Adsense

Rabu, 2 November 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Berlakon bukan untuk anugerah

Posted:

Berlakon bukan untuk anugerah

Berlakon bukan untuk anugerah

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


SHAHEIZY Sam antara ahli rombongan yang paling banyak membeli-belah sewaktu mengikuti lawatan Anugerah Skrin 2010 ke Los Angelas, baru-baru ini.


SESEKALI bicaranya disulami ketawa kecil saat diusik tentang status dan gelarannya sebagai bintang paling popular serta pelakon lelaki nombor satu negara yang digalas Shaheizy Sam kini.

Dengan penuh rendah diri, Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa Sam ini menganggap semua yang dikecapinya lewat ini adalah rezeki daripada Allah SWT.

Sudah pasti kata Sam, ia juga adalah berkat kesabaran dan kerja keras selama hampir 15 tahun membina nama dalam persada seni tanah air.

"Bukan mudah sebenarnya untuk saya berada di tempat dan kedudukan seperti hari ini. Tetapi, saya sering ingatkan diri saya bahawa apa yang dimiliki ini bukanlah satu tiket untuk saya duduk dan menggoyangkan kaki.

"Jujurnya, saya sendiri juga tidak pernah menyangka untuk menikmati kemasyhuran dalam sekelip mata sebaik sahaja saya membuat kemunculan semula sekitar dua tahun lalu.

"Tiada lain yang mampu saya katakan hanyalah bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan peminat yang tidak pernah henti menyokong saya," ujarnya penuh bersungguh ketika dihubungi Hits, baru-baru ini.

Barangkali ada yang menyangka Sam adalah pelakon baru yang semakin menempa nama sebagai seorang aktor popular.

Tetapi sebetulnya, anak kepada dramatis terkenal, Khaty Fauziah ini telah mencipta nama sekitar pertengahan tahun 90-an menerusi drama Pa'e yang pernah ditayangkan di TV3 pada usia 15 tahun.

Menerusi drama itu, nama Sam terus melonjak naik dan mampu berdiri setanding dengan kakaknya, Zizie Ezette yang merupakan salah seorang aktres wanita popular ketika itu.

Malah, sempat juga Sam dan Zizie membintangi sebuah filem, Sama Tak Serupa yang diarahkan oleh Allahyarham Datuk Yuzwan Wahid pada tahun 1995.

Mungkin juga ada yang tidak tahu, Sam juga sebenarnya pernah menceburi bidang nyanyian dan menubuhkan kumpulannya sendiri, MOB.

Selepas itu, Sam mendiamkan diri dan namanya hampir dilupakan sehinggalah dia muncul kembali dengan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam pada tahun 2009.

Popular

Bermula detik itu, popularitinya dengan pantas mencanak naik sehinggalah dia terus berada di puncak kegemilangan hari ini dengan 12 buah filem yang sudah dilakonkannya sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Lebih membanggakan lagi buat Sam apabila tiga daripadanya mencatatkan rekod baru dalam industri perfileman tanah air dengan kutipan pecah panggung luar biasa iaitu Ngangkung dengan kutipan RM8.18 juta, Kongsi (RM8.09 juta) dan Adnan Sempit (RM7.66 juta).

"Saya sendiri pun tidak pernah menyangka filem-filem tersebut dapat mencapai kutipan sebanyak itu. Saya juga harus akui menerusi filem-filem ini jugalah bakat lakonan saya diterima baik oleh peminat dan penonton filem tempatan.

"Sudah pasti, saya mahu mengekalkan momentum yang sama sampai bila-bila tetapi saya juga harus sedar bahawa dunia hiburan ini seperti roda yang berputar.

"Apa yang saya miliki ini juga adalah harga yang perlu dibayar kerana saya harus akui sepanjang tempoh dua tahun ini, saya telah bekerja tanpa henti," kata pemuda berusia 28 tahun ini tanpa selindung.

Dek kerana wajahnya acap kali 'dijual' oleh penerbit untuk menarik perhatian penonton ke pawagam, ada yang mula memberikan komen yang kurang enak tentang Sam.

Bukan yang berbaur negatif, sebaliknya ramai yang kini sudah melihat lakonan Sam sudah menjadi statik, stereotaip serta tidak ada pembaharuan dalam teknik lakonannya.

Saat diajukan soalan itu kepada Sam, sedikit pun dia tidak melenting malah dia cukup sedar dengan situasi itu.

Bimbang

Atas alasan itu jugalah kata Sam, dia telah mula bercuti sejak bulan Ramadan lalu sehinggalah ke penghujung bulan November ini bagi merehatkan minda dan tubuhnya.

Ujar Sam lagi, ada kalanya memang wajar untuknya mengambil cuti yang panjang kerana dapat menyegarkan dirinya dan menjadi seorang yang baru apabila kembali bekerja kelak.

"Saya memang cukup bimbang jika tidak dapat memberikan lakonan yang memberangsangkan dan meninggalkan kesan kepada penonton seandainya tiada pembaharuan yang dapat saya tampilkan.

"Dalam masa yang sama juga, saya harus menjadi realistik terhadap kerja saya di mana saya tidak boleh terlalu memilih atau menjadi seorang yang demanding dalam menerima tawaran bekerja.

"Nasib seorang pelakon di Malaysia ini bukan seperti Hollywood yang mana mereka boleh hidup mewah hanya dengan sebuah filem sahaja. Mahu atau tidak, saya perlu terus berlakon demi menyara kehidupan saya dan keluarga," katanya yang akan muncul dengan filem Aku Bukan Tomboy dan Songlap sebelum penghujung tahun ini.

Bukan itu sahaja, Sam juga meluahkan isi hatinya yang mahu membawakan watak-watak yang lebih mencabar dan sudah semestinya dia mahu berlakon dalam filem bergenre drama.

Tetapi, jelas Sam, selepas melihat trek rekodnya sepanjang membintangi 12 buah filem, peminat lebih menggemari Sam membawakan watak komedi.

Buktinya, filem-filem komedi lakonannya lebih menyerlah dan mencatatkan kutipan luar biasa berbanding dengan watak serius yang tidak begitu memberangsangkan dari segi kutipan seperti filem Sekali Lagi.

"Kerana itu jugalah, selepas ini filem terbitan saya bersama Zizie, kami juga akan mengekalkan formula yang sama dengan mempertaruhkan genre komedi aksi kerana itu yang dimahukan peminat.

"Saya masih belum memikirkan siapakah pengarah mahupun barisan pelakon yang akan membintangi filem ini bersama-sama saya. Buat masa ini, semuanya masih di peringkat pra-produksi dan insya- Allah, ia akan diumumkan apabila semuanya sudah bersedia," kata pemilik trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem Evolusi KL Drift 2 ini lagi.

Eksklusif

Melihatkan kekerapan wajahnya di layar lebar, ada juga yang mengatakan Sam telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang cukup eksklusif dan tidak mahu berlakon dalam drama tempatan.

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tidak berasas itu, Sam menjelaskan masa merupakan kekangan terbesar untuknya membintangi drama tempatan.

"Saya tidak meletakkan diri saya sebagai eksklusif. Kalau ada masa terluang, memang saya akan dan mahu berlakon drama. Cuma, sekarang ini, saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlakon drama walaupun tawaran memang banyak," katanya yang pernah membintangi drama bersiri seperti Adnan Sempit The Series dan Asmara tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Muslihat masa

Posted:

Muslihat masa

Muslihat masa

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my

TIDAK jauh dari zaman sekarang, jangka hayat manusia akan terhenti sehingga 25 tahun. Dipantau menerusi jam digital yang tertanam di lengan masing-masing, mereka berhak hidup lebih lama jika mampu membeli masa.

