Adsense

Rabu, 29 Disember 2010

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jangan ditanya lagi

Posted: 28 Dec 2010 03:19 PM PST

Hip

Maya melangkah 2011 penuh harapan selepas melalui banyak episod sedih pada 2010

JIKA diusik soal gosip cinta, Maya Karin sedia berkongsi cerita, atau menangkisnya atau berusaha menjelaskan sebaik mungkin, tetapi apabila menyentuh isu perceraian, wanita yang kembali solo sejak Julai lalu enggan mengubah prinsip membuka mulut mengenai bekas suami.

Biarlah di luar heboh dengan spekulasi perpisahan dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali yang dinikahi di Itali pada 14 Ogos 2008, bintang Pontianak Harum Sundal Malam itu lebih senang berdiam diri bagi menjaga hati semua pihak. "Kalau soal kerja dan perkara yang bukan berkaitan isu itu, saya sedia bercakap tetapi apabila menyentuh perpisahan kami, saya sudah menetapkan prinsip untuk terus menutup mulut dan akan menyimpan kisah itu sendiri sampai bila-bila," katanya yang kini hangat digosipkan punya hubungan dengan Yusry Abdul Halim.

Siapa mampu meneka gelodak rasa di sanubari sang selebriti berjiwa kental itu selepas mengharungi alam perkahwinan yang hanya sebentar cuma, seterusnya menyandang gelaran janda yang menjadi momokan buat semua golongan hawa.

Terdiam seketika seperti mahu menyusun kata-kata, dugaan berkenaan akuinya adalah ujian kerana setiap insan pasti melalui masa sukar dan Allah menurunkan dugaan kepada setiap insan dengan cara berlainan. Terpulang bagaimana mahu menghadapinya.

"Dalam diuji, saya semakin mengenal dan menyayangi diri sendiri. Bohong kalau saya katakan situasi sebegitu tidak mengganggu emosi tetapi hidup perlu diteruskan dan saya harus optimis merencana hari depan.
"Tahun 2010 adalah tahun menyedihkan buat saya tetapi saya cuba menghadapinya sebaik mungkin.

"Syukur pelbagai tawaran hadir serentak termasuk teater Natrah membuatkan masa saya sentiasa terisi dengan segala macam aktiviti sekali gus tiada ruang untuk meratapi nasib diri. Saya mahu buka buku baru, lempar jauh segala kesakitan," kata Aktres Wanita Terbaik Asia Pasifik 2006 yang kini dipilih sebagai sebagai duta InnerShine penuh makna.

Apa pun senyuman terukir semula di bibir manisnya apabila ditebak perihal dirinya yang kerap keluar berduaan dengan duda hangat, Yusry Abdul Halim, malahan pernah dilihat menonton wayang bersama di Alamanda, Putrajaya dan terbaru, bergandingan menyaksikan pra-tonton filem Khurafat.

Akui wanita jelita itu, tiada apa perlu disembunyikan kerana rantaian hubungan masih bersandarkan nilai persahabatan sejak digandingkan berdua pada sesi fotografi sebuah majalah sedekad lalu.

Enggan memikirkan mulut orang, figura yang pernah melalui episod kehancuran rumah tangga itu mengakui lebih selesa berkawan dengan pengarah dan pelakon itu yang disifatkan begitu memahami apabila boleh bersembang apa juga topik.

"Tidak salah keluar dengan kawan dan Yusry antara teman yang sama kaki wayang. Seperti mana orang lain, kami turut beratur membeli tiket. Mungkin kebetulan ada yang nampak kami di pusat beli belah Alamanda, Putrajaya minggu lalu ketika mahu menonton Narnia.

"Lagi pun tiada apa yang hendak disorok. Kebetulan lokasi pawagam berdekatan dengan pejabatnya di Cyberjaya, jadi sesekali saya akan ke sana. Kira-kira dua bulan lalu pun kami menonton wayang di tempat sama," katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman dirinya sebagai duta terbaru produk InnerShine Prune Plus.

Nyata aura bahagia yang terserlah sepanjang sesi sembang bersama media pada petang itu selain bahasa tubuh seakan mengiyakan ada sesuatu rasa melingkari perhubungan dua insan terbabit.

Apabila diusik sekali lagi, hanya tawa kecil kedengaran disusuli penafian kerana bagi Maya Karin, masih terlalu awal untuk memikirkan satu perhubungan serius selepas melalui episod perkahwinan yang berakhir dengan penceraian.

Katanya, tidak bermakna keluar bersama sebagai petanda mereka enak diulit tambahan pula selain Yusry, bintang Pontianak Harum Sundal Malam itu turut akrab dengan beberapa aktor lain termasuk Remy Ishak dan Bront Palaire.

"Inilah kehidupan kerana dengan sesiapa pun saya berkawan, ada yang cuba membuat telahan. Mungkin lelaki lain akan takut mendekati saya disebabkan cerita begini. Apa pun persahabatan antara kami ikhlas, jadi tidak perlu sorok-sorok.

"Bukan menidakkan apatah lagi kita tidak tahu apa yang ditentukanNya pada masa depan. Jika dia jodoh saya di kemudian hari, saya terima. Cuma buat masa terdekat ini rasanya tiada sebarang perancangan ke arah itu sama ada dengan dia mahu pun lelaki lain," ulasnya sambil sempat berseloroh.

Terus diasak dengan pelbagai soalan nakal, tidak sekali pun wanita berdarah campuran itu melenting sebaliknya gagah menangkis satu persatu 'serangan' sambil sesekali tawanya memecah keheningan dek usikan berterusan rakan media.

Tetap sibuk seperti biasa

Enggan menoleh ke belakang, kehadiran 2011 diharap membawa sinar dalam kehidupan serta kerjaya selaku pelakon, penyanyi, model dan pengacara malah sebagai isyarat nyanyian masih punya ruang di hatinya, album ketiga bakal menyusul tahun depan.

Mendapat sentuhan Audi Mok selaku komposer, bingkisan yang hampir dua tahun direalisasikan dengan jangkaan memuatkan 10 lagu adalah kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata kerana kerja pemilihan dan lagu diperhalusi secara teliti.

"Saya teruja menanti hasilnya apatah lagi ia dihasilkan berperingkat-peringkat tetapi saya puas mendapat kesempatan mencorak album sendiri malah kebanyakan lagu juga disuntik elemen lebih catchy, begitu juga liriknya," kata Maya Karin lagi yang bakal tampil bersama single pertama berjudul Terbang.

Mengenai lakonan pula. selepas tahun yang cukup memeritkan serta dipenuhi jadual kerja yang padat, aktres yang bakal mencecah usia 33 tahun itu disambar Astro Shaw bagi menjalani penggambaran pada Februari depan namun butirannya masih dirahsiakan.

Sementara itu, mengulas mengenai kontrak bersama Nona yang tidak disambung, bintang bermata galak itu tidak menafikan bermacam perkara yang berlaku dalam hidupnya sepanjang 2010 sehingga ada kala menyukarkannya turun ke lokasi sekali gus membuatkannya bersedia melepaskan tanggungjawab mengendalikan program berkenaan.

"Bersama Nona saya belajar banyak perkara baru. Sebagai orang yang diamanahkan mengendalikan sebuah program yang sudah berusia 25 tahun, saya sememangnya sedia menggalas cabaran dan disebabkan itu, saya rela 'melepaskan' Nona dengan hati terbuka," katanya.

Biar apa pun tanggapan terhadap diri serta keupayaannya meningkatkan terus rating rancangan terbabit, akui Maya Karin dirinya sudah melakukan sebaik mungkin demi memastikan penyampaian diterima ramai," kata pelakon yang membintangi filem Cun dan Ombak Rindu itu.

