Adsense

Sabtu, 5 November 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Saiful Apek didakwa

Posted:

Saiful Apek didakwa

Saiful Apek didakwa



DITANGKAP pada 12 Jun tahun lalu, hari Selasa lepas baru didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Itulah nasib yang menimpa Saiful Apek dan tiga rakan yang lain atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja.

Oleh kerana Apek mengaku tidak bersalah, kes ini akan dibicarakan pada 23 Disember nanti.

Sebenarnya banyak yang terkejut bila wajah Apek terpampang di televisyen sewaktu naik mahkamah. Ada yang bertanya, ini kes bila ni? Maklum sajalah, mereka terkeliru sebab selepas didakwa terbabit dengan najis dadah, Apek masih laris dalam karier lakonan. Tetap ligat seolah-olah langsung tidak terbabit dalam sebarang kes buruk.

Joyah teringat, kalau dulu, artis yang dituduh saja pun, semua kerja mereka beku serta-merta. Janganlah harap penerbit berani hendak ambil mereka lagi sebab risau kalau si artis ditentukan bersalah, filem atau drama mereka kena 'gam'.

Tapi sekarang zaman sudah berubah. Orang kita agaknya tidak kisah, artis hendak tunggang terbalik ke, tak jadi hal. Asalkan boleh guna artis ni untuk buat duit, kira okey. Apapun kaedahnya, masih terlalu awal untuk mengatakan Apek bersalah tau.

Full content generated by Get Full RSS.

Pahit manis sebuah pengorbanan

Posted:

Pahit manis sebuah pengorbanan

Pahit manis sebuah pengorbanan

"SALAM Jumaat yang penuh berkat duhai sahabat-sahabat yang sentiasa dekat. Bercakap tentang pengorbanan, apakah pengorbanan paling hebat yang pernah kalian lakukan sepanjang kehidupan? Yang baik sama-samalah kita kongsi-kongsikan."

Demikian mesej yang saya hantar ke dinding Facebook saya pada pagi Jumaat lalu. Seketika saya mengajak teman-teman merenung kembali, sepanjang kehidupan, apakah pengorbanan paling besar yang kita telah lakukan?

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan pengorbanan? Bagi saya, ia menjurus kepada menyerahkan sesuatu yang kita sayang, yang kita suka atau apa saja yang sepatutnya, sebagai bukti ketaatan dan kecintaan.

Seorang teman, Salju Putih menulis begini: Berkorban menjaga arwah ibu saya yang merupakan ibu tunggal. Dia pengidap sakit buah pinggang dan selalu berulang-alik ke hospital Kota Tinggi, Johor Bharu setiap hari.

Setiap hari, saya akan memandikan dia dan pernah ada ketika, kami sama-sama terduduk di atas lantai, kelemahan. Bagaimanapun Allah permudahkan segala urusan saya. Sekarang ini, walaupun emak sudah tiada, rindu padanya semakin dekat."

Seorang lagi rakan, Suhana Abdul Mutalib pula mencoretkan : Along, bagi Su, sudah tentulah berkorban meninggalkan kerjaya yang diminati. Just to be with him. Nun jauh di utara."

Isteri kepada bekas pelari pecut negara, Nazmizan Mohammad itu telah mengorbankan kerjaya kewartawanan di Utusan Melayu sebagai tanda kasih sayang kepada seorang suami yang bertugas di utara Semenanjung. Itu pengorbanan seorang isteri terhadap suami dan rumah tangganya.

NorHamizan Abdul Aziz pula berkongsi bercerita: Saya buat segala-galanya untuk mereka, selain tidak pernah tinggalkan mereka bersendirian. Walaupun sudah bekerja, saya tidak pernah jauh dari mereka. Saya juga pernah meninggalkan kerja yang saya minati hanya kerana mereka, ibu dan ayah."

Nah, setiap orang mempunyai nilai pengorbanan yang tersendiri, bergantung kepada realiti dan impian hidup masing-masing.

Secara peribadi, apakah pula pengorbanan besar yang pernah saya lakukan? Saya mengenang beberapa perkara penting, dan sudah tentu kejadian pada tahun 1993, pada detik pemergian ibunda saya ke rahmatullah, paling diingati.

Pada hari itu, saya di Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun. Hari yang sama, saya perlu bertanding dengan sebuah pasukan sekolah lain bagi menentukan kejuaraan di peringkat daerah Dungun, sempena Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Malaysia anjuran sebuah akhbar. Kemenangan sangat penting kerana selepas itu, kami perlu membawa bendera negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan pula untuk mengejar Piala Sirih Pulang Ke Gagang. Ia sama penting seperti merebut sebuah Piala Malaysia. Bayangkanlah!

Saya masih ingat, guru-guru saya ketika itu terutamanya penyair Awang Abdullah, melarang untuk datang kerana faham situasi saya yang sedang dalam kesedihan. Kami hampir-hampir menyerah lebih awal atau meletakkan calon simpanan sahaja.

Kematian seorang ibu adalah sesuatu kesedihan yang bukan sedikit. Memang saya bersedih tetapi dalam masa yang sama saya tidak boleh melepaskan tanggungjawab yang telah diberikan kerana bimbang. Saya tidak mahu cita-cita dan impian untuk kami menang hancur berderai, setelah berbulan-bulan berlatih siang dan malam.

Lalu saya meminta izin ayah untuk meminjamkan saya masa sekitar 2 jam dan memilih kembali ke sekolah pada ketika jenazah ibu menunggu untuk dikebumikan. Ketika itu, saya sendiri hairan kerana masih diberi kekuatan untuk melakukannya dan syukur kerana pengorbanan itu tidak sia-sia.

Saya berasa mahu berkongsi perkara itu dengan pembaca tersayang kerana kejadian itu menilai kematangan saya sebagai seorang insan yang tidak mudah mengalah kepada cabaran.

Moral catatan ini, walau sekalipun pengorbanan dianggap kecil untuk kita, percayalah, ia tetap mempunyai nilai yang besar kepada orang lain.

Buktinya, pada tahun yang sama, sekolah saya menjadi pemenang ke-tiga di peringkat Kebangsaan. Nyata, pengorbanan saya tidak sia-sia. Sekian dulu Katarsis Kualong minggu ini. Salam Hari Raya Korban.

Full content generated by Get Full RSS.