Pada zaman ini, masa ialah mata wang yang digunakan dalam sistem jual beli, mahupun ganjaran bagi sebarang pekerjaan. Golongan yang kaya mampu hidup lebih lama dengan paras rupa yang tidak dimakan usia, sementara yang miskin bergantung hidup dari hari ke sehari dan saat demi saat.

Seperti Will Salas, seorang pekerja kilang dari Dayton yang menjadi buruan polis atau pada era ini dipanggil penyimpan masa, kerana didakwa membunuh.

Salas dituduh merompak jangka hayat seorang hartawan, Harry Hamilton yang ditemui mati di bawah jambatan. Walaupun dia tidak bersalah kerana menerima hadiah daripada Hamilton, tiada siapa yang mahu percaya akibat birokrasi. Hamilton ialah jutawan manakala Salas golongan bawahan.

Bermulalah pelarian Salas yang ditemani Sylvia Weis, anak golongan berada yang dikenalinya semasa dia bermewah-mewah di kawasan elit New Greenwich.

Pada mulanya Weis adalah tebusan Salas, namun perhubungan mereka bertukar kepada misi yang sama, yakni memperjuangkan strata kehidupan yang lebih adil.

Jika anda merasakan premis In Time adalah asli seratus peratus, sila rujuk filem Logan's Run (1976), di mana manusia hanya dibenarkan hidup sehingga usia 30 tahun sebelum dijejaki untuk mati.

Manakala kisah pelarian yang tidak bersalah sudah banyak dipaparkan dalam genre sains fiksyen; antaranya Minority Report (2002) dan The Island (2005).

Di tangan Andrew Niccol, dunia In Time adalah futuristik, tetapi intipatinya mengingatkan kita kepada kisah klasik seperti Robin Hood - perompak yang membantu golongan susah; serta Bonnie and Clyde - sepasang penyamun dengan unsur romantisme.

Filem ini mengingatkan saya kepada filem lain arahan Niccol, Gattaca (1997), tentang bagaimana seseorang yang kuat secara genetik mampu ditewaskan oleh kebijaksanaan sains ciptaan manusia.

In Time berkongsi konsep serupa, di mana mereka yang dilahirkan miskin tidak selamanya tunduk di bawah kekuasaan golongan kaya.

Niccol yang turut bertindak selaku penulis skrip berjaya membuatkan penonton percaya dengan apa jua tipu muslihatnya.

Mungkin timbul sedikit persoalan di sana sini tentang mekanisme sebenar peralihan masa. Sebagai contoh, bagaimana jam digital boleh tertanam di lengan sejak lahir atau perkongsian usia yang boleh dilakukan hanya melalui sentuhan.

Namun, perincian-perincian kecil seperti itu mudah diabaikan penonton kerana isi ceritanya yang pintar secara makro. Dengan set, props, efek khas serta skrip yang baik, kita benar yakin akan kewujudan dunia pasca moden ciptaan Niccol.

Justin Timberlake membuktikan dia bukan sekadar daya penarik penonton muda untuk ke pawagam. Keupayaannya di dalam filem ini jauh lebih besar daripada pesonanya sebagai penyanyi pop dan bekas anggota kumpulan 'N Sync.

Dia tidak memiliki ciri-ciri wira seperti Daniel Craig sebagai James Bond, tetapi dia seperti Tom Hanks, orang biasa yang mempunyai aura semangat lelaki sejati.

Dia memberikan warna kepada peranan Salas dengan penuh stail, kelihatan di antara miskin dan kaya, serta selamat dan merbahaya pada masa yang sama.

Amanda Seyfried mengimbangi lakonan Timberlake dengan keserasian sebagai Weis. Karakter menarik itu melalui transisi daripada seorang gadis kaya yang lemah kepada penegak keadilan.

Sementara itu, Cilian Murphy sebagai polis penjaga masa dan Alex Pettyfer sebagai peragut yang dipanggil Minuteman, menjadi antara pelakon sokongan paling menyerlah.

In Time adalah sebuah filem yang menghiburkan. Ia membenarkan fikiran kita menepis segala logik menerusi pengembaraan Salas dan Weis, serta manusia-manusia yang berusia 25 tahun selamanya.

Mungkin filem ini tidak akan menjadi karya yang bakal dikenang sepanjang zaman, tetapi ia berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Inilah kelebihan Hollywood yang harus dipelajari pembikin filem kita untuk 'make believe' sesuatu alam atau dimensi yang sebenarnya dongeng semata-mata.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Nostalgia budak bogel

Posted: 01 Nov 2011 04:24 PM PDT

Hip

Daripada kartun komik kepada animasi

TIGA budak bertelanjang bulat dikenali dengan nama Dan, Din dan Don yang suatu ketika cukup terkenal dalam majalah kartun Gila Gila, kini diberi 'nyawa' oleh pengkarya atau pencipta karektor ini, Saadon Ishak.

Ketiga-tiga karektor ini yang hanya boleh diikuti menerusi lembaran demi lembaran daripada setiap edisi majalah berkenaan, suatu hari nanti boleh ditonton dalam bentuk animasi yang lebih cantik dengan latar belakang kampung yang dilakar dengan gambar penuh berwarna warni dan kelihatan hampir realistik. Lima episod cerita budak telanjang bulat ini sudah disiapkan oleh penerbitnya, Don Studio Sdn Bhd. Namun apabila dipindahkan dalam bentuk animasi, ada beberapa perubahan untuk disesuaikan dengan kehendak semasa dan pasaran.

Saadon yang juga Pengarah Urusan Don Studio agak terkejut apabila pegawai pemasaran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) memaklumkan wartawan Hip Berita Harian berminat untuk mendapatkan cerita lebih lanjut mengenai animasi terbitannya.

Katanya, Dan, Den dan Don adalah cerita mengenai tiga sahabat di sebuah kampung pedalaman pada era tahun 60-an.

Dunia hiburan bagi ketiga-tiga budak ini adalah berdasarkan apa yang mereka lihat dalam realiti kehidupan sehari-hari masyarakat kampung pada waktu itu seperti percaya kepada benda ghaib, mitos, amalan tradisi, pekerjaan orang kampung dan sebagainya.
"Tapi paling jelas, untuk siri animasi semua karakternya tidaklah boleh berbogel. Dari segi aspek budaya, ia tentu tidak manis. Jadi, saya mengubahnya dengan ketiga-tiga karektor itu berseluar, malahan kadang-kadang berpakaian lengkap.

"Nama Din juga ditukar menjadi Den sebab Din sudah ada dalam karektor animasi Jepun. Jadi, animasi ini dikenali sebagai DanDenDon. Bagaimanapun, secara keseluruhan watak dan gelagat serta cerita DanDenDon tidak banyak berubah," kata Saidon, selaku penerbit animasi terbabit.

Seperti mana siri animasi Lat - Kampung Boy karya Datuk Lat, siri DanDenDon juga turut menggunakan latar belakang kampung halaman pengkaryanya.

"DanDenDon ini merakamkan nostalgia saya ketika zaman budak-budak. Latar belakangnya ialah suasana kampung saya di Lenggong, Perak. Suasana dan pemandangan yang dipaparkan dalam siri ini memang kampung saya.

"Begitu juga dengan apa yang dimainkan oleh Dan, Den dan Don ialah kelaziman yang dilakukan oleh budak kampung, seperti menangkap dan bermain ikan laga. Setiap sudut rumah juga saya gambarkan dalam keadaan hampir realistik.

"Dalam siri DanDenDon ini, apa yang saya cuba kekalkan ialah mengenai budaya dan nilai tradisi yang dipegang orang kampung. Ia satu imbauan bukan saja kepada saya tetapi juga mereka yang berasal dari kampung selain golongan yang pernah mengikuti komik DanDinDon dulu," jelasnya.

