Adsense

Rabu, 23 Februari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Terima kasih gosip - Akim, Stacy

Posted:

Terima kasih gosip - Akim, Stacy

Terima kasih gosip - Akim, Stacy


AKIM berterima kasih impak gosip cinta dia dan Stacy membuatkan Wall's memilih mereka untuk kempen terbaru produk aiskrim Cornetto keluarannya.


BUKAN satu rahsia lagi tentang gosip hubungan cinta yang terjalin antara juara Akademi Fantasia 6 (AF 6), Stacy dan pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia (AF7), Akim. Namun, teka-teki itu bagaikan terjawab dengan pemilihan mereka berdua sebagai duta terbaru aiskrim Wall's Cornetto.

Ia sekali gus menguatkan gosip bahawa mereka benar-benar bercinta.

Biarpun hubungan mereka itu hanya ditafsirkan sebagai rakan baik oleh Akim, 20, namun hakikatnya Stacy,21, pula mengakui sukar untuk menterjemahkan perasaannya terhadap Akim.

Ini kerana bagi Stacy, perasaan cinta hanya wujud apabila pasangan itu hidup bersama-sama sebagai pasangan suami isteri.

Walaupun menafikan mereka bercinta, tetapi tatkala melihat kemesraan mereka ketika majlis pengumuman duta terbaru aiskrim Wall's Cornetto bagi kempen Lafazkannya dengan stail Cornetto yang menggandingkan mereka berdua, ia seperti mahu memberitahu dunia bahawa mereka sedang bercinta.

Pada majlis yang diadakan di Neutral Club, Kuala Lumpur itu, Akim dan Stacy turut berduet lagu tema kempen tersebut iaitu, Jahatnya Cinta.

Malah ketika ditemu ramah secara berasingan, masing-masing bersikap terbuka malah saling memuji antara satu sama lain.

Tukar agama

Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad tersenyum lebar memuji Stacy dengan mengatakan gadis lincah itu kelihatan cantik sewaktu berduet di pentas pelancaran program itu sekalipun menafikan hubungan percintaan antara mereka.

"Hubungan cinta tidak ada. Kami berkawan baik, bersikap profesional dalam karier dan cuba menjadi duta Cornetto sebaik mungkin.

"Malah, Stacy teruja apabila menyanyikan lagu tema berentak dance, Jahatnya Cinta. Ia gabungan ekspresi cinta dan persahabatan menerusi lagu Inilah Cinta dan nyanyian Jahat oleh Stacy yang diberi nafas baru menjadi satu remix bertenaga," katanya yang turut bersyukur kerana disambung kontrak sebagai duta Cornetto untuk setahun lagi.

Sebaliknya pula jawapan Stacy ketika diusik dengan pertanyaan adakah dia tidak kisah sekiranya Akim bermesra dengan rakan wanita lain. Tanpa berselindung, dia mengakui cemburu sekiranya perkara itu berlaku di depan matanya.


AKIM dan Stacy pada majlis pengumuman mereka berdua sebagai duta terbaru Wall's Cornetto.


Pemilik nama sebenar Stracie Angie Anam itu sambil tertawa kecil juga mengakui dia dan Akim ada keluar bersama, tetapi terus berkata : "Hah! Kami tidak bercinta. Saya tidak mahu memberi 100 peratus fokus tentang cinta kerana bimbang fokus terhadap karier hilang."

Menjawab persoalan mengenai reaksi keluarga terhadap gosip yang mengaitkan dirinya dan Akim, penyanyi genit kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu berkata, orang tuanya tidak kisah.

Cuma, mereka lebih berminat mengetahui perkembangan kariernya dan mengakui rimas mendengar gosip percintaan anak mereka.

"Ya, saya pasti kamu semua (wartawan) akan tanya mengenai perkara ini. Memang ibu banyak menasihati saya. Dia selalu ingatkan saya supaya tidak cepat membuat keputusan (tukar agama) kerana bimbang, darah muda kan, kadang-kadang buat keputusan tapi tak fikir panjang.

"Tapi ibu saya juga berpesan, jika ditakdirkan jodoh saya dengan pemuda Melayu dan beragama Islam, dia sama sekali tidak menolak," ungkapnya yang mengaku selesa berkawan dengan Akim kerana dia seorang pendengar yang baik dan mudah mesra.

Bagaimanapun anak kelima daripada enam beradik itu tidak mahu memanjangkan isu tukar agama kerana menganggap ia isu sensitif dan dia juga masih belum berfikir terlalu jauh soal mengakhiri dunia bujangnya, apatah lagi dalam usianya yang masih terlalu mentah.

