Adsense

Isnin, 29 Ogos 2011

borak kosong

borak kosong


Gila...kecik-kecik dah pandai layan projek

Posted: 29 Aug 2011 09:20 PM PDT




Mana mak bapak dia orang ni???

Gila..kanak-kanak dikelar

Posted: 29 Aug 2011 08:47 PM PDT


SHANGHAI: Seorang pekerja mengelar kanak-kanak di sebuat pusat jagaan untuk pekerja pendatang di timur Chna, menyebabkan lapan orang cedera.

Serangan berlaku tengah hari di daerah Minhang, pinggir bandar raya Shanghai, pusat tumpuan ramai pekerja pendatang.


Penyerang wanita itu kini dalam tahanan polis untuk disoalsiasat, kata Zhuang Liqiang, pegawai Biro Keselamatan Awam Shanghai.


Daripada lapan kanak-kanak itu, empat dihantar ke hospital untuk dirawat sementara empat lagi hanya cedera ringan. Penyerang dipercayai mengalami sakit jiwa. - AP

sumber : myMetro

Wow hebat...Surat khabar lama dijadikan petrol

Posted: 29 Aug 2011 07:25 PM PDT


TULANE, Amerika Syarikat (AS) – Sekumpulan saintis Universiti Tulane di sini menemui kegunaan baru untuk surat khabar lama iaitu menjadikannya bahan api bio bagi menggantikan petrol, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka berkata, kereta pada masa hadapan boleh bergerak dengan menggunakan kertas termasuk surat khabar lama.

Perkembangan tersebut adalah susulan penemuan sejenis bakteria dikenali sebagai TU-103 yang 'memakan' kertas untuk menghasilkan butanol iaitu sejenis bahan api bio yang boleh menggantikan petrol.

"Di Amerika Syarikat sahaja, sekurang-kurangnya 323 tan kertas boleh digunakan untuk menghasilkan butanol yang dibuang pada setiap tahun," kata ketua penyelidikan tersebut, Profesor Madya David Mullin.

Menurutnya, kajian itu menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan.

"Kajian kami pasti dapat mengurangkan kos untuk menghasilkan bahan api bio yang agak tinggi pada masa ini," tambahnya. – Agensi

sumber : kosmo online

Aduh..tertangkap kerana tulis kegiatan mencuri dalam diari

Posted: 29 Aug 2011 06:00 PM PDT


SEOUL: Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemui maklumat mengenai kegiatan jenayahnya di dalam diarinya, lengkap dengan alamat tempat dia mencuri serta perkataan seperti 'jackpot' (cepumas).

Lelaki Seoul berusia 42 tahun itu yang dikenalpasti sebagai Kim saja, mencuri beg mewah, barang kemas dan elektronik bernilai 320 juta won (RM900,000) daripada beberapa rumah sepanjang enam tahun.


Dia ditangkap bulan ini selepas kamera litar tertutup sebuah mesin pengeluar wang automatik merakam gambarnya cuba mengeluarkan wang dengan mengguna kad kredit yang dicuri.


Kim mulanya menafikan dia terbabit dalam rompakan, tetapi kemudian mengaku selepas polis menyerbu rumahnya.


Bersama-sama longgokan barang curi itu, polis juga menemui diari yang mengandungi maklumat mengenai jenayahnya, termasuk alat rumah yang dirompak dan penilaian secara harian mengenai sama ada hasil rompakan itu baik atau tidak.


Penyiasat, Lee Hyun-Yeong berkata, Lee menggunakan horoskop bulanan di Internet untuk memilih hari 'terbaik' untuk mencuri. -AP

sumber : myMetro

Wah,Pemilik PayPal Merancang Bangun Negara Terapung

Posted: 29 Aug 2011 05:00 PM PDT


TEMPO Interaktif, Pendiri PayPal, Peter Thiel punya idea gila. Dia merancang membuat Negara terapung. Negara itu akan berada perairan internasional dan akan memiliki peraturan sendiri tidak terkait dengan negara manapun.

Thiel, 43, yang memiliki kekayaan 910 juta poundsterling telah memberi dana 763 ribu poundsterling kepada Seasteading Institute untuk mewujudkan rancangannya. "Mungkin banyak yang berfikir ini hal mustahil, tapi itu suatu keuntungan buat kami," kata Thiel.

Keuntungan yang dimaksud Thiel, sampai saat ini tidak ada yang percaya akan terwujud. Sehingga tidak ada yang mencuba menghentikan kami. "Sampai akhirnya mereka terlambat," katanya.

Idea negara terapung ini berasal dari idea radikal liberal, yang menghormati kebebasan individu. Negara apung ini nantinya berbeza betul dengan negara konvensional.

"Membuat negara terapung satu-satunya cara untuk membuat masyarakat baru di bumi," begitu bunyi pernyataan Seasteding Institute, lembaga yang menjadi kepala projek ini.

Lembaga tersebut dioperasikan oleh Patri Friedman, bekas engineer Google yang juga cucu dari peraih nobel ekonomi Milton Friedman. Rencana besarnya negara itu boleh menampung 10 juta orang pada 2050. Saat ini mereka tengah menyiapkan miniaturnya yang menampung 270 orang.

Cuba lihat gambar ini..pasti anda terpegun

Posted: 29 Aug 2011 11:01 AM PDT


Gilalah...Pelayan Restoran Dapat Tips Kereta

Posted: 29 Aug 2011 10:45 AM PDT


Liputan6.com, Stockport: Terkejut dan gembira tengah dirasakan Carlos Alarcon, pelayan restoran di Stckport, Inggris. Baru-baru ini, mendapatkan tips dari seorang pelanggan berupa kereta.

Kisah bahagia itu berawal dari Alarcon yang kehilangan keretanya. Ia pun menceritakan kisah itu kepada bosnya. Lantas, kisah itu pun sampai ke telinga Tony Howard, pelanggan yang gemar makan siang di restoran tempat Alarcon bekerja.

Tiba-tiba, pemilik bengkel itu menghadiahinya sebuah kereta Mitsubishi. "Dia dalah orang baik dan pantas untuk memandu daripada mengejar bas. Aku rasa tidak ada yang berlebihan soal ini. Tetapi aku tahu, ini akan bererti banyak baginya. Kerana itulah, mengapa aku melakukannya," ungkap Howard.

Alarcon senang bukan kepalang. "Aku benar-benar tak dapat berkata-kata. Aku menawarinya sejumlah wang, tetapi dia menolaknya. Dibandingkan dengan kereta lamaku, kereta pemberiannya seperti limousine bagiku. Tony memang orang baik, tetapi aku tidak pernah menyangka ia akan melakukan hal besar ini," kata Alarcon.

Perempuan Lahirkan Bayi Mirip Monyet ( Pic + Video )

Posted: 29 Aug 2011 09:45 AM PDT


Mungkinkah dunia yang memang sudah Tua.sehingga banyak Fenomena yang muncul,keanehan yang tidak wajar.

Sebagai manusia yang beriman dan mengerti ini merupakan firasat dan pertanda bahAwa Tuhan telah menunjukkan kuasanya.[gistink.info]


Pasar Bunga Terbesar Di Dunia

Posted: 29 Aug 2011 08:50 AM PDT

Banyak bangunan mengatakan mereka sebagai gedung terluas di dunia, dan pasar bunga Aalsmeer adalah salah satu yang terbesar . Dalam hal ini, ia masuk dalam Guinness Book of Records mengakui sebagai bangunan komersial terbesar di dunia, dengan luas 990,000 meter persegi (10,6 juta kaki) dan setelah melihat denah terbuka, akan sulit bertemu jika terpisah





Bunga adalah bisnis besar di Belanda dan Aalsmeer adalah pusat bisnis itu. Setiap hari kerja mereka menjual sekitar 20 juta bunga dalam struktur besar,dan untung sekitar € 2 miliar per tahun . Banyak bunga-bunga ditanam di Pasar Aalsmeer di Belanda, tapi banyak dari mereka yang ditanam di tempat yang jauh seperti Kenya, Uganda, dan Israel. Sekitar 6.000 petani datang ke sini untuk menjual ke lebih dari 2.000 pembeli bunga.