Penerbitan bermula tahun 2007

MENURUT Saadon, inisiatif menerbitkan siri animasi DanDenDon bermula pada 2007 dan ketika itu, usaha pertama dilakukan ialah mendaftarkan hak cipta karyanya terlebih dulu.

Apabila usaha berkaitan dengan IP ini diperoleh secara sah, barulah kerja penerbitan animasi DanDenDon dimulakan sekitar 2008.

"Saya perlu mendaftarkan DanDenDon sebagai harta intelek atau IP milik saya. Ini karya dan hak saya. Biarpun agak mahal, tetapi saya perlu lakukan untuk melindungi masa depan IP karya milik saya.

"Saya tidak mahu macam P Ramlee, selepas puas berkarya akhirnya IP atau hak cipta karyanya menjadi milik orang lain. Saya daftarkan hak cipta setiap karya saya dalam semua aspek," katanya.

Sebagai pemegang IP, Saadon berkata, selepas ini selain menerbitkan animasi, dia bebas untuk menghasilkan barang dagangan (merchandise) DanDenDon.

"Sebagai permulaan saya bercadang untuk menerbitkan buku DanDenDon. Saya rancang buku ini boleh dipasarkan tahun depan. Ia sebagai kesinambungan daripada animasi DanDenDon," jelasnya lagi.

Menurutnya, setakat ini Don Studio belum mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana stesen TV tempatan kerana tumpuan utama ialah memasarkan karyanya ini ke luar negara.

Selain mencari pasaran antarabangsa, Don Studio juga turut mencari peluang untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana syarikat produksi animasi luar negara bagi menghasilkan siri DanDenDon dalam episod lebih panjang.

Sehubungan itu, Don Studio tidak ketinggalan untuk menyertai misi mencari peluang pasaran industri kreatif di luar negara seperti mengikuti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di TIFFCOM2011 di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

"Sekurang-kurangnya dengan menyertai misi FINAS ini, ia memberi pengalaman dan pengetahuan berguna. Dari sinilah saya dapat mengenali dan seterusnya menjalin kerjasama dengan syarikat produksi antarabangsa yang menyertai pasaran antarabangsa.

"Saya tidaklah begitu mengharap siri DanDenDon ini dibeli, walaupun sekiranya ia berlaku, memang satu kebaikan kepada Don Studio. Tapi lebih daripada itu adalah untuk mencari rakan kongsi yang dapat menjadi penerbit bersama siri ini.

"Saya tahu bukan senang nak cari rakan kongsi, tetapi menerusi misi FINAS, saya boleh belajar formula sesuai untuk mengenali rakan kongsi dalam penerbitan dan pengedaran. Saya akur kadang-kadang kita kena belajar dari kesusahan terlebih dulu sebelum segala-galanya menjadi mudah," katanya ketika ditemubual di Roppongi Hill Tower Tokyo, tempat berlangsungnya TIFFCOM2011.

Don Studio ialah antara sembilan syarikat penerbitan yang menyertai misi FINAS ke TIFFCOM2011 yang berlangsung pada 24 Oktober hingga 26 Oktober lalu.

Selain DanDenDon, Don Studio juga turut menerbitkan dua lagi siri animasi berjudul APAK dan PST.

Siri APAK mengisahkan karakter utamanya iaitu seekor ayam jantan dan watak haiwan lain yang menjadi humanoid (seperti manusia). Ceritanya berkisar mengenai kehidupan sehari-hari menggambarkan pelbagai ragam manusia daripada etnik berbeza dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum.

MDeC, MOSTI banyak bantu

SAADON mengakui kejayaan DanDenDon ialah hasil sokongan kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) yang memberi geran untuk menerbitkan siri animasi itu.

"Antara individu yang banyak membantu ialah Kamil Othman (Naib Presiden MDeC). Beliau yang menyedari potensi DanDenDon untuk diterbitkan dalam bentuk animasi. Siri ini diterbitkan sendiri oleh Don Studio.

"Memang sepanjang pembikinan siri ini, kami tidak menghebahkan kepada mana-mana pihak. Saya belum bersedia untuk mempromosikannya sehinggalah saya ditemui anda (penulis) di Tokyo hari ini.

"Sebelum datang ke Tokyo, saya sudah membawa DanDenDon ke pasaran MITCOM2011 di Cannes, Perancis dan juga Singapura," katanya.

Menurut Saadon lagi, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Tourism Malaysia yang berminat menggunakan siri animasi DaDenDon sebagai sebahagian bahan untuk mempromosikan Malaysia di Asia Barat.

"Malahan negara Arab juga menyatakan minat untuk mengedarkan siri animasi DanDenDon selepas melihat keindahan pelbagai tempat di Malaysia," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jawablah!: Elak jaja kisah peribadi

Posted: 01 Nov 2011 04:22 PM PDT

Hip

Najwa Latif

Najwa Latif

Pengurus Najwa mohon maaf jika ada pihak tersinggung

PENGURUS penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, mengamuk dan mengugut mahu menyaman wartawan. Itulah cerita hangat yang menjadi topik perbualan pihak media sepanjang minggu lalu. Khabarnya, kontroversi itu berlaku ketika penyanyi berusia 16 tahun itu diundang untuk menjayakan sebuah majlis mempromosikan filem baru.

Meskipun bukan penyanyi ini yang bertindak sedemikian, namun sebagai artis, itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh penyanyi remaja ini. Sedikit sebanyak tempias akan terkena padanya juga. Menurut saksi kejadian, pengurus Najwa, Azahari Jaafar dikatakan memarahi seorang wartawan daripada sebuah stesen televisyen hanya kerana dia bertanyakan soalan berbentuk peribadi kepada penyanyi di bawah jagaannya itu.

Kebetulan sebelum itu, sebuah akhbar tabloid ada menyiarkan cerita kononnya Najwa meminggirkan bapanya sendiri. Soalan berkenaan pula ditanya kepada penyanyi remaja ini kerana wartawan terbabit mahu mendapatkan penjelasan Najwa sendiri berhubung kesahihan berita disiarkan itu.

Berang dengan tindakan wartawan berkenaan, Azahari didakwa marah-marah sambil menuding jari ke arah wartawan terbabit. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu juga mengugut mahu menyaman wartawan yang menyiarkan cerita itu.

Hip mendapatkan penjelasan daripada Najwa dan Azahari berhubung kontroversi itu.
HIP: Najwa ada di tempat kejadian sewaktu kontroversi itu berlaku?

Najwa tiada di lokasi kejadian ketika kontroversi itu berlaku. Najwa dapat tahu mengenai cerita ini selepas dimaklumkan sendiri oleh kakak dan juga Azahari.

HIP: Najwa tentu sedar kontroversi seperti ini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi Najwa sendiri?

Itu memang Najwa tahu. Malah Najwa memang sudah bersedia untuk berdepan dengan segala dugaan dan cabaran apabila mengambil keputusan menjadi anak seni. Cuma dalam hal ini, Najwa harus berpegang kepada prinsip dan juga pesanan keluarga, supaya tidak bercerita mengenai hal keluarga kepada orang luar. Biarlah peminat mengenali diri Najwa menerusi bakat Najwa saja.

HIP: Tetapi sebagai artis, mahu atau tidak, peminat tetap mahu tahu sisi peribadi Najwa.

Itu betul, cuma ia bukan untuk Najwa. Najwa harus menjaga hati keluarga yang tak suka Najwa bercerita kisah peribadi untuk tatapan umum.

HIP: Namun benarkah cerita yang mendakwa Najwa meminggirkan bapa sendiri, seperti yang disiarkan dalam akhbar berkenaan?

Najwa akui ibu dan bapa Najwa memang sudah bercerai. Najwa pernah berjumpa dengannya (bapa). Hanya itu saja yang Najwa boleh ceritakan.