Bingkas beralih soalan bimbang si jelita kehilangan mood gembira, topik menyentuh penyertaannya dalam senarai calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-24 boleh dikatakan sejak terjun ke arena seni, nama Maya Karin tidak pernah terlepas.

"Saya terharu dengan sokongan ramai. Menerusi undian secara tidak langsung menunjukkan peminat menyedari hasil kerja kita malah saya juga tidak sabar kerana ada saja kejutan pada majlis pengiktirafan itu terutama bagi persembahan pentas," katanya.

INFO: Maya Karin

  • Maya Karin Roelcke, 27, dilahirkan pada 29 Oktober 1979. Berdarah campuran Jerman-Melayu, ayahnya, Gottfried Roelcke berasal dari Jerman, manakala ibunya, Che Zan, dari Pulau Pinang.
  • Anak sulung daripada tiga beradik ini mengikuti pendidikan terakhirnya di Institut Lim Kok Wing dalam bidang media dan pemasaran.
  • Antara filem lakonan Maya termasuk lah Seri Dewi Malam, Mr Cinderella 2, Tujuh Perhentian, Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM), Pontianak Harun Sundal Malam 2 dan terbaru Jari Hantu serta Anak Halal. Pernah merakamkan dua album solo, Maya Karin dan Bukan Qalamaya. Lagu popularnya ialah Erti Cinta.
  • Siri TV yang mengangkat nama Maya sebagai pengacara ialah Wavelength (TV3), Ratu Sehari (Astro Ria), Channel [V] dan Beauty Secret From The East (TV3). Maya turut menjadi model komersial TV. Antaranya Pantene, Wella, Halle, Yishion dan L'Oreal. Maya juga duta syarikat telekomunikasi terkemuka, Celcom selama setahun.
  • Anugerah pertama yang diraih Maya ialah Artis Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH01), Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH05, Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 di Fukuoka, Jepun, Pelakon Terbaik di Festival Filem Seram & Fantasi Estepona 2005 di Sepanyol serta Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Malaysia Ke-5.

  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Jawablah! Bukan hilangkan diri

    Posted: 28 Dec 2010 03:01 PM PST

    Hip

    Shahir

    Shahir

    Shahir harap kontroversi tidak jejas peluangnya dalam ABPBH2010

    JUARA Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir sudah bikin panas dalam industri hiburan. Bukan disebabkan pencapaian yang membanggakan tetapi suhunya menggelegak apabila dia dikatakan tidak berdisiplin. Bermula dengan membatalkan sesi fotografi mengikut suka hati, meminta bayaran ketika diminta mengadakan fotografi dan yang terbaru, suka menghilangkan diri tanpa dapat dikesan oleh sesiapa.

    Sikap tidak bertanggungjawab itu membuatkan banyak pihak pening termasuk pengurusannya. Khabarnya disebabkan masalah itu, terdengar ura-ura yang kononnya penganjur Anugerah Juara Lagu mahu menggantikannya dengan penyanyi lain. Selepas sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Shahir membuat pengakuan kepada Hip bahawa kehilangannya itu bukanlah kerana disengajakan tetapi disebabkan kesakitan yang dialaminya. Malah ketika temubual ini dibuat, Shahir baru saja selesai menjalani pemeriksaan kesihatan. Sambil memohon maaf atas apa yang berlaku, dia mengharapkan penjelasannya kali ini dapat memadamkan semua tuduhan yang tidak berasas sekali gus membersihkan kembali nama dan reputasinya yang sudah tercalar gara-gara gosip liar itu.

    Hip: Ramai yang tertanya-tanya ke mana Shahir menghilang sebelum ini?

    Shahir: Saya tidak hilang. Saya mendiamkan diri kerana pada masa itu berada dalam keadaan amat tertekan. Jiwa saya tak tenang selepas mendapat tahu yang saya mempunyai simptom kanser selepas menjalani pemeriksaan perubatan. Sebelum ini saya pernah dimasukkan ke dalam wad. Selepas menjalani pemeriksaan darah, doktor mengatakan yang saya mempunyai tanda-tanda penyakit kronik. Ketika itulah perasaan saya berperang dengan pelbagai andaian buruk. Saya dikatakan mempunyai potensi untuk mendapat kanser. Sebaik saja dimaklumkan doktor, saya tak tahu nak buat apa. Dalam fikiran hanya terbayang mati saja. Disebabkan itulah saya lebih selesa mendiamkan diri kerana fikiran amat runsing ketika itu. Lebih merisaukan bagaimana jika keluarga saya mendapat tahu perkara ini, terutama bapa saya. Sudahlah dia ada darah tinggi. Bimbang juga jika berita buruk ini membuatkan penyakitnya bertambah teruk. Jadi disebabkan tidak mahu perkara ini kecoh, saya fikir lebih baik saya mendiamkan diri saja dan mencari jalan untuk mengubat penyakit ini.

    Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.


    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    - Blog Hanz -

    - Blog Hanz -


    (VIDEO) Nexus One: "Web meets phone"

    Posted: 28 Dec 2010 04:17 PM PST



    Ok bagi penggemar yang suka buat panggilan video,menjadi satu masalah jika telefon anda tiada kamera di hadapan.Nak buat video conference tapi tak nampak pula muka orang yang anda hubungi.Masalah ini akan selesai jika alat ini ditambah pada telefon anda.Alat ini anda cuma perlu sangkut dan klip pada atas telefon bimbit anda.Mempunyai dua cermin-cermin pertama akan menghala ke muka anda dan cermin kedua akan menghala ke camera sensor di belakang.




    Telefon diatas ialah telefon Nexus One keluaran Google




    10 Fakta Menarik Tentang Lady Gaga

    Posted: 28 Dec 2010 10:36 AM PST






    LADY Gaga (gambar) terkenal sebagai penyanyi yang mampu mencipta populariti menerusi lagu-lagunya. Selain itu kostumnya ketika di pentas juga menjadi perhatian.

    Menurut Mademan, terdapat 10 fakta menarik tentang penyanyi Alejandro itu yang mungkin belum diketahui ramai:


    1. Lady Gaga belajar cara bermain piano secara sendiri hanya dengan mendengar alunan muziknya ketika berusia empat tahun. Dia adalah seorang pemain piano klasik terlatih.

    2. Gaga pernah menimba ilmu di Tisch School of Arts di New York University. Dia salah seorang daripada dua puluh orang yang mendapatkan pengiktirafan awal dari sekolah tersebut.

    3. Joanne Stefani Angelina Germanotta merupakan nama sebenar Gaga. Dia mendapat nama 'Lady Gaga' daripada pengurusnya, yang diambil dari lagu Queen berjudul Radio Ga Ga.

    4. Lady Gaga pernah muncul dalam program realiti MTV Boiling Point pada 2005 sebagai Stefani. Dia tampil dengan pakaian normal dan berambut perang. Namun Gaga gagal memenangi hadiah RM309 (AS$100) kerana tidak sanggup menahan amarahnya.

    5. Gaga juga muncul di The Hills episod 2008. Sebelum pertunjukan, pakaiannya rosak namun sempat dibaiki oleh Whitney Port dan Lauren Conrad.

    6. Pada 2006, Lady Gaga menjayakan sebuah konsert di kelab New York City dengan Stefani Germanotta Band, atau SGBand. Dalam konsert tersebut, Gaga hanya mengenakan kemeja biasa dan seluar, berbanding dengan penampilannya sekarang.

    7. Gaga pernah belajar satu sekolah dengan Nicky dan Paris Hilton di sekolah swasta di Manhattan, Amerika Syarikat.

    8. Pada awal kariernya, Gaga bernaung di bawah syarikat rakaman sebagai komposer untuk artis lain seperti Britney Spears, Pussycat Dolls, Fergie dan New Kids On The Block. Sekarang, dia lebih banyak menulis dan menghasilkan banyak lagu sendiri.

    9. Gaga pernah mewarnakan rambutnya yang hitam menjadi perang kerana ramai orang yang tidak dapat membezakan dirinya dengan Amy Winehouse. Dia juga sering tampil mengenakan rambut palsu dengan berbagai warna.

    10. Menurut sebuah wawancara dengan Rolling Stone, Gaga selalu berpakaian tak cukup kain dan sedikit aneh agar neneknya yang hampir buta boleh melihatnya di televisyen. Katanya: "Saya tetap dengan pendirian untuk tidak memakai seluar sehingga nenek saya boleh melihat saya di televisyen."

    sumber : mStar

    Blog Sensasi Ohbayu

    Blog Sensasi Ohbayu


    (GAMBAR) penembak laser di Bukit Jalil

    Posted: 29 Dec 2010 12:08 AM PST

    Sejak semalam aku syok pula layan twitter dan Facebook orang Indonesia. Di twitter dan facebook tak habis lagi orang Indo mengatakan pasal laser seperti masih tidak menerima kenyataan mereka dah kalah. Jika semalam tag #Malaysiacheatlaser menjadi top trending di web twitter. Hari ini tag HATE MALAYSIA pula sehingga mendapat nasihat dari bangsa lain yang bukan beragama Islam.

    Photobucket


    Semangat kebangsaan Abbasiyah diaorang yang begitu melampau sehinggakan meletak agama di tempat kedua. Antara tag diaorang "Berdamai itu harus tapi bukan dengan malingshit (Malaysia)". Begitu fanatik sungguh diaorang ni, sehingga sebab kalah bola ada sanggup berperang! Cuma jangan jadi pak kaduk dah la hoho..namun begitu masih ramai lagi yang berfikiran rasional.

    Kalau betul-betul hebat belasah lagi Malaysia pada final kedua nanti. Kita lihat siapa jaguh kampung. Malaysia or Indon?

    Gambar-gambar di bawah diambil dari FB, kononnya penonton Malaysia yang menembak laser tersebut. Namun begitu, kesahihannya adalah tak pasti kerana setakat nak tambah garisan hijau menggunakan Photoshop rasanya ramai yang pandai kan.

    Penembak laser semasa Malaysia bertemu Vietnam
    Photobucket

    Penembak laser Malaysia lawan Indonesia
    Photobucket
    Sumber gambar republika.id

    Namun begitu diaorang sebenarnya tersilap, kerana kecanggihan Malaysia………
    cahaya laser hijau tersebut dibuat oleh orang Jepun yang sangat meminati Safie Sali dan menggunakan laser hijau untuk melunturkan bomoh diaorang hohoho

    Photobucket

    sumber : isuhangat

    Baca Yang Ini Pulak:-

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    macam macam hiburan terkini

    macam macam hiburan terkini


    Ibu Perkenalkan Enam Calon Isteri Untuk Shamsul

    Posted: 28 Dec 2010 07:03 AM PST


    KUALA LUMPUR: Pengarah filem Shamsul Yusof akui agak sibuk sejak kebelakangan ini sehingga tiada masa untuk mencari pasangan hidup.

    Lantaran itu, ibunya, Datin Fatimah Ismail membantu Shamsul mencari calon isteri dengan memperkenalkan anaknya itu kepada lima hingga enam wanita.

    "Kebanyakan wanita itu adalah anak kepada kawan mak saya. Saya harap kalau ada rezeki dan jodoh pada tahun depan, saya nak berkahwin.

    "Umur saya pun dah nak masuk 27 tahun pada Mei tahun depan," katanya yang memenangi anugerah Lakon Layar Terbaik Filem menerusi filem Evolusi KL Drift 2 di Anugerah Skrin 2010, Jumaat lalu. Sebelum ini, dia pernah bercinta dengan pelakon Diana Danielle, namun hubungan mereka putus ditengah jalan sekitar hujung 2008.

    Dia mengakui mengenali ramai kawan wanita. Namun belum bersedia untuk menyunting mana-mana wanita kerana kebanyakan wanita yang ditemuinya tidak memahami kerjayanya yang sentiasa sibuk.

    Bagaimanapun, anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

    Sengaja diusik calon yang bagaimana yang dicari-cari, sambil tersenyum dia menjawab: "Saya mahu wanita yang memahami dan bermata biru."

    google: syamsul yusof, bakal isteri syamsul yusof, bakal tunang syamsul yusof, gambar tunang syamsul yusof, gambar kekasih syamsul yusof, gambar teman wanita syamsul yusof, syamsul yusof bertunang, syamsul yusof kahwin, syamsul yusof

    Fahrin Sudah Berfikir Untuk Bersara

    Posted: 28 Dec 2010 07:02 AM PST


    KUALA LUMPUR: Pelakon Fahrin Ahmad, 31, merancang untuk bersara daripada industri seni dan akan memerlahankan penglibatrannya dalam aktiviti itu secara perlahan-lahan mulai tahun depan.

    Kenyataan itu dikeluarkan setelah memikirkan jatuh bangun dalam industri yang dilaluinya sebelum ini.

    Selain itu, pelakon drama Dalil Cinta dan Qasidah Buat Laila ini sedang berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan.

    "Saya akan mengurangkan kerja dalam bidang seni mulai tahun depan. Tetapi tidaklah saya mahu berhenti berlakon secara drastik.

    "Saya mahu mengingatkan diri-sendiri dan rakan artis lain supaya sentiasa berpijak di bumi nyata.

    "Saya tidak malu mengatakan bahawa populariti dan permintaan ada turun naiknya. Jadi saya perlu fikirkan perancangan masa depan," katanya kepada mStar Online.

    Tambahnya: "Saya tekad dan muktamad untuk mengurangkan terima tawaran berlakon kerana kerja itu memerlukan komitmen masa yang tinggi.

    "Saya lihat industri seni banyak merampas hidup peribadi dan prejudis terhadap saya."

    Bagaimanapun, dia belum bersedia untuk berkongsi cerita tentang perniagaan yang diceburinya. Mungkin selepas dua hingga tiga bulan lagi baru akan dimaklumkan.

    "Saya sudah mempunyai rangka perniagaan dan sentiasa mencari peluang perniagaan. Selain itu, saya telah mempunyai beberapa orang rakan kongsi yang mahir dalam bidang masing-masing," jawabnya.

    Sein Nafi Orang Ketiga Punca Penceraian

    Posted: 28 Dec 2010 07:01 AM PST


    KUALA LUMPUR: Pasangan juara Sehati Berdansa, Syed Hussein Syed Mustafa atau lebih dikenali sebagai Sein menafikan wujudnya orang ketiga atau badi program Sehati Berdansa menjadi punca penceraiannya dengan Nana awal bulan lalu.

    Jelasnya, punca utama penceraian mereka adalah disebabkan tiada lagi persefahaman dalam menenruskan ikatan tersebut.

    "Itu hanya khabar angin, tiada orang ketiga atau badi Sehati Berdansa sebagai punca perpisahan kami.

    "Kami berpisah secara baik selepas berbincang untuk mengambil keputusan terbaik. Masing-masing setuju untuk mencari jalan hidup sendiri," ujarnya yang ditemui di Anugerah Skrin 2010, Jumaat.

    Pasangan ini disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 2 Disember lalu.