Katanya lagi, masih terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, iaitu sebagai anak, penghibur serta juga pelajar bermula Mac ini memandangkan dia akan menyambung semula pengajian Diploma Muzik dan Seni di Universiti Lim Kok Wing setelah menangguh sementara pengajiannya akibat kemalangan yang dialaminya pada Mei tahun lalu.

Namun jelas Stacy, sejak mula berkenalan dengan Akim kira-kira dua tahun lalu, kehidupannya memang sudah banyak berubah dan kekosongan hidupnya kini banyak diisi bersama jejaka itu.

"Bersama Akim, saya boleh berkongsi pelbagai cerita. Kami memang serasi dan satu kepala. Malah, sekarang ini saya pula memang tidak mempunyai ramai kawan.

"Semua kawan baik di Sabah sudah berkahwin, jadi perhubungan kami agak terbatas sedikit, tidak seperti dulu," ujarnya yang bakal mengeluarkan album yang memuatkan lagu-lagu ciptaan Edry Abdul Halim antaranya Kisah Dongeng yang akan diterbitkan syarikat rakaman Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

Mengulas perkembangan kariernya, Stacy berkata untuk album terbarunya itu, sedikit kelainan akan ditampilkan memandangkan sebelum ini dia hanya menyanyi lagu berkonsep rancak, tetapi kali ini Edry turut mencipta lagu berkonsep balada.


STACY mengaku sejak berkawan rapat dengan Akim, dia mempunyai seorang pendengar setia segala masalahnya.


"Saya selesa dengan dia (Edry) sebab dia memahami kehendak saya, malah dia juga pernah menasihati supaya bijak memilih lagu supaya identiti saya tidak lari," katanya yang mengakui susah baginya untuk tampil feminin agar bersesuaian dengan lagu berentak balada, Di Penghujung.

Imej bersih

Akim yang baru muncul dengan single terbaru berjudul Janji, menganggap gosip percintaan bersama Stacy itu sebagai sebaran yang positif dek kerana mereka dipertemukan oleh Wall's sebagai duta bagi jenama aiskrim untuk setahun.

"Sebenarnya, saya tidak pernah mencalonkan nama Stacy malah saya juga tidak tahu kontrak saya disambung buat kali kedua sebagai duta Wall's Cornetto.

"Jadi apabila mendapat tahu nama Stacy disebut untuk bergandingan dengan saya, sudah pasti saya gembira kerana kami berkawan baik.

"Mungkin juga pemilihan kami ini sedikit sebanyak disebabkan gosip bercinta sebelum ini," terang pelantun lagu Bengang itu yang sebelum ini bergandingan bersama Juliana Evans sebagai pasangannya untuk iklan aiskrim tersebut.

Tambah Akim, gandingannya bersama Stacy ini bakal merapatkan lagi hubungan persahabatan mereka memandangkan mereka akan bekerjasama untuk mempromosikan kempen jenama aiskrim tersebut tersebut.

"Ini adalah perkembangan yang sangat baik buat kami berdua. Disebabkan gosip tersebut, kami telah disatukan bersama Wall's Cornetto.

"Kami akan menjalankan tanggungjawab kami dengan penuh profesional," kata jejaka yang pernah dilabel sombong dan juga pernah dituduh membuang hadiah yang diberikan peminat.

Bagaimanapun, dia menganggap kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini tidak mematahkan semanganya untuk terus terlibat dalam dunia hiburan.

"Pengalaman masa lalu banyak mengajar saya melalui kehidupan sebagai artis, saya sentiasa belajar dari semasa ke semasa. Keluarga juga banyak memberikan sokongan," katanya yang mengakui seseorang itu perlu berimej bersih apabila diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Emma Akma ganti Ani Maiyuni

Posted:

Emma Akma ganti Ani Maiyuni

Emma Akma ganti Ani Maiyuni

Oleh SHANIKA ABDULLATIB


DARI KIRI: Mas Muharni, Md. Hussin dan Emma Akma merupakan teraju utama pementasan bangsawan Siti Zulaikha di Melaka.


SETELAH seminggu Raja Azrey atau nama sebenarnya, Raja Azri Raja Kamaruzzaman yang menerajui pementasan bangsawan Siti Zulaikha membuat sidang media tergempar, semalam, pihak penganjurnya iaitu Pertubuhan Teater Klasik Perak dan Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia tampil memberi penjelasan yang mengejutkan.

"Secara rasminya, kumpulan yang diterajui oleh Raja Azrey tidak akan ke Melaka pada 26 dan 27 Februari di Panggung Sari, Taman Budaya Ayer Keroh, Melaka nanti untuk melakukan persembahan.

"Sebaliknya, kumpulan di bawah arahan saya sendiri akan membuat persembahan tersebut dan akan diterajui oleh Emma Akma sebagai teraju utama iaitu Siti Zulaikha," ujar Muhammad Rizan Tohid yang menggantikan Raja Azrey selaku peneraju dan pengarah Siti Zulaikha.

