Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Program Muzikal di TV9 Sempena Aidilfitri 2011 Posted: 29 Aug 2011 05:27 PM PDT Program Muzikal di TV9 Sempena Aidilfitri 2011 Dato' Siti Nurhaliza bersama Idola Kecil 3 – 30 Ogos, 10.00 pagi Juara Idola Kecil 3, Harris, dan teman-temannya yang lain iaitu Hadi, Balqis, Shazlin dan Puteri berpeluang untuk berduet dan berkongsi pentas bersama idola mereka iaitu Dato' Siti Nurhaliza dalam rancangan istimewa ini. Rancangan ini mempunyai kelainan yang tersendiri kerana mereka bukan sahaja berduet bersama Dato' Siti Nurhaliza, malahan mereka juga turut akan mengadakan permainan dan segmen bercerita yang membabitkan penonton di dalam studio. Menerusi rakaman istimewa ini Dato' Siti Nurhaliza telah berkongsi cerita menariknya serta pengalaman sewaktu beliau kanak-kanak. Hujan di Paris – 31 Ogos, 10.00 pagi Dengan misi mereka untuk 'menakluki' pentas dunia, destinasi Hujan kali ini adalah ke kota romantik, Paris. Berbekalkan semangat dan hanya beg galas, Hujan ke Grenobles untuk mempersembahkan muzik indie mereka kepada masyarakat di sana terutamanya pelajar-pelajar Malaysia. Inilah satu-satunya kumpulan dari Malaysia yang bertuah dapat membuat persembahan di Paris. Ekspresi Dato' M. Nasir & Jamal Abdillah – 31 Ogos & 1 September, 11.00 pagi Paduan suara emas 'sifu', M. Nasir, dan Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah, pastinya menyerikan sambutan Aidilfitri tahun ini menerusi TV9. Dendangan lagu dengan alunan lagu-lagu evergreen sepanjang zaman yang sentiasa menjadi siulan dan nyanyian orang ramai termasuk anak muda masa kini. Rancangan ini akan turut dimeriahkan dengan rakan-rakan seperjuangan mereka iaitu Ogy Dato' Ahmad Daud, Francesca Peter dan juga artis-artis baru dan muda seperti kumpulan Hujan, Mawi dan Awie Rafael. Pastinya apabila mendengar lagu-lagu ini, sebahagian daripada penonton teringat kembali akan kenangan-kenangan indah yang pernah dilalui dahulu. Bunkface di Hong Kong – 3 & 4 September, 11.30 pagi Ikuti perjalanan Bunkface yang mewakili Malaysia menyertai pertandingan Festival Muzik Asia Hong Kong 2011 baru-baru ini di samping kumpulan pop lain dari 6 buah negara lain seperti China, Taiwan, Singapura, Korea dan Hong Kong. Pelbagai rintangan dan halangan juga perlu Bunkface lalui ketika berada di sana dan salah satu daripadanya adalah dari segi komunikasi. Turu dipaparkan adalah beberapa lokasi menarik di sekitar Bandar metropolitan Hong Kong yang pasti menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Mampukah Bunkface memenangi pertandingan tersebut? Tags: TV9Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Posted: 29 Aug 2011 07:21 AM PDT Salam lebaran semua pembaca, Setelah sebulan kita semua berpuasa, sudah tiba masanya untuk kita menyambut hari raya Aidilfitri esok. Dengan itu, Budiey ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Puasa kepada semua pembaca. Terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan di Facebook dan Twitter. Juga tak lupa yang hantar e-kad di e-mail Budiey. Kepada yang nak hantar e-kad raya kepada budiey, bolehlah menghantar email kepada: budiey.isma@gmail.com Ini beberapa e-kad yang Budiey terima melalui email. Terima kasih semua. Tags: UcapanClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |