah meningkat sebanyak 281,000 menjadikan pendengarnya kini seramai satu juta orang dan masa mendengar pula telah meningkat dari 3 jam 15 minit kepada 3 jam 23 minit.

Peningkatan yang positif juga ditunjukkan oleh segmen-segmen yang dikendalikan oleh para penyampai di sebelah petang dan juga malam.

Suria FM juga telah melakar sejarah sekali lagi apabila jumlah pendengar semakin meningkat. Suria FM juga menerima respon positif apabila jumlah pendengar yang berumur 20 tahun hingga 39 tahun semakin menggalakkan.

Hasil daripada peningkatan ini telah membuktikan Suria FM telah berusaha keras demi memberikan yang terbaik kepada semua pendengar.

Daripada barisan penyampai radio yang sememangnya mesra pendengar, putaran lagu-lagu terbaik 90-an dan terbaharu hinggalah kepada aktiviti-aktiviti untuk menghargai para pendengar, Suria FM amat menitikberatkan setiap saat ke udara berteraskan kualiti untuk kepuasan pendengar.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM dan Red FM, Azrullah Mohd. Nor: "Insya-Allah Suria FM akan memastikan peningkatan positif dari tahun ke tahun. Keputusan kali ini membuktikan bahawa format 90-an dan terbaharu yang kami bawa semakin diterima ramai.

"Kami ingin memanjangkan ucapan terima kasih kepada pendengar, rakan media dan rakan perniagaan untuk sokongan yang tidak berbelah bahagi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang telah banyak bekerja keras dan menghasilkan keputusan yang terbaik."

Tambahnya: "Suria FM akan memastikan bahawa peningkatan yang positif ini akan berterusan dan dari semasa ke semasa, stesen ini akan memberikan yang terbaik. Terima kasih kerana menjadikan Suria FM nombor satu dari segi peningkatan jumlah pendengar!"

Full content generated by Get Full RSS.

Idola Kecil 4 lebih sengit

Posted:

Idola Kecil 4 lebih sengit

Idola Kecil 4 lebih sengit


NOR HARRIS ALIF NORASHIDI berjaya muncul sebagai juara untuk Idola Kecil 2.


STESEN TV9, melalui program Idola Kecil kembali dengan musim keempat! Lebih dikenali sebagai IK4, 12 peserta cilik berusia lingkungan 8 hingga 12 tahun, telahpun dikenal pasti untuk menonjolkan bakat mereka menerusi program realiti hiburan kanak-kanak terkenal ini. Idola Kecil 4 akan mula menemui penonton pada 5 November 2011, Sabtu, 9 malam eksklusif di TV9 (Saluran 119).

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Penjenamaan TV9, Sherina Nordin: "Saya bagi pihak TV9 berasa amat bersyukur kerana permulaan program Idola Kecil musim keempat ini mendapat penerimaan yang positif serta sokongan yang amat menggalakkan daripada semua pihak.

"Pada musim ini kami menerima lebih daripada 1,000 penyertaan uji bakat di empat buah lokasi, sekali gus merupakan rekod penyertaan paling tinggi berbanding musim-musim lalu.

"Kali ini, penyertaan bukan sahaja dari kaum Melayu, malahan adik-adik yang berbangsa India dan Cina juga turut mencuba nasib mereka. Ini membuktikan bahawa Idola Kecil mempunyai pengikutnya yang tersendiri."

"Proses pemilihan sememangnya sukar kerana peserta-peserta kali ini hebat belaka."

Peserta yang telah disenarai pendek perlu menjalani sesi 'bootcamp' sebelum 12 peserta yang terbaik dipilih. Kesemua 12 peserta ini datang dari pelbagai latar belakang berbeza rupa, identiti dan perwatakan.

Selama tiga musim berlangsung, Idola Kecil telah melahirkan masing-masing tiga juara iaitu Wan Syuhada Md. Amin, 12, yang menjuarai musim pertama, Siti Amirah Dayana, 10, (juara musim kedua) dan Nor Harris Alif Norashidi, 11, (juara musim ketiga).

Musim keempat ini akan menampilkan 12 orang peserta yang terdiri daripada lapan orang peserta perempuan dan empat orang lelaki.

Mereka adalah Ahmad Marzuki Nordin, 10, Hairul Asri Alis Sjofjan, 12, Irfan Haris Othman, 10, Mohd. Syafiqri Kaharudin, 10, Farisha Asmadi, 12, Nabihah Idrus, 8, Noor Aina Batrisyia Azman 12, Nurfazlina Ramlan, 11, Nurshazleen Natasha Jamaluddin, 11, Sarah Elyssa Khairul Fahmy, 11, Sharifah Nurhafifa Wan Aziz, 12 dan Sharifah Rusilmu Imani Syed, 11.

Konsert mingguan pertama akan disiarkan mulai 12 November, setiap Sabtu, pukul 9.00 malam.

Full content generated by Get Full RSS.