TERNYATA PENGGANTI STEVE JOBS SEOARANG GAY

Posted: 29 Aug 2011 07:25 AM PDT


Tim Cook oleh sebagian kalangan sangat pasti untuk menggantkan posisi Steve Jobs sebagai CEO Apple. Cook termasuk tipe pekerja keras dan selalu memberikan contoh bagi pekerjanya, sehingga tak menghairankan pengamat yang optimis dengan suksesor Jobs tersebut.
Namun tak banyak tahu, di balik kecerdasan Cook dalam memimpin Apple, ada sisi unik sekaligus tabu yang belum diketahui oleh publik. Salah satu diantaranya adalah, Cook memiliki oreantasi seksual dengan sesama jenis atau gay.

Desas desus ini sendiri sudah cukup lama terdengar di kalangan internal perusahaan yang berbasis di Silicon Valey tersebut. Menurut sumber terdekat Cook, keperibadian gay dirinya terlihat setelah Cook diprofilkan sebagai "bujangan seumur hidup" dan "sangat tertutup" di tempat lain.

Dilansir Gawker, Jumaat (26/8/2011), seorang eksekutif teknologi telah berbicara kepada beberapa veteran management Apple tentang Cook. Dia mengatakan kepada para eksekutif supaya mendukung Cook jika dia secara terbuka mengakui orientasi seksualnya yang menyimpang, dan bahkan akan mendorong dia untuk melakukannya saat ia langkah-langkah sampai peranan kepemimpinannya.
Walaupun mereka juga memiliki kekhuatiran kalau pengakuan tersebut akan berimpak pada persepsi Apple di masa depan.

Cook digambarkan sebagai seorang workaholic yang bahkan tak segan meng-email bawahannya pada pukul 4:30 pagi setiap pagi. COO membanggakan dirinya sebagai orang yang pertama ke pejabat dan keluar terakhir. Di IBM, ia menawarkan diri untuk bekerja di pabrik saat Natal dan Tahun Baru.
Secara kontroversial Cook sejauh ini, eksekutif gay yang paling kuat di teknologi, setelah pengakuan lesbian Kepala SDM Microsoft Lisa Brummel dan Megan Smith,bekas CEO PlanetOut yang sekarang bekerja sebagai wakil presiden Google pengembangan bisnis baru.

SELAMAT HARI RAYA DARI BORAKKOSONG.COM

Posted: 29 Aug 2011 06:00 AM PDT



SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA
KEPADA PEMBACA SERTA PENGUNJUNG
BORAK KOSONG...
MOGA HARI RAYA AKAN MENCERIAKAN KEHIDUPAN
BAIK DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KAMI SEKELUARGA....

Gila babi betul cara potong kuku

Posted: 29 Aug 2011 05:00 AM PDT


WOW..!! Makanan Plastik Di Restoran

Posted: 29 Aug 2011 04:00 AM PDT






Ajaib.. Seorang Remaja Berhasil Selamat Setelah Dilanggar kereta api

Posted: 29 Aug 2011 03:00 AM PDT

Anak laki-laki berusia 12 tahun itu pada awalnya terlihat terjebak di antara kereta api dan hujung peron stesen di Sydney, Australia, sebelum dia menghilang dari pandangan.

Nampaknya macam dia telah tewas terlindas kereta api setelah beberapa minit berlalu setelah pelanggaran ia belum juga terlihat. Namun ajaibnya, remaja ini berdiri dan menaiki peron dengan kaki dan siku yang patah, penuh luka namun selamat dari kecelakaan mengerikan tersebut.

Rakaman ini dirilis oleh Departemen Perhubungan New South Wales, untuk menunjukkan bahawa melompat ke jalur jalur kereta api adalah tindakan yang bodoh, meskipun tidak nampak ada kereta api yang mendekat.

Para pegawai kereta api mengatakan bahawa mereka percaya remaja itu melompat turun untuk berbicara dengan seorang gadis yang berdiri di platform pada sisi lain stesen.

Departemen Transportasi mengatakan bahawa anak laki-laki tersebut dibawa ke Hospitak Kanak -kanak Sydney Westmead untuk mengobati tulangnya yang patah.

Sumber : dailymail


JALAN RAYA DI CHINA TERLIPAT KERANA SUHU YANG SANGAT TINGGI

Posted: 29 Aug 2011 02:00 AM PDT

Jalan ini terletak di Kota Mianyang, Sichuan, China. Jalan yang terletak di sebelah Barat Bandar Mianyang tersebut retak kerana suhu yang sangat tinggi. Tidak hanya retak, namun jalan tersebut juga melengkung setinggi 50 cm yang mengakibatkan jalan tersebut seperti terlipat.





Wartawan kurang ajar suruh pemain tandatangan di punggungnya

Posted: 29 Aug 2011 01:00 AM PDT

Ini kelakuan aneh wanita berambut perang yang barangkali peminat fanatik dengan pemain bolesepak. Kejadiannya di Equador saat awek seksi itu yang seorang wartawan atau memang berpura-pura menjadi wartawan agar boleh mendekati sang pemain.

Selesai pertandingan, awek yang tak disebutkan identitinya seperti wartawan lainnya melakukan wawancara. Saat melakukan wawancara khusus, dia kemudian meminta tanda tangan pemain. Gilanya...dia memelorotkan seluar jeans dan meminta tanda tangan di bahagian punggungnya(maaf).

Kelakuannya mengundang teriakan penonton laki-laki. Mereka bersuit-suit atas tindakan awek tersebut. Pemain nampaknya malu dan menolak memberi tandatangan. Meski demikian dia memberikan ciuman kepadanya.Saat meninggalkan padang, dia memperlihatkan asetnya pada suporter lelaki.


Doktor Cantik ditelan hidup" oleh Unta gila

Posted: 29 Aug 2011 12:00 AM PDT


Kejadian ini terjadi di sebuah negara Arab yang telah dirahsiakan nama nya untuk menjaga nama baik negara tersebut..

Seekor unta yang mengalami sedikit gangguan mental telah menelan hidup- hidup seorang doktor haiwan yang ingin memeriksa kesihatan unta tersebut..

Unta sepeti diketahui orang' bukanlah haiwan karnivor yang menjadikan daging sebagai menu utama dalam setiap sajian nya..

Akibat daripada serangan unta itu, nasib doktor hewan itu sangatlah malang.. keadaan doktor tersebut telah dirahsiakan kepada umum..

China Hapus Lagu Gaga dan 100 Lagu Lainnya

Posted: 28 Aug 2011 11:00 PM PDT


Penyanyi kontroversial Lady Gaga mempunyai fans hampir di seluruh dunia. Namun tetap saja ada pro dan kontra terhadap gaya yang ditampilkan penyanyi 'Born This Way' ini.
Seperti dikutip pejabat berita Associated Press(AP), Kementerian Kebudayaan China memerintahkan situs pengunduh musik menghapus enam lagu Lady Gaga, Katy Perry, Backstreet Boys dan penyanyi pop lainnya dalam waktu dua minggu atau mereka menerima hukuman.

Pemerintah China membuat daftar 100 lagu yang harus dihapus dari situs China kerana lagu-lagu tersebut tidak pernah masuk dalam daftar sensor pemerintah. Lagu-lagu itu antara lain lagu 'Judas' milik Lady Gaga, lagu 'Last Friday Night' milik Katy Perry dan 'I Want It That Way' oleh Backstreet Boys. Belasan lagu artis Taiwan dan Hong Kong serta beberapa lagu barat juga termasuk dalam daftar tersebut.

Kementerian menjelaskan, peraturan yang ditetapkan bermaksud menjaga kelestarian budaya China. Seperti yang diumumkan di situs Kementerian Kebudayaan China pada 19 Ogos 2011, situs pengunduh musik harus menghapus lagu-lagu tersebut sampai batas waktu 15 September 2011. Bagi situs yang melanggarnya akan terkena hukuman. Meski demikian, tidak dijelaskan secara spesifik mengenai hukuman tersebut.


LG Lancar Scanner Dari Mouse Pertama Di Dunia

Posted: 28 Aug 2011 10:00 PM PDT


Mouse ini dapat menscan dan menyimpan gambar ke berbagai format seperti PNG, JPEG, TIFF dan PDF dengan ukuran maksima kertas A3. Dan tak hanya itu, berbekal fitur Optical Character Recognition, mouse ini mampu memindahkan dokumen tertulis di dalam kertas kedalam versi digital tanpa masalah. Bayangkan betapa mudahnya kini memindahkan dokumen dalam surat khabsr atau majalah ke dalam word dalam waktu yang lebih singkat, lebih mudah dan praktis.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Kenanga n Aidilfitri dua seniman unggul

Posted:

Kenanga n Aidilfitri dua seniman unggul

Kenanga n Aidilfitri dua seniman unggul

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ


DALAM usianya yang mencecah 75 tahun, Ahmad Jais masih segak dan sihat untuk terus menyanyi.