    Bagaimanapun, katanya dia menerima jika ditakdirkan kembali berkongsi hidup semula dengan bekas isterinya itu.

    "Saya dan Nana masih berhubung terutamanya kerana anak. Kami tidak mahu penceraian ini menjejaskan kehidupan anak-anak.

    "Buat masa ini saya bebas untuk menggambil anak saya pada bila-bila masa," ujarnya yang mempunyai dua cahaya mata Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

    Dalam pada itu, Sein mengakui perbezaan ketara setelah kembali menjalani hidup bersendiri. Justeru dia kini lebih menumpukan perhatian terhadap syarikat produksi miliknya, Cumwerk Sdn Bhd.

    "Saya akui banyak perbezaan hidup dulu dans ekarang. Tak dinafikan sunyi dari gelak tawa anak-anak, sebab itu saya tumpukan perhatian pada kerja.

    "Saya kini sibuk dengan penulisan skrip dan kerja-kerja disebalik tabir. Syarikat saya ini ditubuhkan pada bulan Julai tahun lalu.

    "Semua projek dalam proses pembikinan, dan Isya-Allah impian untuk menerbitkan sebuah drama atau filem," ujarnya yang baru menamatkan pengajian di London Film School dalam jurusan Seni Fotografi.

    Irma Hasmie Tak Mahu Terserempak Dengan Nabil

    Posted: 28 Dec 2010 07:00 AM PST


    KUALA LUMPUR: Pelakon Irma Hasmie,28, tidak mahu terserempak dengan bekas kekasihnya, Nabil Ahmad buat masa ini.

    Irma yang ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 24 Disember lalu berkata, selama ini dia tidak pernah terfikir akan kemungkinan berhadapan dengan peristiwa itu.

    "Kalau boleh tak naklah terserempak tapi kalau jadi juga, saya pun tak tahu nak buat apa," katanya.

    Hubungan Irma dan Nabil terputus di tengah jalan apabila pelakon wanita itu dikatakan memperoleh beberapa bukti kononnya Nabil turut menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

    Malah isu hubungan itu menjadi semakin panas apabila tersebar gambar yang dikatakan milik Nabil dengan seorang wanita sedang bercium.

    Jelas Irma, selepas hubungan mereka putus beberapa bulan lalu, dia tidak pernah lagi bertemu atau terserempak dengan Nabil dalam mana-mana majlis rasmi.


    Nabil Ahmad
    Irma berkata, sekiranya ditakdirkan juga dia terserempak dengan bekas kekasihnya itu, Irma berjanji akan bertindak profesional dan melayan Nabil seperti rakan artis yang lain.

    "Saya belum pernah jumpa dia selepas kami putus. Harap-harap buat masa ini tak terserempaklah. Tapi kalau terserempak juga, kita kenalah profesional. Insya-Allah, Irma boleh menghadapinya," katanya.

    Menurut Irma, jiwanya pada waktu ini semakin tenang dan dia amat bersyukur dalam tempoh perkenalan singkat mereka Allah telah memberi petunjuk Nabil bukan calon suami yang sesuai untuknya.

    Tambah Irma lagi, walaupun Nabil pernah menyuarakan harapan untuk berbaik semula tetapi hatinya sudah tertutup untuk lelaki itu.

    Ditanya apakah perbezaan selepas dia putus cinta dengan Nabil dan pelakon Farid Kamil, kantanya kedua-dua mempunyai pengalaman berbeza.

    "Putus cinta dengan Farid tak seteruk putus cinta dengan Nabil. Tapi Irma dapat hadapi kedua-duanya dengan baik," jelasnya.

    Tidak mahu memikirkan soal lelaki buat sementara waktu, ujar Irma dia sekarang mahu memberi sepenuh tumpuan dalam bidang seni.

    Nurkhiriah Buktikan Perbezaan Popular dan Terbaik

    Posted: 28 Dec 2010 06:58 AM PST


    KUALA LUMPUR: Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2010, Nurkhiriah memberitahu tidak sesekali meletakkan harga tinggi setelah memenangi anugerah tersebut.

    Menurutnya dia hanya melakukan tanggungjawab sebagai seorang pelakon dengan baik tanpa memikirkan populariti dan anugerah yang bakal diterimanya.

    "Tidak pernah terfikir untuk meletakkan harga yang tinggi setelah memenangi anugerah tersebut. Bagi saya itu adalah tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk melakonkan watak dengan baik.

    "Bagi saya inilah perbezaan bagi seorang pelakon popular dengan terbaik," ujarnya yang memenangi anugerah tersebut melalui drama Antara Garisan.

    Dalam pada itu, Nurkhiriah turut memberitahu dia lebih selesa berlakon di kaca skrin televisyen berbanding filem.

    google: nurkhiriah, nurkhiriah facebook, nurkhiriah twitter, nurkhiriah blog, nurkhiriah myspace, nurkhiriah mengandung, nurkhiriah hamil, baby nurkhiriah, nurkhiriah melahirkan anak, nama baby anak nurkhiriah, anugerah nurkhiriah, drama nurkhiriah, keluarga nurkhiriah, suami nurkhiriah, foto nurkhiriah, gambar nurkhiriah dan anak anak, gambar nurkhiriah dan suami

    "Saya lebih suka berlakon drama berbanding filem. Drama lebih mudah untuk ditonton untuk seisi keluarga berbanding filem.

    "Saya juga tahun untuk berlakon filem terutamanya sebagai pelakon utama memerlukan kriteria yang agak tinggi. Namun untuk buktikan bakat lakonan kita ia tidak hanya perlu sehingga ke layar perak," jelasnya.

    Bercerita tentang rahsia selama 10 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan, Nurkhiriah memberitahu restu keluarga adalah paling utama.

    "Apa yang penting ialah kita perlu ikhlas dalam setiap kerja yang kita lakukan. Bagi saya pentingnya restu keluarga dan suami dalam setiap kerja yang kita lakukan.

    "Insya-Allah segala urusan dan rezeki kita akan dipermurdahkan Allah," katanya.

    Hans Isaac Lupakan Kerja Seketika Demi Ibu

    Posted: 28 Dec 2010 06:56 AM PST


    PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Hans Isaac terpaksa melupakan seketika kerja seninya demi memberikan perhatian kepada kesihatan ibunya, Carmina Isaac, 72, dalam dua hingga tiga bulan ini.

    Namun bukan bermakna melupakan terus, sebaliknya tumpuan utamanya lebih diberikan kepada ibu berbanding kerjaya.

    Katanya, ibu lebih penting dari segala-galanya dan tidak kisah untuk menghabiskan masa bersama-sama wanita yang menjaganya sejak kecil.

    Malah dia menganggap penundaan teater muzikal Lat The Kampung Boy yang sepatutnya dipentaskan di Istana Budaya pada Disember ini kepada Mac 2011 sebagai suatu hikmah dari Tuhan.

    "Nampaknya Tuhan sudah mengatur yang terbaik untuk saya dan memberikan petunjuk agar saya menjaga mak. Kalau saya teruskan untuk membuat teater itu mungkin tak dapat fokus.


    Bront Palarae, Elaine Daly dan Harith Iskander turut hadir memeriahkan majlis.
    "Saya tetap bersyukur kerana ibu saya pun semakin pulih. Apa-apa pun, saya tetap akan menjaganya dan meluangkan masa kepadanya. Selepas itu, baru saya akan tumpukan kepada kerja. Saya juga bernasib baik kerana mempunyai pasukan (Tall Order Productions Sdn Bhd) yang bagus," katanya yang menyambut Hari Krismas pada 25 Disember lalu di rumah ibunya di Ampang.

    Bagaimanapun, pengarah filem Cuci The Musical ini sempat berkongsi perancangannya untuk tahun 2011.

    Menurut pelakon filem Misteri Jalan Lama yang bakal ditayangkan di pawagam pada Mac ini, dia bakal menerbitkan tiga buah drama rantaian iaitu 7 Gerhana (Astro), Cinta Melbourne (TV3) dan Cuci Cuci Services musim kedua (RTM) serta dokumentari Underwater (TV3).

    Menariknya untuk Cuci Cuci Services 2, dia akan menampilkan watak baru dalam drama tersebut dengan menampilkan gandingan hebat pelakon Nabil (Raja Lawak), Afdlin Shauki dan Awie yang sinonim dengan teater Cuci The Musical yang telah dua kali dipentaskan di Istana Budaya.

    Hans juga berkongsi berita gembira bahawa Cuci The Musical juga bakal dipentaskan buat kali ketiga di Istana Budaya pada Februari 2012 atas permintaan pihak Istana Budaya dan peminat.

    "Bermula 2011, saya akan siapkan empat projek untuk TV secara berperingkat sehingga bulan Julai. Selepas itu saya akan mengarah dua buah filem bermula Julai hingga Disember.

    "Saya mensasarkan untuk berlakon sebuah filem dalam setahun. Jadi pada tahun 2011 saya harap mendapat tawaran berlakon filem yang mempunyai skrip yang bagus," ujarnya yang turut akan mengarah dokumentari Underwater.

    Sementara tiga buah drama lagi diserahkan kepada pengarah yang mendapat kepercayaannya seperti Heykal Hanafiah, Harun Salim Bachik dan pengarah baru.

    Sempena Tahun Baru yang bakal menjelang beberapa hari lagi, Hans turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011.

    "Saya nak ucapkan kepada semua kawan-kawan, jangan selalu memikirkan tentang kerja sehingga melupakan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita kena cari hidup yang seimbang agar pandai membahagikan antara kerja, diri-sendiri dan keluarga.

    "Jadi, mulanya tahun baru ini, jaga diri baik-baik," luahnya dengan suara serak kerana terlalu seronok menonton perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ahad, yang menyaksikan kemenangan kepada pasukan Malaysia sekaligus menewaskan pasukan Indonesia dengan 3-0.

    Hans turut berpuas hati dengan pencapaian terbaik yang dilakukan oleh pasukan bola sepak Malaysia setelah 14 tahun menanti.

    'Ustaz Amirul' Papar Kisah Ustaz Berpoligami

    Posted: 28 Dec 2010 06:55 AM PST


    AMPANG: Ustaz Amirul, drama terbaru di slot Zehra menampilkan seorang ustaz yang hidup dalam dilema dalam percintaan sehingga dia memilih untuk hidup berpoligami.

    Bagi pengarahnya, Ahmad Idham, drama Ustaz Amirul cuba merungkai tentangkisah hidup seorang ustaz dari kaca matanya sebagai seorang manusia biasa.

    "Biasanya kita melihat ustaz sebagai seorang yang baik dan alim tetapibagaimanapun seorang ustaz tidak boleh lari dari nafsu dan perasaancinta.

    "Jadi saya cuba menyampaikan cerita tentang kisah cinta seorang ustaz yang dalam dilema kerana mencintai dua orang wanita," katanya semasa sidang media pelancaran drama itu di Restoran Istana Bambu, di sini, Selasa.

    Menurut Idham, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyunting Ashraf Muslim melakonkan watak Ustaz Amirul.

    Idham tekad mengambil Ashraf untuk memegang watak utama itu dan sanggup menunggu sehingga pelakon itu betul-betul mempunyai masa terluang.


    Para pelakon Ustaz Amirul.
    Ini kerana Idham berasa yakin watak itu hanya layak dibawakan oleh Ashraf selain permintaan daripada pihak TV3 sendiri.

    "Saya dah lama bincang dengan Ashraf tentang cerita ini dan setelah dia bersetuju, baru kita memulakan penggambaran," ujarnya lagi.

    Drama ini akan disiarkan di TV3 mulai 7 Januari ini, setiap Jumaat pukul 9 malam.

    Ustaz Amirul, sebuah drama rantaian terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd yang skripnya ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim.

    Drama ini membawa penonton menyelami perjalanan emosi seorang ustaz yang dicabar oleh pelbagai rintangan dan dugaan realiti, cinta, keluarga dan diri-sendiri.

    Selain Ashraf, turut membintangi drama ini adalah Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Fauzi Nawawi dan Zoey Rahman.

    Harian Metro: Rap

    Harian Metro: Rap


    Sabrina sudah ada buah hati

    Posted: 28 Dec 2010 08:08 AM PST

    BERGELAR ibu bukan penghalang kepada dua wanita cantik ini meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan. Malah, nama Salina Saibi, 28, dan Sabrina Ali Dad Khan, 30, mula meniti di bibir peminat drama dan filem Melayu selepas kedua-duanya mendirikan rumah tangga.

    Bagaimanapun, kebahagiaan perkahwinan Sabrina tidak bertahan lama apabila bercerai dengan suaminya juga pengurus artis, Shahrin pada Mei lalu.

    Jelas Sabrina yang ditemui dalam sesi fotografi khas bersama Salina bagi mempromosikan filem terbaru mereka Khurafat, pelakon berketurunan Pakistan dan Afghanistan ini menafikan perceraiannya punya kaitan dengan badi rancangan Sehati Berdansa.


    "Sudah tidak ada jodoh. Saya menerima semuanya dengan reda. Ia tiada kena mengena dengan badi rancangan Sehati Berdansa yang kami sertai. Masalah timbul sebelum itu lagi.

    "Menyertai Sehati Berdansa diharapkan mampu memulihkan keadaan kerana itu saja ruang untuk kami sentiasa bersama. Tetapi takdir menentukan bahawa kami tidak mampu lagi hidup bersamam," katany.

    Begitupun, kekosongan hati Sabrina kini sudah terisi dengan kehadiran jejaka kelahiran Raub, Pahang, bernama Amir, 28 tahun. Mereka juga dilihat hadir bersama sewaktu majlis tayangan perdana filem Khurafat di GSC, Mid Valley, di ibu kota baru-baru ini.


    Akui Sabrina, dirinya tidak pernah menyorokkan apa-apa dari sesiapa. Katanya, keluarga tahu hubungan mereka dan itulah perkara pertama yang dilakukannya.

    "Amir juga datang beraya bersama keluarga saya masa Aidilfitri lalu sebelum pulang ke kampungnya di Raub," katanya.


    Kata Sabrina, sekiranya tiada aral mereka merancang bernikah tahun hadapan, tetapi segalanya bergantung kepada pihak lelaki.

    "Ialah saya orang perempuan bukannya boleh buat keputusan. Bagaimanapun pada saya lebih baik kami mengakhiri perhubungan ini dengan cara yang baik. Mengelakkan daripada perkara buruk dan mungkar.

    "Saya mengharapkan semua pihak di luar sana mendoakan yang baik untuk kami berdua," katanya.


    Menjelaskan mengenai keyakinannya terhadap Amir sebagai pengganti Shahrin, kata Sabrina, dia banyak belajar daripada kesilapan lalu. Malah, dia mahu kedua-dua pihak bersikap lebih terbuka dalam menjalinkan hubungan.

    "Perkara pertama sudah tentu saya melihat kepada hubungan Amir dan Aryana. Jika dia tidak boleh menerima anak saya, hubungan kami pastinya tidak dapat diteruskan.

    "Keduanya, saya lebih berterus-terang. Saya tunjukkan kepada Amir diri saya yang sebenar agar dia tahu.

    "Saya tidak mahu apabila berkahwin nanti masing-masing terkejut. Kemudian timbul masalah dan rumah tangga bergolak. Sekiranya ada jodoh kali kedua, saya cuba mengelakkan perkara itu daripada berlaku," katanya.


    Bercerita mengenai filem Khurafat, jelas Sabrina, ia berupa filem pertama lakonannya dan disebabkan itu dia bersungguh-sungguh agar wataknya sebagai Ana yang mengalami masalah jiwa benar-benar memberikan kesan.

    Tidak dinafikan, melihatkan lakonan Sabrina pasti ada penonton berasa gerun terutama apabila melihat dia bermain dengan pisau dan menikam diri sendiri.


    "Saya hilang diri sewaktu menjalani penggambaran babak itu. Tidak tahu kenapa. Mungkin kerana terlalu terbawa-bawa dengan watak Ana yang mengalami tekanan sampaikan apabila jurusolek saya menegur tapak tangan saya luka selepas bermain dengan pisau, baru saya sedar apa yang berlaku," katanya.


    Jelas Sabrina, sebagai pelakon dia memang benar-benar mengharapkan diberikan watak berbeza apabila membintangi filem dan tidak mahu sama dengan apa yang pernah dilakukan dalam drama.

    Sabrina turut berterima kasih kepada adik saudaranya juga pengarah Khurafat, Syamsul Yusof kerana memberikannya watak yang memberi impak cukup kuat dalam filem itu.


    Sementara itu, Salina menjayakan filem Khurafat sebagai bidan terjun kerana menggantikan pelakon sedia ada yang menarik diri di saat-saat akhir. Pelakon berasal dari Kuala Lumpur ini memegang watak sahabat Ana.


    "Hendak diikutkan, memang watak lakonan saya itu biasa saja, tidak seperti Bohsia. Namun memandangkan niat saya mahu menjayakan filem Syamsul yang mencuba tema filem berbeza, membuatkan saya terima tawaran diberikan.

    "Lagipun, seronok kerana kru terbabit adalah yang sama menghasilkan drama lakonan saya. Kami ibarat keluarga dan sudah tentu saya mahu bekerja dengan ahli keluarga sendiri," katanya.


    Salina yang memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22), tidak menafikan sekiranya mampu dia mahu memilih watak dibawakan dalam filem agar ia memberi kesan mendalam di samping menjaga mutu lakonan yang sudah diberikan kepada penonton sebelum ini.


    "Kemenangan di FFM-22 menjadi penanda aras. Kalau boleh, saya mahu membawakan watak lebih mencabar berbanding apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Bagaimanapun ia belum lagi saya peroleh.

    "Mungkin sambungan Bohsia nanti saya dapat apa yang saya mahukan. Perkara itu sudah pun saya bincang dengan Syamsul. Dia nampaknya tertarik dengan idea yang saya berikan. Bagaimanapun tidak banyak saya boleh ceritakan mengenainya. Kita tunggu dan lihat," katanya.


    Menyentuh mengenai dunia lakonan dan keluarga, Salina yang mendirikan rumah tangga dengan Azmir Osman, 46, cuba mengimbangkan kedua-duanya agar tidak timbul masalah di kemudian hari.


    "Sebab itu saya hanya menerima dua tawaran dalam satu bulan. Bagi saya berlakon adalah kerja mencari rezeki, begitupun tanggungjawab terhadap keluarga tidak boleh diabaikan.

    "Bekerja dengan Skop Production juga mudah kerana apabila terbabit dengan satu produksi saya senang hendak menguruskan jadual.

    "Saya juga pernah menyatakan kepada Datuk Yusof Haslam, kalau boleh saya tidak mahu bekerja pada hari Sabtu dan Ahad. Itulah waktu untuk menghabiskan masa bersama keluarga.


    "Kadang-kadang Datuk Yusof perli juga saya sebab kata saya berlakon macam kerja pejabat. Suami juga bekerja ikut waktu pejabat dan biasanya pada hari Sabtu dan Ahad dia cuti. Jadi kalau boleh saya mahu menghabiskan waktu bersamanya dan anak, Farah Syakira.

    "Pada saya sebagai manusia, kita tidak hidup lama di dunia ini. Jadi kalau boleh, saya mahu lihat rumah tangga saya berkembang hari demi hari. Saya mahu lihat Farah membesar depan masa saya. Perkara ini penting agar esok bila sudah meningkat tua, ia menjadi kenangan paling manis," katanya.


    Filem Khurafat menampilkan Sabrina dan Salina diterbitkan Skop Production Sdn Bhd dengan kerjasama Primework Studios bakal ditayangkan di pawagam 13 Januari depan.

    >Profil
    NAMA PENUH: Sabrina Ali Dad Khan
    TARIKH LAHIR: 26 Jun, 1980
    UMUR: 30
    ASAL: Kuala Lumpur
    HOBI: Menonton wayang dan melayan anak
    STATUS: Ibu Tunggal
    ANAK: Ariyana
    KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model
    DRAMA: Lady Anne, Astana Idaman, Misteri Jeram Lesung, Villa Dr Brown, Le Cinta Di Langkawi, Sephia, Haryati, Traffic Light, Sembilu 3, Mahligai Gading, Salina 2, Biarku Sentuh Cintamu, Janji Kekasih, Janji Diana, Cinta Di Hujung Canting dan Astana Idaman 3
    RANCANGAN TV: Sihat, Cergas dan Cerdas (RTM)
    Teater: Di Mana Setanggi

    >Profil
    NAMA PENUH: Salina Saibi
    NAMA KOMERSIAL: Salina
    TARIKH LAHIR: 10 Januari 1982
    UMUR: 28
    ASAL: Kuala Lumpur
    KARIER: Pelakon, pengacara, model
    FILEM: Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam
    DRAMA: Gerak Khas, Si Capik, CID, Pasrah, Air Mata Maria, Kembali Bertaut, Dari Mata Arissa, Bila Guruh Bergempita, Pintu Ke Syurga dan Spy Man
    IKLAN: Kayla Beverly Hills
    PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah
    STATUS: Berkahwin
    NAMA SUAMI: Azmir Osman
    NAMA ANAK: Farah Syakira

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Laris tanpa pratonton

    Posted: 28 Dec 2010 08:05 AM PST

    SEKALIPUN tiada sesi pratonton media diadakan untuk teater muzikal Siti Di Alam Fantasi 2010, namun sambutannya tetap hebat. Malah, tiket RM30, RM50 dan RM70 habis dijual dan ia satu petanda baik bagi teater kanak-kanak.

    Sudah tentu ia pencapaian sangat membanggakan bagi pengarahnya, Aminah Rhapor. Justeru, apakah kerana sambutan menakjubkan ini menjadi sebab Istana Budaya (IB) berasakan tidak perlu sesi pratonton media diadakan sebagaimana teater lain yang dipentaskan di IB sebelum ini? Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani berkata, pihaknya sentiasa memerlukan kerjasama media untuk publisiti dan promosi setiap teater yang dipersembahkan di pentas berprestij itu. Cuma, kali ini pratonton tidak dibuat atas sebab tertentu.


    "Saya tahu, sudah menjadi kebiasaan kami di IB menjemput media ke sesi pratonton sehari sebelum pementasan. Namun, bagi Siti Di Alam Fantasi sebenarnya kami mengambil kira aspek keselamatan kanak-kanak.

    "Persediaan teater ini untuk dipentaskan agak pendek. Malah, ia turut menggunakan khidmat ramai pelakon kanak-kanak dan mereka tidak mahir lagi dengan pergerakan pentas. Jadi, mereka berisiko jika terjatuh dan tercedera.


    "Selain itu, kami melihat kepada faktor teknikal. Berdasarkan pementasan terdahulu, saya melihat masih banyak perlu diuruskan berkaitan teknikal sehari sebelum pementasan. Jadi, bagi memastikan semua terkawal tiada sesi pratonton dibuat.


    "Malah, kami di IB memberi peluang media menyaksikan persembahan Siti Di Alam Fantasi pada malam pertama pementasannya bersama pengunjung lain. Apapun, saya sangat gembira kerana media tetap memberi sokongan kepada IB," katanya.

    Mohamed Juhari berkata, selama seminggu Siti Di Alam Fantasi dipentaskan di Panggung Sari, IB bermula 22 Disember lalu, kira-kira 80 peratus tiket sudah dijual. Malah, boleh dikatakan panggung penuh setiap malam dengan kehadiran pengunjung.


    Katanya, jika ada pun kerusi yang kosong, ia membabitkan tiket RM100 dan RM150. Oleh itu, beliau menolak sama sekali dakwaan teater muzikal Siti Di Alam Fantasi kurang mendapat sambutan walaupun diterajui Liyana Jasmay.

    "Memandangkan teater ini konsepnya sesuai untuk kanak-kanak, maka jalan cerita dan hiburannya harus berjaya mencuit hati golongan terbabit. Jadi, saya melihat Aminah berjaya merealisasikan teater ini dengan penuh dedikasi.


    "Tidak mudah menghasilkan teater kanak-kanak. Namun, sehingga kini beberapa teater kanak-kanak berjaya dipentaskan IB seperti Aladdin, Ali Baba, Sinbad dan Gamat. Malah, Siti Di Alam Fantasi pun pernah dipentaskan IB pada November 2000," katanya.


    Berakhir pada 31 Disember ini, pementasan teater Siti Di Alam Fantasi menyingkap kisah seorang kanak-kanak yang cantik, tetapi bersikap angkuh dan sombong. Ia memaparkan kisah pengembaraan Siti yang memuatkan pelbagai mesej positif.


    Begitu juga dengan variasi pendidikan, ia sesuai ditonton pelbagai peringkat usia, tetapi pastinya lebih seronok untuk kanak-kanak. Jika Liyana melakonkan watak Siti untuk versi 2010, peranan ini pernah digalas Amy Mastura 10 tahun lalu.


    Barisan pelakon, Ebby Yus sebagai Mamat, Johan Raja Lawak (Pokok), Vanidah Imran (Ratu Labah-Labah), Fizo Omar (Putera & Ketua Lipas), Datin Paduka Umie Aida/ Ziela Jalil (Permaisuri Katak), Mas Muharni (Bayan), Che Kem/ Abdul Mutalif (Ulat Bulu), Lokman Ghani (Tuan Malim), Jamal Mohamad (Putera Katak) dan Nurul Ain Othman (Ahli Sihir).

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Syazwani paling konsisten

    Posted:

    Syazwani paling konsisten

    Syazwani paling konsisten



    ACARA kemuncak Kamilah Bintang yang berlangsung di Studio Finas, Hulu Kelang, Selangor minggu lalu telah menyaksikan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, Petaling Jaya, Syazwani Sapari dinobatkan sebagai juara dengan menewaskan lima peserta yang lain.

    Menyanyikan lagu berjudul Bertamu Di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor pada acara kemuncak, ternyata Syazwani telah dapat membawakan lagu berkenaan dengan baik. Lebih menarik lagi, nyanyian Syazwani itu juga turut melahirkan rasa kagum buat penyanyi asal lagu berkenaan yang turut diundang khas.

    Ketika ditanya tentang kemenangan yang diraih itu, Syazwani menjelaskan dia sendiri tidak menyangka untuk muncul sebagai pemenang. Ujarnya, persembahan kelima-lima peserta yang lain juga sangat bagus menyebabkan persaingan menjadi lebih sengit.

    "Pada mulanya saya memang tidak yakin untuk menang. Namun saya bertekad untuk membuat persembahan yang terbaik dan berpuas hati dengan persembahan pada acara akhir ini biarpun ada peserta lain membuat persembahan yang lebih baik.

    "Dengan kemenangan ini juga, saya berharap akan dapat lebih banyak peluang untuk menyanyi selepas ini. Namun saya akan tetap mengutamakan pelajaran demi untuk mengejar cita-cita sebagai doktor," ujarnya ketika ditemui selepas berakhir pertandingan tersebut.

    Kemenangan yang diraih oleh Syazwani itu sebenarnya turut dibantu dengan persembahan konsisten peserta berkenaan pada setiap minggu. Malah, dia juga muncul sebagai juara untuk minggu kelima dan sering berada di kedudukan kedua pada minggu-minggu sebelumnya serta menjadi peserta pilihan untuk menang.


    BERJAYA bergelar juara Kamilah Bintang, Syazwani ingin meneruskan usahanya bagi menggapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor pula.


    Sementara, jumlah keseluruhan markah yang telah dikumpul oleh Syazwani pula adalah 46.5 dan perbezaan 0.4 markah untuk mengatasi peserta yang muncul naib juara. Dengan kemenangan itu, Syazwani telah berjaya meraih hadiah berupa biasiswa pendidikan sebanyak RM15,000, pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast, Australia, komputer riba, iPod shuffle dan dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas.

    Kamilah Bintang merupakan sebuah pertandingan rancangan realiti TV yang mencungkil bakat nyanyian kanak-kanak dalam bidang nyanyian. Ia turut menampilkan konsep baru bagi rancangan realiti TV apabila tiada penyingkiran di kalangan pesertanya.

    Untuk memenangi pertandingan ini, kesemua peserta perlu mengumpul mata tertinggi dari minggu pertama hingga kelima sebelum diumumkan sebagai pemenang. Malah, keenam-enam peserta turut mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada ikon penyanyi tanah air yang cukup terkenal seperti Amy Search, Noh Hujan, Farah Asyikin, Aizat dan Stacy.

    Menariknya tentang pertandingan ini juga, seorang peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap minggu akan diumumkan sebagai pemenang dan hadiah kemenangan yang bernilai RM10,000 akan diberikan kepada pihak sekolah.

    Sementara itu, Raja Mohd. Faisal Khairullah Raja Abdul Halim Shah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor yang telah muncul sebagai juara sebanyak dua kali iaitu pada minggu pertama dan keempat menduduki tempat kedua dengan jumlah markah keseluruhan 46.1.

    Bagaimanapun, Faisal yang memilih lagu Salam Terakhir nyanyian allahyarham Sudirman Haji Arshad untuk persembahan pada acara kemuncak tetap menambat hati ketiga-tiga juri dengan lantunan vokal yang begitu memukau.


    AKSI hebat Farhan di samping gitaris kumpulan Kristal, Rodi.


    Ketika ditanya apakah perasaannya apabila terpilih untuk menyertai rancangan ini, dia meluahkan rasa gembiranya kerana selain muncul naib juara, melalui pertandingan ini juga dia dapat bertemu dengan artis-artis pujaannya seperti Aizat.

    "Sebelum ini saya selalu membuat persembahan di sekolah dan majlis kenduri kahwin. Ini merupakan kali pertama saya menyertai pertandingan nyanyian sebesar ini dan saya sangat bersyukur meskipun hanya mendapat tempat kedua," ujarnya yang turut memiliki bakat menari.

    Muncul sebagai naib juara, Faisal telah berjaya membawa pulang hadiah biasiswa pendidikan sebanyak RM10,000, pakej percutian ke Taman Tema Hong Kong, iPod shuffle dan dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas.