Berikut adalah kenyataan daripada pengurus Najwa, Azahari Jaafar.

HIP: Kenapa perlu memarahi wartawan sehingga sampai tahap mahu saman-menyaman?

Apa yang berlaku pada hari itu adalah salah faham sebenarnya. Saya tidak marah wartawan berkenaan. Saya hanya meminta dia tidak bertanya soalan yang mengaitkan hal ehwal keluarga Najwa. Tapi mungkin cara saya pada waktu itu membuatkan ada pihak yang tersinggung. Mengenai mengugut mahu menyaman wartawan, perkara itu tidak benar sama sekali. Bagi saya, menyaman bukanlah satu tindakan yang mampu menyelesaikan masalah. Lagipun, apa yang sudah berlaku, tak mungkin boleh ditarik kembali. Apapun, dengan rendah hati, saya meminta maaf jika ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kejadian tempoh hari.

HIP: Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang ini, Azahari tentu faham tugas wartawan. Adalah perkara biasa jika artis ditanyakan soal peribadi. Mengapa perlu dihalang?

Bukan saya yang menghalang, tetapi keluarga Najwa sendiri. Apabila artikel pertama yang membabitkan hal peribadi itu keluar, saya yang terpaksa menjawab dengan keluarganya. Tak mahulah perkara yang mengaibkan seperti ini dijaja. Memang sukar untuk berdepan dengan saat seperti ini, banyak hati yang perlu saya jaga. Sejujurnya, saya sedih dengan apa yang berlaku. Tapi saya sedar, setiap manusia ada kelemahannya. Saya nak ucapkan terima kasih kepada wartawan yang banyak membantu Najwa selama ini. Saya harap perkara seperti ini tidak menjejaskan hubungan Najwa dengan wartawan.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Kim Kardashian Fail Penceraian Terhadap Suami

Posted: 01 Nov 2011 01:11 PM PDT

Kim dan Kris ketika menghadiri sebuah majlis.

BINTANG realiti, Kim Kardashian, 30 dilaporkan telah menfailkan penceraiannya terhadap suaminya bintang bola keranjang NBA, Kris Humphries, 26 selepas berkahwin selama 72 hari.

Berita tersebut disahkan oleh pengacara E! News, Ryan Seacrest melalui laman Twitter miliknya semalam yang memberitahu Kim sendiri telah memberitahu perkara itu kepadanya selepas laman gosip TMZ mendedahkan mengenai perkara itu.

Kim dikatakan menfailkan perceraian mereka dengan alasan tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya itu.

Dalam pada itu, sumber rapat dengan pasangan itu memberitahu, sebab utama perpisahan mereka adalah kerana Kim tidak mahu berpindah ke Minnesota tempat asal suaminya.

Kris pula dikatakan tidak mempercayai mengenai penceraian dan masih tidak mengetahui tindakan isterinya.

Kim dan Kris sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan mereka yang bernilai USD10 juta di Montecito, California pada 20 Ogos.

Antara selebriti yang hadir pada perkahwinan itu ialah Demi Lovato, Eva Longoria, Eduardo Curz, Ryan Seacrest, Julianne Hough, Brody Jenner, Avril Lavigne, Scottie Pippen dan Lindsay Lohan.

///mstar ///

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Pencalonan bayar segala penat lelah

Posted: 01 Nov 2011 07:14 AM PDT

LIMA belas tahun lalu, dua pesona jelita ini pernah disatukan dalam drama bersiri yang mencetus fenomena, Salam Taj Mahal, dengan kelainan pada plot penceritaan diterjemah.

Meskipun masih baru ketika itu dan tidak mempunyai profil sehebat hari ini, dua pelakon ini, Umie Aida dan Eja, mampu mengheret emosi penonton hingga kenal akan bakat yang diperjudikan.

Merentasi sedekad perjalanan seni, masing-masing mencatur langkah sendiri, mengukuhkan empayar seni dan membina nama hingga berjaya meletakkan bakat yang ada sebaris dengan populariti yang dicurahkan.

Tanpa kontroversi yang terpalit, Umie dan Eja masing-masing berjaya bertahan hingga ke hari ini. Tidak sesekali hanyut dibuai glamor, kedua-dua figura ini mengecapi kebahagiaan dengan suami dan anak selain terus meletak fokus pada keluarga tersayang.


Gurau Eja atau nama sebenar, Siti Shahrizah Saifuddin, 39, sebaik tiba di kediaman mewah Umie pagi itu, lama sudah mereka tidak bertemu. Namun, sesekali berjumpa, terus teringat seribu satu kenangan ketika berlakon bersama.


Bezanya, ketika itu kedua-duanya masih muda dan tidak punya komitmen sebagai isteri seperti hari ini yang menjadi alasan kukuh kedua-duanya jarang berkesempatan bertemu.

"Bayangkan Salam Taj Mahal menemukan kami berdua dan selama sebulan penggambaran di India. Ketika itu, kami sebilik dan berkongsi pelbagai cerita bersama.

"Sekarang, masing-masing sudah berkeluarga dan ada kerjaya sendiri.
Alhamdulillah, saya dan Umie masih di sini dan kekal memperjuangkan minat dalam seni lakon meskipun sudah berkeluarga," katanya.

Meninjau perwatakan dan personaliti dua bintang popular ini, mereka memang mempunyai banyak persamaan. Kebetulan pula kedua-duanya berkongsi tarikh lahir yang sama, cuma Umie muda setahun daripada Eja.

Kali terakhir mereka dipertemukan menerusi drama rantaian Rindu Semakin Jauh lima tahun lalu.

Kini mereka dipertemukan sekali lagi dalam satu sesi fotografi eksklusif bagi mendengar cerita dan kisah mereka apabila kedua-duanya tersenarai sebagai calon akhir dalam Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang akan berlangsung Jumaat ini.

Umie atau nama sebenar, Umi Khalsum Rahmad Ali, 38, berentap bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) menerusi karya kakaknya sendiri, Erma Fatima iaitu Air Mata Nur Salina manakala Eja yang popular menerusi drama bersiri Ahmad Durrah dan Mantera Anjasmoro bertanding untuk kategori filem melalui Janin.

Bersandar pada bakat lakonan yang tersendiri dan dibantu dengan penceritaan mampu menterjemah kesungguhan mereka membina perwatakan diberi, baik Umie mahupun Eja kedua-duanya menyifatkan pencalonan awal meletak nama mereka hingga ke gelanggang ASK tahun ini sudah cukup membayar penat lelah.

Menang atau kalah bukan lagi menjadi taruhan ketika melangkah pada malam penentu itu nanti.

Umie yang sebelum ini pernah menggenggam trofi ASK sebanyak tiga kali iaitu Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi Embun dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Ayuni dan Surat Terakhir), mengakui ASK pentas terbaik bagi mengukur kemampuan diri sebagai pelakon selain meletak penghargaan yang indah buat barisan anak seni.

"Berita saya tersenarai hingga ke peringkat akhir menerusi drama Air Mata Nur Salina adalah satu penghargaan buat saya dan karya sentuhan Erma.

"Bohong jika saya katakan tidak mahu memang kerana setiap pelakon yang dicalonkan pasti menyimpan hasrat untuk menggenggam trofi kemenangan. Namun, ia bukanlah komponen penting buat saya. Saya hanya ingin memastikan drama itu berjaya dipandang pihak lain kerana jujurnya ia sebuah cerita yang kuat.

"Watak Salina yang saya pegang bukan sembarangan karakter, namun Alhamdulillah saya mampu melakukan apa yang diinginkan pengarah. Reaksi positif daripada penonton juga begitu baik membuat saya gembira dan bersyukur.

"Namun, saya sendiri gementar apabila melihat drama lain yang turut diletak ke pentas akhir kerana lakonan setiap pelakon utamanya begitu kuat dan hebat.