CUKUP ralit mendengar perbualan dua seniman ini seusai sesi fotografi yang berlangsung di Panggung Anniversary, di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Banyak sungguh yang dibualkan bagaikan dua sahabat lama yang sudah lama tidak ketemu. Lebih-lebih lagi, pemilihan lokasi juga membuatkan mereka membuka cerita lama masing-masing.

"Lama juga tidak berkunjung ke sini. Teringat zaman dulu sewaktu membuat persembahan di sini. Pernah juga saya berkongsi pentas dengan abang Ahmad Jais," kata Ramli Sarip sambil melihat sekeliling panggung terbuka yang sudah berubah wajah itu.

Sambil mengangguk tanda setuju, Datuk Ahmad Jais pula membuka ceritanya.

"Di panggung inilah juga, ia menjadi pentas untuk ramai artis mempromosikan album dan membuat persembahan.

"Pernah satu ketika, Panggung Anniversary begitu meriah dikunjungi peminat yang memenuhi setiap sudut di sini semata-mata mahu menonton persembahan artis hampir setiap minggu.

"Saya sendiri berpeluang beraksi di panggung yang cukup masyhur ini," katanya yang cukup segak berpakaian baju batik berlengan panjang dengan sepatu hitam bertumit yang menjadi identitinya itu.

Namun, yang cukup menarik perhatian apabila Ahmad Jais dan Ramli Sarip cukup rancak bercerita tentang kenangan raya masing-masing sewaktu menetap di Singapura.

Bertepatan dengan sambutan Syawal 1432 Hijrah hari ini, sesungguhnya baik Ramli mahupun Ahmad Jais, kedua-duanya mempunyai cerita dan makna sendiri apabila memperkatakan tentang sambutan Aidilfitri.

Sambutan Aidilfitri umpama pesta

Posted:

Sambutan Aidilfitri umpama pesta

Sambutan Aidilfitri umpama pesta

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ


RAMLI Sarip akan muncul dengan album terbaru selepas Aidilfitri ini.


DILAHIRKAN di Bukit Cantik, Singapura pada 15 Oktober 1952, nostalgia meraikan Syawal di tanah kelahirannya itu membawa seribu satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

Masih segar dalam ingatan anak seni berusia 58 tahun ini bagaimana dia bersama teman sepermainan begitu teruja menyambut kedatangan Syawal.

Kata Ramli Sarip, itulah kelebihan dan keistimewaan apabila tinggal di kampung di mana suasana harmoni serta muhibbah cukup tebal dalam diri masing-masing.

Walaupun ketika itu kampungnya yang terletak di Lorong Camar berhampiran Bukit Timah tiada kemudahan air paip bersih dan elektrik, ia bukan penghalang untuk Ramli menyambut Aidilfitri dengan meriah.

"Ketika itu jugalah, kami sibuk mencari batang buluh untuk bermain meriam buluh. Apabila mendengar dentuman yang kuat itu, terasa hati ini cukup bangga. Mana tidaknya, ia bagaikan memberi isyarat bahawa Syawal akan menjelang tidak lama lagi.

"Perubahan demi perubahan berlaku dalam kampung saya sehinggalah kami dapat menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang sempurna apabila kemudahan sudah disediakan.

"Detik yang saya tidak akan lupa apabila rumah saya sendiri menjadi pusat berkumpul pada pagi 1 Syawal memandangkan arwah ayah saya adalah ketua kampung di situ.

"Dengan tugas ayah saya yang juga merupakan seorang imam dan amil, secara tidak langsung juga memberi peluang kepada penduduk kampung mengeratkan silaturahim sesama kami," cerita suami kepada Sapiah Omar dan bapa kepada seorang cahaya mata, Zaheera, 32, ini bersungguh-sungguh.

Perubahan hidup

Dalam masa yang sama, dilahirkan dalam keluarga besar juga memberi peluang kepadanya untuk menikmati sambutan Syawal dengan penuh makna.

Kemeriahan dan kekecohan ibu dan adik-beradik lain di dapur menyediakan juadah manakala ada yang sibuk membersihkan rumah serta membuat persiapan lain cukup membuat Aidilfitri begitu simbolik sekali untuk Ramli.

"Antara hidangan yang cukup saya tunggu untuk dinikmati adalah kuah lodeh, sambal kacang dan ketupat istimewa yang begitu istimewa sekali pembuatannya.

"Saya sendiri tidak tahu apakah rahsia abang ipar saya dalam membuat ketupat tersebut kerana ia begitu berbeza dengan mana-mana ketupat yang pernah saya nikmati sebelum ini.

"Tekstur nasinya sangat lembut sehinggakan ia tidak puas untuk dimakan sekali sahaja," kata Ramli yang merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik itu lagi.

Namun, semakin usianya meningkat dan menginjak fasa dewasa, Ramli merasakan penghayatan sambutan Syawal itu sudah mula berubah.

Entah mengapa, Ramli merasakan Syawal lebih bermakna apabila dia dapat menyempurnakan puasa enam yang cukup besar fadilat dan pahalanya.

"Kegembiraan menyambut Syawal itu mungkin lebih kepada kanak-kanak dan remaja tetapi untuk orang dewasa seperti saya, ia lebih kepada kerohanian serta spiritual," ujarnya dengan maksud yang mendalam.

Kagum dengan Ahmad Jais

Berpeluang digandingkan dengan Datuk Ahmad Jais dalam sesi fotografi ini membuatkan Ramli benar-benar rasa bangga dan terharu.

Bayangkan, selepas berpuluh-puluh tahun menyanyi, belum pernah dia disatukan dengan seniman yang cukup diminatinya dalam mana-mana fotografi.

Hanya pernah bertemu dalam persembahan pentas, ternyata Ramli begitu kagum dengan Ahmad Jais yang disifatkannya sebagai biduan yang tiada tandingan.

"Suara yang dimiliki oleh beliau memang unik dan hanya satu dalam sejuta. Jiwa Melayu sangat tebal lalu menjadikan setiap lagu nyanyiannya penuh dengan jiwa yang mampu mengusik hati kita.

"Walaupun memulakan kariernya dalam era 60-an, bagi saya Ahmad Jais adalah penyanyi pop Melayu yang unggul. Sehingga ke hari ini pun, suaranya masih diminati.

"Sehinggakan saya sendiri sukar untuk memilih lagu nyanyiannya yang menjadi kegemaran saya. Boleh dikatakan, semuanya menjadi pujaan hati saya," kata Ramli sambil tersenyum.

Menyentuh tentang perkembangan seninya pula, Ramli mengkhabarkan dia akan mengeluarkan album khas seperti Mutiara Zaman tidak lama lagi.

Namun, kali ini album itu akan menghimpunkan semua lagu-lagu kerohanian yang pernah dihasilkannya sejak dari zaman Sweet Charity lagi.

Selain itu, Ramli yang juga akan sibuk membuat persiapan bagi Konsert 2 Raksasa selepas Aidilfitri ini juga akan muncul dengan sebuah album baru.

"Album ini telah dirakamkan sekitar tahun 1999 namun ia tidak pernah dipasarkan atas sebab-sebab tertentu.

"Ia mengandungi tujuh buah lagu baru yang dirakamkan secara langsung di Studio Synchrosound. Kami akan memperbaiki apa yang patut untuk album itu sebelum dipasarkan nanti," kata penyanyi yang masyhur dengan lagu Bukan Kerana Nama dan Teratai ini lagi.

Sebelum mengundurkan diri, Ramli mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua peminatnya dan pembaca setia Utusan Malaysia.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Raya artis cilik

Posted: 28 Aug 2011 02:58 PM PDT

Hip

Mia, Afiq dan Asyiela teruja sambut 1 Syawal

TELATAH bersahaja kanak-kanak dalam filem atau drama memang menghiburkan. Nama seperti Bat Latif dan Mohd Raffi pernah mewarnai sinema Malaysia menerusi filem Nujum Pak Belalang, Si Tanggang, Lela Manja dan Singapura Di Langgar Todak. Aksi mereka memang seronok disaksikan.

Kini peminat boleh berkenalan pula dengan pelakon cilik yang semakin popular, Mia Sara dan Mohd Afiq Izzuddin, serta bintang alih suara bagi watak Upin dan Ipin, Asyiela Putri Azhar, yang disatukan dalam sesi fotografi istimewa sempena Syawal. Suasana di studio memang gamat dengan hilai tawa dan senda gurau mereka sepanjang sesi fotografi berlangsung, mewujudkan suasana sungguh ceria.

Afiq, pelakon utama filem Toyol yang cukup nakal sering mengusik Mia manakala Asyiela yang pada mulanya segan silu untuk berbicara mula ramah dan turut ketawa melihat gelagat mereka.

Mia yang comel menyerlah dalam rona merah terang sentuhan Asylla Collection, manakala rona merah jambu yang cukup menyejukkan mata sesuai digayakan Asyiela yang lebih memperlihatkan sifatnya yang lemah-lembut malah gaya hulubalang bersongkok lengkap yang disarungkan ke tubuh Afiq menceriakan suasana Syawal yang menjelang tiba.

Kepetahan, kecomelan, gaya bersahaja dan usikan nakal ketiga-tiga bakat ini membuatkan sesi fotografi berjalan lancar dan kehadiran mereka mencuit rasa dengan cerita Ramadan dan ketibaan Syawal.
Mia belajar berpuasa

NAMA Mia Sara Nasuha makin dikenali selepas membintangi drama Adamaya. Tidak dinafikan pelakon comel ini cepat menangkap perhatian produser dan pengarah hingga memberikan kepercayaan kepadanya membintangi drama atau filem mereka.
Tahun ini pula cukup bermakna buat Mia yang menjengah usia lima tahun apabila menjadikan Ramadan kali ini sebagai pembuka kepadanya untuk belajar berpuasa.

"Mia puasa tahun ini. Sudah 12 hari Mia puasa dan papa suruh puasa. Mestilah penat sebab Mia puasa dan nak dapat banyak pahala. Mia bangun sahur dan makan nasi dengan sup ayam," kata anak ketiga daripada empat beradik ini sebaik diajukan soalan kenapa dia memilih untuk berpuasa tahun ini.

Katanya, tahun ini dia akan pulang beraya di kampungnya di Melaka untuk bertemu keluarga tersayang di sana.

"Mia ikut papa balik ke Melaka dan nak jumpa nenek di sana. Tahun ini Mia pakai baju raya warna putih," katanya yang sangat menggemari biskut tat nanas dan kuih coklat.

Mia memberitahu, dia tidak suka makan ketupat dan rendang sebab pedas.
Sentiasa tersenyum, kanak-kanak yang suka berfesyen ini turut memberitahu, dia mempunyai banyak koleksi baju berwarna merah jambu.

"Mia ada tujuh baju warna merah dan Mia juga mahu beli kasut raya sebab papa tidak beli lagi," katanya yang baru selesai menjalani filem bertajuk Cuak.

Walaupun kelihatan agak letih sewaktu sesi fotografi dijalankan, si comel yang kian membesar ini bersemangat untuk meneruskan puasa walaupun sesekali merengek keletihan kepada bapanya yang setia menemani ke mana saja dia pergi.

Bercita-cita untuk menjadi doktor, Mia mengaku suka berlakon sehinggakan mempunyai kalangan peminat yang ramai.

"Ramai sudah kenal Mia. Mia sayang semua peminat Mia. Mereka cakap Mia comel. Tahun ini Mia nak dapat duit raya banyak sebab nak simpan," katanya ceria.

Mahu pungut banyak duit raya

DIA masih hijau dalam dunia lakonan, namun pelakon berusia 12 tahun ini boleh disifatkan sebagai kanak-kanak bersemangat tinggi dalam menghayun langkah sebagai anak seni.

Figura kecil bernama Mohd Afiq Izzuddin ini seperti kanak-kanak lain, menjadikan Syawal sebagai bonus untuk mengutip duit raya.

"Selagi masih kanak-kanak, saya akan terus mengutip duit raya sebab pada zaman kanak-kanak inilah saja kita dapat buat macam tu.

"Tahun ini saya rasa boleh dapat duit raya yang banyak dan saya sasarkan untuk membeli telefon iPhone. Sebab itulah saya akan giatkan usaha untuk mengumpul duit raya," katanya yang punyai keistimewaan meniru gaya pakar motivasi, Datuk Dr Fadzillah Kamsah.

Afiq yang dikenali menerusi siri drama kanak-kanak, Geng Bas Sekolah (GBS) dalam membawakan watak budak nakal ini akan pulang beraya di kampungnya di Negeri Sembilan.

"Saya rapat dengan nenek di sebelah ibu. Lagipun kasihan kerana nenek tinggal keseorangan. Paling saya suka rendang daging nenek yang cukup sedap. Boleh dikatakan semua yang dimasak nenek saya suka," katanya yang juga menggemari kerepek bawang yang sentiasa menjadi hidangan ketika menonton program raya di televisyen.

Katanya, dia sudah berpuasa sejak usia tujuh tahun lagi dan semua dilakukan untuk mendapat keberkatan dan menghimpun pahala.

"Aktiviti raya saya pula adalah bermain bunga api dan mercun, tetapi saya amat berhati-hati. Saya hanya bermain bunga api dan mercun yang tidak berbahaya.

"Saya juga nak nasihatkan kepada kawan sebaya supaya berhati-hati dan jangan mencipta mercun yang berbahaya. Nanti jari putus dan akan cedera," katanya yang sudah mempunyai beberapa pasang baju raya untuk Syawal tahun ini.

Kata anak kepada pasangan Mohd Daud Razak serta Zizi Watie Mad Zam ini, filem Toyol yang bakal ditayangkan kelak diharapkan memberikan rezeki kepadanya untuk terus mewarnai industri seni.

"Bukan mudah membawa watak Toyol sehinggakan saya takut melihat cermin bila sudah disolekkan. Antara cabaran yang perlu tempuhi adalah rasa mengantuk yang teramat kerana penggambaran habis jam 2 hingga 3 pagi," katanya yang bercita-cita mahu menjadi pakar forensik.

Beraya dengan baju kurung merah jambu

KEHADIRANNYA di dunia seni berbeza dengan Mia dan Afiq. Wajahnya tidak menghiasi kaca televisyen mahupun mana-mana panggung. Mungkin belum masanya lagi. Dia hanya gadis kecil yang meminjamkan suara untuk dua watak yang begitu diminati, Upin dan Ipin.

Mendengar saja suara comelnya ketika menjayakan watak terbabit, tidak terlintas dalam fikiran dia sebenarnya kanak-kanak yang memang pemalu. Di luar studio, dia tidak banyak bercakap, tidak seperti celotehnya ketika menjayakan watak itu.

Kanak-kanak berusia 11 tahun dengan nama indah, Asyiela Putri, 11, ini bercerita, dia sudah mempunyai empat pasang baju kurung berwarna merah jambu untuk berhari raya.

"Saya amat sukakan warna merah jambu. Jadi hampir setiap tahun baju yang ibu beli semuanya warna merah jambu. Saya sendiri suka mengumpul koleksi pakaian dan barang berwarna merah jambu kerana warna itu lembut dan sesuai dengan saya," katanya yang akan pulang beraya di Pulau Pinang bersama keluarga.

Katanya, seperti Afiq dan Mia, dia juga suka mengumpul duit raya.

"Duit raya yang selalu saya dapat akan disimpan kerana mama selalu beritahu, tidak baik duit itu dibazirkan. Ia perlu disimpan untuk masa depan atau untuk melanjutkan pelajaran kelak," katanya.

Jika kanak-kanak lain sukakan kuih moden seperti cornflakes, almond London dan kuih berasaskan coklat, tidak bagi Asyiela yang lebih menggemari kuih tradisi seperti bahulu.


- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Dari Blog Hanz

Posted: 28 Aug 2011 01:55 PM PDT


My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Hantu Bonceng

Posted: 28 Aug 2011 03:36 PM PDT

Artis Malaysia filem  | 29 August, 2011

hantu bonceng posterSinopsis Hantu Bonceng:- Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

Tajuk Filem:
Hantu Bonceng

Pengarah:
Ahmad Idham

Penerbit:
Excellent Pictures Sdn. Bhd.