    Tempat ketiga pula telah dimenangi oleh peserta dari Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang, Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi dengan jumlah markah 43.6. Dia memperolehi hadiah berupa biasiswa pendidikan RM5,000, pakej percutian ke Pulau Sentosa, Singapura, ipod shuffle dan dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas.

    Lain-lain peserta yang turut bertanding dalam rancangan tersebut seperti Mohammad Aiman Azli Aziz, Dayang Nazillah Awang Astillah dan Qistina Amira Rohaizad.

    Kritikan membina

    Tidak dinafikan, persembahan kesemua peserta yang bertanding dalam Kamilah Bintang memang sangat mengagumkan sehingga mendapat pujian daripada tiga orang juri tetap iaitu Aznil Haji Nawawi, Adibah Noor dan Syafizawati Sharif.


    NORA DANISH (kiri) turut terharu apabila Zoey (kanan) mengumumkan Syazwani sebagai juara Kamilah Bintang.


    Menurut Aznil, setiap peserta memiliki kelebihan masing-masing dan dilihat mempunyai potensi yang besar untuk menjadi seorang penyanyi sekiranya bakat mereka lebih digilap lagi. Ujarnya, mereka juga memiliki keyakinan diri yang tinggi sehingga persembahan yang ditampilkan juga seakan-akan penyanyi yang bertaraf profesional.

    "Menariknya tentang rancangan ini, setiap peserta diberi pilihan untuk memilih sendiri lagu yang mereka ingin nyanyikan. Ternyata mereka telah membuat pilihan yang tepat kerana lagu-lagu tersebut memang sesuai dengan mereka.

    "Mengenai kritikan pula, memandangkan setiap peserta masih lagi di peringkat bawah umur, saya bersama juri-juri yang lain juga tidak boleh memberikan kritikan yang terlalu pedas untuk mengelakkan mereka cepat patah semangat," ujar Aznil.

    Malah, seorang lagi juri iaitu Adibah Noor turut bersetuju dengan Aznil dan menyatakan bahawa untuk membimbing para peserta mereka tidak boleh terlalu tegas dan perlu banyak bermain dengan psikologi.

    Kata Adibah, apa yang lebih penting adalah mengelakkan semua peserta tidak cepat putus asa dan sudah menjadi tanggungjawab sebagai juri memberikan komen-komen yang lebih membina supaya mereka lebih bersemangat untuk membuat persembahan.

    "Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan persembahan mereka setiap minggu dan saya tidak menafikan persembahan mengagumkan mereka itu juga memang banyak dibantu oleh ikon-ikon penyanyi yang diundang untuk membimbing mereka," ungkap Adibah.

    Sementara itu, seorang lagi juri iaitu Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai cikgu Syafi pula menyatakan kegembiraannya dengan persembahan yang ditampilkan oleh setiap peserta dari minggu pertama sehinggalah pada acara kemuncak.

    Menurutnya, pada awal persaingan dia melihat rata-rata persembahan peserta agak biasa sahaja. Bagaimanapun, apa yang membanggakan terdapat banyak peningkatan yang telah dilakukan oleh mereka pada setiap minggu.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Projek 2011 Saif, Kareena

    Posted:

    Projek 2011 Saif, Kareena

    Projek 2011 Saif, Kareena


    MENGECAPI keindahan cinta bersama, Saif dan Kareena dikatakan bakal berkahwin pada tahun 2011.


    AKTOR terkenal Bollywood, Saif Ali Khan begitu teruja menanti ketibaan Tahun Baru 2011 yang bakal menjelma dua hari lagi.

    Ini kerana dia bersama teman wanitanya, aktres Kareena Kapoor bakal menyambut hari tersebut dalam suasana sejuk dan bersalji di resort ski Gstaad di Switzerland yang merupakan lokasi percutian kegemaran pasangan tersebut.

    Saif mahu menikmati percutian sepenuhnya bersama kekasih hatinya itu sebelum kembali sibuk dengan karier lakonannya sepanjang 2011.

    Perkahwinan

    Selepas tidak muncul dengan filem-filem baru lakonannya sepanjang 2010, satu demi satu filem lakonannya dijadualkan untuk tayangan 2011 seperti filem Agent Vinod, Aarakshan dan sebuah filem yang belum berjudul gandingannya bersama aktres Deepika Padukone.

    Menurut Saif yang kali terakhir muncul pada 2009 menerusi filem Kurbaan, wajahnya tidak muncul di layar perak sepanjang 2010 memandangkan dia sangat sibuk menjalani penggambaran filem Agent Vinod yang menggandingkannya dengan Kareena.

    Filem penuh aksi menyaksikan Saif kembali muncul dalam filem genre tersebut. "Agent Vinod merupakan sebuah filem yang agak mencabar, khususnya dari segi fizikal tetapi ia juga sangat menyeronokkan," ujarnya.

    Dalam pada itu dia mengakui tetapi menyukai filem genre percintaan.

    "Saya menggemari filem percintaan, tetapi saya juga penggemar filem aksi. Sebagai aktor, saya mengakui sangat tamak dan begitu berkehendak untuk muncul menerusi kedua-dua genre filem tersebut," katanya.

    Dalam pada itu, Saif turut mengulas mengenai spekulasi bahawa dia bakal berlakon dalam filem terbitan Vishal Bhardwaj yang kini bekerjasama dengan aktor Shah Rukh Khan.


    SAIF dan Kareena gemar bercuti di Switzerland yang merupakan lokasi untuk mereka untuk lari seketika dari kesibukan karier mereka sebagai pelakon di Bollywood.


    "Saya dan Vishal masih dalam rangka untuk menjalinkan kerjasama. Projek yang menggandingkan kami masih diteruskan," jelasnya.

    Menyentuh pula mengenai spekulasi perkahwinannya dengan Kareena yang dikatakan bakal berlangsung pada 2011, tenang dia menjawab: "Saya dan Kareena sememangnya akan berkahwin suatu hari nanti, tetapi kami belum ada perancangan untuk itu buat masa ini.

    "Kami akan bersedia untuk berkahwin apabila Kareena bersetuju untuk itu dan kami tidak akan menyembunyikan perkara baik itu daripada pengetahuan pihak media."

    Salman, Shah Rukh, Imran Khan

    Sepertimana kekasihnya, Kareena Kapoor juga begitu teruja dengan kemunculan 2011. Ini kerana dia bakal bergandingan dalam filem dengan nama-nama besar Bollywood yang mempunyai nama keluarga Khan, termasuk dengan Saif sendiri.

    Pada awal 2001, dia bakal memulakan penggambaran fi;em arahan Karan Johar, Short Term Shaadi bersama aktor muda, Imran Khan.

    Selepas itu, Kareena bakal bergandingan dengan aktor Salman Khan untuk filem adaptasi filem Hollywood, Bodyguard yang bakal diarahkan oleh Atul Agnihotri.

    Dia juga bakal bergandingan dengan Shah Rukh Khan menerusi filem Ra. One, selain bakal muncul dengan filem Agent Vinod di samping Saif yang juga memiliki nama keluarga Khan!

    Bukan sahaja gemilang menerusi kemunculan di layar perak, 2011 juga menjanjikan sesuatu yang positif buat dirinya dalam bidang pengiklanan apabila bakal muncul dalam beberapa iklan mega bersama Salman dan Saif.

    Cuma, dia tidak mempunyai sebarang projek baru bersama seorang lagi aktor Bollywood tersohor dari keluarga Khan iaitu Aamir Khan, tetapi mereka pernah bergandingan menerusi filem pecah panggung 2009, 3 Idiots.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.