Muhammad Rizan mendakwa pembatalan tersebut dilakukan kerana Raja Azrey meletak jawatan sebagai pengarah pada minggu lalu.

Sehubungan itu, sebagai peneraju Pertubuhan Teater Klasik Perak dan Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, Muhammad Rizan menjelaskan sudah menjadi tanggungjawabnya meneruskan pementasan tersebut.

Ketika mengadakan sidang akhbar tergempar di Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Lumpur iaitu lokasi berlangsungnya latihan kumpulan di bawahnya, dia menjelaskan kemelut tersebut disebabkan beberapa faktor.

"Apa yang terjadi sebenarnya, memang terdapat dua kumpulan (selain kumpulan Raja Azrey) yang menjalani latihan bangsawan Siti Zulaikha.

"Tetapi kumpulan yang diarahkan saya akan melakukan persembahan di Semarak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) , bukan di Melaka. Kumpulan Raja Azrey sememangnya akan membuat pementasan di Melaka," katanya.

Namun katanya, apabila terlalu banyak isu yang timbul dan klimaksnya Raja Azrey meletakkan jawatan dan semua tenaga produksi termasuk pelakon utamanya, Ani Maiyuni menarik diri, Muhammad Rizan memutuskan untuk menggantikan kumpulan Raja Azrey bagi pementasan di Melaka.

"Bukan sahaja melibatkan masalah teknikal dan pengurusan, malah kunci utama ialah pelakon kumpulan asal (kumpulan Raja Azrey) gagal menggunakan lenggok bahasa bangsawan supaya Siti Zulaikha benar-benar asli sepertimana dipersetujui pihak penganjur," katanya.

Namun, apabila Raja Azrey tidak dapat memenuhi permintaan penganjur untuk menjelmakan bangsawan secara asli, ia memberi impak kepada semua pihak yang terbabit.

Muhammad Rizan memberitahu, dia telah berusaha membetulkan dialog pelakon-pelakon kumpulan Raja Azrey selama dua minggu, namun mereka gagal melakukannya dengan baik.

"Saya faham susah payah pelakon yang telah menjalani latihan selama sebulan itu namun ia tidak menepati apa yang dikehendaki.

"Apabila Raja Azrey meletak jawatan dengan mengatakan dia tidak lagi mampu menerajui Siti Zulaikha, saya mengajak para pelakon kumpulan Raja Azrey untuk bersama-sama menjayakan pementasan tersebut," jelasnya.

Namun, mereka menarik diri dengan alasan tidak mampu membawa watak seperti yang diinginkan Muhammad Rizan.

Mengenai dakwaan Raja Azrey bahawa pihaknya tidak pernah datang ke latihan yang dijalankan oleh Raja Azrey, katanya itu adalah tidak benar.

Tegas Muhammad Rizan, sepanjang sebulan lebih latihan kumpulan Raja Azrey dijalankan di Bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, dia sentiasa hadir walapun tidak setiap hari.

"Sebab itu saya tahu ada yang tidak kena dan perlu diperbetulkan terutama dialog pelakon-pelakonnya," tegasnya.

Bagi pelakon watak utama Siti Zulaikha versi Muhammad Rizan, Emma Akma terpilih menggantikan Ani Maiyuni.

Menurutnya, dia ditawarkan watak tersebut dua minggu lalu.

"Saya terus menerima tawaran tersebut dan tiga hari kemudian, baru saya tahu mengenai kontroversi bangsawan ini," katanya yang turut serta pada sidang media tersebut.

Namun menurut Emma Akma, tidak akan timbul masalah antaranya dengan Ani Maiyuni kerana ia adalah keputusan pihak pengurusan.

"Fokus saya sekarang, menjalani latihan sebaik mungkin untuk membawa watak utama tersebut. Yang lain-lain, saya serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Selain Emma Akma, Md. Hussin akan membawa watak Sultan Zainal Ulong menggantikan DJ Pool, manakala Mas Muharni menggantikan Azza AF untuk watak Puteri Nur Manjalela.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Daniel Radcliffe main teater

Posted:

Daniel Radcliffe main teater

Daniel Radcliffe main teater


DANIEL RADCLIFFE


CUKUP sinonim dengan filem Harry Potter selama 10 tahun, kini Daniel Radcliffe keluar kepompong apabila mula menjejakkan kaki di pentas teater. Ia sekali gus memperlihat sisi lain Daniel termasuk kebolehan menari dan menyanyi.

Menerusi teater yang berjudul How To Succeed In Business Without Really Trying, Daniel akan membawa peranan sebagai J Pierrepont Finch. Finch adalah seorang tukang cuci di pejabat yang mempunyai cita-cita besar dalam kehidupannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.