Dipawagam:
31 Ogos 2011

Pelakon Hantu Bonceng:
Zizan Raja Lawak
Juliana Evans
Jue Aziz
Taiyuddin Bakar

Trailer Hantu Bonceng:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Filem Karipap Karipap Cinta

Posted: 28 Aug 2011 03:33 PM PDT

Artis Malaysia filem  | 29 August, 2011

karipap karipap cintaSinopsis Karipap Karipap Cinta:- Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.

Dalam usaha untuk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak.

Tajuk Filem:
Karipap Karipap Cinta

Pengarah:
Othman Hafsham

Penerbit:
Cinematic Sdn. Bhd.

Dipawagam:
31 Ogos 2011

Pelakon Karipap Karipap Cinta:
Gambit Saifullah
Melia Aimellia
Eman Manan
Sani Sudin
Rosnah Johari
Patrick Teoh
Chef Wan
Ery Zukhairi

Trailer Karipap Karipap Cinta:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Hati berbunga ‘2 madu’ disatukan

Posted: 28 Aug 2011 06:13 AM PDT

ADA apa dengan Zizan Raja Lawak? Bagaimana dia boleh memikat hati pelakon sedang mencipta nama, Juliana Sophie Johari Evans atau Juliana Evans dan Natasha Hudson?

Begitulah soalan yang ditanya peminat apabila timbul gosip mengatakan pelawak yang nama sebenar, Mohd Razizan Abd Razak, 27, sedang hangat menyulam cinta dengan Juliana, 22.

Kemudian timbul pula cerita mengatakan dia turut akrab dengan Natasha, 28, terutama apabila wanita kelahiran Ipoh, Perak itu menghadiri majlis ulang tahun hari jadinya, pertengahan April. Sejak berada di puncak populariti, nampaknya Zizan mula dikaitkan dengan ramai wanita dan lebih menarik kebanyakannya berdarah kacukan.

Bagaimanapun, apabila diajukan mengenai perkara ini ternyata apa yang diperkatakan itu tidak benar dan hubungan mereka tidak lebih daripada teman rapat. Sekurang-kurangnya itulah yang diyakinkan tiga bintang popular ini sewaktu hadir di Studio Balai Berita bagi menjalani sisi fotografi khas sempena sambutan Aidilfitri.


Kata Zizan, dia senang berkawan dengan Juliana dan Natasha kerana kedua-duanya mempunyai sifat 'sempoi' dan selamba. Walaupun kedua-duanya boleh disifatkan wanita berprofil tinggi dalam dunia hiburan tempatan dan memiliki kecantikan yang boleh menggetarkan hati ramai lelaki, akui Zizan, mereka tidak pernah meletak tembok dan mudah didekati.


"Kedua-dua sangat terbuka dan kami boleh membicarakan mengenai apa saja. Tidak dinafikan, saya sayangkan mereka, tetapi sebagai seorang sahabat. Mereka juga turut mengambil berat mengenai diri saya," katanya.

Sebagai kawan, Zizan dan Juliana juga berkesempatan bekerja bersama menerusi filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham yang akan menemui penonton pada hari raya pertama.

Bercerita lanjut mengenainya kata Zizan, sewaktu diberitahu pengarah yang dia akan digandingkan dengan Juliana, terus hatinya berbunga memandangkan antara mereka sudah mengenali satu sama lain.

"Lebih senang sebenarnya sebab kami dah kenal jadi keserasian itu senang hendak diwujudkan. Seperkara lagi, Juliana ini walaupun masih muda, tetapi apabila tiba bab kerja, dia akan serius dan mudah berkongsi idea. Lebih penting lagi, walaupun dia cantik dan popular, Juliana tidak pernah 'diva' di set. Saya suka bekerja dengan orang begini," katanya.

Bercerita mengenai sambutan hari raya, jelas Zizan ia menjadi medan untuk dia bertemu dengan peminat di samping bermaaf-maafan. Bagaimanapun, kerana kesibukan kerja dia hanya akan beraya bersama peminatnya di Terengganu pada hari raya ketiga.

Juliana pula pertama kali bergandingan dengan Zizan dan bekerja dengan Ahmad Idham berkata, dia berasa seronok dan setiap hari di lokasi penuh dengan gelak dan ketawa.

"Seronok bekerja dengan produksi Hantu Bonceng ni sebab tidak ada tekanan. Cuma yang tertekan apabila saya perlu jadi hantu. Maklumlah, hendak disiapkan sebagai hantu dengan solekan kesan khas membuatkan saya rasa kurang selesa. Ini pertama kali saya membintangi filem seram," katanya.

Juliana turut menafikan dia dilamar Ahmad Idham kerana gosip cintanya dengan Zizan atau pelawak itu yang menyarankan kepada produksi agar mengambilnya membintangi filem Hantu Bonceng. Sebaliknya, pengarah prolifik itu sudah lama mempelawa Juliana membintangi filem dihasilkan cuma belum belum ada kesempatan.

Mengenai Raya, jelas Juliana setiap tahun dia akan mengikut keluarganya pulang ke kampung di Perak dan baginya ikatan silaturahim dapat diperkukuhkan apabila amalan kunjung mengunjung masih diamalkan.

"Walaupun orang kata zaman sekarang cara sambut Aidilfitri sudah berubah, saya tidak pernah berasa begitu. Malah, saya nantikan hari untuk beraya di kampung kerana dapat berjumpa sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu. Ada antara kami yang dapat berjumpa setahun sekali iaitu pada hari raya saja. Kerana itu pada saya, hari raya sangat penting.

"Selalunya rutin kami sekeluarga akan pulang lebih awal ke kampung untuk berbuka puasa pada hari terakhir sambil mengemas di rumah nenek. Kami akan berada di sana sampai raya kedua dan apabila raya ketiga pula, saya akan beraya bersama kawan-kawan. Inilah rutin saya saban tahun tidak berubah dan saya harapkan ia akan diteruskan sampai bila-bila," katanya.

Natasha turut mengakui senang berkawan dengan Zizan kerana sikapnya yang kuat mengusik dan membuatkan mereka sering ketawa. Begitupun, apabila berbicara mengenai perkara penting, Zizan akan serius dan cuba memberikan buah fikiran yang baik sebagai nasihat atau dorongan.

"Saya juga agak rapat dengan Juliana sehinggakan kami menghasilkan lagu raya khas yang diterbitkan DJ Fuzz. Saya ajak Juliana berduet dan dia sendiri berkata apa salahnya mencuba. Ia masih dalam proses. Kalau tidak keluar tahun ini ia boleh juga didengar tahun hadapan," katanya.

Bercerita mengenai sambutan raya tahun ini, Natasha yang kembali sendiri berkata, dia tidak tahu lagi sama ada mahu pulang beraya bersama ibunya di kampung, Ipoh, Perak atau beraya di Kuala Lumpur.

"Kalau tidak pulang ke kampung bermakna ini pertama kali kami beraya di sini.
Sebenarnya tahun ini anak tunggal saya, Neesa Heelena akan beraya bersama keluarga bekas suami, jadi saya rasa berat hati untuk pulang ke kampung.

Entahlah, perkara ini juga ada saya bincangkan dengan ibu dan adik. Kemungkinan saya akan pulang beraya ke Ipoh pada hari raya kedua," katanya.

Dalam kesempatan ini juga, Zizan, Juliana dan Natasha mengucapkan Salam Aidilfitri kepada peminat yang banyak menyokong kerjaya seni mereka selama ini.

PROFIL ZIZAN:

Nama sebenar: Mohd Razizan Abd Razak
Tarikh Lahir: 15 April 1984
Tempat Lahir: Dungun, Terengganu
Kerjaya: Pelawak, Pelakon, Pengacara dan Penyanyi

Drama: Chaparela, Oh Yeah, Redah Kasi Pecah, Hang Pa La Hang Tu, Geng Raya Zizan 2009 & 2010, Nak Balik Raya, Gaia, Drogba & Rooney dan Cintaku 120KM/J.

Program TV: Jozan Show, Zizan Show, Bolos, Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Melodi.

Filem: Duhai Si Pari-pari, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Kapoww!!, KL Gangster, Hantu Bonceng, Baik Giler, Bohsia 2: Jalan Kembali dan Jangan Pandang-Pandang.

Single: Selamat Tinggal.

Pencapaian: Naib Juara Raja Lawak Astro musim pertama, Favourite TV Personality Award di Shout! Awards, Zizan, Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH 2010.

PROFIL NATASHA HUDSON:

Nama sebenar: Natasha Liana Hudson
Tarikh Lahir: 9 September 1982
Asal: Ipoh, Perak
Adik-Beradik: Sulung dari dua beradik.
Kerjaya: Pelakon, Model, Penyanyi dan Penulis

Filem: Chermin, Tipu Kanan Tipu Kiri, Sumolah dan Halilintar

Drama: Pei Pan, Rahsia Cemara, Duyung Aridinata, Emily, Cinta, Pengantin Untuk Dijual dan Sultan Alauddin

Iklan: H20, Hotlink (bersama Farid Kamil dan Siti Nurhaliza), Sea White (Follow Me)

Teater: Teater Muzikal Ibu Zain dan Gamat
Program TV: Fesyen TV, Girls Club dan Kediaman Idaman.
Buku: MY heart,MY soul, My passion dan Puisi Indah Si Pari Pari.
Pencapaian: Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia ke-20 (Chermin).

PROFIL JULIANA EVANS:

Nama sebenar: Juliana Sophie Johari Evans
Tarikh Lahir: 5 Julai 1989
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Keturunan: Inggeris (bapa) dan Melayu (ibu)
Adik beradik: Bongsu daripada tiga beradik

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Sunway University College, Bandar Sunway, Petaling Jaya

Kerjaya: Pelakon, Model dan Pengacara
Iklan: Tracia Eternal, Fair & Lovely, Nokia 2600 dan Clean & Clear

Program TV: E-Zone (Astro Ria), Majalah Moral (TVIQ), Bintang Kecil Raya (TV9) dan Remaja (TV3)

Drama: Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi, Natrah, Warkah Terakhir, Ghost 2, Sayang Cendana, Cinta Lelong, 2nd Hand Henfon, Cheritera, dan Inikah Cinta.

FILM: Kami The Movie, Hooperz, Adik Manja The Returns dan Hantu Bonceng.

Azazil tak tiru The Village

Posted: 28 Aug 2011 05:54 AM PDT

SELEPAS menghasilkan filem genre cinta seperti Cinta, Sepi dan Nur Kasih, pengarah prolifik Kabir Bhatia kembali dengan Azazil. Tidak seperti sebelum ini, Azazil cuba memberikan kelainan apabila ia menampilkan tema seram.

Menampilkan pelakon hebat Remy Ishak, Umie Aida, Diana Daniel dan Shaanaz Ahmad. Ia dijangka menjadi antara filem yang ditunggu ramai memandangkan kejayaan drama bersiri Ku Seru yang pernah dihasilkan Kabir sebelum ini.

Sebelum ini sewaktu Ku Seru mendapat sambutan hangat penonton TV3 suatu ketika dulu, Kabir pernah memberikan kenyataan akan menghasilkan filem konsep serupa.

Sewaktu ditemui di lokasi di Ulu Yam, Selangor baru-baru ini, Kabir bagaimanapun menafikan bahawa Azazil adalah kesinambungan daripada drama bersiri Ku Seru sebaliknya ia adalah karya asli yang mana idea datang daripada isterinya juga penulis skrip, Mira Mustafa.


Azazil mengisahkan kehidupan satu keluarga yang melarikan diri ke dalam hutan di zaman penjajahan Jepun. Mereka berusaha membina kembali hidup cara sendiri, namun keamanan diperoleh tidak kekal lama apabila diganggu makhluk yang tidak diketahui.


"Ia bukanlah cerita hantu seperti apa yang dipaparkan dalam Ku Seru. Ia sama sekali berbeza. Lagipun latar tahun peristiwa ini berlaku sangat berbeza," ujarnya.

Mendengarkan penjelasan Kabir, pasti membuatkan ada yang mengaitkan ia dengan filem M Night Shyamalan, The Village yang membawa tema sama di mana sekumpulan masyarakat cuba membina hidup daripada dunia luar, bagaimanapun keamanan hidup dijalani diganggu kehadiran makhluk misteri yang sering dimomokkan sebelum ini.

Ditanya mengenai perkara itu, Kabir sekali lagi menafikan dengan menegaskan bahawa Azazil yang membawa maksud dongeng adalah karya asli.

"Tidak mungkin wujud persamaan antara Azazil dan The Village kerana keluarga yang lari ke dalam hutan tahu apa yang berlaku di dunia luar sedangkan The Village menggambarkan masyarakatnya tidak tahu akan kemajuan yang berlaku di luar," katanya.

Menyentuh barisan pelakon dipilih katanya boleh dikatakan semua pernah bekerja dengannya jadi dia tahu akan kredibiliti mereka dalam melakonkan watak diberikan.

"Memang kebanyakan pelakon yang terbabit dalam filem ini seperti Remy, Umie dan Diana pernah bekerja dengan saya. Ini lebih mudah kerana mereka faham cara kerja saya dan tahu apa yang saya mahukan," katanya.

Sementara itu mengenai Shanaaz pula walaupun kali pertama bekerja dengannya dalam Azazil, Kabir tidak menghadapi masalah untuk membentuk lakonan pelakon yang sedang meningkat naik itu.

Bagi Remy, dia berbesar hati apabila sekali lagi ditawarkan Kabir untuk memegang peranan utama sebagai Kamal dalam filem Azazil dan senang dapat bekerja dengan pengarah berpengalaman itu.

"Saya tidak menghadapi banyak masalah kerana faham dengan kehendak Kabir, begitu juga dengan pelakon lain. Kami dapat bekerja sama dengan baik kerana setiap kali sebelum masuk lokasi kami akan berbincang. Keserasian antara saya dengan Diana yang memegang watak Aishah juga senang kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini," katanya.

Shanaaz pula menjelaskan sebelum diterima untuk berlakon dalam Azazil, dia terlebih dulu menjalani uji bakat yang sudah dijalani pada bulan Mei lalu.

"Saya memang teringin sangat bekerja dengan Kabir, malah saya rasa ramai pelakon turut berasakan perkara sama dan ternyata rezeki berpihak kepada saya.

"Pertama kali bekerja dengannya banyak perkara baru yang saya pelajari, terutama membabitkan pengarahan. Selaku pengarah dia menjaga semua perkara daripada lakonan, gerak sehinggalah persekitaran membabitkan setiap babak," katanya.

Filem yang menelan belanja mencecah RM1.4 juta bakal ditayangkan pertengahan tahun hadapan dan turut menampilkan pelakon popular lain seperti Emelda Rosmila, Fizo Omar, Sara Ali dan Aznah Hamid.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Syahdu lebaran Jamal, Radhi

Posted:

Syahdu lebaran Jamal, Radhi

Syahdu lebaran Jamal, Radhi

RAYA tahun ini cukup syahdu buat Radhi OAG apabila kali pertama meraikan hari lebaran jauh dari kampung halamannya dan keluarga.Semuanya gara-gara najis dadah yang menyebabkan kehidupan bahagia Radhi atau nama sebenarnya Mohd. Radhi Razali, 34, berkecai dan kini Radhi sedang dalam proses pemulihan di Pusat Rawatan dan Pemulihan Dadah, Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Kuala Lumpur.

Namun, hari rayanya tidak sunyi kerana dia ditemani oleh keluarganya dan juga anak tunggalnya, Mohd. Rifdhi Muslim, 6, hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya Shazlin Sharif yang akan melawatnya di Pengasih pada hari raya pertama.

"Dulu saya hidup dengan dunia saya sahaja, tetapi bila saya tinggal di Pengasih, banyak benda yang saya belajar terutama baru saya tahu yang keluarga sangat sayangkan saya. Alhamdulilah, raya kali ini, keluarga akan datang melawat saya bersama Rifdhi, biasanya saya melawat mereka tetapi sekarang keluarga pula akan datang menjenguk saya.

"Tetapi dalam masa yang sama saya bersyukur selepas saya menerima rawatan di Pengasih puasa dan raya saya lebih bermakna kerana saya lebih fokus dalam menjalani ibadah puasa berbanding sebelum ini. Syukur sangat-sangat kerana Allah sayangkan saya dan beri saya jalan untuk berubah," katanya yang ditemui pada majlis buka puasa Pengasih.

Namun, jauh di sudut hati, Radhi tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya kerana tidak dapat meraikan lebaran seperti mana orang lain yang meraikannya di kampung halamannya di Kuching, Sarawak bersama keluarga dan sanak-saudara.

