Adsense

Isnin, 29 Ogos 2011

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Hantu Bonceng

Posted: 28 Aug 2011 03:36 PM PDT

Artis Malaysia filem  | 29 August, 2011

hantu bonceng posterSinopsis Hantu Bonceng:- Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

Tajuk Filem:
Hantu Bonceng

Pengarah:
Ahmad Idham

Penerbit:
Excellent Pictures Sdn. Bhd.

Dipawagam:
31 Ogos 2011

Pelakon Hantu Bonceng:
Zizan Raja Lawak
Juliana Evans
Jue Aziz
Taiyuddin Bakar

Trailer Hantu Bonceng:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Filem Karipap Karipap Cinta

Posted: 28 Aug 2011 03:33 PM PDT

Artis Malaysia filem  | 29 August, 2011

karipap karipap cintaSinopsis Karipap Karipap Cinta:- Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.

Dalam usaha untuk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak.

Tajuk Filem:
Karipap Karipap Cinta

Pengarah:
Othman Hafsham

Penerbit:
Cinematic Sdn. Bhd.

Dipawagam:
31 Ogos 2011

Pelakon Karipap Karipap Cinta:
Gambit Saifullah
Melia Aimellia
Eman Manan
Sani Sudin
Rosnah Johari
Patrick Teoh
Chef Wan
Ery Zukhairi

Trailer Karipap Karipap Cinta:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...