"Jika ada rezeki dan ketentuan sudah tersurat buat saya, pastinya ia adalah satu pembakar semangat untuk terus menghasilkan sesuatu yang lebih baik," katanya.

Umie dikatakan bakal bersaing dengan teman baiknya, Erra Fazira menerusi drama Sanggul Beracun yang disiarkan melalui Astro Citra, pelakon veteran, Norlia Ghani menerusi drama Janji Syurga, Rozita Che Wan (Masihkah Ada Sinar) dan Amyza Adnan (Midah Kuih Bangkit).

Bagi Eja pula, sejak berkecimpung dalam dunia seni selama 15 tahun, inilah kali pertama namanya membolosi pencalonan akhir ASK. Eja mengakui cukup terharu dan menganggap ia satu penghargaan terindah buatnya.

"Memang sudah lama saya membina nama sebagai pelakon dengan puluhan drama dan filem, namun rezeki itu belum menyebelahi saya. Bagaimanapun, tidak sekelumit saya berkecil hati atau putus semangat kerana pada saya, apa yang penting adalah keikhlasan, disiplin dan kesungguhan untuk melakonkan setiap tanggungjawab yang diberi.

"Janin sebuah filem hebat sentuhan penulis skrip hebat yang turut menerbitkannya, Wan Hasliza, namun ia tidak punya publisiti yang besar.
Alhamdulillah tanpa promosi dan tiada yang bercerita lebat mengenainya, Janin masih mampu mengutip RM1.5 juta di panggung.

"Lebih membanggakan, Janin adalah karya yang mampu memimpin saya ke fasa yang lebih baik sebagai pelakon kerana watak dan jalan ceritanya.

"Saya bersyukur apabila ada pihak memandang kesungguhan menghidupkan watak utama filem itu selain menjanjikan sesuatu yang berbeza dalam lakonan.

"Saya tidak mahu membebankan fikiran dengan mencongak soal menang atau kalah sebaliknya hanya ingin hadir malam Jumaat ini bagi mengiktiraf karya bermutu yang dihasilkan anak tempatan," jelasnya.

Eja dan Umie mengakui, fokus utama mereka kini bukan lagi dunia lakonan sebaliknya tanggungjawab terhadap keluarga paling diutamakan.

Eja kini lebih cenderung membesarkan anak kesayangannya, Nur Eishal Mohd Silahuddin, 2, manakala Umie memberi perhatian kepada rumah tangga yang dibina bersama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mac tahun lalu selain tanggungjawab kepada anak, Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhilmy.

"Saya bersyukur dan bertuah kerana suami memahami dan tidak pernah menghalang cuma tugas saya perlu pandai memilih tawaran yang tiba," kata Eja.

PROFIL UMIE AIDA:

Nama sebenar: Umi Khalsum Rahmad Ali
Tarikh lahir: 18 Januari 1973
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak ketiga daripada enam beradik
Suami: Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan

Anak: Mohd Dzulhelmy, 16, dan Mohd Daniel Firdaus, 17
Filem: Azazil, Ombak Rindu, Hikayat Merong Mahawangsa, Dukun, Apa Kata Hati, Cuci, Kala Malam Bulan Mengambang, Puaka Tebing Biru, Salah Bapak, Diva Popular, Buli Balik, Qaisy Dan Laila, Gangster, Cinta Luar Biasa dan banyak lagi

Drama: Abadi Sebuah Cinta, Spa Qistina, Kek Lapis Kak Ida, Seruling Kasih, Rumah Di Tengah Sawah, Intan Mahsuri, Tarantula I & II, Cinta SMS, Nur Fitri, Kesetiaan, Feloni Aka Ecstasy, Takdir Sedang Berbisik, Serpihan Laungan Takbir, Bukan Bidadari, Korban Kasih Marlisa, Masyitah, Airmata Nur Salina, Karma Salina dan banyak lagi

Penerbit: Diva Popular
Teater: Dejavu Seorang Perempuan, Suara Palestine, Natrah, Natrah 2, Badai Semalam dan banyak lagi
Album: Romeo & Juliet dan Gema Kasih

Pencapaian: Pelakon Wanita Terbaik di FFM ke-16 menerusi filem Embun, Pelakon TV Wanita Popular Menang di ABP 1999, Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Surah Terakhir pada 1999, Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Ayuni pada 2001 dan Pelakon Wanita Filem Terbaik
di ASK 2003 menerusi filem Embun.

PROFIL EJA:

Nama penuh: Siti Shahrizah bt Saifuddin
Tarikh lahir: 18 Januari 1972
Tempat lahir: Kuala Kubu Baru, Selangor
Keluarga: Anak sulung daripada lima beradik
Suami: Mohd. Silahuddin Jamaluddin
Anak: Nur Eishal Mohd. Silahuddin, 2 tahun 2 bulan
Filem: Sara, Anak Mami The Movie, Bilut, Kayangan, Misi: 1511, Sepi dan Janin

Drama: Ejen 88 & 44, Rahsia Demi Rahsia, Teduh Kabus, Salam Taj Mahal, Kiranya Ku Tahu, Takhta Hati, Tiga Dara, Rindu Semakin Jauh, Kalau Itu Takdirnya, Masih Ada Cinta, Wajah Kekasih, Cinta Semerbak Kayu Manis, Mya Zara, Seputih Qaseh Ramadan, Sadiq & Co, Dimata Mu Aku Dijiwa Mu Dia, Pembunuh Upahan, Igawan, Sangga Saadah, Talkin Terakhir, Wadi Unung, Demi Tuhan Kuizinkan, Satu Permintaan, Cinta Dari Kaabah, Tasbih Cinta, Dia Bukan Maryam, Ahmad Durrah dan Mantera Anjasmoro

Full content generated by Get Full RSS.

Peluang keemasan Sasi The Don

Posted: 01 Nov 2011 07:03 AM PDT

SUDAH menceburi industri hiburan selama 11 tahun, pasti segelintir masyarakat tidak menyangka penyanyi yang memperjuangkan genre reggae ini, Sasi The Don, mendapat peluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi reggae dari luar negara.

Tidak semua artis tempatan mendapat peluang seperti ini hingga Sasi tidak mampu untuk menolaknya. Katanya, tidak sangka dia mendapat peluang bekerjasama dengan nama besar dalam genre reggae iaitu Maxi Priest yang menjadi idolanya kerana genre reggae yang dibawanya digabungkan dengan pop agar dapat diterima masyarakat.

Menceritakan detik pertemuannya dengan Maxi, Sasi yang diundang Umno Malaysia untuk mengadakan persembahan sempena sambutan kemerdekaan di London berkata, segalanya bermula apabila berkongsi berita pemergiannya ke London melalui laman sosial facebook.

"Saya tidak sangka seorang peminat British-India mengundang saya mengadakan 'show' dan terus bersetuju dengan cadangannya itu. Saya memang tidak pernah bayangkan mempunyai peminat di luar negara.


"Sebagai peminat Maxi, saya cuba menjemputnya hadir ke pertunjukan itu dan tidak sangka dia datang melihat persembahan saya. Apabila acara selesai, Maxi berjumpa saya dan menawarkan untuk berkolaborasi kerana kami sama-sama memperjuangkan reggae.


"Tambahan pula ia adalah satu cara untuk mendekatkan artis antarabangsa dengan artis Malaysia. Memang sangat gembira dapat menyanyi bersama penyanyi legenda reggae kerana saya baru 11 tahun dalam industri ini manakala Maxi adalah nama besar. Ini adalah satu penghormatan buat saya," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengambil masa seminggu untuk merakamkan lagu duetnya dengan Maxi, Island Queen, Sasi mengakui ia sangat mencabar kredibilitinya sebagai penyanyi reggae.

Katanya, sebelum berangkat ke London, Sasi membuang jauh-jauh perasaan takut berhadapan dengan Maxi dan berharap segalanya berjalan lancar kerana ia membabitkan kos yang besar.

"Terlebih dulu saya menyiapkan lagu kolaborasi dengan Maxi, tetapi apabila tiba di London, hari pertama kami masuk studio rakaman Maxi tidak menyukai konsep lagu itu dan saya tidak mempunyai perancangan kedua.

"Saya hanya ada masa seminggu untuk merakamkan lagu itu dan sangat kesuntukan masa kerana terpaksa bermula dari awal. Hanya tajuk lagu saja yang kekal.

"Saya akui, itu adalah saat paling memberikan tekanan dalam hidup, tetapi sangat bernasib baik kerana studio yang kami gunakan milik penulis lagu untuk Black Eye Peas, Tippalrie. Dia membantu saya dan Maxi untuk mengubah lirik lagu itu," katanya.

Mengenai perkembangan lain, Sasi melancarkan album terbarunya pada Julai lalu. Ia memuatkan 14 lagu termasuk satu lagu instrumental. Mempertaruhkan lagu Inggeris dan Tamil, album kedua ini lebih menumpukan pasaran luar negara.

Tambahan pula Universal Music India bercadang memasarkan album itu di India dan Sri Lanka. Walaupun menyesal tidak merakamkan lagu dalam bahasa Melayu untuk album ini, Sasi tetap melihat perkara itu dari sudut positif.

Selain berkolaborasi dengan Maxi, Sasi juga berpeluang bekerjasama dengan Anita Sarawak menerusi lagu One Love dan Jaclyn Victor (Devathai). Idea bergabung dengan artis lain itu timbul selepas kejayaan duetnya dengan Amy Search menerusi lagu Satu Impian.

Katanya, Anita turut nasihatkan dirinya supaya memikirkan pasaran luar negara dan sebab itulah memilih menghasilkan lagu Inggeris.

"Kata Anita, Industri hiburan tanah air sangat kecil dan untuk berjaya, seseorang artis perlu mengembangkan kerjayanya sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Bukan mudah untuk berkolaborasi dengan artis lain kerana kerjasama itu perlu memberikan impak kepada pendengar. Saya bangga berpeluang bekerjasama dengan Anita. Malah penantian saya selama empat tahun berakhir apabila berpeluang menyanyi bersama Jaclyn.

"Sebagai kelainan, kami menyanyikan lagu Tamil dan ia mendapat komen positif peminat. Lagu Devathai yang bermaksud Malaikat, mungkin akan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Charice umpama Cinderella

Posted:

Charice umpama Cinderella

Charice umpama Cinderella

KETIKA berusia tiga tahun, dia telah melihat sendiri ibunya, Raquel diacukan pistol di dahi oleh bekas bapa kandungnya.

Trauma kekejaman dan penderaan dideritainya menyusuri perjalanan hidup Charmaine Clarice Relucio Pempengo sehinggalah usianya kini mencecah 19 tahun dan dikenali di seluruh dunia dengan nama komersialnya, Charice Pempengo.

Ternyata suatu pilihan yang tepat telah diambil ibunya yang membawa Charice dan adik lelakinya, Carl untuk berhijrah dari tanah kelahirannya di San Pedro, Laguna, Filipina sekali gus membuka ruang baharu buatnya sekeluarga.

Kata Charice pada satu kenyataan akhbar luar negara: "Kami sebenarnya datang daripada kosong! Apabila berpindah ke tempat lain kami tidak mempunyai sebarang perabot, kami tiada televisyen. Yang ada cuma pemain kaset dan pakaian yang kami pakai, kerusi pun terpaksa dipinjam daripada jiran tetangga."

Sangat menyentuh emosi kisah hidup gadis genit itu. Namun dibiarkan sejarah hitam dibenam jauh ke dalam Jurang Mariana, diselak satu demi satu saat manis yang hadir menjamah dirinya.

"Saya menganggap diri saya sebagai seorang penyanyi, mungkin juga seorang pelakon dan tidak mustahil juga seorang pemimpi," bicaranya ketika pertemuan sulung dengan media Malaysia di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menganggap dirinya bernasib baik, seolah-olah kisah dongeng Cinderella, Charice teguh memperjuangkan ideologi kejayaannya kepada peminat terutama dari kelompok Asia.

"Jika saya berjaya anda juga boleh berjaya, buat apa jua perkara yang selesa untuk kita buat dan ingin buat dan jadilah diri sebenar.

"Saya ingin terus memperjuangkannya dan sangat penting untuk orang tahu siapa sebenarnya saya," tanpa segan silu si gadis menyemat optimisme.

Bersuluh benderang cahaya yang menyilau di wajah, akui Charice dia masih merindui tempat asalnya di Filipina.

"Saya sentiasa merindui keluarga dan kawan-kawan di Filipina," ringkas jawapannya namun tersirat makna mendalam.

Kagumi Adele


CHARICE ketika muncul di samping aktres Lea Michele dalam satu babak Glee.


Whitney Houston, Mariah Carey, Celine Dion dan Beyonce antara barisan nama yang menjadi idolanya dalam bidang muzik.

Namun, jika diberikan pilihan kualiti suara yang diinginkannya dengan pantas penyanyi lagu Rolling In The Deep, Adele menjadi dambaannya.

"Kalau boleh saya inginkan suara Adele! Setiap kali dia menyanyi seluruh jiwa dicurahkan ke dalam lagu, dia juga ada suara yang sangat hebat," utaranya.

Dilihat lebih selesa menyandang gelaran ratu bersuara tinggi, Charice tetap mahu mencuba pelbagai genre lagu andai diberi peluang.

"Album pertama saya (CHARICE, 2010) lebih kepada balada, kini saya bersama produser, David Foster sedang merancang untuk mengeluarkan album kedua saya.

"Dalam album kedua saya akan lebih fokuskan kepada tarian dan lebih muzik pop, kami juga sedang mempertimbangkan beberapa penyanyi terkenal antaranya Natasha Bedingfield, Bruno Mars dan Jojo untuk terlibat sama," katanya yang menganggap jika album itu berjaya ia seolah-olah mimpi menjadi realiti.

Ujarnya juga mengenai genre R&B: "Ia berkaitan jiwa, melalui lagu itu semahunya saya ingin menyampaikan mesej kemasyarakatan bukan sekadar mencapai not-not tinggi dan melontar vokal lantang."

Jadi peguam

Pastinya setiap insan ada impian masing-masing, begitu jua Charice. Katanya cita-cita sebenarnya untuk menjadi seorang peguam dan membuka firma sendiri.

"Saya tak nak orang lain lihat saya sekadar Charice yang hanya tahu menyanyi, saya juga ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang, menjadi seorang peguam dan membuka firma saya sendiri," ujarnya ketawa.

Tambah Charice, impiannya lima tahun lagi pula adalah untuk menjadi seorang penerbit berjaya dan mengeluarkan seramai mungkin penyanyi dari Asia.

"Saya akan cungkil seramai mungkin bakat-bakat besar dari Asia dan membawa mereka ke persada antarabangsa, biar seluruh dunia mengenali kehebatan kita," berkobar-kobar dia menjawab.

Glee


CHARICE dikelilingi sebahagian wartawan hiburan Malaysia yang menemuramahnya secara berkumpulan baru-baru ini.


Sunshine Corazon, watak yang banyak mengubah perspektif penonton dalam drama bersiri muzikal popular Amerika Syarikat, Glee bagaikan sebati dalam diri Charice.

Ramai yang mengenali Charice dengan karakter itu berbanding diri asalnya, katanya tidak puas berlakon dalam tiga episod drama bersiri itu dan ingin melakukannya lagi.

