Adsense

Rabu, 23 Februari 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


NOSTALGIA AQASHA...

Posted: 23 Feb 2011 05:18 AM PST

Klik untuk imej besar...











(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

NOSTALGIA TIZ ZAQYAH...

Posted: 23 Feb 2011 05:05 AM PST

Tiz Zaqyah sememangnya sama ceria seperti remaja lain ketika usianya masih belasan tahun. Hal ini jelas terbukti dengan tersiarnya gambar-gambar noltalgia Tiz ketika masih bersekolah. Ayuh kita lihat aksi pelakon Nur Kasih ini ketika masih tingkatan 4 atau 5 satu ketika dahulu.


Klik untuk imej besar...












(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Tom – Kotarayaku

Posted: 22 Feb 2011 06:09 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Penyanyi: Tom Tajuk Lagu: Kotarayaku Share Video on facebook

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Pamela Anderson lelong diri sendiri di Super Bowl

Posted: 22 Feb 2011 04:30 PM PST

TEXAS: Aktres seksi, Pamela Anderson yang bakal hoskan satu majlis keramaian selepas pertandingan akhir liga bola sepak Amerika Syarikat (NFL) digelar 'Super Bowl XLV' akan 'melelong' dirinya untuk tujuan amal dalam parti berkenaan.

Bekas pelakon siri televisyen Baywatch itu akan melelong dirinya apabila dia menjadi hos majlis keramaian terbesar menjelang kejohanan itu, dikenali sebagai 'Dallas SuperBash 2011' yang menggabungkan selebriti dan atlet, pada malam Jumaat ini.

MTExMQAANQAArMqjwMH4rfp Pamela Anderson lelong diri sendiri di Super Bowl

Akhbar USA Today melaporkan, majlis keramaian berkenaan ditaja agensi pengurusan sukan yang beribu pejabat di Dallas, Willis & Woy Sports Group

"Saya amat bernasib baik jika bidaan mencapai AS$50,000 (RM181,800)," kata Pamela, 43, tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan melelong dirinya.

Bagaimanapun beberapa pihak meramalkan bidaan lelongan diri Pamela akan meningkat lebih tinggi daripada yang dinyatakannya.

Aktres itu pernah melakukan perkara sama bagi membantu Yayasan Make-A-Wish, sebuah badan amal bertujuan memenuhi keinginan pesakit kronik dari usia dua setengah tahun hingga 18 tahun di Abu Dhabi dan menerima bidaan sehingga AS$250,000 (RM759,000).

Turut hadir seorang lagi selebriti seksi, Sofia Vergara' atau digelar 'Sofia Vergara' manakala kumpulan Black Eyed Peas serta penyanyinya, Fergie, merancakkan suasana ketika perlawanan antara Green Bay Packers dan Pittsburgh Steelers, berhenti rehat.
Perlawanan Super Bowl XLV bukan saja membabitkan bola sepak Amerika, tetapi juga majlis keramaian yang menyatukan artis dan ahli sukan. Bagi tahun ini, Pamela menjadi pengacara parti yang diadakan selepas perlawanan.

Mengenai perkembangan terbaru dirinya, Pamela berkata, dia menerima tawaran berlakon teater muzikal di Broadway berasaskan penyertaan rancangan realiti Dancing With the Stars tahun lalu, tetapi keberatan menerimanya.

"Saya tidak tidak tahu apa harus dilakukan dengan anak saya jika menerima tawaran itu. Ketika ini saya menghabiskan masa dengan menulis sajak, bermain saksofon dan menjadi ibu," katanya. – Agens
///bharian///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Cara Mudah Check Saman Polis Online

Posted: 23 Feb 2011 03:04 AM PST

http://4.bp.blogspot.com/_5DG5dbLi3h8/TGpcI2N8-TI/AAAAAAAAKJk/1rmBM9PLGF0/s400/logo_pdrm.gif

Kami ingin berkongsi je.. kat korang semua, kami tahu benda ni dah lama dah dok ada kat dunia maya ni, kami dengar citer PDRM ada bt diskaun yg agak besar pada mereka2 yg kena saman baru-baru. Anda ada saman Jom chek saman anda di sini :

check Saman PDRM CHECK HERE

check blacklist PDRM atau JPJ (Klik logo)

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


'Kerana saya terlalu sunyi'

Posted: 22 Feb 2011 06:16 AM PST

pix_topright

"MANUSIA hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya," itulah jawapan selamat yang diberikan pelakon bergetah, Rozita Che Wan mengenai persaraannya yang tidak jadi.

Sebelum ini, pelakon kelahiran Kedah ini sudah menghebohkan hasrat untuk bersara daripada berlakon pada penghujung Disember lalu. Walaupun enggan memberitahu sebab sebenar, dia dikatakan berbuat demikian kerana akan berkahwin dengan jejaka dikenali sebagai Shah.

Namun, keghairahan Rozita terus berlakon dan menerima tawaran demi tawaran menunjukkan seperti ada sesuatu tidak kena berlaku. Akibatnya, dia teruk dikutuk pelbagai pihak mengatakan cerita persaraan itu sekadar gimik Rozita untuk meraih publisiti.


Meskipun puas mengelak serta enggan memberi komen menerusi telefon, pelakon cantik ini akhirnya mati langkah apabila dikerumuni media pada sidang media Astro Warna, baru-baru ini. Dia turut berlakon drama komedi Iparku Diva untuk saluran Astro Warna yang menjadi drama pertamanya untuk 2011.

"Selepas ini saya akan terbabit dengan penggambaran telefilem Bila Suami Jadi Suri dan drama 13 episod, Mencari Wardah manakala bulan depan, saya akan ke Perlis untuk penggambaran drama Lagenda Mata Ayer. Sebelum itu, saya akan ke Johor Bahru untuk penggambaran drama 13 episod. Boleh dikatakan berturut-turut saya berlakon drama.


"Sumpah, niat nak bersara sebelum ini bukan gimik, propa atau berniat menipu. Sebenarnya, ada sesuatu yang buatkan saya berhasrat nak bersara, tapi tak jadi pula. Saya ada sebab tersendiri dan harapnya orang faham. Biarlah saya simpan sendiri apa yang berlaku," katanya enggan bercerita lanjut biarpun puas ditanya sebabnya.