"Sedih memang sedih, saya tidak dapat nafikannya. Tetapi saya harus kuatkan diri supaya saya tidak terus hancurkan diri saya sendiri, saya cuba perbaiki diri untuk menjadi anak, ayah dan juga insan yang lebih baik daripada sebelum ini untuk diri sendiri, keluarga, anak dan peminat," katanya yang telah tinggal di Pengasih selama tujuh bulan.

Sungguhpun Radhi masih menjalani rawatan pemulihan dadah, persiapan raya tidak dilupakan terutamanya buat anak tunggalnya. Kata Radhi persiapan untuknya hanya biasa-biasa sahaja tetapi tidak untuk anaknya.

"Tahun ini peruntukan serta persiapan raya lebih tertumpu kepada anak kerana itu sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai ayahnya, manakala untuk saya biasa-biasa sahaja kerana sekarang ini saya belum boleh bekerja, jadi pendapatan agak terhad, saya pakai apa yang ada," balasnya yang terjerumus ke kancah dadah selama 10 tahun.

Wanita di hati Radhi

Selepas sah bercerai dengan bekas isterinya pada Jun tahun lalu, Radhi berazam memperbaiki dirinya kerana beranggapan masalah dadah yang dihadapinya antara punca segala masalah yang berlaku dalam kehidupannya pada masa lalu.

Tidak menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku sebaliknya meletakkan segala kesalahan di bahu sendiri, tegas Radhi selepas ini dia mahu menjadi lelaki yang lebih matang dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

"Saya akui sebelum ini saya banyak mengabaikan tanggungjawab dan keluarga, jadi selepas ini saya mahu jadi ketua keluarga yang bertanggungjawab," ujarnya.


JAMAL ABDILLAH dan Radhi berhari raya di Pengasih bersama para penghuni lain pusat pemulihan tersebut.


Apabila dirisik sudahkah hatinya dimiliki, sambil tersipu-sipu malu, Radhi menjelaskan dia kini dalam proses mengenali hati budi seorang gadis yang jauh lebih muda daripadanya. Malah, Radhi enggan melabel gadis itu sebagai teman wanita sebaliknya hanya sebagai sahabat wanita istimewa.

"Dia berumur 17 tahun, masih bersekolah, sebab itu saya tidak mahu menggembar-gemburkan kisah peribadi. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, kerana jodoh pertemuan terletak di tangan Allah bukannya saya," tuturnya.

Luahnya lagi membuka rahsia, selain keluarga dan anak tunggal, gadis yang mencuri hatinya itu merupakan antara penyebab utama dia berazam untuk memperbaiki diri dan dengan rela hati mendaftar di Pengasih.

"Saya mahu jika saya berkahwin sekali lagi, saya ingin rumah tangga itu disulam dengan akidah yang betul, jadi sebelum itu saya harus perbetulkan diri saya sendiri sebelum saya boleh memimpin orang lain," katanya.yang mengakui gadis itu turut hadir dalam majlis buka puasa tersebut, bagaimanapun Radhi enggan memberitahu secara terperinci perihal gadis itu.

Tahun kelima Jamal beraya di Pengasih

Jika Radhi masih ada rasa sedih dan terkilan kerana tahun ini merupakan tahun pertamanya meraikan lebaran di Pengasih, tetapi tidak buat juara Bintang RTM 1979, Jamal Abdillah yang mana tahun ini merupakan tahun kelimanya meraikan Syawal di Pengasih.

Bukan tidak mahu pulang ke kampung halamannya di Gunung Rapat, Perak, tetapi disebabkan tuntutan kerja pada hari raya pertama di Kuala Lumpur menyebabkan dia lebih selesa menyambut lebaran di Pengasih.

"Saya mahu buat macam mana, bila rezeki selama lima tahun datang pada hari raya pertama sehingga ketiga raya. Tetapi biasanya pada sebelah petang apabila saya ada kelapangan saya akan pulang menemui anak-anak saya di kampung untuk menghabiskan masa bersama dan menikmati hari raya macam orang lain," katanya.

Sebagai bapa kepada dua cahaya mata, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani, terpalit rasa bersalahnya apabila tidak dapat meraikan sepenuhnya lebaran bersama mereka. Namun, kata Jamal, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai penghibur untuk menghiburkan orang lain.

"Saya tidak kisah meraikan lebaran secara sederhana dan perlu bekerja pada hari raya pertama tetapi anak-anak sudah pasti perasaan mereka lain kerana hari raya satu hari yang sangat dinanti-nantikan mereka, sebab itu saya sedaya upaya menyiapkan segala persiapan selengkap mungkin untuk mereka.

"Selepas saya habis kerja, saya akan bawa mereka balik kampung atau melawat saudara-mara. Kampung saya pun sudah tidak ada ahli keluarga saya, yang tinggal hanyalah ibu tiri," tuturnya.

Konsert di Singapura

Menjalani kehidupan biasa dan memiliki dua bisnes atas nama sendiri, Bintang Channel yang dikhaskan untuk acara seni manakala Pro Channel untuk dagangan dan pengedaran keperluan perubatan dan alat tulis, kehidupan peribadi Jamal kini boleh dianggap stabil tanpa pengaruh dadah.

Namun begitu, Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali masih setia tinggal di Pengasih kerana Pengasih ibarat rumahnya yang pertama. Bukan tidak mahu berpindah, namun hatinya cukup berat untuk meninggalkan Pengasih.

Selepas dirinya berjaya dipulihkan daripada dadah di Pengasih, Jamal rasa bertanggungjawab untuk membantu dan menyumbangkan tenaga membantu mereka yang sama nasib dengannya di Pengasih.

"Bila saya lihat penghuni baru yang datang ke Pengasih, saya lihat diri saya dalam mereka pada waktu mula-mula saya di Pengasih. Saya juga seperti mereka dan selepas saya berjaya pulih saya mahu memberi sumbangan tidak kira dalam bentuk apa sekali pun untuk sama-sama membantu Pengasih," ujarnya.


ANAK bapa. Radhi mencium permata hatinya, Rifdhi.


Mungkin tahun ini merupakan tahun terakhir Jamal menginap di Pengasih kerana menurutnya dia sedang menunggu rumah baru yang dibelinya siap.

"Saya ada beli rumah dan hujung tahun ini mungkin ia akan siap sepenuhnya, jadi saya akan berpindah di sana bersama anak-anak. Tetapi bukan bermaksud saya sudah tidak menginap di Pengasih atau saya tinggalkan Pengasih.

"Saya masih akan membantu Pengasih seperti biasa kerana sukar bagi saya untuk tinggalkan Pengasih kerana semua orang di Pengasih sudah menjadi keluarga saya. Jadi saya harus meneruskan tanggungjawab saya membantu memulihkan dan memberi motivasi kepada penghuni Pengasih yang lain," balasnya.

Mengenai perkembangan terbarunya, Jamal memberitahu, pada 24 September depan dia bakal mengadakan konsert solo terbesar pertamanya yang diberi nama Akustik Kasih di Indoor Stadium, Singapura.

"Sekarang ini saya memang tengah sibuk dengan latihan dan persiapan untuk konsert Akustik Kasih. Berdebar pun ada juga kerana ini konsert terbesar pertama saya di Singapura," ucapnya.

Komedi raya 8TV Quickie

Posted:

Komedi raya 8TV Quickie

Komedi raya 8TV Quickie

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


8TV Quickie Raya Special: The Other Quickie Dramedy akan ditayangkan malam ini bermula pukul 11.45 malam.


NAQIB, Prem, Adam, Ryan, Megan, Zhen dan Julie sering menggamatkan malam ketika mengendalikan rancangan bual bicara remaja 8TV Quickie. Namun, bagaimana pula jika kesemuanya digandingkan bersama untuk menghangatkan malam raya dengan drama komedi berjudul 8TV Quickie Raya Special: The Other Quickie Dramedy.

Umpama filem legenda Tan Sri P. Ramlee, Masam-Masam Manis, kisah perang mulut antara arjuna dan hawa bakal menghiasi malam raya di saluran 8TV pada pukul 11.30 malam hari ini.

Uniknya, drama pendek berdurasi sejam itu dilakonkan oleh tujuh pengacara tetap 8TV yang biasa mengendalikan slot 8TV Quickie setiap hari bermula pada pukul 11.45 malam dan 10.30 malam pada hujung minggu.

Pada tahun lalu, drama komedi sama berjudul 8TV Quickie Raya Special: Homecoming pernah diterbitkan namun hanya melibatkan lima orang pengacara.

Begitu pun pada tahun ini, elemen humor dan lawak bersahaja disuntik pula dalam drama komedi berjudul 8TV Quickie Raya Special: The Other Quickie Dramedy yang mengisahkan tiga lelaki bujang bernama Leman, Joe dan Andy yang berjiran dengan tiga gadis bernama XiXi, Jay dan Diba namun sentiasa bergaduh sesama mereka sehingga masalah itu diselesaikan oleh penghulu kampung yang dilakonkan oleh Prem.

Kesempatan bersua muka dengan kesemua tujuh pengacara 8TV Quickie pada sesi penggambaran di Kuala Selangor baru-baru ini tidak dilepaskan untuk berkongsi kisah raya menarik walaupun mereka berlainan kaum dan agama.

Adam serik beraya di luar negara

Melakonkan watak Andy, jejaka yang obses dengan J-Pop (pop Jepun) dalam drama komedi itu yang akhirnya jatuh cinta dengan XiXi lakonan Megan, Adam mengakui agak kekok berlakon di hadapan kamera.

Walau hanya tujuh bulan bersama krew 8TV Quickie, pemilik nama sebenar Adam Mohd. Zain, 25, sebenarnya sudah serik menyambut lebaran di luar negara.

"Selama menetap di United Kingdom (UK) bersama keluarga dan belajar di Birmingham, setiap kali sambutan raya saya akan terkenangkan Malaysia.

"Di sana kemeriahan raya tidak terasa seperti di sini (Malaysia) dan tiada cuti umum walaupun pada hari raya pertama, malah komuniti yang menyambut Aidilfitri juga kecil," bicaranya yang mengambil jurusan sains perubatan dan pernah berkhidmat di sebuah syarikat bioteknologi di Negeri Sembilan sebelum bertukar karier.

Ujar anak kedua daripada tiga beradik itu lagi, juadah raya yang amat sukar ditemui di luar negara juga jadi penyebab untuknya selesa beraya di tanah air.


SELURUH warga produksi 8TV Quikie yang terdiri daripada selebriti berbilang kaum turut mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia.


"Makanan istimewa yang wajib ada pada hari raya adalah soto emak saudara saya, selain tart nenas yang rasanya boleh membuatkan semua orang ketagih!" ujar jejaka kacukan Cina-Melayu itu berseloroh.

Ryan pilih Pulau Pinang

Anak kacukan Irish-Iban yang lama berkelana di Perth, Australia sebelum pulang ke tanah air dan menumpahkan segala keringat mengacarakan 8TV Quickie, Ryan Mat Jeraie, 25, sudah lama mendambakan kehidupan sebenar di Pulau Pinang.

Katanya, kemeriahan dan diversiti kaum di sana menarik minatnya untuk terus menetap di pulau itu jika diberikan peluang.

"Pelbagai budaya dapat dilihat di sana dan rasanya keseluruhan Malaysia jelas sekali terpancar setiap kali saya ke sana," ujar graduan Universiti Edith Cowan, Australia itu.

Bukan itu saja, memilih pisang goreng sebagai sajian paling unik yang pernah dirasainya, jelas anak kedua daripada tiga beradik itu lagi pisang goreng tidak akan dijumpai di mana-mana melainkan Malaysia.

Membawakan watak Joe dalam drama komedi 8TV Quickie itu, Ryan menyifatkan wataknya yang sombong dan tidak berpijak di bumi nyata langsung tidak serasi dengannya dan disebabkan itu dia mencabar dirinya untuk membawakan watak sebaik mungkin.

Keluarga besar Naqib

Bagi Naqib Nadhir Shamsuri atau mesra disapa Naqib, 25, dia sebenarnya teruja melihatkan kualiti lakonannya sebagai Leman dalam drama komedi itu.

"Leman ada gerai pisang goreng dan merupakan jaguh kampung yang sentiasa mencari peluang bergaduh dengan geng wanita yang berjiran dengannya," ceritanya mengenai watak yang dilakonkannya itu.

Berbicara mengenai sambutan rayanya tahun ini, ujar Naqib, sambutan 1 Syawal pasti diraikan bersama keluarganya di Rembau, Port Dickson dan Pedas, Negeri Sembilan.

"Keluarga saya sangat besar, bayangkan ibu saya punyai tujuh beradik dan bapa saya pula 10 beradik, saat-saat berkumpul beramai-ramai ini yang paling saya nantikan setiap tahun," katanya yang gemarkan kuih conflakes setiap kali tiba hari raya.

1 Syawal Prem

Makna 1 Syawal bagi Prem atau nama sebenarnya Prem Shanker mungkin sedikit berlainan dengan rakan-rakan seagama dengannya.

Sudah menjadi rutin setiap tahun baginya menyambut kemeriahan pagi raya pertama di rumah rakannya beragama Islam, Zamri Ibrahim sejak enam tahun lalu.

"Kalau dulu boleh dikatakan sepanjang hari saya akan berada di rumahnya untuk beraya tapi sekarang mungkin hanya separuh hari beraya dan selebihnya akan menziarahi rakan-rakan lain," tuturnya yang teringin beraya dalam suasana kampung.

Bagi Prem yang telah banyak kali berdepan dengan kamera sementelah berlakon di samping selebriti terkenal antaranya Marsha dan Zizan Nin dalam drama berjudul Kerana Karina mahupun muzik video bersama Reshmonu, menggalas peranan penghulu kampung bernama Ash Burn tidak menjadi masalah baginya kali ini.

Megan suka rendang

Membawakan watak XiXi yang obses dengan K-Pop dalam drama komedi itu, Megan pula merasakan berlakon bukan lagi perkara yang sukar baginya.

Apatah lagi, ujar pemilik nama sebenar Megan Tan Yue Mei, 23, sebelum ini dia pernah juga terlibat dalam beberapa telemovie dan mendukung peranan utama antaranya Kemaafan Sakura di samping aktor kacak Shahz Jaszle.

"Harapan saya semoga lakonan saya bertambah baik dari hari ke hari, dan penonton juga boleh menerima saya seadanya," kata si cantik yang fasih berbahasa Malaysia itu.

Pilihan juadah yang pedas menjadi idamannya ketika sambutan hari raya terutama sekiranya sajian itu bercirikan rendang ayam dan daging.

Raya Zher ala Tahun Baru Cina

Pengacara bertubuh langsing, Tham Zher Peen, 26, atau lebih dikenali Zher yang mendukung watak Jay menjelaskan wataknya dalam drama komedi itu lebih bersifat autokratik.

Namun, jika ditanya tentang bagaimana sambutan Aidilfitri bagi gadis yang pernah menuntut di Universiti Griffith, Australia itu, hari raya ibarat Tahun Baru Cina baginya.

"Kemeriahannya sama seperti Tahun Baru Cina, tiada apa yang perlu dibezakan kerana pada hari raya juga kita akan berkumpul ramai-ramai dan ziarah-menziarahi satu sama lain," bicaranya.

Namun, katanya, juadah yang dicarinya sepanjang sambutan Aidilfitri tidak lain tidak bukan rendang tok, lemang dan kuah kacang.

Bukan pendatang baru dalam arena seni lakon kerana pernah bergandingan dengan Qushairi Razali (Qi) dalam drama Blogger Boy, ujar Julie atau empunya nama sebenar Julie Woon, 27, peranannya sebagai Dibah dalam drama komedi itu sedikit sebanyak serasi dengan dirinya.

"Dibah seorang peniaga cup cake yang sentiasa bergaduh dengan Leman akibat persaingan perniagaan, dalam masa yang sama dia juga seorang yang garang, suka berdendam, nakal dan agresif," ceritanya yang turut terlibat dalam telefilem Rembak terbitan RTM.

Bercerita kisah raya pula, kata Julie, Aidilfitri adalah peluangnya untuk melaram dan menikmati pelbagai juadah enak yang jarang ditemui pada hari-hari biasa.

"Saya sukakan baju kebaya, selain menawan pakaian itu juga ada ciri-ciri nostalgia dan peluang untuk menggayakan baju itu cuma pada Aidilfitri," kata gadis yang berasal dari Melaka itu.