"Kalau diberikan peluang beraksi lagi dalam musim ketiga, pasti tidak akan saya lepaskan. Seronok sebenarnya berlakon bersama mereka," tuturnya yang banyak belajar daripada pengarah berbakat, Ryan Murphy.

Menilai karakter utama Glee, Rachel Berry lakonan Lea Michele sebagai seorang profesional, Charice juga mengaku gementar ketika pertama kali digandingkan bersama.

"Saya sangat gementar dan takut semasa pertama kali berjumpa dengannya, tapi percayalah dia seorang yang sangat profesional.

"Banyak perkara yang diajar semasa di set penggambaran, dia juga sangat manis dan jujur," luah Charice.

Salma Hayek

Kemunculannya dalam Glee telah menjadikan nama Charice dikenali di seluruh dunia.

Justeru, gadis genit ini kini sudah menemui jalan mudah untuk menyemarakkan lagi namanya dalam dunia seni global.

Bakal muncul menerusi filem sulungnya Here Comes The Boom pada tahun depan, Charice bergandingan dengan pelakon tersohor Hollywood,

Filem yang diberi judul Here Comes The Boom yang merupakan komedi aksi dikatakan bakal ditayangkan pada bulan Julai tahun depan.

"Dalam filem ini, saya memegang watak Malia iaitu seorang pelajar kepada cikgu biologi (lakonan Salma Hayek) yang bersusah payah mengumpul wang demi menyelamatkan program muzik di sekolah kami," katanya.

Selain Charice dan Salma, filem arahan Frank Coraci itu turut dibintangi Kevin James, Henry Winkler dan hos Fear Factor, Joe Rogan, Bas Rutten dan Reggie Lee.

Full content generated by Get Full RSS.

Amal Karyawan bantu artis

Posted:

Amal Karyawan bantu artis

Amal Karyawan bantu artis

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

SEJAK dulu lagi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) sering membantu golongan artis yang mengalami kesusahan baik dari segi kesihatan mahupun yang mengalami kesempitan wang.

Full content generated by Get Full RSS.

Selasa, 1 November 2011

Sensasi

Sensasi


Full Movie Youtube: Filem Libas

Posted: 01 Nov 2011 02:18 AM PDT



Sensasi belum tgk lagi movie nie,tapi dgr cerita memang kelakar sangat..japg nak layan..hehe

Abby dan Zul putus Cinta,eminat minta zul pujuk

Posted: 01 Nov 2011 01:48 AM PDT



Setelah beberapa tahun bersama,pasangan yang serasi bersama iaitu Abby dan Zul akhirnya berpisah.
Punca perpisahan sensasi kurang pasti...tapi peminat mengharapkan mereka berdua terus kan hubungan.

Sebelum nie memang penuh kontroversi diantara Abby,Norman dan Memey.Mungkin Zul terbeban dengan semua kontroversi ini.

Tapi memang kesian kat abby satu persatu masalah menimpa,kurang job,bekas suami kurang memberi bantuan penjagaan anak-anak,masuk hospital kerana stress,dan terbaru berpisah pula dengan Zul.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Semoga Abby tabah ,hidup nie bagaikan roda..ada kalanya kita di atas,bahagia..tetapi ketika berbahagia haruslah sentiasa bersedia untuk meniti hari berduka..

Takda manusia yang tiada masalah,berdoa dan cari jalan untuk menyelesaikan semua ini ya.


catatan blog Abby tentang Zul Ariffin dan penghujung cinta mereka

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sitkom Hujung Minggu Terbaru Kopi O

Posted: 01 Nov 2011 11:34 PM PDT

Bergelak Ketawa Dengan Sitkom Hujung Minggu Terbaharu Kopi O di TV2

Program sitkom seringkali mendapat sambutan menggalakan dari kalangan penonton terutama masyarakat Melayu yang mahukan hiburan ringan pada malam minggu. Menampilkan topik yang berubah-ubah dari semasa ke semasa tetapi menggunakan set, lokasi, dekorasi dan watak yang hampir-hampir sama setiap kali muncul di TV, tayangan sitkom pastinya lebih menarik apabila menonjolkan pelakon yang dikenali ramai dan miliki pesona tersendiri dalam mencuit hati penonton.

Terbaharu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sebelum ini pernah menghiburkan penonton dengan sitkom-sitkom yang menarik antaranya Salam Pantai Timur dan Muzikal S.Y.O.K kini tampil dengan sitkom Kopi O yang menemui penonton mulai 13 November ini, setiap Ahad, jam 9.30 malam menerusi saluran TV2.

13 episod Kopi O yang berlatarkan situasi berlaku dalam sebuah warung kopi milik seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Alex ini membariskan pelakon Danny X Factor, Siti Fazurina, Alex Raja Lawak, Amelia Chin, Prieya Kalpana, Ebi Cornelis dan Karim Rizs dengan episod dan topik semasa yang disampaikan berbeza-beza setiap minggu.

Ia mengisahkan Alex yang membuka sebuah warung kopi di kawasan perumahannya. Di warungnya, Alex berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggannya. Pelbagai permasalahan berlaku namun Alex dan rakan-rakannya cuba mencari jalan penyelesaian. Dengan semangat kerjasama yang tinggi tanpa mengira agama dan bangsa segalanya cuba diatasi bersama. Antara kisah yang dipaparkan dalam drama bersiri ini termasuklah doktor palsu, barang tiruan, PATI, teknologi maklumat dan komunikasi, bayi, lawatan YB, nyamuk aedes dan banyak lagi.

Dalam edisi pengenalannya yang bermula 13 November kelak, Kopi O tampil dengan episod Doktor Palsu yang berkongsi situasi berlaku dalam warung Alex apabila dia didatangi oleh Doktor Sim (doktor palsu). Doktor Sim mendapati Langgong dan Cikgu Nik Man disahkan mendapat penyakit ketumbuhan disebabkan kekerapan mereka berdua minum kopi O di warung Alex. Azizah cuba membantu mententeramkan mereka berdua. Akhirnya, Doktor Sim rupa-rupanya seorang pesakit mental yang terlepas dari hospital mental.

Seterusnya antara episod lain yang turut mencuit hati termasuklah Barang Tiruan yang berkongsi kekecohan berlaku apabila Alex terpengaruh dengan pelanggan-pelanggannya yang menggunakan barang tiruan. Alex tanpa berfikir panjang telah menggunakan kopi tiruan hingga membuatkan pelanggannya sakit perut dan cirit-birit.

Saksikan juga episod mencuit hati apabila Alex sebagai pemilik kedai terpaksa berdepan dengan kerenah pelanggannya yang mengambil kesempatan menggunakan wifi di warungnya hingga mengakibatkan dia terpaksa lewat menutup kedai setiap hari. Begitu juga pengajaran di selitkan dalam tajuk Bayi apabila Kavitha menemui bayi dalam bas mini dan keadaan menjadi kecoh apabila bayi tersebut di bawa ke warung Alex dan masing-masing memperkatakan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Usah ketinggalan untuk berhibur dan bergelak ketawa dengan sitkom Kopi O hanya di TV2.

Sitkom Kopi O

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Nasi Lemak Kopi O Musim Baru
  • Karnival Nasi Lemak Kopi O di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam
  • Joey, Noorkhiriah, Fauzi Nawawi dalam Drama Ejen 2 X 5
  • Profile Band Gensekii
  • Komedi Muzikal S.Y.O.K Undang Jep Sepah & Dira Abu Zahar
  • Finalis Vokal Bukan Sekadar Rupa Minggu Kedua
  • Ais Krim Walls Perkenal Fruit Salad & Mocha Crumble
  • Sitkom Angguk-Angguk Geleng-Geleng
  • Gambar Pelakon Nora Danish di Ulangtahun ke-2 TV9
  • Pelancaran Album Kompilasi Radio Rosak 2009
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Suria FM Kekal Radio Nombor Satu Peningkatan Pendengar

    Posted: 01 Nov 2011 11:09 PM PDT

     NO 1 DALAM PENINGKATAN JUMLAH PENDENGAR RADIO DARI TAHUN KE TAHUN, TERIMA KASIH!