Tambah Rozita, dari Januari lagi dia sudah diasak dengan tawaran berlakon yang tidak henti-henti datang. Walaupun dia menolak, pihak penerbit tetap melayangkan tawaran. Setelah memikirkan masak-masak, dia akhirnya bersetuju berlakon kembali sebagai mengisi kesepiannya yang menjadi alasan utama dia berbuat demikian.

"Selama ini saya tinggal dengan dua anak dan kakak. Bagaimanapun, kakak sekarang sudah berkahwin dan ada keluarga sendiri, manakala anak saya pula, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sekarang tinggal di asrama di Pahang. Mereka hanya akan pulang sebulan sekali. Kerana terlalu sunyi bersendirianlah, saya akhirnya kembali berlakon kerana sekurang-kurangnya masa akan terisi.


"Biarpun saya ada kedai The Cuture di Seksyen 23, Shah Alam, perniagaan dijalankan menerusi online (dalam talian) dan bukan dibuka kepada orang ramai. Saya memang akan berada di situ, tapi takkanlah saya nak tercongok seharian suntuk. Kedai ini ditubuhkan bersama rakan kongsi. Kami pilih jualan secara borong kerana lagi bagus pulangannya.

"Mungkin pada masa depan, baru kami akan buka butik. Bisnes yang kami buat ialah hasilkan jubah, baju kurung dan blaus yang dihantar ke butik. Pasarannya memang bertumpu kepada kaum wanita. "Mengenai bisnes bulu mata pula, memang ada perancangan tapi rakan kongsi saya, Amy Janz nampaknya lebih sibuk daripada saya, jadi impian itu tertangguh dulu," katanya yang tetap ramah melayan pihak media.

Menurut Rozita, ada sesetengah pakaian itu direka bentuk sendiri olehnya berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya. Malah dia sering memakainya dalam drama antaranya Hani kerana lebih selesa dengan pakaian sendiri berbanding yang disediakan pihak produksi. Bukan dia mengada-ngada tetapi Rozita merasakan itu lebih memudahkan kerja semua pihak.

Kerana terlalu bekerja keras berlakon, Rozita hanya tidur 3 jam setiap hari. Tempoh itu dirasakan sudah mencukupi kerana sebaik meletakkan kepala atas bantal, dia akan terus nyenyak tidur tanpa dibuai mimpi.


"Memang diakui penat kerana shooting biasanya bermula dari pagi sampai pagi esoknya. Tapi, nak buat bagaimana kerana apabila duduk sendirian saya terasa bosan. Saya mudah bekerjasama dengan penerbit kerana tak demand (meletak harga). Sebenarnya seawal 3 Januari lagi, saya dah ditawarkan berlakon, tapi saya hanya mula berlakon pada bulan ini.


"Saya tak kisah sebenarnya orang nak kata apapun. Sama ada saya berlakon ataupun tak, orang tetap juga nak mengata. Kalau betul rezeki saya sudah ditentukan menerusi lakonan, saya terima dengan hati terbuka. Jadual saya sudah penuh sampai bulan Jun kerana Kiah Pekasam akan disambung lagi penggambarannya di Perlis.


"Saya bersyukur diterima peminat menerusi drama ini kerana 95 peratus menggambarkan karakter sebenar saya. Sekarang pergi ke mana-mana pun, orang panggil saya dengan gelaran itu," katanya yang pernah memberitahu ibunya turut berkata begitu dan melihat dirinya sesuai membawakan watak komedi.

Kemampuan Rozita melakonkan pelbagai watak sudah teruji apabila tampil dengan pelbagai genre drama. Di saluran Astro kelibatnya sering tampil dengan karakter komedi, sebaliknya menerusi TV3, dia membawakan peranan berbeza. Kejayaannya menghayati pelbagai watak ini menyebabkan namanya semakin menyerlah di mata peminat.

Bagaimanapun, dek kerana kuatnya penangan Kiah Pekasam dan sinonim dengan jenama Astro, dia dikatakan akan diikat oleh Astro sebagai Wajah Eksklusif Astro. Jika ia berlaku, bermakna lakonannya tidak dapat disaksikan lagi menerusi stesen TV lain. Sekali lagi, Rozita memberi jawapan selamat apabila diajukan soalan mengenai perkara itu.

"Sebagai pelakon saya hanya ikut kehendak stesen TV. Memang tak dinafikan saya kerap berlakon watak komedi untuk Astro dan di TV3 pula bawa watak lain. Memang itu kehendak pihak atasan. Tapi sekurang-kurangnya adalah perbezaan yang peminat dapat lihat. Macam watak dalam Hani, pengarah nak saya bawa watak ibu yang bermain dengan emosi.


"Sama ada jadi atau tak, bergantung pada saya sendiri untuk mencorakkannya. Selain itu gabungan dengan pelakon lain turut membantu menghidupkan lagi lakonan saya. Mengenai ura-ura saya dilamar Astro pula, saya tak boleh jawab kerana kenyataan itu bukan dikeluarkan oleh saya. Biarlah pihak Astro yang keluarkan kenyataan nanti," katanya diiringi ketawa panjang yang menjadi identitinya.

Tidak puas hati dengan kisah cinta yang belum terungkap sepenuhnya, Rozita terus diasak dengan soalan siapa kekasihnya sekarang selepas putus cinta. Tambah pula sebelum ini dia dikatakan diminati Shahir AF. Tidak kurang juga ada melihat Rozita intim dengan pelakon Zain Saidin. Pelakon 4 Madu ini tetap menyimpan kemas kisah peribadi dan tidak mahu berkongsi dengan masyarakat.


"Saya baru sekali putus cinta dan sekarang tak bercinta dengan sesiapa. Saya tak ada ciri-ciri tertentu dalam memilih lelaki tapi asalkan dia tak menyinggung perasaan saya, sudahlah. Tapi sebenarnya saya tak ada fikir pun ciri-ciri yang dikehendaki atau sasaran bila nak berkahwin kerana mana tahu nanti terbalik jadinya," kata sambil terus ketawa.

>PROFIL
NAMA SEBENAR: Rozita Che Wan
TARIKH LAHIR: 9 Mac
ASAL: Alor Setar, Kedah
KELUARGA: Anak kedua daripada tujuh beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
KERJAYA: Pelakon dan model
DRAMA: Bara Yang Ku Genggam, Susuk, Ai Di Beijing, Diari Ramadan Raffique, Ayyad, Kuih Goyang Seha, Lawaknya Fantasia Raya, Kiah Pekasam, Hani, Iparku Diva, Bila Suami Jadi Suri, Mencari Wardah dan banyak lagi
FILEM: Dunia Baru The Movie, Sepi, Sifu & Tongga, Jangan Tegur, Kantoi, 4 Madu, Gentayangan, Misteri Dendam Balan Balan The Movie

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penghijrahan Iwan

Posted: 22 Feb 2011 06:02 AM PST

KETIKA irama dangdut di puncak kegemilangan persada muzik tanah air sekitar pertengahan 90-an, nama Iwan cukup meledak di pasaran. Malah, dia yang tampil menyanyi lagu dangdut secara solo, turut berduet bersama Amelina dan Sheeda.

Pastinya, lagu Memori Daun Pisang dan Yang Tersayang, cukup mengingatkan peminat pada keserasian Iwan dan Amelina. Bahkan, lagu Secangkir Madu Merah pula dinyanyikan Iwan bersama Sheeda. Selain itu, Iwan juga popular dengan lagu solo, Yang Sedang Sedang Saja dan Wulan.

Namun, semua itu sudah menjadi kenangan buat Iwan atau nama sebenar, Wan Syahman Yunus, 50. Ini kerana, Iwan sudah berubah imej dan dia lebih menjurus kepada berdakwah. Malah, Iwan juga memiliki keluarga baru dan seorang anak perempuan.

Iwan bertemu jodoh dengan isterinya, Evie Surriantyy pada 2 Oktober 2009 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan Wan Nur Sumayyah, setahun. Ternyata, Iwan sangat bahagia dengan cara hidupnya yang disifatkan lebih dekat dengan Tuhan.


Terdahulu, Iwan ditemui pada majlis perkahwinan anak gadisnya, Wan Syamira Putri Oktavia, 19, hasil perkahwinan bersama bekas isteri yang juga pelakon era 80, Rosnah Mohd Nor di Taman Putra Perdana Puchong, Ahad lalu, bertemakan coklat keemasan.


Hadir ditemani isterinya yang berjilbab hitam, anak serta ahli keluarga dari Indonesia, Iwan mengakui dia sangat bersyukur anaknya bertemu jodoh pada usia muda. Katanya, perkahwinan itu indah dan tuntutan agama, maka tidak perlu dilewat-lewatkan.

Mesra berbicara, Iwan juga bersikap terbuka berkongsi kisah hidup barunya. Katanya, dia akan muncul dengan album dakwah tidak lama lagi. Ikuti temubual wartawan Harian Metro, NORHAYATI NORDIN (yati@hmetro.com.my) bersama jurugambar, Khairunisah Lokman mengenai penghijrahan hidupnya.

RAP: Sudah berapa lama penghijrahan anda ini?
IWAN: Kira-kira dua tahun. Namun, saya tidak mahu bercerita sangat mengenai bagaimana penghijrahan ini berlaku. Apa puncanya dan kenapa kerana semua ini sebenarnya kuasa Allah s.w.t. Bahkan, saya tidak mahu dianggap bermegah-megah mengenainya. Apa yang boleh saya katakan, Allah sudah memberi peluang kepada saya untuk menginsafi semua kekurangan diri dan berhijrah ke arah kebaikan.

Saya akui, dulu mungkin terlalu sibuk dengan kerja hingga terlupa dan tidak faham soal-soal agama. Justeru, saya sangat bersyukur pada usia yang makin meningkat ini, Allah akhirnya memberi peluang dan kesempatan untuk berubah.
Kini, saya hanya mengharapkan perubahan yang berlaku kepada diri berkekalan selamanya dan bukan bersifat sementara. Jadi, penting untuk saya tidak menunjuk-nunjuk. Malah, sekarang ini pun saya lebih selesa beristiqamah. Malah, saya senang mengajak masyarakat berbuat baik, menghindarkan diri daripada kemungkaran dan seterusnya beriman kepada Allah.

RAP: Bagaimana pula dengan karier nyanyian anda?
IWAN: Sehingga sekarang, Alhamdulillah saya masih aktif. Malah, tawaran menyanyi pun masih diterima. Namun, hanya yang sesuai saja diambil dan sekarang saya banyak membuat persembahan di ekspo jualan barangan di seluruh negara. Selain di Lembah Klang, Selangor dan Kuala Lumpur, saya ke Segamat, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan serta Johor untuk membuat persembahan. sekarang ini, saya memang sudah tidak ambil tawaran menyanyi di kelab malam dan pusat hiburan.

Saya sudah meninggalkannya terus dan cukuplah dengan apa yang sudah dilakukan ketika muda dulu. Kini, semuanya sudah berubah dan saya hanya mahu mencari ketenangan dan keredaan Allah. Justeru, saya perlu menjaga keperibadian diri dengan baik.

RAP: Khabarnya anda bercadang menghasilkan album dakwah?
IWAN: Ya, saya kini dalam proses menyiapkan album dakwah yang memuatkan 10 lagu. Bagaimanapun, baru dua lagu siap dirakam dan saya bercadang ia dapat disiapkan selewat-lewat April nanti. Ini kerana, saya bercadang memasarkan album ini pada Ramadan. Saya berharap dapat menyiapkannya seperti yang dirancang.

Album ini diterbitkan syarikat saya sendiri, Iwan Entertainment Sdn Bhd. Semua aktiviti berhubung pemasaran juga dilakukan secara sendiri dan kemungkinan akan dibuat secara jualan langsung. Dalam soal jualan ini juga, saya takkan meletakkan harga yang mahal kepada peminat. Memandangkan ia dijual secara terus, peminat boleh mendapatkannya pada harga RM10 saja. Malah, saya juga membuka ruang kepada sesiapa yang berminat menjadi pengedar.

Apapun, kesemua lagu memang sudah ada dan cuma menunggu dimasukkan vokal saya. Ia adalah lagu ciptaan saya sendiri. Sehubungan itu, kepada sesiapa yang bersedia menjadi pengedar untuk album ini boleh menghubungi saya di talian 019-5255 646.

RAP: Cabaran anda menghasilkan album dakwah?
IWAN: Jujur, saya akui bukan mudah untuk menghasilkan satu album dakwah. Saya sentiasa membuat rujukan dan mendapatkan bimbingan daripada ustaz yang lebih berpengetahuan soal agama. Sebagai orang baru, masih banyak yang perlu saya belajar. Oleh itu, saya mendapatkan rujukan dan bimbingan daripada empat atau lima orang ustaz untuk mengetahui apa yang sesuai serta sebaliknya.

Saya harus berhati-hati dalam menghasilkan album dakwah ini kerana tidak mahu dihentam nanti. Kemungkinan, judul album ini ialah Segalanya Allah. Malah, antara lagu dimuatkan seperti Pengasih dan Nasihah, Berjalan Lurus, Solat Dulu, Kalimah Thoyyibah dan Segalanya Allah Punya. Harapan saya album ini diterima baik oleh peminat. Apapun, susunan muzik lagu Kalimah Toyyibbah diambil daripada lagu dangdut saya yang berbahasa Hindi iaitu Hay Diwanghi Hor Gaye. Bagaimanapun, lirik yang dulunya lebih memuji wanita, kini saya tukar kepada mengagungkan Allah dan Rasul-Nya.

RAP: Boleh ceritakan kisah perkahwinan baru anda?
IWAN: Saya mengenali isteri, Avie Surriantyy, kira-kira tiga tahun lalu ketika mengadakan persembahan di Pulau Pinang. Ketika itu juga, Avie bekerja di sana dan jodoh ini ditentukan Tuhan dan saya bersyukur dia menerima diri ini seadanya. Sepanjang hidup bersama, dia (Avie) seorang isteri yang baik dan tidak banyak kerenah. Lagipun, boleh dikatakan dia juga 'orang kampung saya' kerana kami berasal dari Indonesia. Jadi, yang pasti dia sangat memahami perjalanan hidup saya.

RAP: Apa lagi yang boleh dikongsikan bersama?
IWAN: Macam saya katakan tadi, saya kurang selesa untuk banyak berbicara mengenai penghijrahan yang berlaku pada diri ini. Bukan apa, kalau boleh biarlah ia disimpan dan menjadi rahsia saya sendiri kerana itu lebih bagus dan terbaik. Bagi saya, segala kebaikan datangnya daripada Allah. Apa yang penting sekarang adalah keredaan-Nya. Justeru, penghijrahan ini juga saya lihat sebagai kemahuan diri untuk berubah. Oleh itu, saya sangat mengharapkan dapat berbuat baik hingga ke akhir hayat.

Saya berdoa setiap hari supaya Allah sentiasa memberikan petunjuk kepada diri ini. Bukan hanya kepada diri saya seorang dan keluarga, tetapi yang paling utama semoga Allah memberikan hidayah kepada semua umat Islam di muka bumi ini.

RAP: Bagaimana jika anak-anak ada yang mengikut jejak langkah anda dalam seni?
IWAN: Bakat anugerah Allah. Tidak dinafikan, tiga orang anak saya bersama bekas isteri ada menunjukkan minat dalam seni dan mereka juga boleh menyanyi dengan baik. Bagaimanapun, sebagai bapa saya tidak menggalakkan mereka menjadi artis.
Saya tidak kisah jika mereka meminati seni kerana suka-suka dan bukannya sebagai karier. Saya takkan bagi peluang kepada mereka untuk bergelar penyanyi dan kalau boleh biarlah kerja lain. Lebih menjamin masa depan dan terbaik buat mereka. Jangan jadi penyanyi.

RAP: Ucapan perkahwinan untuk anak anda?
IWAN: Saya akur anak, Wan Syamira bertemu jodoh pada usia muda, 19 tahun. Saya berdoa kepada Allah supaya jodohnya dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat. Saya harap dengan kehidupan baru ini lebih menjadikan dia seorang matang dan tabah.

Semoga dia mengenal erti sebuah kehidupan. Selain itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tetamu yang terdiri di kalangan keluarga, sanak saudara, rakan dan jiran kerana sudi hadir ke majlis perkahwinan anak saya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Terima kasih gosip - Akim, Stacy

Posted:

Terima kasih gosip - Akim, Stacy

Terima kasih gosip - Akim, Stacy


AKIM berterima kasih impak gosip cinta dia dan Stacy membuatkan Wall's memilih mereka untuk kempen terbaru produk aiskrim Cornetto keluarannya.


BUKAN satu rahsia lagi tentang gosip hubungan cinta yang terjalin antara juara Akademi Fantasia 6 (AF 6), Stacy dan pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia (AF7), Akim. Namun, teka-teki itu bagaikan terjawab dengan pemilihan mereka berdua sebagai duta terbaru aiskrim Wall's Cornetto.

Ia sekali gus menguatkan gosip bahawa mereka benar-benar bercinta.

Biarpun hubungan mereka itu hanya ditafsirkan sebagai rakan baik oleh Akim, 20, namun hakikatnya Stacy,21, pula mengakui sukar untuk menterjemahkan perasaannya terhadap Akim.

Ini kerana bagi Stacy, perasaan cinta hanya wujud apabila pasangan itu hidup bersama-sama sebagai pasangan suami isteri.

Walaupun menafikan mereka bercinta, tetapi tatkala melihat kemesraan mereka ketika majlis pengumuman duta terbaru aiskrim Wall's Cornetto bagi kempen Lafazkannya dengan stail Cornetto yang menggandingkan mereka berdua, ia seperti mahu memberitahu dunia bahawa mereka sedang bercinta.

Pada majlis yang diadakan di Neutral Club, Kuala Lumpur itu, Akim dan Stacy turut berduet lagu tema kempen tersebut iaitu, Jahatnya Cinta.

Malah ketika ditemu ramah secara berasingan, masing-masing bersikap terbuka malah saling memuji antara satu sama lain.

Tukar agama

Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad tersenyum lebar memuji Stacy dengan mengatakan gadis lincah itu kelihatan cantik sewaktu berduet di pentas pelancaran program itu sekalipun menafikan hubungan percintaan antara mereka.

"Hubungan cinta tidak ada. Kami berkawan baik, bersikap profesional dalam karier dan cuba menjadi duta Cornetto sebaik mungkin.

"Malah, Stacy teruja apabila menyanyikan lagu tema berentak dance, Jahatnya Cinta. Ia gabungan ekspresi cinta dan persahabatan menerusi lagu Inilah Cinta dan nyanyian Jahat oleh Stacy yang diberi nafas baru menjadi satu remix bertenaga," katanya yang turut bersyukur kerana disambung kontrak sebagai duta Cornetto untuk setahun lagi.

Sebaliknya pula jawapan Stacy ketika diusik dengan pertanyaan adakah dia tidak kisah sekiranya Akim bermesra dengan rakan wanita lain. Tanpa berselindung, dia mengakui cemburu sekiranya perkara itu berlaku di depan matanya.


AKIM dan Stacy pada majlis pengumuman mereka berdua sebagai duta terbaru Wall's Cornetto.


Pemilik nama sebenar Stracie Angie Anam itu sambil tertawa kecil juga mengakui dia dan Akim ada keluar bersama, tetapi terus berkata : "Hah! Kami tidak bercinta. Saya tidak mahu memberi 100 peratus fokus tentang cinta kerana bimbang fokus terhadap karier hilang."

Menjawab persoalan mengenai reaksi keluarga terhadap gosip yang mengaitkan dirinya dan Akim, penyanyi genit kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu berkata, orang tuanya tidak kisah.

Cuma, mereka lebih berminat mengetahui perkembangan kariernya dan mengakui rimas mendengar gosip percintaan anak mereka.

"Ya, saya pasti kamu semua (wartawan) akan tanya mengenai perkara ini. Memang ibu banyak menasihati saya. Dia selalu ingatkan saya supaya tidak cepat membuat keputusan (tukar agama) kerana bimbang, darah muda kan, kadang-kadang buat keputusan tapi tak fikir panjang.

"Tapi ibu saya juga berpesan, jika ditakdirkan jodoh saya dengan pemuda Melayu dan beragama Islam, dia sama sekali tidak menolak," ungkapnya yang mengaku selesa berkawan dengan Akim kerana dia seorang pendengar yang baik dan mudah mesra.

Bagaimanapun anak kelima daripada enam beradik itu tidak mahu memanjangkan isu tukar agama kerana menganggap ia isu sensitif dan dia juga masih belum berfikir terlalu jauh soal mengakhiri dunia bujangnya, apatah lagi dalam usianya yang masih terlalu mentah.

Katanya lagi, masih terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, iaitu sebagai anak, penghibur serta juga pelajar bermula Mac ini memandangkan dia akan menyambung semula pengajian Diploma Muzik dan Seni di Universiti Lim Kok Wing setelah menangguh sementara pengajiannya akibat kemalangan yang dialaminya pada Mei tahun lalu.

Namun jelas Stacy, sejak mula berkenalan dengan Akim kira-kira dua tahun lalu, kehidupannya memang sudah banyak berubah dan kekosongan hidupnya kini banyak diisi bersama jejaka itu.

"Bersama Akim, saya boleh berkongsi pelbagai cerita. Kami memang serasi dan satu kepala. Malah, sekarang ini saya pula memang tidak mempunyai ramai kawan.

"Semua kawan baik di Sabah sudah berkahwin, jadi perhubungan kami agak terbatas sedikit, tidak seperti dulu," ujarnya yang bakal mengeluarkan album yang memuatkan lagu-lagu ciptaan Edry Abdul Halim antaranya Kisah Dongeng yang akan diterbitkan syarikat rakaman Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

Mengulas perkembangan kariernya, Stacy berkata untuk album terbarunya itu, sedikit kelainan akan ditampilkan memandangkan sebelum ini dia hanya menyanyi lagu berkonsep rancak, tetapi kali ini Edry turut mencipta lagu berkonsep balada.


STACY mengaku sejak berkawan rapat dengan Akim, dia mempunyai seorang pendengar setia segala masalahnya.


"Saya selesa dengan dia (Edry) sebab dia memahami kehendak saya, malah dia juga pernah menasihati supaya bijak memilih lagu supaya identiti saya tidak lari," katanya yang mengakui susah baginya untuk tampil feminin agar bersesuaian dengan lagu berentak balada, Di Penghujung.

Imej bersih

Akim yang baru muncul dengan single terbaru berjudul Janji, menganggap gosip percintaan bersama Stacy itu sebagai sebaran yang positif dek kerana mereka dipertemukan oleh Wall's sebagai duta bagi jenama aiskrim untuk setahun.

"Sebenarnya, saya tidak pernah mencalonkan nama Stacy malah saya juga tidak tahu kontrak saya disambung buat kali kedua sebagai duta Wall's Cornetto.

"Jadi apabila mendapat tahu nama Stacy disebut untuk bergandingan dengan saya, sudah pasti saya gembira kerana kami berkawan baik.

"Mungkin juga pemilihan kami ini sedikit sebanyak disebabkan gosip bercinta sebelum ini," terang pelantun lagu Bengang itu yang sebelum ini bergandingan bersama Juliana Evans sebagai pasangannya untuk iklan aiskrim tersebut.

Tambah Akim, gandingannya bersama Stacy ini bakal merapatkan lagi hubungan persahabatan mereka memandangkan mereka akan bekerjasama untuk mempromosikan kempen jenama aiskrim tersebut tersebut.

"Ini adalah perkembangan yang sangat baik buat kami berdua. Disebabkan gosip tersebut, kami telah disatukan bersama Wall's Cornetto.

"Kami akan menjalankan tanggungjawab kami dengan penuh profesional," kata jejaka yang pernah dilabel sombong dan juga pernah dituduh membuang hadiah yang diberikan peminat.

Bagaimanapun, dia menganggap kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini tidak mematahkan semanganya untuk terus terlibat dalam dunia hiburan.

"Pengalaman masa lalu banyak mengajar saya melalui kehidupan sebagai artis, saya sentiasa belajar dari semasa ke semasa. Keluarga juga banyak memberikan sokongan," katanya yang mengakui seseorang itu perlu berimej bersih apabila diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Emma Akma ganti Ani Maiyuni

Posted:

Emma Akma ganti Ani Maiyuni

Emma Akma ganti Ani Maiyuni

Oleh SHANIKA ABDULLATIB


DARI KIRI: Mas Muharni, Md. Hussin dan Emma Akma merupakan teraju utama pementasan bangsawan Siti Zulaikha di Melaka.


SETELAH seminggu Raja Azrey atau nama sebenarnya, Raja Azri Raja Kamaruzzaman yang menerajui pementasan bangsawan Siti Zulaikha membuat sidang media tergempar, semalam, pihak penganjurnya iaitu Pertubuhan Teater Klasik Perak dan Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia tampil memberi penjelasan yang mengejutkan.

"Secara rasminya, kumpulan yang diterajui oleh Raja Azrey tidak akan ke Melaka pada 26 dan 27 Februari di Panggung Sari, Taman Budaya Ayer Keroh, Melaka nanti untuk melakukan persembahan.

"Sebaliknya, kumpulan di bawah arahan saya sendiri akan membuat persembahan tersebut dan akan diterajui oleh Emma Akma sebagai teraju utama iaitu Siti Zulaikha," ujar Muhammad Rizan Tohid yang menggantikan Raja Azrey selaku peneraju dan pengarah Siti Zulaikha.

Muhammad Rizan mendakwa pembatalan tersebut dilakukan kerana Raja Azrey meletak jawatan sebagai pengarah pada minggu lalu.

Sehubungan itu, sebagai peneraju Pertubuhan Teater Klasik Perak dan Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, Muhammad Rizan menjelaskan sudah menjadi tanggungjawabnya meneruskan pementasan tersebut.

Ketika mengadakan sidang akhbar tergempar di Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Lumpur iaitu lokasi berlangsungnya latihan kumpulan di bawahnya, dia menjelaskan kemelut tersebut disebabkan beberapa faktor.

"Apa yang terjadi sebenarnya, memang terdapat dua kumpulan (selain kumpulan Raja Azrey) yang menjalani latihan bangsawan Siti Zulaikha.

"Tetapi kumpulan yang diarahkan saya akan melakukan persembahan di Semarak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) , bukan di Melaka. Kumpulan Raja Azrey sememangnya akan membuat pementasan di Melaka," katanya.

Namun katanya, apabila terlalu banyak isu yang timbul dan klimaksnya Raja Azrey meletakkan jawatan dan semua tenaga produksi termasuk pelakon utamanya, Ani Maiyuni menarik diri, Muhammad Rizan memutuskan untuk menggantikan kumpulan Raja Azrey bagi pementasan di Melaka.

"Bukan sahaja melibatkan masalah teknikal dan pengurusan, malah kunci utama ialah pelakon kumpulan asal (kumpulan Raja Azrey) gagal menggunakan lenggok bahasa bangsawan supaya Siti Zulaikha benar-benar asli sepertimana dipersetujui pihak penganjur," katanya.

Namun, apabila Raja Azrey tidak dapat memenuhi permintaan penganjur untuk menjelmakan bangsawan secara asli, ia memberi impak kepada semua pihak yang terbabit.

Muhammad Rizan memberitahu, dia telah berusaha membetulkan dialog pelakon-pelakon kumpulan Raja Azrey selama dua minggu, namun mereka gagal melakukannya dengan baik.

"Saya faham susah payah pelakon yang telah menjalani latihan selama sebulan itu namun ia tidak menepati apa yang dikehendaki.

"Apabila Raja Azrey meletak jawatan dengan mengatakan dia tidak lagi mampu menerajui Siti Zulaikha, saya mengajak para pelakon kumpulan Raja Azrey untuk bersama-sama menjayakan pementasan tersebut," jelasnya.

Namun, mereka menarik diri dengan alasan tidak mampu membawa watak seperti yang diinginkan Muhammad Rizan.

Mengenai dakwaan Raja Azrey bahawa pihaknya tidak pernah datang ke latihan yang dijalankan oleh Raja Azrey, katanya itu adalah tidak benar.

Tegas Muhammad Rizan, sepanjang sebulan lebih latihan kumpulan Raja Azrey dijalankan di Bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, dia sentiasa hadir walapun tidak setiap hari.

"Sebab itu saya tahu ada yang tidak kena dan perlu diperbetulkan terutama dialog pelakon-pelakonnya," tegasnya.

Bagi pelakon watak utama Siti Zulaikha versi Muhammad Rizan, Emma Akma terpilih menggantikan Ani Maiyuni.

Menurutnya, dia ditawarkan watak tersebut dua minggu lalu.

"Saya terus menerima tawaran tersebut dan tiga hari kemudian, baru saya tahu mengenai kontroversi bangsawan ini," katanya yang turut serta pada sidang media tersebut.

Namun menurut Emma Akma, tidak akan timbul masalah antaranya dengan Ani Maiyuni kerana ia adalah keputusan pihak pengurusan.

"Fokus saya sekarang, menjalani latihan sebaik mungkin untuk membawa watak utama tersebut. Yang lain-lain, saya serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Selain Emma Akma, Md. Hussin akan membawa watak Sultan Zainal Ulong menggantikan DJ Pool, manakala Mas Muharni menggantikan Azza AF untuk watak Puteri Nur Manjalela.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Daniel Radcliffe main teater

Posted:

Daniel Radcliffe main teater

Daniel Radcliffe main teater


DANIEL RADCLIFFE


CUKUP sinonim dengan filem Harry Potter selama 10 tahun, kini Daniel Radcliffe keluar kepompong apabila mula menjejakkan kaki di pentas teater. Ia sekali gus memperlihat sisi lain Daniel termasuk kebolehan menari dan menyanyi.

Menerusi teater yang berjudul How To Succeed In Business Without Really Trying, Daniel akan membawa peranan sebagai J Pierrepont Finch. Finch adalah seorang tukang cuci di pejabat yang mempunyai cita-cita besar dalam kehidupannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selasa, 22 Februari 2011

Zon Artis

Zon Artis


Zizan (Raja Lawak) & Dira Abu Zahar Pengacara Baru Melodi

Posted: 22 Feb 2011 05:50 AM PST

PENGACARA BARU MELODIPENGACARA BARU MELODI

Teka-teki mengenai siapakah yang bakal mengantikan tempat Wahid dan Fara Fauzana sebagai pengacara baru Melodi terjawab sudah dimana mereka yang bertuah itu ialah Zizan (Raja Lawak) dan juga Dira Abu Zahar.

So, tahniah kami ucapkan kepada Zizan dan juga Dira kerana diberi kepercayaan untuk mengacara rancangan berbentuk hiburan nombor satu Malaysia itu. Dah diberi kepercayaan tu, hopefully anda buat yang terbaik la yer.

Oh ya, untuk info anda semua, Zizan dan Dira akan mula menjadi pengacara baru Melodi berkuatkuasa pada bulan April nanti kerana kontrak Wahid dan Fara Fauzana akan tamat secara rasminya pada penghujung Mac ini.

Actually kami tak kisah pun siapa yang mengacara Melodi tu kerana apa yang penting bagi kami adalah kandungannya. Yer la, pengacara bagus bagai nak rak sekalipun tapi pengisian'nya hampeh tak best juga kan?

Psstt: Facebook ada kedai buku rupanya. lol

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lagu COUPLE Sountrack Filem James Gunn SUPER

Posted: 22 Feb 2011 06:21 PM PST

Antara band indie yang turut bersama-sama dengan rombongan Xpresi Kembara – RTM bersantai di Pulau Perhentian Kecil ialah kumpulan yang menggelarkan diri mereka COUPLE.

Kumpulan COUPLE ini yang terdiri daripada Aidil (vokalis), Ariana (gitaris), Shahrin (drummer) dan Masrin (pemain bass). Ditubuhkan pada tahun 1995 yang bermula semasa mereka masih belajar di kolej. Couple mengetengahkan muzik berkonsepkan Power Pop. Lagu diorang ni lebih kurang macam The Beatles tapi lebih muzik lebih ganas sikit.

Couple pernah ke Cameran Highland untuk rakaman Xpresi Kembara. Akan datang, dengarnya, Couple akan mengikuti sesi rakaman Xpresi Kembara di Pulau Tioman.

Terbaru, Budiey dikhabarkan oleh vokalis Couple yang mana lagu mereka yang berjudul Now That I Can See akan digunakan dalam filem antarabangsa berjudul SUPER arahan James Gunn lakonan Ellen Page dan Rainn Wilson. Filem ini bakal ditayangkan 1 April 2011 di Los Angeles dan New York. Filem Super diedarkan oleh IFC Films.

Filem ini mengisahkan tentang remaja yang tiada power tapi nak jadi super hero. Lebih kurang macam Kick Ass tapi kurang imaginasi. Lagu Now That I Can See yang menjadi salah satu dari 11 buah lagu ini akan dimuatkan dalam album Soundtrack. Album ini bakal memasuki pasaran pada 29 Mac 2011 yang diedarkan Lake Shore Records.

Xpressi Kembara Perhentian Day 2

Aidil bersama Ariana di Pulau Perhentian

Aidil Couple menerima email dari pengarah James Gunn yang berminat dengan lagu ini melalui MySpace pada tahun 2008. Menganggap ini satu rezeki dan tuah, Aidil terus menerima pelawaan James Gunn. Pada mulanya agak terkejut dan seperti tak percaya, Aidil sangat gembira dengan tawaran ini. Sekaligus beliau mengharapkan nama Couple akan lebih dikenali di luar negara dan juga di Malaysia.

Sebelum ini, X-box juga ada mengambil lagu Now That I can See untuk dimasukkan dalam trailer dan pilot episod.

Lagu Now That I Can See dicipta dan ditulis sendiri oleh Aidil ini menceritakan tentang pasal agak cinta dan kehidupan. Namun, maksud dan pengertian lagu ini agak subjektif.

Budiey ucapkan tahniah kepada Couple atas kejayaan ini.

Kenali COUPLE dengan lebih dekat melalui Twitter: @wearecouple, Myspace Couple, facebook: WeAreCouple dan blog Couple.

Klip sedutan dari filem SUPER semasa scene dari watak Crimson Bolt & Boltie (Rainn Wilson & Ellen Page)

Xpressi Kembara Perhentian Day 2

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • TOM CRUISE & CAMERON DIAZ IN KNIGHT & DAY
  • Avatar Special Edition Limited Digital 3D
  • Poster Film & Synopsis Brave Movie – Afdlin Shauki
  • Hannah Montana The Movie
  • Sandra Bullock Sah Bercerai
  • Discover The Secrets Behind Digital Film Making With Scott Billups
  • Aswara Menang Awards di 13th Lyon Asian Film Festival
  • The Black Eyed Peas Global Launch of Full HD 3D LED TV
  • Ticket Super Junior Asia Tour Super Show 2 Live in Malaysia 2010
  • Across The Universe Review: ABOUT THE CHOREOGRAPHY
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Adakah Benar Gosip Bunkface Berpecah?

    Posted: 22 Feb 2011 04:55 PM PST

    Minggu lalu, Budiey ada terbaca gossip di akhbar yang mengatakan kumpulan Bunkface telah berpecah. Ini berikutan dari kenyataan vokalis Bunkface, Sam atau Shamsul Annuar Bahron yang mengatakan beliau kini sibuk bersama dengan sebuah kumpulan band indie, The Azenders. Khabar angin juga mengatakan tempat Sam akan digantikan oleh seorang vokalis dari sebuah kumpulan band indie.

    Budiey mulanya melihat khabar angin ada benarnya setelah mendapati Sam tidak hadir bersama dengan dua anggota Bunkface yang lain iaitu Youk dan Paan semasa rombongan ke Pulau Perhentian bagi menjayakan rakaman Xpresi Kembara. Yang hadir bersama Youk dan Paan ialah artis di bawah naungan Bunkface Productions iaitu Mior atau nama sebenarnya, Mior Luqman Hakim Mohd Zain.

    Snorkeling Xpresi Kembara Day 2

    Meor bersama Youk semasa sesi snorkling di Pulau Perhentian semalam.

    Semasa di Majlis Santai Media & Pelancaran Xpresi Kembara musim terbaru yang diadakan di Pulau Perhentian Kecil semalam, desas-desus mengatakan Bunkface telah berpecah telah dinafikan oleh Youk dan Paan. Kata mereka, itu cuma rumors dan pihak Bunkface masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi tentang Sam keluar dari Bunkface.

    Antara sebab timbulnya gossip ini adalah kerana mungkin kebelakangan ini, Sam dilihat bersama kumpulan lain di mana Sam ada projek band bersama kumpulan itu yang kini sedang sibuk berada di studio untuk merakam album. Selain itu, Sam juga sedang sibuk dengan pertandingan Hard Rock Calling anjuran Hard Rock Cafe,

    Kerana sibuk dengan projek band dan sedang merakam album, Sam tak dapat datang bersama Bunkface di Pulau Perhentian.

    Youk dan Paan menafikan mereka dan Sam bergaduh dan ada isu dalaman. Hubungan mereka masih lagi baik.

    Bunkface juga turut menafikan akan mengambil Meor, artis residen Bunkface Productions sebagai vokalis menggantikan tempat Sam.

    Xpressi Kembara Perhentian Day 2

    jangan salah sangka ya, ini bukan grup Bunkface yang terbaru. Meor (dua dari kiri) cumalah artis residen Bunkface. Tiga dari kiri tu, PR Bunkface bernama Peah.

    Memetik kata Paan, ini semua adalah satu dugaan bagi Bunkface, mungkin ada hikmah. Kalau Tuhan kata esok Bunkface berpecah, kami akan berpecah. Ini semua bergantung pada takdir Tuhan. Namun, kalau boleh mereka tak nak ini berlaku kerana Bunkface sudah ada nama dan masih terikat dengan komitmen yang lain. Ternyata, Youk dan Paan rasa sangat sayang dan belum tiba masanya untuk mereka berpecah.

    Kata mereka, sekiranya berlaku juga pertukaran vokalis ia tidak berlaku pada pada masa terdekat ini memandangkan Bunkface masih lagi terikat dengan kontrak bersama dengan beberapa buah syarikat sebagai duta.

    Apa-apa pun, perkara ini akan diselesaikan dengan cara baik. Satu sidang media akan diadakan tak lama lagi untuk memberitahu tentang hal ini.

    Bunkface kini mahu lebih fokus kepada pembikinan album selain akan membuka sebuah studio mereka sendiri dan butik baju di Subang Jaya. Selain itu juga Bunkface akan menubuhkan satu production TV yang akan menerbitkan drama dan program TV.

    Gambar Bunkface di Pulau Perhentian – Xpresi Kembara

    Xpressi Kembara Perhentian Day 2

    Xpressi Kembara Perhentian Day 2

    Snorkeling Xpresi Kembara Day 2

    Snorkeling Xpresi Kembara Day 2

    Snorkeling Xpresi Kembara Day 2

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mila dan Akim Bercinta?
  • Gambar Ibu Fouziah Gous Pelakon Sifu & Tongga
  • Lirik Lagu Benar-Benar Adam
  • Keputusan Pemenang Shout! Awards 2009
  • Promo: Jams With PETERPAN Live in KL
  • Rumah Zubir Berita Harian Kena Simbah Cat
  • Quotes of the Day: Rima Melati Adam Sudah Ada Kekasih?
  • Gosip Selebriti: Isu Panas Artis Songsang & gay?
  • Gambar Kekasih Faralyna
  • Konsert Hujan VS Bunkface di KL Life Centre
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    (Exclusive!) Imran Ajmain Versi Remix Dilancarkan, Download Percuma.

    Posted: 22 Feb 2011 03:44 PM PST

    (Exclusive!) Imran Ajmain Versi Remix Dilancarkan, Download Percuma.


    Sebuah lagi kempen yang dijalankan oleh penyanyi ternama, Imran Ajmain untuk mendekatkan lagi diri dengan peminatnya di seluruh tanah air. 'Hilang Punca' merupakan koleksi lagu-lagu Imran Ajmain, asalnya dari album kedua-nya "Punca Dan Tindakan" yang kini telah dapat sentuhan remix oleh beberapa produser berbeza dari Malaysia dan Singapura.

    Lagu-lagu ini semua dibenarkan untuk dimuat-turun oleh orang ramai tanda terima kasih atas sokongan peminat kepada album keduanya. Kelainannya, setiap hari Imran Ajmain akan melancarkan sebuah lagu yang telah di-remix berdasarkan jadual-jadual yang telah ditetapkan. Kempen 8 hari ini telah pun bermula pada 22 Februari 2011 dan akan berakhir pada 1 Mac 2011.

    Peminat lagu-lagu Imran boleh burn lagu-lagu tersebut dalam cd kompilasi, malah turut disediakan artwork high resolution supaya boleh dicetak dan dijadikan CD koleksi peribadi. Antara lagu yang akan dimuatkan dalam Projek Remix Imran Ajmain ialah seperti berikut :

    1. Selamat Ulang Tahun Sayang – Rafikoncept Remix – 22hb Feb 2011
    2. Selamat Ulang Tahun Sayang – Spacebar Remix – 23hb Feb 2011
    3. Yang Ku Perlu – Boonyi Remix – 24hb Feb 2011
    4. Jika Engkau Pergi – Acoustic – 25hb Feb 2011
    5. Jika Engkau Pergi – Saerah's Cut – 26hb Feb 2011
    6. Jika Engkau Pergi – Rafikoncept Remix – 27hb Feb 2011
    7. Perjalanan – Maxlane Remix – 28hb Feb 2011
    8. (Elysia) Tak Mungkin – Young Remix – 1hb Mac 2011

    Paling menarik, Imran Ajmain turut menghasilkan sebuah lagu baru berjudul Yang Ku Perlu – Boonyi Remix. Kami baru dengar versi asal, itu pun sudah meremang bulu roma. Belum lagi dengar versi remix, sure fuh!

    Lirik lagu ciptaan Shah Shamshiri ini pernah menjadi lagu tema telemovie yang berjudul Siti Tivi. Lagu ini mengandungi sample lagu "Budi Setahun Intan Segunung" Nyanyian Ahmad Jais berduet bersama Kartina Dahari.

    Ikuti Projek Remix Imran Ajmain bermula hari ini!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Liyana Jasmay Covergirl Cosmopolitan Edisi Mac 2011

    Posted: 22 Feb 2011 11:35 AM PST

    Seperti satu hobi pula, kami kerap memaparkan artikel mengenai selebriti itu, selebriti ini yang menjadi gadis penghias untuk sesebuah majalah.

    Untuk edisi Mac 2011, Liyana Jasmay telah dipilih sebagai covergirl oleh majalah Cosmopolitan. Kali ini, Liyana Jasmay berkongsi cerita mengenai kisah cinta. Ehem, menakluki dunia dan cinta si dia. Siapakah si dia tersebut?

    Dalam keluaran sebuah akhbar minggu lepas, Aizat dikatakan telah menemui pengganti Liyana Jasmay dan kelihatan berpegang tangan ketika hadir di sebuah konsert. Nampaknya, aktres Liyana Jasmay turut tidak ketinggalan untuk menayang kekasih baru. Cold war, isn't it?

    Dapatkan majalah Cosmopolitan terbaru, banyak cerita yang menarik dipaparkan dalam edisi Mac. Kami tertarik dengan artikel Tak Ada Bajet – Panduan Kekal Hebat Walau Poket Kering. Huh, memang padan dengan perangai kami. Biar papa, asalkan bergaya. Ha ha.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.