    Pada jam 11 pagi tadi telah berlangsung satu sidang media di pejabat urusan Radio Suria FM yang terletak di tingkat 9, Tropicana Office Tower untuk mengumumkan tentang kedudukan terkini stesen radio Suria FM dan Red FM.

    Meningkat dan terus meningkat! Ia sesuai sekali untuk menggambarkan kedudukan SuriaFM ketika ini dimana kaji selidik Nielson kedua 2011 menunjukkan stesen radio berbahasa melayu ini semakin memikat hati pendengar. SuriaFM mencatatkan anjakan positif bagi suku kedua tahun ini apabila berjaya kekal sebagai peningkatan tertinggi dalam jumlah pendengar dari tahun ke tahun dimana pendengar SuriaFM telah meningkat sebanyak 415,000 orang.

    Hasil kajian suku kedua ini berjaya mengekalkan momentum peningkatan bagi stesen radio berbahasa melayu yang mana kenaikannya melibatkan jumlah pendengar pada hari Isnin hingga ke hujung minggu. Jumlah pendengar dari hari Isnin hingga ke hari Jumaat telah meningkat sebanyak 392,000 orang dan jumlah pendengar di hujung minggu meningkat sebanyak 300,000 orang pendengar. Kedudukan SuriaFM dalam pasaran radio berbahasa Melayu diperkuatkan lagi dengan pelbagai program dan pengisian yang sentiasa berinformasi dan menghiburkan.

    Memperlihatkan kepada persembahan segmen-segmen yang ke udara, segmen Breakfast@Suria yang dihoskan oleh Halim, Shiera dan Zizi telah meningkat bukan sahaja dari segi jumlah pendengar malah meningkat dari segi jumlah masa mendengar. Peningkatan yang positif juga ditunjukkan oleh segmen-segmen yang dikendalikan oleh para penyampai di sebelah petang dan juga malam.

    SuriaFM juga telah melakar sejarah sekali lagi apabila jumlah pendengar setia kami semakin meningkat. SuriaFM juga menerima respon positif apabila jumlah pendengar yang berumur 20 tahun hingga 39 tahun semakin membanggakan.

    Hasil dari peningkatan ini telah membuktikan SuriaFM telah berusaha keras demi memberikan yang terbaik kepada semua pendengar. Daripada barisan penyampai radio yang sememangnya mesra pendengar, putaran lagu-lagu terbaik 90-an dan terbaharu hinggalah kepada aktiviti-aktiviti untuk menghargai para pendengar, SuriaFM amat menitikberatkan setiap saat ke udara berteraskan kualiti untuk kepuasan pendengar.

    Menurut En. Azrullah Mohd Nor, Ketua Pegawai Operasi SuriaFM dan RedFM, "Insyallah SuriaFM akan memastikan peningkatan positif dari tahun ke tahun. Keputusan kali ini berjaya membuktikan bahawa format 90-an dan terbaharu yang kami bawa semakin diterima ramai. Kami ingin memanjangkan ucapan terima kasih kepada pendengar, rakan media dan rakan perniagaan untuk sokongan yang tidak berbelah bagi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang telah banyak bekerja keras dan menghasilkan keputusan yang terbaik. "

    SuriaFM akan memastikan bahawa peningkatan yang positif ini akan berterusan dan dari semasa ke semasa, stesen ini akan memberikan yang terbaik. Terima kasih kerana menjadikan SuriaFM nombor 1 dalam peningkatan jumlah pendengar!

    Tentang Suria FM
    Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Stesen ini boleh didengari di kawasan Lembah Klang dengan frekuansi 105.3FM dan juga di seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah. Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah kepada lagu-lagu yang terkini. Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan juga Indonesia, Suria FM mensasarkan pendengar yang berumur di antara 25 tahun hingga ke 39 tahun. Stesen ini juga telah menerima respon yang cukup baik iaitu 2.3 juta pendengar setakat ini dan ia semakin meningkat dari setahun ke setahun.

    Suria Fm

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Kaji Selidik Radio Nielsen Kedua 2010 Suria FM
  • Suria FM & Red FM Catat Peningkatan Jumlah Pendengar Tertinggi
  • Keputusan Kaji Selidik AC Nielson Mac 2010 Suria FM & Red FM
  • Dayang Nurfaizah, Stacy, Farah Asyikin di Road Tour Lelong Amal Suria FM
  • Konsep Muzik Terbaik Tanpa Henti Berjaya Naikkan SURIA FM
  • Radio Hot FM Radio Nombor Satu di Malaysia
  • Tagline Baru Suria FM – MUZIK TERBAIK TANPA HENTI
  • Suria FM Umumkan Pemenang Kempen Suria FM Senyum & Menang
  • JOM SERTAI KUIZ TEKA SUARA SIAPA DI SURIA FM
  • Penyampai Radio Hot FM Tahun 2008
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Zon Artis

    Zon Artis


    Jais Akan Tangkap Bob Lokman

    Posted: 01 Nov 2011 08:11 PM PDT

    BOB LOKMAN DITANGKAP JAIS

    Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan akan menangkap penulis lirik dan pelakon, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman pada bila-bila masa. Seperti dinyatakan, tangkapan itu bagi membantu siasatan berhubung kes menyampaikan ceramah tanpa tauliah yang pernah dilakukannya.

    Terdahulu, Bob Lokman ditahan ketika menyampaikan tazkirah dan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Bob Lokman sepatutnya hadir memberi keterangan ke pejabat Jais keesokannya, tetapi beliau gagal berbuat demikian sehinggalah waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.

    Bob Lokman kemudiannya dalam satu kenyataan berkeras tidak akan hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan malah rela menunggu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya dan sanggup menerima hukuman yang bakal dikenakan sekiranya tindakannya itu dianggap sebagai satu kesalahan besar.

    Advertisement

    Dalam pada itu, Bob Lokman berkata, dia tidak dihubungi Jais untuk dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

    "Bagaimana saya hendak pergi beri keterangan sedangkan saya tidak dihubungi Jais, malah nombor telefon bimbit saya juga tidak diambil mereka (Jais).

    "Malah sekiranya dihubungi sekalipun, saya memang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain pada hari tersebut,"

    Ketika ditanya berhubung reaksinya sekiranya ditahan Jais, Bob Lokman berkata, semuanya bergantung kepada keadaan.

    "Semua itu bergantung pada keadaan kerana saya tidak tahu nak kata macam mana, tetapi semuanya bergantung pada kehendak Tuhan,"

    Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

    Album Baru Amy Winehouse Dilancar

    Posted: 01 Nov 2011 07:34 PM PDT

    AMY WINEHOUSE LIONESS HIDDEN TREASURES

    Genap tiga bulan kematiaan Amy Winehouse, pihak pengurusan dan syarikat rakaman Amy Winehouse, Island Records mengumumkan akan melancarkan album ketiga penyanyi itu yang berjudul 'Lioness: Hidden Treasures'.

    Album yang memuatkan 12 lagu ini bakal diterbitkan oleh Mark Ronson dan Salaam Remi, dimana mereka adalah individu yang bertanggungjawab membawa Amy Winehouse ke puncak kejayaan dengan dua album terdahulunya iaitu 'Frank' dan 'Back To Black'.

    'Lioness: Hidden Treasures' akan berada di pasaran pada 5 Disember ini. Peminat Amy Winehouse boleh mendengar rakaman terakhirnya iaitu duet bersama Tony Bennet yang turut dimuatkan di dalam album ini.

    Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.